ads

Rabu, 5 Disember 2012

02 di changlun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di changlun - Google Blog Search


Perkampungan Sukan <b>di Changlun</b> | Telusuri Suri

Posted: 05 Dec 2012 06:02 PM PST

Salam Telusuri,

Mood temasya sukan yg berakhir hmpir 2 minggu lepas.. 

Kolej Matrikulasi Kedah di Changlun

Perjalanan almost 15 jam jugak lah.. 

hadoi penat badan akk.. 

hihik, da sindrom tut mungkin..

Perasaan berbaur antara penat ke hulu hilir,

boring dgn dikit kerenah,

kekadang di saat beginilah kita mampu kenal 

mana kawan mana tak berapa kawan.. 

dan macam2 lagi rasa la..

Besh.. antaranya
maybe saat shopping kt Padang Besar 

dlm perjalanan pulang kami..
hehe, beli baju couple utk kami jewk pun.. and kelambu moden tuh..
ala yang ala2 khemah tuh.. rm 25 King size.. superb la kan hrga..
Sementelah itu juga mood nak taip entry baru.. flyyy.. uols..
Ok,
Kini kembali..
ada 2-3 projek krusye yang da beres..
Dengarnya ada satu baby hat da terjual kat Pasar Panas tuh..
Hmm, memang ala2 suam kan..
hihik..
Biasalah area kampung kan..

di negeri kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri kedah - Google Blog Search


Bila Hati Berbicara: Jalan-Jalan <b>di Negeri Kedah</b>

Posted: 02 Dec 2012 12:09 AM PST

Sekarang sudah masuk tarikh 2/12/2012.
Sekarang bermulalah sesi baru untuk semester 6 sesi Disember 2012 - April 2012.
Semalam iaitu 1/12/2012 hari Sabtu aku dah mendaftar kolej dekat UiTM Arau. 
Alhamdulillah aku still dapat Kolej Beringin lagi.Happy sangat dapat duduk dengan budak-budak tu lagi.Alhamdulillah syukur.
Lepas dah balik mendaftar tu kami sekeluarga balik Jitra kejap berehat. 
Then pakcik aku dia bawak pergi jalan-jalan dekat Yan Kedah. Pergi Hutan Lipur Titi Hayun n Sri Perigi
Pakcik aku bawak pergi mandi sungai kat situ. Mula-mula perjalanan kami sentiasa hujan. Lepas tu alhamdulillah bila dah sampai dah tak hujan.
First tinjau-tinjau dulu tempat tu. Then baru mandi.
Aku tak mandi pun sungai. Just rendam kaki je.
Sebab malas nak salin n tukar baju.
Dah la ramai. So tengok cousin aku Luqman Hakim n Siti Sarah je mandi. Sambil-sambil tu jadi photographer la kejap kan. Heee. 

Baju biru, Luqman. Baju oren, pakcik. Baju pink, Sarah. Depan Sarah, Cik Nor

Tak boleh naik motor dan basikal kalau nak lalu jambatan tu ye







Jangan nak buat maksiat na kat sini


Selamat datang ke air terjun Puteri Mandi


Biar budak Luqman ni jalan sorang-sorang. HAHA



Adik aku ni mula-mula tak nak mandi. Lepas tu dipaksa dengan si Luqman tu terus pergi join.


Thanks na Cik Nor tolong tangkapkan gambar saya :)


Abah aku pun tak mandi. Just tengok-tengok je. Biar budak-budak yang mandi. HAHA


Depa main baling ayaq kat aku




Lepas dah habis mandi tu berhenti kejap dekat Masjid Jamek Badlishah, Pekan Yan, Kedah untuk solat Asar.





Lepas dah habis sembahyang pergi pulak Sri Perigi. Pakcik aku kata tak pernah p lagi. So p tengok jela. Sebab tak tau apa yang ada kat Sri Perigi tu.

Risiko Kesihatan. Nak tau sila baca. Hehe.

Ibu kata colour air sungai ni macam air kopi sebab colour dia warna hitam.
Tak dak sapa yang berani nak mandi.





Air warna hitam. Memang scary la kalau nak mandi pun


Air terjun Sri Perigi, Yan Kedah.


Masa dah semakin suntuk. Dan kami pun beransur pulang.
Perut lapar jalan jauh kan. So berhenti makan kat Zakaria Laksa Teluk Kechai.

Lepas tu order pulak sate ayam.
Sate kat situ pun sedap. Patutlah ramai pelanggan.
Pakcik order 50 cucuk untuk 8 orang.
Nak dekat pukul 9 jugak la baru sampai rumah. Pendek kata memang seronok sangat dapat pergi jalan-jalan :D

Kalau suka dengan post saya silalah like

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


Projek perkampungan nelayan <b>di Tanjung Dawai</b> mula Februari <b>...</b>

Posted: 17 Nov 2012 11:57 PM PST

Gambar hiasan:-

Kerajaan Pusat akan membina sebuah perkampungan nelayan di Tanjung Dawai yang akan dilengkapi infrastrukur termasuk perumahan membabitkan kos RM45 juta bagi kemudahan golongan itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Hashim Abdullah berkata, projek itu akan dilaksanakan atas tapak seluas kira-kira 10 hektar dan majlis pecah tanah projek itu dijadualkan pada Februari tahun depan.

"Projek ini mengandungi 300 unit rumah banglo, pelbagai kemudahan antaranya surau, dewan orang ramai, tadika, gelanggang futsal dan unit-unit kedai serta bengkel bagi menempatkan 300 keluarga nelayan.

"Sekarang mereka tinggal di rumah yang dibina atas tanah milik orang lain yang menyukarkan kerajaan memberi bantuan membaik pulih rumah kerana perlu mendapat kebenaran tuan tanah," katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan ke tapak cadangan projek itu di Sungai Petani, hari ini.

Mohd Hashim berkata, kerajaan sentiasa menitikberatkan kebajikan rakyat terutama golongan yang memerlukan.

Katanya, perkampungan nelayan itu apabila siap kelak dapat meningkatkan aktiviti ekonomi sampingan nelayan dengan mengusahakan projek hiliran seperti keropok dan ikan kering selain membolehkan mereka menjual hasil tangkapan secara terus.

Beliau berkata, menyedari potensi Tanjung Dawai menjadi pusat agro-pelancongan moden, kerajaan bercadang membina jeti baharu di perkampungan itu yang akan memudahkan nelayan mendaratkan hasil tangkapan mereka.

- BERNAMA

02 di langkawi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


Kisah Separuh Seram : Awal Muharam <b>di Langkawi</b> ~ guliboolat

Posted: 14 Nov 2012 05:35 AM PST

Alhamdulillah..Maka secara rasminya selepas maghrib tadi sudah masuklah tahun baru bagi kita umat islam..Tahun hijrah,1434H.
Katanya tutup buku lama,buka buku baru..Kalau buku yang lama tu penuh amalannya tak pelah.Kalau tak penuh..Tak payah buka yang barulah.Kita guna yang lama je..Erk,gurau je ni ye..=D
KISAH SEPARUH SERAM..? Kenapa separuh je seramnya..? Sebab,cerita ni takdelah seram mana pun. Seram sikit je. Kejadian ni berlaku bukan pada hari yang sama,tapi pada tarikh yang sama iaitu malam awal muharam tahun lepas. Masa tu aku dengan kawan aku,Hashmie,Sarah dan Hafeez pergi trip mengejut ke Langkawi. Ewah,mentang-mentang nak pergi Langkawi dekat,boleh pulak main mengejut kan. Mengejut sebab katakan malam ni terfikir,esok pagi tu terus gerak pergi Langkawi. Dah tu siap plan nak balik hari pulak tu. Dahsyat tak dahsyat pulak kan. Ada ke orang pergi Langkawi pagi balik petang..? Kitorang la tu.. -_-
Dipendekkan cerita kitorang tak dapat balik petang tu jugak sebab rasa macam tak sempat nak kejar feri,jadi ingat nak overnite je la dekat situ. Dapat juga selesaikan bacaan doa akhir dan awal tahun dekat surau yang tak berapa nak ramai penghuninya. Lepas tu kitorang teruskan perjalanan lagi.Tapi suasana Langkawi waktu malam sangatlah pelik sebab keadaan tu sunyi sepi macam takda orang pun yang lalu atas jalanraya tu.Kadang-kadang sebijik 2 je kereta yang lalu. Lepas tu malam-malam ni nak pergi melawat kemana kan. Takkan nak pergi Makam Mahsuri pulak..? So kitorang pergilah makan dekat satu kedai ni.Lepas tu pergilah beli burger sebab ingat nak makan tepi pantai sambil hirup udara malam. Ok,dah masuk pasal pantai.Dah nak sampai tahap seram.. Ni baru permulaan. Lepas dah siap makan dekat kedai tu kitorang pun gerak cari pantai.Jadi aku ni terlalu eksaited nak ke pantai,aku pun cadang lah pergi Tanjung Rhu sebab orang kata sana pantai cantik. Driver kitorang,Sarah pun macam eksaited nak ke pantai teruslah memandu dengan semangatnya mencari jalan ke Tanjung Rhu tersebut berpandukan peta dan signboard jalan..

Cantik tak Pantai Tanjung Rhu ni..? Pergi siang takpa,pergi waktu malam..Haa,jaga-jaga...
Cari punya cari jumpa jugak jalan kesana. Masa masuk jalan tu rasa macam pelik je.Apasal kereta kitorang je yang ada atas jalan ni..? Hurmm,lantaklah. Masa tu fikir nak makan burger,memang kitorang nekad lah nak pergi. Ada lah beberapa hotel yang tersergam indah disepanjang jalan yang agak gelap tu. Lepas dari Hotel 4 Season,rasa lain macam tu makin pelik. Aku dekat seat belakang dengan Hashmie dalam hati ni rasa lain macam je.Jalan tu sebijik tiang lampu pun takda. Masa tu dah start rasa scary semacam. Makin lama Sarah drive,aku rasa jalan tu jadi makin gelap. Hashmie pun dah pandang semacam je dekat aku. Tiba-tiba Sarah kata :
Sarah: Nak pergi jugak ke ni? 
Hafeez: ntah..aku mana tau.
Sarah: Tak payah pergi lah..kita patah balik je. makin gelap je jalan ni..
Lepas sarah dah cakap macam tu,kitorang pun setuju jelah.. Lepas tu Sarah pun cepat-cepat undur balik kereta nak pusing dekat satu kawasan yang terang sikit depan pencawang TNB..Masa nak pusing keluar tu aku rasa saat paling menyeramkan..! Dek kerana seram melampau si Hafeez pun makin kuatkan radio sambil nyanyi lagu yang tengah rancak berkumandang.Kau tau lagu apa..?
''Hijrah itu perjuangan..!Hijrah itu pengorbanan..!Hijrah itu persaudaraan..!Hijrah membentuk perpaduan..!Oleh itu,mari semua,kita sambut Maal Hijrah....!''
Lagu apa lagi.Lagu tema Maal Hijrah la.. Bukan main kuat lagi dia nyanyi..! Nak cover takut la tu.
Aduhai,sabar je lah.Aku ingatkan aku sorang je pikir semacam,rupanya diorang pun sama jugak dah start naik bulu tengkuk beb..! Kau bayangkanlah. Jalan kiri kanan semak samun macam hutan. Suasana dia memang terlalu gelap.Gelap gelita orang cakap.Susah nak gambarkan macam mana gelapnya tu.Jangankan lampu,tiang lampu pun takda..! Masa tu dalam otak ni dah terbayang dah kot la ada benda terbang ke..tetiba muncul keluar dari tepi semak samun ke..Sarah yang drive pun terfikir kalau tetiba je cermin kereta kena lindung..Tak nampak jalan lepas tu terbabas.Macam-macam lagi kisah seram yang dah terbayang dalam otak kitorang ni haa..
 Dah keluar dari jalan tu,rasa lega sangat. Aku lah yang paling terkesan dengan peristiwa tu sebab aku yang cadang pergi Tanjung Rhu malam-malam camtu.Tak silap aku dah dekat pukul 10 kot. Memang gilalah masa tu. Tak pasal-pasal berhadapan dengan situasi mendebarkan,menyeramkan,menakutkan..dan segala kan yang adalah.. Balik dari Langkawi sempat jugak aku dengan Sarah google pasal Tanjung Rhu tu.Hurmm,ada lah jugak kisah seram yang orang lain pernah hadapi masa nak kesana. Macam kisah kitorang jugaklah..Tapi peristiwa tu memang kenangan yang tak dapat aku lupa sampai bila-bilalah terutama bila aku dengar lagu Maal Hijrah. Dengar je lagu tu,mulalah teringat balik peristiwa tu..Kelakar pun ada jugak.
SERAM pun ada..! 
P/S: Salam Maal Hijrah ye kawan-kawan..

02 di padang serai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di padang serai - Google Blog Search


Gempar !!! [VIDEO] KHATIB baca Khutbah Jumaat <b>Di Padang Serai</b> <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2012 08:16 PM PDT


SESAT lagi menyesatkan....... Khatib sesat menipu di dalam Khutbah Jumaat, kononnya Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Bermimpi, Rasulullah S.A.W menyokong Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Mengelirukan UMAT ISLAM, Anwar Ibrahim yang PAS sebagai tungangan untuk merealisasikan impian al-jubuq sebagai pemimpin. Ini kah ISLAM yang akan di bawa oleh tatok-taTok PAS untuk memimpin negara seterusnya menyebarkan syiar Islam. 
Ni Mesti yang membaca Khutbah Jumaat ni ostat PAS... kerana teks khutbah yang disampaikan oleh Khatib tersebut menyokong PERJUANGAN ANWAR IBRAHIM.
Aku Malas nak ulas panjang-panjang sebab ilmu aku bukan tinggi manapun dalam bab-bab macam ni. Korang dengarlah sendiri Nilaikan...... Rakaman tersebut.


Gambar di Luar Masjid Jamek Annajah Di Padang Serai.

02 di jerai kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di jerai kedah - Google Blog Search


Pendang Kini!!: HOT KINI : PAS <b>JERAI</b> BAKAL HANCUR !! ORANG <b>...</b>

Posted: 11 Nov 2012 11:27 PM PST


Bekas Ketua Pemuda PAS Kedah iaitu Haji Najib Fahmi Haji Yahya berkata beliau takut apa yang berlaku di Kedah dan juga belaku pada PAS Pusat yang sudah lari dari landasan sebenar. Haji Fahmi juga antara orang kuat Sekolah Pondok Pak Ya atau Madrasah Taufikiah Khairiah Al- Halimiah di Jerai, Kedah dan orang kuat PAS Jerai dan PAS Kedah.
 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved