Rabu, 13 Februari 2013

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


DSAI <b>DI POKOK SENA</b>, KEDAH : TUN MAHATHIR TELAH NYANYUK

Posted: 11 Feb 2013 03:16 AM PST

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


Calon BN Parlimen & DUN <b>Merbok</b> Bocoq...!!!Oleh - Nak Habaq Pi

Posted: 01 Feb 2013 10:36 PM PST

Calon BN Parlimen & DUN Merbok Bocoq...!!!

Oleh AnakKedah007

Tajul Urus Md. Zain (dua, dari kiri) bersama ahli jawatankuasanya menerima replika tajaan
kempen 1Rumah 1Utusan daripada Mohd. Firdaus Ahmad Sabli (kanan) sambil diperhatikan
oleh Opat Rattanachot (tengah) di Sungai Petani, semalam.

Assalamualaikum....

Apa habaq hangpa semua...lama kami tak update blog nie.... bukan apa dok pikiaq jugak nak update natang pa...nak belasah MB rasanya sehari dua nie kerja buat dia OK tak ada yang nampak lari dari landasan dia.... nak belasah NASA..rasanya biaq la dia meroyan seorang diri macam tu ja kot.... nak belasah UMNO BN..yang tu tak payah habaq laa...kami tak belasah pon hangpa dah tentu laksanakan tugas tersebut....

Psssssssssttttttttttttt... hari nie kami nak cerita bab pertarungaan tenaga batin di Parlimen Merbok...nampaknya sudah ada jurus santau menyantau antara orang-orang kuat merbok... semuanya ini bermula dengan senarai nama calon2 bagi parlimen dan dun di Merbok...
Hangpa nak tau sapa calon merbok... nie dia... depa dah mai lunggok adik tokey arak san miguel mai kat Merbok....nah hangpa tengok la senarai calon-calon depa...

parlimen:- y.bhg.dato' mokhzani tun dr mahathir
dun tg.dawai:- ir romli ishak
dun bkt.selambau:- dgr kata subra...


Jadi kepadakawang-kawan kat MERBOK rasanya hangpa tau la kot nak cari peluru lagu mana....

02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


minseob 4 eva: Memori <b>Di Sik</b>

Posted: 10 Feb 2013 08:58 AM PST

6 Februari 2013

Sedang nyenyak aku mimpi pasal dating ngan Zelo, aku dikejutkan oleh abah. Dalam keadaan mamai lagi, aku pun bangun la... Mata aku segera terbuka luas bila sedar abah tengah kalut dok packing barang-barang. Dari muka abah, aku tau dia tengah risau sangat. Tangan dia sibuk mem'packing' barang dia, mama, dan adik-adik aku. Dalam keadaan separuh sedar tu, aku tanya dia nak pergi mana? Abah bagitahu, Tuk Wan dah nazak. Dia dalam keadaan koma, x sedarkan diri. Segera aku beristghfar berulang kali. Aku lihat mata abah mula bergenang tetapi ditahannya. Yelah, ,sapa tak risau, bila dpat tahu berita yang kurang enak didengar mengenai ibu bapa kita. Abah ada tanya aku, nak ikut tak. Aku berfikir berulang kali. Sapa nak jaga gerai aku? Bos aku kat luar negara. Conform lost contact! Memang la nak balik! Nak sangat! So aku bagitahulah, perkara jujur kat abah, tak de sapa nak jaga gerai tu. Orang amanahkan kat aku. Mana boleh mungkir! BERDOSA! Pada mulanya abah diam, pastu abah angguk je. Abah terus ambil mama and adik perempuan aku kat sekolah pastu terus bertolak ke Kedah. Aku kat tempat kerja mula duduk tak senang. Susah hati sangat. Dalam otak duk rancang nak balik kedah la tu jugak. Dalam pukul 7 malam tu, adik aku call, suaranya teresak2 meminta aku pulang ke kampung. Mak aku pun cakap benda yang sama, dia cakap, baik aku pulang harini jugak takut tak sempat jumpa. Aku mula sebak dengar ayat tu. Berkali-kali aku berulang alik dari kiosk aku ke tangga kecemasan sebab nak menangis. Bertambah sebak lagi bila mama hantar gambar tukwan aku yang dalam keadaan koma terlantar atas tilam sedang nazak. Pukul 8 macam tu, sepupu aku call, dia tanya samada aku nak pulang ke kedah tak. Tanpa berfikir panjang, aku segera setuju. Lantak ah bos aku nak pecat aku ke, marah aku ke? Family lebih penting. Abang Fathil cakap nanti dia datang dengan Mak Ndak amik aku kat TUDM. Aku hanya patuh dan setuju. So, aku pergi jumpa kawan aku KHB. Nampaknya, dia dah tahu apa yang aku nak sampaikan. Dia menawarkan bantuan untuk menjaga gerai aku. Terima Kasih sangat! Memang aku tak maklumkan kat sapa2 pun. Tapi, aku bagitahu Dayah. Dia memang boleh dipercayai, dia pesan agar aku tak perlu risaukan gerai tu. Dia ngan KHB boleh jagakan. Lega hati aku. So, aku tutup kiosk tu awal. Tapi, Spupu aku and Mak Ndak cancelkan plan nak bertolak malam tu ke esok pagi pukul 5 pagi. Niat hati nak bantah. Tapi, aku sedar aku menumpang so aku batalkan jelah niat aku. Sepupu aku and Mak Ndak n his son tido kat umah aku dulu. Malam tu aku mimpi suasana suram kat kampung, terkejut aku, pastu terbangun tengok jam dah pukul 5 pagi.

7 Februari 2013

Tepat 5 pagi, kami bertolak dari rumah aku ke Kedah. Drebarnya, sepupu aku la...Abang Fathil. Sepupu aku yang lain aka anak makndak aku jagakan kat seat belakang. 3 orang je, sorang muka macam Korea campur cina, sorang macam korea, sorang macam cina. Muka comel, innocent jer... Kenyataannyer, mak aih! Buas nak mampus!*facepalm* Tak reti dok diam langsung* Yang sulung sebaya adik bongsu aku, 10 tahun, yang ke dua 5 tahun, bongsu baru 3 tahun. Naik fed up aku! Tapi, okay jugak 3 orang ni. Depa bagi virus happy. So tak delah sedih sangat. MAcam biasa, selangor ke KEdah, 6 jam. Standard r.  Sampai pukul 11:15 pg. Aku nampak, orang kampung ramai kat rumah tuk wan. Aku dah mula susah hati. Mula teringat drama Melayu, kalau situasi ni biasaanya ada orang meninggal. Mak Ndak call Pak Ndak tanya parking. Pandak suruh masuk ja. Pastu dia cakap, Tuk Wan dah meninggal. Ya Allah, sebak gila time tu. Aku tak sempat nak jumpa! Kali terakhir aku jumpa Tuk wan time aku habis spm. Memang,,,ergh! Diikutkan, aku meraung je time tu. Tapi, bila fikir balik, aku ingat lagi pesanan ustazah fardhu ain kat asrama dulu, dia pesan, kalau ada orang meninggal dunia, jangan bersedih sebab itu tandanya kita tak redha dia pergi menghadap ALLAH. Seandainya, semua orang lemah semangat, siapa nak kembalikan semangat mereka kalau kita pun lemah semangat. So, aku set dalam otak aku, biarlah orang nak cakap pa. Asalkan aku tolong diorang pulihkan semangat. Aku tak boleh bersdih! Tak boleh menangis! Aku akan motivate family aku! Biarlah, orang nak kata aku ni tak dak perasaan ka, manusia tak guna ka? PEduli apa aku!
Keluar je dari kereta, aku nampak abah aku. Mata dia merah, mukanya basah dengan air mata. Aku cuba kawal perasaan supaya tak bersedih. Aku terus peluk abah. Abah cakap Tuk Wan dah tak dak. Suaranya sangat menyedihkan. Aku bagi kata2 semangat yang aku selalu baca bila hadapi situasi macam ni. AKu cakap "Allah lebih sayangkan Tuk Wan, biarlah Tuk Wan p. Redha. Long masih ada. Kami semua ada. Mana ada yang selamanya hidup. Setiap yang hidup, pasti akan kembali pada Allah Taala.". Pastu abah leraikan pelukan dan ukirkan senyuman. Aku lap mata abah yang berair. Satu demi satu mai jumpa aku, semuanya menangis. Aku masih boleh tahan. Mak Cik aku aka anak bongsu keluarga, menangis teresak-esak. Aku cuba sabarkan dia. PAstu, aku pergi ke mayat Tuk Wan. Subhanallah, senang hati aku tengok wajah tukwan tersenyum sedikit, dan cerah seolah-olah bercahaya. Aku menyedekahkan Al - Fatihah kemudian pergi ke bilik untuk menukar ke baju kurung. Kemudian, aku membaca Yassin menggunakan telefon aku. Aku membaca berulang kali sambil menahan sedih kerana tak sempat berjumpa Tuk Wan dan memohon maaf kepadanya. Sewaktu membaca Yassin, fikiran aku melayang ke waktu dimana ketika itu, aku bertanya kepada arwah Tuk Wan sama ada dia sayang aku ke tak? Dengan semangat dia menjawab ya. Tanpa disangka, itulah ayat terakhir Tuk Wan kepada aku. Memori bersama Tuk Wan mula menerjah satu per satu ketika itu. Saat dimana aku berjanji untuk membawa dia berjalan-jalan setelah aku mendapat lesen memandu. Belanja makan dengan gaji aku. Memori sewaktu kecil pun datang menyibuk sekaki. Tuk Wan memang baik. Dia sayang semua cucu dia. Dia sanggup berjaga semata mata nak tunggu kami sekeluarga sampai ke kampung. Masa aku di asrama dulu, dia sanggup datang dari jauh semata-mata nak ambil aku dari asrama. Bila aku pulang semula ke asrama, dia akan membelikan macam-macam untuk aku.
Tiba-tiba aku teringat, aku pernah bagi hadiah kain pelikat dekat Tuk Wan pakai duit gaji aku. Aku tanyakan sepupu kecil aku, Qilah sama ada dia sempat ke tak pakai kain tu? Qilah kata kain tu depa simpan kat atas meja ruang tamu so tak pakaila. Bertambah sedih la aku. Selepas habis bacaan YAssin kali ke tiga aku brhenti lalu menuju ke tandas untuk basuh muka. Aku perasan sepupu aku yang lebih tua, Kak Imah membaca yassin tanpa berhenti.PAstu, aku dapat tahu, kita tak boleh berhenti baca yassin. Aku segera buka Handphone dan sambung baca yassin. Kali kelima aku baca, aku melihat Kak Imah berhenti membca. Mungkin sudah penat. Aku teruskan pembacaan berulang kali tanpa mengira berapa kali. Kemudian, makin ramai tetamu yang membaca yassin juga. Aku berehat sebentar. Kemudia, adik perempuan aku datang menerpa sambil menunjukkan kaki Tuk Wan kepada aku. Aku mula pelik dengan reaksinya. Kemudian dia mengangkat sedikit kain yang membaluti Tuk wan di bahagian kaki. Dia menunjukkan kain yang dipakai Tuk Wan. Yes! Itu kain yang aku hadiahkan kepada Tuk Wan. Adik aku cakap, Tuk Wan dipakaikan kain tu masa dia hidup lagi sampai dia hembuskan nafas terakhir dia. Aku pula macam HAH?! Tadi Qilah cakap.... Argh! BAru aku sedar, qilah memang macam tu! Lega hati aku and thank to adik aku sendiri. Adik aku cakap, adik beradik abah bincang nak pakaikan tuk wan kain yang mana. Mak Long, Mak Cik, Abah dan sapa dak tah, suruh depa pakaikan Tuk Wan kain pelikat yang cucu dia bagi. Terharu aku dengar. Lega aku dpat taw Tuk Wan sempat rasa gaji aku. Terima Kasih YA ALLAH kerana gerakkan hati aku nak beli kain pelikat kat Tuk Wan. Semangat Aku dah Pulih. Cuma, aku jadi sebak setiap kali abah p kat mayat Tuk Wan, pandang dengan sayu pastu check suhu Tuk Wan. Sekali dua tak pa la, ni setiap 15 minit macam tu dia buat. PAstu tuk aku pula asyik menangis. Bayangkanlah, selama 17 tahun aku hidup, tak pernah sekali pun aku tengok tuk aku menangis. Apa perasaan aku bila tengok dia menangis untuk kali pertama dalam hidup? Aku tahan jelah. Takkan nak join pulak. Pada hari kematian Tuk Wan itulah aku mengagumi kebesaran Allah swt. Ramai tetamu yang datang, sampai ada setengah terpaksa menunggu di luar. Aku tak nafikan, Rumah Tuk Wan sangat besar! Serius. Sepupu aku selalu buat ruang tamu baru(sama atau lagi besar daripada rumah aku kat kem) jadi padang bola sepak depa. Kebanyakkan tetamu, orang kampung dan orang tahfiz. Rumah jadi padat dengan tetamu. MasyaAllah.
Pastu, Jenazah Tuk Wan dimandikan, anak-anak lelaki dan sedara rapat dia yang mandikan. Tuk ada datang, dia pegang kaki Tuk Wan sambil lap air mata. Masa nak dikapankan, senang sahaja, tak ada masalah tak cukup kain ke apa ka. Cuma cecair akibat penyakit barah tuk wan ja keluar sikit. Tuk meraung bila Tuk wan dah siap dikafankan. Semua ahli keluarga datang cium wajahnya untuk kali terakhir. Kebanyakkan cium di dahi. Aku cium di dahi dan pipi kanannya. Dalam hati aku, aku kata, ain maafkan semua kesalahan Tuk Wan walaupun Tuk Wan tak pernah buat salah dengan ain. Tuk Wan pergilah dengan tenang ye. Kemudian kami bertolak ke masjid di Pondok. Tuk Wan ada cakap dalam wasiat dia. Dia minta jenazahnya disembahyangkan di Masjid Pondok dan dia meminta setiap ahli jemaah yang hadir diberikan sedekah. Aku difahamkan, jenazah Tuk Wan terpaksa melalui jalan yang jauh untuk mengelak melalui depan masjid yang berdekatan kerana jika lalu depan masjid lain, jenazah perlu disembahyangkan di masjid tu. Sampai ja di pondok, aku mula faham kenapa Tuk Wan nak jenazahnya disembahyangkan di situ, semuanya budak tahfiz dan diimamkan oleh seorang tuk guru. Sahabat handainya juga menetap berhampiran dengan masjid. Para jemaah tidak tahu menahu langsung pasal sedekah tu. Malah ada setengah menolaknya kerana ikhlas melakukannya. Bila kami terang arwah wasiatkan macam tu baru dia terima. Kemudian, jenazah tukwan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Sik. YAng menguruskan jenazah tuk wan ke liang lahad kubur tak lain tak bukan, anak lelakinya sendiri, abah, Pak Ndak dan Pak lang. Aku sedar berkali-kali abah dan Pak Lang mengesat mata mereka. Aku taw, dalam keluarga yang paling garang, Abah dan PAk Lang. Tapi pada masa yang sama, hati depa yang paling lembut terutamanya Pak Lang. Tuk tak boleh tengok, takut dia meraung. Kesian kat Tuk. Masa pengkebumian tu, alhamdulillah tak da masalah langsung, malah cuaca sejuk dan molek ja. Permandangan dari kawasan tu mengadap Gunung Jerai sangat cantik. Memang pelik bila cakap permandangan kat kubur cantik. But Honest aku cakap! Memang cantik. Mungkin Allah nak tunjuk, kalau tak merasa kesedihan macam mana nak dapat kegembiraan. Ada satu peribahasa tu, betul-betul mengingatkan aku akan suasana kat rumah masa jenazah Tuk wan still ada.Cuaca hujan lebat sangat. Suma pakat risau macam mana time nak kebumikan nanti. Alih2 bila dah siap kafan, hujan pun berhenti. Terkejut jugak aku dengar ada sedara sekampung cakap dekat sik dah berapa bulan tak turun hujan, tanah pun kering. Harini ja tiba tiba hujan. Mak cik la paling risau time hujan tu. Aku cuba bagi kata2 positif macam "Mungkin Allah nak lembutkan tanah kubur ka, nak bagi cuaca sejuk ka." Memang aku kena pandai main psikologi dalam situasi tu. Oh ya! Lupa nk bagitau apa pepatah yang aku cakap tadi. Ni dia , "everyone want happiness, but no one want pain, But you can't make rainbow without rain". Sama kan?
Malam tu, satu keluarga berkumpul, adik beradik RO adakan persidangan agung. menantu dan sepupu tak ley mesuk campur. So aku pun berkumpullah dengan sepupu aku. Sepupu aku yang setahun tua dari aku , Angah bertindak sebagai happy virus. Ada satu ayat dia buat aku tersenyum iaitu "Sejuk hati aku tengok muka Tuk Wan aku cerah ja. Aku bangga jadi cucu dia." See! Samakan pendapat aku ngan dia. Semua sempat tengok muka tuk wan kecuali dua orang sepupu aku. Along dan Wani. Along ni abang kepada Angah. Wani ni setahun muda dari aku. Dia baru balik dari asrama. Along dari kolej dia. Sampai ja, muka along sedih gila. Kami semua tahu, masa along kecik dia cucu kesayangan Tuk Wan. Memang rapat gila. Wani pula muka kelat ja. Kesian gila. Pada masa yang sama aku still bersyukur at least aku dapat tengok wajah Tuk Wan. Okaylah, smpai sini ja... memori lain tu, aku tak nak ingat. BUat sebak je.

Assalamualaikum...

AL- FATIHAH ~
Zakaria b. Lateh, 74 tahun, 10:47 pagi 7 Februari 2013
Meninggalkan seorang balu, 7 anak , 22 cucu , 2 cicit.

02 di pendang - Google Blog Search