ads

Khamis, 14 Februari 2013

02 di kuala ketil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kuala ketil - Google Blog Search


<b>Kuala Ketil</b> dah mula musim hujan | <b>Kuala Ketil</b>

Posted: 13 Feb 2013 10:22 PM PST

Kuala Ketil, Minggu ini minggu hujan, admin cadangkan warga Kuala Ketil sediakan payung supaya tak basah lencun kena hujan. Pastikan diri anda sihat sentiasa, jika sakit amik ubat, jika sedih istifar, insyaAllah kesuburan ekonomi akan menjelma di Kuala Ketil.

Kuala Ketil

Kuala Ketil

Tags: , ,

02 di pendang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di pendang - Google Blog Search


Mat Sabu Tersenarai Tanding <b>Di Pendang</b> | Detik Perubahan

Posted: 10 Oct 2012 01:16 AM PDT

ALOR SETAR – Pas Pendang tidak menafikan nama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu tersenarai antara calon layak bertanding kerusi Parlimen Pendang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Yang Dipertuanya, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, Pas kawasan itu tiada halangan sekiranya Mat Sabu berminat menjadi calon PRU13 di Pendang, asalkan mendapat persetujuan semua pihak.

"Kita tiada masalah bagi laluan pada Mat Sabu. Jika Pusat memberi amanat supaya beliau bertanding sebagai Ahli Parlimen Pendang, kami terima dengan hati terbuka. Perkara ini diputuskan di peringkat Pusat dan negeri harus akur," katanya.

Mengulas kedudukan penyandangnya, Datuk Dr Mohd Hayati Othman sekiranya kerusi itu diwakili Mat Sabu, Mohamed Taulan berkata, Pas kawasan itu bersedia menerima sesiapa sahaja calon yang layak dan diyakini boleh menang.

"Siapa jadi calon bukan keutamaan, yang penting boleh beri kemenangan pada Pas," katanya.

Menurutnya, perkara itu tidak pernah dibincangkan secara rasmi dalam mesyuarat Pas kawasan, sebaliknya pernah diusulkan di peringkat bawahan.

"Kami capai persetujuan dan beri tiga nama calon yang layak kepada Pas negeri yang seterusnya memanjangkan perkara itu ke Pusat. Nama Mat Sabu dan Mohd Hayati antara tiga calon itu," katanya.

Mohamed Taulan mengakui senarai calon itu sudah lama dipersetujui Pusat, dan hanya akan dimuktamad selepas mengetahui tarikh PRU13.

Mengulas desas-desus kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tokai yang disandangnya bakal diserahkan kepada Mohd Hayati yang memberi laluan kepada Mat Sabu, Mohamed Taulan berkata, beliau bersedia dengan sebarang kemungkinan.

"Saya tiada masalah jika ada calon lain lebih layak bertanding di Tokai, yang penting calon Pas itu boleh kalahkan calon BN," katanya.

Sementara Mohd Hayati menyerahkan kedudukannya sebagai calon PRU13 kepada kebijaksanaan negeri dan Pusat.

"Semuanya bergantung pada keputusan Pas negeri dan Pusat. Itu kerja Pesuruhjaya Pas negeri yang akan rujuk pada Pusat. Sebagai calon, saya bersedia diletakkan di mana-mana kawasan sekalipun," katanya.

Ditanya sama ada kehadiran Mat Sabu kelak boleh menjejaskan peluangnya bertanding semula sebagai calon Parlimen Pendang, Mohd Hayati berkata, ia bukan suatu masalah.

"Saya tiada masalah bertanding di mana-mana, saya akur arahan, selebihnya saya tidak boleh komen," katanya kepada Sinar Harian.

Sabtu lalu, Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi membayangkan kemungkinan besar Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bertanding sebagai calon PRU13 di Kedah, memandangkan sebelum ini beliau pernah menang dalam PRU 1999 di negeri ini.

Nama Mat Sabu kembali diperkatakan sebagai calon PRU13 di Kedah, berikutan ramalan pilihan raya umum akan diadakan dalam masa terdekat. Selain ura-ura mendakwa bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah (1999-2004) itu berminat untuk bertanding di kerusi Parlimen Pendang.- Sinar Harian

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved