ads

Selasa, 19 Februari 2013

02 di merbok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di merbok - Google Blog Search


<b>MERBOK</b> TIMES: SIRI <b>MERBOK</b> DALAM SEJARAH

Posted: 05 Dec 2012 06:26 AM PST

Nama Merbok adalah nama yang tidak asing lagi dalam negara ini. Di sini tiga tokoh ternama menempa jejak politik mereka yang hebat. Pertama ialah Tan Sri Khir Johari, kedua ialah Tun Daim Zainudin dan yang ketiga ialah Tan Seri Zainudin Maidin.
Menjelang menghadapi PRU 13 yang akan datang berbagai-bagai spekulasi menjalar tentang siapakah calun yang bakal mewakili Merbok. Bukan setakat rakyat Merbok ternanti-nanti tetapi juga PKR dan PAS sedang tertanya-tanya siapakah calunnya.
Kalau mengikut kajian semua yang ada layak belaka. Dari Maniam surat khabar, penjual ubat, professor serba tau sehinggalah kepada Ketua Bahagian semua dikira layak untuk bertanding tetapi semua juga belum tahu samaada layak atau tidak untuk menang.
Berikut blog ini menyingkap kembali siri 'Merbok dalam Sejarah' posting-posting lama bermula dari bahagian 1 hingga ke bahagian 8. Posting ini telah dibuat pada tahun 2009 sebagai cacatan politik untuk dijadikan sempadan dan tauladan kepada generasi hari ini.
 
Sila klik tajuk-tajuk di bawah untuk melawatinya :

Jika ada yang menyentuh mana-mana pihak MT mohon maaf kerana sejarah tidak dapat dipadam.

02 di yan kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di yan kedah - Google Blog Search


Klik-klik Destinasi: Jom Tawan Pulau-pulan <b>di Kedah</b>

Posted: 14 Feb 2013 07:17 AM PST

Oleh Mohd Sharumnisham Shahbudin

KELAB Kenu Universiti Utara Malaysia (UUM) melaksanakan pelbagai program bagi membentuk komitmen dan jati diri mahasiswa berdepan cabaran.
Terbaru, kelab itu menganjurkan ekspedisi menakluki empat pulau di perairan Yan, Kedah bagi menguji dan mencabar kemampuan emosi juga fizikal 50 peserta.

Pengarah projek, Nor Aisah Musa, berkata ekspedisi itu bukan saja mencabar malah memberi pengalaman baru kepada peserta mengukuhkan keyakinan serta kemampuan diri berdepan situasi getir.

"Menerusinya, mereka bukan sekadar 'berperang' dengan keletihan fizikal malah perlu menguatkan emosi supaya tidak mudah tunduk pada tekanan.

"Program ini memberi suntikan dan kekuatan kepada peserta selain mempersiapkan mereka dengan minda kuat serta positif," katanya.

Selama empat hari, mereka berkayak mengelilingi beberapa pulau selain melakukan pelbagai aktiviti menarik yang menguji minda, memasak dan membersihkan pantai.

Penasihat Kelab Kenu UUM, Mejar (B) Kamaludin Chin, yakin aktiviti lasak itu mampu menjadikan graduan lebih bersedia.

"UUM bukan saja menekankan aspek akademik malah kemahiran lain turut diberi keutamaan kerana kita mahu melahirkan graduan serba boleh.

"Melalui aktiviti ini, mereka bukan saja terdedah kepada cabaran malah membentuk pengalaman baru sebagai sebuah komuniti," katanya.

Peserta, Rafidah Rahmat, berkata dia cukup teruja menyertai program itu biarpun dilanda perasaan gusar kerana kali pertama menyertainya.

"Biarpun terlalu penat mengharungi cabaran saya seronok dan pengalaman ini mampu menjadikan saya lebih optimis pada masa depan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/03/25

02 di langkawi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


Hari Pertama <b>di Langkawi</b> | ::: Kak Bunga Punye Blog :::

Posted: 29 Jan 2013 06:39 AM PST

Assalamualaikum w.b.t....kalau tak jawab berdosa, jawab sayang...hihi suke sangat dengar Maria Elena cakap ayat tu...papepun, kalau orang bagi salam kita kene jawab...>,<
Sesiapa yang ada baca entry KB yang lepas mesti tahu kan KB balik kampung mertua di Perlis...KB balik lama...seminggu di sana...wuwuwu dah dapat cuti kan...actually, KB nak hantar Jus Delima kat mertua KB..alhamdulillah, mak mertua KB minum jus ni elok darah tinggi dia...banyak khasiat jus nih..cer tanya encik google..hehehe  :)
Alang-alang dah sampai sana, lajak ke Langkawi ape salahnya kan? bukan selalu dapat balik kampung...=,= kitorang kat sana 3H2M...pepagi hari Selasa tu dah gerak ke Jeti Kuala Perlis...sampai je sana terus parking kereta dan dapat tiket feri terus naik feri...memang tak buang masa lah...:)
Dalam feri tak ramai orang...suka hati je nak duduk mana...of course lah KB nak duduk tepi tingkap...syiok sangat dapat tengok air laut...mendamaikan uolls...^_____^
 Cantik kan? Subhanallah....kagum sangat dengan ciptaan Allah s.w.t...
55 minit kemudian sampai ke Jeti Kuah, Langkawi...ohh mannn...sangat teruja bila dapat jejak kaki kat salah satu Tempat Pelancongan Terbaik di Malaysia....dan sejak dua menjak ni ramai sangat kengkawan KB kat FB duk post pasal bercuti di Langkawi...memang destinasi pilihan awal tahun 2013 agaknya....hehehe
Sampai je jeti...terus cari kereta sewa...dan akhirnya dapat kereta kat bawah ni...mesti tak pernah tengok kan? KB first time tengok...ni kereta Chana Era keluaran China...
mulanya KB nak sewa kereta auto je...tapi kereta tu tak berapa elok pulak...hurmmm terpaksa amik kereta atas nih...manual lak tuh...takda pilihan...sambar jela...huhuhuu mula-mula tu Ya Allah...kekok giler sebab clutch dia tak terasa kot...huhu ape lagi mula-mula bawak tu tentunya bunyi enjin mengaum-ngaum....hahahaha tapi alhamdulillah...pilihan KB nak sewa kereta ni adalah pilihan terbaik sebab kereta ni sangat jimat minyak....KB isi RM40 tahan sampai hari akhir kat sana....padahal satu Langkawi kitorang pusing....search internet...harga dia around RM31000 camtu...eh murah giler...yang penting percutian ni tak banyak membazir tuk isi minyak je...hehhee..
to be continue...................KB nak cerita tentang penginapan pulak lepas nih...jari dah kebas taip nih...esok jelah sambung...hehehe...TQ pada yang sudi singgah blog KB nih...=)
 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved