Selasa, 15 Januari 2013

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


44 KANAK-KANAK <b>DI MERBOK</b> DIRAIKAN DI MAJLIS BERKHATAN <b>...</b>

Posted: 22 Nov 2012 04:13 AM PST

[unable to retrieve full-text content]44 KANAK-KANAK DI MERBOK DIRAIKAN DI MAJLIS BERKHATAN. Seramai 44 orang kanak-kanak lelaki beragama Islam dari Merbok menjalankan berkhatan pada musim cuti sekolah. Majlis berkhatan yang dianjur oleh ...

02 di kuala kedah - Google Blog Search

02 di kuala kedah - Google Blog Search


Bantuan Awal Persekolahan RM100 Mula Diagih <b>Di Kuala Kedah</b>

Posted: 15 Jan 2013 01:55 AM PST

sekolah rendah

ALOR SETAR — Lebih 2,500 pelajar dari tiga buah sekolah dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah menerima bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 seorang hari ini.

Bantuan diserahkan Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Latt Shariman Abdullah kepada ibu bapa pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Sharifah Rodziah dan SMK Alor Janggus.

Dalam ucapannya di SMK Tun Sharifah Rodziah, Latt Shariman yang juga Ketua Umno bahagian Kuala Kedah berkata kerajaan pusat telah menunaikan janjinya untuk memberi bantuan itu seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2013.

"Saya harap wang ini walaupun tidak seberapa, digunakan sebaik mungkin untuk membeli keperluan anak-anak yang baru memulakan sesi persekolahan mereka," katanya.

Beliau berkata ibu bapa juga harus bersyukur kerana bantuan itu serta pemberian baucer buku bernilai RM250 yang diberikan kepada anak-anak mereka yang belajar di peringkat tinggi.

Latt Shariman turut berpuas hati dengan sistem pemberiannya yang lancar dan berkata agihan dijangka selesai 15 Feb ini.

Sementara itu seorang ibu V. Maheswary, 42, berterima kasih kepada kerajaan kerana bantuan itu untuk dua orang anaknya.

"Suami saya hanya pemandu lori, jadi wang RM200 ini banyak membantu kami membeli keperluan sekolah anak-anak kami," katanya.

Pengawal Keselamatan, Mohd Sobri Mutalib, 48, yang mempunyai anak yang belajar di Tingkatan Lima dan Dua bersyukur kerana bantuan itu dapat meringankan bebannya.

Surirumah, Lee Ah Kee, 48, berkata bantuan itu dapat membantu persekolahan dua orang anaknya yang belajar di Tingkatan Lima dan Darjah Enam.

– BERNAMA



02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


sah 3 penjuru pru-13 parlimen <b>padang serai</b> - komando perang siber

Posted: 24 Dec 2012 07:37 PM PST

MP Bebas Gobala mahu tanding, Najib diberi mandat besar
PADANG SERAI - Rakyat perlu memberi mandat pertama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan penuh bermakna. Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan berkata, ini supaya Najib dapat meneruskan dasar transformasi beliau demi kemajuan negara dan kemakmuran hidup rakyat di negara ini. "Tidak ada sifat pilih kasih yang diamalkan Perdana Menteri menyebabkan rakyat pelbagai kaum di negara ini merasa dihargai dan mendapat bahagian yang sama selaras dengan dasar transformasi yang diamalkan kerajaan," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan bantuan pakaian seragam sekolah kepada 50 keluarga tidak berkemampuan di Lunas, di sini petang semalam. Gobalakrishnan yang merupakan bekas pemimpin PKR dan kini Ahli Parlimen Bebas, turut berterima kasih kepada Perdana Menteri atas usaha gigih beliau yang membolehkan rakyat pelbagai peringkat tidak tersisih daripada pembangunan negara. Katanya, beliau yakin bahawa Najib akan dapat membawa negara dan rakyat menuju ke arah kemajuan selaras dengan dasar negara yang menyasarkan pendapatan yang lebih tinggi untuk rakyatnya. "Kita harap rakyat akan memberi mandat yang pertama kepada Perdana Menteri kini kerana mandat pada kemenagan PRU12 lalu adalah mandat yang diberi kepada perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi," katanya. Beliau berkata, sebagai seorang perdana menteri yang prihatin atas nasib rakyat, Najib mampu meneraju negara di sebalik pelbagai tohmahan yang dilemparkan pakatan pembangkang kini. Sementara itu, Gobalakrishnan berkata, beliau berhasrat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Padang Serai pada PRU13, namun kesal kerana ada pihak mempertikaikan kes mahkamahnya yang boleh membantutkan hasratnya bertanding kelak. "Jika saya mendapat peluang saya akan tetap bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Padang Serai yang saya menangi pada PRU12 lalu kerana saya masih percaya penyokong saya masih berada bersama saya," katanya. - Bernama
BERIKUTAN BERITA N.GOBALAKRISNAN MANTAN MP TOTOK PKR KINI MP BEBAS YANG MENGGUNAKAN LAMBANG 1MALAYSIA, MAKA TIDAK DAPAT TIDAK KITA AKAM MEMPERLIHATKAN PERTEMBUNGAN 3 PENJURU. 3 PENJURU INI ADALAH SEPERTI BERIKUT PECAHANNYA, BN AKAN DI WAKILI CALON MCA.....PR PULAK ADA KEKUSUTAN SEDIKIT, SEBELUM INI KETUA AMK KEDAH CIKGU MAN DISEBUT-SEBUT TAPI DAP PUN TURUT MENGIDAM SAMA PARLIMEN NI, MAKA KPS HANYA LETAK PR SAHAJA DI SINI. DAN TERAKHIR ADALAH CALON BEBAS IAITU N. GOBALAKRISNAN YANG MEMANG BUAT KERJA KUAT MENERUSI NGO BELIAU IAITU PERKEMAS. PELUANG BN KPS TAK PASTI. TAPI YANG PASTI KEMASUKKAN CALON KETIGA SEPERTI N.GOBALAKRISNAN PASTINYA BOLEH MENJADI TITIK PENENTU ANTARA PR DAN BN UNTUK MENAKLUK KAWASAN INI. DI SINI JUGA WUJUD PARTI KOMPONEN INDIA YANG BERNAUNG DI BAWAH BN IAITU IPF(PARTI BARISAN KEMAJUAN INDIA SeMALAYSIA). KPS TAK MAU KOMEN PANJANG, TAPI MESEJ JELAS, AKAN ADA PECAHAN UNDI DIKALANGAN PIHAK PEMBANGKANG DAN DALAM MASA YANG SAMA, APAKAH BN PADANG SERAI MAMPU MENGAMBIL KESEMPATAN INI KERANA BN PADANG SERAI ADALAH YANG PALING 'LENA NENYAK' DALAM REPORT KAD BN PADA HEMAT KPS. APA PUN KPS YANG BAKAL MEMANGKAH BUAT KALI PERTAMA AKAN MEMANGKAH BN PADA PRU-13 INI DIPADANG SERAI. WALAU BAGAIMANAPUN, DI DETIK-DETIK AKHIR INI BN SEMAKIN BERANI UNTUK PROVOK PR DI KUBU PR SENDIRI MERUAKAN SESUATU YANG BOLEH KITA BERIKAN TEPUKAN. TETAPI IANYA HANYALAH 1/10 USAHA KITA....MANA LAGI 9/10???? SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN.....SEKIAN