Rabu, 6 Mac 2013

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Insiden yang sebenar <b>di Sungai Petani</b>

Posted: 18 Dec 2012 03:18 PM PST

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_s68-zR25JZH3H9dgo1uaj2ufN_duLywD4Hi_xB-Fc3qSfqJ4YG_LoFuiYkt_2AsvDLxyzceosij4KU5tqqLmSx0Xl0m3q0dnmlPijs8rsEIUwXFVbHE_peJJnbQNIAqVT7K3DMc85kE/s640/INSIDEN_KEDAH.jpg 

Pergaduhan budak-budak sekolah di Sungai Petani telah diperbesarkan oleh bloger Umno dan Barisan Nasional kononnya sebagai rusuhan kaum sedangkan hakikat  yang sebenarnya adalah kes curi motor.


Persoalan kini timbul, siapa yang mencuri motor itu? Adakah motor anak India itu yang dicuri? Atau budak Melayu yang cedera ini mencuri motor itu? Motor siapakah yang dicuri?

http://beritasemasa.com/wp-content/uploads/2012/12/Kes-Gaduh-Sungai-petani.jpg


Siapa berak tengah jalan tidak akan mengaku juga dia akhirnya. Ini pepatah lama. Adakah ini konspirasi Umno dan MIC untuk mencetuskan huru-hara bagi terus mengekalkan kuasa yang semakin menghilang? 

Sesuai dengan kata-kata ketua wanita Umno Malaysia bahawa tragedi 13 Mei bakal berulang dan Putrajaya akan dipertahankan walau dengan apa cara sekalipun dari Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. 

Secara logik kes ini memang dah semakin besar melainkan dengan kehendak Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 2 jam dari tadi seorang lagi India di dakwa ditemui mati dibunuh di Taman Bandar Perdana Sungai Petani. 

Polis ramai di kawasan terbabit. Jadi minta tolong maklumkan perkembangan semasa. Jumlah kematian setakat ini sebagaimana yang dirisik 3 orang kesemuanya lelaki India. 

Hasil risikan lain pula memberitahu bahawa kes ini sebenarnya pergaduhan di antara kumpulan samseng India dengan samseng India yang lain.


02 di gurun kedah - Google Blog Search

02 di gurun kedah - Google Blog Search


Iklan <b>di</b> Mudah PERCUMA – Senang, Tak Perlu Daftar » Blog <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2013 03:36 AM PST

[unable to retrieve full-text content]kerata terpakai kt batu caves (2); www mudah com my kereta kedah (2); www mudah kereta terpakai (1); mudah kluang kereta tepakai (1); kereta terpakai di gurun kedah (1); beli kereta terpakai di sungai buloh (1); kedai taska ...

RESTORAN BASHA: Green Oranges Perindustrian <b>di Gurun</b>, <b>Gurun</b> <b>...</b>

Posted: 27 Jul 2012 03:11 AM PDT

Telefon Hafiz Mohamed di talian 016 475 9633 "Untuk HF Flexi Truck Mobile Hawking Complete Set berharga RM49,900 (on the road), kami lengkapkan antaranya dengan generator, tong gas, mesin pengira wang, dua meja dan lapan kerusi untuk pelanggan duduk. Itu standard dan kenderaan ini memang sesuai digunakan oleh peniaga di pasar malam atau di tepi jalan

02 di kuala ketil - Google Blog Search

02 di kuala ketil - Google Blog Search


1 MALAYSIA: Staf Kuin Dedah Isu <b>Di</b> &#39;Pentas Bersih Kuin 1.0&#39;

Posted: 28 Feb 2013 03:00 PM PST


ALOR SETAR: Staf Kolej Universiti Insaniah (KUIN) pada Khamis membuat pendedahan berhubung isu membabitkan institusi itu pada perhimpunan "Pentas Bersih Kuin 1.0" yang dihadiri lebih 200 orang awam, staf dan anggota badan bukan kerajaan (NGO).Tampil mendedahkan isu yang didakwa telah menjejaskan kebajikan warga kerja KUIN itu ialah Penolong Pendaftar Kanan Kuliah Usuluddin, Mohd Baihaqi Hassan; Ketua Program Kuliah Muamalat, Ahmad Faizal Asmy Mohd Yunus dan Pensyarah Kuliah Hospitaliti dan Perkhidmatan Halal, Mohd Farid Alias.

Pada perhimpunan lebih sejam yang diadakan di kawasan Jalan Suka Menanti di sini, mereka turut mendesak Rektor KUIN Prof Datuk Dr Jamil Osman supaya meletak jawatan.Antara isu didedahkan pada 'Pentas Bersih KUIN 1.0' itu ialah dakwaan salah laku Rektor seperti membuat dokumen palsu, lantikan kroni dalam pengurusan tertinggi KUIN, kegagalan pembayaran gaji mengikut waktu dan kelewatan bayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).Mohd Baihaqi dalam ucapannya berkata pelajar KUIN turut teraniaya apabila diarah berpindah segera ke kampus induk di Kuala Ketil sedangkan kolej kediaman tidak disediakan oleh pihak pengurusan kolej universiti itu."Sebelum ini dijanjikan ada penginapan untuk tampung 7,000 pelajar di Kuala Ketil, tapi pembinaan dibatalkan sebab nak potong kos, masjid pun tidak dibina.

"Rumah sewa di Kuala Ketil yang dulunya hanya RM250 sebulan naik hingga RM1,500 dan pelajar terpaksa menyewa kerana tiada tempat tinggal selain harga roti canai (dan makanan lain) pun dah naik mendadak," kata Mohd Baihaqi.Ahmad Faizal Asmy pula berkata warga kerja KUIN terpaksa mengadakan perhimpunan seperti ini kerana pintu rundingan dengan kepimpinan tertinggi iaitu Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN yang juga Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak sudah tertutup.
"Sebab itulah kami terpaksa memilih jalan ini (bertemu media dan mengadakan perhimpunan) bagi menegakkan kebenaran," katanya.

Mohd Farid pula berkata walaupun menerima tekanan daripada pihak pengurusan tertinggi KUIN kerana berjuang habis-habisan untuk menuntuk hak mereka, beliau tetap menjalankan tugas dengan baik kerana menyedari tanggungjawabnya sebagai pendidik."Kuliah Hospitaliti diletakkan di bawah Insaniah Holdings (anak syarikat KUIN) secara terpaksa namun kami tetap buat kerja...sepatutnya anak syarikat buat untung untuk KUIN tapi yang berlaku sebaliknya sebab Insaniah Holdings tak buat untung langsung," katanya.
Penolong Pendaftar Kanan Kuin Muhammad Azki Hafizi Ibrahim pula memberitahu sembilan warga kerja yang mendedahkan isu-isu KUIN sebelum ini telah diminta menyediakan surat tunjuk sebab dalam tempoh 14 hari atau akan dikenakan tindakan tegas oleh pihak pengurusan.

"Kami menerima surat itu sejak semalam dan hari ini dan jika gagal sediakan surat tunjuk sebab dalam tempoh 14 hari kami akan menghadapi tindakan buang kerja atau digantung perkhidmatan."Perkara ini berlaku selepas kami mula membuat pendedahan kepada media secara lebih agresif baru-baru ini," katanya.
Muhammad Azki Hafizi berkata pihaknya akan menganjurkan 'Pentas Bersih KUI N2.0' dalam masa terdekat bagi mendesak Jamil dan Azizan berundur daripada KUIN.Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir turut hadir pada perhimpunan itu bagi menyatakan sokongan terhadap warga KUIN yang teraniaya. - BERNAMA