ads

Selasa, 29 Januari 2013

02 di changlun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di changlun - Google Blog Search


JALAN, ORDER DAN MAKAN : GANI CHAR KUEW TEOW, <b>JITRA</b> <b>...</b>

Posted: 03 Jun 2012 05:37 AM PDT

Assalamualaikum ...
Woooot wooot ... apa nie dok cerita pasai makan lagi! Tak diet ke? Diet tetap diet ye ... semua siri J.O.M nie sebelum aku serius berdiet. Godek-godek folder lama dalam external hd, jumpa la gambar-gambar yang pernah aku janji nak cerita sebelum nie, bab janji seakan tinggal janji!
This time baru kesempatan nak tunaikan janji aku. Sorry guys and gurls...hehehehe. Kira masih berpegang janjilah, maka bila jumpa je gambar-gambar berkenaan aku terus update untuk tatapan korang. Suke tak? Kalau tak suke takpa, mak tak kisah naaaak oi!
Okeh, sebelum aku merapu meraban bagai mak nenek, jom kita pi pekena Gani Char Kuew Teow. Terbaik kot aku rasa. Kalau nak pekena char kuew teow nie, kenalah hangpa jalan-jalan ke Kedah ye! hu hu ... Lokasinya di Pekan Tanah Merah, Jitra Kedah! Jitra skang dah hebak la juga.
Kalau korang nak tahu, walau aku nie orang Kedah ... area jenjalan aku belah Aloq Staq pastu terus pi Changlun ja. Jitra memang bukan taste aku sebab kesunyian pekan dia. Changlun pun sunyi gak, tapi aku dulu dah study sana so aku lebih senang pergi sana je berbanding Jitra nie. Kalau aku pi Jitra pun, semata-mata nak pi jogging kat area tasik Kelab Golf Darul Aman ja. Nak makan-makan sana?? Memang taklah! Aku tatau pun ada port makan menarik ... keh keh keh. La nie Jitra dah naik dah. Bak orang kata hebak dah, kembanglah montot orang Jitra noooo ... jangan lupa diri dah le. kui kui kui. Dah ada pasaraya apa ntah ... aku rasa Jitra nie jadi tumpuan pun sebab ada IPTA ... ada Polimas, Kolej Komuniti dan juga IPDA. 
Syoklah orang Jitra dengan pembangunan pekan kecik dia dah macam oklah sket berbanding dulu. Dulu kalau femes pun Pekan Tanah Merah tu ajelah. Sekarang dah ada PJ1 dan PJ2 (Pekan Jitra), dulu aku ingat PJ tu Petaling Jaya ... ha ha ha ngoook tul aku nie!! Sah-sah la Petaling Jaya tu bukan dekat Kedah.


Teruskan pada cerita sebenar, nak bawa korang jenjalan dekat Pekan Tanah Merah, Jitra untuk makan char kuew teow. Gani char kuew teow nie antara yang femes di sini. Lokasi dia of course dekat Pekan Tanah Merah kan...heheh dan sederet dengan Secret Recipe tuh. Walaupun ada restoran, tapi still meniaga dekat depan restoran dia, kira cam gerailah ... siap open table bagai dekat parking lot!!


Ini dia ... char kuew teow berkenaan. Boleh tahan juga sedap bila pertama kali aku merasainya. Pertama kali ye! Itu pun yang bawa aku makan dekat sini bukan orang Kedah. Maluuuuunya aku sebab tatau pasal menu femes kat Jitra nie. Hu hu ... Si MB yang bawa aku makan dekat sini sebab sebelum nie dia dah pernah datang Kedah ngan family dia dan makan kat sini. So, dialah yang perkenalkan. Di sambung pulak, adik aku cakap memang sedap char kuew teow Pak Gani nie .... maka wajib cuba!!!


Portion dia tak banyak mana, rasa dia cam pedas-pedas sikit, semua cukup rasa ... udang yang digunakan memang segarlah masa aku dapat tu. Biasanya kalau order char kuew teow aku tak suke taugeh. Cukuplah letak kuchai je ... kerang n udang. Actually, sepinggan nie tak kenyang tau. Masa tu aku belum diet, masing-masing bedal sampai 2 pinggan sorang. Boleh camtu?? Melantak koooo masa tu sebab tak fikirkan pasal nak diet bagai. Heaven sesangat dapat makan char kuew teow yang diperkatakan sedap oleh ramai orang. Bila cerita kesedapan sampai ke telingan, maka aku harus mencuba. Orang kata kalau mai Penang or Kedah ke ... rugilah kot tak pekena char kuew teow, laksa dan mee udang! Ye dak???

Kan aku cakap dia buka meja je depat restoran. Bape banyak meja ntah. Time aku pi nie dalam kul 6.30pm, orang memang ramai. Meja penuh. Lambat berdirilah. Char kuew teow nie amat tak sesuai untuk ditapau bawa balik. Kesedapan dia akan lari ke laut. Better order dan makan dekat sana je. Kalau rasa tak cukup meja kerusi, hangpa order makan dalam kereta ajelah. Lepas tu, pulangkan pinggan dan bayar. he he he idea aku je nie. Kalau nak cuba tak salah. ha ha ha 
Kalau hangpa pi Kedah, jangan lupa cuba Gani char kuew teow nie ... tak mahal pun, tak salah aku sepinggan dalam RM3.50 - 4.00 kot!  Aku balik Kedah nanti bulan puasa, tak dapatlah nak cuba ... nak keluar malam kang kena hambat ngan ayah aku melainkan aku kena bawa dia sekali sebagai bodyguard. ha ha ha
CK : Tempat makan nie memang kenanganlah!!

02 di sungai petani - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di sungai petani - Google Blog Search


Rusuhan Kaum <b>Di Sungai Petani</b>, Kedah

Posted: 19 Dec 2012 08:02 PM PST

Berikut adalah info dari FB : Ayahanda-Ayahanda Sg Petani, Kedah.

Kejadian pergaduhan teruk di antara puak pelampau Extreme India dari Geng Kongsi 35 & Melayu Islam kita yang ditetak dengan parang, dibelasah dengan kayu besbol dan di campak ke dalam longkang sehingga membabitkan orang-orang yang tiada kaitan bermula di Paya Nahu seterusnya melarat ke Tmn Ria apabila motosikal di bakar di depan masjid, seterusnya melarat ke Tmn Keladi & terkini jam 3 petang tadi di Bandar Sg Lalang , Sg Petani Kedah.

Mangsa Melayu dari anggota Melayu Islam kita dari PDRM pula yang dibelasah habis habisan kerana cuba menggari salah seorang daripada anggota kumpulan kongsi geng 35 mereka yang terlalu bertindak agresif. Sekarang di Sg Petani,Kedah sudah penuh dengan polis & FRU serta roadblock.

Ugutan menyerang orang Islam ketika berjemaah di Masjid , bakar masjid & Surau serta mangsa dari Orang Islam yang di campak ke dalam longkang setelah di belasah dengan parang & kayu besbol mengundang kemarahan orang2 Islam di situ..perintah darurat dikeluarkan oleh PDRM & FRU.

Harap semua pejuang-pejuang ­30 dalam mood "Standby" kerana apa2 sahaja boleh berlaku. Buat masa sekarang biarkan pihak polis & Fru jalankan tugas mereka kerana keadaan memang dah terlalu tegang, kita cuba elakkan rusuhan kaum kerana dikhuatiri akan membabitkan pihak-pihak yang tiada kaitan & merbahayakan nyawa orang2 Melayu Islam kita di situ sendiri dari kaum wanita & kanak-kanak dan bimbang merebaknya rusuhan kaum ini ke kawasan lain.

Yang penting dinasihatkan kita sentiasa bersatu,mood standby & jangan terlalu bertindak membabi buta, tetapi lebih kepada langkah berjaga-jaga ,BERSEDIA & BERSATU seandainya perkara yang tidak diingini berlaku..umat Islam dinasihatkan berwaspada & jangan bertindak mengikut emosi.

Sebarang pertanyaan,maklumat atau pengesahan maklumat berkaitan kes serangan kongsi gelap india 35 melakukan serangan perkauman di sekitar Sungai Petani,Kedah terhadap kaum melayu & ancaman serangan terhadap surau & masjid-masjid,sila hubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Muda 03-4299222 atau Balai Polis Sg.Petani 03-4222222..Jangan buat sebarang kesimpulan melulu atau mendengar khabar angin. Kekalkan perpaduan antara kaum.

Maklumat terbaru!!! Keadaan sudah pulih seperti sedia kala. Di harap semua bertenang.

Sumber dari FB Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) :

STATUS TERKINI KES PERGADUHAN DI SG PETANI: Berikutan berlakunya satu kes pergaduhan di Sungai Petani, beberapa anggota polis telah ditugaskan ke lokasi kejadian dan keadaan kini adalah terkawal. Ketua Polis Kedah akan memberi kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut dalam masa terdekat.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung kejadian tersebut yang boleh menggugat ketenteraman awam. Terima kasih.

*** Mohon mereka yang mengetahui maklumat lanjut mengenai hal ini memberi komen dibawah demi perkongsian bersama ***

02 di kodiang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kodiang - Google Blog Search


MyPelangiSenja: Oghang <b>Kodiang</b> !!

Posted: 23 Jan 2013 02:42 AM PST


Wah,dah lama tak mengupdate my belog. OMG Sesungguh nya aku sangat busy. Ari ni bru ler berkesempatan nak buka.alhamdulillah semakin bertambah kan my follower. Tak de la banyak sangat,tapi syukur la.sebagai blogger baru,jumlah sebanyak itu dah memadai. Moga makin bertambah la nant kan. Thanks atas sokangan kowang sume taw.

Ari ni,baru sempat nak rehat-rehat. Bru sempat nak buka facebook,nak tdo lelama mean bangun lambat la tue. haha juga baru sempat nak buka belog yang dah berhabuk tahap maksima ni.
I is busy gegila last week taw x. Aku kan dah tamat study.yea! Merdeka! Merdeka! Suke suke suke busy wat pe taw x?busy ngemas rumah,packing2 barang,buang2 segala mende yang tak berguna. but now,, im free!! 
Dah dekat empat hari dah kat kampung... sonok ase bila boleh bersama family tercinta. maka berat badan juger semakin berplus2 okeh. sungguh bahaya. ni pun, malam japg ade makan2. celebrate my uncle besday. so memang bersepah-sepah la makanannya. wihuuuu heaven la. 
Eh nanty la sambung update semula ya, nanti aku update pic2 makanan jer. biar korang terliur hehehehe nak pergi sambung masak & bakar satay. diorang dah bising tue. see u okeh, lurve u ollss
eh terlupa lak. untuk pengetahuan korang aku dah jadik orang kedah dah! now i is akan bertapa di KEDAH a.k.a KODIANG. tau tak kat mana kodiang tue? huhuhu kampung aku ler. suker! suker! suker! dah 5 tahun jadik orang punchong, finally aku kembali kepada asal jadik OGHANG KODIANG semula. 
*entry ntah apa-apa sorry ya, blur maseh mengatasi diri. harap dimaaf kan hehehe ding ~~ ding ~~ ding ~~

02 di baling - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di baling - Google Blog Search


kamera kupang: PAS <b>di Baling</b> jadi "dayus" pasal penggunaan <b>...</b>

Posted: 08 Jan 2013 01:44 AM PST


KEPUTUSAN MAJLIS TERTINGGI PAKATAN "Kalimah ALLAH" SEMUA AGAMA BOLEH GUNA.
Mana suara  puak-puak PAS di Baling yang selama ini dok gebang depalah pejuang Islam sejati. HENDAK PERTAHAN ISLAM konon.... kes penggunaan Kalimanah Allah pun dah "terkesok" atau dalam bahasa boleh "kecut teloq". 
Awat la hampa ini... Mana pendirian tok-tok guru hampa, Pemimpin-peminpin hampa....
Sejak isu ini keluar, ramai pencacai PAS kat FB dan Twitter mula 'sawan" bila ditanyak bab "kalimah Allah" mereka jagi meroyan.. tak apalah bukan penting sangat cai-cai depa ni.
Apa-apa pun aku, harap kan PAS DI BALING yang di pimpin oleh USTAZ TAIB ooopppsss telupa pula, yang Ustaz taib dah kena tendang sebagai penaraju PAS di Baling... tak apalah... Sesiapa di kalangan Pemimpin PAS di Baling Boleh TAK NYATAKAN PENDIRIAN PAS Baling berhubung penggunaan Kalima ALLAH ? 
DR HARON DIN DAN ULAMAK PAS DI "ANJING" KAN OLEH ANWAR IBRAHIM

Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang berjaya menendang keluar Datuk Dr Haron Din dan Ulamak Pas daripada mencampuri mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang memutuskan kalimah Allah.

Dengan ketiadaan Dr. Haron Din dan beberapa ulamak Pas, Anwar bersama pemimpin tertinggi DAP serta Haji Hadi  meluluskan penggunaan Kalimah Allah oleh Agama Kristian.
Kalimah Allah bukan sahaja boleh digunakan oleh Agama Kristian tetapi oleh mana-mana Agama jika mereka mahu menggunakannya.
Datuk Dr. Haron Din dan Datuk Harun Taib sebelum ini membuat kenyataan bahawa mereka tidak sesekali membenarkan Kalimah Allah digunakan oleh mana-mana Agama selain Islam. Barang sesiapa yang memberi keizinan mereka adalah dikalangan orang yang kufur.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas berpuashati dengan penggunaan kalimah Allah boleh digunakan dimana-mana tempat dan Pas telah pun buat fatwa pada tahun 2010 lagi.

02 di jitra - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di jitra - Google Blog Search


Perasmian kilang KTM <b>di</b> Bandar Darulaman, <b>Jitra</b>, Kedah | Arena <b>...</b>

Posted: 19 Jan 2013 02:45 AM PST


Ever wanted to drive a Lamborghini Super Trofeo? Here's HOW!

Answer this survey and DIGI will donate RM1 to WWF

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN: Idea Mana Yang Bakal Memenangi RM100,000?

DSC 0105 Perasmian kilang KTM di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah

Beberapa bulan yang lepas saya pernah membuat lawatan tidak rasmi ke kilang Motonation Manufacturer Sdn Bhd (Motonation), pemasang dan pengedar motosikal berjenama KTM di Malaysia, yang terletak di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.

Memandangkan kilang itu sudah beroperasi agak lama, saya sangkakan majlis perasmian kilang itu telah diadakan. Rupa-rupanya menurut laporan daripada akhbar Harian Metro edisi hari ini, kilang tersebut baru saja dirasmikan oleh Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, kelmarin.

DSC 0098 Perasmian kilang KTM di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah

Dalam sidang akhbar majlis perasmian itu, Pengarah Urusan KTM Asia Tenggara, Selvaraj Narayana dilaporkan berkata, pembukaan kilang KTM yang pertama itu adalah bagi memenuhi permintaan pasaran Asia Tenggara, selain mampu meningkatkan kapasiti pengeluaran antara 20 peratus sehingga 30 peratus bagi memenuhi permintaan dalam pasaran domestik.

Menurut beliau lagi, sebanyak RM30 juta telah dilabur dan kira-kira 300 peluang pekerjaan disediakan sejak ia beroperasi lima tahun yang lalu. Tambahnya lagi, untuk tempoh lima bulan yang lalu, KTM telah berjaya menjual kira-kira 1,000 unit motosikal di pasaran tempatan, menandakan sambutan yang diterima untuk jenama KTM sangat menggalakkan.

DSC 0296 Perasmian kilang KTM di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah

Motonation meletakkan sasaran untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 10,000 unit membabitkan model KTM 200 Duke dan KTM 690 Duke yang dipasang sepenuhnya di negara ini. Bagi anda termasuk saya sendiri yang tidak berkesempatan pergi ke majlis perasmian yang diadakan kelmarin, saksikan galeri imej di bawah yang saya perolehi dari blog VF Photography.


Related Posts

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved