Rabu, 19 Disember 2012

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


BlogList Malaysia: Pergaduhan <b>Di Sungai Petani</b> - UPDATED!!

Posted: 12 Dec 2012 12:00 AM PST

Apa sudah jadi di Sungai Petani? - UPDATED!

Updated :

Oleh kerana posting ini mendapat hits yang tinggi untuk hari ini so aku kemaskini sikit artikel agar lebih ter-susun dan memudahkan pembacaan.

Nota penting ;

Aku update isu sungai petani tue di blog lain [blog ini]. Lepas tue depa dok bertubi2 minta gambar. Aku ada. Gambar budak tue berdarah2.. tapi aku delete mesej budak yang inbox di kbsb tue. Dengan gambar2 tue sekali aku delete bila aku dah tahu macam mana nak delete mesej ** baru jumpa tadi itupun atas request dia yang minta delete...

Kot2 ada admin kbsb lain yang save tue aku tak gerenti lah plak. Sepertinya dia taknak didedahkan dan mohon admin agar jangan sebarkan gambar tersebut, maka aku hormati je la permintaan dia. Bahkan dengan gambar2 tue sekali aku delete. Aku takmo wujud apa2 konflik. Kot nya aku tetiba hilang sabar dan siarkan gambar budak yang cedera parah tue pula.. hehe bahaya. So better remove je terus dari inbox kbsb.


Tapi time dia inbox di kbsb, dia tak cakap apa2 pasal politik. Dia bagitau dari A sampai Z. Dia bagitau punca kejadian. Oleh kerana yang menjadi mangsa itu kenalan.. maka dia share kepada admin kbsb. Benda neh tak tersiar di berita. Tujuan dia share bukan suruh kutuk mana2 bangsa india just rasa injustice, aik apsal plak kawan dia jadi mangsa eh? Bukan dia kot yang bakar motor budak2 india.. mungkin ini pergaduhan budak2 gangster di sana tetapi budak2 yang tak bersalah dari kedua2 kaum ini pula menjadi mangsa prejudis dan persepsi bahkan sampai ada yang tercedera.. patut kah? Sudah tentu la tak patut.

Tetapi yang menjadi persoalan sekarang adanya puak2 sebelah sana menjadikan ia isu politik. Tetiba kaitkan ia dengan pr. Itu tak betul tue. PR tiada kaitan dengan citer neh. Citer neh hanyalah mengenai sesetengah bebudak india vs sesetengah bebudak melayu. Dan bebudak2 india serta melayu neh telah menjadikan budak2 india dan budak2 melayu yang lain, dimana tiada kaitan dengan apa2 pergaduhan, perselisihan dan etc2, sebagai mangsa. Itu yang sampai ada motor budak india kena bakar dan budak melayu kena tetak.

Itu apa yang aku diberitahu so aku citer balik je la. Selebihnya aku takmo ulas apa2 sangat pasal apa? Pasal aku malas bercakap atas benda yang aku kurang jelas. Tunggu la bebudak yang jadi mangsa tue sendiri jelaskan keadaan sebenar kat korang oke. Bai.

Petikan dari KBSB.

Kemaskini dari wall PDRM ;

Rujukan : https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia

Dasat. Dasat. Aku tatau nak cakap apa. Aku baca je la cukup. Ini ada orang share info. Katanya just sharing.


Updated :

Maklumat sebelum ini dipadam kerana telah di ekplotasikan oleh pihak tertentu. Ada pihak yang terlibat dengan mangsa kejadian minta jangan politikkan isu neh kerana ia bukan isu politik dan bagitau dia tak minat dengan tohmahan segilintir penyokong partisan terhadap mangsa2 kejadian. Bahkan minta jangan pandai2 nak jadikan kes neh sebagai kes rusuhan kaum pula. Ini hanyalah isu gangster vs gangster yang telah menjadikan orang awam sebagai mangsa. Harap maklum.

Ini apa yang dinyatakan oleh kenalan kepada mangsa kejadian. Terima kasih, jika anda mahukan gambar dan sebagainya, mungkin ia akan tersebar sedikit lama lagi jika tuan punya badan izinkan. Oke bai.

Pemberitahuan ;

Posting ini telah dikemaskini sebanyak 5 kali.

1. Ada ayat yang terkandung dalam posting ini telah dibuang.

2. Yang mengatakan ditetak itu betul, tetapi kematian itu tidak dapat dipastikan.

3. Ini ialah pergaduhan sesama samseng yang menjadikan orang awam sebagai mangsa.

4. PDRM sedang mengambil langkah berjaga2.

5. PDRM meminta jangan jadikan ia sebagai isu perkauman.

Terima kasih.

Dipetik Dari http://sozcyili.blogspot.com/2012/12/apa-sudah-jadi-di-sungai-petani.html


SiasahKini: Gaduh <b>Di Sungai Petani</b> UMNO Mesti Bertanggungjawab

Posted: 19 Dec 2012 07:05 AM PST

KUALA LUMPUR 19 Dis: Umno menerusi bloggernya paling berperanan memainkan sentimen perkauman dalam insiden Sungai Petani, Kedah kononnya untuk menyatupadukan orang Melayu, kata Datuk Johari Abdul.


Ahli Parlimen Sungai Petani itu mengulas khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah tersebut.
Jelas Johari, ia hanyalah pergaduhan antara dua kumpulan samseng tetapi berita itu sengaja disebar oleh Umno melalui media sosial seperti facebook, twitter dan sistem pesanan ringkas (SMS) dan menyatakan insiden berkenaan merupakan pergaduhan antara kaum.

"Apa yang kita lihat, blogger Umno paling kuat mainkan sentimen perkauman. Ia adalah percubaan Umno kononnya untuk mengembalikan perpaduan orang Melayu, menampakkan seolah-olah ditindas kaum lain," katanya kepada Keadilan Daily.

"Saya juga hairan apabila orang Sungai Petani sendiri tak tahu mengenai hal itu, tapi orang luar berlebih-lebihan menyampaikan berita yang tak betul ini," katanya.

Menurut Johari, polis turut memaklumkan keadaan di Sungai Petani terkawal dan tiada kematian. Hanya kecederaan ringan melibatkan ahli kumpulan yang bergaduh.

"Ia hanya helah untuk mengambil kesempatan di atas kejadian yang langsung tiada kena-mengena dengan perkauman," tegas beliau.

"Saya minta mana-mana ahli politik hentikanlah semarak sentimen perkauman kerana ia langsung tidak memberi anda kemenangan. Jangan sampai keamanan negara tergadai," serunya.

02 di gurun kedah - Google Blog Search

02 di gurun kedah - Google Blog Search


Fuh!! MIsteri : MISTERI WANITA BERKEBAYA MERAH <b>DI</b> <b>...</b> - Fuh.My

Posted: 15 Dec 2012 03:12 AM PST

"Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja" katanya. Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd.Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya. 

Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej 'lembaga' yang kelihatan seperti wanita berbaju kebaya merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu. En.Mohd.Fitri mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Pn.Shatini Shahidan, 28 tahun, yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Pn.Shatini. Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang. 

En.Mohd.Fitri tidak menyedari ada imej 'lembaga' berbaju merah di belakang isterinya 

di stesen minyak R & R Gurun sehinggalah gambar ini dimuat turun semula semalam 

"Saya membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu," ujarnya. Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah dia melihat semula gambar yang dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan isterinya. "Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang," ujarnya. Sementara itu, Pn.Shatini yang merupakan seorang kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) memberitahu, ketika gambar itu diambil, beliau tidak berasa sesuatu yang aneh pun. 

Gambar ini dirakamkan di stesen minyak yang sama di Lebuh Raya Utara-Selatan 

dekat Gurun tidak lama selepas imej 'wanita berbaju merah' itu kelihatan 

Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun ini di Sungai Petani. Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang cedera parah pada 5 Februari 2009. Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani pada 19 April 2009. Dalam kejadian tersebut, kedua-dua mangsa mendakwa yang mereka ternampak dan cuba mengelak kelibat 'wanita berkebaya merah' yang dilihat melintasi lebuh raya itu. 

HANTU WANITA KEBAYA MERAH NYARIS BAWA MAUT 

5 Februari 2009, Sungai Petani - Gara-gara terkejut ternampak kelibat 'wanita berkebaya merah' melintas jalan, seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara dekat Sungai Lalang di sini kelmarin. Walaupun bernasib baik tidak kehilangan nyawa selepas kereta Perodua Kancil miliknya remuk teruk, pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Mr.Chan, 51 tahun, kebingungan memikirkan tragedi itu. Semasa kejadian pukul 6.45 petang, Mr.Chan dalam perjalanan pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya di sini selepas melawat keluarganya di pekan Ko'bah, Pendang. "Semasa tiba di selekoh berhampiran susur keluar plaza tol itu, hujan renyai-renyai dan saya pun menaikkan cermin tingkap. Pada masa sama, seorang wanita muncul dari celah pokok bunga yang ditanam di kiri jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga menampak betis sambil tersenyum memandang saya " 

Mr.Chan duduk termenung memikirkan 'wanita kebaya merah' yang menyebabkan 

keretanya terbabas di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara 

PEMANDU LORI PARAH ELAK WANITA BERKEBAYA MERAH 

19 April 2009, Sungai Petani - Siapa wanita berkebaya merah yang melintas jalan hingga menyebabkan seorang pemandu lori parah manakala kelindannya cedera ringan apabila lori yang dipandu terbabas sebelum menjunam jatuh dekat kawasan Taman Perumahan Taman Keladi semalam. 

Ketika kejadian pukul 8.15 pagi itu, pemandu lori terbabit, En.Mohd.Sobri Shaari, 42 tahun dan kelindannya yang dikenali sebagai En.Atan, 37 tahun, sedang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam, Kedah menuju ke Bagan Ajam, Butterworth. Menurut En.Atan, ketika kejadian dia sedang berbual dengan En.Mohd.Sobri berkaitan dengan lembaga misteri seakan seorang wanita yang pernah ditemuinya di Bagan Ajam. 

"Ketika rancak bercerita, En.Mohd.Sobri tiba-tiba menekan brek lori sambil mengatakan ada seorang wanita berkebaya merah melintas di tengah jalan di Kilometer 105.8, Lebuh Raya Utara-Selatan. Oleh kerana ketika itu lori dipandu agak laju, En.Mohd.Sobri hilang kawalan menyebabkan lori yang dipandunya terbabas sebelum menjunam jatuh dari ketinggian 10 meter ke atas sebatang jalan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi," dakwanya semasa ditemui di tempat kejadian semalam. 

Orang ramai melihat lori yang terjunam jatuh dari Lebuh Raya Utara-Selatan 

di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi, Sungai Petani 

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


Media Kedah: Panas !!! Nelayan <b>Tanjung Dawai</b> Minta Pihak <b>...</b>

Posted: 07 Dec 2012 04:20 PM PST


SUNGAI PETANI, 7 Dis - Lebih 50 nelayan bot pukat tunda di Tanjung Dawai dekat sini mengadakan demonstrasi aman di hadapan jeti awam Jumaat, bagi membantah aktiviti mengorek pasir di perairan Kuala Muda, iaitu lima hingga 10 batu nautika dari Pulau Sayak dan Pulau Bidan.

Kumpulan nelayan itu mendakwa aktiviti mengorek pasir tersebut bukan sahaja menjejaskan hasil tangkapan mereka tetapi turut merosakkan pukat.

Wakil kumpulan nelayan itu Mokhtar Mohamad, 47, berkata aktiviti terbabit tidak diketahui bermula sejak bila, namun kesannya dirasai sekitar Julai lalu apabila ramai nelayan bot pukat tunda merungut mengenai pukat rosak dan tangkapan merosot.

"Banyak pukat yang rosak akibat tersangkut pada selut yang terhasil daripada aktiviti mengorek pasir itu, menyebabkan nelayan mengalami kerugian dan terpaksa membaiki atau membeli pukat baru.

"Kami tidak tahu syarikat mana yang bertanggungjawab terhadap aktiviti itu, malah kami juga tidak mempunyai maklumat sama ada mereka beroperasi secara sah atau tidak, sebab itu kami berharap agar pihak yang berkenaan dapat tampil bagi membantu menyelesaikan masalah ini," katanya ketika ditemui pemberita.- BERNAMA




02 di kuala ketil - Google Blog Search

02 di kuala ketil - Google Blog Search


[PENGUMUMAN] Terpaksa Balik Kampung <b>Kuala Ketil</b>… | Faizah <b>...</b>

Posted: 06 Dec 2012 12:49 AM PST

[PENGUMUMAN] Kepada kawan-kawan semua, saya terpaksa balik kampung sebab tengah 'muntah-muntah loya-loya' =). Jadi tempahan (jahit Baju) baru terpaksa ditutup buat seketika.

Untuk yang dah tempah (sediaada), jangan risau, saya akan buat di kampung dan akan pos sekiranya urgent. Saya akan balik KL penghujung Disember (balik bercuti sebulan), insyaAllah.

Line telefon di kampung (Kuala Ketil) agak kurang elok, jadi apa2 boleh sms yer (017-3480246). Harap maaf atas kesulitan. InsyaAllah saya usahakan yang terbaik. Terima kasih

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


Gunung <b>Jerai</b> dah tak sejuk lagi.. | MyMekar.com

Posted: 18 Dec 2012 06:40 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Baru2 ni selepas selesai urusan di Penang kami meneruskan perjalanan ke negeri Kedah pula. Salah satu lokasinya adalah ke Gunung Jerai yg terletak di daerah Gurun, Kedah. Apa yg istimewa selalu pegi situ Mekar?