Selasa, 30 April 2013

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


Setpol Najib Diarah Bertanding <b>di</b> Parlimen <b>Pokok Sena</b> <b>...</b> - Kerengga

Posted: 12 Apr 2013 10:30 PM PDT

Di ketika kebanyakan pemimpin UMNO lainnya belum mengetahui untung nasib mereka sama ada menjadi calon atau tidak dalam pilihanraya ini, seorang Setiausaha Politik Najib telah pun mendapat arahan awal daripada Najib sendiri untuk bertanding dalam pilihanraya 5 Mei ini dengan "misi mesti menang" di kawasan yang ditandinginya itu.
Setpol yang dimaksudkan ialah Sahlan Ismail yang sudah pun memulakan gerak kerjanya sejak beberapa minggu lalu di Parlimen Pokok Sena, Kedah. Misinya diletakkan bertanding di situ ialah mesti menumpaskan Ahli Parlimen sedia, Mahfuz Omar yang merupakan Naib Presiden Pas.
Dua hari lalu Anwar mendedahkan bahawa beliau mendapat maklumat yang menyebut Najib mahukan tiga pemimpin muda Pakatan Rakyat yang bertanding di sekitar Lembah Kelang dalam pilihanraya kali ini mesti dikalahkan oleh BN. Mereka ialah Nurul Izzah di Lembah Pantai, Rafizi Ramli di Pandan dan Tony Pua di Petaling Jaya Utara.
Arahan Najib supaya mereka ini dikalahkan adalah dipercayai kerana keagresifan mereka mendedahkan pelbagai perkara mengenai salah saku dan kecurangan pemimpin UMNO dan kerajaan dalam pelbagai skandal peribadi dan kewangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Rupa-rupanya arahan tersebut tidak sekadar terhadap tiga pemimpin itu saja, malah juga melibatkan Mahfuz Omar yang turut agresif mendedahkan pelbagai maklumat susulan beberapa skandal yang berlaku sama ada melibatkan Najib atau pemimpin UMNO lainnya.
Melihat kekerapan serta keagresifan Mahfuz menyerang Najib dan BN, tidaklah mustahil beliau menjadi antara pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak disenangi Najib dan kerana itu beliau mesti dikalahkan supaya suaranya lagi kedengaran di Parlimen. Bersesuaian pula dengan ketiadaan calon yang sesuai daripada UMNO Pokok Sena yang diketuai oleh Ahmad Lebai Sudin yang dirasakan layak menentang Mahfuz, maka Sahlan telah dijadikan sandaran ke arah matlamat itu.
Beberapa pemimpin UMNO Pokok Sena mengesahkan perkara itu dan Sahlan diletakkan bertanding adalah dengan misi yang besar bagi kepentingan politik Najib. Nampaknya dalam pilihanraya akan datang ini, Najib bukan saja mahu memastikan kemenangan kepada BN supaya terus berkuasa tetapi juga sedang memburu beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang selama ini didapati begitu lantang mengkritiknya dengan misi mereka itu mesti ditumbangkan.
Bagi ahli UMNO Pokok Sena, mereka sudah lama mengetahui tentang kemungkinan Sahlan akan bertanding di kawasan Parlimen itu tetapi kekerapan beliau turun sejak kebelakangan ini bersama jentera-jenteranya dari Kuala Lumpur seperti mengesahkan lagi perkara itu.
Sejak beberapa minggu ini, seorang ahli perniagaan yang rapat dengan Sahlan iaitu Datuk Ghazali Saiboo telah pun mula berkampung di Pokok Sena untuk tujuan menemui beberapa pihak yang dirasakan boleh membantu Sahlan dalam pilihanraya nanti. Selain itu, Ghazali juga dikatakan sedang agresif membeli maklumat daripada pelbagai sumber di Pokok Sena tentang kekuatan dan kelemahan UMNO dan BN di setiap cawangan dan kampung bagi memudahkan gerak kerja seterusnya.
Ghazali juga turut sedang mencari kelemahan dan kekurangan Mahfuz serta kemungkinan ada janji-janji beliau yang tidak ditunaikan bagi memudahkan UMNO dan BN menyerang kredibiliti Naib Presiden Pas itu.
Najib dipercayai amat menaruh keyakinan tinggi bahawa Sahlan mampu memberi cabaran kepada Mahfuz berikutan kedudukannya sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri yang memungkinkan beliau lebih diterima rakyat, selain adanya bantuan kewangan yang banyak daripada beberapa ahli perniagaan daripada Kuala Lumpur.
Walaupun sehingga ini hanya Ghazali Saiboo dan beberapa orang saja dari Kuala Lumpur yang dilihat sudah berkampung dan berlegar-legar di sekitar Pokok Sena sejak beberapa minggu lalu tetapi ahli UMNO di situ percaya menjelang hari penamaan calon dan pengundian nanti, pastinya lebih ramai lagi ahli perniagaan dan jentera dari Kuala Lunpur yang akan datang membantu Sahlan untuk mencapai "misi mesti menang" yang diarahkan oleh Najib itu.

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


PERLAKSANAAN ARAK <b>DI KULIM</b> BUKTI PR TULUS - Pendedahan <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2013 04:04 AM PDT


Bukti Rakyat Kedah Dipermain dan diperbodohkan PKR walaupun ditadbir MB PAS
PKR seperti main tarik tali dengan penduduk kulim, dalam membenarkan pengharaman arak di daerah tersebut pada tahun lepas. Puak-puak cina dalam PKR  ni. 
Adun Kulim, Lim Soo Nee mendakwa tindakan Majlis Daerah Kulim untuk menghentikan penjualan minuman keras mulai Jun tahun ini di negeri itu sebagai satu cubaan mensabotaj kerajaan negeri Kedah. Beliau juga mendakwa keputusan tersebut dibuat tanpa memaklumkannya kepada exco kerajaan negeri itu.Lim berkata beliau telah menerima banyak aduan mengenai perkara itu dan telah diberitahu oleh pejabat daerah bahawa tidak ada lesen akan dikeluarkan untuk kedai-kedai minuman keras selepas Jun. "Mereka masih mengeluarkan lesen untuk separuh pertama tahun ini supaya pengendali boleh menghabiskan stok mereka."Saya tidak tolak kemungkinan bahawa ada orang mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Ada orang yang cuba untuk memerangkap kita," kata Lim. Ini membuktikan bahawa kepimpinan MB KEDAH (PAS) sangat teruk dan tidak ingin memperjuangkan 'ISLAM' sangat pun. Jika benar mereka mahu menjadikan negara Malaysia sebagai negara 'ISLAM', bukti dahulu di Kedah.

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


<b>Kedah</b> Times: <b>Kedah Negeri</b> Kaya <b>di</b> Bawah PAS

Posted: 29 Apr 2013 10:00 PM PDT

Kemegahan pemerintah PAS Negeri Kedah terhadap kenaikan jumlah pendapatan hasil balak diwar-warkan seluruh pelusuk negeri. Diwar-warkan mereka memperolehi pendapatan melebihi apa yang diperolehi pada zaman Kerajaan BN
Tujuan ialah untuk menunjukkan bahawa terlalu banyak korupsi berlaku, jadi pendapatan hasil balak menjadi sedikit. Dan dizaman PAS tiada korupsi, maka pendapatan bertambah hasil dari tebang balak.
Sekali lagi Kedah mendapat perhatian Election Watch Asia atas kerakusan Kerajaan PAS membalak. Hasilnya dunia menyaksikan kemusnahan alam sekitar yang amat dahsyat.
Kira TERKENAL Kerajaan PAS negeri Kedah. Sebab itulah tiada pelabur luar datang ke Kedah.

02 di kodiang - Google Blog Search

02 di kodiang - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Apr 2013 01:58 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Apr 2013 02:20 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Mar 2013 01:27 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

kajian mengenai dialek kedah dengan bahasa melayu baku <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 07 Mar 2013 11:44 AM PST

FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

SKBL 2113

APLIKASI KOMPUTER DALAM  LINGUISTIK

TAJUK : KAJIAN MENGENAI DIALEK KEDAH DENGAN BAHASA MELAYU BAKU DI DAERAH KODIANG

NAMA PENSYARAH :

DR. ZULKIFLI BIN AHMAD

NAMA & NO. MATRIK PELAJAR :

NURSYAKIRAH BINTI NORDIN

A 137318

 

 

BAB I

PENDAHULUAN

1.1              PENGENALAN

Dialek merupakan satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial yang berbeza daripada bahasa standard. Menurut Edward Sapir, dialek dikenali sebagai bentuk percakapan tempatan yang berbeza dengan bentuk bahasa kesusasteraan. Maka, bolehlah dirumuskan bahawa dialek merupakan satu bentuk percakapan yang berupa tempatan yang terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja.

Bahasa Melayu Kedah merupakan salah satu dialek yang dituturkan oleh masyarakat Malaysia di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Perlis. Bahasa Melayu Kedah juga dipertuturkan di Wilayah Selatan Thailand iaitu Satun.

Penduduk di Trang, Thailand juga menuturkan bahasa Melayu Kedah dengan pengaruh bahasa Thailand. Penutur dialek Melayu ini keseluruhannya dianggarkan lebih 4 juta (sekitar 3,1 juta penutur bahasa ibunda dan selebihnya digunakan sebagai bahasa kedua). Selain negeri-negeri tersebut, dialek ini juga dituturkan di selatan Myanmar dan sebuah tempat di utara Sumatera. Masyarakat setempat merujuk kepada Bahasa Melayu Kedah ini sebagai loghat utara (dialek Utara-oleh Malaysia) dan pelat Kedah (dialek Kedah di Negeri Kedah).

Bahasa Melayu Dialek Kedah juga boleh dibahagikan kepada beberapa subdialek yang diterdiri daripada Kedah Persisiran (standard), Baling ataupun Kedah Hulu, Kedah Utara, Perlis-Langkawi, Pulau Pinang dan lain – lain (Luar Malaysia).

 

1.2              PERNYATAAN MASALAH

Kajian yang dilakukan secara komprehensif dan betul akan dapat menghasilkan sebuah dapatan kajian yang baik. Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengetahui perbezaan yang terdapat dalam dialek Kedah Kodiang dengan bahasa Melayu baku berdasarkan aspek-aspek linguistik seperti aspek dari segi sebutan, pembentukan kata, penggunaan ayat, semantik dan juga pragmatik.

1.3              SOALAN KAJIAN

Persoalan yang timbul dalam kajian ini ialah seperti berikut:

1.3.1    Apakah sama sebutan yang terhasil bagi sesuatu perkataan di antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?

1.3.2    Apakah proses pembentukan kata yang berlaku dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?

1.3.3    Adakah sama sistem tatabahasa dan susunan ayat yang digunakan dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?

1.3.4    Bagaimanakah sesuatu perkataan yang sama boleh mempunyai makna yang berbeza dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?

1.3.5    Apakah ada penggunaan bahasa mengikut situasi yang berbeza di antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?

 

 

1.4              OBJEKTIF KAJIAN

1.4.1    Mengenal pasti perbezaan sebutan di antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku.

1.4.2    Melihat aspek pembentukan kata yang hadir dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku.

1.4.3    Meninjau aspek penggunaan ayat/tatabahasa dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku.

1.4.4    Menyelidik perbezaan makna kata yang berlaku antara dialek  Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku.

1.4.5    Mengenal pasti perbezaan yang terdapat dalam penggunaan bahasa mengikut situasi yang berbeza di antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku. Sebagai contohnya penggunaan bahasa dalam situasi formal di pejabat antara majikan dan pekerja.

 

 

1.4    SKOP KAJIAN

Skop kajian ini adalah di Kodiang yang merupakan salah satu tempat yang terletak di negeri Kedah Darul Aman. Skop kajian ini dipilih kerana berdasarkan latar belakang responden yang lahir di negeri Kedah, anak jati dan menetap di Kodiang, Kedah. Responden merupakan salah seorang mahasiswa yang belajar di UKM, Bangi, Selangor.

 

1.5    KESIMPULAN

1.5.1    Sebagai kesimpulannya, kajian yang ingin dijalankan oleh pengkaji diharapkan dapat memenuhi objektif yang sebenar. Hasil yang baik akan diperoleh sekiranya kajian ini mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

 

BAB 2

KOSA ILMU (kiv)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1       PENGENALAN

Metodologi kajian atau kaedah kajian merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu rumusan.

Metodologi menerangkan cara sesuatu sesuatu masalah disiasat dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan.

Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian.

 

 

3.2       SAMPEL KAJIAN

Sampel kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah terdiri daripada seorang responden yang berasal daripada negeri Kedah iaitu di Gurun berumur 22 tahun. Responden merupakan seorang anak jati dan penutur natif dialek Kedah.

 

3.3       ALAT KAJIAN

Kaedah atau metodologi kajian yang akan digunakan untuk mengumpul maklumat adalah seperti berikut:

3.3.1    Soal selidik.

Soal selidik dibuat dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan perisian "Survey Monkey". Soalan-soalan didraf terlebih dahulu dan dimasukkan ke dalam perisian "Survey Monkey". Soalan yang telah siap didalam perisian "Survey Monkey"akan dihantar kepada responden untuk dijawab oleh responden tersebut.

3.3.2    Rakaman.

Rakaman video akan dilakukan dengan menggunakan perakam video di telefon dan rakaman suara dengan menggunakan MP3.

 

 

3.3.3    Blog

Blog digunakan untuk memaparkan setiap hasil kajian yang telah saya lakukan dan perolehi dengan menggunakan wordpress.

3.3.4    Antconc

3.3.5    Video converter

3.3.6    Soundcloud

 

3.5       KESIMPULAN

Metodologi kajian yang dipilih diharapkan dapat membantu pengkaji menjayakan kajian yang dijalankan seterusnya memperoleh hasil kajian yang terbaik.

BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Feb 2013 01:37 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Azrul 3R: PROGRAM 3R <b>DI</b> SJK LAM MIN, <b>KODIANG</b>

Posted: 07 Aug 2012 07:55 AM PDT

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SJK LAM MIN, KODIANG
Selain aktiviti kutipan barangan kitar semula dijalankan di SMK Mergong, Alor Setar pada 7 Ogos 2012, aktiviti yang sama juga dijalankan di SJK Lam Min, Kodiang oleh staf-staf daripada Pejabat PPSPPA Cawangan Kubang Pasu. 


Antara warga kerja yang terlibat ialah Puan Banian Binti Zulkifli dan En Mohd. Syolehhin bin Abu Bakar daripada Pejabat PPSPPA Cawangan Kubang Pasu. Sebanyak 560 kg barangan kitar semula yang terdiri daripada kertas, botol plastik dan besi yang dapat dikumpul, diasingkan dan dijual kepada pihak vendor atau pusat kitar semula terdekat. Hasil jualan barangan kitar semula tersebut ialah sebanyak RM 170.00 lebih.

misi bantuan kemasyarakatan pada mangsa ribut taufan <b>di kodiang</b> <b>...</b>

Posted: 07 Apr 2013 04:14 PM PDT

Kejadian ribut taufan melanda di Kodiang Pida 2 pada 01 April 2013 mengakibatkan 63 rumah mengalami kerosakan teruk juga kerosakan peralatan asas... 

Dengan kejadian tersebut, terbentuknya Operasi Misi Bantuan Kemasyarakatan dari Pasukan Tindakan Cemas Malaysia Wilayah Utara, Kedah yang diketuai oleh Marshal Dato Seri DiRaja Mohamed Setifani , Ketua Turus Wilayah Utara dan dibantu oleh Komander Mohamad , Komander Pertadbiran Wilayah Utara.

Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk membaik pulih rumah yang mengalami kerosakan juga lain lain bantuan. Operasi bermula pada 01 April 2013 hingga kini.

Pada sesiapa yang ingin memberi bantuan pada mangsa ribut sila hubungi Komander Mohamad ditalian 011-15442376










02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


tukarkedah !!! gelombang biru parlimen <b>sik</b> bermula <b>di</b> kubu pas..!!!

Posted: 04 Apr 2013 07:17 AM PDT

Aku ke Baling semalam. Ada la kerja aku kat sana. Asyik dok buat kerja, aku tak sedar hari dah malam. Maklum la...semalam kan kecoh Parlimen dibubarkan...semua asyik dok kecoh cerita pasal bubar je la kan...
Tiba-tiba seorang member aku call. Dia suruh aku pergi ke Kampung Sungai Pau di daerah Sik malam tu jugak, urgent dan ada cerita "menarik" katanya. Bila aku tanya cerita apa, dia takmau bagitau dan suruh aku segera ke sana...
Lebih kurang pukul 11 malam, aku tiba di Kampung Sg. Pau. Perghhhh!!! Biru..!!! Aku tengok ribuan bendera biru BN di sepanjang jalan... Kampung Sg. Pau tu setahu aku merupakan kawasan "hitam" bagi BN...
Aku tengok hampir 60 orang berkumpul di satu simpang Sg. Pau tu. Rupanya malam tu depa buat gerakan besar-besaran "gelombang biru" di Sg. Pau. Aku turun dari kereta untuk dapatkan cerita...
Rupanya semua yang ada kat situ adalah penduduk Kg. Sg. Pau. Depa semuanya nekad untuk mulakan "gelombang biru" Sik dari "kubu kuat PAS" yang dah tak jadi kubu lagi dah. Kampung Sg. Pau dah "putih"..!!!
Tak caya? Tengok gambar-gambar kat bawah ni... PAS dah hilang undi dari penduduk Sg Pau..!!! "Gelombang Biru Sik" bermula dari Sg Pau, bekas "kubu" PAS..!!!









02 di padang terap - Google Blog Search

02 di padang terap - Google Blog Search


Mohd Nasir ada kelebihan pertahan <b>Padang Terap</b> - Harakahdaily

Posted: 27 Apr 2013 10:01 PM PDT

Mohd Nasir menyampaikan khutbah di sebuah masjid dalam kawasan Parlimen Padang Terap.

PADANG TERAP: Kawasan Parlimen Padang Terap mempunyai dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu N.7 Kuala Nerang dan N.8 Pedu.

Pada Pilihan raya Umum ke-12 (PRU12) lalu, calon PAS yang bertanding di P.007 itu, Ustaz Mohd Nasir Zakaria yang mendapat 15,003 undi menewaskan calon BN, Datuk Ghazali Ibrahim dengan majoriti 369 undi.

Kemenangan itu boleh dianggap sebagai suatu 'keajaiban' kepada beliau kerana kedua-dua Dun berkenaan dimenangi oleh calon BN. Syed Sobri Syed Hashim yang mendapat 7,856 undi memenangi Dun Kuala Nerang dengan majoriti 805 undi, sementara Dun Pedu dimenangi oleh bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid dengan majoriti 2,733 undi.

Jika diukur daripada keputusan PRU12 itu, Mohd Nasir mempunyai kelebihan pada pilihan raya umum kali ini yang diamanahkan oleh PAS untuk mempertahankan kerusi yang disandangnya itu.

Anak kepada penebang tebu sementara ibunya adalah penoreh getah amat memahami suasana kehidupan masyarakat di Padang Terap terutama golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Beliau yang mempunyai hubungan erat dengan anak-anak muda di kawasan Parlimen Padang Terap tidak bermasalah untuk melibatkan diri secara langsung dengan aktiviti mereka.

Bahkan, penglibatan beliau dengan enam badan bukan kerajaan (NGO) membabitkan golongan belia dan beliawanis memberi kelebihan kepada Mohd Nasir untuk mendapat sokongan pada PRU13 ini.

Dengan kelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), memudahkan beliau bergiat dalam persatuan dan pertubuhan yang membabitkan golongan korporat.

Tambahan pula, beliau yang pernah menjadi pensyarah kontrak Kolej Kewangan dan Perbankan Islam, Bank Islam dapat menggunakan pengalaman itu untuk dikongsi dengan mereka.

Hubungan baik dengan golongan berkenaan dan penglibatan beliau dalam program anjuran mereka menambahkan lagi kekuatan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Padang Terap.

Mohd Nasir yang berkelulusan Sarjana Muda Syariah dan Pengurusan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya langsung tidak mempunyai masalah untuk menjayakan program keagamaan yang melibatkan masyarakat Islam.

Beliau banyak menyampaikan kuliah, berkhutbah, menguruskan jenazah dan lain-lain yang sekaligus dapat merapatkan hubungan dengan masyarakat Islam dalam kawasan Parlimen Padang Terap.

Selain itu, beliau sering turun padang dan menziarahi rakyat yang ditimpa musibah menjadikan hubungannya dengan masyarakat tempatan bertambah erat.

Biarpun pada PRU13 ini berdepan dengan calon BN, Mahdzir Khalid dan Muhammad Bazli Abdullah (Bebas), namun Mohd Nasir tetap menaruh harapan yang tinggi mempertahankan kemenangan yang sekaligus menyumbang kerusi kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya.

Dengan jumlah pengundi seramai 42,045 orang yang melibatkan Melayu (92.68%), Cina (1.4%), India (0.2%) dan lain-lain (5.72%), beliau selaku anak tempatan dilihat mempunyai kelebihan untuk terus menabur bakti kepada masyarakat selaku Ahli Parlimen Padang Terap yang bakal direalisasikan oleh para pengundi pada 5 Mac nanti.

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


KedahLanie.info: Kompom..bang mat sabu tanding <b>di Pendang</b>

Posted: 09 Apr 2013 02:00 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Kompom..bang mat sabu tanding di Pendang. Posted by Kedah .... oleh Mummy Rokiah Azeez Rahim calun pasti menang akan menentang tokoh agama PAS Najmi Ahmad di Parlimen, Baling Difahamkan sebaik... [TERKINI] ...

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Hani Othman: Wedding Kunas <b>di Langkawi</b>

Posted: 14 Apr 2013 03:30 AM PDT

Aiyakkkk... Lamanya tak conteng-conteng dekat sini... Last week Hani ada attend kenduri kahwin member dekat Langkawi. Dah alang-alang pergi Langkawi tu berjalan sekali la weolssss... Hari first Hani gerak dari KL dengan Lily and Ila dulu sebab yang lain tak dapat cuti hari Jumaat. Pukul 10 macam tu weols gerak dari tol Jalan Duta.. Singgah kejap di Seberang Jaya, Penang dalam pukul 1.15 ptg jumpa sepupu sebab nak hantar stok tudung untuk dijual. Sesambil tu weols pekena la nasi kandaq dulu di Penang. Dah alang-alang sampai Penang khennnnnn.... Sejam di Penang, weols pun teruskan perjalanan ke Kuala Kedah. Alhamdulillah... around 3.30 camtu weols sampai Kuala Kedah. Dapat tiket feri pukul 4.30 ptg...Nasib baik ada Encik Ogawa dekat jeti... boleh la parking badan atas En.Ogawa untuk diurut dulu... (pssttt: En.Ogawa tu mesin urut yang kerusi tu yerrr... Jangan fikir bukan-bukan)
Perjalanan dari Jeti Kuala Kedah nak ke Jeti Langkawi ambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit. Sangat bosan sebab kedudukan weols dekat tepi... Nak tengok TV tak boleh... Nak tengok laut tingkap tinggi sangat. Bosan tahap gaban sampai weols menggila bertiga dalam feri. Bergambar la... Buat video la... Tapi tak nak la upload video-video tu untuk tatapan umum... cek malu! Biarlah hanya weols bertiga sahaja yang jadi penonton untuk video gila tu... 
Around 6.15 weols sampai Langkawi... Nasib baik Kunas dah settle kan semua pasal hotel dan sewa kereta. Kerja Hani cuma contact travel agency tu je la... Order kereta viva manual tapi dapat Picanto Auto...  Pening la gamaknya tu sebab ramai sangat customer... Tapi tak mengapa... Dapat Picanto lagi bagus... Auto lagi... Mudah la kerja Hani selaku driver yang bertauliah ni... RM90 untuk dua hari. Kunas dah bayar RM70.. RM20 weols bayarkan... 
After check in hotel weols bersiap siap untuk majlis akad nikah Kunas. Jauh rupanya hotel tu dengan rumah Kunas... Sejam juga la perjalanan dari Kuah ke Beras Terbakar. Once weols sampai, mereka baru sahaja selesai akad nikah. Tak sempat nak tengok moment moment bahagia tu. Rugi betul! Ok, untuk pengetahuan uols... Kalau uols pernah pergi Beras Terbakar, rumah orang yang ada beras terbakar itulah rumah Kunas. 
Malam masih muda walaupun tak berapa muda sangat. Nak balik hotel tidur macam rugi jer... Sia-sia datang dari jauh kalau tak jalan-jalan dulu. Dengan berbaju kurung ni kami bertiga berjalan-jalan kejap dekat area Pantai Cenang. Selamberrrrr!!! Terdengar suara-suara tak merdu bercakap,
"Amboi manisnya cik adik... baru balik dari pertandingan ratu kebaya ka?"
Walaupun ada orang yang memandang dan gelakkan weols sebab pakai macam ni... Tapi ada mak kisah??? 
Dah puas memalukan diri di Pantai Cenang, weols gerak pergi Dataran Lang pula... Sasaran kedua untuk memalukan diri sendiri... Not bad juga la pemandangan di Dataran Lang pada waktu malam. Selama ni Hani selalu pergi Dataran Lang pada waktu siang... Tak pernah pula lepak waktu malam dekat sini..  
The Next day is reception day. Yang lain baru sampai dan terus ke majlis Kunas dekat Beras terbakar. Kunas sangat cantik dengan wedding dress warna putih. 
Untuk pengetahuan uols... Langkawi ni agak panas... so, dalam pukul 2 weols dah tak tahan dah dan terus gerak dari rumah Kunas and check in hotel di Pantai Cenang. Tak sabar gila nak mandi laut... Lepas check in, salin baju terus weols terkam air laut yang ombaknya agak kuat. Tapi mak tak kisahhhh!! Nak mandi juga... Iekoi la manusia yang paling excited sekali mandi laut... Sori, tiada gambar weols tengah mandi laut... Gambar hari nak balik adalah... 
Last but not least, sebelum balik... benda wajib yang orang akan buat dekat Langkawi adalah borong chocolate larrr....

We had a very great time in Langkawi walaupun tak lama...
Miss you Langkawi!!!! Muah muah muah

Diari Papa Deh: Murah Sangat Ke Harga Coklat <b>Di Langkawi</b>..?

Posted: 20 Mar 2013 11:01 PM PDT

Sepertimana dijanjikan dalam entri Bercuti Di Langkawi, ni adalah entri khas untuk tolong korang bandingkan harga coklat di Langkawi dengan tempat lain. Betul ke harga coklat kat Langkawi tu murah sangat..?
Jom kita bandingkan harga untuk 7 jenis coklat kat bawah ni. Merujuk kepada kawan-kawan kat Facebook, inilah antara coklat yang paling berbaloi beli kat Langkawi. Tu kata diorang laa. Sekarang aku senaraikan perbandingan harga-harga coklat ni untuk korang fikirkan sendiri. Semoga membantu :)
Harga Langkawi : RM14.00 / pax
Harga Putrajaya : RM34.99 / pax
FERRERO ROCHER T30 (375 gram)

Harga Langkawi : RM21.50 / pax
Harga Putrajaya : RM32.88 / pax
Beza harga : RM11.38 HERSHEY'S KISSES (315 gram)

Harga Langkawi : RM12.00 / pax
Harga Putrajaya : NA
Beza harga : NA

KINDER BUENO (344 gram)
* dalam 1 kotak ni ada 8 pax

Harga Langkawi : RM2.28 / pax
Harga Putrajaya : RM3.33 / pax
Beza harga : RM1.05

LINDOR (200 gram)

Harga Langkawi : RM15.95 / pax
Harga Putrajaya : RM30.59 / pax
Beza harga : RM14.64

TOBLERONE (200 gram)

Harga Langkawi : RM8.50 / pax
Harga Putrajaya : RM9.35 / pax
Beza harga : RM0.85

WHITTAKER'S ALMOND GOLD (3 x 45 gram)

Harga Langkawi : RM7.67 / pax
Harga Putrajaya : NA
Beza harga : NA

Harga Langkawi tu aku ambil harga termurah di antara Haji Ismail Group / Langkawi Saga /  Underwater World (Coco Valley dan The Zon Shopping Paradise) manakala Harga Putrajaya tu aku survey kat Alamanda (Carrefour dan Cold Storage). Packaging Kisses kat Alamanda tak sama dengan yang aku beli kat Langkawi, so tak dapat nak bandingkan harga. Whittaker's pun tak ditemui, dengar cerita sebab coklat ni hanya dijual kat Langkawi je.
Coklat yang dijual kat Langkawi ni biasanya akan dijual lebih murah bila korang beli banyak sikit. Cuba check table kat bawah ni. Mungkin membantu, mungkin gak akan lebih memeningkan korang. Haha. Kalau korang ada info lain, sila share ye :)
Sekian, selamat bershopping..!

Isnin, 29 April 2013

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


18 gambar eksklusif tun m "balun" mahfuz "bean" <b>di pokok sena</b>..!!!

Posted: 15 Apr 2013 05:37 AM PDT

Semalam aku kat Hutan Kampung. Sekali lagi aku ikut program Tun M. Kali ni dianjurkan oleh UMNO Bahagian Pokok Sena. Tapi memandangkan aku pegi lewat sikit (ada tanggungjawab yang perlu aku uruskan), aku ter"miss" ucapan Datuk Ahmad Lebai Sudin...
Tapi yang paling penting, ucapan Tun M tak boleh miss punyaaa...heh! Kalau kat Pendang dua hari lepas Tun M "balun" Mat Sabu, kali ni Tun M "tabuh" Mahfuz "Bean" Omar pulakkk..! Heh! Nak tahu apa yang Tun M "tabuh"? Tunggu nanti video keluar...heh!
Kebetulan kawan-kawan blogger aku, Pisau Kedah dan Mctheory ada kat depan, (Heh! Depa tak kenai aku punnn..kenai dalam blog saja..tapi aku kenai depaaaa..maklum laa..aku ni blogger kecik jaaa...), aku yakin rakaman Tun M akan depa upload ke Youtube dalam kadar segera...heh!
Jadi sebagaimana biasa, aku rakam la beberapa keping gambar untuk tatapan para pembaca setia di blog aku ni. Hehehehee...dah dua hari aku ikut program Tun M siang malam, aku siar gambar Tun M saja laa...takkan nak siar gambar Mustafa Ali kot...dia tak suka gambar..dia suka "video"! Heh!
Kat bawah ni ada 18 keping gambar...penat aku tangkap gambar program Tun M.. Tapi ye la... perjuangan, kan...dah 5 tahun aku berjuang nak dapatkan kembali Kedah ni ke tangan BN, harinya dah hampir tiba...doakanlah supaya aku diberikan tenaga yang kuat untuk terus berjuang...















02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


PANASS!! Kisah Skandal Sebenar <b>di Kulim</b> Hi-Tech #TukarKedah <b>...</b>

Posted: 12 Apr 2013 02:17 AM PDT


Korang pernah dengar nama Kulim Hi-Tech tak? Kalau hangpa orang Kedah, aku rasa ramai yang tahu pasal kehebatan Kulim Hi-Tech ni... Kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kedah yang ditubuhkan Kerajaan BN Kedah dulu...

Baru-baru ni, PAS Kedah dok "gebang besaq" dalam buku "Sayangi Kedah Menipu Rakyat" dengan mengatakan Kulim Hi-Tech tu untung besar dan ramai pelabur masuk DISEBABKAN KEPIMPINAN PAS YANG "HEBAT"...heh!

Nak tahu cerita sebenar di sebalik "kehebatan" PAS Kedah tu? Meh sini aku cerita....

Amiruddin sebagai Exco Pelaburan selalu bagitau dalam ceramah dia bahawa PAS Kedah bawak ramai pelabur masuk ke Kulim Hi-Tech. Berbilion-bilion ringgit untung yang PAS Kedah bawak masukkkk... Betul ke?

Sebenarnya, 95% pelabur di Kulim Hi-Tech tu dibawa masuk oleh Kerajaan BN Kedah sebelum ini dan Kerajaan Pusat melalui MIDA. MIDA ni agensi tarik pelabur asing di bawah MITI...Datuk Mukhriz Mahathir adalah Timbalan Menteri MITI...

Kalau Amiruddin sebut dia bawak masuk pelaburan dari syarikat First Solar tu, maknanya dia bohong! Sebab syarikat tu dah ada kat Kulim Hi-Tech sejak tahun 2007 lagi. Di zaman BN. Syarikat tu adalah pelabur terbesar di Kulim Hi-Tech...

Jadi, Kulim Hi-Tech di bawah PAS Kedah memang hancur prestasinya. Presiden Kulim Hi-Tech yang dilantik PAS tu memang tak reti buat kerja. Bayangkan, teruknya prestasi Presiden tu sampai depa tulis dalam buku rekod Kulim Hi-Tech! Rekod buruk..!!!

Antara sebab lain Kulim Hi-Tech hampir semput ialah bila Presiden Kulim Hi-Tech yang tak reti buat apa pun tu lantik seorang kakitangan yang terbukti mempunyai penglibatan rasuah dan manipulasi wang. Tu diaaa... habis laaa... Perasuah pun depa ambik kerja di Kulim Hi-Tech...

Paling best ialah sikap dan perangai Presiden merangkap CEO Kulim Hi-Tech tu. Dia ni dikatakan suka kira "tile" lantai yang pecah, marah bila signboard senget, suka check bumbung, kira tapak kaki babi hutan, kira pokok kelapa sawit dan tangkap gambar tandas kotor di Kulim Hi-Tech!

Takdak kerja lain yang lebih mencabar kaaa??? Itu kerja Presiden merangkap CEO Kulim Hi-Tech yang bertaraf antarabangsa tu? PAS tak dak orang lain lagi ke yang layak untuk dilantik? Puiiii..!!!

Buku "Sayangi penipu rakyat Kedah" tu kata PAS Kedah berjaya bawak masuk berbilion ringgit pelaburan berbanding di zaman BN Kedah. Kuat sungguh depa menipu noooo...

Hangpa tau tak PAS Kedah ni menipu? Cuba tengok kat bawah ni...Yang ni tak tipu punyaaa..!!!

Dah nampak penipuan PAS Kedah dalam sektor pelaburan di Kulim Hi-Tech? Heh! Apa PAS Kedah ingat orang-orang Kedah ni semuanya "buta" dan tak tau apa sebenarnya yang berlaku?

Agak-agak laaaa.... Orang Kedah dah lama maju di zaman BN laaaaa..."educated" kata orang putih. Bukan macam Mahfuz Omar yang eja "lunch" pun tak reti..!!! Mahfuz ajak orang makan tengahari di Twitter... tapi eja "launch"..!!! Kah! Kahh! Kaahhh!!! Tahap tu ke Naib Presiden PAS?

Nukilan dari Duke Of UMNO

02 di kubang pasu - Google Blog Search

02 di kubang pasu - Google Blog Search


KedahLanie.info: Nasib Ladang Rakyat <b>di Kubang Pasu</b> yang mana <b>...</b>

Posted: 25 Apr 2013 08:10 PM PDT

KedahLanie.info: Nasib Ladang Rakyat di Kubang Pasu yang mana kerajaan UMNO BN dulu telah jual tanah kepada swasta..!!

02 di jitra - Google Blog Search

02 di jitra - Google Blog Search


Pondok PDMBN <b>di</b> Kampung Manggol, Malau, <b>Jitra</b>, Kedah <b>Di</b> Bakar <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2013 04:05 PM PDT

- Apr 29, 2013 07:05:10.

pondok-pdm-bn-jitra-di-bakarLagi Pondok Pusat Daerah Mengundi, PDM, dibakar dipercayai tindakan sabotaj.

Kali ini, Pondok PDM BN di Kampung Manggol, Malau, Jitra, Kedah menjadi sasaran.

Sebelum ini tidak ada ugutan apa. cuma pagi tu, lebih kurang pukul 5 pagi ada sebuah moto berkeliaran di sini yang lambang depa itu kita nampak lambang parti pembangkang.

Kebakaran yang disedari pukul 5.30 pagi tadi memusnahkan kerusi dan meja, serta ribuan keping poster kempen.

Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu.

Short URL: http://din.huluselangor.net/?p=32327

Pondok PDM BN <b>di</b> Kampung Manggol, Malau <b>...</b> - Angin Perubahan

Posted: 28 Apr 2013 08:00 PM PDT

Penulis terlibat dalam gerakan pelajar pada awal 1996. Ketika zaman "taliban" menguasai kampus di utara, penulis bersama aktivis mahasiswa yang lain telah menggelarkan gerakan itu sebagai gerakan "Perubahan" atau Islah, yang telah dijadikan agenda utama perjuangan pelajar.

1999, ketika kampus bergegar dengan reformasi pelajar, Perubahan telah berjaya menakluk kampus di utara tersebut. Aspirasi orang muda kepada Tun Mahathir selaku PM pada waktu itu. Satu persatu IPT berjaya ditransformasi hinggalah gerakan nasional itu kemudiannya digelar sebagai "Aspirasi".

2007, berblog di alam siber sebagai galang ganti platform baru setelah sebuah laman 1.0 yang aktif sejak 2001, dikuburkan. Selepas 2008, aura perjuangan membela agama, bangsa dan negara semakin mencabar. Inilah medannya, ruang seorang aktivis menyumbang sesuatu pada alif, ba ta.

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


Fyna Here!: MUA : makeup sanding farah 16.02.2013 <b>di baling</b> kedah

Posted: 20 Apr 2013 08:48 PM PDT

makeup kalini simple sahaja
sebab farah req soft makeup dari mata,pipi hingga ke lips
bulu mata pun nak yang nipis sahaja
tapi disebab kan majlis dibuat di dewan
fyna terangkan sikit di bahagian mata
tak nak nampak pucat sangat




http://www.facebook.com/KiddyKiddoKlik?fref=ts
untuk tengok my makeup job yang lain-lain atau sebarang pertanyaan/tempahan boleh ke
email : fynahere85@yahoo.com