Ahad, 3 Februari 2013

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Addin: (Kemaskini) Gempar!! Pergaduhan <b>Di Sungai Petani</b>..

Posted: 18 Dec 2012 04:46 PM PST

Oleh kerana posting ini mendapat hits yang tinggi untuk hari ini so aku kemaskini sikit artikel agar lebih ter-susun dan memudahkan pembacaan. Nota penting ; Aku update isu sungai petani tue di blog lain [blog ini]. Lepas tue depa dok bertubi2 minta gambar. Aku ada. Gambar budak tue berdarah2.. tapi aku delete mesej budak yang inbox di kbsb tue. Dengan gambar2 tue sekali aku delete bila aku dah tahu macam mana nak delete mesej ** baru jumpa tadi itupun atas request dia yang minta delete... Kot2 ada admin kbsb lain yang save tue aku tak gerenti lah plak.

Sepertinya dia taknak didedahkan dan mohon admin agar jangan sebarkan gambar tersebut, maka aku hormati je la permintaan dia. Bahkan dengan gambar2 tue sekali aku delete. Aku takmo wujud apa2 konflik. Kot nya aku tetiba hilang sabar dan siarkan gambar budak yang cedera parah tue pula.. hehe bahaya. So better remove je terus dari inbox kbsb.

Tapi time dia inbox di kbsb, dia tak cakap apa2 pasal politik. Dia bagitau dari A sampai Z. Dia bagitau punca kejadian. Oleh kerana yang menjadi mangsa itu kenalan.. maka dia share kepada admin kbsb. Benda neh tak tersiar di berita. Tujuan dia share bukan suruh kutuk mana2 bangsa india just rasa injustice, aik apsal plak kawan dia jadi mangsa eh? Bukan dia kot yang bakar motor budak2 india.. mungkin ini pergaduhan budak2 gangster di sana tetapi budak2 yang tak bersalah dari kedua2 kaum ini pula menjadi mangsa prejudis dan persepsi bahkan sampai ada yang tercedera.. patut kah? Sudah tentu la tak patut.

Tetapi yang menjadi persoalan sekarang adanya puak2 sebelah sana menjadikan ia isu politik. Tetiba kaitkan ia dengan pr. Itu tak betul tue. PR tiada kaitan dengan citer neh. Citer neh hanyalah mengenai sesetengah bebudak india vs sesetengah bebudak melayu. Dan bebudak2 india serta melayu neh telah menjadikan budak2 india dan budak2 melayu yang lain, dimana tiada kaitan dengan apa2 pergaduhan, perselisihan dan etc2, sebagai mangsa. Itu yang sampai ada motor budak india kena bakar dan budak melayu kena tetak.

Itu apa yang aku diberitahu so aku citer balik je la. Selebihnya aku takmo ulas apa2 sangat pasal apa? Pasal aku malas bercakap atas benda yang aku kurang jelas. Tunggu la bebudak yang jadi mangsa tue sendiri jelaskan keadaan sebenar kat korang oke. Bai.

Petikan dari KBSB.

Kemaskini dari wall PDRM ;



Updated :

Maklumat sebelum ini dipadam kerana telah di ekplotasikan oleh pihak tertentu. Ada pihak yang terlibat dengan mangsa kejadian minta jangan politikkan isu neh kerana ia bukan isu politik dan bagitau dia tak minat dengan tohmahan segilintir penyokong partisan terhadap mangsa2 kejadian. Bahkan minta jangan pandai2 nak jadikan kes neh sebagai kes rusuhan kaum pula. Ini hanyalah isu gangster vs gangster yang telah menjadikan orang awam sebagai mangsa. Harap maklum.

Ini apa yang dinyatakan oleh kenalan kepada mangsa kejadian. Terima kasih, jika anda mahukan gambar dan sebagainya, mungkin ia akan tersebar sedikit lama lagi jika tuan punya badan izinkan. Oke bai.

Pemberitahuan ;

Posting ini telah dikemaskini sebanyak 5 kali.

1. Ada ayat yang terkandung dalam posting ini telah dibuang.

2. Yang mengatakan ditetak itu betul, tetapi kematian itu tidak dapat dipastikan.

3. Ini ialah pergaduhan sesama samseng yang menjadikan orang awam sebagai mangsa.

4. PDRM sedang mengambil langkah berjaga2.

5. PDRM meminta jangan jadikan ia sebagai isu perkauman.

Terima kasih.


Kuala Lumpur - by @tiewnama
pergaduhan budak budak sekolah di sungai petani telah di perbesarkan oleh bloger umno dan Barisan Nasional kononnya sebagai rusuhan kaum sedangkan hakikat yang sebenarnya adalah kes curi motor.
persoalan kini timbul, siapa yang mencuri motor itu? adakah motor anak india itu yang di curi? atau budak melayu yang cedera ini mencuri motor itu? motor siapakah yang di curi?
siapa berak tengah jalan tidak akan mengaku juga dia akhirnya. ini pepatah lama, adakah ini konspirasi umno dan mic untuk mencetuskan huru hara bagi terus mengekalkan kuasa yang semakin menghilang?
sesuai dengan kata kata ketua wanita umno malaysia bahawa tragedi 13 mei bakal berulang dan putrajaya akan di pertahankan walau dengan apa cara sekalipun dari perdana menteri malaysia Najib Razak.
secara logik kes ini memang dah semakin besar melainkan dengan kehendak Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 2 jam dari tadi seorang lagi india di dakwa ditemui mati dibunuh di Taman Bandar Perdana Sungai Petani .
Polis ramai di kawasan terbabit. jadi minta tolong maklumkan perkembangan semasa. jumlah kematian setakat ini sebagaimana yang dirisik 3 orang kesemuanya lelaki India,
hasil risikan lain pula memberitahu bahawa kes ini sebenarnya pergaduhan di antara kumpulan samseng india dengan samseng india yang lain

So Diminta semua bertenang, Jangan layan sebarang Provokasi dan ikot nasihat polis.tq

Sumber di sini .

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


UMNO: NYAWA KITA <b>DI</b> KERONGKONG - suara sang <b>merbok</b>.....

Posted: 22 Jan 2013 05:20 PM PST


 Tuan Guru Nik Aziz Bidas Najib  KOTA BHARU - Setelah nyawa berada dikeronkong, Umno Kelantan menawarkan pelbagai projek di negeri ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata demikian di pejabatnya tengah hari tadi, ketika diminta mengulas janji Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika melawat negeri ini semalam.

"Kenapa baru sekarang setelah nyawa BN berada di keronkong, baru nak tunjuk duit ada.

"Orang Kelantan dah faham. Jambatan Sultan Yahya ke dua pun sudah berapa lama tak siap.

"Tiada kerajaan di dunia ini yang tidak membuat projek. Komunis ada projeknya, kapitalis ada projek cara dia.

"Dalam PRU 12, Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR) dari Barisan Nasional (BN). Selangor bermacam-macam projek ada, bermacam-macam universiti ada, bermacam-macam orang kaya ada, tetapi BN tetap kalah di situ," ujarnya lagi.

Tuan Guru menambah, rakyat kini cerdik untuk menilai semua janji yang dibuat oleh Umno dan tidak akan termakan dengan umpan yang ditaburkan lebih-lebih ketika menghampiri PRU 13 yang akan menjelma tidak berapa lama lagi.

-PM Rasa dia besaq sangat dah sampai nak janji macam-macam. sombong dan bongkak memberi janji palsu. nak rakyat "listen"  cakap dia saja...

Stetmen terbaek Ust Azhar minggu neh...
"Besar manapun pangkat kita di dunia ni, jangan sombong dengan Allah. Bila dah masuk kubur, menteri pun tak boleh cakap "LISTEN" kepada munkar Nakir." ~ UAI

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


Azrul 3R: PENCAPAIAN PROGRAM 3R <b>DI NEGERI KEDAH</b>

Posted: 02 Feb 2013 03:43 AM PST

PROGRAM KITAR SEMULA TAHUN 2012
Sepanjang tahun 2012, terdapat sebanyak 7 program utama bagi keseluruhan aktiviti kitar semula anjuran pihak PPSPPA Negeri Kedah iaitu program Bank Kitar Semula di Sekolah, program Bank Kitar Semula di Tadika, program Pengasingan Sisa Di Sumber di Kompleks Pejabat Kerajaan, program Pengasingan Sisa Di Sumber di Komuniti, program Kitar Semula Melalui Drive-Thru di Pasaraya, program Kitar Semula di Ibu Pejabat dan Pejabat-pejabat Cawangan PPSPPA Negeri Kedah, dan juga program Pengkomposan Menggunakan Kaedah Takakura. Sebagai hasil kempen kitar semula dan kesedaran awam yang dianjurkan pihak PPSPPA Negeri Kedah sepanjang tahun 2012, kuantiti pengumpulan sisa pepejal yang boleh dikitar semula semakin bertambah dan ini menunjukkan bahawa kesedaran awam semakin meningkat.
LAPORAN JUMLAH KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA MENGIKUT KATEGORI BAGI KESELURUHAN TAHUN 2012
Program
Bank Kitar Semula di Sekolah-sekolah
Bank Kitar Semula di Tadika
Pengasingan Sisa di Sumber di Kompleks Pejabat Kerajaan
Pengasingan Sisa di Sumber di Komuniti
Kitar Semula Melalui Drive-Thru di Pasaraya
Kitar Semula di Ibu Pejabat dan Pejabat Cawangan PPSPPA Kedah
Jumlah Kutipan (KG)
Sebanyak hampir 99 tan barangan kitar semula yang telah diperoleh bersamaan dengan hampir RM36,000 duit hasil jualan barangan kitar semula untuk kesemua program anjuran PPSPPA Negeri Kedah. Selain itu, terdapat aktiviti tambahan untuk program kitar semula yang dijalankan oleh pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, PPSPPA Negeri Kedah iaitu program kitar semula di pusat-pusat komersial dan penjaja seperti di restoran makanan segera, kedai serbaneka, dan syarikat pembersihan. Jumlah kutipan barangan kitar semula di pusat-pusat komersial ini adalah sebanyak 6483.05 kg bersamaan dengan hasil jualan sebanyak RM2080.51 sepanjang tahun 2012. Oleh itu, secara kesimpulannya sebanyak 105 tan barangan kitar semula yang berjaya diselamatkan daripada dibuang ke tapak pelupusan sampah di seluruh negeri Kedah melalui program yang dianjurkan oleh pihak PPSPPA Negeri Kedah sepanjang tahun 2012. Hal ini membuktikan bahawa terdapat peningkatan mengenai kesedaran awam di kalangan masyarakat Negeri Kedah tentang konsep 3R, pengasingan sisa di sumber dan kitar semula khususnya, berbanding tahun 2011.

02 di kuala kedah - Google Blog Search

02 di kuala kedah - Google Blog Search


terajubintang7: Murtabak Terbang <b>di</b> Pasar Malam <b>Kuala Kedah</b>.

Posted: 24 Dec 2012 08:58 PM PST

Minggu lepas ( 19hb - 24hb Disember 2012 ) balik Alor Setar. Sempat pergi pasar malam di Kuala Kedah. dah 4 tahun lebih menjadi keluarga Alor Setar, ini baru pertama kali menjejakan kaki di pasar malam Kuala Kedah ini. Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca blog terajubintang7, pasar malam di Kuala Kedah beroperasi pada hari Khamis malam Jumaat. Lokasinya tepi jalan sebelum lampu trafik kuala kedah dan lebih tepat lagi, bersebelahan dengan Balai Polis Kuala Kedah. Itulah serba sedikit berkenaan pasar malam kuala kedah.

-->
Tetapi kami nak kongsikan cerita berkenaan murtabak terbang di pasar malam Kuala Kedah ini. Ianya diusahakan oleh 3 - 4 orang jejaka dari Alunan Pelangi Ent (yang kami nampak masa itu). Terdapat 2 variasi rasa iaitu Daging & Ayam. Harga sekeping RM 2.00 sahaja. Kalau nak tempah, hubungi di talian 0195417703. Kalau datang walk in, kenalah tunggu sekejap.

-->
Kenapa ianya dipanggil murtabak terbang?. Ceritanya begini. Mula-mula tebar doh, pastu letak atas kuali, letak sesenduk inti (telur,bawang,ayam/daging dll) lipat menjadi segi 4, tunggu garing sikit, paling pula. agak-agak dah masak dan garing, ini lah momentumnya dipanggil murtabak terbang, Brother yang sedang memaling murtabak ini akan melemparkan atau menerbangkan murtabak yang sudah masak ke plate putih untuk brother lagi seorang tu bungkus. Begitulah ceritanya (andaian sendiri) '....kalau silap, tolong betulkan diruangan komen'.

-->
Tengok tu ramai yang menunggu. masa ini kami bungkus 8 keping murtabak terbang daging. rasa memang sedap dan berbaloi. Sekian, terima kasih.
Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.

02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


Pengalaman Irdina Sekeluarga...: CARI MAKAN <b>DI SIK</b>

Posted: 10 Nov 2012 03:50 PM PST

23 Zulhijjah 1433
8 November 2012
Sekali lagi... aku bermusafir untuk menunaikan tanggungjawab... mencari rezeki sesuap nasi untuk diri sendiri dan keluarga.
Tugasan kali ni.... membuat penyelenggaraan berkala ke atas General X-ray di Hospital Sik.

Seawal jam 7.30 pagi... aku keluar dari rumah... dan menuju ke Sik... dengan Siput Sedut... motor cari makan...
Alhamdulillah.. cuaca agak cerah dan baik sekali. Jalan pun agak lengang.
Tunggangan aku agak santai. Lebih kurang sejam... aku berhenti sekejap di Tol Gurun.
Tak lama berhenti... aku terus ke Hospital Sik.
Sebaik sampai... minum sekejap... aku mulakan tugasan.
Hampir 4 jam melaksanakan tugasan... selepas makan tengahari... aku mulakan perjalanan balik ke Perlis.
Cuaca agak mendung. Sekarang ni selalu hujan di waktu petang.
Di pertengahan jalan... hujan mula turun.
Hujan mula lebat semasa sampai Gurun.
Akhirnya... aku selamat sampai Alor Star... dan berhenti sekejap untuk menikmati kopi 'o' kat kedai selepas Tol Alor Star Utara.
Hujan pun dah berhenti...
Selesai minum... aku sambung perjalanan balik...
Alhamdulillah... selamat sampai rumah...
"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."
Published with Blogger-droid v2.0.9

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


Gieyana.Com ®: Ikan Bakar yg Awesome <b>di Tanjung Dawai</b>, Kedah.

Posted: 14 Oct 2012 11:27 PM PDT

Baru2 nie team saya yg tersayang sempat menjejakkan kaki di sini. Ini kiranya kali pertama saya sampai kat Tanjung Dawai nie. Suami dah banyak kali dah sampai psl rumah nenek dgn Tanjung Dawai nie memang dekat. Dari Merbok ke sini dalam 20 minit jer. Selalunya kalau pergi ziarah nenek, saya dan keluarga banyak kali ke Pantai Merdeka jer sambil lepak2..
Kali ni saja tukar selera dan suasana utk tgk dan membeli ikan2 kering dan seumpamanya kat sini. Tempat nyer best! Santai jer...Mostly kat sini ada jual ala2 macam kat Pangkor tue...nanti saya buat preview kat separate entry yer! (ni mau tunggu berkurun kot nak keluarkan entry! ngeh3..entry last day kat KL pon belum keluar lagi..oppss..insyaallah early next month saya ke KL lagi!)
First at all, sila layan gambar gediks Ummi bersama Abah yg di snap oleh photo cilik! Macam2 aksi haa dia suruh we all posing! Saya dah lupa nama kedai makan nie tp sepanjang deretan persisiran laut nie mmg ada kedai makanan..so uols boleh pilih  mana satu yg berkenan! hihihi... 









Komen saya pasal makan kat sini.
Harga seafood dia mengikut berat. Saya dan suami ambil ikan Jenahak, kalau kat Melaka panggil ikan Jenak kan? cuma RM25 jer sekali masak.Kalau kat Penang mostly RM35+..huhu
Then sotong goreng tepung dier memamg the best! terasa kesegaran sotong tue..cuma RM8.90/6 ekor sotong besar kalau tak silap saya.
Ketam size besar seekor siap masak cuma RM10.00. tue pon anak dara tue mmg suka bebenor dengan  ketam . Perghh..memang murah dan makan sampai senak perut haa nasib baik early dinner at 5.45pm kot dan lepak sini until 7.00pm.

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Ieqah Gajah: Ceghita <b>Di Langkawi</b>

Posted: 09 Jan 2013 06:29 AM PST

Alhamdulillah, sedar tak sedar nak terima hakikat atau pun tidak sekarang kita semua dah berada dalam tahun 2013. Sudah hamper seminggu berada dalam tahun 2013 tapi rasanya hidup ieqah ni tiada lagi perbezaan masih jugak sama Cuma biasalah setiap kali tahun baru adalah azam azam baru yang berlari lari anak dalam kepalahotak ni hah.
Macam orang lain, ieqah jugak mengharapkan hari hari yang bakal dilalui dalam tahun ini dipermudahkan allah tidak kisahlah diuji pelbagai dugaan mahupun diberi 1001 kesenangan. Barulah balance bak kata orang. Semoga perancangan ieqah untuk tahun 2013 ini dipermudahkan. Insyallah. Amin.
Entri kali ini bukanlah tentang imbaskembali 2012 mahupun senarai senarai azam tahun baru ini sebab bagi ieqah tahun apa pun yang sedang kita lalui kita kenalah pastikan hari ini lebih baik dari hari semalam. Kan Kan.
Entri kali ini ieqah nak kongsikan dengan korang pengalaman ieqah travel sensorang. Travel celah mana?? Pulau Langkawi je pun. Ye bagi orang lain mungkin langkawi tu pun dah lali nak p tapi bagi ieqah ni, umur 20an ni baru dapat jejakkan kaki ke pulau langkawi. Itupun sorang diri. Kesian tak?? Tapi selepas empat hari tiga malam ieqah kat pulau langkawi tu, ieqah nekad akan datang lagi dgn bawa family ieqah. 
Buat yang nak travel sensorang diri tu meh ieqah nak kongsikan tempat tempat menarik yang wajib pergi kat pulau langkawi tu dan bajet yang bersesuaian. Sebenarnya tujuan asal ieqah ke langkawi adalah untuk satu majlis istimewa seorang gadis kesayangan ieqah tapi dah alang alang sampai ke sana, ieqah dgn bantuan google terus mengoogle segala tempat besh yang ada kat langkawi tu. Dan Alhamdulillah hamper semua tempat syok kat langkawi tu ieqah jejaki. Nak tahu apa??
Tapi tapi normal lah kalau dah namanya travel seorang diri, photoG takda maka jadi lah gadis selca. Terpaksa mengsnap sendiri gambar ataupun dgn bantuan selftimer kamera. Yeayhhh terima kasih selftimer.Dan sudah tentu gambar yang terhasil tidaklah banyak. Kesian kan. Cukup sekadar tersemat di kepala hotak ni hah.
Paling wajib pergi kalau dah sampai ke langkawi tu kenalah p kat Dataran Lang. Kenapa Dataran Lang? Bagi ieqah dataran lang tu simbolik atau salah satu bukti yang menunjukkan kita dah sampai ke pulau langkawi. Mana taknya sesiapa yg menaiki feri, sampainya ke jeti kuah konpem konpem sekoq helang besaq gedabak terjojoi kat situ siap tulisan LANGKAWI besaq gajah. Dah sampai dataran lang tu, silalah posing dgn model helang yg tak tahu erti penat lelah tu seperti budak kat bawah ni:
Untuk keselesaan korang berjalan kat langkawi ni, biasanya semua orang akan sewa kereta la. Toksah nak duk bimbang, kat Jeti Kuah semua ada. Khidmat sewa kereta pun ada. Langkawi takdalah monorail atau lrt mahupun rapid kl untuk bergerak kan tapi kereta sewa berlambak. Disebabkan ieqah ni pencinta sejarah sejak dari bangku sekolah, apalagi dah jadi makanan ieqah la sebab kat langkawi ni banyak tempat sejarah seperti Beras Terbakar dan Makam Mahsuri. Kat sini nak usha gamat pun boleh. Memang berlambak lambak dan murah. Kalau da sampai dua tempat ni, tak lain tak bukan posing depan umah atau lebih tepat depan tangga memang aktiviti wajib. Macam ni hah? Kat tangga pun jadilah.
Ieqah pun tak tahu apa motif beras terbakar dgn rumah ni. Mungkin beras tu terbakar dalam rumah tapi yang pastinya beras terbakar yg dipamerkan untuk tatapan hanyalah sepinggan.
Pulau Langkawi ni memang banyak pantai nya. Tapi dalam dalam banyak pantai, pantai yang korang mesti mesti mesti pergi haruslah Pantai Cenang. Mohon percaya dan mohon pergi. Dekat Pantai Cenang ni lah ada mcm mcm aktiviti pantai seperti Island Hoping, Parasailing, Banana Boat. Yang besh jugak dekat  Pantai Cenang ni ada Underwater World dan Laman Padi  yang dijadikan pameran.
nah memang saje posing senang korang tahu harga xtvt kat sini
 kat kaunter underwaterworld pun jadi
Memang tak rugi, yang paling ieqah sarankan buat yang nak melancong sensorang atau ramai ramai pun silalah buat Island Hoping sangat berbaloi. Dengan harga rm35 seorang je korang dapat menikmati keindahan tiga buah pulau [Pulau beras basah, Pulau Dayang Bunting dan Eagle Feed] di Langkawi selama 4jam sambil boleh mandimanda dan macam aktiviti lagi. Dengan feeling feeling tenang dan nyaman ciap rayban besaq pinggan, dress batik dan topi  memang ohsem la vacation korang. Tapi makesure ada photog sebab kalau tak jadi mcm ieqah, kena buat buat tak malu minta org ambilkan gambar last last idea terbaik semat saja keindahan pulau tu dalam ingatan. Tsk tsk. Nak cerita pasai island hoping je memang kena buat satu lagi entri.
Siapa yang p langkawi tapi Takpi Langkawi Cable Car yg terletak di oriental village memang sangatlah rugi sedangkan Shah Rukh Khan pun buat filem kat ats puncak sana.Harga tiket untuk pemegang MyKad mcm ieqah cuma rm15/pax. Cuma apa yang menyedihkan ieqah setelah beratur panjang untuk menaiki cable car dan sampai turn naik. Tiba tiba hujan makan gambar di puncak automatikla tiada. Takpa takpa next time datang lagi.
Selain pantai, langkawi jugak ada air terjun yang besh iaitu dekat  Telaga Tujuh. Maklumlah kali pertama ieqah ke telaga tujuh dgn konpiden ingat sampai sampai kat telaga tujuh tu terus terjojoi depan mata. Maka tanpa rasa bersalah memakai dress dan high heel terus menuju ke Telaga Tujuh. Rupanya sampai sampai kat situ ieqah perlu mendaki lebih daripada 300anak tangga andai tak silap pengiraan ieqah untuk sampai ke telaga tujuh. Dengan gigih berhigh heel ieqah berjaya sampai keatas .Phewwww sumpah mencabar dan rasa taknak naik lagi. Tapi tapi sampainya ieqah kat atas, yes sangat berbaloi dan tak rugi. 
Kat atas ada tujuh tempat yg boleh kita mandi sambil melihat pemandangan dari aras atas. Bagi sesiapa yg menaiki cable car mereka boleh Nampak telaga tujuh dalam pertengahan perjalanan. Akibat kaki mengigil kaw kaw punya masa turun ieqah decide berbarefoot turun kebawah.
Dah sampai langkawi kalau tak shopping coklat memang tak lengkapla bak hang. Tempat membeli coklat yang ieqah sarankan ialah Haji Ismail Group ataupun kedai kedai coklat yang super berlambak dekat area Underwater World di Pantai Cenang tu.Bukan takat coklat kalau mak mak yang nak memborong sudu garpu pinggan mangkuk perfume batik pun ada kat situ. Langkawi Permata Kedah Bakk hang. Kalau ieqah coklat yg menjadi kegilaan adalah Daim. Kalau harga kat kolumpo tu  rm25 something, selalunya gigih ieqah beli kat famous amos tapi kat langkawi ni Cuma rm15. Jimat sepuluh hengget
Mohon korang semua datang ke Langkawi lepas baca entri ini :)
Langkawi Permata Kedah Bakk hangggg ~,~ 
Pakat mai serbu langkawi March ni. ada LIMA :)

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


Asrama lelaki SMA Nahdzah <b>di Yan, Kedah</b> terbakar | :: cina islam <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2012 02:07 AM PST

1 Rabiul awal 1433H. [MOD] -
YAN: Sebuah bilik asrama lelaki Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdzah, Bukit Besar dekat sini musnah dalam satu kebakaran pada jam 12.40 tengah hari tadi dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000.
Pengetua sekolah, Adnan Osman, berkata pihak sekolah menyedari kejadian itu selepas seorang jiran yang tinggal berdekatan sekolah memaklumkan kepada pengawal keselamatan mengenai asap tebal dari arah kawasan blok asrama lelaki sekolah berkenaan.
Bercakap kepada pemberita di tempat kejadian, Adnan berkata, ketika kejadian berlaku tiada pelajar berada di sekolah kerana semua sedang bercuti sempena Tahun Baru Cina.
"Saya sangat bersyukur semasa kejadian ini berlaku sekolah masih bercuti dan tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku, cuma yang terbakar adalah katil, tilam serta buku sekolah saja," katanya.
Katanya, blok asrama lelaki sekolah itu mempunyai 14 buah bilik iaitu tujuh bilik di tingkat atas manakala tujuh lagi di tingkat bawah dan bilik asrama lelaki yang terbakar itu menempatkan 10 pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Tiga dan Empat.
Sekolah itu adalah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan mempunyai 710 pelajar.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Abdul Muin Ayob yang mengetuai operasi memadam kebakaran berkata, bomba menerima panggilan pada jam 12.40 tengah hari dan 11 anggota bomba bersama dua jentera tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.
Katanya, api dapat dipadam sepenuhnya pada jam 1.30 tengah hari dan punca kejadian sedang disiasat.
Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Latt Shariman Abdullah, yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, yang melawat kawasan kejadian menghulurkan sumbangan kepada pengetua sekolah bagi meringankan beban pihak sekolah untuk membaik pulih asrama itu. - BERNAMA

Gempar! Papan Iklan Yang Tidak Sepatutnya <b>Di</b> Iklankan <b>Di Kedah</b>

Posted: 24 Jan 2013 06:46 AM PST

Sindiket pengedaran dadah di daerah ini bertindak berani apabila memaparkan iklan menjual dadah secara terbuka di kawasan Simpang Empat, Sedaka dan Kuala Sala, di sini, sejak beberapa hari lalu sekali gus menggemparkan penduduk tempatan.

Tinjauan hmetro semalam mendapati papan iklan yang dipasang di beberapa batang pokok di kawasan berkenaan menimbulkan keresahan penduduk kerana ia boleh mempengaruhi golongan remaja terutama pelajar sekolah.

Iklan itu memaparkan tulisan "Bukit Neraka FC – Yan 013-……., ubat – 1g RM25, ais – 05g RM110 dan ubat 1/2 suku gram – RM1,000".

Difahamkan, papan iklan itu dipasang sejak beberapa hari lalu bagi menarik ramai pelanggan muda membeli dadah berkenaan.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Sudin, 30 berkata, dia terkejut melihat papan iklan berkenaan dipasang di kawasan itu kerana boleh mendedahkan orang ramai khususnya golongan muda kepada bahaya pengambilan dadah.

"Saya ada menghubungi nombor telefon yang tertera pada iklan itu dan pemiliknya seorang lelaki memberitahu sekiranya saya mahu membeli dadah berkenaan boleh datang berjumpanya di Bukit Neraka, di sini.

"Saya membuat dua tiga kali panggilan dan ternyata nombor telefon itu adalah milik lelaki yang sama. Lelaki itu tidak berselindung dengan aktiviti penjualan dadah, malah mengarahkan saya menghubunginya semula sekiranya sudah sampai ke lokasi yang dimaksudkan itu," katanya yang ditemui, di sini.

Menurutnya, dia terkejut melihat beberapa iklan berkenaan turut terdapat di kawasan Sedaka, Kuala Sala dan Jalan Kangkong, di sini.

"mereka ingat kawasan ini lubuk penagih dadah sehingga sanggup memasang iklan jual dadah di sini? Sindiket dadah kini semakin berani apabila secara terang-terangan memasang papan iklan menjual dadah di kawasan ini.

"Walaupun kawasan ini dikenali sebagai perkampungan nelayan tidak semestinya semua nelayan mengambil dadah. Perbuatan ini kurang ajar dan tidak bertamadun. Justeru, saya minta pihak berkuasa menyiasat sehingga ke lubang cacing kegiatan sindiket terbabit.

"Saya tidak mahu anak bangsa mati kerana dadah apatah pembabitan golongan remaja terutama pelajar yang bakal mewarisi negara akan gelap masa depan mereka," katanya.

Sudin mendakwa kawasan Yan memang dikenali sebagai lubuk pengedaran dadah kerana 'tauke' besar dadah mampu hidup mewah dengan hasil jualan dadah.

"Sindiket ini semakin berani dan mencabar pihak berkuasa dengan memasang iklan menjual dadah. Mereka seperti tidak takut pada undang-undang, yang penting dapat hidup mewah," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap papan iklan berkenaan sekali gus membuat tangkapan ke atas pihak yang dikenal pasti menjadi dalang di sebalik kegiatan pengedaran dadah. – Harian Metro

Rating: 8.0/10 (5 votes cast)
Gempar! Papan Iklan Yang Tidak Sepatutnya Di Iklankan Di Kedah, 8.0 out of 10 based on 5 ratings

Incoming search terms:

  • metro hari jual ubat yan kedah
Artikel- Artikel Pilihan..

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


RESORT REGENCY GUNUNG <b>JERAI</b>, GURUN <b>...</b> - jom jalan-jalan...

Posted: 07 Jan 2013 02:12 AM PST

Sebelum ni saya ada post berkenaan Resort Regency Gunung Jerai :
http://haizanrunsah.blogspot.com/2012/02/resort-gunung-jerai-kedah-tenangmemang.html
Pengalaman pertama kali pergi tempat ni dulu, cuacanya memang sejuk ditambah dengan angin kencang.Pengalaman kedua ni, cuaca masih sejuk dan tiada angin kencang cuma kalau waktu malam, kabus memang sangat tebal. Syok tengok tiupan kabus tebal yang laju meluru masuk kafetaria ketika kami sedang minum malam
Saya akui, memang semakin cantik & mempersonakan Resort ni..Cuma satu masalah je...jalan masa naik gunung aritu memang agak merunsingkan sebab diaorang tengah baiki jalan yang masih runtuh...wuiiiiih...banyak beristighfar gak dibuatnya....
Kali ni kami berkesempatan mengunjungi Ladang Cendawan Shitake di puncak Gunung Jerai ni..Susah nak cari Ladang ni kat tempat lain di Malaysia ni...Harga sekilo pun sehingga RM 45. Ladang ni diuruskan oleh Dr Shirley bersama keluarganya atas nama syarikat AgroBio Future.Kami diberi taklimat dan dibawa melawat proses pembuatan cendawan shitake yang nampaknya macam mudah tapi merumitkan.Bagusnya cendawan shiitake ni ialah boleh beri sistem imun untuk menentang penyakit seperti kanser paru-paru, melawan bakteria, virus, toksin dan sel tumor...patutla harganya mahal....
  









































02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


Mat Sabu Tersenarai Tanding <b>Di Pendang</b> | Detik Perubahan

Posted: 10 Oct 2012 01:16 AM PDT

ALOR SETAR – Pas Pendang tidak menafikan nama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu tersenarai antara calon layak bertanding kerusi Parlimen Pendang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Yang Dipertuanya, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, Pas kawasan itu tiada halangan sekiranya Mat Sabu berminat menjadi calon PRU13 di Pendang, asalkan mendapat persetujuan semua pihak.

"Kita tiada masalah bagi laluan pada Mat Sabu. Jika Pusat memberi amanat supaya beliau bertanding sebagai Ahli Parlimen Pendang, kami terima dengan hati terbuka. Perkara ini diputuskan di peringkat Pusat dan negeri harus akur," katanya.

Mengulas kedudukan penyandangnya, Datuk Dr Mohd Hayati Othman sekiranya kerusi itu diwakili Mat Sabu, Mohamed Taulan berkata, Pas kawasan itu bersedia menerima sesiapa sahaja calon yang layak dan diyakini boleh menang.

"Siapa jadi calon bukan keutamaan, yang penting boleh beri kemenangan pada Pas," katanya.

Menurutnya, perkara itu tidak pernah dibincangkan secara rasmi dalam mesyuarat Pas kawasan, sebaliknya pernah diusulkan di peringkat bawahan.

"Kami capai persetujuan dan beri tiga nama calon yang layak kepada Pas negeri yang seterusnya memanjangkan perkara itu ke Pusat. Nama Mat Sabu dan Mohd Hayati antara tiga calon itu," katanya.

Mohamed Taulan mengakui senarai calon itu sudah lama dipersetujui Pusat, dan hanya akan dimuktamad selepas mengetahui tarikh PRU13.

Mengulas desas-desus kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tokai yang disandangnya bakal diserahkan kepada Mohd Hayati yang memberi laluan kepada Mat Sabu, Mohamed Taulan berkata, beliau bersedia dengan sebarang kemungkinan.

"Saya tiada masalah jika ada calon lain lebih layak bertanding di Tokai, yang penting calon Pas itu boleh kalahkan calon BN," katanya.

Sementara Mohd Hayati menyerahkan kedudukannya sebagai calon PRU13 kepada kebijaksanaan negeri dan Pusat.

"Semuanya bergantung pada keputusan Pas negeri dan Pusat. Itu kerja Pesuruhjaya Pas negeri yang akan rujuk pada Pusat. Sebagai calon, saya bersedia diletakkan di mana-mana kawasan sekalipun," katanya.

Ditanya sama ada kehadiran Mat Sabu kelak boleh menjejaskan peluangnya bertanding semula sebagai calon Parlimen Pendang, Mohd Hayati berkata, ia bukan suatu masalah.

"Saya tiada masalah bertanding di mana-mana, saya akur arahan, selebihnya saya tidak boleh komen," katanya kepada Sinar Harian.

Sabtu lalu, Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi membayangkan kemungkinan besar Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bertanding sebagai calon PRU13 di Kedah, memandangkan sebelum ini beliau pernah menang dalam PRU 1999 di negeri ini.

Nama Mat Sabu kembali diperkatakan sebagai calon PRU13 di Kedah, berikutan ramalan pilihan raya umum akan diadakan dalam masa terdekat. Selain ura-ura mendakwa bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah (1999-2004) itu berminat untuk bertanding di kerusi Parlimen Pendang.- Sinar Harian

PASPB: DEDAH LAGI!!! Projek lembu <b>di Pendang</b> zaman BN rugi <b>...</b>

Posted: 21 Nov 2012 06:57 PM PST

Kita telah mendengar 10 projek tinggalan BN yang jadi biawak hidup terpaksa ditanggung oleh kerajaan Pakatan kini. Rupanya terdapat satu ekor biawak hidup lagi yang ditinggalkan BN yang belum disenarai melibatkan kerugian RM3.3 juta. Perkara tersebut didedahkan oleh YB Dato' Amiruddin Hamzah pada Persidangan DUN Kedah tadi.




Oleh : SARINA ISMAIL

ALOR SETAR – Akibat salah tadbir dan perjanjian yang longgar semasa pemerintahan dahulu, kerajaan negeri terpaksa membayar tuntutan kepada syarikat-syarikat  berkaitan yang mengendalikan beberapa projek.
Demikian didedahkan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato'Amiruddin Hamzah (PAS-Anak Bukit) bagi menjawab soalan yang diajukan oleh YB Abdullah Jusoh (PAS- Pantai Merdeka) yang inginkan penjelasan berkaitan nama syarikat, projek yang dikendalikan, nama agensi dan jumlah tuntutan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri.
 
"Antara nama syarikat yang terlibat ialah Kedah Agro Industries Marketing Berhad (KAIMB) di mana mahkamah telah memutuskan tuntutan sebanyak RM2.16 juta akibat satu projek pengurusan ternakan udang di Kerpan. KAIMB telah menandatangi  perjanjian pengurusan ternakan berkenaan bersama Kedah Aquaculture Sdn. Bhd (KASB).


"KAIMB telah melantik sebuah syarikat Agro Shrimp Sdn. Bhd untuk menguruskan kerja-kerja berkenaan dan Agro Shrimp pula melantik syarikat lain iaitu Usaha Fadilat Sdn. Bhd untuk mengendalikannya," jelasnya.


Tegasnya lagi, apabila hasil ternakan dijual dan keuntungan diperolehi oleh Usaha Fadilat Sdn. Bhd, amat malang sekali keuntungan berkenaan tidak dimasukkan ke dalam akaun Agro Shrimp Sdn. Bhd dan ini mengakibatkan ianya dituntut oleh KASB. Tuntutan tersebut telah dibawa ke mahkamah dan mahkamah memutuskan KAIMB perlu membayar kepada KASB sebanyak RM2.16 juta.
"Kita cuba dapatkan maklumat dengan Usaha Fadilat Sdn. Bhd tetapi malang sekali tiada perjanjian yang dibuat. Sekarang pihak kerajaan negeri sedang berusaha memohon perkara ini kepada KASB memandangkan ianya syarikat yang dikuasai oleh Menteri Kewangan DiPerbadankan (MKB).
"Ini semua berlaku berpunca dari salah tadbir  pengurusan  dan berlaku sebelum kerajaan negeri sekarang memerintah Kedah," sambungnya lagi.

Selain itu beliau turut mendedahkan projek Feedlot di Pendang yang juga di bawah KAIMB serta dibina oleh Bina Ekoculture Sdn. Bhd dan melibatkan RM3.3 juta dan tiada sebarang perjanjian yang diadakan bersama tuan tanah. Setelah dibelanjakan sejumlah wang berkenaan, agak mengejutkan kerana sebaliknya ianya hanya disewa dengan syarikat lain dengan bayaran RM60 ribu setahun dan menuntut kepada bayaran sewaan RM5 ribu sebulan.


"Kita pun tak tahu apa yang syarikat itu buat. Kalau kita nak dapatkan semula kos RM3.5 juta itu kita kena sewa kepada mereka selama 58 tahun. Sekarang ini pun mereka telah berhenti beroperasi dan sewa RM5 ribu sebulan pun tidak dibayar. Insfrastruktor yang ada di kawasan berkenaan pun tidak boleh diambil kerana tanah berkenaan milik orang," dedahnya lagi.

Lain pula apa yang berlaku kepada Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKed), di bawah syarikat YIKed Pengkalan Kundur Sdn. Bhd, akibat kecuaian dalam pengurusan ianya di bawa kemahkamah yang melibatkan pembayaran sebanyak RM11 juta.
"Kita pun tak faham, projek ini sebahagian berjalan manakala sebahagiannya tidak. Ada tanah yang dikeveat tapi kemudian dilepaskan, akibatnya berlaku kecuaian dalam pengurusan dan dibawa ke mahkamah. Orang yang pegang YIKed ketika itu adalah Menteri Besar lalu, Tan Sri Osman Aroff dan akibat kecuaian, kerajaan negeri (kini) terpaksa membayar kepada Syarikat Senisinga Sdn. Bhd sebanyak RM11 juta," ujar Amiruddin.
Jawapan itu berikutan bersidangnya Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, Mesyuarat Kedua Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Kedah Kedua Belas (Mesyuarat Bajet 2013) di Wisma Darul Aman.

Kita telah mendengar 10 projek tinggalan BN yang jadi biawak hidup terpaksa ditanggung oleh kerajaan Pakatan kini. Rupanya terdapat satu ekor biawak hidup lagi yang ditinggalkan BN yang belum disenarai melibatkan kerugian RM3.3 juta. Perkara tersebut didedahkan oleh YB Dato' Amiruddin Hamzah pada Persidangan DUN Kedah tadi.




Oleh : SARINA ISMAIL

ALOR SETAR – Akibat salah tadbir dan perjanjian yang longgar semasa pemerintahan dahulu, kerajaan negeri terpaksa membayar tuntutan kepada syarikat-syarikat  berkaitan yang mengendalikan beberapa projek.
Demikian didedahkan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato'Amiruddin Hamzah (PAS-Anak Bukit) bagi menjawab soalan yang diajukan oleh YB Abdullah Jusoh (PAS- Pantai Merdeka) yang inginkan penjelasan berkaitan nama syarikat, projek yang dikendalikan, nama agensi dan jumlah tuntutan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri.
 
"Antara nama syarikat yang terlibat ialah Kedah Agro Industries Marketing Berhad (KAIMB) di mana mahkamah telah memutuskan tuntutan sebanyak RM2.16 juta akibat satu projek pengurusan ternakan udang di Kerpan. KAIMB telah menandatangi  perjanjian pengurusan ternakan berkenaan bersama Kedah Aquaculture Sdn. Bhd (KASB).


"KAIMB telah melantik sebuah syarikat Agro Shrimp Sdn. Bhd untuk menguruskan kerja-kerja berkenaan dan Agro Shrimp pula melantik syarikat lain iaitu Usaha Fadilat Sdn. Bhd untuk mengendalikannya," jelasnya.


Tegasnya lagi, apabila hasil ternakan dijual dan keuntungan diperolehi oleh Usaha Fadilat Sdn. Bhd, amat malang sekali keuntungan berkenaan tidak dimasukkan ke dalam akaun Agro Shrimp Sdn. Bhd dan ini mengakibatkan ianya dituntut oleh KASB. Tuntutan tersebut telah dibawa ke mahkamah dan mahkamah memutuskan KAIMB perlu membayar kepada KASB sebanyak RM2.16 juta.
"Kita cuba dapatkan maklumat dengan Usaha Fadilat Sdn. Bhd tetapi malang sekali tiada perjanjian yang dibuat. Sekarang pihak kerajaan negeri sedang berusaha memohon perkara ini kepada KASB memandangkan ianya syarikat yang dikuasai oleh Menteri Kewangan DiPerbadankan (MKB).
"Ini semua berlaku berpunca dari salah tadbir  pengurusan  dan berlaku sebelum kerajaan negeri sekarang memerintah Kedah," sambungnya lagi.

Selain itu beliau turut mendedahkan projek Feedlot di Pendang yang juga di bawah KAIMB serta dibina oleh Bina Ekoculture Sdn. Bhd dan melibatkan RM3.3 juta dan tiada sebarang perjanjian yang diadakan bersama tuan tanah. Setelah dibelanjakan sejumlah wang berkenaan, agak mengejutkan kerana sebaliknya ianya hanya disewa dengan syarikat lain dengan bayaran RM60 ribu setahun dan menuntut kepada bayaran sewaan RM5 ribu sebulan.


"Kita pun tak tahu apa yang syarikat itu buat. Kalau kita nak dapatkan semula kos RM3.5 juta itu kita kena sewa kepada mereka selama 58 tahun. Sekarang ini pun mereka telah berhenti beroperasi dan sewa RM5 ribu sebulan pun tidak dibayar. Insfrastruktor yang ada di kawasan berkenaan pun tidak boleh diambil kerana tanah berkenaan milik orang," dedahnya lagi.

Lain pula apa yang berlaku kepada Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKed), di bawah syarikat YIKed Pengkalan Kundur Sdn. Bhd, akibat kecuaian dalam pengurusan ianya di bawa kemahkamah yang melibatkan pembayaran sebanyak RM11 juta.
"Kita pun tak faham, projek ini sebahagian berjalan manakala sebahagiannya tidak. Ada tanah yang dikeveat tapi kemudian dilepaskan, akibatnya berlaku kecuaian dalam pengurusan dan dibawa ke mahkamah. Orang yang pegang YIKed ketika itu adalah Menteri Besar lalu, Tan Sri Osman Aroff dan akibat kecuaian, kerajaan negeri (kini) terpaksa membayar kepada Syarikat Senisinga Sdn. Bhd sebanyak RM11 juta," ujar Amiruddin.
Jawapan itu berikutan bersidangnya Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, Mesyuarat Kedua Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Kedah Kedua Belas (Mesyuarat Bajet 2013) di Wisma Darul Aman.