Ahad, 6 Januari 2013

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Saifuddin yakin KEADILAN menang <b>di Kulim</b>-Bandar Baharu <b>...</b>

Posted: 06 Jan 2013 10:07 PM PST

(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 7 Jan: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yakin KEADILAN akan mempertahan kemenangan Pakatan Rakyat di Parlimen Kulim-Bandar Baharu (P18) dalam Pilihan Raya Umum (PRU 13).

Menurutnya, persempadanan kawasan itu dengan Permatang Pauh dan Padang Serai, kedua-duanya kubu kuat Pakatan menyumbang faktor utama kemenangan.

"Kulim-Bandar Baharu juga berada di Kedah Selatan, daerah rakyatnya adalah anti kerajaan Umno. Dari segi faktor lokasi, memang berpihak pada kita (Pakatan)," katanya kepada Keadilan Daily.

Selain itu katanya, kekuatan jentera parti di kawasan parlimen tersebut sebab utama kerusi berkenaan bakal dimenangi.

"Jentera parti yang cukup kuat, komited bekerja dan membantu menjadi asas kepada kemenangan kita nanti," jelas Ahli Parlimen Machang itu.

"Sokongan penduduk tempatan turut menambah keyakinan bahawa KEADILAN dan Pakatan mampu pertahan kemenangan yang diperoleh sejak 2008," tambahnya sambil mengesahkan beliau akan bertanding untuk parlimen itu.

Parlimen Kulim-Bandar Baharu terbahagi kepada dua Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu DUN Kulim dan DUN Bandar Bharu, dengan mempunyai 67.93% pengundi Melayu, 21.13% Cina dan 11.48% India daripada jumlah keseluruhan 51,444 orang.

Pada pilihan raya 2008, wakil KEADILAN, Datuk Zulkifli Nordin menang dengan majoriti 5,583 undi, iaitu 22,255 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang memperolehi 16,672 undi.

Kini Zulkifli menganggotai bebas setelah dipecat KEADILAN pada 2010 ekoran kesalahan berulang-ulang kerana melanggar dasar dan pendirian parti.

Beliau adalah Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), NGO di bawah tunggangan Umno BN.

Untuk PRU 13, Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah di Kulim Disember lalu menguar-nguarkan Saifuddin akan mewakili KEADILAN di parlimen itu.

"Saya akan beri kenyataan penuh berhubung pemilihan itu kerana sedang menyelesaikan beberapa perkara di Machang sekarang. Setelah selesai nanti, saya akan menurut arahan tersebut dan berpindah ke sana," kata Saifuddin mengulas pengumuman tersebut.

Dalam PRU 2008, Saifuddin bertanding Parlimen Machang di Kelantan dengan 21,041 undi dan mengalahkan calon BN, Datuk Sazmi Miah yang hanya memperoleh 19,581 undi.

Sebelum itu, beliau memperoleh kerusi tunggal dalam DUN Kedah apabila menang pada Pilihan Raya Kecil DUN Lunas pada tahun 2000.

Beliau memperoleh 10,511 undi manakala calon BN, S Anthonysamy mendapat 9,981 undi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42538

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


Drive Thru at UiTM <b>Merbok</b> Kedah ~ abah khalisha

Posted: 26 Nov 2012 06:24 AM PST

Alhamdulillah, adik AK yang no. 6 berjaya mendapat tawaran untuk sambung belajar di UiTM Merbok, Kedah.

Tuuuuu dia orang cakap jauh sampai utara sana tu. Allah itu Maha Bijaksana dan Mengetahui kerana dia telah mengatur segalanya. Mana tidaknya kerana jodoh AK adalah orang Butterworth, Penang so tak payah nak pening kepala fikirkan mana nak bermalam.

Dari Selayang kami gerak ke Penang dalam pukul 8.30 malam dan selamat sampai dalam pukul 1.00 pagi. Sempatlah makan roti canai di tengah-tengah malam iaitu 12.05 tengah malam di perhentian Semanggol. Sampai rumah je terus terlentok.

Keesokkan pagi, kami sekeluarga gerak ke UiTM Merbok untuk pendaftaran takut juga nanti kesesakan berlaku semasa pendaftaran. Tapi AK agak terkejut kerana segalanya berjalan dengan lancar.


AK
memang puji penambahbaikan sistem pendaftaran kolej di mana pembahagian kunci adalah melalui cara drive thru. Ala-ala McDonalds dan KFC plak rasanya.

Dapat je kunci tu terus ke kolej Misra untuk meletakkan barang-barang dan beg adik perempuan AK. Selepas itu dalam pukul 11.00 pagi ada taklimat kepada waris. Sebenarnya taklimat ini tidak wajib tetapi rugi pula jika tidak pergi. Mungkin ada informasi yang berguna akan diperolehi.

Jika dibandingkan beberapa tahun dahulu AK pernah menghantar adik-adik AK di UiTM Segamat dan di UiTM Dungun. Memang agak serabut dan memeningkan jika di bandingkan sistem pendaftaran di UiTM Merbok pada tahun ini. AK tak sure pula jika semua sistem pendaftaran telah diselaraskan untuk mengelakkan kesesakan. Mungkin ada blogger yang boleh kongsikan?

Selesai je taklimat kami semua ke kedai berhampiran untuk membeli beberapa kelengkapan yang masih tidak mencukupi seperti berus, baldi, sabun pencuci, sabun mandi dan beberapa barangan lain.


Nur Iman Khalisha, anak AK pun sibuk juga nak membeli belah dan berjaya membuatkan Tok Ma(nenek) membelikannya sebuah buku.

Petang tu memang hujan lebat tapi kami berkesempatan ke Tanjung Dawai untuk membeli belah dan makan di situ. Nanti AK akan ceritakan ye. Kena tunggu tau!

Anyway AK ucapkan tahniah dan syabas kepada pihak pengurusan UiTM Merbok kerana berjaya mengelakkan kesesakan semasa pendaftaran.

Kepada adik AK, Nurhuda belajar rajin-rajin!

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Rusuhan Berlaku <b>Di Sungai Petani</b> - Blog Politikus

Posted: 14 Dec 2012 12:00 AM PST


Berikut adalah info dari FB : Ayahanda-Ayahanda Sg Petani , Kedah ///

Kejadian pergaduhan teruk di antara puak pelampau Extreme India dari Geng Kongsi 35 & Melayu Islam kita yang ditetak dengan parang, dibelasah dengan kayu besbol dan di campak ke dalam longkang sehingga membabitkan orang-orang yang tiada kaitan bermula di Paya Nahu seterusnya melarat ke Tmn Ria apabila motosikal di bakar di depan masjid, seterusnya melarat ke Tmn Keladi & terkini jam 3 petang tadi di Bandar Sg Lalang , Sg Petani Kedah.

Mangsa Melayu dari anggota Melayu Islam kita dari PDRM pula yang dibelasah habis habisan kerana cuba menggari salah seorang daripada anggota kumpulan kongsi geng 35 mereka yang terlalu bertindak agresif. Sekarang di Sg Petani,Kedah sudah penuh dengan polis & FRU serta roadblock.

Ugutan menyerang orang Islam ketika berjemaah di Masjid , bakar masjid & Surau serta mangsa dari Orang Islam yang di campak ke dalam longkang setelah di belasah dengan parang & kayu besbol mengundang kemarahan orang2 Islam di situ..perintah darurat dikeluarkan oleh PDRM & FRU.

Harap semua pejuang-pejuang ­30 dalam mood "Standby" kerana apa2 sahaja boleh berlaku. Buat masa sekarang biarkan pihak polis & Fru jalankan tugas mereka kerana keadaan memang dah terlalu tegang, kita cuba elakkan rusuhan kaum kerana dikhuatiri akan membabitkan pihak-pihak yang tiada kaitan & merbahayakan nyawa orang2 Melayu Islam kita di situ sendiri dari kaum wanita & kanak-kanak dan bimbang merebaknya rusuhan kaum ini ke kawasan lain.

Yang penting dinasihatkan kita sentiasa bersatu,mood standby & jangan terlalu bertindak membabi buta, tetapi lebih kepada langkah berjaga-jaga ,BERSEDIA & BERSATU seandainya perkara yang tidak diingini berlaku..umat Islam dinasihatkan berwaspada & jangan bertindak mengikut emosi.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Sebarang pertanyaan berkaitan situasi semasa di Sg.Petani sila hubungi HEA IPD Kuala Muda,Kedah Insp Farhana bt Hj Ishak,Sjn Muhyizan Muhyi, Kpl Amanorashid Ibrahim,Konst. Mohd Safaruddin Helmi Sulong di talian 04-4299222.

Maklumat terbaru!!! Keadaan sudah pulih seperti sedia kala. Di harap semua bertenang.

Sumber dari FB Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) :

STATUS TERKINI KES PERGADUHAN DI SG PETANI: Berikutan berlakunya satu kes pergaduhan di Sungai Petani, beberapa anggota polis telah ditugaskan ke lokasi kejadian dan keadaan kini adalah terkawal. Ketua Polis Kedah akan memberi kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut dalam masa terdekat.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung kejadian tersebut yang boleh menggugat ketenteraman awam. Terima kasih.

-------------------------------------------------------------------------------------------

TERKINI! - Pergaduhan Berlaku pada 16 Disember 2012, dan bunga bunga nak Bergaduh lagi tu masih ada sehingga hari ini. Punca Pergaduhan adalah Kes Curi Motor dan Bukan seperti mana yang disebutkan oleh:-

1. Muhammad Qhalil Hasri, kononnya Masyarakat India nak Rebut Tapak Masjid di Tmn Ria Jaya.

2. Tak Wujud pun Kononnya Orang India nak Bakar Surau seperti mana Dakwaan:- Raz Razali...

- Polis telah mengambil Tindakan Mengawal Keadaan sehingga ke malam ini supaya kes ini tidak Menimbulkan Salah Faham di Kalangan Masyarakat.
- Apa yang berlaku bukanlah Pergaduhan Melayu-India. Tetapi hanyalah Kes Bertumbuk Budak-Budak baru nak Up. Malangnya, apabila dicampuri oleh Kelompok yang Membuta Tuli, maka Kes dah jadi lain.

Ins.Shahrul, IPD Kuala Muda.

- Maklumat Terkini dari Polis. Hanya 3 Melayu + 5 India Cedera, Akibat Pergaduhan Tersebut. Tolong Abaikan Info lain yang buat Org Lain.

-------------------------------------------------------------------------------------------

TERKINI! - Sidang akhbar diantara Timbalan Ketua Polis Kedah telah dibuat : Jangan Dengar Khabar Angin, Tiada Rusuhan Kaum Kata Timbalan Ketua Polis Kedah
*** Mohon mereka yang mengetahui maklumat lanjut mengenai hal ini memberi komen dibawah demi perkongsian bersama ***

02 di kodiang - Google Blog Search

02 di kodiang - Google Blog Search


Tanah Bendang Kg <b>Kodiang</b> Lama, <b>Kodiang</b>, Kedah <b>...</b>

Posted: 27 Dec 2012 01:03 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Tags: Tanah, Rumah, Bendang, UniMAP, MRSM, Politeknik, Pauh, Ulu Pauh, Komersial, Arau, Kodiang, Kedah, Perlis, Industri, Kedai, Homestay, Business, Perniagaan, Negotiable, boleh runding, 8 relong, Geran 2 nama ... Zon Komersial Keluasan: 3 relung lebih (1 relung = 0.71111111 ekar) Betul-betul di persimpangan UniMAP-Highway Changloon-Kuala Perlis (rujuk gambar diatas) Sekarang ini tanah tersebut merupakan ladang kelapa sawit (anggaran baru ...

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


KedahLanie.info: Tanah runtuh <b>di Baling</b> hantui penduduk

Posted: 05 Jan 2013 04:00 PM PST

Wartawan Sinar Harian
5 Januari 2013
BALING - "Sehari suntuk saya tidak dapat tidur kerana memikirkan keselamatan saya dan keluarga. Saya risau sekiranya runtuhan tebing menjadi lebih teruk," kata Harun Hanafiah, 57, pemilik kediaman yang terlibat dalam kejadian tebing runtuh di Kampung Rambong Batu 7 di sini, kira-kira jam 3 pagi kelmarin.

Ayah kepada dua anak ini bimbang apabila kejadian itu turut melibatkan beberapa struktur kediamannya.

Menurutnya, dia terdengar bunyi runtuhan kuat sebelum bergegas ke luar rumah untuk melihat bunyi runtuhan itu.

"Saya terkejut setelah mendapati beberapa struktur rumah termasuk tembok penghadang runtuh ke dalam parit," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, kejadian tebing runtuh di kawasan parit tersebut merupakan kejadian kali kedua selepas 22 November tahun lalu.

"Sebelum ini, kejadian sama berlaku sehingga meruntuhkan titi di parit ini. Namun, masalah ini mendapat perhatian dan projek baik pulih sudah dilakukan.

"Namun, saya tidak menyangka kejadian sama akan berulang tahun ini. Kali ini lebih teruk kerana melibatkan struktur kediaman rumah," katanya.

Harun berkata, kejadian tebing runtuh itu dipercayai berpunca daripada aliran air yang deras berikutan hujan lebat sejak kebelakangan ini.

"Tidak mustahil, tebing ini akan terus terhakis sekiranya tidak mempunyai tindakan segera daripada pihak yang berkenaan," katanya.

Sementara itu, Adun Bayu, Datuk Azmi Che Hussin berkata, beliau memandang serius mengenai kejadian tebing runtuh di daerah ini.

Katanya, beliau akan berusaha mencari penyelesaian segera bagi memastikan kejadian tebing runtuh tidak berulang.

"Kita kena mencari langkah untuk jangka masa panjang, bukannya sekadar untuk membaik pulih kawasan terlibat dalam kejadian ini," katanya semasa ditemui di kampung itu.

Hadir sama, Pegawai Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Sik/Baling, Nazatul Azni Hamzah.

Menurutnya, mesyuarat pelaksanaan yang dipengerusikan ICU akan dilakukan secepat mungkin.

"Mesyuarat ini melibatkan semua jabatan berkenaan bagi mencari mekanisme bagi mengekang kejadian ini dari terus berulang," katanya.

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


Media Kedah: Pembeli Rumah <b>Di Pendang</b> Terseksa Minta <b>...</b>

Posted: 23 Dec 2012 12:20 AM PST

Baru-baru ini Pisau Kedah di hubungai seorang pembeli rumah yang mempuyai masalah tentang rumah yang di belinya apabila terpaksa menanggung beban kewangan apabila rumah yang mereka beli di Taman Perumahan kawasan Pekan Tokai, Pendang gagal mendapat CF dari pihak Majlis Daerah Pendang kerana Pemaju yang membina Taman Perumahan tersebut terpaksa berhadapan dengan birokrasi-birokrasi yang terlampau dari pihak Majlis Daerah sehingga membuatkan pembeli-pembeli tidak dapat lagi layak menduduki rumah yang mereka beli sedangkan duit pinjaman perumahan kepada pihak Bank terpaksa mereka jelaskan tiap-tiap bulan.
ETERNAL DEVELOPMENT SDN. BHD.(41206-V)
The Human Resource Department
97 M & N, Batu 1 ¼, Mergong,
Seberang Jalan Putra, 05150 Alor Star,
Kedah Darul Aman, Malaysia.
Majlis Daerah Pendang (MDP)
MASALAH
Rumah 100% telah disiap oleh pemaju mengikut plan asal. Borang E telah dihantar ke MDP untuk kelulusan (CF) pada 28.6.2012. Sehingga kini (CF tak diluluskan) pembeli tidak dapat menduduki rumah kerana tiada bekalan letrik dan air. Pembeli yang kebanyakan orang-orang melayu menjadi mangsa kerenah birokrasi MDP. 
Pemaju ada menyatakan bahawa syarat tambahan yang diberikan oleh MDP untuk membina tembok tambahan (retaining wall ), telah pun disiapkan. MDP memberi syarat tambahan yang baru menyebabkan pemaju tidak lagi mahu mematuhinya kerana setiap syarat menyebabkan perbelanjaan yang tinggi. 
Mengapa pihak MDP asingkan syarat-syarat sedangkan syarat-syarat itu boleh disatukan? 
Inilah kerenah birokerasi MDP yang membuli pemaju. Pembeli amat kecewa dan terpaksa membayar hutang bank dan juga rumah sewa, sedangkan rumah sudah pun boleh diduduki. 
Pemaju juga rasa kecewa dengan MDP kerana setiap tindakan atau maklumbalas mengambil masa yang lama setelah permohonan yang dimajukan kepada MDP. Kini MDP telah menambah syarat baru untuk pemaju laksanakan. 
Terima kasih.

Di harapkan pihak pemaju perumahan tersebut dan pihak Majlis Daerah Pendang dapat menyelesaikan permasalahan yang di hadapi ini dengan secepat yang mungkin kerana ada antara pembeli rumah-rumah ini terpaksa mengeluarkan kos menyewa rumah di sebalik kos pembayaran bulanan pembelian rumah yang terpaksa mereka bayar kepada Bank setelah rumah berkenaan siap di bina

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


Ahli Parlimen <b>Jerai</b> Kata, Penyelesaian Luar Mahkamah Bukti AJK <b>...</b>

Posted: 05 Jan 2013 08:41 PM PST

Betullah macam yang dikatakan orang… jangan pandang dari luaran, kerana mata kerapkali menipu kita. Jangan dilihat pada kopiah dan janggut sejemput dan jangan juga mudah percaya dengan ceramah yang kelihatan seperti ceramah agama, sebaliknya perlu berhati-hati kerana besar kemungkinan mereka adalah penfitnah yang terulung. 

Itulah yang dibuktikan oleh Ahli Parlimen Jerai dari PAS, Mohd Firdaus Jaafar.

Kemelut Madrasah Salihiah merupakan duri dalam daging kepada umat Islam yang tahu hukum-hukum agama dan peri pentingnya menjaga amanah. Sewaktu UMNO-BN mentadbir Kedah, isu-isu seperti Madrasah Salihiah ditangani dengan penuh hati-hati. Bagaimanapun, sebaik-baik sahaja PAS memerintah Kedah, kelompok manusia yang berkepiah putih itu beranggapan, ilmu agama pada mereka, tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun. Lantas, mereka bertindak sewenang-wenangnya, sehinggakan TANAH WAKAF KHAS yang menjadi tapak madrasah tersebut, telah dijual kepada sebuah syarikat kontraktor dari Singapura.

Apabila terdedah bahawa status tanah tapak madrasah tersebut adalah WAKAF KHAS, PAS Kedah telah melakukan sesuatu yang tidak akan dilakukan oleh mana-mana orang Islam sekalipun. Mereka mengubah status tanah tersebut untuk menghalalkan penjualan serta penyerahan kepada syarikat asing.

Tindakan AJK Madrasah Salihiah membawa ke pengadilan menambahkan lagi parah PAS Kedah. Seandainya PAS Kedah tidak menangani isu tersebut sebaik-baiknya, PAS bukan sahaja akan terjejas di Kedah, sebaliknya di seluruh Malaysia memandangkan parti tersebut cukup terkenal dengan penyelewengan dan penyonglapan sepertimana yang dilakukan dalam kes wang derma Tabung Memali.

firdaus

Satu penyelesaian di luar mahkamah telah dibuat atas permintaan PAS Kedah dan pentadbiran negeri. Rupa-rupanya persetujuan Jawatankuasa Bertindak Madrasah Salihiah itu, dipergunakan oleh PAS Kedah, terutama sekali oleh Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar untuk melakukan fitnah yang lebih dahsyat.

Firdaus menuduh, penyelesaian di luar mahkamah membuktikan AJK Madrasah Salihiah jenis laparkan duit. Segala perjuangan yang dilakukan oleh AJK Madrasah Salihiah tidak lain dan tidak bukan, hanyalah bermotifkan wang. Cukup dengan menyuap wang ke mulut AJK Madrasah Salihiah itu, maka segala-galanya boleh diselesaikan dengan mudah.

Hina benar perjuangan mempertahankan hak dan tanah wakaf umat Islam di mata para pemimpin PAS. Walaupun pada masa yang sama, mereka sentiasa mendabik dada, kononnya merekalah pejuang Islam dan pengangkat martabat perundangan Islam, hakikatnya, para pemimpin PAS ini adalah najis mughallazah yang sentiasa menyebelahi musuh-musuh umat Islam!

Kalaupun seronok sebab kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah, apa perlu Mohd Firdaus Jaafar menghina AJK Madrasah Salihiah yang telah mengorbankan segala-galanya mempertahankan tanah wakaf yang tidak sepatutnya menjadi pertaruhan PAS untuk membuktikan mereka lebih baik daripada UMNO ketika memerintah Kedah?