Ahad, 30 Disember 2012

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


PERGADUHAN <b>DI SUNGAI PETANI</b> 18 DISEMBER 2012

Posted: 18 Dec 2012 08:36 AM PST

PERGADUHAN DI SUNGAI PETANI 18 DISEMBER 2012 | sekarang semua kecoh berkenaan pergaduhan besar antara org india dan melayu di sungai petani... kesahihan cerita pergaduhan di sg petani nih masih lagi mencurigakan.. harap semua melayu jangan mengelabah yerr.. jom kita tgk kisah yg berlaku...  


Kejadian pergaduhan teruk antara golongan Pelampau India daripada Geng 35 dengan orang Melayu Islam di Sungai Petani. Khabarnya Geng 35 telah mengugut untuk membakar masjid dan surau. Beberap aanggota polis Melayu telah dibelasah oleh anggota Geng 35. Perintah darurat telah dikeluarkan oleh Polis dan FRU di kawasan tersebut. Mohon bersatu! Umat Islam digesa jangan bertindak terburu-buru, dan mengikut arahan polis agar peristiwa buruk tidak berlaku.





cerita daripada saksi....

mangsa..

Sebarang pertanyaan,maklumat atau pengesahan maklumat berkaitan 

kes serangan kongsi gelap india 35 melakukan serangan perkauman 

di sekitar Sungai Petani,Kedah terhadap kaum melayu & ancaman 

serangan terhadap surau & masjid-masjid,sila hubungi Bilik 

Gerakan IPD Kuala Muda 04-4299222 atau Balai Polis Sg.Petani 04-

4222222..Jangan buat sebarang kesimpulan melulu atau mendengar 

khabar angin.Kekalkan perpaduan antara kaum.


*UPDATE*

Maklumat terbaru!!! Keadaan sudah pulih seperti sedia kala. Di harap semua bertenang. 

*UPDATE terbaru dari PDRM*

STATUS TERKINI KES PERGADUHAN DI SG PETANI: Berikutan berlakunya satu kes pergaduhan di 

Sungai Petani, beberapa anggota polis telah ditugaskan ke lokasi kejadian dan keadaan kini adalah 

terkawal. Ketua Polis Kedah akan memberi kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut dalam masa 

terdekat.


Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung 

kejadian tersebut yang boleh menggugat ketenteraman awam. Terima kasih.

JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


Bila Hati Berbicara: Jalan-Jalan <b>di Negeri Kedah</b>

Posted: 02 Dec 2012 12:09 AM PST

Sekarang sudah masuk tarikh 2/12/2012.
Sekarang bermulalah sesi baru untuk semester 6 sesi Disember 2012 - April 2012.
Semalam iaitu 1/12/2012 hari Sabtu aku dah mendaftar kolej dekat UiTM Arau. 
Alhamdulillah aku still dapat Kolej Beringin lagi.Happy sangat dapat duduk dengan budak-budak tu lagi.Alhamdulillah syukur.
Lepas dah balik mendaftar tu kami sekeluarga balik Jitra kejap berehat. 
Then pakcik aku dia bawak pergi jalan-jalan dekat Yan Kedah. Pergi Hutan Lipur Titi Hayun n Sri Perigi
Pakcik aku bawak pergi mandi sungai kat situ. Mula-mula perjalanan kami sentiasa hujan. Lepas tu alhamdulillah bila dah sampai dah tak hujan.
First tinjau-tinjau dulu tempat tu. Then baru mandi.
Aku tak mandi pun sungai. Just rendam kaki je.
Sebab malas nak salin n tukar baju.
Dah la ramai. So tengok cousin aku Luqman Hakim n Siti Sarah je mandi. Sambil-sambil tu jadi photographer la kejap kan. Heee. 

Baju biru, Luqman. Baju oren, pakcik. Baju pink, Sarah. Depan Sarah, Cik Nor

Tak boleh naik motor dan basikal kalau nak lalu jambatan tu ye







Jangan nak buat maksiat na kat sini


Selamat datang ke air terjun Puteri Mandi


Biar budak Luqman ni jalan sorang-sorang. HAHA



Adik aku ni mula-mula tak nak mandi. Lepas tu dipaksa dengan si Luqman tu terus pergi join.


Thanks na Cik Nor tolong tangkapkan gambar saya :)


Abah aku pun tak mandi. Just tengok-tengok je. Biar budak-budak yang mandi. HAHA


Depa main baling ayaq kat aku




Lepas dah habis mandi tu berhenti kejap dekat Masjid Jamek Badlishah, Pekan Yan, Kedah untuk solat Asar.





Lepas dah habis sembahyang pergi pulak Sri Perigi. Pakcik aku kata tak pernah p lagi. So p tengok jela. Sebab tak tau apa yang ada kat Sri Perigi tu.

Risiko Kesihatan. Nak tau sila baca. Hehe.

Ibu kata colour air sungai ni macam air kopi sebab colour dia warna hitam.
Tak dak sapa yang berani nak mandi.





Air warna hitam. Memang scary la kalau nak mandi pun


Air terjun Sri Perigi, Yan Kedah.


Masa dah semakin suntuk. Dan kami pun beransur pulang.
Perut lapar jalan jauh kan. So berhenti makan kat Zakaria Laksa Teluk Kechai.

Lepas tu order pulak sate ayam.
Sate kat situ pun sedap. Patutlah ramai pelanggan.
Pakcik order 50 cucuk untuk 8 orang.
Nak dekat pukul 9 jugak la baru sampai rumah. Pendek kata memang seronok sangat dapat pergi jalan-jalan :D

Kalau suka dengan post saya silalah like

PAS <b>Kedah</b> Bertekad Jadikan <b>Kedah Negeri</b> Berlumpur Pertama <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 18 Dec 2012 06:00 PM PST

Utusan Malaysia semalam telah mendedahkan secara terperinci masalah pembalakan di Kedah yang meruncing.  Masalah ini telah lama didedahkan oleh media alternatif iaitu blog-blog dan laman-laman web, tetapi telah tidak diendahkan oleh kerajaan negeri Kedah, mahupun pemimpin-pemimpin PR pusat.   Para penyokong PR pula menganggap pendedahan tersebut sebagai fitnah walaupun ada di antaranya disertakan dengan gambar-gambar sebagai bukti.   

Oleh itu, tidak mengejutkan jika pendedahan besar-besaran oleh Utusan Malaysia yang dilengkapi bukti gambaran dari atas juga, dianggap sebagai fitnah BN untuk memburukkan kerajaan PAS Kedah dan PR secara keseluruhannya. 

Malah, kalaupun ada yang menerimanya sebagai benar, mereka hanya akan menepisnya dengan alasan masalah tersebut dimulakan oleh kerajaan BN iaitu alasan atau jawapan 'standard' kerajaan PAS Kedah untuk semua masalah di dalam negeri itu hari ini.  

Kerana asyik menuding jari, maka masalah pembalakan tidak terkawal di Kedah kini bukan sahaja tidak selesai tetapi semakin hari semakin buruk dan bakal menjadi satu bencana besar.  Ini disahkan oleh pakar-pakar melalui ujian dan penilaian oleh Jabatan Alam Sekitar.   Antara bencana yang dijangka ialah masalah banjir lumpur dalam skala yang jauh lebih besar daripada yang berlaku pada 2010, di Sik, Kedah yang menjejaskan 6 buah kampung – iaitu berita yang langsung tidak dilaporkan oleh Harakah, media rasmi PAS.

Selain itu, bencana yang kini sedang berlaku dan semakin parah ialah masalah kualiti air akibat aktiviti tanah yang 'menggila' iaitu merangkumi pembalakan, perlombongan dan korek pasir sekali gus, di kawasan tadahan yang mencemarkan air di empangan.  Setakat ini sahaja, kadar kekeruhan kawasan tadahan di Kedah berada di tahap 8,000 – 18,600 Nephelometrik Turbidity Unit (NTU) yang mana telah terlalu jauh mengatasi kadar yang dibenarkan iaitu 50 NTU, bagi kawasan tadahan, dan 1000 NTU bagi sungai-sungai mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Walau bagaimanapun, Ustaz Azizan bertegas menyatakan yang masalah ini berpunca dari kerajaan BN dan beliau tidak punya kuasa untuk menyelesaikannya.  Persoalannya, benarkah begitu?

Setiausaha Politik beliau, Sanusi Md. Noor, menjawab perkara ini di dalam blog beliau sekitar Ogos 2011, seperti berikut:

"kegiatan pembalakan tersebut diluluskan dalam mesyuarat JHB pada 25 Ogos 2005 dan 9 November 2005, iaitu di zaman BN menjadi kerajaan.  Lesen menebang adalah proses terakhir dalam proses membalak selepas kelulusan diberi. Sebelum dapat lesen menebang, sesuatu kawasan yang diluluskan mesti melalui proses persempadanan, penandaan pokok (tagging), penelitian laluan air dan lain-lain aspek teknikal. Kalau semua peraturan telah dipatuhi, lesen menebang akan dikeluarkan oleh Jab Perhutanan. Telah saya katakan, tempoh antara kelulusan dan menebang memakan masa bertahun-tahun. Ternyata kawasn ini memakan masa 5 tahun sebelum dapat ditebang."

Namun, sebelum itu, pada 3 Januari 2010, Harakahdaily melaporkan bagaimana Azizan berjaya meningkatkan pendapatan melalui balak melalui sistem tender terbuka.   

Kata Azizan, "Sistem tender terbuka yang diperkenalkan memberi pulangan positif kepada kerajaan dan rakyat negeri ini. Pada tahun 2008 yang lalu semasa pengambilalihan kuasa pentadbiran, hasil pungutan balak hanyalah sebanyak RM35 juta. Ia meningkat kemudiannya kepada RM39 juta pada tahun 2009 yang lalu.   Pencapaian memberansangkan itu berlaku hasil dari sistem tender terbuka yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah Pakatan Rakyat yang berjaya memberi pulangan menggalakkan kepada negeri."

Mengikut rekod, terdapat 10 syarikat yang menerima lesen pembalakan dari kerajaan negeri melalui 'tender terbuka' tetapi sehingga kini, Azizan tidak pernah mengumumkan keluasan dan kawasan mana yang terlibat dalam tender tersebut. 

Hakikatnya, proses pengeluaran lesen penebangan oleh Jabatan Hutan dan Galian serta Alam Sekitar hanya memakan masa 6 bulan.  Oleh itu, jawapan Setiausaha Politik Azizan bahawa ia mengambil masa 5 tahun amatlah menghairankan. 

Dan mengikut rekod juga, dari zaman Dato' Seri Syed Razak dan Dato' Mahadzir Khalid menjadi MB Kedah, tiada lesen pembalakan yang dikeluarkan di kawasan tadahan.  Ia pernah dikeluarkan untuk Rimba Teloi tetapi pengeluaran balak dibuat ketika Empangan Beris BELUM LAGI dibina dan ianya bersifat TERKAWAL.  Namun, apa yang berlaku di Kedah sekarang ialah ianya sudah tidak terkawal atau di tahap 'menggila' sehinggakan balak-balak yang masih muda, sekecil betis juga diangkut sekali. 

Secara umumnya, rakyat Kedah cukup maklum dengan sikap MB mereka yang suka 'buat tak tahu'.  Laporan audit Kedah baru-baru ini sudah cukup untuk membuktikan sikap MB yang 'tidak tahu apa-apa' ini di mana projek-projek besar yang memakan ratusan juta juga telah dilaksanakan atau telah tidak terlaksana secara tanpa kawalan iaitu tanpa pengetahuan dan tanpa kelulusan pihak-pihak yang berkenaan di dalam kerajaan. 

Seolah-olah, di Kedah masing-masing boleh berbuat sesuka hati dari peringkat kepimpinan bawahan sehinggalah ke peringkat exco.  Lebih memburukkan keadaan ialah apabila ramai yang keliru atau sengaja mengelirukan kedudukan kuasa antara kepimpinan negeri dan parti PAS.  

Sewajarnya, laporan Utusan Malaysia hari ini diambil sebagai loceng yang menggerakkan Azizan dari tidur.  Beliau tidak boleh menuding jari lagi, sama ada kepada BN atau kepimpinan bawahan negeri dan parti PAS sendiri.  Siapapun yang bersalah, adalah soal kedua, yang penting kini, beliau wajib memikul tanggungjawab mencari jalan bagi menghindari bencana besar. 

Lebih dari itu, beliau tidak boleh menafikan bahawa beliau pernah mengugut untuk membalak di kawasan tadahan sekiranya kerajaan pusat enggan membayar pampasan RM100 juta setahun.  Kata beliau: 

"Kita dah banyak berkorban dengan tidak mengambil balak di kawasan simpanan dan tadahan supaya dapat membekalkan air kepada Pulau Pinang dan Perlis untuk kegunaan industri, pertanian dan minuman tanpa mendapat bayaran.

 "Sebab nak jaga kawasan itu kita kehilangan hasil bumi. Kami orang Kedah nak makan apa. Kerajaan pusat hantar duit mai tak apa la.  Salahkah kerajaan negeri lakukan ini untuk rakyat dia. Kalau balak itu diambil untuk menteri besar atau exconya, itu barulah salah," kata Azizan.

Beliau berkata atas alasan itu kerajaan negeri mempunyai sebab kukuh untuk menebang balak di tanah miliknya.

Ditanya mengenai kesan penebangan balak terhadap alam sekitar di kawasan terbabit, Azizan berkata: "Kita tahu polisi itu tetapi sampai orang yang tinggal di tepi laut nak makan pun tidak cukup, nak buat apa. Itu tidak boleh, ini tidak boleh."   

— Malaysiakini (Jun 19, 2008)

Justeru, rakyat Kedah wajar memikirkan semasak-masaknya untuk mengenali pemimpin negeri mereka – apakah benar Ustaz Azizan tidak tahu apa-apa, atau sekadar 'buat-buat tak tahu'?   Rakyat Kedah perlu buat keputusan tepat dalam memilih kerajaan negeri dalam PRU kali ini agar negeri Jelapang Padi ini tidak berubah menjadi Jelapang Lumpur… 

Tetapi sebelum itu, rakyat Kedah perlu mencari jalan agar Ustaz Azizan tersedar, bangun dan bekerja untuk negeri terlebih dahulu, sebelum bekerja untuk pilihanraya.  

 

BERUANG BIRU

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


It&#39;s about LIFE: Bercuti <b>di Langkawi</b>

Posted: 12 Dec 2012 07:15 PM PST

Bercuti di Langkawi. ok. ni cerita basi. sy pegi ni 24-26Nov. lepas. Simpan gambar kat sini lah..tgk besok-besok..jgn jd mcm sy hilang beg dan hardisk di Bandung. dicuri oleh org tdk bertanggungjwb. byk jugak gmbar comel anak -anak sy yang sedang membesar itu hilang. 

Percutian ini dirancang dan ditempah sepenuhnya oleh encik suami saya. beliau mengajak famili abang beliau utk berlibur bersama. kami pergi berlapan termasuk anak-anak. anak saya dua. anak ipar dua org jugak. kos semua habis RM1500 perfamily (return ticket bersama anak, kos naik skyvan dr bangi ke lcct -apartment dll) tak termasuk beli barangan peribadi ms shopping kat pekan kuah. Ni kali kedua sy g langkawi. 1st time dulu masa bujang belum kahwin .pegi lawat ONL mase tu..


















.

02 di pendang - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


sah 3 penjuru pru-13 parlimen <b>padang serai</b> - komando perang <b>...</b>

Posted: 24 Dec 2012 07:37 PM PST

MP Bebas Gobala mahu tanding, Najib diberi mandat besar
PADANG SERAI - Rakyat perlu memberi mandat pertama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan penuh bermakna. Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan berkata, ini supaya Najib dapat meneruskan dasar transformasi beliau demi kemajuan negara dan kemakmuran hidup rakyat di negara ini. "Tidak ada sifat pilih kasih yang diamalkan Perdana Menteri menyebabkan rakyat pelbagai kaum di negara ini merasa dihargai dan mendapat bahagian yang sama selaras dengan dasar transformasi yang diamalkan kerajaan," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan bantuan pakaian seragam sekolah kepada 50 keluarga tidak berkemampuan di Lunas, di sini petang semalam. Gobalakrishnan yang merupakan bekas pemimpin PKR dan kini Ahli Parlimen Bebas, turut berterima kasih kepada Perdana Menteri atas usaha gigih beliau yang membolehkan rakyat pelbagai peringkat tidak tersisih daripada pembangunan negara. Katanya, beliau yakin bahawa Najib akan dapat membawa negara dan rakyat menuju ke arah kemajuan selaras dengan dasar negara yang menyasarkan pendapatan yang lebih tinggi untuk rakyatnya. "Kita harap rakyat akan memberi mandat yang pertama kepada Perdana Menteri kini kerana mandat pada kemenagan PRU12 lalu adalah mandat yang diberi kepada perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi," katanya. Beliau berkata, sebagai seorang perdana menteri yang prihatin atas nasib rakyat, Najib mampu meneraju negara di sebalik pelbagai tohmahan yang dilemparkan pakatan pembangkang kini. Sementara itu, Gobalakrishnan berkata, beliau berhasrat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Padang Serai pada PRU13, namun kesal kerana ada pihak mempertikaikan kes mahkamahnya yang boleh membantutkan hasratnya bertanding kelak. "Jika saya mendapat peluang saya akan tetap bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Padang Serai yang saya menangi pada PRU12 lalu kerana saya masih percaya penyokong saya masih berada bersama saya," katanya. - Bernama
BERIKUTAN BERITA N.GOBALAKRISNAN MANTAN MP TOTOK PKR KINI MP BEBAS YANG MENGGUNAKAN LAMBANG 1MALAYSIA, MAKA TIDAK DAPAT TIDAK KITA AKAM MEMPERLIHATKAN PERTEMBUNGAN 3 PENJURU. 3 PENJURU INI ADALAH SEPERTI BERIKUT PECAHANNYA, BN AKAN DI WAKILI CALON MCA.....PR PULAK ADA KEKUSUTAN SEDIKIT, SEBELUM INI KETUA AMK KEDAH CIKGU MAN DISEBUT-SEBUT TAPI DAP PUN TURUT MENGIDAM SAMA PARLIMEN NI, MAKA KPS HANYA LETAK PR SAHAJA DI SINI. DAN TERAKHIR ADALAH CALON BEBAS IAITU N. GOBALAKRISNAN YANG MEMANG BUAT KERJA KUAT MENERUSI NGO BELIAU IAITU PERKEMAS. PELUANG BN KPS TAK PASTI. TAPI YANG PASTI KEMASUKKAN CALON KETIGA SEPERTI N.GOBALAKRISNAN PASTINYA BOLEH MENJADI TITIK PENENTU ANTARA PR DAN BN UNTUK MENAKLUK KAWASAN INI. DI SINI JUGA WUJUD PARTI KOMPONEN INDIA YANG BERNAUNG DI BAWAH BN IAITU IPF(PARTI BARISAN KEMAJUAN INDIA SeMALAYSIA). KPS TAK MAU KOMEN PANJANG, TAPI MESEJ JELAS, AKAN ADA PECAHAN UNDI DIKALANGAN PIHAK PEMBANGKANG DAN DALAM MASA YANG SAMA, APAKAH BN PADANG SERAI MAMPU MENGAMBIL KESEMPATAN INI KERANA BN PADANG SERAI ADALAH YANG PALING 'LENA NENYAK' DALAM REPORT KAD BN PADA HEMAT KPS. APA PUN KPS YANG BAKAL MEMANGKAH BUAT KALI PERTAMA AKAN MEMANGKAH BN PADA PRU-13 INI DIPADANG SERAI. WALAU BAGAIMANAPUN, DI DETIK-DETIK AKHIR INI BN SEMAKIN BERANI UNTUK PROVOK PR DI KUBU PR SENDIRI MERUAKAN SESUATU YANG BOLEH KITA BERIKAN TEPUKAN. TETAPI IANYA HANYALAH 1/10 USAHA KITA....MANA LAGI 9/10???? SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN.....SEKIAN