ads

Ahad, 2 Disember 2012

02 di pokok sena - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di pokok sena - Google Blog Search


Azrul 3R: PROGRAM 3R <b>DI POKOK SENA</b>

Posted: 30 Nov 2012 01:40 AM PST

AKTIVITI KESEDARAN AWAM DI SEKITAR TAMAN BANDAR BAHARU, POKOK SENA
Buat pertama kalinya, program berbentuk kesedaran awam mengenai kebersihan, talian aduan sisa dan program 3R dijalankan di Taman Bandar Baharu, Pokok Sena pada 30 November 2012. Aktiviti ini diselitkan dalam satu majlis yang diberi nama Majlis Bubur As-Syura yang diusahakan oleh masyarakat setempat dan penduduk taman serta kampung berhampiran. Aktiviti kesedaran awam ini juga telah dicadangkan untuk dibawa masuk ke dalam Majlis Bubur As-Syura ini oleh ahli Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) untuk memberi pendedahan kepada masyarakat berkenaan dengan kebersihan persekitaran, Talian Aduan Sisa dan program 3R yang mengkhususkan kepada amalan kitar semula. Penganjuran majlis ini juga merupakan satu slot untuk pihak PPSPPA Negeri Kedah bersama masyarakat Pokok Sena. Antara VIP yang merasmikan majlis ialah YB Ustaz Ahmad Izzat Shauki ADUN Bukit Lada yang juga berperanan sebagai penceramah tazkirah semasa pertengahan majlis. Wakil pihak PPSPPA Negeri Kedah yang terlibat ialah En Mohd Azrul Bin Azmi selaku Pegawai Kitar Semula dan Kesedaran Awam, En Saiful Redzuan Bin Yusoff selaku Pegawai Penguatkuasa Kedah (Pengurus Cawangan Alor Setar dan Padang Terap), dan En Khairul Azmi Bin Mohd Yunus selaku Jurutera Negeri Kedah menyerikan majlis berkenaan. Ahli MBAS yang turut hadir ialah Tn Hj Umar Bin Awang selaku Pengerusi majlis berkenaan. Tidak lupa juga kepada semua penduduk sekitar yang hadir terutama Pengerusi Penduduk Taman Bandar Baharu, En Shahrulruddin Bin Musa dan pihak MKK Kampung Aman. 
Antara pengisian majlis tersebut ialah ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis, taklimat ringkas mengenai PPSPPA Negeri Kedah dan program kitar semula oleh En Mohd Azrul Bin Azmi, taklimat mengenai kebersihan dan talian aduan sisa oleh Khairul Azmi Bin Mohd Yunus dan taklimat mengenai tong sampah, jadual pembersihan dan sesi soal jawab aduan sampah oleh En Saiful Redzuan Bin Yusoff. Selain itu, tazkirah mengenai kebersihan dan tanggungjawab menjaga amalan Islam turut disampaikan oleh YB Ustaz Ahmad Izzat. Majlis berkenaan juga diserikan dengan jamuan makan bubur As-Syura e, pemberian kalendar 2013 dan pemberian risalah mengenai info 3R dan cara pembuangan sampah yang betul oleh pihak PPSPPA.

02 di merbok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di merbok - Google Blog Search


Drive Thru at UiTM <b>Merbok</b> Kedah ~ abah khalisha

Posted: 26 Nov 2012 06:24 AM PST

Alhamdulillah, adik AK yang no. 6 berjaya mendapat tawaran untuk sambung belajar di UiTM Merbok, Kedah.

Tuuuuu dia orang cakap jauh sampai utara sana tu. Allah itu Maha Bijaksana dan Mengetahui kerana dia telah mengatur segalanya. Mana tidaknya kerana jodoh AK adalah orang Butterworth, Penang so tak payah nak pening kepala fikirkan mana nak bermalam.

Dari Selayang kami gerak ke Penang dalam pukul 8.30 malam dan selamat sampai dalam pukul 1.00 pagi. Sempatlah makan roti canai di tengah-tengah malam iaitu 12.05 tengah malam di perhentian Semanggol. Sampai rumah je terus terlentok.

Keesokkan pagi, kami sekeluarga gerak ke UiTM Merbok untuk pendaftaran takut juga nanti kesesakan berlaku semasa pendaftaran. Tapi AK agak terkejut kerana segalanya berjalan dengan lancar.


AK
memang puji penambahbaikan sistem pendaftaran kolej di mana pembahagian kunci adalah melalui cara drive thru. Ala-ala McDonalds dan KFC plak rasanya.

Dapat je kunci tu terus ke kolej Misra untuk meletakkan barang-barang dan beg adik perempuan AK. Selepas itu dalam pukul 11.00 pagi ada taklimat kepada waris. Sebenarnya taklimat ini tidak wajib tetapi rugi pula jika tidak pergi. Mungkin ada informasi yang berguna akan diperolehi.

Jika dibandingkan beberapa tahun dahulu AK pernah menghantar adik-adik AK di UiTM Segamat dan di UiTM Dungun. Memang agak serabut dan memeningkan jika di bandingkan sistem pendaftaran di UiTM Merbok pada tahun ini. AK tak sure pula jika semua sistem pendaftaran telah diselaraskan untuk mengelakkan kesesakan. Mungkin ada blogger yang boleh kongsikan?

Selesai je taklimat kami semua ke kedai berhampiran untuk membeli beberapa kelengkapan yang masih tidak mencukupi seperti berus, baldi, sabun pencuci, sabun mandi dan beberapa barangan lain.


Nur Iman Khalisha, anak AK pun sibuk juga nak membeli belah dan berjaya membuatkan Tok Ma(nenek) membelikannya sebuah buku.

Petang tu memang hujan lebat tapi kami berkesempatan ke Tanjung Dawai untuk membeli belah dan makan di situ. Nanti AK akan ceritakan ye. Kena tunggu tau!

Anyway AK ucapkan tahniah dan syabas kepada pihak pengurusan UiTM Merbok kerana berjaya mengelakkan kesesakan semasa pendaftaran.

Kepada adik AK, Nurhuda belajar rajin-rajin!

02 di gurun kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di gurun kedah - Google Blog Search


bancuh: Penoreh getah maut ditembak - <b>Gurun</b>, <b>Kedah</b>

Posted: 17 Sep 2012 10:40 PM PDT

SUNGAI PETANI - Seorang wanita yang bekerja sebagai penoreh getah, maut terkena tembakan yang dilepaskan sekumpulan lelaki yang terlibat dalam satu pergaduhan berhampiran rumahnya di Ladang Bukit Lembu, Gurun dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, K. Kalyani, 57, dikatakan sedang berehat di hadapan rumahnya bersama suami dan anggota keluarganya yang lain.
Suami mangsa, M. Thannimalai, 63, berkata dia terdengar deruman enjin motosikal dan kereta memasuki kawasan rumah mereka dan kumpulan lelaki itu turut membuat bising di situ.
"Saya terdengar bunyi tembakan namun tidak menyangka salah satu tembakan itu mengenai isteri saya. Saya hanya menyedari apabila melihat isteri saya, yang berada tidak jauh dari saya, jatuh dan darah mengalir laju membasahi kawasan dia rebah," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, hari ini.
Katanya salah seorang anaknya, Kathiraven, 23, turut cedera akibat ditetak kumpulan itu dan kini masih dirawat di HSAH.
"Kami tiada bermusuhan atau berhutang dengan orang dan saya memang tidak menyangka kejadian ini akan berlaku sehingga menyebabkan kematian isteri saya.
Selain Kathiraven, kami ada tiga lagi anak berusia 15, 17 dan 18 tahun," katanya.
Dua lagi mangsa cedera akibat ditetak menggunakan senjata tajam dalam kejadian berkenaan, turut dirawat di HSAH.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Zakaria Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berhubung satu kejadian rusuhan melibatkan sekumpulan 15 hingga 20 individu di Ladang Bukit Lembu pada pukul 11.45 malam.
"Pergaduhan bermula di tepi jalan, dan salah seorang mangsa yang cedera, cuba membantu saudaranya yang terlibat dalam pergaduhan itu namun kereta yang dinaikinya terbabas dan dia ditetak selepas ditarik keluar dari kereta.
"Kumpulan terbabit kemudiannya memasuki kawasan perumahan dan melepaskan tembakan mengenai pipi seorang wanita yang tinggal di situ, selain turut mencederakan anaknya menggunakan senjata tajam," katanya.
Katanya mangsa yang terkena tembakan rebah dan maut di tempat kejadian manakala tiga lelaki yang cedera, dihantar ke HSAH untuk rawatan dengan dua daripadanya dilaporkan dalam keadaan stabil.
"Motif kejadian masih dalam siasatan dan kita percaya, selain melibatkan kes dadah, ada beberapa perkara lain yang akan kita kenal pasti menerusi siasatan yang akan dibuat.
"Kita percaya ia kumpulan tempatan dan pada dasarnya, kita sudah mengenal pasti beberapa suspek dalam kes ini, berdasarkan keterangan yang diberikan saksi kejadian," katanya.- Bernama

di negeri kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri kedah - Google Blog Search


Beberapa Sungai <b>Di</b> Selangor, <b>Kedah</b> Dan <b>Negeri</b> Sembilan <b>...</b>

Posted: 28 Nov 2012 12:07 AM PST

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di beberapa kawasan di Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah agar berwaspada kemungkinan banjir berikutan bacaan paras air sungai melebihi aras amaran dan bahaya.

Kawasan terbabit ialah sekitar Kuala Langat, Kuala Selangor dan Hulu Selangor, Jempol, Gemas, Rembau di Negeri Sembilan dan Sik, di Kedah.

Setakat 11.50 pagi, bacaan Sungai Langat di Bukit Changgang di Kuala Langat mencatat 4.02 meter, Sungai Selangor di Rantau Panjang, Kuala Selangor, 7.45 meter iaitu melebihi aras amaran manakala Sungai Bernam di Jambatan SKC, Hulu Selangor mencatat 19.07 meter, iaitu melebihi aras bahaya.

Menurut portal JPS, aras Sungai Serting di Serting Ulu di Negeri Sembilan pula mencatatkan 73.62 meter, Sungai Rembau di Titian Bintangor, Rembau (6.40 meter) iaitu melebihi paras amaran manakala Sungai Muar di Pekan Rompin, Gemas, Negeri Sembilan melebihi aras bahaya iaitu 35.98 meter.

Sungai Chepir di Batu 5 di Sik, Kedah mencatatkan 32.86 meter iaitu melebihiaras amaran.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan bilangan mangsa banjir di Selangor dan Negeri Sembilan masing-masing 18 dan 20 orang.

Dua buah pusat pemindahan dibuka iaitu di Surau Sungai Nilam, Sungai Selisek, Hulu Bernam, Hulu Selangor dan Balai Raya Kampung Batu Kikir Timur, Jempol, Negeri Sembilan.

- BERNAMA

02 di langkawi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


MaYa MustWany: Bercuti <b>di Langkawi</b>

Posted: 18 Sep 2012 11:41 PM PDT


Entah pe la mimpi update blog kan? dah naik bersawang dah blog ni..maaf dah lama tak blogwalking blog korang..sejak kerja memang teruz menyepi dalam dunia blog ni. Yela pergi kerja pagi, balik malam. Penat, sampaikan tertido depan netbook. Mas sendiri dah tak jadi 'Pengomen Tegar' bak kata Lyssa & Fizzy

La ni, Mas nak share cerita BERCUTI DI LANGKAWI. Ingat lagi tak, bulan 5 hari tuh, Mas pergi bercuti bersama keluarga? haaaa bayangkan sekarang ni dah bulan 9..baru nak update. hihihi.. maaf ~

Ok, nak shortkan story..

Mula-mula kami tidur rumah family Abang Long Mas kat Dengkil. Jarak dekat sikit, lagipun senang berkumpul sekali. Semua ahli ada kecuali family Abang Ngah Mas. Kami bertolak lepas subuh. Dalam 45minit dah sampai di Langkawi.


Masa kami mahu berlepas, kami teringin nak bergambar satu keluarga kat kawasan lapangan terbang. Hanya satu je, ada la seorang lelaki encem datang nak tolong snapkan picture kami, alih-alih kami ditengking pekerja Air Asia. Tak bagi peluang langsung, tak beradab. Serious menyirap dengan pekerja lelaki tuh. Kami tahu perbuatan kami salah, tapi tak boleh ke cakap sopan? Please Air Asia, ajar para pekerja bersopan santun!

Sampai je, terus ambik kereta dan isi perut dulu. Lepas breakfast baru pergi tempat yang Mas memang teringinnnnn sangat nak pergi, iaitu- CABLE CAR! kat Oriental Village.

Perasaan memang best la time tuh. SubhanaAllah cantik sungguh permandangan dari atas. Mak & abah tak naik, takut. Akak Mas mula-mula tak nak, tapi lepas dipujuk, baru la dia kuatkan semangat.

Kalau nak diikutkan, de je macam-macam aktiviti nak buat tapi alih-alih semua dok sakan bershopping kat Idaman Suri, Hj Ismail & Minyak Gamat.

Apa-apa pun, kami tak lepaskan peluang bergambar di Dataran Helang.

Percutian kami 3hari 2Malam, selesai dengan gembira..

# Kedai Makan Selera Petani- terbaek. Murah & sedap.

# Ada kedai makan tepi jalan dekat area tempat Minyak Gamat- sedap, layanan yang sangat peramah & murah.

# Kedai makan sebelah kiri Idaman Suri, layanan teruk, siap jeling, masam & marah bila ditanya, mahal & tak sedap.

# Kenapa yea pekerja Idaman Suri jenis muka masam-masam je? susah ke nak senyum?


 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved