Sabtu, 2 Mac 2013

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


MP PAS <b>Pokok Sena</b>: Projek2 <b>di</b> bawah TERAJU? | Ahli Parlimen PAS

Posted: 20 Dec 2012 03:53 AM PST

JABATAN PERDANA MENTERI:
PKR
- Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Mohamed Azmin Ali (Gombak), Sivarasa Rasiah (Subang), Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak), William Leong (Selayang), Ahmad Kasim (Kuala Kedah), Fuziah Salleh (Kuantan)

Pas - Abdul Hadi AWang (Marang), Nasharudin Mat Isa (Bachok), Salahuddin Ayub (Kubang Kerian), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Taib Azamudden Md. Taib (Baling), Khalid Samad (Shah Alam)

DAP - Lim Kit Siang (Ipoh Timor), Ngeh Koo Ham (Beruas), Hiew King Chiew (Kota Kinabalu), John Fernandez (Seremban)

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:
PKR – Johari Abdul (Sungai Petani) Pas – Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) DAP - Karpal Singh (Bukit Gelugor)

KEMENTERIAN KEWANGAN:
PKR – Mohamed Azmin Ali (Gombak) Pas – Dr Dzulkefly Amad (Kuala Selangor) DAP – Lim Guan Eng (Bagan)

KEMENTERIAN PERTAHANAN:
PKR – Saifuddin Nasution Ismail (Machang) Pas – Muhammad Nizar Jamaluddin (Bukit Gantang) DAP – Liew Chin Tong (Bukit Bendera)

KEMENTERIAN PELAJARAN:
PKR – Yusmadi Yusof (Balik Pulau) Pas – Che Uda Che Nik (Sik) DAP – Chong Eng (Bukit Mertajam)

KEMENTERIAN KERJA RAYA:
PKR – Kamarul Bahrin Abbas (Teluk Kemang) Pas – Mahfuz Omar (Pokok Sena) DAP – Gobind Singh Deo (Puchong)

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
PKR – Azan Ismail (Indera Mahkota) Pas – Dr Mohd Abdul Wahid Endut (Kuala Terengganu) DAP – Jeff Ooi (Jelutong)

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
PKR – Zuraida Kamaruddin (Ampang) Pas – Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang) DAP – Fong Po Kuan (Batu Gajah)

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:
PKR – Fuziah Salle (Kuantan) Pas – Khalid Samad (Shah Alam) DAP – Tan Kok Wai (Cheras)

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
PKR – Rashid Din (Merbok) Pas – Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu) DAP – Er Teck Hwa (Bakri)

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
PKR – Chua Tian Chang (Batu) Pas – Nasir Zakaria (Padang Terap) DAP – Charles Anthony Santiago (Klang)

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
PKR – William Leong (Selayang) Pas – Dr Mohd Hatta Ramli DAP – Teresa Kok

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
PKR – Ahmad Kassim (Kuala Kedah) Pas – Taib Azamudeen Md Taib (Baling) DAP – Sim Tong Him (Kota Melaka)

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
PKR – Amran Abdul Ghani (Tanah Merah) Pas – Mahfuz Omar (Pokok Sena) DAP – Teo Nie Ching (Serdang)

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
PKR – Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat) Pas – Muhammad Husain (Pasir Puteh) DAP – M Kulasegaran (Ipoh Barat)

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
PKR – Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) Pas – Che Rosli Che Mat (Hulu Langat) DAP – Chow Kon Yeow (Tanjong)

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
PKR – Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan) Pas – Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) DAP – Nga Kor Ming (Taiping)

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
PKR – Abdul Aziz Kadir (Ketereh) Pas – Abdul Halim Abdul Rahman (Pengkalan Chepa) DAP – M Manogaran (Telok Intan)

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
PKR – Sivarasa Rasiah (Subang) Pas – Kamarudin Jaffar (Tumpat) DAP – P Ramasamy (Batu Kawan)

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
PKR – Loh Gwo Burne (Kelana Jaya) Pas – Mohd Firdaus Ja'afar (Jerai) DAP – Anthony Loke Siew Fook (Rasah)

KEMENTERIAN KESIHATAN:
PKR – Dr Lee Boon Chye (Gopeng) Pas – Dr Mohd Hayati Othman (Pendang) DAP – Dr Tan Seng Giaw (Kepong)

KEMENTERIAN PELANCONGAN
PKR – Manikavasagam Sundaram (Kapar) Pas – Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu) DAP – Fong Kui Lun (Bukit Bintang)

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:
PKR – Wee Choo Keong (Wangsa Maju) Pas – Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (Titiwangsa) DAP – Lim Lip Eng (Segambut)

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
PKR – Yusmadi Yusof (Balik Pulau) Pas – Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) DAP – Tony Pua Kiam Wee (Petaling Jaya Utara)

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
PKR – Gobalakrishnan Nagapan (Padang Serai) Pas – Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar) DAP – Chong Chien Jen (Bandar Kuching)

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


My Newspaper: Pergaduhan <b>di Sungai Petani</b>

Posted: 18 Dec 2012 11:23 AM PST

1. Apa cerita Sungai Petani?

Berita hot di facebook sekarang ini katanya di Sungai Petani tengah kecoh dengan kejadian pergaduhan teruk di antara puak pelampau Extreme India dari Geng Kongsi 35 & Melayu Islam kita yang ditetak dengan parang, dibelasah dengan kayu besbol dan di campak ke dalam longkang sehingga membabitkan orang-orang yang tiada kaitan bermula di Paya Nahu seterusnya melarat ke Taman Ria apabila motosikal dibakar di depan masjid, seterusnya melarat ke Taman Keladi.


Terkini jam 3 petang tadi di Bandar Sg Lalang, Sg Petani, Kedah, mangsa Melayu dari anggota Melayu Islam kita dari PDRM pula yang dibelasah habis-habisan kerana cuba menggari salah seorang daripada anggota kumpulan kongsi geng 35 mereka yang terlalu bertindak agresif. Sekarang di Sg Petani, Kedah sudah penuh dengan polis & FRU serta roadblock. Ugutan menyerang orang Islam ketika berjemaah di Masjid, bakar masjid dan surau serta mangsa dari Orang Islam yang dicampak ke dalam longkang setelah dibelasah dengan parang & kayu besbol mengundang kemarahan orang-orang Islam di situ. Perintah darurat dikeluarkan oleh PDRM & FRU. Harap semua pejuang-pejuang 30 dalam mood "Standby" kerana apa-apa sahaja boleh berlaku. Buat masa sekarang biarkan pihak polis dan fru jalankan tugas mereka kerana keadaan memang dah terlalu tegang. Kita cuba elakkan rusuhan kaum kerana dikhuatiri akan membabitkan pihak-pihak yang tiada kaitan & merbahayakan nyawa orang-orang Melayu Islam kita di situ sendiri dari kaum wanita dan kanak-kanak dan bimbang merebaknya rusuhan kaum ini ke kawasan lain. Yang penting dinasihatkan kita sentiasa bersatu, mood standby & jangan terlalu bertindak membabi buta. Tetapi lebih kepada langkah berjaga-jaga, BERSEDIA & BERSATU seandainya perkara yang tidak diingini berlaku. Umat Islam dinasihatkan berwaspada & jangan bertindak mengikut emosi. /// ( Sumber Maklumat: Ayahanda-Ayahanda Sg Petani, Kedah)


2. Ini pula cerita mangsa kejadian



3. Apa punca pergaduhan tercetus?

4. Pertelingkahan berakhir.

Dan, katanya Pihak IPD Kuala Muda,Kedah telah memanggil ketua-ketua masyarakat bagi mencapai persefahaman antara berbilang kaum setempat di sekitar Sungai Petani susulan bermulanya pergaduhan di Paya Nahu,Sg.Petani. Sehubungan itu kedua-dua belah pihak diminta menghormati persefahaman yang dicapai & mengekalkan perpaduan.


Orang ramai juga diminta jangan buat sebarang kesimpulan melulu atau mendengar khabar angin. Kekalkan perpaduan antara kaum. Sebarang pertanyaan,maklumat atau pengesahan maklumat berkaitan kes serangan tersebut, sila hubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Muda 03-4299222 atau Balai Polis Sg.Petani 03-4222222.



1. Boleh tak jangan dok panggil keling kat depa? Boleh tak jangan hina agama depa? Nabi tak ajar macam tu. Anda gelar anda pejuang fisabilillah. Tapi kenapa anda tidak berperangai seperti pejuang fisabilillah terulung itu? Jika kita tak suka agama kita dihina, mereka juga begitu. Tak semua india berperangai seperti itu. Dan tak semua melayu tu bagus sangat. Bangsa India pun ada Islam la. Dok lawan maki takkan selesai masalah.
2. Boleh tak jangan dok sebar berita-berita dengan ayat seolah-olah sengaja memprovokasi dan menggalakkan lagi berlakunya rusuhan kaum? Dapatkan dulu maklumat sahih dari pihak yang berkenaan. Tak payah dok buat pala tau, buat pala terer sangat. Ni, mau tanya dok mana, tudia.. dok kat Batu Pahat, Tawau, sana. Orang SP sendiri yang tengah dok luar kawasan pun taktau cerita. Piii.. 
3. Boleh tak jangan dok buat teghok sangat seolah-olah nak habaq kat semua orang kata hang 3line.

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


UITM <b>MERBOK</b> | Tapak Perkhemahan dan Kem Motivasi

Posted: 06 Jul 2012 08:38 AM PDT

Pada 28,29 dan 30 jun 2012

Tempahan yang dibuat seawal 3 bulan oleh Persatuan Bahasa Arab untuk menjalankan aktiviti di SJR menunjukkan minat mereka terhadap SJR.

Jangan lupa kenangan memancing ikan keli, sebelum pulang mereka dibekalkan ketupat sebagai tanda kenangan yang pasti sukar diterjemahkan.

02 di kodiang - Google Blog Search

02 di kodiang - Google Blog Search


Mai Sepinggan: PASEMBOR <b>KODIANG</b> @ ROJAK MAMAK

Posted: 01 Mar 2013 10:53 PM PST

Teringat Pasembor Kodiang..... mana boleh cari kat Kuala Lumpur. Kena balik pi Kodiang. Kodiang adalah sebuah pekan kecil di daerah Kubang pasu, Utara Alor Setar, bersempadan dengan Perlis. 

Zaman dulu-dulu kalau  nak ke Kodiang mesti pergi hari Sabtu. Hari sabtu boleh keluar asrama SMDSA. hari Sabtu juga ada NAT KODIANG.

Bestnya pasembor Kodiang sebab ada cucur udang, cucur ketam, sayurnya segar dan kuahnya mm... enak sekali... tapi hari ini masih adakah pasembor kodiang???

Jom buat pasembor Kodiang:



Bahan-bahan Kuah  Pasembor:

1 kg kacang tanah - digoreng  & dikisar (1/2 kasar & 1/2 halus)
10 ulas bawang merah - dikisar (2 senduk)
5 ulas bawang putih - dikisar (3/4 senduk)
5 cm halia & lengkuas - dikisar 
1 senduk cili kering - dikisar
1 inci belacan - dikisar
3 sudu udang kering yg sudah diblender 
1 cawan gula merah
2 cawan gula putih
tepung jagung ikut kepekatan @ biskut marie
garam secukup rasa @ 4 keping asam gelugor
asam jawa secukup rasa
air putih 1500ml
1 1/2 senduk minyak

Cara Menyediakannya:


  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, belacan, serai, udang kering sampai garing.
  2. Masukkan halis, lengkuas dan cili kering & kacau hingga naik minyak.
  3. Masukkan kacang tanah, air, asam keping, gula, garam, gula merah.
  4. Bila mengelegak baru letak tepung jagung - bancuh dulu.
  5. Kecilkan api dan masak hingga naik minyak.
  6. Angkat dan dan hidangkan.
* potong semua cucur, tahu & sayuran dan sendukkan kuah ke atas cucur tadi.

02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


Gambar Pasangan Pengantin <b>Di Sik</b> Sanding Atas Jentolak

Posted: 25 Dec 2012 09:58 PM PST

Hasrat sepasang pengantin untuk bersanding dengan cara istimewa tercapai setelah mereka diarak menggunakan jentolak sejauh satu kilometer di Kampung Teloi Tua dekat sini, kelmarin.

Mohd Zulkhairi Wahab, 30, bersama pasangannya Malisza Alias, 28, bersyukur keinginan mereka selama ini telah tercapai.

Hasrat sanding atas jentolak tercapai

Mohd Zulkhairi dan Malisza tersenyum simpul atas jentolak yang menjadi pelamin bergerak mereka.

Mohd Zulkhairi berkata, dia memang teringin untuk melangsungkan majlis persandingannya dengan cara yang unik.

"Saya tak tahu kenapa, tapi memang teringin sangat nak sanding atas jentolak.

"Bukan sebab saya tengok pengantin lain buat, tetapi datang daripada diri sendiri," katanya kepada Sinar Harian.

Zulkhairi yang bekerja di Pejabat Pos Sik turut diiringi kira-kira 30 motosikal.

Menurutnya, dia terharu dan bersyukur dengan komitmen semua pihak yang telah menjayakan dan melaksanakan hasratnya selama ini.

"Inilah hari yang tidak akan saya lupakan. Pengalaman ini terpahat dalam ingatan saya sampai bila-bila," katanya kepada Sinar Harian.

Majlis persandingan itu dihadiri ribuan tetamu yang tidak ingin melepaskan saat melihat pengantin diarak menggunakan jentolak itu.

Mohd Zulkhairi yang bercadang berbulan madu di Sabah itu turut menghargai sokongan keluarga termasuk rakan-rakannya selama ini.

"Mereka tidak pernah bantah mahupun mempertikaikan hasrat saya malah berusaha demi melihat saya dan isteri bahagia pada hari persandingan kami," katanya.

- Sinar

Incoming search terms:

  • sanding atas treiler (1)
  • sejarah kampung teloi tua (1)
  • sik bawah tanah (1)

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


Mat Sabu Tersenarai Tanding <b>Di Pendang</b> | Detik Perubahan

Posted: 10 Oct 2012 01:16 AM PDT

ALOR SETAR – Pas Pendang tidak menafikan nama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu tersenarai antara calon layak bertanding kerusi Parlimen Pendang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Yang Dipertuanya, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, Pas kawasan itu tiada halangan sekiranya Mat Sabu berminat menjadi calon PRU13 di Pendang, asalkan mendapat persetujuan semua pihak.

"Kita tiada masalah bagi laluan pada Mat Sabu. Jika Pusat memberi amanat supaya beliau bertanding sebagai Ahli Parlimen Pendang, kami terima dengan hati terbuka. Perkara ini diputuskan di peringkat Pusat dan negeri harus akur," katanya.

Mengulas kedudukan penyandangnya, Datuk Dr Mohd Hayati Othman sekiranya kerusi itu diwakili Mat Sabu, Mohamed Taulan berkata, Pas kawasan itu bersedia menerima sesiapa sahaja calon yang layak dan diyakini boleh menang.

"Siapa jadi calon bukan keutamaan, yang penting boleh beri kemenangan pada Pas," katanya.

Menurutnya, perkara itu tidak pernah dibincangkan secara rasmi dalam mesyuarat Pas kawasan, sebaliknya pernah diusulkan di peringkat bawahan.

"Kami capai persetujuan dan beri tiga nama calon yang layak kepada Pas negeri yang seterusnya memanjangkan perkara itu ke Pusat. Nama Mat Sabu dan Mohd Hayati antara tiga calon itu," katanya.

Mohamed Taulan mengakui senarai calon itu sudah lama dipersetujui Pusat, dan hanya akan dimuktamad selepas mengetahui tarikh PRU13.

Mengulas desas-desus kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tokai yang disandangnya bakal diserahkan kepada Mohd Hayati yang memberi laluan kepada Mat Sabu, Mohamed Taulan berkata, beliau bersedia dengan sebarang kemungkinan.

"Saya tiada masalah jika ada calon lain lebih layak bertanding di Tokai, yang penting calon Pas itu boleh kalahkan calon BN," katanya.

Sementara Mohd Hayati menyerahkan kedudukannya sebagai calon PRU13 kepada kebijaksanaan negeri dan Pusat.

"Semuanya bergantung pada keputusan Pas negeri dan Pusat. Itu kerja Pesuruhjaya Pas negeri yang akan rujuk pada Pusat. Sebagai calon, saya bersedia diletakkan di mana-mana kawasan sekalipun," katanya.

Ditanya sama ada kehadiran Mat Sabu kelak boleh menjejaskan peluangnya bertanding semula sebagai calon Parlimen Pendang, Mohd Hayati berkata, ia bukan suatu masalah.

"Saya tiada masalah bertanding di mana-mana, saya akur arahan, selebihnya saya tidak boleh komen," katanya kepada Sinar Harian.

Sabtu lalu, Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi membayangkan kemungkinan besar Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bertanding sebagai calon PRU13 di Kedah, memandangkan sebelum ini beliau pernah menang dalam PRU 1999 di negeri ini.

Nama Mat Sabu kembali diperkatakan sebagai calon PRU13 di Kedah, berikutan ramalan pilihan raya umum akan diadakan dalam masa terdekat. Selain ura-ura mendakwa bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah (1999-2004) itu berminat untuk bertanding di kerusi Parlimen Pendang.- Sinar Harian