Isnin, 24 Disember 2012

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


MP PAS <b>Pokok Sena</b>: Projek2 <b>di</b> bawah TERAJU? « Ahli Parlimen <b>...</b>

Posted: 20 Dec 2012 03:53 AM PST

JABATAN PERDANA MENTERI:
PKR
- Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Mohamed Azmin Ali (Gombak), Sivarasa Rasiah (Subang), Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak), William Leong (Selayang), Ahmad Kasim (Kuala Kedah), Fuziah Salleh (Kuantan)

Pas - Abdul Hadi AWang (Marang), Nasharudin Mat Isa (Bachok), Salahuddin Ayub (Kubang Kerian), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Taib Azamudden Md. Taib (Baling), Khalid Samad (Shah Alam)

DAP - Lim Kit Siang (Ipoh Timor), Ngeh Koo Ham (Beruas), Hiew King Chiew (Kota Kinabalu), John Fernandez (Seremban)

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:
PKR – Johari Abdul (Sungai Petani) Pas – Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) DAP - Karpal Singh (Bukit Gelugor)

KEMENTERIAN KEWANGAN:
PKR – Mohamed Azmin Ali (Gombak) Pas – Dr Dzulkefly Amad (Kuala Selangor) DAP – Lim Guan Eng (Bagan)

KEMENTERIAN PERTAHANAN:
PKR – Saifuddin Nasution Ismail (Machang) Pas – Muhammad Nizar Jamaluddin (Bukit Gantang) DAP – Liew Chin Tong (Bukit Bendera)

KEMENTERIAN PELAJARAN:
PKR – Yusmadi Yusof (Balik Pulau) Pas – Che Uda Che Nik (Sik) DAP – Chong Eng (Bukit Mertajam)

KEMENTERIAN KERJA RAYA:
PKR – Kamarul Bahrin Abbas (Teluk Kemang) Pas – Mahfuz Omar (Pokok Sena) DAP – Gobind Singh Deo (Puchong)

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
PKR – Azan Ismail (Indera Mahkota) Pas – Dr Mohd Abdul Wahid Endut (Kuala Terengganu) DAP – Jeff Ooi (Jelutong)

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
PKR – Zuraida Kamaruddin (Ampang) Pas – Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang) DAP – Fong Po Kuan (Batu Gajah)

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:
PKR – Fuziah Salle (Kuantan) Pas – Khalid Samad (Shah Alam) DAP – Tan Kok Wai (Cheras)

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
PKR – Rashid Din (Merbok) Pas – Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu) DAP – Er Teck Hwa (Bakri)

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
PKR – Chua Tian Chang (Batu) Pas – Nasir Zakaria (Padang Terap) DAP – Charles Anthony Santiago (Klang)

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
PKR – William Leong (Selayang) Pas – Dr Mohd Hatta Ramli DAP – Teresa Kok

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
PKR – Ahmad Kassim (Kuala Kedah) Pas – Taib Azamudeen Md Taib (Baling) DAP – Sim Tong Him (Kota Melaka)

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
PKR – Amran Abdul Ghani (Tanah Merah) Pas – Mahfuz Omar (Pokok Sena) DAP – Teo Nie Ching (Serdang)

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
PKR – Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat) Pas – Muhammad Husain (Pasir Puteh) DAP – M Kulasegaran (Ipoh Barat)

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
PKR – Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) Pas – Che Rosli Che Mat (Hulu Langat) DAP – Chow Kon Yeow (Tanjong)

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
PKR – Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan) Pas – Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) DAP – Nga Kor Ming (Taiping)

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
PKR – Abdul Aziz Kadir (Ketereh) Pas – Abdul Halim Abdul Rahman (Pengkalan Chepa) DAP – M Manogaran (Telok Intan)

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
PKR – Sivarasa Rasiah (Subang) Pas – Kamarudin Jaffar (Tumpat) DAP – P Ramasamy (Batu Kawan)

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
PKR – Loh Gwo Burne (Kelana Jaya) Pas – Mohd Firdaus Ja'afar (Jerai) DAP – Anthony Loke Siew Fook (Rasah)

KEMENTERIAN KESIHATAN:
PKR – Dr Lee Boon Chye (Gopeng) Pas – Dr Mohd Hayati Othman (Pendang) DAP – Dr Tan Seng Giaw (Kepong)

KEMENTERIAN PELANCONGAN
PKR – Manikavasagam Sundaram (Kapar) Pas – Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu) DAP – Fong Kui Lun (Bukit Bintang)

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:
PKR – Wee Choo Keong (Wangsa Maju) Pas – Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (Titiwangsa) DAP – Lim Lip Eng (Segambut)

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
PKR – Yusmadi Yusof (Balik Pulau) Pas – Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) DAP – Tony Pua Kiam Wee (Petaling Jaya Utara)

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
PKR – Gobalakrishnan Nagapan (Padang Serai) Pas – Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar) DAP – Chong Chien Jen (Bandar Kuching)

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


SINAR KASIH KHAIRINA: wedding <b>di kulim</b>

Posted: 13 Dec 2012 09:23 PM PST

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara
Ahad lps kami sekeluarga berkampung di kulim umh pak lang en.khai sempena kenduri ank dia a.k.a kazen en.khai, zila. Aku ni bukan la yg jenis suka snap2 gambaq pengantin kecuali aku rasa sgt tertarik dgn pengantin@pelamin n sbgnya. So kali ni mmg ada amik gambaq sbb aku rasa pengantin sgt2 omel, pelamin lawa n yg plg aku suka baju dia....my peberet kaler, pink+pepel. Cakap byk toksah, jom usha gambaq.

 bilik utk pengantin beradu...simple tp lawa

 1st time tgok pelamin "meriah" mcm ni, ala2 kereta kuda...siap ada basikal 2 biji.
ni gambaq mlm kenduri, aku ikut abah n mak ani mai kenduri umh kwn abah kat lunas pastu lajak p umh p.lang sekali tlg2 bungkus kuih n bunga teloq. En.khai tadak sbb gheja.

 ehh kelabu pulak gambaq ni
 hah ni baru clear...gojes sgt zila hari tu, lawaaaa baju dia
 budak2 dlm ni semuanya kazen en.khai, anak pak njang n paksu

 budak 2 ketoi+family pak su n pengantin pompuan...time ni pengantin laki hilang ntah kemana

comell kan pengantin. Time ni dah maghrib, gambaq last sblm kami blk. Pengantin laki pun tengkolok hilang p mana dah...SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT AZILA&AZLAN.....cpt2 dpt baby comel ye.
Azila bertemu jodoh dgn org melaka. Sabtu ni majlis sambut tetamu di melaka n insyaallah mlm ni kami sekeluarga bersama sedara mara abah akn berkonvoi ke melaka...semoga selamat semuanya. Yeayyy dpt mimum coconut shake klebang lg!!

! Yana Halim !: Tempah kek home made <b>di Kulim</b>

Posted: 24 Dec 2012 12:34 AM PST

Kek di atas adalah hasil tangan adik saya yang tinggal di Kulim nun.
Saya sangat kagum dengan kek-kek hasil tangan beliau.
Semuanya sedap-sedap belaka.
Terutama cheese cake coklat dia.
Makanya saya ingin mewar-warkan mereka yang inginkan kek yang sedap, dibuat di rumah dan disediakan oleh Muslim serta diyakini 100% kebersihan dan kesedapannya.....silalah hubungi beliau di talian 013-5964919 untuk tempahan.
#Blueberry cheese cake. Rasa nak nanges tengok sambil terus rasa teringin nak makan. huhu..
#Kek Coklat kukus lapis cheese. Faveret saya ni. Apesal sedap sangat? Nanges lagi sebab teringat-ingat.
Sesiapa warga Kulim yang nak menempah, sebarang pertanyaan silalah hubungi beliau di talian 013-5964919.
Setakat ini, kek yang ditempah hendaklah diambil sendiri di Taman Mutiara, Kulim.
Memang semuanya sedap belaka.
Tak percaya, silalah cuba.

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


My Small World: Permandangan <b>di Negeri</b> Jelapang Padi <b>Kedah</b>

Posted: 10 Dec 2012 07:00 PM PST

Kalau balik kg suami di Kedah, inilah antara permandangan biasa di negeri jelapang padi. Padi sedang menguning time me balik masa anak saudara me kahwin baru-baru ini.



Agak gayat pulak nak menyeberang titi kecik tu. Me jenis spesis gayat.


Ni kat Bandar Alor Setar. Tersergam tinggi Menara Alor Star. Snap dari dalam kereta ajer ni.



Tumbuhan jenis apa, me pun tak tahu. Tapi warna hijau ni sesejuk mata memandang.


Ada pokok buluh besar dekat rumah MIL.


Ni pun gambar pokok di tepi sawah rumah MIL. Sekali bila jiran kat sini bagitau kat me jaga-jaga sikit lalu bawah pokok yang rimbun. Kot ada pacat. Hehehe terus tak ambik dah gambar bawah pokok ni. Hehehe.



Now, kalau balik sini me dah tak duduk sini since my MIL move in rumah kakak ipar. So terjaga sikit la MIL. Tak le duduk sengsorang kat rumah.

02 di kodiang - Google Blog Search

02 di kodiang - Google Blog Search


NOBISHA: 01 YB <b>KODIANG</b> : KABUS <b>DI</b> BUKIT KEPLU

Posted: 23 Dec 2012 03:30 PM PST

Satira "YB Kodiang" adalah merupakan siri mengenai politik, tikus & politikus. Insya-Allah, ia akan disiarkan secara bersiri di blog ini. Tulisan ini tidak ditujukan kepada sesiapa. Namun, siapa yang makan cili, dialah terasa pedasnya. Bukankah begitu? :) 



"Assalamualaikum, YB!"
"Assalamualaikuuuummmm, YB!"
Man Buah bagi salam kali kedua. Kali ini, ada respon.
"Waalaikummussalaaaaam ... Ooo Man, mai masuk," jawab seorang wanita sambil membuka pintu rumah. Dia masih berbaju kelawaq. Belum sempat mandi, dah ada orang berikan salam.
"YB ada di rumah, Kak Pah?" tanya Man Buah.
Ini bukan kali pertama Man Buah datang ke rumah YB awal pagi. Dah seluloi macam tu. Kak Pah, isteri YB, faham sangat.
Apabila Man Buah yang menjadi orang kanan YB mai rumah awal pagi, mesti ada sebab. Kalau tak kemalangan, ada kematian. Kalau tak banjir, mungkin kebakaran.
Man Buah mesti datang untuk maklumkan kepada YB awal-awal. Kalau sempat, YB akan melawat. Kalau tak sempat, YB akan berikan sumbangan melalui Man Buah untuk disampaikan kepada mangsa atau keluarga mereka.
Kak Pah tahu sangat, YB akan marah kepada Man Buah kalau dia tak dimaklumkan perkembangan dalam kawasan. Kalau YB marah, memang tak tahan mendengarnya.
"Hawat, ada apa Man?" tanya Kak Pah sebaik saja Man Buah masuk ke dalam rumah.
"YB mana Kak Pah? Ada berita penting saya nak habaq kat YB!" ujar Man Buah tercungap-cungap. Dia mundar-mandir.
"Ada orang mati ka?" tanya Kak Pah kebimbangan.
"Bukan, bukan!" balas Man Buah.
"Orang eksiden?" tanya Kak Pah.
"Dah aih." balas Man Buah.
"Habis tu?" tanya Kak Pah.
"Habis tu apa? Ini pasai masa depan YB!" balas Man Buah.
Dia tak puas hati Kak Pah banyak bersoal jawab, "Pi panggil YB, Man nak bercakap dengan dia."
"YB dok tidoq lagi," kata Kak Pah.
Man Buah tak puas hati, "Kak Pah pi gerak dia. Habaq kata Man nak bercakap dengan dia."
Man Buah renung Kak Pah. Dia cuba tahan kemarahan. Nak hilang sabar.
"Habaq kat YB, Man nak bercakap la ni jugak!" kata Man Buah.
"Habaq la kat Kak Pah. Sat lagi Kak Pah gerak YB dan habaq kat dia," kata Kak Pah.
"Kak Pah, saya nak bercakap dengan YB, bukan dengan Kak Pah!" Man Buah meninggikan suara. Orang perempuan kalau kena tinggi suara, kecut sikit.
Dia tak faham mengapakah pagi ni Kak Pah susah sangat nak gerak YB bangkit tidur. Selalu taklah macam ini. Tak tahu kenapa, pagi ni Kak Pah nak jadi gate-keeper pula.
Gate-keeper tu satu hal. Apabila ada hal penting macam ni, Kak Pah tanya macam-macam soalan. Tahanan lokap polis pun tak kena soal macam-macam.
"Baiklah Man. Kalau YB marah, jawab sendiri, jangan kata Kak Pah tak habaq noo," balas Kak Pah sambil mencebik muka.
Man Buah tahu Kak Pah tak puas hati kerana tak beritahu dia dulu. 
Dia merungut dalam hati, "Kalau dah isteri, buatlah macam isteri. Jangan dok nak berlagak macam dia tu YB."
Man Buah dah lama dalam politik. Dia kenal ramai politikus dan isteri-isteri mereka. Sebahagian besar isteri, bagus-bagus belaka. Cuma Man Buah tahu ada beberapa orang isteri yang lebih sudu dari mangkuk.
Politikus bagus, tetapi isteri yang banyak buat onar. Akhirnya, politikus yang kena jawab dengan orang kampung.
Baru Man Buah nak duduk atas sofa, tiba-tiba YB jengoi di pintu ruang tamu sambil membetulkan kain pelikat.
"Ada apa Man hang mai pagi-pagi ni? Siapa mati?" tanya YB sambil tenyeh mata yang baru separuh terbuka.
Balas Man Buah, "YB, ini bukan orang mati, tetapi YB sendiri yang akan mati."
"Hang cakap elok-elok sikit Man, aku tonyoh mulut hang sat lagi," marah YB. "Cuba hang cakap betui-betui apa cerita ni?"
"Malam tadi, Man duduk sembang dengan ahli-ahli jawatankuasa parti. Depa kata depa tak puas hati dengan YB. Depa kata YB dah lama jadi wakil rakyat, dah tak faham jiwa pengundi muda," kata Man Buah.
"Hang merepeklah Man," balas YB. Dia dah jadi wakil rakyat lima penggal. Takkanlah nak sambung satu penggal lagi sebagai penggal terakhir pun jadi isu besar.
Dia bukan tak ada jasa. Dia bukan tak ada bakti. Semua orang kawasan kenal dia. Kalau kenduri, dia masuk sampai gedohoq. Kalau pi rumah orang, YB masuk makan nasi di dapur. Duduk pelenggaq rumah pengundi, biasalah.
"Betui YB, saya dengar sendiri. Depa sembang di kedai pasembor Pak Hussein. Depa kata kali ni depa nak calon baru. Depa tak mahu dah YB," beritahu Man Buah.
Tanya YB, "Pasai apa depa tak mahu aku?"
Balas Man Buah, "Depa kata nak muka baru. Ada ijazah tinggi, pandai bercakap dan ada karisma. YB hanya sesuai untuk tahun 70an, sekarang dah tak relevan lagi. YB eloklah pencen."
Tanya YB, "Depa kata apa lagi?"
Jawab Man Buah, "Depa kata kalau YB tak nak berundur, mereka semua nak letak jawatan dan masuk parti sebelah sana!"
"Minggu depan depa nak buat sidang akhbar. Nak panggil semua surat khabar dan tv," kata Man Buah.
Ketika itu YB merasakan masa depannya kabur, seolah-olah diliputi kabus di Bukit Keplu.
Bersambung di siri kedua satira "YB Kodiang" :)

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


3 Pelajar Senior Sekolah Agama <b>di Baling</b> Liwat,Pukul,Dera Pelajar <b>...</b>

Posted: 16 Dec 2012 09:03 PM PST

JOMBERITA.COM-"Tak sangka mereka tergamak berbuat demikian kerana perbuatan itu begitu zalim, sanggup meliwat, memukul dan mendera anak saya tanpa ihsan."

Begitu kata seorang bapa yang kesal dengan tindakan tiga pelajar senior sebuah sekolah agama di Baling yang dikatakan mendera dan meliwat tiga murid berusia sembilan tahun dan sepasang kembar berusia lapan tahun sejak 20 Jun lalu.

Difahamkan, kejadian berlaku sejak sebulan lalu selepas murid berkenaan mendaftar masuk sekolah agama itu, malah seorang daripada mereka dikatakan diliwat beberapa kali dalam masa lebih sebulan.

Bapa yang enggan dikenali itu mendakwa, kejadian berlaku sejak dia mendaftar anaknya berusia sembilan tahun ke sekolah berkenaan dan murid terbabit mengikuti minggu orientasi 40 hari tanpa dibenarkan pulang ke rumah atau berjumpa waris.

"Saya terkejut apabila melihat muka anak lebam, selain bengkak kaki dan tangan. Telinga anak saya juga kehitaman manakala darah keluar melalui hidungnya. Saya terus membawanya ke hospital.

02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


AOR Night Drive: <b>Sik</b> Tikit - That&#39;s The Ticket [Demos]

Posted: 24 Dec 2012 08:03 AM PST


PaĆ­s: Estados Unidos
Estilo: Hard Rock/Glam
Ano: 1987

Tracklist:

01. Bondage
02. Top of the Rock
03. Sweet of the Pain
04. Never Let It Out
05. Pray For You
06. Sleaze
07. Ride The Rod
08. Dancin' With Dynamite
09. Got 'Em

http://rapidshare.com/files/793638256/Sik%20Tikit%20-%20That_s%20The%20Ticket%20(1987).rar

Khatib Merangkap Imam dan Pengerusi Masjid <b>di Sik</b> Baca Khutbah <b>...</b>

Posted: 23 Dec 2012 11:40 PM PST

Apabila dikatakan bahawa AMANAT HAJI HADI adalah pemecah belah masyarakat Islam dengan menjadikan golongan yang enggan mengiktiraf atau menyokong PAS sebagai mangsa, puak-puak yang membelanya segera menyatakan bahawa amanat tersebut tidak ada salah dan cacat celanya. Bahkan di dalam amanat berkenaan, tidak pula ia dirujukkan terus kepada UMNO, sebaliknya para penyokong PAS tergelak-gelak sambil menyatakan, UMNO yang terlebih perasan. 

21 Disember lalu, bertempat di Masjid Pekan Sik, khatib yang merupakan imam dan pengerusi jawatankuasa masjid tersebut, Ahmad bin Hussin telah mengulangi perangai ahli-ahli PAS yang cukup suka menghentam UMNO dan terbawa-bawa dalam fahamannya bahawa politik dan Islam tidak boleh dipisahkan. 

Dalam khutbah yang dibacakan tanpa menggunakan teks Majlis Agama Islam Kedah, Ahmad Hussin menyatakan kepada jemaah bahawa UMNO terlalu menumpukan perhatian kepada dunia dan meninggalkan akhirat. Ahmad Hussin juga menyatakan, slogan UMNO iaitu 'HIDUP MELAYU' tidak sesuai dengan Islam kerana bangsa lain yang beragama Islam tidak akan memekik slogan tersebut sebaliknya akan menyebut HIDUP ISLAM atau ALLAHUAKBAR.

Walaupun tidak lagi berpegang secara terus kepada AMANAT HAJI HADI, Abdullah Hussin yang merupakan sebahagian daripada orang PAS yang ada jawatan di masjid-masjid seluruh Kedah, masih kekal beranggapan bahawa PAS lebih Islam dari mana-mana kumpulan di Malaysia. 

Puak-puak PAS sebenarnya sangat suka mengambil kesempatan daripada perhimpunan umat Islam mingguan di masjid untuk memanjangkan langkah dan fahaman politik mereka sekalipun sebahagian besar daripada mereka LANGSUNG TIDAK FAHAM apa yang dimaksudkan dengan politik di dalam Islam, sebaliknya dengan menyamar sebagai orang lain menerusi serban, janggut, dan keahlian PAS, mereka sentiasa beranggapan, mereka lebih mendahului orang lain dalam pengetahuan agama Islam. 

Kalau nak harapkan masa kempen dan ceramah, yang akan mendengar dan percaya hanyalah puak-puak PAS sahaja. Justeru, Solat Jumaat dilihat sebagai medan terbaik untuk puak-puak PAS mendapatkan undi tambahan daripada jemaah. Apabila diberitahu bahawa tindakan mereka itu keterlaluan dan melampau, kebanyakan puak PAS akan segera menangkis dan menyanggah kononnya tindakan mereka itu adalah sejajar dengan ajaran agama Islam. 

Antara syarat-syarat utama Khutbah Jumaat ialah menyatupadukan umat Islam dan memberikan pengajaran atau tazkirah yang baik dengan bersandarkan kepada ayat-ayat al Quran, serta hadis Rasulullah s.a.w. 

Puak PAS memang menggunakan apa yang disyaratkan di dalam syarat khutbah Jumaat. Bagaimanapun, mereka membuat sedikit pindaan dengan menghalakan segala kesalahan kepada puak yang mereka tentang dan sentiasa membela diri sendiri dengan menyatakan apa-apa sahaja yang dilakukan oleh PAS adalah sejajar dengan ajaran Rasulullah s.a.w. 

Tindakan Ahmad Hussin itu sebenarnya tidak mendatangkan kebaikan memandangkan kebanyakan orang yang faham agama akan tahu, bahawa khutbah sebegitu sebenarnya hanya dicipta oleh mereka yang sempit akal fikiran serta jumud ilmu agamanya. Islam tidak akan makmur dengan kecaman terhadap mana-mana kelompok menerusi khutbah Jumaat, bahkan lebih ramai yang akan menjauhi surau serta masjid kerana beranggapan orang seperti Ahmad Hussin lebih gemar menjatuhkan hukum berbanding menyatupadukan umat Islam. 

Pengaruh AMANAT HAJI HADI kelihatan sangat jelas menerusi tindakan dan kelakuan Ahmad Hussin mahupun mana-mana orang PAS yang menjawat jawatan imam, khatib mahupun pengerusi masjid. Puak-puak ini seringkali berebut-rebut untuk menduduki mana-mana jawatan penting di masjid dan surau. Bagi mereka, merekalah yang paling layak menduduki jawatan tersebut. Seandainya ada individu lain yang dikenalpasti bukan menyokong PAS, tingkah laku yang mereka akan tunjukkan, amat menjijikkan. Mereka tidak sahaja memulaukan masjid dan surau tersebut, bahkan mereka sanggup untuk mendirikan solat jemaah secara berasingan kerana pada anggapan mereka, solat di belakang orang yang tidak menyokong PAS apatah lagi menyokong UMNO, tidak begitu afdal, malah tidak sah!

Bukan tidak ada dari kalangan PAS yang mempunyai pengetahuan agama yang mencukupi, tetapi kebanyakan daripada mereka lebih cenderung untuk menyalahgunakan pengetahuan agama itu untuk perjuangan sempit PAS. Dek kerana itulah, dari semasa ke semasa, mereka akan mempotretkan PAS sebagai Islam dan Islam tidak boleh dipisahkan dengan PAS!

Ahmad Hussin, Imam merangkap Khatib dan Pengerusi Masjid Pekan Sik, seharusnya menjelaskan tentang khutbah Jumaat yang dibaca dari otaknya itu!

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


Media Kedah: Panas !!! Nelayan <b>Tanjung Dawai</b> Minta Pihak <b>...</b>

Posted: 07 Dec 2012 04:20 PM PST


SUNGAI PETANI, 7 Dis - Lebih 50 nelayan bot pukat tunda di Tanjung Dawai dekat sini mengadakan demonstrasi aman di hadapan jeti awam Jumaat, bagi membantah aktiviti mengorek pasir di perairan Kuala Muda, iaitu lima hingga 10 batu nautika dari Pulau Sayak dan Pulau Bidan.

Kumpulan nelayan itu mendakwa aktiviti mengorek pasir tersebut bukan sahaja menjejaskan hasil tangkapan mereka tetapi turut merosakkan pukat.

Wakil kumpulan nelayan itu Mokhtar Mohamad, 47, berkata aktiviti terbabit tidak diketahui bermula sejak bila, namun kesannya dirasai sekitar Julai lalu apabila ramai nelayan bot pukat tunda merungut mengenai pukat rosak dan tangkapan merosot.

"Banyak pukat yang rosak akibat tersangkut pada selut yang terhasil daripada aktiviti mengorek pasir itu, menyebabkan nelayan mengalami kerugian dan terpaksa membaiki atau membeli pukat baru.

"Kami tidak tahu syarikat mana yang bertanggungjawab terhadap aktiviti itu, malah kami juga tidak mempunyai maklumat sama ada mereka beroperasi secara sah atau tidak, sebab itu kami berharap agar pihak yang berkenaan dapat tampil bagi membantu menyelesaikan masalah ini," katanya ketika ditemui pemberita.- BERNAMA




02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


MaYa MustWany: Bercuti <b>di Langkawi</b>

Posted: 18 Sep 2012 11:41 PM PDT


Entah pe la mimpi update blog kan? dah naik bersawang dah blog ni..maaf dah lama tak blogwalking blog korang..sejak kerja memang teruz menyepi dalam dunia blog ni. Yela pergi kerja pagi, balik malam. Penat, sampaikan tertido depan netbook. Mas sendiri dah tak jadi 'Pengomen Tegar' bak kata Lyssa & Fizzy

La ni, Mas nak share cerita BERCUTI DI LANGKAWI. Ingat lagi tak, bulan 5 hari tuh, Mas pergi bercuti bersama keluarga? haaaa bayangkan sekarang ni dah bulan 9..baru nak update. hihihi.. maaf ~

Ok, nak shortkan story..

Mula-mula kami tidur rumah family Abang Long Mas kat Dengkil. Jarak dekat sikit, lagipun senang berkumpul sekali. Semua ahli ada kecuali family Abang Ngah Mas. Kami bertolak lepas subuh. Dalam 45minit dah sampai di Langkawi.


Masa kami mahu berlepas, kami teringin nak bergambar satu keluarga kat kawasan lapangan terbang. Hanya satu je, ada la seorang lelaki encem datang nak tolong snapkan picture kami, alih-alih kami ditengking pekerja Air Asia. Tak bagi peluang langsung, tak beradab. Serious menyirap dengan pekerja lelaki tuh. Kami tahu perbuatan kami salah, tapi tak boleh ke cakap sopan? Please Air Asia, ajar para pekerja bersopan santun!

Sampai je, terus ambik kereta dan isi perut dulu. Lepas breakfast baru pergi tempat yang Mas memang teringinnnnn sangat nak pergi, iaitu- CABLE CAR! kat Oriental Village.

Perasaan memang best la time tuh. SubhanaAllah cantik sungguh permandangan dari atas. Mak & abah tak naik, takut. Akak Mas mula-mula tak nak, tapi lepas dipujuk, baru la dia kuatkan semangat.

Kalau nak diikutkan, de je macam-macam aktiviti nak buat tapi alih-alih semua dok sakan bershopping kat Idaman Suri, Hj Ismail & Minyak Gamat.

Apa-apa pun, kami tak lepaskan peluang bergambar di Dataran Helang.

Percutian kami 3hari 2Malam, selesai dengan gembira..

# Kedai Makan Selera Petani- terbaek. Murah & sedap.

# Ada kedai makan tepi jalan dekat area tempat Minyak Gamat- sedap, layanan yang sangat peramah & murah.

# Kedai makan sebelah kiri Idaman Suri, layanan teruk, siap jeling, masam & marah bila ditanya, mahal & tak sedap.

# Kenapa yea pekerja Idaman Suri jenis muka masam-masam je? susah ke nak senyum?