Rabu, 20 Februari 2013

02 di gurun kedah - Google Blog Search

02 di gurun kedah - Google Blog Search


hanya.....: KURSUS KEUSAHAWANAN SISWA 2012 <b>DI</b> RESORT <b>...</b>

Posted: 11 Dec 2012 07:08 AM PST

21 - 23 NOVEMBER 2012, RABU - JUMAAT
RESORT THE REGENCY GUNUNG JERAI, GURUN KEDAH
Sebelum ni saya anjurkan Kursus Keusahawanan di Lumut Perak dan Pulau Jerejak Pulau Pinang, untuk tahun ni, saya buat pulak untuk 43 orang pelajar Matrikulasi Perakaunan kat Resort Regency, Gunung Jerai, Gurun Kedah. Saya lebih teruja buat kursus di Gunung Jerai sebab semuanya 'perfect' dan paling best ialah persekitaran yang nyaman, sejuk, pemandangan sawah padi dari ketinggian hampir 1000m dari aras laut, dikelilingi hutan hijau, boleh tengok matahari terbit dan terbenam, dikelilingi taman dan bunga-bungaan tanah tinggi yang mekar setiap masa, arnab yang berlari bebas dikawasan penginapan, ada swimming pool walaupun cuaca sejuk, monyet-monyet pun bebas berkeliaran, malam-malam sejuk sehingga bawah 20 darjah celcius yang kadang-kadang diselubungi kabus dan awan tebal sehingga masuk dengan selamba dalam dewan tempat kami beraktiviti.

Batch tahun ni, saya tak mau buat ceramah. 90% praktikal, hanya 10% je teori.Semuanya saya dan seorang lagi cikgu 'handle'. Objektif kami mudah je...nak ajar diaorang KARAKTER SEORANG USAHAWAN. Bila buat kaji selidik, 100% sangat suka & seronok dengan kursus ni kerana kursus ni lain dari yang lain (harap-harap tak hipokrit la)





2) AKTIVITI PERBINCANGAN KUMPULAN



3) AKTIVITI PERSEMBAHAN IDENTITI SYARIKAT/KUMPULAN


4) AKTIVITI RIADHAH - DODGEBALL

5) AKTIVITI PRODUCT DESIGN
  • MELT & MOLD SOAP
  • FOAM SHEET DESIGN
  • GLASS PAINTING
  • TILE PAINTING
  • DENIM BAG RECYCLE
  • NEWSPAPER BEG
  • MENCANTING BATIK
  • POSTER










6) CERAMAH & LAWATAN CENDAWAN SHITAKE. Ladang cendawan yang satu-satunya ada di Malaysia.

7) CERAMAH RINGKAS TENTANG PERSONAL FINANCIAL INTELLIGENT


8) AKTIVITI RIADHAH - ROKET KERTAS

9) AKTIVITI PEMBENTANGAN, PERSEMBAHAN DAN PAMERAN















di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


hot news !!! hasil ekonomi <b>negeri kedah</b> semakin susut - Badut Rakyat

Posted: 20 Feb 2013 12:30 AM PST


tuntutan RM100 juta oleh Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Azizan Abdul Razak kepada Kerajaan Pusat sebagai pampasan untuk menghentikan pembalakan ??? cuci mangkuk ??? di kawasan tadahan hujan berdekatan Tasik Pedu,menunjukkan Pas Kedah cukup terdesak untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri.Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah menjadi Menteri Besar Johor selama sembilan tahun,menyifatkan kenyataan Azizan yang menjadi menteri besar sejak 2008 - sebagai amat tidak logik dan tidak masuk akal,lebih-lebih lagi dari segi hubungan kerajaan negeri dengan Persekutuan.Namun Pas Kedah tidak mempedulikan sama ada tindakannya disifatkan mengugut, tidak wajar atau pelik kerana perbuatan di luar kewarasan seperti merosakkan alam sekitar dan menggondolkan hutan yang terletak hanya 100 meter dari tasik sudah pun dilaksanakan walaupun tanpa laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).Meskipun tuntutan itu membuktikan kewangan negeri tenat atau berisiko muflis namun sungguh melucukan apabila papan-papan tanda menyatakan pendapatan negeri mencecah hingga berbilion ringgit dipacak di merata tempat sebagai propaganda."Malah satu papan tanda besar dipacak di depan rumah ayah saya di Jalan Anak Bukit berdekatan lapangan terbang yang mengatakan pendapatan negeri mencapai berbilion ringgit,tetapi sebenarnya angka-angka yang dinyatakan adalah pencapaian kerajaan Barisan Nasional (BN) terutama dalam menarik pelaburan di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP)," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,Datuk Mukhriz Tun Mahathir. 
Hakikatnya,hutang kerajaan negeri meningkat sebanyak 50 peratus apabila hutang awam dilaporkan berjumlah RM2.6 bilion setakat Disember 2011 dan hutang pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil pula sebanyak RM330 juta.Kata Ketua Pemuda Gerakan negeri,Tan Keng Liang, hutang Kuin pula perlu mula dilangsaikan hujung tahun ini sebanyak RM49.2 juta setahun dan jumlah itu merupakan penambahan kepada bajet defisit RM1.1 bilion bagi 2013 berbanding anggaran hasil RM640 juta. Kewangan negeri menjadi lebih tenat apabila sasaran hasil RM640 juta itu iaitu peningkatan RM105.6 juta daripada hasil premium tanah dan bayaran jualan air mentah kepada Pulau Pinang tidak menjadi kenyataan apabila negeri berkenaan telah menolak jualan sumber air itu. Lebih menyedihkan ekonomi Kedah di bawah Pas seolah-olah tidak bergerak malahan kadar kemasukan pelaburan asing dalam tempoh empat tahun di bawah pentadbiran Pas hanya RM10 bilion. (Angka itu bermakna setahun antara RM2 hingga RM3 bilion sahaja). 
Sedangkan,pentadbiran BN pada 2007 berjaya membawa RM14 bilion FDI hanya dalam satu tahun.bayangkan perbezaan cukup ketara yang memberi manfaat kepada rakyat. Pada Januari hingga Oktober 2012, kemasukan FDI dan pelaburan langsung domestik negeri (DDI) negeri terus merosot kepada hanya RM373.3 juta, menjadikan Kedah terjatuh dari tangga kelima pada 2007 ke tangga ke-11 ketika ini berbanding negeri lain.Kerajaan negeri tiada idea baharu yang kreatif untuk melonjakkan hasil pendapatan negeri melainkan menebang balak dan menjual air hingga tidak menarik minat pelabur menanam modal dalam bidang industri,perkilangan dan pembuatan.
"Walaupun memiliki sedikit kelayakan dari segi akademik tetapi rata-rata pemimpin kerajaan negeri tiada pengalaman mentadbir untuk meningkatkan hasil," kata bekas Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS), Datuk Wira Dr. Mohd. Shariff Abu Samah yang juga pengkaji dan pakar dalam pentadbiran awam negeri. Justeru, katanya, rakyat perlu membuat pilihan tepat memilih kerajaan negeri pada pilihan raya umum kelak bagi memastikan kesinambungan pembangunan negeri diteruskan untuk kesejahteraan rakyat sebagaimana dirancang oleh BN.Ia termasuk mendapat nikmat daripada rancangan mewujudkan hab perindustrian baharu yang menyerupai Taman Perindustrian Tinggi Kulim (KHTP),Bandar Getah di Utara Kedah dengan kerjasama kerajaan Thailand yang menyediakan banyak peluang pekerjaan. Industri berkaitan bidang aeroangkasa dan pembinaan pusat pembangunan dan penyelidikan (R&D) syarikat-syarikat antarabangsa,sektor pembuatan dan perkilangan kluster,pertanian berteknologi tinggi juga akan dibangunkan di Changlon jika BN mentadbir.Apa yang penting,isu pokok iaitu pokok balak dan alam sekitar tidak lagi berlarutan jika sumber kekayaan negeri berjaya dijana dan dipelbagaikan untuk meningkatkan hasil bumi jelapang padi ini. 
 PENULIS adalah Ketua Biro Kedah,Utusan Malaysia.

ANDA INGIN MELIHAT VIDEO PENUH USTAZ FATHUL BARI VS PEMUDA PAS SELANGOR ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

02 di kodiang - Google Blog Search

02 di kodiang - Google Blog Search


ketupat palas taman <b>kodiang</b> - reen khalid

Posted: 16 Feb 2013 09:00 PM PST

Cuti Raya Cina hari tu reen balik kampung kat Kodiang, lama jugak la nak dekat seminggu. Banyak urusan nak di buat. Satu petang tu Mak Cik Siti, kawan ibu merangkap jiran belakang rumah ajak pergi kebun dia kat Pauh untuk amik daun palas. Nak buat ketupat kata nya. Reen pun ikot pergi dengan hubby sekali, excited sebab first time nak pegi amik daun palas sendiri. Selalu beli kat pasar malam je.
 Masa mula - mula sampai tengok je pokok palas terus reen & hubby serentak cakap "Ooowh, ni ke pokok nya". Memang tak pernah tengok pun sebelum ni.Hehe


Memang besar la kebun Mak Cik Siti ni, penuh dengan pokok palas and pokok getah. Siap berangan nak menari macam dalam cerita hindustan kat kebun ni (serius ok!)

Reen pun try nak amik daun palas ni. Tak susah tapi banyak duri. Memang kena hati -hati la. Silap haribulan penuh duri kat tangan.

Lepas tu kami pergi Kuala Perlis jap sebab adik Reen kat bawah ni teringin nak amik angin petang.






 Malamnya, kami start buat ketupat palas ni ramai - ramai. Mula - mula kena buka daun palas tu sampai jadi macam ni


Lepas tu bentukkan menjadi segitiga. Banyak kali jugak la reen pusing - pusingkan daun palas ni.


 Segitiga tu akan jadi macam kat bawah ni. Ibu suruh buat banyak - banyak macam ni sebab nanti senang nak masukkan pulut, jimat masa, tak payah nak bukak daun palas banyak2 kali.

 Masukkan pulut and balut balik sampai jadi macam segitiga tadi.
Kami bawak balik KL sikit, bagi kat mertua, tok and makan dalam kereta masa dalam perjalanan. Malas nak singgah kat R&R sebab ramai sangat orang, nak cari parking pun susah.

02 di padang terap - Google Blog Search

02 di padang terap - Google Blog Search


My Kerjaya Online: Kerjaya <b>di</b> MD <b>Padang Terap</b>

Posted: 01 Oct 2012 06:02 AM PDT

Kekosongan di Majlis Daerah Padang Terap
1. Pembantu Undang-undang L29
Tarikh Tutup: 15 Oktober 2012

02 di kuala ketil - Google Blog Search

02 di kuala ketil - Google Blog Search


Sampaikan Mesej Raya Anda <b>di Kuala Ketil</b> dot com | Kuala Ketil

Posted: 26 Dec 2012 01:32 PM PST

Selamat Hari Raya Aidiladha

Posted 118 days ago

Selamat Hari Raya Aidiladha

KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..

Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

Disebutkan…

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Kedah Times: PAS Sembah Patung Helang <b>di Langkawi</b>

Posted: 13 Jan 2013 05:00 AM PST

Umum sedia maklum bahawa orang-orang PAS menganggap parti mereka sebagai agama.  Tetapi tahukah anda bahawa 'agama PAS' ini juga mempunyai berbagai mazhab?   Ajaran mazhab-mazhab di dalam 'agama PAS' ini pula berbeza mengikut 'mood' pemimpin selain masa, tempat dan keadaan semasa.   
Tidak dapat dipastikan ada berapakah mazhab di dalam PAS tetapi yang dapat dikenalpasti ialah 3 iaitu Mazhab Hadi, Mazhab Nik Aziz dan Mazhab Azizan.  
Antara perbezaan ajaran mazhab-mazhab ini ialah mengenai binaan patung.  
Mazhab Azizan nampaknya berpegang kepada binaan patung adalah tidak salah.  Oleh itu, setelah mengambil-alih Kedah, PAS tidak pernah langsung menyentuh soal kewujudan patung helang bersaiz gergasi di Pulau Langkawi sebagai berunsur syirik.  Ini amatlah berbeza dengan mazhab Nik Aziz dan mazhab Hadi yang mengambil soal patung sebagai sesuatu yang serius dan perlu dihapuskan dengan seberapa segera.   
Kerana itu, sejarah pemerintahan PAS di Kelantan yang mengamalkan mazhab Nik Aziz, bermula dengan 'memancung' kepala patung-patung kijang di bulatan dekat jambatan Sultan Yahya sejurus selepas mengambil-alih negeri itu pada tahun 1990.   
Pendirian yang sama dipegang oleh mazhab Hadi dimana pada 3 Mac 2000, selepas PAS mengambil-alih Terengganu, Exco Terengganu Wan Hassan Mohd Ramli telah membuat kenyataan berikut, "Terengganu akan roboh semua patung haiwan termasuk patung sotong dan udang di Bandar Marang.  Tindakan meroboh itu dibuat sebagai mengikut langkah Kerajaan Pas Kelantan yang merobohkan replika Kijang di bulatan Tuan Padang,Kota Bharu sebaik sahaja memerintah negeri itu pada tahun 1990".  
Pendirian ini bagaimanapun semakin longgar kerana masih terdapat beberapa patung lain yang tidak dirobohkan di sekitar Terengganu.   Justeru, pada 31 Mei 2000, iaitu tidak sampai pun dua bulan kemudian, Haji Hadi membuat kenyataan berikut, "patung-patung di kawasan lain akan dihapuskan secara berperingkat apabila masyarakat tempatan sudah mula faham mengenai hukum."
Kelonggaran pendirian ini juga selaras dengan mazhab Nik Aziz yang mana menyaksikan kemeriahan pembinaan patung-patung yang berbagai rupa dan kedudukan dan bersaiz gergasi selepas 1990.  Antaranya, Patung Buddha berdiri di Bachok di bina pada tahun 2002 dengan sumbangan org ramai sebanyak 2 juta mempunyai ketingian 36 meter dan 30 meter garis pusat.  Kerajaan negeri sendiri telah meluluskan projek itu dan telah memberi sumbangan sebanyak RM60,000 melalui wakilnya Datuk Anuar Tan.   Selain itu, Terdapat juga 100 patung kecil pelbagai jenis dan 2 ekor naga raksaksa.
Berhala duduk yang berada di Jong Bakar, Tumpat pula, mempunyai ketinggian menyamai 5 atau 6 tingkat bangunan.  
Namun, terbukti bahawa pendirian kedua-dua mazhab itu telah benar-benar berubah dan seiring dengan mazhab Azizan kini apabila Hassan Shukri, melalui Harakahdaily pada 25 Ogos 2001 menyatakan bahawa "mereka mahu memburukkan nama PAS seumpama Taliban di Afghanistan yang memusnahkan patung Buddha di Bamiyan sebelum ini."  Jelas, PAS cukup terganggu dan tidak suka dikritik kerana menghapuskan patung-patung.  
Kerajaan Barisan Nasional, walaupun sering dituduh sebagai sesat dan tidak Islam oleh PAS tetap mengambil serius soal patung yang bertujuan untuk disembah iaitu syirik.  Oleh yang demikian, ketika pemerintahan BN di Kelantan, permohonan masyarakat siam untuk membina sebuah tokong gergasi pada awalnya tidak diluluskan oleh kerajaan negeri (BN) memandangkan saiz yang dicadangkan terlalu besar dan tinggi. Namun setelah dirayu berkali-kali dan mengambil kira kebebasan beragama, maka akhirnya pembinaan tokong itu diluluskan dengan beberapa syarat, iaitu ia mesti dibina dalam bentuk berbaring, tidak boleh dalam bentuk menegak seperti cadangan asal dan mestilah terlindung supaya tidak mengganggu masyarakat melayu/islam di sekitarnya. 
Namun, semua syarat-syarat ini jelas tidak relevan dalam agama PAS pada hari ini kerana membiarkan patung agama Buddha dibina tanpa syarat khas selain menyokong PAS dalam pilihanraya.  
Hari ini, kita melihat ketiga-tiga mazhab PAS itu telah sepakat bahawa 'patung' bukan lagi masalah dalam 'agama PAS' sekali gus, soal syirik yang disebut dalam Islam adalah tidak timbul langsung.  Penganut PAS tidak pernah mempersoalkan perkara ini, dan cukup akur dengan apa sahaja fatwa yang dikeluarkan oleh pemimpin mereka.  Sama seperti masalah berkenaan bekerjasama dengan bukan Islam, undang-undang sekular, arak, judi, pusat hiburan dan sebagainya di mana dahulu haram, sekarang halal belaka. 

PENGEDAR HERBALIFE <b>DI LANGKAWI</b>

Posted: 04 Feb 2013 06:45 AM PST

Salam To All,
 
Alhamdullillah, kami telah melebarkan pengaruh herbalife " CHANGING PEOPLE LIFE" ke LANGKAWI. Anda tidak perlu lagi untuk susah payah mendapatkan product HERBALIFE kena kini HERBALIFE makin dekat dengan anda.

Hubungi pengedar kami, En. Zanul & Isteri. Mereka akan Coaching anda di seluruh LANGKAWI
En. Zainul : 0124553141


02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


jeraitv: VIDEO EKSKLUSIF : PAS MAKIN TERUK <b>DI KEDAH</b> !!

Posted: 16 Feb 2013 05:00 PM PST