Selasa, 12 Februari 2013

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


Lagunamerbok: Senja <b>Di</b> Laguna <b>Merbok</b>.

Posted: 03 Oct 2012 04:10 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Entri Terkini. Lemak Beri Tenaga Ketika Sakit. ... Luahan isi hati insan yang bergelar suami kepada isteri. ... Bermulanya Sebuah Kehidupan. ... Selamat Tahun Baru 2013. ... 2012 di penghujung... .

02 di kubang pasu - Google Blog Search

02 di kubang pasu - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: PRU 13 : BN selesa <b>di Kubang Pasu</b>..?? Pas <b>...</b>

Posted: 28 Aug 2012 07:11 PM PDT

Pertandingan dua penjuru bagi satu kerusi parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kubang Pasu dalam pilihan raya umum ke-12 (PRU12), menyaksikan perbezaan undi yang ketara terutamanya bagi kerusi parlimen.

Biarpun Barisan Nasional (BN) tampak selesa dengan kejayaan mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Pasu, kerusi Dun Bukit Kayu Hitam dan Jitra sama seperti PRU11 namun pertarungan sengit bakal calon BN untuk menduduki kerusi Dun Bukit Kayu Hitam berkemungkinan boleh berlaku.

Bagi kerusi berkenaan, ada desas-desus menyatakan bahawa kerusi calon BN, Datuk Ahmad Zaini Japar yang menang dengan majoriti 6,995 dalam PRU12, Ahmad Zaini menerima 13,219 undi menewaskan Che On Yusof dari PKR dengan 6,224 undi mungkin akan digantikan nama lain.

Penyandang sebelumnya juga milik calon BN, Datuk Khalidah Adibah Ayob dengan majoriti 6,972 undi.


Antara senarai nama disebut-sebut seperti setiausaha Umno Kubang Pasu, Samsudin Ahmad serta naib ketua Umno Kubang Pasu iaitu Zulfitri Yaacob yang juga setiausaha sulit kepada Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Johari Baharum.
Dalam pada itu, nama Zulfitri turut dikatakan berpotensi mengisi kerusi Dun Jitra yang kini disandang calon BN Datuk Saad Man. Namun sama ada kerusi BN Dun ini masih kekal milik Saad Man atau tidak, masih menjadi persoalan banyak pihak.

Pada PRU12 yang lalu, Saad Man menang dengan majoriti 2,258, apabila mendapat 12,065 undi menumpaskan calon Pas, Dr Rohani Abdul Mutalib hanya mendapat 9,807 undi sahaja. Kejayaan ini meneruskan tradisi kecemerlangan BN pada PRU11 apabila turut dimenangi calon BN, Profesor Datuk Dr Othman Ishak dengan majoriti 5,756 undi.

Senario sebaliknya berlaku bagi kerusi Parlimen Kubang Pasu kerana Umno Kedah mungkin akan mengekalkan muka lama untuk menjadi calon dalam PRU nanti kerana yakin akan meneruskan tradisi kegemilangan BN.

Pada PRU12, kerusi Parlimen Kubang Pasu dimenangi calon BN, Datuk Johari Baharum yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dengan majoriti 7,060 apabila mendapat 24,179 undi menewaskan calon Pas, Datuk Dr Abd Isa Ismail dengan 17,119 undi.

Bagaimanapun, bayangan senarai calon dari Pas dan PKR masih belum kelihatan kerana masing-masing masih menunggu keputusan daripada pusat.

Menurut sumber, berdasarkan pemerhatian ketiga-tiga kawasan berkenaan boleh dikatakan kawasan selamat bagi BN  berbanding kawasan lain kerana percaya sokongan rakyat akan sentiasa berterusan sama ada calon lama kekal atau tidak.

Pas nekad rampas kerusi Dun Kota Siputeh, Parlimen Jerlun

Pas nekad mahu merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Siputeh dan Parlimen Jerlun pada PRU13 bagi memantapkan lagi pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) di Kedah.

Yang Dipertua Pas kawasan Jerlun, Abd Ghani Ahmad berkata, kedua-dua kerusi itu bukan mustahil untuk dimenangi Pas ekoran pendekatan parti itu kini sudah mula diterima masyarakat berbanding PRU12.

Abd Ghani yang juga Exco Penerangan berkata, Pas perlu menambah bilangan kerusi Dun yang dimenangi parti itu untuk berada dalam keadaan lebih selesa, sekiranya berlaku insiden tidak diingini seperti wakil rakyat lompat parti.

"Kita perlu sentiasa berjaga-jaga, tak boleh selesa dengan situasi sekarang. Walaupun Pas Pusat belum muktamadkan senarai calon bertanding untuk Kedah, persediaan harus sempurna," katanya.

Abd Ghani yang sudah tiga penggal bertanding sejak tahun 1999 di kerusi Dun Ayer Hitam menang dua kali, iaitu pada PRU10 (1999) pada usia 29 tahun dan PRU12.
Beliau tewas pada Datuk Othman Aziz yang merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerlun pada PRU11 (2004).

Berdasarkan rekod Abd Ghani menang dengan majoriti 506 apabila mendapat 10,652 undi menewaskan lawan asalnya semenjak 2004 yang hanya mendapat 10,146 undi sahaja.

BN mungkin kekalkan muka lama

Dari sumber dalaman Barisan Nasional (BN) Kedah, calon lama yang mengisi kerusi Parlimen Jerlun, Dun Kota Siputeh dan Dun Ayer Hitam akan dikekalkan.

Bagaimanapun timbul juga ura-ura bekas pengerusi Tekun Nasional, Datuk Abdul Rahman Ariffin seakan berminat untuk mengisi kerusi Dun Ayer Hitam menggantikan Datuk Othman Aziz.

Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang kenyataan itu mungkin turut disokong dengan rekod cemerlang Datuk Abdul Rahman sendiri yang menang majoriti 2,142 undi semasa berada di kerusi Ahli Parlimen Jerlun pada PRU11.

Siapa tahu, penangan orang lama mungkin berhasil untuk menyekat kemaraan sokongan rakyat terhadap calon lawan.

Mengikut rekod, pada PRU12, calon BN, Datuk Mukhriz Tun Mahathir menang majoriti 2,205 dengan mendapat 19,424 undi menewaskan calon Pas, Idris Ahmad hanya mendapat 17,219 undi.

Ketika BN sedang membuat persiapan merampas Kedah, tumpuan turut diberikan kepada Mukhriz yang akan mengetuai cabaran mendapatkan kembali negeri ini daripada Pakatan Rakyat.

Malah ada sumber menjangkakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah yang berusia 48 tahun itu akan bertanding di kerusi Dun pada PRU namun tuan punya badan menyerahkan sepenuhnya keputusan terhadap pucuk pimpinan tertinggi Pusat.

Ketika ini, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Namun bagi kerusi Dun Kota Siputeh kemungkinan sama ada calon BN, Datuk Abu Hassan Sarif kekal atau diganti dengan muka baru, masih belum dapat dipastikan.

Menurut sumber calon yang disebut-sebut layak mewakili BN ialah Naib Ketua Umno Jerlun, Aziz Mahmud.

Berdasarkan tinjauan persepsi pengundi yang dijalankan oleh jentera Umno bahagian itu turut mendapati majoriti pengundi lebih selesa dengan Aziz sebagai calon mereka.

Selain memegang jawatan naib ketua bahagian, Aziz juga seorang ahli perniagaan berkelulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Beliau berpotensi untuk menang, seorang pekerja parti yang komited dan pilihan akar umbi di Dun itu," kata sumber lagi.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, calon BN, Datuk Abu Hassan Sarif menang dengan majoriti 495 undi, mengalahkan calon Pas, Ismail Wan Teh. Abu Hassan mendapat 8,160 undi menewaskan Ismail yang memperolehi 7,665.

Kerusi Dun Kota Siputeh diisytihar kosong oleh Speaker Dun Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail ekoran tindakan Abu Hassan tidak hadir dua kali berturut-turut dalam sidang Dun iaitu pada 19 April dan 9 Ogos 2009.

Pada 16 November 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan kerusi Dun Kota Siputeh kosong atas alasan Abu Hassan gagal menghadiri dua mesyuarat Dun pada 2009.

Bagaimanapun, pada 18 Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan itu dan Abu Hassan diumumkan kekal menyandang jawatan Adun Kota Siputeh.

02 di padang terap - Google Blog Search

02 di padang terap - Google Blog Search


JAWATAN KOSONG <b>DI</b> MAJLIS DAERAH <b>PADANG TERAP</b> (20 <b>...</b>

Posted: 10 Dec 2012 07:43 PM PST


Permohonan-permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk memenuhi jawatan seperti berikut:-
PEMBANTU KESIHATAN AWAM U17
Borang ini hendaklah dikemukakan kepada:
MAJLIS DAERAH PADANG TERAP,
(u.p : Bahagian Sumber Manusia)

02 di kuala ketil - Google Blog Search

02 di kuala ketil - Google Blog Search


perasmian kampus kuin <b>kuala ketil</b> (kkk) - beritakuin . blogspot . com

Posted: 04 Feb 2013 07:54 AM PST

Pada 29 Januari 2013 (Selasa) lalu berlakulah perasmian Kampus KUIN Kuala ketil (KKK) oleh YDP Agong yang pada admin serta warga BERSIH secara lahiriahnya nampak gah dan cantik sesuai dengan kos pembinaannya yang berjumlah RM340 juta.
 
Tetapi disebaliknya, semua warga BERSIH KUIN menganggap perasmian tersebut sebagai satu penghinaan kepada YDP Agong (Tuanku Sultan Kedah Darul Aman) yang kita kasihi, seluruh rakyat Kedah termasuk staf dan pelajar serta kaum keluarga mereka.
Admin kata penghinaan kerana Azizan dan Jamil menyembunyikan daripada pengetahuan YDP Agong khasnya, rakyat Kedah dan warga KUIN amnya keadaan fizikal sebenar kampus tersebut yang belum siap sepenuhnya serta belum mendapat kelulusan beroperasi oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Kos RM340 juta yang diperolehi daripada bank-bank (GLC milik Kerajaan Pusat) diperuntukkan untuk KKK merangkumi pembinaan kolej kediaman pelajar bagi 6,000 orang pelajar, sebuah masjid tepian tasik dan kuarters untuk staf TIDAK WUJUD LAGI semasa YDP Agong merasmikannya tempoh hari.
Jabatan dan Kulliyyah di kampus Stargate dan induk kemudiannya dipaksa supaya pindah segera ke KKK yang dianggap sebagai `perpindahan politik` oleh warga KUIN.
KPT sila buat siasatan yang perlu dan jangan biarkan penghinaan ini.
Inilah penghinaan kepada YDP Agong yang Admin maksudkan iaitu baginda merasmikan sesuatu yang belum sempurna lagi hasil penyembunyian Azizan dan Jamil.
Ini juga bermakna masih terdapat baki wang dari RM340 juta itu?
Kemana perginya wang tersebut jika  `buat kerja secara Islam`.
Admin akan bongkarkan lagi…..
HINA sungguh perbuatan Azizan, Jamil dan kroni-kroninya ini!!!

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


Kejadian oleh qulmann: <b>Yan</b>, <b>Kedah</b>

Posted: 05 Dec 2012 09:40 AM PST

6-10 Disember penggambaran di Yan, Kedah.