Rabu, 16 Januari 2013

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


wancikgumuzik: PERGADUHAN <b>DI SUNGAI PETANI</b> | JANGAN <b>...</b>

Posted: 19 Dec 2012 09:25 AM PST

PERGADUHAN DI SUNGAI PETANI | JANGAN MUDAH PERCAYA - @HishammuddinH2O | Tadi dok lepak2 tgk tweet kawan2 tiba2 ternampak tweet dari seorang menteri nih.. haaa.. sapa menteri tuu?? jom baca kat sini..

haa... nampak tak?? Diharap semua rakyat Malaysia terutamanya abglong2 jangan melatah sangat dengan penyebaran yg ada di media2 sosial termasuk lah broadcast2 di blackberry messengger dan whatsapp tuhh.. buat rilek sudah yer...

Nasihat hishamuddin tentang pergaduhan di Sungai Petani nih patut kita ikuti kerana itu yang terbaik untuk kita ok.. 

Bukan nak perlekehkan sapa2.... cuma aku juga akan turut berjuang sekiranya semboyan perperangan ditiup... tetapi sekarang hanya cerita2 yang macam2 saja dapat dibaca kan? so, tindakan kita, jangan menggelabah lah... ///

JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!

02 di kodiang - Google Blog Search

02 di kodiang - Google Blog Search


Budak <b>Kodiang</b>...: dipaksa menjadi dewasa.

Posted: 14 Jan 2013 08:32 AM PST

Dengan nama Tuhan merancang dengan sempurna,
 akan kutulis nikmat2 Tuhanku.
 Bismillahirrahmanirrahim.
 Imam Syatibi rahimahullah berkata : di dunia ini,tiada maslahah yang mutlak &tiada mafsadah yang mutlak.
 sy mahu pinjam kata2 ulama' yg mulia ini beserta sedikit edition : tiada bahagia yang mutlak di dunia ini, jua tiada derita yg mutlak. dalam bahagia, ada jugak yg tak kena di mana-mana. dalam derita Tuhan selitkan juga bahagia. 
 banyak kisah kalau nak diluah. tapi cukuplah yang sekadarnya sahaja. buat peluah rasa yang terbuku di dada. flashback 6 1/2 tahun yang lepas, sy melangkahkan kaki ke matrikulasi UIA dlm bidang undang-undang. seronoknya bukan main lg. memandangkan itu cita2 sy, itu aim sy, yg sy nekadkan di hati sejak tingkatan 4 lagi. jadi tawaran tu macam bagi bantal kat orang mengantuk, mcm bagi susu kat bayi, mcm bagi pizza kat orang lapar.seronok sangat.noktah. 
 ayah yang pada mulanya mengisytiharkan ketidakpuasan hati dgn keputusan sy memilih bidang undang-undang (dan bukannya kejuruteraan seperti cadangannya), tiba-tiba mendapat info bahawasanya pelajar undang2 di uia berpeluang juga untuk belajar undang-undang shariah. dengan sepantas kilat (kilat yang kategori laju sangat )terus berubah sekelip mata ( mata yang kategori tertutup dengan pantas)!terus berubah! dari tak setuju jadi setuju. jadi suka sangat. kerana ayah seorang yang cintakan agama, maka hatinya gembira bila anaknya berpeluang belajar agama. tidaklah ayah tahu betapa belajar arab itu susah bagi sy. betapa perlu merangkak belajar arab bermula level 1 hingga level 4 itu perit bagi sy. betapa sy harap2 dlm hati ayah akan cancel kemahuannya nak tengok sy ambil shariah. tapi memandangkan itu sahaja cara buat ayah redha dengan minat sy nak sambung belajar dlm bidang undang2, sy gagahkan diri tersenyum dengan berani.lantas sy berpencak silat melawan segala keboringan & kebosanan & keazaban & kerendah dirian belajar bahasa arab. dengan kekurangan diri yang berasal dari sekolah beraliran sekular, ditakdirkan pula bergaul dengan bekas2 pelajar sekolah agama, belajar bahasa arab bersama2.
 semester demi semester, tahun demi tahun berlalu. sy masih meneruskan rutin sebagai pelajar LLBS dengan rasa kekurangan. tidak yakin diri. kalau kelas2 sivil (LLB) sy pilih tempat paling depan,kelas2 shariah(LLBS) pula sy cuba pilih tempat agak terselindung dari lecturer. takut kalau ditanya apa2, sy 'dimalukan' dengan kekurangan bahasa. walaupun hakikatnya keputusan periksa ALHAMDULILLAH tak pernah rasa kecewa. tamat LLB, sy berkira-kira mahu berbincang dengan keluarga untuk tidak menyambung pengajian LLBS sy. sy beri cadangan berani untuk buat DSLP.lebih mudah fikir sy (kerana DSLP bukan menggunakan medium bahasa arab).dan sy jangka keluarga pasti bersetuju dengan mudah. dan jangkaan sy meleset dengan mudah juga. tanpa basa basi, keluarga buat tak peduli. mereka tetap mahukan sy sambung LLBS. maka, dengan takdir ALLAH Yang Maha Penyayang, sy teruskan langkah kaki dengan tawakkal pada ILAHI. 
tak terbayang bagaimana mahu sy tempuh cabaran yang hebat dengan kudrat yang terhad. teman, mari sy khabarkan tentang betapa hebatnya Tuhan. betapa Agungnya ALLAH. betapa baiknya DIA. DIA paling faham saat hati sy bergoncang hebat. DIA Maha Tahu betapa diri ini rendah diri. DIA belas kasihan dengan pandangan mata yg tertunduk ke tanah kerana terasa lemah. tapi DIA tak biarkan kekurangan diri jadi penghalang sy belajar ilmu-ilmu agamaNYA. tetap DIA mahu sy faham shariat Islam & segala hukum2 Tuhan. sekurang2nya sy tidak berkekalan dalam kejahilan dan kedunguan. pasti ALLAH belas kasihan saat DIA melihat sy belajar undang2 jenayah Islam (Islamic Criminal Law II) dengan air mata berjuraian. sambil belajar, sambil kesat air mata. 
 ALLAH takdirkan budak kodiang bekas pelajar sekolah beraliran sekular ini belajar tentang Al-Quran & sunnah. belajar tentang ijma' dan qiyas. belajar tentang khilaf para ulama' dalam berijtihad. belajar betapa Islam itu sempurna. apa-apa yang sy kagumi tentang undang-undang british, dileburkan dengan penemuan ilmu2 baru. sy jadi terkagum-kagum tanpa henti bila menemukan perbahasan ulama' lebih ratusan tahun dahulu tentang perkara yg sama. sy jadi tunduk pada keMaha Bijaksanaan Tuhan. 4tahun mendapat tarbiah undang2 british, sy jadi lembik dan surrender pd kesyumulan shariat islam dengan hanya 1 tahun tarbiah undang2 Islam. juga sy tersentuh dengan baiknya akhlak pensyarah & rakan2. terhibur dengan keletah kawan2.sungguh setahun yang manis. 
 sekarang, bahagia tadi sudah mengucapkan selamat tinggal.fasa pengajian LLBS dah tamat. calar-calar jugak hati ini memandang sahabat2 yang nak ditinggalkan. bukan sy sengaja toreh hati supaya pedih dan sedih. tidak. rasa tu hadir sendiri. selagi tak hilang, jarang kita sedar kita sayang. dan sekarang sayunya bertimpa-timpa. bila lawak dah tak terasa lagi kelakarnya. bila nak bergurau hilang idea. bila memandang kiri kanan, mula terbayang2 semuanya akan tinggal kenangan. aduh, pedihnya hati. dalam perit & ngilu hati, sy hanya mampu melafazkan ALLAH ALLAH & ALLAH buat meredakan perasaan yg berombak naik tak keruan. air mata tak keluar di hadapan manusia, di belakang mereka tertumpah jua. 
 ALHAMDULILLAH, segala puji bagi ALLAH atas ni'mat peluang menuntut ilmu agama. atas peluang merasa biah suasana beragama. atas ni'mat ukhwah dan berkasih sayang dgn teman2. atas segala kelebihan yang terlalu banyak untuk sy sebutkan. sy kembalikan segala puji bagi ALLAH, Hanya DIA yang berhak mendapat semua pujian yg sempurna. maafkan teman2, segala salah silap sepanjang pertemuan. jangan sedih, kita bukan berpisah alam, sekadar berpisah 'makan' seiring peredaran 'zaman'. 
 sy perlu pulang sekarang. sy terpaksa jadi dewasa. kerana sunnatullah tak mengizinkan kita berada pada fasa yang sama selama-lamanya.sy perlu berani menghadapi dunia. kerana mustahil sy mampu berselimut berselubung untuk lari dari kenyataan.doa'kan teman sy kuat buat berjuang. kalau tak mampu kita bermesra sepuasnya di dunia yang fana, mari pasakkan azam memanjangkan kemanisan ukhwah kita ke syurga. kerana akhirat itu kekal.dan dunia perlu ditinggal. 
(sambil membetulkan cermin mata.melepaskan keluhan-berat terasa.sungguh sy dipaksa menjadi dewasa.)

02 di jitra - Google Blog Search

02 di jitra - Google Blog Search


fyna here!: MUA : makeup tunang shakirah 10.11.12 <b>di jitra</b>

Posted: 22 Dec 2012 10:51 PM PST

kalini makeupkan tunang bfren fyna,fahmi
tak sangka dia yang bertunang dulu..cis! haha
1st time jumpa shakirah..comel,kecik molek..patotlah fahmi tergoda haha
dia req simple makeup for her engagement







nak jugak selit haha
berapa bulan lagi nak jadi laki orang oi..hehe
adik fyna jadi official photographer diorang ;)




all the photography done by my sis..
if korang nak jugak gambar macam ni..boleh hire my sis ye =) harga paling murah 
email : kiddykiddo.kid@gmail.com
untuk tengok my makeup job yang lain-lain boleh tengok di
email : fynahere85@yahoo.com



follow me for daily update
MAKEUP CLASS /TIPS ONLY RM1 PER WEEK AT MY TWITTALK
SO ALL CELCOM USERS, FOLLOW ME ON TWITTALK CELEBRITY..
JUST DIAL *22001 AND FOLLOW FYNA..THANKS!


02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


<b>Tanjung Dawai</b> Sungai Petani Destinasi Pilihan — Eyriqazz.com

Posted: 14 Jan 2013 06:32 PM PST

Semasa Percutian di Pulau Pinang dan Kedah tahun lepas, sempatla kami singgah di Tanjung Dawai, Sungai Petani. Tempatnya yang menjual pelbagai barangan hasil laut dan juga salah satu tempat menarik untuk pekena Ikan Bakar.

Tanjung Dawai Sungai Petani 3Selamat Datang Ke Tanjung Dawai. Kreatif Signboard nya

Tanjung Dawai Sungai Petani 5

Bawah ada Gerai makan, di atas boleh mencari hasil makanan laut

Tanjung Dawai Sungai Petani 7

Ehh, Adakah ini Bisness Bapa Raja Komen Malaysia?

Tanjung Dawai Sungai Petani 9

Tempatnya Santai. Tak crowded mana. nak memilih pun selesa

Tanjung Dawai Sungai Petani 10

Ikan Kering camni memang sesuai dimakan bagi yang ada Sindrom Kenadotan

Tanjung Dawai Sungai Petani 12
Keropok Lekor. Nampak menggiurkan. Ingat Terengganu dan Kelantan je ada keropok lekor?

Tanjung Dawai Sungai Petani 13

Pilih-pilih

Tanjung Dawai Sungai Petani 14

Ikan Kering. Salah satu makanan kegemaran "Ratu Food Blogger" Malaysia

Tanjung Dawai Sungai Petani 15
Ikan Pekasam. Umm, tak berani nak try

Tanjung Dawai Sungai Petani 17

Keropok Lekor Tanjung Dawai. Nampak sedapTanjung Dawai Sungai Petani 19

Ikan Bilis. Buat sambal nasi lemak ni memang marvellous

Tanjung Dawai Sungai Petani 21Borong, jangan tak borong

Banyak juga yang dishopping oleh Mak Mertua dan Mak Saudara Isteri di Tanjung Dawai ini. Tempatnya memang antara destinasi menarik untuk disinggahi di Sungai Petani, cuma lokasinya yang agak tersorok dan lebih kurang 1 jam perjalanan dari Bandar Sungai Petani. Next time, bolehla singgahi lagi ni.

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


<b>Padang Serai</b> Kulim - Bapa Izin anak usia 12 tahun berkawin kawin <b>...</b>

Posted: 03 Jan 2013 07:39 AM PST

    

Seorang penduduk kampung bersetuju untuk mengahwinkan anak perempuannya berusia 12 tahun dengan pemuda 19 tahun, mengatakan bahawa mereka tidak perlu terjebak dengan perbuatan haram.
Saad Mustafa berkata dia telah berfikir masak-masak tentang perkahwinan anaknya yang masih muda itu dan sedar tanggungjawab dalam kehidupan selepas berkahwin.
"Lebih baik mereka berkahwin daripada melakukan sesuatu yang tak elok (tidak wajar)," katanya di rumahnya di Kampung Padang Cina di sini, Khamis.
Sebuah akhbar berbahasa Melayu melaporkan anak perempuan Saad, Nur Fazira Saad, 12, telah berkahwin dengan Mohd Fahmi Alias, 19, minggu lalu selepas keluarga kedua-dua pihak bersetuju untuk menyatukan mereka.
Majlis akad nikah pasangan itu telah diadakan pada Sabtu selepas Nur Fazira mendapat kebenaran Mahkamah Syariah Kulim untuk berkahwin kerana dia masih di bawah umur.
Nur Fazira, yang akan memasuki umur 13 tahun bulan depan dan Mohd Fahmi telah mengenali antara satu sama lain untuk tempoh yang agak lama.
Saad, 43, berkata dia telah meminta Mohd Fahmi untuk berkahwin dengan anak perempuannya selepas anaknya tidak pulang satu malam bulan lepas.
"Keesokan harinya, saudara saya di kampung berhampiran memberitahu saya bahawa Fazira Nur tinggal di tempat Mohd Fahmi," katanya.
Saad berkata anak perempuannya kemudian memberitahunya bahawa tidak ada apa-apa yang telah berlaku kerana dia telah menghabiskan harinya dengan Mohd Fahmi sebelum dia dihantar ke rumah saudara.
"Saya mengarahkan dia memanggil Mohd Fahmi. Apabila Mohd Fahmi datang ke rumah saya, dia memberitahu saya bahawa dia akan bertanggungjawab terhadap anak perempuan saya dan akan menjaganya.
"Saya kemudian menjawab jika demikian, mereka harus berkahwin," katanya, sambil menambah dia berharap anaknya akan dijaga oleh suami dan keluarganya.
Akhbar harian itu memetik Mohd Fahmi sebagai berkata bahawa dia berjanji untuk menjadi suami yang baik untuk Nur Fazira.
"Lebih baik berkahwin dan bukannya terlibat dalam maksiat (hubungan haram). Saya bersetuju memang pelik berkahwin pada usia yang begitu muda," katanya.
Nur Fazira, yang telah berhenti sekolah selepas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas, berkata dia tidak menganggap umur menjadi halangan, sambil menambah bahawa dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik.
Majlis bersanding pasangan itu akan diadakan di Kampung Naga Lilit, Padang Serai, pada tengah hari Sabtu.  - SUMBER