Jumaat, 15 Mac 2013

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

02 di changlun - Google Blog Search

02 di changlun - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Gambar Rusuhan <b>di Sungai Petani</b> kedah? | Berita Semasa

Posted: 19 Dec 2012 01:45 AM PST

Rusuhan di Sungai Petani

Rusuhan di Sungai Petani : Polis Kedah memberi amaran keras agar khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah Kuala Muda yang disebarkan menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS), dihentikan serta-merta.

Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata kira-kira pukul 9 hingga pukul 10 malam tadi, polis menerima banyak panggilan telefon berikutan tersebarnya khabar angin bahawa berlaku (rusuhan kaum) rusuhan di Sungai Petani di daerah Kuala Muda.

Rusuhan di Kuala Muda Kedah"Kita ingin maklumkan kepada semua rakyat Malaysia bahawa berita yang tersiar dalam Facebook, Twitter dan SMS itu tidak betul dan palsu, hakikatnya keadaan di Kuala Muda adalah aman dan tenteram. Tiada kematian atau kecederaan serius yang berlaku.

"Sehingga sekarang (sidang media) hanya ada beberapa insiden sahaja yang berlaku, bermula daripada insiden (pergaduan) pada awal pagi 16 Disember lalu (Ahad), yang mana hasil siasatan dan risikan yang kita kumpul mendapati insiden itu tiada kaitan dengan permusuhan atau kebencian," katanya dalam sidang media di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda lewat malam tadi.

Abdul Ghafar berkata kes yang berlaku pada awal pagi Ahad lalu itu adalah kes terpencil yang melibatkan kumpulan pemuda yang berlarutan kepada beberapa insiden lain yang dilakukan dengan tujuan membalas dendam terhadap insiden pertama.

  1. ia berpunca daripada kegiatan lumba motor tetapi telah berlaku pergaduhan yang mana kedua-duanya memanggil kawan masing-masing, dan berlaku empat lagi insiden lain.
  2. Insiden yang didakwa ramai kononnya berlakunya rusuhan di Sungai Petani ini bukan berpunca daripada kebencian, ia tindakan yang dibuat oleh mereka yang kurang bijak. Bagaimanapun polis berjaya mengawal keadaan sehinggalah tersebarnya berita palsu yang boleh mencetuskan kemarahan

Rusuhan Kaum Sungai Petani

Dalam pada itu, Abdul Ghafar turut meminta semua ketua kaum agar dapat memberi penerangan yang jelas berhubung perkara itu kepada masyarakat di kawasan masing-masing.

Kepada semua kaum maklumkan kepada anak buah masing-masing agar jangan bertindak di luar batasan undang-undang terasuk sebarkan fitnah mengatakan berlakunya rusuhan di Sungai Petani, Kedah

[Sumber : Berita Bernama Malaysia]


02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


ahli parlimen <b>merbok</b> samseng, tumbuk naib ketua <b>...</b> - The Flying Kick

Posted: 12 Mar 2013 02:00 AM PDT

Ahli Parlimen Merbok, Rashid Din yang sebelum ini telah menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak memerlukan undi masyarakat India, sekali lagi menimbulkan kontroversi dan kemarahan masyarakat setempat, khususnya masyarakat India. Ternyata, pengalaman lepas masih belum mampu mengajarnya.

Kejadian dilaporkan telah berlaku jam 9:45 malam pada 10 Mac lalu di bilik mesyuarat Pejabat Cabang PKR Merbok, Sungai Lalang, Sungai Petani melibatkan Ahli Parlimen Merbok itu dengan seorang Naib Ketua Wanita PKR Cabang Merbok. Naib Ketua Wanita PKR Cabang Merbok bernama Malika a/p Subramaniam tidak sahaja dipanggil HINDU PARIAH tetapi juga telah ditumbuk oleh Rashid Din.

Menurut sumber, kejadian berlaku semasa dalam sesi soal jawab. Tercetus pertengkaran dan perselisihan faham antara Malika dengan Rashid DIn. Malika tidak berpuas hati kerana enggan meminta maaf kepada Malika kerana beberapa isu selain gagal menjawab dan melayan semua usul yang dikemukakan. Rashid Din gagal mengawal perasaan, lantas cuba menumbuk muka Malika. Bagaimanapun, tumbukannya tersasar kerana Malika berjaya mengelak. Rashid Din bagaimanapun, cuba menumbuk lagi. Tumbukan kali kedua, masih tidak mengenai muka sebaliknya mengenai dada Malika, menyebabkan Malika terjatuh.
Apabila melihat Malika terjatuh, Rashid Din cuba menerkam tetapi ahli-ahli PKR yang lain di bilik mesyuarat tersebut, berjaya menangkap dan menghalang Rashid Din daripada terus mengerjakan Malika.
Pun begitu, Rashid Din terus menyeranah Malika sambil menggelarkan Malika sebagai HINDU PARIAH.

Mesyuarat tersebut kemudiannya dibatalkan. Malika sebaliknya membuat laporan polis pada jam 11:46 malam di Balai Polis Bedong... TERUSKAN BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

02 di gurun kedah - Google Blog Search

02 di gurun kedah - Google Blog Search


Resort <b>Di Gurun</b> Padang Pasir Bukannya <b>Gurun Di Kedah</b>...

Posted: 16 Jan 2013 10:58 PM PST

Amangiri ialah sebuah resort yang dibina di Canyon Point, Utah dan diinpirasikan dari penempatan Red Indian. Amangiri mula beroperasi sejak 2009 dan terdiri daripada 34 chalet yang menawarkan pemandangan Gurun Navajo yang cantik.Harga untuk semalam di Amangiri resort bermula dari USD950.

Aktiviti dan Dunia Saya: <b>Di</b> Lapang Sasar Kem Hobart, <b>Gurun</b>, <b>Kedah</b>.

Posted: 20 Nov 2012 06:39 AM PST

Ketika Ketua Jurulatih PALAPES UKM, Leftenan Kolonel Mohd Sahar bin Haji Said memberitahu pihaknya mahu membawa seorang Jurufoto ke Kem Hobart, Kedah saya terus bersetuju kerana tempat itu merupakan berhampiran kampung tempat saya dibesarkan.
Kali ini agak lama saya bercuti di Kedah negeri kelahiran saya dan bertugas sebelum pulang ke Bangi, Selangor.
Lapangsasar Gurun yang terletak di kawasan Hutan Simpan Bukit Perak telah dibina oleh Tentera British pada tahun 1940 dan diwartakan pada tahun 1947. Ianya dibina bagi tujuan latihan menembak senjata kecil dan senjata bantuan untuk Tentera British dan juga Rejimen Askar Gurkha yang berpangkalan di Kem Lapangan Terbang dan Kem Sungai Layar serta unit-unit berhampiran pada ketika itu. Unit Pentadbiran Lapangsasar ini telah diberi nama Kem Hobart mengambil sempena nama pengasasnya iaitu Captain Hobart, seorang pegawai Tentera British.

Selepas negara mencapai kemerdekaan, Lapangsasar ini telah diwartakan semula sebagai kawasan tembakan pada tahun 1964 melalui gazet LN no.10 dan LN no.11 bertarikh 9 Januari 1964. Kawasan asal yang diwartakan adalah seluas 4,740 ekar dan daripada keluasan tersebut hanya 2,686 ekar sahaja yang dimiliki oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada masa sekarang. Sebahagiannya telah diteroka oleh penduduk tempatan dan dipindah milik kepada mereka oleh kerajaan Negeri Kedah.

Setelah pengunduran Tentera British dari Tanah Melayu, Lapangsasar ini telah diambil alih oleh ATM pada 5 Ogos 1969. Lapang sasar ini telah terbiar tanpa senggaraan pada masa peralihan tersebut. Tanah-tanahnya juga telah diteroka oleh penduduk kampong dengan tanaman getah, padi, dusun buah-buahan tanpa diawasi oleh mana-mana pihak. Kesan peninggalan tanaman ini masih kekal hingga ke hari ini.

Bagi menjaga kepentingannya pada masa itu, Markas 6 Briged telah meletakkan satu Platun Infantri di bawah pengawasan Markas Staf Stesyen Sungai Petani untuk mengawasinya. Dengan perkembangan pesat ATM di awal tahun 1980, Batalion ke 31 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) telah ditubuh dan ditempatkan di kem ini. Namun begitu, penempatan batalion ini tidak lama apabila ia dibubarkan selepas itu. Pentadbiran seterusnya diambil semula oleh Markas Staf Stesyen Sungai Petani.

Beberapa peningkatan mengikut keperluan Sistem Latihan Tembak Tempur telah dilaksanakan pada tahun 1992, Unit Lapangsasar Gurun telah ditubuhkan dengan rasminya. Ia diletakkan di bawah Perintah Markas 2 Divisyen dan di bawah Pentadbiran Tempatan 6 Briged. Pegawai Perhubungan Lapangsasar yang pertama ialah Mejar(TIG) Ang Chai Guan dari Rejimen Artileri Diraja.

Pada 8 Oktober 1999, Lapangsasar ini telah bertukar pemerintahannya kepada Markas Pemerintahan Latihan TD dan Pentadbiran Tempatan kekal di bawah Markas 6 Briged.

Pada tahun 2003, ia diletakkan semula di bawah pemerintahan Markas 2 Divisyen dan Kawalan Teknikal oleh Markas Pemerintahan Latihan TD, manakala Pentadbiran Tempatan kekal di bawah Markas 6 Briged sehingga sekarang. Pada tahun 2008, Kawalan Teknikal telah diambil alih oleh Markas Medan TD. (rujukan http://min-def.blogspot.com/2011/06/kem-hobart-digempur.html )

Menurut Pegawai Penyelaras PALAPES  UKM Mejer Dr Jasmy  bin Abdul Rahman, objektif latihan ini ialah memberi  pendedahan kepada pegawai kadet terutama pegawai senior tentang aspek penggunaan senjata, meningkatkan penguasaan kemahiran menembak dikalangan kadet asas dan pertengahan. Selain dari itu, latihan ini ingin meningkatkan hubungan kerjasama diantara pegawai kadet dengan pegawai dan jurulatih PALAPES.
Sepanjang latihan di Kem Hobart, pegawai kadet telah berikan tunjukajar menggunakan senjata GPMG dan M16. Diakhir hari latihan satu sesi pertandingan menembak piring menggunakan M16. Didalam pertandingan ini Pegawai  Sukarela  melawan Jurulatih.
Saya dan beberapa staff UKM (pemandu bas dan kereta) telah diberi peluang di hari akhir latihan tersebut. Pada hemat saya latihan ini mampu memberikan kemahiran kepada anggota kadet. Secara peribadi, saya dapat merasai bagaimana cara untuk mengendalikan senjata seperti MPMG dan M16. 
Lihat artikel yang berkaitan

Spyshot Persona R diiringi oleh Vauxhall Astra Turbo <b>di Gurun</b>, <b>Kedah</b>

Posted: 14 Apr 2011 08:17 AM PDT


Kereta Volkswagen yang mana menang anugerah "European Car of the Year 2013"?

Nak Samsung Galaxy SIII mini dengan harga RM999? Klik Sini!

Vauxhall Astra Turbo 2 Spyshot Persona R diiringi oleh Vauxhall Astra Turbo di Gurun, Kedah

Saya antara yang bertuah hari ini kerana walaupun berada jauh nun di utara, akhirnya terserempak jua dengan dua buah Proton Persona R dengan diiringi oleh sebuah model Vauxhall Astra Turbo berwarna biru. Lebih kurang petang tadi selepas pulang dari pejabat, dari kejauhan saya melihat ada sesuatu yang pelik apabila sebuah kereta yang jarang-jarang dilihat iaitu Vauxhall Astra Turbo berada bersebelahan dua buah kereta yang ditutup dengan kain. Apabila berhenti di situ tidak syak lagi yang berbungkus itu adalah Persona R.

Saya mengambil peluang untuk beramah mesra dengan staf Proton yang sedang menjamu selera di situ, cuba menemubual serba sedikit namun mereka profesional, hanya sedikit maklumat sahaja yang saya dapat, saya faham Proton sudah tentu tidak mengizinkan kakitangannya membocorkan rahsia syarikat kepada orang luar. Saya menunggu sehingga mereka selesai menjamu selera, dan bungkusan kain dibuka akhirnya saya dapat melihat dua buah Persona R dari jarak agak dekat, cukup untuk melihat bentuk sebenar bagaimana model kereta terbaru Proton itu direka.

Vauxhall Astra Turbo 4 Spyshot Persona R diiringi oleh Vauxhall Astra Turbo di Gurun, Kedah

Sempat melihat bahagian interior, boleh tahan tetapi rasanya itu bukannya produksi final, sekadar diletakkan agar Persona R itu boleh dipandu. Melihat keseluruhan interior, saya syak Persona R itu hanya digunakan untuk menguji enjin dan transmisi sahaja. Pelekat hitam yang dikenakan ke seluruh bahagian kereta itu masih lagi berat seperti mana anda dapat lihat di sini, seratus-peratus sama seperti apa yang saya lihat tadi. Berkenaan rekabentuk, anda tahu saya seorang yang cerewet dalam menilai sesebuah kereta. Bagi saya kecantikan rekabentuk sesebuah kereta adalah paling utama berbanding perkara-perkara lain.

Saya mengharapkan Persona R akan tampil dengan rekabentuk lebih bergaya, elegan dan mempunyai 'design language' dramatik seperti mana adaptasi daripada falsafah 'fluidic sculpture' Hyundai terhadap Sonata baru, tetapi saya tidak melihatnya pada Persona R. Mungkin itu hanya model konsep yang masih dalam ujian di jalanan, segalanya seperti diletakkan ala kadar sahaja, harap model produksi final nanti Proton akan menunjukkan wajah sebenar Persona R yang menawan itu. Tetapi baru-baru ini seseorang mengatakan jangan terlalu mengharap sangat terhadap rekaan Persona R, dan saya terfikir perkara yang sama tadi.

Vauxhall Astra Turbo 8 Spyshot Persona R diiringi oleh Vauxhall Astra Turbo di Gurun, Kedah

Saya sempat mengambil beberapa keping gambar Persona R tanpa kain penutup, tetapi disebabkan beberapa perkara yang telah dipersetujui sebelum itu, saya membuat keputusan untuk berpegang pada janji, tidak akan menyiarkan foto-foto tersebut dalam internet, walaupun di dalam blog ini, sekadar untuk tatapan peribadi sahaja. Tetapi satu perkara yang menghairankan saya ialah apakah tujuan sebenar Vauxhal Astra Turbo mengiringi Proton Persona R tadi? Setakat itu sahaja maklumat yang saya dapat kongsikan di sini, anda boleh lihat galeri gambar seperti mana yang dipaparkan. Untuk melihat video Vauxhall Astra Turbo, anda boleh klik di sini.

[nggallery id=220]

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


pas gagal mentadbir <b>negeri kedah</b>-tan sri muhyiddin - medan tempur

Posted: 17 Feb 2013 05:11 PM PST

Dalam ucapan Timbalan Presiden UMNO Malaysia. Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Majlis Pelancaran KOLABORASI 2013 di Kuala Kedah, beliau menganggap PAS gagal menjalankan tanggungjawapnya sebagai pentadbir Kerajaan Negeri setelah di beri mandat oleh rakyat Kedah di Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu.

" Kita nak mengajak rakyat jelata untuk bersama pimpinan kerajaan Barisan Nasional, kerana di peringkat Negeri Kedah yang sekarang ini dipimpin oleh PAS sudah gagal. PAS tidak dapat memikul amanah dan tanggungjawap yang rakyat Kedah telah berikan dalam pilihan raya 2008 yang lalu " katanya.

Selain itu, Muhyiddin Yassin mengatakan " Saya dapat menyaksikan tentang isu permasalahan yang berbangkit di peringkat Negeri Kedah yang tidak langsung tidak dapat diberi perhatian oleh Menteri Besar ataupun wakil-wakil rakyat termasuklah wakil rakyat di Kuala Kedah".

" Kalau ada apa-apa masalah yang berbangkit, kerajaan negeri tak dapat selesaikan" katanya lagi.
Apa yang dapat di lihat, sekiranya Kerajaan Negeri menghadapi isu-isu masalah dengan rakyat, Menteri Besar Kedah akan mengambil sikap tidak mahu bertanggungjawap dan menunding jari kepada Kerajaan Pusat untuk menyelesaikannya.

Sebagai seorang Menteri Besar, Azizan Razak seharusnya dapat menyelesaikan permasalahan yang di hadapi rakyat Negeri Kedah dan bukannya menunding pada pihak lain.- Pisau Kedah

02 di kubang pasu - Google Blog Search

02 di kubang pasu - Google Blog Search


Laporan Penuh Kejohanan Catur SBPI <b>Kubang Pasu</b> 2013

Posted: 12 Feb 2013 07:15 PM PST


KUBANG PASU - 02 FEBRUARI 2013, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kubang Pasu dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Kedah (PERCAK) telah mengadakan satu kejohanan catur (National Rated Event). Ini adalah kejohanan kali ke-3 selepas Kolej Vokasional Kulim pada 12 Januari lalu dan MRSM Merbok Sg Petani pada 26 Januari. Seramai 100 peserta telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Peserta bermain dalam satu pairing. Penyertaan untuk kejohanan kali ini antaranya dari Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
SBPI Kubang Pasu menjadi destinasi ketiga PERCAK selepas Kolej Vokasional Kulim dan MRSM Merbok
Lim Wei Sheng peserta dari Pulau Pinang kali ini dinobatkan Johan Kategori Terbuka apabila menang 6 pusingan dah seri 1. Semua keputusan untuk kejohanan ini saya telah muatkan di Chess Result.
Johan Kategori Terbuka untuk kejohanan kali ini
Antara Pic terpilih untuk kejohanan kali ini :-
Penglibatan pelajar dari Kelab Catur SBPI Kubang Pasu dalam pengajuran kejohanan ini secara tidak langsung melatih mereka untuk mengajurkan kejohanan. Ini antara salah satu misi dan matlamat PERCAK melatih Kelab Catur untuk mengajurkan satu kejohanan di Peringkat Kebangsaan.
Untuk kejohanan kali ini Presiden kita En Yahaya telah turun beraksi. Pertembungan antara dua Cikgu. Cikgu Rosly dan Cikgu Fauzi. Pertembungan antara Cikgu Shaharudin dari Baling dgn Cikgu Rosli dari Sik memihak kepada Cikgu Shaharudin. NurIslam cuba beri tentangan kepada Abdul Muizz
Pertembungan Meja 2 menjadi tumpuan peserta lain. Pertemuan antara pilihan pertama kejohanan Amri dan pilihan kedua kejohanan Lim Wei Sheng telah memihak kepada Lim Wei Sheng. Arbiter kita Cikgu Rahman sedang memantau aksi kejohanan. Antara aksi peserta peserta cilik kita.

Pihak PERCAK amat berterima kasih kepada Pihak SBPI kerana memeri kejasama yang tidak berbelah bagi untuk kejohanan kali ini. Terima Kasih juga diucapkan kepada Kelab Catur Jaffolea kerana menjadi penaja utama kejohanan kali ini. Kejohanan seterusnya akan diadakan di SMK Lubuk Buntar pada 16.02.2013. Jumpa anda di sana.. :)

02 di kodiang - Google Blog Search

02 di kodiang - Google Blog Search


Diari : Dari KL ke <b>Kodiang</b> | khaliFah1412h

Posted: 11 Feb 2013 08:27 AM PST

Lokasi :Kodiang, Kedah 


                                                                     Best in the world

Cantikkan? MasyaAllah

Senyum

Semua gambar ini diambil di kawasan rumah saya sahaja.

"Kadang-kadang, kecantikan itu ada di sekeliling kita,

Cuma kita yang tidak menyedarinya"

Renung sejenak ke luar tingkap anda.

Apa anda nampak?

********

"Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri." (Ar Rum ; ayat 9)

Kursus AMT ~ Noh Is Me

Posted: 10 Mar 2013 04:57 AM PDT

Minggu lepas aku baru jer abis berkursus AMT (ak mlas na taw apa benda tu) kat hotel seri malaysia, sepang. Best la kursus tu. 4/5 ak bg kat kursus tersebut. Ak mlas jgak na cerita. Ak letak gambar je la k.

Di hari pertama, kitorang berjalan-jalan kat pantai bagan lalang. Luas pantai ni. Memang best ntuk mandi manda. Walaupun kotor sket la.

Inilah bebola ketam. original punya.

Ini pulak makan malam aku. Cuba bayangkan lima hari makan camni tgahari n malam. Gemok?...tak diusah ditanya lagi. huhuhu... 

Ni lak salah satu game. Kitorang kena wat kapal yang perfect. Setiap kapal yang perfect akan dipilih oleh vendor dan dikira berjaya dibeli. (stylo lah men game camni. walaupun sorg2 da abeh blaja.)

Ni salah satu game jugak. Membuat pakaian yang akan dibeli syarikat jepun. Pakai kertas je beb. N ni calon model lelaki tunggal yang ada. Pakaian orang kadazan.

 Tender game. Tower kumpulan kitorang. Walaupun kalah, tapi still berasa bangga dengan usaha yang telah dicurahkan.


Anda Rasa Nak Like? Silakan.

Gambar Roadshow Dato&#39; Hasan Ali <b>di Kodiang</b>, Kedah

Posted: 15 Apr 2012 08:27 PM PDT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

02 di kuala kedah - Google Blog Search

02 di kuala kedah - Google Blog Search


terajubintang7: Murtabak Terbang <b>di</b> Pasar Malam <b>Kuala Kedah</b>.

Posted: 24 Dec 2012 08:58 PM PST

Minggu lepas ( 19hb - 24hb Disember 2012 ) balik Alor Setar. Sempat pergi pasar malam di Kuala Kedah. dah 4 tahun lebih menjadi keluarga Alor Setar, ini baru pertama kali menjejakan kaki di pasar malam Kuala Kedah ini. Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca blog terajubintang7, pasar malam di Kuala Kedah beroperasi pada hari Khamis malam Jumaat. Lokasinya tepi jalan sebelum lampu trafik kuala kedah dan lebih tepat lagi, bersebelahan dengan Balai Polis Kuala Kedah. Itulah serba sedikit berkenaan pasar malam kuala kedah.

-->
Tetapi kami nak kongsikan cerita berkenaan murtabak terbang di pasar malam Kuala Kedah ini. Ianya diusahakan oleh 3 - 4 orang jejaka dari Alunan Pelangi Ent (yang kami nampak masa itu). Terdapat 2 variasi rasa iaitu Daging & Ayam. Harga sekeping RM 2.00 sahaja. Kalau nak tempah, hubungi di talian 0195417703. Kalau datang walk in, kenalah tunggu sekejap.

-->
Kenapa ianya dipanggil murtabak terbang?. Ceritanya begini. Mula-mula tebar doh, pastu letak atas kuali, letak sesenduk inti (telur,bawang,ayam/daging dll) lipat menjadi segi 4, tunggu garing sikit, paling pula. agak-agak dah masak dan garing, ini lah momentumnya dipanggil murtabak terbang, Brother yang sedang memaling murtabak ini akan melemparkan atau menerbangkan murtabak yang sudah masak ke plate putih untuk brother lagi seorang tu bungkus. Begitulah ceritanya (andaian sendiri) '....kalau silap, tolong betulkan diruangan komen'.

-->
Tengok tu ramai yang menunggu. masa ini kami bungkus 8 keping murtabak terbang daging. rasa memang sedap dan berbaloi. Sekian, terima kasih.
Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.

Bantuan Awal Persekolahan RM100 Mula Diagih <b>Di Kuala Kedah</b>

Posted: 15 Jan 2013 01:55 AM PST

ALOR SETAR — Lebih 2,500 pelajar dari tiga buah sekolah dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah menerima bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 seorang hari ini.

Bantuan diserahkan Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Latt Shariman Abdullah kepada ibu bapa pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Sharifah Rodziah dan SMK Alor Janggus.

Dalam ucapannya di SMK Tun Sharifah Rodziah, Latt Shariman yang juga Ketua Umno bahagian Kuala Kedah berkata kerajaan pusat telah menunaikan janjinya untuk memberi bantuan itu seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2013.

"Saya harap wang ini walaupun tidak seberapa, digunakan sebaik mungkin untuk membeli keperluan anak-anak yang baru memulakan sesi persekolahan mereka," katanya.

Beliau berkata ibu bapa juga harus bersyukur kerana bantuan itu serta pemberian baucer buku bernilai RM250 yang diberikan kepada anak-anak mereka yang belajar di peringkat tinggi.

Latt Shariman turut berpuas hati dengan sistem pemberiannya yang lancar dan berkata agihan dijangka selesai 15 Feb ini.

Sementara itu seorang ibu V. Maheswary, 42, berterima kasih kepada kerajaan kerana bantuan itu untuk dua orang anaknya.

"Suami saya hanya pemandu lori, jadi wang RM200 ini banyak membantu kami membeli keperluan sekolah anak-anak kami," katanya.

Pengawal Keselamatan, Mohd Sobri Mutalib, 48, yang mempunyai anak yang belajar di Tingkatan Lima dan Dua bersyukur kerana bantuan itu dapat meringankan bebannya.

Surirumah, Lee Ah Kee, 48, berkata bantuan itu dapat membantu persekolahan dua orang anaknya yang belajar di Tingkatan Lima dan Darjah Enam.

– BERNAMA



02 di jitra - Google Blog Search

02 di jitra - Google Blog Search


Perasmian kilang KTM <b>di</b> Bandar Darulaman, <b>Jitra</b>, Kedah | Arena <b>...</b>

Posted: 19 Jan 2013 02:45 AM PST


Kereta Volkswagen ini memenangi anugerah "European Car of the Year 2013", tetapi model yang mana satu?

Nak Samsung Galaxy SIII mini dengan harga RM999? Klik Sini!

Only one month left to win yourself prizes up to RM10,000! 

DSC 0105 Perasmian kilang KTM di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah

Beberapa bulan yang lepas saya pernah membuat lawatan tidak rasmi ke kilang Motonation Manufacturer Sdn Bhd (Motonation), pemasang dan pengedar motosikal berjenama KTM di Malaysia, yang terletak di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.

Memandangkan kilang itu sudah beroperasi agak lama, saya sangkakan majlis perasmian kilang itu telah diadakan. Rupa-rupanya menurut laporan daripada akhbar Harian Metro edisi hari ini, kilang tersebut baru saja dirasmikan oleh Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, kelmarin.

DSC 0098 Perasmian kilang KTM di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah

Dalam sidang akhbar majlis perasmian itu, Pengarah Urusan KTM Asia Tenggara, Selvaraj Narayana dilaporkan berkata, pembukaan kilang KTM yang pertama itu adalah bagi memenuhi permintaan pasaran Asia Tenggara, selain mampu meningkatkan kapasiti pengeluaran antara 20 peratus sehingga 30 peratus bagi memenuhi permintaan dalam pasaran domestik.

Menurut beliau lagi, sebanyak RM30 juta telah dilabur dan kira-kira 300 peluang pekerjaan disediakan sejak ia beroperasi lima tahun yang lalu. Tambahnya lagi, untuk tempoh lima bulan yang lalu, KTM telah berjaya menjual kira-kira 1,000 unit motosikal di pasaran tempatan, menandakan sambutan yang diterima untuk jenama KTM sangat menggalakkan.

DSC 0296 Perasmian kilang KTM di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah

Motonation meletakkan sasaran untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 10,000 unit membabitkan model KTM 200 Duke dan KTM 690 Duke yang dipasang sepenuhnya di negara ini. Bagi anda termasuk saya sendiri yang tidak berkesempatan pergi ke majlis perasmian yang diadakan kelmarin, saksikan galeri imej di bawah yang saya perolehi dari blog VF Photography.

02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


LiFe iS LoVeLy MeMoRieS : Makan petang <b>di sik</b> Kedah

Posted: 30 Jan 2013 05:03 PM PST

Hai all, masih cerita di Sik Kedah lagi... heeee nie time makan petang, petang2 selalu makan kuih dari hari pertama aku balik kampung ayik makan kuih cempedak je... maklumlah kat kampung buah tengah banyak so goreng la jawabnya.. sampai Sik sekali lagi mak aku goreng kuih cempedak so telan je lahhhh kalau kat KL belum tentu aku sempat buat huhuhu..   
more gambar kambing baby nie comel..
Ini kandang ayah aku, jangan tak percaya semua nie ayah aku yang buat sendiri maklumlah dah pencen nie la hobby ayah aku :)

02 di padang terap - Google Blog Search

02 di padang terap - Google Blog Search


Gegar ! Konvoi Terbesar Kedah <b>Di Padang Terap</b> 15 feb 2013

Posted: 12 Feb 2013 01:32 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Konvoi Terbesar Kedah Di Padang Terap 15 feb 2013. Posted by ... Oleh IZWAN ABDUL HALIM izwan@harakah.net.my Di mana sahaja program penting PAS atau Pakatan Rakyat di seluruh negara, pasti beliau tidak ke.

Himpunan Besar Terakhir <b>Di</b> Kedah Sebelum <b>...</b> - dpp <b>padang terap</b>

Posted: 09 Feb 2013 08:48 PM PST

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


Nelayan <b>Di Tanjung Dawai</b> Sudah sedia Menyokong BN

Posted: 11 Feb 2013 09:42 AM PST

Nelayan bot bilis di Tanjung Dawai sudah bersedia untuk mengundi calon Barisan Nasional kerana mereka sudah tidak tahan untuk mendengar ceramah hampir setiap malam sehingga mengganggu tidur mereka sedangkan tidak ada satu pun Adun Pas lakukan untuk pembangunan Tanjung Dawai.
Inilah muka Adun Tanjung Dawai iaitu Hamdan Mohamed Khalib, dikatakan juga terlibat dalam video seks dengan wanita Thailand.
Difahamkan juga terdapat beberapa bendera yang sudah mula reput di kawasan Tanjung Dawai yang dibiarkan kerana penyokong Pas di Tanjung Dawai tidak lagi menyokong Hamdan.

Sungai Petani ke <b>Tanjung Dawai</b> Kedah ke Pulau Pinang

Posted: 12 Nov 2012 12:00 AM PST

Selepas sarapan pagi di Kompleks Penyayang Sungai Petani saya berkata kepada puteri-puteri saya, jom kita ke Tanjung Dawai.

"Ada apa di sana ayah, "tanya Atiqah.
"Tak tak ingat kisah 40 penyamun bila Marjina tanya Belacan Tanjung Dawai tak ada ka?".
"Jawab, M Zain, ooooo jangan sebuat belacan...bahaya, ganja ada lesen, candu ada lesen. Belacan pun ada lesen",

Akhirnya baru mereka tahu, Tanjung Dawai terkenal dengan belacannya disebelah utara.Dua jam kemudaian kami pun sampailah di Tanjung Dawai setelah singgah di Muzium Lembah Bujang. Pekannya kecil dan mengadap Pantai Merdeka yang terkenal di Kuala Muda Kedah.

Seperti dirancang, saya beli belacan dengan jumlah yang banyak untuk dijadikan buah tangan. Bayangkan sehingga balik Bangi, kereta ada bau belacan Tanjung Dawai.

|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Selepas membuat daftar masuk disebuah hotel di Sungai Petani kami sekeluarga ke Pulau Pinang untuk bertemu Cikgu Lah dan Cikgu Fatimah. Saya janji dengan beliau nak sampai lepas Zohor. Oleh kerana Tanjung Dawai agak jauh maka saya sampai hampir malam.
Ini merupakan pertemuan pertama di rumah Cikgu Lah selepas dua kali bertemu beliau di rumah anaknya di Kajang. Pertemuan biasa antara bekas anak murid dengan Guru Displin dan Guru Bahasa Inggeris (Cikgu Fatimah).

Ketika di rumah Cikgu Lah saya diperkenalkan Razi yang sering bertandang ke rumahnya. Razi berasal dari Sik Dalam dan mengenali sahabat saya Rosli Deraksa.

Menariknya sebelum saya berangkat balik ke Sungai Petani, belacan Tanjung Dawai adalah buah tangan untuk Cikgu Lah dan Razi.


Pertemuan ini, setidak-tidaknya membuktikan kepada anak-anak saya siapa ayahnya. Kalau tidak mereka mungkin akan menganggap kisah yang diceritakan selama ini hanyalah rekaan semata-mata.

Ikan Bakar <b>Tanjung Dawai</b>, Sungai Petani — Eyriqazz.com

Posted: 20 Jan 2013 08:55 PM PST

Tanjung Dawai, salah satu tempat menarik untuk dikunjungi di Sungai Petani. Kalau dah singgah ke sini, rugi rasanya kalau tak pekena ikan bakar sekali. Last time terjah, sempatla dinner dan pekena ikan bakar di Tanjung Dawai ini :

Ikan Bakar Tanjung Dawai Sungai Petani 3

Segar mugar Ikannya

Ikan Bakar Tanjung Dawai Sungai Petani 10

Ketam, Pari dan pelbagai makanan laut yang lain
Ikan Bakar Tanjung Dawai Sungai Petani 2

Sotong segar. Nyam-nyam

Lebih kurang setengah jam, makanan yang di order pun sampai :

Ikan Bakar Tanjung Dawai Sungai Petani 12Ikan Bakar. Nampak sedap, rasanyapun sedap. Tentu Nadot terliur tengok ikan bakar ni

Ikan Bakar Tanjung Dawai Sungai Petani 13

Masakan Udang. Yummylicious

Ikan Bakar Tanjung Dawai Sungai Petani 19

Ketam masak cili. Licin
Ikan Bakar Tanjung Dawai Sungai Petani 4

Suasana pun santai. Banyak meja dan pilihan

Ikan Bakar Tanjung Dawai Sungai Petani 5

Meriah bila makan beramai-ramai
Ikan Bakar Tanjung Dawai Sungai Petani 11

Makan kat area ni pun cool. Sambil dibuai angin pantai
Ikan Bakar Tanjung Dawai Sungai Petani 17

Jemput makan. Eyriqazz belanja sikit. Hik3
Ikan Bakar Tanjung Dawai Sungai Petani 20

Overall, met my expectation
Rating 8/10