ads

Sabtu, 26 Januari 2013

02 di sungai petani - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di sungai petani - Google Blog Search


Addin: (Kemaskini) Gempar!! Pergaduhan <b>Di Sungai Petani</b>..

Posted: 18 Dec 2012 04:46 PM PST

Oleh kerana posting ini mendapat hits yang tinggi untuk hari ini so aku kemaskini sikit artikel agar lebih ter-susun dan memudahkan pembacaan. Nota penting ; Aku update isu sungai petani tue di blog lain [blog ini]. Lepas tue depa dok bertubi2 minta gambar. Aku ada. Gambar budak tue berdarah2.. tapi aku delete mesej budak yang inbox di kbsb tue. Dengan gambar2 tue sekali aku delete bila aku dah tahu macam mana nak delete mesej ** baru jumpa tadi itupun atas request dia yang minta delete... Kot2 ada admin kbsb lain yang save tue aku tak gerenti lah plak.

Sepertinya dia taknak didedahkan dan mohon admin agar jangan sebarkan gambar tersebut, maka aku hormati je la permintaan dia. Bahkan dengan gambar2 tue sekali aku delete. Aku takmo wujud apa2 konflik. Kot nya aku tetiba hilang sabar dan siarkan gambar budak yang cedera parah tue pula.. hehe bahaya. So better remove je terus dari inbox kbsb.

Tapi time dia inbox di kbsb, dia tak cakap apa2 pasal politik. Dia bagitau dari A sampai Z. Dia bagitau punca kejadian. Oleh kerana yang menjadi mangsa itu kenalan.. maka dia share kepada admin kbsb. Benda neh tak tersiar di berita. Tujuan dia share bukan suruh kutuk mana2 bangsa india just rasa injustice, aik apsal plak kawan dia jadi mangsa eh? Bukan dia kot yang bakar motor budak2 india.. mungkin ini pergaduhan budak2 gangster di sana tetapi budak2 yang tak bersalah dari kedua2 kaum ini pula menjadi mangsa prejudis dan persepsi bahkan sampai ada yang tercedera.. patut kah? Sudah tentu la tak patut.

Tetapi yang menjadi persoalan sekarang adanya puak2 sebelah sana menjadikan ia isu politik. Tetiba kaitkan ia dengan pr. Itu tak betul tue. PR tiada kaitan dengan citer neh. Citer neh hanyalah mengenai sesetengah bebudak india vs sesetengah bebudak melayu. Dan bebudak2 india serta melayu neh telah menjadikan budak2 india dan budak2 melayu yang lain, dimana tiada kaitan dengan apa2 pergaduhan, perselisihan dan etc2, sebagai mangsa. Itu yang sampai ada motor budak india kena bakar dan budak melayu kena tetak.

Itu apa yang aku diberitahu so aku citer balik je la. Selebihnya aku takmo ulas apa2 sangat pasal apa? Pasal aku malas bercakap atas benda yang aku kurang jelas. Tunggu la bebudak yang jadi mangsa tue sendiri jelaskan keadaan sebenar kat korang oke. Bai.

Petikan dari KBSB.

Kemaskini dari wall PDRM ;



Updated :

Maklumat sebelum ini dipadam kerana telah di ekplotasikan oleh pihak tertentu. Ada pihak yang terlibat dengan mangsa kejadian minta jangan politikkan isu neh kerana ia bukan isu politik dan bagitau dia tak minat dengan tohmahan segilintir penyokong partisan terhadap mangsa2 kejadian. Bahkan minta jangan pandai2 nak jadikan kes neh sebagai kes rusuhan kaum pula. Ini hanyalah isu gangster vs gangster yang telah menjadikan orang awam sebagai mangsa. Harap maklum.

Ini apa yang dinyatakan oleh kenalan kepada mangsa kejadian. Terima kasih, jika anda mahukan gambar dan sebagainya, mungkin ia akan tersebar sedikit lama lagi jika tuan punya badan izinkan. Oke bai.

Pemberitahuan ;

Posting ini telah dikemaskini sebanyak 5 kali.

1. Ada ayat yang terkandung dalam posting ini telah dibuang.

2. Yang mengatakan ditetak itu betul, tetapi kematian itu tidak dapat dipastikan.

3. Ini ialah pergaduhan sesama samseng yang menjadikan orang awam sebagai mangsa.

4. PDRM sedang mengambil langkah berjaga2.

5. PDRM meminta jangan jadikan ia sebagai isu perkauman.

Terima kasih.


Kuala Lumpur - by @tiewnama
pergaduhan budak budak sekolah di sungai petani telah di perbesarkan oleh bloger umno dan Barisan Nasional kononnya sebagai rusuhan kaum sedangkan hakikat yang sebenarnya adalah kes curi motor.
persoalan kini timbul, siapa yang mencuri motor itu? adakah motor anak india itu yang di curi? atau budak melayu yang cedera ini mencuri motor itu? motor siapakah yang di curi?
siapa berak tengah jalan tidak akan mengaku juga dia akhirnya. ini pepatah lama, adakah ini konspirasi umno dan mic untuk mencetuskan huru hara bagi terus mengekalkan kuasa yang semakin menghilang?
sesuai dengan kata kata ketua wanita umno malaysia bahawa tragedi 13 mei bakal berulang dan putrajaya akan di pertahankan walau dengan apa cara sekalipun dari perdana menteri malaysia Najib Razak.
secara logik kes ini memang dah semakin besar melainkan dengan kehendak Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 2 jam dari tadi seorang lagi india di dakwa ditemui mati dibunuh di Taman Bandar Perdana Sungai Petani .
Polis ramai di kawasan terbabit. jadi minta tolong maklumkan perkembangan semasa. jumlah kematian setakat ini sebagaimana yang dirisik 3 orang kesemuanya lelaki India,
hasil risikan lain pula memberitahu bahawa kes ini sebenarnya pergaduhan di antara kumpulan samseng india dengan samseng india yang lain

So Diminta semua bertenang, Jangan layan sebarang Provokasi dan ikot nasihat polis.tq

Sumber di sini .

02 di merbok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di merbok - Google Blog Search


Persatuan Catur Negeri Kedah: Cabutan Hadiah <b>Di</b> MRSM <b>MERBOK</b>...

Posted: 20 Jan 2013 08:59 PM PST


Antara hadiah cabutan bertuah kali ini di MRSM MERBOK 2013. :)

UNTUK KEJOHANAN YANG LALU.. :)
Cabutan Bertuah Di Kolej Vokasional Kulim 2013
Cabutan Bertuah Di SMK Bandar SG Petani 2012

di negeri kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri kedah - Google Blog Search


Info Mahligai Annur:: Universiti &#39;lima bintang&#39; <b>di Negeri Kedah</b>

Posted: 11 Dec 2012 06:57 PM PST

KUALA KETIL – Kampus Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kuala Ketil dijangka siap hujung tahun ini. Ianya akan menjadi universiti 'lima bintang' bagi rakyat Kedah apabila ianya siap nanti.

02 di kodiang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kodiang - Google Blog Search


Budak <b>Kodiang</b>...: dipaksa menjadi dewasa.

Posted: 14 Jan 2013 08:32 AM PST

Dengan nama Tuhan merancang dengan sempurna,
 akan kutulis nikmat2 Tuhanku.
 Bismillahirrahmanirrahim.
 Imam Syatibi rahimahullah berkata : di dunia ini,tiada maslahah yang mutlak &tiada mafsadah yang mutlak.
 sy mahu pinjam kata2 ulama' yg mulia ini beserta sedikit edition : tiada bahagia yang mutlak di dunia ini, jua tiada derita yg mutlak. dalam bahagia, ada jugak yg tak kena di mana-mana. dalam derita Tuhan selitkan juga bahagia. 
 banyak kisah kalau nak diluah. tapi cukuplah yang sekadarnya sahaja. buat peluah rasa yang terbuku di dada. flashback 6 1/2 tahun yang lepas, sy melangkahkan kaki ke matrikulasi UIA dlm bidang undang-undang. seronoknya bukan main lg. memandangkan itu cita2 sy, itu aim sy, yg sy nekadkan di hati sejak tingkatan 4 lagi. jadi tawaran tu macam bagi bantal kat orang mengantuk, mcm bagi susu kat bayi, mcm bagi pizza kat orang lapar.seronok sangat.noktah. 
 ayah yang pada mulanya mengisytiharkan ketidakpuasan hati dgn keputusan sy memilih bidang undang-undang (dan bukannya kejuruteraan seperti cadangannya), tiba-tiba mendapat info bahawasanya pelajar undang2 di uia berpeluang juga untuk belajar undang-undang shariah. dengan sepantas kilat (kilat yang kategori laju sangat )terus berubah sekelip mata ( mata yang kategori tertutup dengan pantas)!terus berubah! dari tak setuju jadi setuju. jadi suka sangat. kerana ayah seorang yang cintakan agama, maka hatinya gembira bila anaknya berpeluang belajar agama. tidaklah ayah tahu betapa belajar arab itu susah bagi sy. betapa perlu merangkak belajar arab bermula level 1 hingga level 4 itu perit bagi sy. betapa sy harap2 dlm hati ayah akan cancel kemahuannya nak tengok sy ambil shariah. tapi memandangkan itu sahaja cara buat ayah redha dengan minat sy nak sambung belajar dlm bidang undang2, sy gagahkan diri tersenyum dengan berani.lantas sy berpencak silat melawan segala keboringan & kebosanan & keazaban & kerendah dirian belajar bahasa arab. dengan kekurangan diri yang berasal dari sekolah beraliran sekular, ditakdirkan pula bergaul dengan bekas2 pelajar sekolah agama, belajar bahasa arab bersama2.
 semester demi semester, tahun demi tahun berlalu. sy masih meneruskan rutin sebagai pelajar LLBS dengan rasa kekurangan. tidak yakin diri. kalau kelas2 sivil (LLB) sy pilih tempat paling depan,kelas2 shariah(LLBS) pula sy cuba pilih tempat agak terselindung dari lecturer. takut kalau ditanya apa2, sy 'dimalukan' dengan kekurangan bahasa. walaupun hakikatnya keputusan periksa ALHAMDULILLAH tak pernah rasa kecewa. tamat LLB, sy berkira-kira mahu berbincang dengan keluarga untuk tidak menyambung pengajian LLBS sy. sy beri cadangan berani untuk buat DSLP.lebih mudah fikir sy (kerana DSLP bukan menggunakan medium bahasa arab).dan sy jangka keluarga pasti bersetuju dengan mudah. dan jangkaan sy meleset dengan mudah juga. tanpa basa basi, keluarga buat tak peduli. mereka tetap mahukan sy sambung LLBS. maka, dengan takdir ALLAH Yang Maha Penyayang, sy teruskan langkah kaki dengan tawakkal pada ILAHI. 
tak terbayang bagaimana mahu sy tempuh cabaran yang hebat dengan kudrat yang terhad. teman, mari sy khabarkan tentang betapa hebatnya Tuhan. betapa Agungnya ALLAH. betapa baiknya DIA. DIA paling faham saat hati sy bergoncang hebat. DIA Maha Tahu betapa diri ini rendah diri. DIA belas kasihan dengan pandangan mata yg tertunduk ke tanah kerana terasa lemah. tapi DIA tak biarkan kekurangan diri jadi penghalang sy belajar ilmu-ilmu agamaNYA. tetap DIA mahu sy faham shariat Islam & segala hukum2 Tuhan. sekurang2nya sy tidak berkekalan dalam kejahilan dan kedunguan. pasti ALLAH belas kasihan saat DIA melihat sy belajar undang2 jenayah Islam (Islamic Criminal Law II) dengan air mata berjuraian. sambil belajar, sambil kesat air mata. 
 ALLAH takdirkan budak kodiang bekas pelajar sekolah beraliran sekular ini belajar tentang Al-Quran & sunnah. belajar tentang ijma' dan qiyas. belajar tentang khilaf para ulama' dalam berijtihad. belajar betapa Islam itu sempurna. apa-apa yang sy kagumi tentang undang-undang british, dileburkan dengan penemuan ilmu2 baru. sy jadi terkagum-kagum tanpa henti bila menemukan perbahasan ulama' lebih ratusan tahun dahulu tentang perkara yg sama. sy jadi tunduk pada keMaha Bijaksanaan Tuhan. 4tahun mendapat tarbiah undang2 british, sy jadi lembik dan surrender pd kesyumulan shariat islam dengan hanya 1 tahun tarbiah undang2 Islam. juga sy tersentuh dengan baiknya akhlak pensyarah & rakan2. terhibur dengan keletah kawan2.sungguh setahun yang manis. 
 sekarang, bahagia tadi sudah mengucapkan selamat tinggal.fasa pengajian LLBS dah tamat. calar-calar jugak hati ini memandang sahabat2 yang nak ditinggalkan. bukan sy sengaja toreh hati supaya pedih dan sedih. tidak. rasa tu hadir sendiri. selagi tak hilang, jarang kita sedar kita sayang. dan sekarang sayunya bertimpa-timpa. bila lawak dah tak terasa lagi kelakarnya. bila nak bergurau hilang idea. bila memandang kiri kanan, mula terbayang2 semuanya akan tinggal kenangan. aduh, pedihnya hati. dalam perit & ngilu hati, sy hanya mampu melafazkan ALLAH ALLAH & ALLAH buat meredakan perasaan yg berombak naik tak keruan. air mata tak keluar di hadapan manusia, di belakang mereka tertumpah jua. 
 ALHAMDULILLAH, segala puji bagi ALLAH atas ni'mat peluang menuntut ilmu agama. atas peluang merasa biah suasana beragama. atas ni'mat ukhwah dan berkasih sayang dgn teman2. atas segala kelebihan yang terlalu banyak untuk sy sebutkan. sy kembalikan segala puji bagi ALLAH, Hanya DIA yang berhak mendapat semua pujian yg sempurna. maafkan teman2, segala salah silap sepanjang pertemuan. jangan sedih, kita bukan berpisah alam, sekadar berpisah 'makan' seiring peredaran 'zaman'. 
 sy perlu pulang sekarang. sy terpaksa jadi dewasa. kerana sunnatullah tak mengizinkan kita berada pada fasa yang sama selama-lamanya.sy perlu berani menghadapi dunia. kerana mustahil sy mampu berselimut berselubung untuk lari dari kenyataan.doa'kan teman sy kuat buat berjuang. kalau tak mampu kita bermesra sepuasnya di dunia yang fana, mari pasakkan azam memanjangkan kemanisan ukhwah kita ke syurga. kerana akhirat itu kekal.dan dunia perlu ditinggal. 
(sambil membetulkan cermin mata.melepaskan keluhan-berat terasa.sungguh sy dipaksa menjadi dewasa.)

02 di padang serai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di padang serai - Google Blog Search


<b>Padang Serai</b> Kulim - Bapa Izin anak usia 12 tahun berkawin kawin <b>...</b>

Posted: 03 Jan 2013 07:39 AM PST

    

Seorang penduduk kampung bersetuju untuk mengahwinkan anak perempuannya berusia 12 tahun dengan pemuda 19 tahun, mengatakan bahawa mereka tidak perlu terjebak dengan perbuatan haram.
Saad Mustafa berkata dia telah berfikir masak-masak tentang perkahwinan anaknya yang masih muda itu dan sedar tanggungjawab dalam kehidupan selepas berkahwin.
"Lebih baik mereka berkahwin daripada melakukan sesuatu yang tak elok (tidak wajar)," katanya di rumahnya di Kampung Padang Cina di sini, Khamis.
Sebuah akhbar berbahasa Melayu melaporkan anak perempuan Saad, Nur Fazira Saad, 12, telah berkahwin dengan Mohd Fahmi Alias, 19, minggu lalu selepas keluarga kedua-dua pihak bersetuju untuk menyatukan mereka.
Majlis akad nikah pasangan itu telah diadakan pada Sabtu selepas Nur Fazira mendapat kebenaran Mahkamah Syariah Kulim untuk berkahwin kerana dia masih di bawah umur.
Nur Fazira, yang akan memasuki umur 13 tahun bulan depan dan Mohd Fahmi telah mengenali antara satu sama lain untuk tempoh yang agak lama.
Saad, 43, berkata dia telah meminta Mohd Fahmi untuk berkahwin dengan anak perempuannya selepas anaknya tidak pulang satu malam bulan lepas.
"Keesokan harinya, saudara saya di kampung berhampiran memberitahu saya bahawa Fazira Nur tinggal di tempat Mohd Fahmi," katanya.
Saad berkata anak perempuannya kemudian memberitahunya bahawa tidak ada apa-apa yang telah berlaku kerana dia telah menghabiskan harinya dengan Mohd Fahmi sebelum dia dihantar ke rumah saudara.
"Saya mengarahkan dia memanggil Mohd Fahmi. Apabila Mohd Fahmi datang ke rumah saya, dia memberitahu saya bahawa dia akan bertanggungjawab terhadap anak perempuan saya dan akan menjaganya.
"Saya kemudian menjawab jika demikian, mereka harus berkahwin," katanya, sambil menambah dia berharap anaknya akan dijaga oleh suami dan keluarganya.
Akhbar harian itu memetik Mohd Fahmi sebagai berkata bahawa dia berjanji untuk menjadi suami yang baik untuk Nur Fazira.
"Lebih baik berkahwin dan bukannya terlibat dalam maksiat (hubungan haram). Saya bersetuju memang pelik berkahwin pada usia yang begitu muda," katanya.
Nur Fazira, yang telah berhenti sekolah selepas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas, berkata dia tidak menganggap umur menjadi halangan, sambil menambah bahawa dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik.
Majlis bersanding pasangan itu akan diadakan di Kampung Naga Lilit, Padang Serai, pada tengah hari Sabtu.  - SUMBER
 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved