ads

Rabu, 28 November 2012

di negeri kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri kedah - Google Blog Search


Beberapa Sungai <b>Di</b> Selangor, <b>Kedah</b> Dan <b>Negeri</b> Sembilan <b>...</b>

Posted: 28 Nov 2012 12:07 AM PST

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di beberapa kawasan di Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah agar berwaspada kemungkinan banjir berikutan bacaan paras air sungai melebihi aras amaran dan bahaya.

Kawasan terbabit ialah sekitar Kuala Langat, Kuala Selangor dan Hulu Selangor, Jempol, Gemas, Rembau di Negeri Sembilan dan Sik, di Kedah.

Setakat 11.50 pagi, bacaan Sungai Langat di Bukit Changgang di Kuala Langat mencatat 4.02 meter, Sungai Selangor di Rantau Panjang, Kuala Selangor, 7.45 meter iaitu melebihi aras amaran manakala Sungai Bernam di Jambatan SKC, Hulu Selangor mencatat 19.07 meter, iaitu melebihi aras bahaya.

Menurut portal JPS, aras Sungai Serting di Serting Ulu di Negeri Sembilan pula mencatatkan 73.62 meter, Sungai Rembau di Titian Bintangor, Rembau (6.40 meter) iaitu melebihi paras amaran manakala Sungai Muar di Pekan Rompin, Gemas, Negeri Sembilan melebihi aras bahaya iaitu 35.98 meter.

Sungai Chepir di Batu 5 di Sik, Kedah mencatatkan 32.86 meter iaitu melebihiaras amaran.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan bilangan mangsa banjir di Selangor dan Negeri Sembilan masing-masing 18 dan 20 orang.

Dua buah pusat pemindahan dibuka iaitu di Surau Sungai Nilam, Sungai Selisek, Hulu Bernam, Hulu Selangor dan Balai Raya Kampung Batu Kikir Timur, Jempol, Negeri Sembilan.

- BERNAMA

02 di kodiang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kodiang - Google Blog Search


Tanah kampung <b>di kodiang</b> – Land for sale Perlis : Spesel.com

Posted: 25 Nov 2012 07:40 AM PST

Area:Arau Property Type:Residential Price:RM100 000 Size:2Acres Title type:Leasehold Other info:Bumi Lot
tanah kampung seluas satu relong setengah,
berhampiran pekan kodiang. harga rm100ribu untuk
semua.harga boleh bincang lagi. rezab melayu. sila
tel saya encik dani 0125574710.

admin

02 di padang terap - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di padang terap - Google Blog Search


Melayu Mengamuk <b>Di Padang Terap</b> Kerana Ahli Parlimen Tak <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2012 02:00 AM PST

Ahli Parlimen Padang Terap adalah Mohd Nasir Zakaria dari Parti PAS. Pada ketika berkempen PRU12 lalu, pelbagai janji telah ditabur. Antara janji-janji yang sehingga kini dipegang kejap oleh para penduduk dan pengundi di Padang Terap adalah membantu meringankan bebanan penduduk terutama sekali golongan marhein.

Namun setelah mendapat kuasa, lain pula ceritanya. Bukan bantuan yang diberikan, tetapi masalah kepada penduduk di Padang Terap. Paling ketara sekali ialah peniaga-peniaga pekan nat di Padang Terap.

Dengan beralasankan KOTOR, Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) bertegas untuk menutup operasi pekan sehari atau pekan nat di Naka selama dua minggu. Pun begitu, kebanyakan orang di Naka tahu, penutupan tersebut berpunca daripada persaingan politik. Akibat persaingan dan permainan politik oleh Mohd Nasir Zakaria, akhirnya yang menjadi mangsa adalah peniaga-peniaga pekan nat Naka.

Penutupan pekan nat Naka dibuat dari 5 Februari 2012 sehingga 18 Februari 2012 atas arahan Yang Dipertua Majlis Daerah Padang Terap. Dan penutupan tersebut dibuat tanpa sebarang rundingan atau perbincangan dengan peniaga-peniaga di pekan nat itu.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Majlis Daerah Padang Terap, Abdul Ghafar Yahya berkata, peluang telah diberikan kepada para peniaga di pekan nat Naka untuk menjaga kebersihan. Disebabkan keengganan dan sikap sambil lewa para peniaga, maka tindakan menutup pekan nat itu dibuat untuk dibersihkan.

Yang menjadi persoalan ialah, setiap peniaga dikenakan sejumlah bayaran tertentu oleh pihak majlis. Bagaimanapun, menurut Abdul Ghafar, bayaran tersebut adalah untuk sewa tapak, bukannya untuk kos pembersihan yang dilakukan oleh pihak majlis. 46 kes demam denggi dan 20 kes kencing tikus dipersalahkan kepada para peniaga pekan nat, sekalipun yang sepatutnya menjalankan tugas pembersihan pada sepanjang masa adalah Majlis Daerah Padang Terap sendiri.

Siang tadi, dari jam 9:45 pagi sehingga 11.30 pagi, satu demonstrasi aman telah diadakan oleh peniaga-peniaga pekan nat seramai 50 orang di pekan nat Naka. Demonstrasi tersebut bertujuan untuk membantah tindakan Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) menutup operasi pekan nat selama dua minggu selain mengutuk keras tindakan kerajaan PAS Kedah bersabit isu ini.

Turut terlibat dalam perhimpunan tersebut ialah Persatuan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia (IKHLAS).

Sudah terdengar khabar, pekan nat Kuala Nerang juga akan ditutup selama dua minggu oleh PAS Kedah sebagai hukuman kepada para peniaga yang tidak lagi memperlihatkan sokongan kepada PAS Kedah.

Seandainya itu yang berlaku, amat malang bagi para peniaga terbabit yang sudah tentu terpaksa mencari sumber pendapatan baru memandangkan mereka tidak lagi dibenarkan berniaga. Kerajaan Negeri seharusnya menyelesaikan masalah ini dengan cara yang lebih baik berbanding tindakan yang bukan sahaja merugikan Kerajaan Negeri sendiri, sebaliknya menganiaya golongan marhein yang juga merupakan golongan paling ramai membuang undi.

02 di langkawi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


Sweet Memories 0f MWM&#39;s: Mggu ke2 along berada <b>di langkawi</b>...

Posted: 25 Nov 2012 06:09 AM PST

Hari ini babah dah sound mama, dgn pertanyaan bila along nak balik ni mama? Hehehe tu yg katakan sikap seorg bapak.. dia akan bercakap juga akhirnya apa yg dia rasa...sikap seorg mak dia akan terus2 bercakap apa yg dia rasakan tak tunggu2 dah. Mama rindu dr hari pertama lagi, tapi babah buat dekkkkkkk jeee.... tapi mlm ni soalan tersebut dah terkeluar dr mulut babah. Mama suka menyakat babah, terus kata awat babah rindu along ka? babah jawap ya la nama pun anak....hehhehee so sweet.. Entah la mama nak pekeras suruh balik pun dok pikiaq kelas swimming tak habis lagi.. nanti rugi lak fees nak kena bayar tapi belajar tak habis pun.. Tak palah tahan jelah lagi, along cakap dia nak duduk sampai habis mggu ni ja. Apa2 pun tgk mggu depan mcm mn, lagipun awal bulan 12 kelas tusyen dekat teacher maliga akan bermula semula so nnti mau tak mau along kena balik juga.

Jom layan pic along dr sana sebahagian sahaja yg disave dr fb mama dicopy dr whatapp acik utk mama....

acik hantaq pic along tengah tolong susun kerusi tanpa disuruh oleh sesiapa pun... tak pa belajaq buat keja esok tak la malas sgt...Acik tunjuk brand masrom sup utk mama buat sendiri bg kat angah...sbb angah ni suka sgt masrom sup pizza hut....sambil along dok melayoq buah durian walhal kat umah kita pun dah nak termuntah pun mkn durian...hehheeee
Posted via DraftCraft app
 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved