Khamis, 7 Februari 2013

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


My name is Hanya Uvet: Cerita lucu <b>di Merbok</b>, Kedah.

Posted: 02 Dec 2008 02:20 AM PST


Masa tahun 2005 ~ 2006, saya menghabiskan masa sa di Merbok Kedah. Sebab saya dapat Pra Ijazah sia di UiTM sana kan. Saya masih ingat lah 1st kisah kisah lucu masa saya di Merbok Kedah.

  • Ini kejadian masa saya mo register di UiTM Merbok. Masa tu masih tiada kawan lah, baru mau berkenalan sama orang. So, saya min friendly2 sama orang d sebelah sa. Oh orang Kedah jugalah, dan sia pun perkenalkan lah sa dari Sabah. Trus, tiba tiba dia tanya saya, siapa artis di Sabah. So, dalam otak saya, saya fikir fikir lah artis yang local macam Francis Landong ka, si Jimmy Palikat ka. Belum sempat sa bagi jawapan dia trus mencelah dan bagitau artis di tempat dia, dia cakap begini. "Artis kitorang macam Siti Nurhaliza". *tergamam sebentar. Saya hairan berabis lah dan balas dia balik. "Oh sama lah artis kami juga bah tu". Sebab saya masih ingat masa di Konven, punya femes lagi Siti - Aku Cinta Padamu tu.
  • Ini pula cerita lucu kawan saya (Heather aka Matahari / Kak Sun), oleh kerana terlampau lucu saya mo share jugak. Si Heather nie seorang Bidayuh dari Sarawak lah, memandangkan sudah bergaul dengan sia maka slang dia pun bertukar skijap jadi Sabah. Maka, pada suatu hari, dia naik teksi mo balik UiTM dari Sungai Petani. Actually ini uncle teksi ni pun kami biasa juga, selalu kami message dia kalau minta ambil / minta hantar. So heather mesej la begini, "Pak Cik Shukor, boleh ambik sa kat SP, nak balik UiTM". Ok, so semasa Heather dalam teksi, si pak cik pun min friendly2 lah. Dia cakap, "Sa dah makan ke"? Trus si Heather bingung berabis lah, apaaa bah dia cakap nie. Skali pikir punya pikir, rupa-rupanya, si Pak cik pikir "SA" tu nama si Heather!! Hahaha!
  • Ini cerita tidak brapa lucu, tapi adventure. Sa rasa ini kejadian berlaku masa saya semester 2. Heather baru balik dari Sarawak jadi dia lepak di Penang. Masa tu sa di bilik dengar dengar lagu, trus heather mesej sa bawa saya pi Penang. Gilak! Jam sudah pukul 9.30pm, gate tutup pukul 10pm. Dari Merbok pigi Penang punya jauh sa rasa. Trus kami berpakat ah. Sa mesej si Pakcik Shukor minta ambil di depan gate uitm, dan jalan p gate uitm. Trus sa cakap lah sama pak gad, ada saudara saya terlantar di hospital besar penang. Trus dia x pecaya, dia mau call tu orang. Alamak sa bilang, sebab kami belum plan kalo pak gad mo call itu "saudara saya yg sakit". Dan credit saya tinggal RM0.01 lagi ah. Ngam ngam boleh mesej Heather, sebab kami maxis sama2 kan. Dalam keadaan yang sangat cepat, mana sempat saya mo mesej heather explain panjang2. Sa type Jac jak, trus send. So, tu pak gad guna telefon ofis dia suruh telefon saudara sa, tu pakgad tanya siapa nama saudara saya, sa bagitau Jac. Bila itu Pak Gad call, "ni Jac ke..." wah.. pandai si Heather buat cerita, dia memang hebat tu. Trus saya lari pi cari pakcik Shukor di luar, bila sampai di terminal ferry, jam 11pm sudah ah, ada lagi bah ni urang putih mabuk sambil angkat angkat beer. Wow, punya cantik pemandagan Penang masa malam. So adventure juga la, macam lari dari rumah ja.

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Rusuhan Berlaku <b>Di Sungai Petani</b> ~ Blog Politikus

Posted: 16 Dec 2012 12:00 AM PST


Berikut adalah info dari FB : Ayahanda-Ayahanda Sg Petani , Kedah ///

Kejadian pergaduhan teruk di antara puak pelampau Extreme India dari Geng Kongsi 35 & Melayu Islam kita yang ditetak dengan parang, dibelasah dengan kayu besbol dan di campak ke dalam longkang sehingga membabitkan orang-orang yang tiada kaitan bermula di Paya Nahu seterusnya melarat ke Tmn Ria apabila motosikal di bakar di depan masjid, seterusnya melarat ke Tmn Keladi & terkini jam 3 petang tadi di Bandar Sg Lalang , Sg Petani Kedah.

Mangsa Melayu dari anggota Melayu Islam kita dari PDRM pula yang dibelasah habis habisan kerana cuba menggari salah seorang daripada anggota kumpulan kongsi geng 35 mereka yang terlalu bertindak agresif. Sekarang di Sg Petani,Kedah sudah penuh dengan polis & FRU serta roadblock.

Ugutan menyerang orang Islam ketika berjemaah di Masjid , bakar masjid & Surau serta mangsa dari Orang Islam yang di campak ke dalam longkang setelah di belasah dengan parang & kayu besbol mengundang kemarahan orang2 Islam di situ..perintah darurat dikeluarkan oleh PDRM & FRU.

Harap semua pejuang-pejuang ­30 dalam mood "Standby" kerana apa2 sahaja boleh berlaku. Buat masa sekarang biarkan pihak polis & Fru jalankan tugas mereka kerana keadaan memang dah terlalu tegang, kita cuba elakkan rusuhan kaum kerana dikhuatiri akan membabitkan pihak-pihak yang tiada kaitan & merbahayakan nyawa orang2 Melayu Islam kita di situ sendiri dari kaum wanita & kanak-kanak dan bimbang merebaknya rusuhan kaum ini ke kawasan lain.

Yang penting dinasihatkan kita sentiasa bersatu,mood standby & jangan terlalu bertindak membabi buta, tetapi lebih kepada langkah berjaga-jaga ,BERSEDIA & BERSATU seandainya perkara yang tidak diingini berlaku..umat Islam dinasihatkan berwaspada & jangan bertindak mengikut emosi.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Sebarang pertanyaan berkaitan situasi semasa di Sg.Petani sila hubungi HEA IPD Kuala Muda,Kedah Insp Farhana bt Hj Ishak,Sjn Muhyizan Muhyi, Kpl Amanorashid Ibrahim,Konst. Mohd Safaruddin Helmi Sulong di talian 04-4299222.

Maklumat terbaru!!! Keadaan sudah pulih seperti sedia kala. Di harap semua bertenang.

Sumber dari FB Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) :

STATUS TERKINI KES PERGADUHAN DI SG PETANI: Berikutan berlakunya satu kes pergaduhan di Sungai Petani, beberapa anggota polis telah ditugaskan ke lokasi kejadian dan keadaan kini adalah terkawal. Ketua Polis Kedah akan memberi kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut dalam masa terdekat.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung kejadian tersebut yang boleh menggugat ketenteraman awam. Terima kasih.

-------------------------------------------------------------------------------------------

TERKINI! - Pergaduhan Berlaku pada 16 Disember 2012, dan bunga bunga nak Bergaduh lagi tu masih ada sehingga hari ini. Punca Pergaduhan adalah Kes Curi Motor dan Bukan seperti mana yang disebutkan oleh:-

1. Muhammad Qhalil Hasri, kononnya Masyarakat India nak Rebut Tapak Masjid di Tmn Ria Jaya.

2. Tak Wujud pun Kononnya Orang India nak Bakar Surau seperti mana Dakwaan:- Raz Razali...

- Polis telah mengambil Tindakan Mengawal Keadaan sehingga ke malam ini supaya kes ini tidak Menimbulkan Salah Faham di Kalangan Masyarakat.
- Apa yang berlaku bukanlah Pergaduhan Melayu-India. Tetapi hanyalah Kes Bertumbuk Budak-Budak baru nak Up. Malangnya, apabila dicampuri oleh Kelompok yang Membuta Tuli, maka Kes dah jadi lain.

Ins.Shahrul, IPD Kuala Muda.

- Maklumat Terkini dari Polis. Hanya 3 Melayu + 5 India Cedera, Akibat Pergaduhan Tersebut. Tolong Abaikan Info lain yang buat Org Lain.

-------------------------------------------------------------------------------------------

TERKINI! - Sidang akhbar diantara Timbalan Ketua Polis Kedah telah dibuat : Jangan Dengar Khabar Angin, Tiada Rusuhan Kaum Kata Timbalan Ketua Polis Kedah
*** Mohon mereka yang mengetahui maklumat lanjut mengenai hal ini memberi komen dibawah demi perkongsian bersama ***

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


PANASS!! Kerajaan <b>Negeri Kedah</b> HALALKAN Tarian Separa Bogel <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2013 07:17 PM PST



Mc sangka hanya Anwar saja yang mahu halalkan tarian bogel ni. Rupanya Pas pun sama juga. Apa nak buat, PKR dan Pas dah sehati sejiwa. Bila Anwar kata ini perkara kecik, takkan Pas nak bantah kot? Kenyataan Anwar boleh klik SINI.

Exco Kerajaan Negeri Kedah Abdul Ghani Ahmad menegaskan majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran ADUN PKR Kulim, Lim Soo Nee yang memaparkan penghibur wanita berpakaian seksi, tidak menyalahi mana-mana undang-undang di negeri itu.


Menurutnya, Enakmen Hiburan yang digunapakai di Kedah menetapkan cara berhibur orang Islam yang tertakluk kepada landasan tertentu manakala bukan Islam diberikan kelonggaran tertentu ketika mengadakan persembahan awam.

Ooo.. patut la sekarang ni pusat hiburan berlambak-lambak kat Kedah. Malah yang dok menari dalam pusat hiburan tu juga, umpama baju tak cukup kain.  Patut la depa berani, rupanya kerajaan Kedah benarkan.

Memang la tak salah kalau dikira undang-undang perlembagaan. Tapi itu dah kira kurang sopan. Patutnya kerajaan negeri boleh nasihatkan PKR supaya kurangkan 'seksi' semasa persembahan. Naik terbeliak mata tok haji Pas tengok nanti.

Apakah dengan kenyataan ini, bermakna Pas Kedah sokong tarian seksi dikhayalak ramai?

Punggah dah puak Pas ni.. demi politik dan undi.. bogel pun bogel la..


McTheory:
Islam jenama apa taktau puak Pas ni.

02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


LiFe iS LoVeLy MeMoRieS : Makan petang <b>di sik</b> Kedah

Posted: 30 Jan 2013 05:03 PM PST

Hai all, masih cerita di Sik Kedah lagi... heeee nie time makan petang, petang2 selalu makan kuih dari hari pertama aku balik kampung ayik makan kuih cempedak je... maklumlah kat kampung buah tengah banyak so goreng la jawabnya.. sampai Sik sekali lagi mak aku goreng kuih cempedak so telan je lahhhh kalau kat KL belum tentu aku sempat buat huhuhu..   
more gambar kambing baby nie comel..
Ini kandang ayah aku, jangan tak percaya semua nie ayah aku yang buat sendiri maklumlah dah pencen nie la hobby ayah aku :)

Jawatan Kosong 2013 <b>di</b> Majlis Daerah <b>Sik</b>

Posted: 10 Jan 2013 01:08 AM PST

Jawatan Kosong 2013 di Majlis Daerah Sik

Jawatan Kosong 2013: Majlis Daerah Sik ditubuhkan pada 1 Ogos 1975. Penubuhan mengikut Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Keluasan seluruh Daerah Sik ialah 1,635,457.65 hektar ( 1,634.6 km persegi). Jumlah penduduk di Daerah Sik adalah sebanyak 71,261orang. Kepadatan kasar penduduk adalah 38 (penduduk per kps). Daerah Sik mempunyai empat mukim iaitu Mukim Sik (57,042.38 hektar), Mukim Sok (80,549.00 hektar), Mukim Jeneri (12,691.00 hektar) dan Mukim Teloi (13,175.27 hektar). Keluasan kawasan perkhidmatan Majlis Daerah Sik ialah 1356.053 hektar (13.56053 km. persegi). Ianya melibatkan penempatan Pekan Sik, Batu 5, Kuala Begia dan Sik Dalam.

Permohonan-permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Kedah Darul Aman /
Warga Negara Malaysia untuk memenuhi jawatan yang tersebut di bawah:-

1. Jawatan : ' HOUSE KEEPING'
Taraf Jawatan : Sambilan

Syarat Lantikan:
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan;
c) (i) Tamat darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh Kerajaan; Dan
(ii) berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan dengan pembersihan
di Sik Inn dan Melor Inn.
dan
d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan
baik.

CARA MEMOHON:
i) Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati di Majlis
Daerah Sik dengan bayaran wang proses RM 2.00.
ii) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Kelahiran, Kad
Pengenalan, Sijil Persekolahan, Sijil Berhenti Sekolah dan dokumen yang
berkaitan serta sekeping Gambar berukuran pasport. (Salinan sijil-sijil perlu
mendapat pengesahan terlebih dahulu)
iii) Pemohonan ini hanya sah selama 1 tahun dari tarikh iklan.
v) Alamatkan permohonan kepada:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH SIK,
08200 SIK,
KEDAH DARUL AMAN.

TARIKH TUTUP: 17 JANUARI 2013

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2013 ini.
———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Jawatan Kosong 2013

from your own site.

02 di kuala ketil - Google Blog Search

02 di kuala ketil - Google Blog Search


Perasmian Dewan dan Konvokesyen Khas KUIN <b>di Kuala Ketil</b>, Kedah

Posted: 29 Jan 2013 05:14 AM PST

Dewan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) sudah pun mendapat nama.  Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang DiPertuan Agung menamakan dewan yang memuatkan 5000 orang itu sempena nama permaisuri baginda iaitu 'Dewan Permaisuri Hajah Haminah'.
Kini KUIN berbangga mandapat lokasi baru terutamanya pelajarnya kerana bukan sahaja KUIN begitu indah dengan panorama bahkan mempunyai tasek terpanjang sekali diantara Institut Pengajian Tinggi 
Menteri Besar Kedah, Dato Seri Azizan Abdul Razak dalam perutusan sempena perasmian dewan dan konvokesyen khas pada 29hb, Januari 2013 lalu berkata, tasek buatan itu kelak akan dijadikan lokasi sukan air terkemuka suatu hari nanti.
Apa pun Kuala Ketil dalam Parlimen Baling pastinya akan melonjak naik namanya pada masa depan.

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


JALAN-JALAN KE <b>TANJUNG DAWAI</b> | Rempit Kehidupan

Posted: 04 Nov 2012 03:30 PM PST

Assalamualaikum ....

Pernah pergi Tanjung Dawai?

Kalau tak pernah, meh aku bawakan secara maya ...heeeee! Tanjung Dawai nie terletak kat Negeri Kedah, negeri aku le teww ... dekat-dekat area Singkir Laut ... Bedong sana ... atas sket pada Yan, Kedah! Tak faham sila tengok google map ye. huuuu
Masa balik raya haji baru nie, aku jadi driver untuk ayah dan bonda. Ayah dah tak mampu nak drive jauh-jauh lagi dah. Dia cepat rasa pening nak pitam. Biasalah umur pun dah lanjut, keadaan kesihatan dia amat membimbangkan aku. Tapi itu, aku nie jauh sangatlah daripada dia ;=(
Perjalanan dari Alor Star ke Tanjung Dawai mengambil masa lebih kurang 40minit ke sejam. Bergantung kepada kelajuan kenderaan anda ;=)
Ayah ajak aku pi Tanjung Dawai. Katanya nak cari ikan kering banyak-banyak untuk menu tambahan masa kenduri nanti. Kat Tanjung Dawai, ikan keringnye masih baru dan boleh dikatakan agak murah. Kat sini, kalau nak beli ikan kering mesti terbaiklah ... tapi kalau nak cari belacan, mak aku kata kurang sedap belacan Tanjung Dawai. Mak aku kata belacan Simpang Kuala lagi sedap. Mak aku la kata ...

Tengoklah ikan bilis nie ... geram aku tengok. Macam nak borong semua je. Aku nie dah la peminat bilis goreng dengan sambal bilis. Ikan bilis memang wajib ada kat dalam fridge. Aku suka simpan ikan bilis dalam fridge, sebab bila digoreng dia akan lagi rangup ... krupppp krupppp krupppp.... haaa camtulah gayanye ;=)



Yang bergantung-gantung nie ikan tenggiri masam tau. Setiap bungkus tu cuma harga RM10. Aritu aku beli juga sebungkus, tapi tauke dia .. Kak Ta, bagi aku cuma RM5 je. Sebab katanya kitaorang dah beli banyak ikan kering, itu yang dia bagi diskaun. Kalau korang pi Tanjung Dawai, pergilah dekat Kedai Kak Ta nie, no. lot aku dah lupa ... tapi papan tanda kedai dia ada tulis Kak Ta tak salah aku.

Kakak nie sangat peramah dan tidak kedekut orangnya. Murahlah rezeki akak moga moga! Haritu dia siap bagi ikan kering free lagi dengan keropok kering ....freeeeeeeeeeeeee rezeki jangan ditolak. Ambil je masuk plastik he he he


Selain ikan kering, dekat kompleks perniagaan di Tanjung Dawai nie juga ada jual keropok kering dan keropok lekor. Tapi tak suggest sangatlah ... bagi tekak aku kurang sedap sket. Banyak tepung dari ikannya. Korang borong je ikan kering banyak-banyak ... yang nie memang aku suggest kat korang.
Lepas penat shopping ikan kering, maka aku ... ayah dan bonda bergerak balik. On da way balik, kami singgah makan tengahari dekat Naim Gulai Sembilang Tanjung Dawai ... yang nie nanti aku cerita, betapa sedapnya gulai sembilang dia ... tunggu tau. Nanti aku cerita ...

Kalau pi Kedah, jangan lupa pi Tanjung Dawai tau .... boleh borong ikan kering ;=)
CK : Dah start buat entry autopublish.