Ahad, 20 Januari 2013

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Berita Semasa » Gambar Kes Pergaduhan <b>di Sungai Petani</b>, Kedah <b>...</b>

Posted: 18 Dec 2012 08:04 PM PST

Kes Gaduh Sungai petani Gambar Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Kedah (Gangster Melayu VS Samseng India). Rusuhan Kaum Berlaku?

Pergaduhan di Sungai Petani : Ada yang mengatakan yang kami tidak prihatin dengan isu yang berlaku di Sungai Petani, Kedah yang dikatakan berlakunya baru-baru ini rusuhan kaum antara Melayu VS India yang berlanjutan berhari-hari di sana. Kata "mereka". Melayu jenis apa kamu ini Berita Semasa? Adakah kamu tidak sayang bangsa kamu sendiri?

Ha….benarkah? Kalau begitu kami daripada pasukan Berita Semasa akan menghantar satu bas untuk mempertahankan agama & Islam di Kedah, Malaysia sekarang ini juga. Allahuakhbar!!

Macam-macam versi cerita yang keluar mengenai insiden pergaduhan yang berlaku di Kampung Nahu, Sungai Petani Kedah baru-baru ini….Ini beberapa kemaskini yang dilakukan oleh segelintir individu yang sempat kami rakamkan untuk dikongsikan bersama anda di sini….

  1. Ada yang mengatakan kononnya Kuala Muda dikenakan perintah berkurung akibat rusuhan kaum sepertimana yang disebar menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
  2. Khabar angin kononnya ada pergaduhan di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, kes bakar masjid, rusuhan kaum, darurat
  3. Dan macam-macam lagilah……

Facebook Sungai Petani  Gambar Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Kedah (Gangster Melayu VS Samseng India). Rusuhan Kaum Berlaku?

"Ada yang mudah terpengaruh dan ada juga yang melakukan analisa berita terlebih dahulu sebelum membuat pertimbangan untuk terus mempercayainya"

Paya Nahu Sungai Petani Kedah Gambar Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Kedah (Gangster Melayu VS Samseng India). Rusuhan Kaum Berlaku?

Erm…..Beginilah. Mengapa…..

Mengapa hati kita mudah tercuit & melatah dengan isu yang kadangkala diri sendiri tidak tahu pun hujung pangkalnya tetapi "semangatnya" melebihi daripada kalangan yang terlibat dalam kejadian tersebut?

Sepatutnya, biarlah polis atau pihak berkuasa kendalikan kes pergaduhan di Sungai Petani seperti ini. Yang sampai nak panggil gangster lain mengapa? Sejak bila pula golongan gangster ini jadi pelindung rakyat? Ada termaktub dalam perundangan? Bukankah sudah terang lagi bersuluh pergaduhan di Sungai Petani bermula melibatkan gangster & samseng. Selesaikan masalah ini dengan menghapuskan semua gangster dan kongsi gelap di Malaysia. Boleh?

Kami melihatkan ada segelintir pihak menangguk dalam air keruh apabila melibatkan insiden pergaduhan samseng sehingga seperti mahu melihatkan rusuhan di Sungai Petani benar-benar terjadi. Jadi besarlah harapan kami agar, rakyat marhean tidak perlulah terlalu mengikut emosi mempercayai rusuhan di Sungai Petani, Kedah benar-benarterjadi dan biarkan polis menyelesaikan masalah ini dengan sebaiknya….

"Tidak perlulah melibatkan kaum dan agama dalam isu-isu seperti ini semata-mata mahu menghalalkan tindakan daripada segelintir pihak seperti _____ & _______"

Ayahanda Cik Joe Sungai Petani  Gambar Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Kedah (Gangster Melayu VS Samseng India). Rusuhan Kaum Berlaku?

Hakikatnya, insiden pergaduhan di Sungai Petani awal pagi 16 Disember 2012 di Flat Paya Nahu, Sungai Petani itu yang lalu tiada kaitan dengan (dakwaan) kebencian kaum Melayu ke atas kaum India dan begitu juga sebaliknya ataupun melibatkan Islam. Siapa kata? PDRM kata!

India Melayu Sungai Petani Gambar Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Kedah (Gangster Melayu VS Samseng India). Rusuhan Kaum Berlaku?

Bagaimana Isu Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Boleh Timbul? (Terkini)

  • Sebenarnya, kes pergaduhan di Sungai Petani berpunca daripada kes lumba motor, masing-masing mahu tunjuk hebat antara satu sama lain. Apabila tidak puas hati panggil kawan-kawan dan tercetuskan kejadian itu
  • Pihak polis sudah berjumpa dengan ketua kaum Melayu dan India dan merayu mereka memberi penerangan jelas kepada masyarakat supaya jangan bertindak balas, jangan menyebar berita palsu dan jangan menghasut melakukan pergaduhan lebih besar
  • 13 suspek telah ditahan reman dan 5 yang tercedera telah menerima rawatan di hospital di mana 4 daripadanya sudah dibenarkan pulang
  • Polis akan terus memantau dan menghantar lebih ramai anggota selain mengadakan sekatan jalan raya bertujuan meredakan keadaan bukannya disebabkan ada rusuhan

Rusuhan Kaum Sungai Petani Gambar Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Kedah (Gangster Melayu VS Samseng India). Rusuhan Kaum Berlaku?

P/S : Kadang kala sesuatu masalah dan isu boleh diselesaikan dengan baik, tetapi disebabkan segelintir pihak inilah yang kerapkali bertindak mengikut emosi boleh menyebabkan keadaan boleh bertambah menjadi lebih teruk sebenarnya…

PP/S : Harapan kami, hentikanlah menyebarkan berita palsu ini (kes pergaduhan di Sungai Petani contohnya) tidak kira melalui Facebook, Twitter atau SMS yang mendorong kepada perkara tidak sihat. Lebih banyak keburukan kepada masyarakat kita sebenarnya…

wancikgumuzik: PERGADUHAN <b>DI SUNGAI PETANI</b> | JANGAN <b>...</b>

Posted: 19 Dec 2012 09:25 AM PST

PERGADUHAN DI SUNGAI PETANI | JANGAN MUDAH PERCAYA - @HishammuddinH2O | Tadi dok lepak2 tgk tweet kawan2 tiba2 ternampak tweet dari seorang menteri nih.. haaa.. sapa menteri tuu?? jom baca kat sini..

haa... nampak tak?? Diharap semua rakyat Malaysia terutamanya abglong2 jangan melatah sangat dengan penyebaran yg ada di media2 sosial termasuk lah broadcast2 di blackberry messengger dan whatsapp tuhh.. buat rilek sudah yer...

Nasihat hishamuddin tentang pergaduhan di Sungai Petani nih patut kita ikuti kerana itu yang terbaik untuk kita ok.. 

Bukan nak perlekehkan sapa2.... cuma aku juga akan turut berjuang sekiranya semboyan perperangan ditiup... tetapi sekarang hanya cerita2 yang macam2 saja dapat dibaca kan? so, tindakan kita, jangan menggelabah lah... ///

JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


SEBANYAK 130 RUMAH NELAYAN <b>TANJUNG DAWAI</b> DIBAIK PULIH

Posted: 19 Jan 2013 02:37 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri Kedah mendapat peruntukkan RM1.3 juta bagi melaksanakan projek baikpulih 130 buah rumah nelayan di Tanjung Dawai. Pengarahnya, Mohamad Noor Had berkata, ...

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


Terkini Rawatan Bekam <b>di Pendang</b>, Kedah - rawatan bekam sri <b>...</b>

Posted: 05 Jan 2013 07:21 PM PST

Assalamualaikum...
Alhamdulillah kini saya menetap di Pendang, Kedah..
Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan Rawatan Bekam
boleh berhubung saya di talian seperti berikut:

0196046589 atau 0195054821.

sekian terima kasih.

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Kedah Times: PAS Sembah Patung Helang <b>di Langkawi</b>

Posted: 13 Jan 2013 05:00 AM PST

Umum sedia maklum bahawa orang-orang PAS menganggap parti mereka sebagai agama.  Tetapi tahukah anda bahawa 'agama PAS' ini juga mempunyai berbagai mazhab?   Ajaran mazhab-mazhab di dalam 'agama PAS' ini pula berbeza mengikut 'mood' pemimpin selain masa, tempat dan keadaan semasa.   
Tidak dapat dipastikan ada berapakah mazhab di dalam PAS tetapi yang dapat dikenalpasti ialah 3 iaitu Mazhab Hadi, Mazhab Nik Aziz dan Mazhab Azizan.  
Antara perbezaan ajaran mazhab-mazhab ini ialah mengenai binaan patung.  
Mazhab Azizan nampaknya berpegang kepada binaan patung adalah tidak salah.  Oleh itu, setelah mengambil-alih Kedah, PAS tidak pernah langsung menyentuh soal kewujudan patung helang bersaiz gergasi di Pulau Langkawi sebagai berunsur syirik.  Ini amatlah berbeza dengan mazhab Nik Aziz dan mazhab Hadi yang mengambil soal patung sebagai sesuatu yang serius dan perlu dihapuskan dengan seberapa segera.   
Kerana itu, sejarah pemerintahan PAS di Kelantan yang mengamalkan mazhab Nik Aziz, bermula dengan 'memancung' kepala patung-patung kijang di bulatan dekat jambatan Sultan Yahya sejurus selepas mengambil-alih negeri itu pada tahun 1990.   
Pendirian yang sama dipegang oleh mazhab Hadi dimana pada 3 Mac 2000, selepas PAS mengambil-alih Terengganu, Exco Terengganu Wan Hassan Mohd Ramli telah membuat kenyataan berikut, "Terengganu akan roboh semua patung haiwan termasuk patung sotong dan udang di Bandar Marang.  Tindakan meroboh itu dibuat sebagai mengikut langkah Kerajaan Pas Kelantan yang merobohkan replika Kijang di bulatan Tuan Padang,Kota Bharu sebaik sahaja memerintah negeri itu pada tahun 1990".  
Pendirian ini bagaimanapun semakin longgar kerana masih terdapat beberapa patung lain yang tidak dirobohkan di sekitar Terengganu.   Justeru, pada 31 Mei 2000, iaitu tidak sampai pun dua bulan kemudian, Haji Hadi membuat kenyataan berikut, "patung-patung di kawasan lain akan dihapuskan secara berperingkat apabila masyarakat tempatan sudah mula faham mengenai hukum."
Kelonggaran pendirian ini juga selaras dengan mazhab Nik Aziz yang mana menyaksikan kemeriahan pembinaan patung-patung yang berbagai rupa dan kedudukan dan bersaiz gergasi selepas 1990.  Antaranya, Patung Buddha berdiri di Bachok di bina pada tahun 2002 dengan sumbangan org ramai sebanyak 2 juta mempunyai ketingian 36 meter dan 30 meter garis pusat.  Kerajaan negeri sendiri telah meluluskan projek itu dan telah memberi sumbangan sebanyak RM60,000 melalui wakilnya Datuk Anuar Tan.   Selain itu, Terdapat juga 100 patung kecil pelbagai jenis dan 2 ekor naga raksaksa.
Berhala duduk yang berada di Jong Bakar, Tumpat pula, mempunyai ketinggian menyamai 5 atau 6 tingkat bangunan.  
Namun, terbukti bahawa pendirian kedua-dua mazhab itu telah benar-benar berubah dan seiring dengan mazhab Azizan kini apabila Hassan Shukri, melalui Harakahdaily pada 25 Ogos 2001 menyatakan bahawa "mereka mahu memburukkan nama PAS seumpama Taliban di Afghanistan yang memusnahkan patung Buddha di Bamiyan sebelum ini."  Jelas, PAS cukup terganggu dan tidak suka dikritik kerana menghapuskan patung-patung.  
Kerajaan Barisan Nasional, walaupun sering dituduh sebagai sesat dan tidak Islam oleh PAS tetap mengambil serius soal patung yang bertujuan untuk disembah iaitu syirik.  Oleh yang demikian, ketika pemerintahan BN di Kelantan, permohonan masyarakat siam untuk membina sebuah tokong gergasi pada awalnya tidak diluluskan oleh kerajaan negeri (BN) memandangkan saiz yang dicadangkan terlalu besar dan tinggi. Namun setelah dirayu berkali-kali dan mengambil kira kebebasan beragama, maka akhirnya pembinaan tokong itu diluluskan dengan beberapa syarat, iaitu ia mesti dibina dalam bentuk berbaring, tidak boleh dalam bentuk menegak seperti cadangan asal dan mestilah terlindung supaya tidak mengganggu masyarakat melayu/islam di sekitarnya. 
Namun, semua syarat-syarat ini jelas tidak relevan dalam agama PAS pada hari ini kerana membiarkan patung agama Buddha dibina tanpa syarat khas selain menyokong PAS dalam pilihanraya.  
Hari ini, kita melihat ketiga-tiga mazhab PAS itu telah sepakat bahawa 'patung' bukan lagi masalah dalam 'agama PAS' sekali gus, soal syirik yang disebut dalam Islam adalah tidak timbul langsung.  Penganut PAS tidak pernah mempersoalkan perkara ini, dan cukup akur dengan apa sahaja fatwa yang dikeluarkan oleh pemimpin mereka.  Sama seperti masalah berkenaan bekerjasama dengan bukan Islam, undang-undang sekular, arak, judi, pusat hiburan dan sebagainya di mana dahulu haram, sekarang halal belaka.