ads

Jumaat, 22 Mac 2013

02 di pokok sena - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di pokok sena - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

02 di changlun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di changlun - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

02 di kulim - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kulim - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

02 di merbok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di merbok - Google Blog Search


English Cottage <b>di</b> Laguna <b>Merbok</b> Business Park Terbakar.

Posted: 19 Mar 2013 07:54 AM PDT

Sebuah kedai English Cottage di Laguna Merbok Business Park terbakar awal pagi tadi. Saya baru tahu kejadian tersebut petang tadi apabila melalui depan kedai tersebut. Puncanya tidak diketahui.

Setahu saya ada gerai menjual burger yang beroperasi di depan kedai itu pada waktu malam. Kelihatan hanya bahagian hadapan kedai yang terjejas. Nasib baik, kebakaran tu dapat dipadamkan dan tidak merebak ke kedai gunting rambut dan kedai servis kereta yang terletak bersebelahan.

Kepada pemilik kedai terbabit, bersabarlah atas ujian ini.

02 di sungai petani - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di sungai petani - Google Blog Search


Pergaduhan <b>di Sungai Petani</b> | Solihin Zubir

Posted: 18 Dec 2012 07:07 AM PST

1. Apa cerita Sungai Petani?

Berita hot di facebook sekarang ini katanya di Sungai Petani tengah kecoh dengan kejadian pergaduhan teruk di antara puak pelampau Extreme India dari Geng Kongsi 35 & Melayu Islam kita yang ditetak dengan parang, dibelasah dengan kayu besbol dan di campak ke dalam longkang sehingga membabitkan orang-orang yang tiada kaitan bermula di Paya Nahu seterusnya melarat ke Taman Ria apabila motosikal dibakar di depan masjid, seterusnya melarat ke Taman Keladi. Terkini jam 3 petang tadi di Bandar Sg Lalang, Sg Petani, Kedah, mangsa Melayu dari anggota Melayu Islam kita dari PDRM pula yang dibelasah habis-habisan kerana cuba menggari salah seorang daripada anggota kumpulan kongsi geng 35 mereka yang terlalu bertindak agresif. Sekarang di Sg Petani, Kedah sudah penuh dengan polis & FRU serta roadblock. Ugutan menyerang orang Islam ketika berjemaah di Masjid, bakar masjid dan surau serta mangsa dari Orang Islam yang dicampak ke dalam longkang setelah dibelasah dengan parang & kayu besbol mengundang kemarahan orang-orang Islam di situ. Perintah darurat dikeluarkan oleh PDRM & FRU. Harap semua pejuang-pejuang 30 dalam mood "Standby" kerana apa-apa sahaja boleh berlaku. Buat masa sekarang biarkan pihak polis dan fru jalankan tugas mereka kerana keadaan memang dah terlalu tegang. Kita cuba elakkan rusuhan kaum kerana dikhuatiri akan membabitkan pihak-pihak yang tiada kaitan & merbahayakan nyawa orang-orang Melayu Islam kita di situ sendiri dari kaum wanita dan kanak-kanak dan bimbang merebaknya rusuhan kaum ini ke kawasan lain. Yang penting dinasihatkan kita sentiasa bersatu, mood standby & jangan terlalu bertindak membabi buta. Tetapi lebih kepada langkah berjaga-jaga, BERSEDIA & BERSATU seandainya perkara yang tidak diingini berlaku. Umat Islam dinasihatkan berwaspada & jangan bertindak mengikut emosi. /// ( Sumber Maklumat: Ayahanda-Ayahanda Sg Petani, Kedah)

p/s: Status-status facebook seperti di atas telah ditokok tambah. Dan telah pun didelete oleh individu yang bertanggungjawab memulakannya. Tolong hentikan penyebarannya.


2. Ini pula cerita mangsa kejadian

3. Apa punca pergaduhan tercetus?

4. Pertelingkahan berakhir.

Dan, katanya Pihak IPD Kuala Muda,Kedah telah memanggil ketua-ketua masyarakat bagi mencapai persefahaman antara berbilang kaum setempat di sekitar Sungai Petani susulan bermulanya pergaduhan di Paya Nahu,Sg.Petani. Sehubungan itu kedua-dua belah pihak diminta menghormati persefahaman yang dicapai & mengekalkan perpaduan.


Orang ramai juga diminta jangan buat sebarang kesimpulan melulu atau mendengar khabar angin. Kekalkan perpaduan antara kaum. Sebarang pertanyaan,maklumat atau pengesahan maklumat berkaitan kes serangan tersebut, sila hubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Muda 04-4299222 atau Balai Polis Sg.Petani 04-4222222.

1. Boleh tak jangan dok panggil keling kat depa kalau tak tau maksud sebenar panggilan keling sebab ianya ada pelbagai tafsiran di kalangan kaum mereka, sensitif dan mungkin jugak tidak sensitif. Boleh tak jangan hina agama depa? Nabi tak ajar macam tu. Anda gelar anda pejuang fisabilillah. Tapi kenapa anda tidak berperangai seperti pejuang fisabilillah terulung itu? Jika kita tak suka agama kita dihina, mereka juga begitu. Tak semua india berperangai seperti itu. Dan tak semua melayu tu bagus sangat. Bangsa India pun ada Islam la. Dok lawan maki takkan selesai masalah.
2. Boleh tak jangan dok sebar berita-berita dengan ayat seolah-olah sengaja memprovokasi dan menggalakkan lagi berlakunya rusuhan kaum? Dapatkan dulu maklumat sahih dari pihak yang berkenaan. Tak payah dok buat pala tau, buat pala terer sangat. Ni, mau tanya dok mana, tudia.. dok kat Batu Pahat, Tawau, sana. Orang SP sendiri yang tengah dok luar kawasan pun taktau cerita. Piii.. 
3. Boleh tak jangan dok buat teghok sangat seolah-olah nak habaq kat semua orang kata hang 3line.
SZ: Bersatulah atas nama Islam. Bukan hanya perjuangkan ketuanan Melayu sehingga Islam jatuh no.2.

02 di gurun kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di gurun kedah - Google Blog Search


Aktiviti dan Dunia Saya: <b>Di</b> Lapang Sasar Kem Hobart, <b>Gurun</b>, <b>Kedah</b>.

Posted: 20 Nov 2012 06:39 AM PST

Ketika Ketua Jurulatih PALAPES UKM, Leftenan Kolonel Mohd Sahar bin Haji Said memberitahu pihaknya mahu membawa seorang Jurufoto ke Kem Hobart, Kedah saya terus bersetuju kerana tempat itu merupakan berhampiran kampung tempat saya dibesarkan.
Kali ini agak lama saya bercuti di Kedah negeri kelahiran saya dan bertugas sebelum pulang ke Bangi, Selangor.
Lapangsasar Gurun yang terletak di kawasan Hutan Simpan Bukit Perak telah dibina oleh Tentera British pada tahun 1940 dan diwartakan pada tahun 1947. Ianya dibina bagi tujuan latihan menembak senjata kecil dan senjata bantuan untuk Tentera British dan juga Rejimen Askar Gurkha yang berpangkalan di Kem Lapangan Terbang dan Kem Sungai Layar serta unit-unit berhampiran pada ketika itu. Unit Pentadbiran Lapangsasar ini telah diberi nama Kem Hobart mengambil sempena nama pengasasnya iaitu Captain Hobart, seorang pegawai Tentera British.

Selepas negara mencapai kemerdekaan, Lapangsasar ini telah diwartakan semula sebagai kawasan tembakan pada tahun 1964 melalui gazet LN no.10 dan LN no.11 bertarikh 9 Januari 1964. Kawasan asal yang diwartakan adalah seluas 4,740 ekar dan daripada keluasan tersebut hanya 2,686 ekar sahaja yang dimiliki oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada masa sekarang. Sebahagiannya telah diteroka oleh penduduk tempatan dan dipindah milik kepada mereka oleh kerajaan Negeri Kedah.

Setelah pengunduran Tentera British dari Tanah Melayu, Lapangsasar ini telah diambil alih oleh ATM pada 5 Ogos 1969. Lapang sasar ini telah terbiar tanpa senggaraan pada masa peralihan tersebut. Tanah-tanahnya juga telah diteroka oleh penduduk kampong dengan tanaman getah, padi, dusun buah-buahan tanpa diawasi oleh mana-mana pihak. Kesan peninggalan tanaman ini masih kekal hingga ke hari ini.

Bagi menjaga kepentingannya pada masa itu, Markas 6 Briged telah meletakkan satu Platun Infantri di bawah pengawasan Markas Staf Stesyen Sungai Petani untuk mengawasinya. Dengan perkembangan pesat ATM di awal tahun 1980, Batalion ke 31 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) telah ditubuh dan ditempatkan di kem ini. Namun begitu, penempatan batalion ini tidak lama apabila ia dibubarkan selepas itu. Pentadbiran seterusnya diambil semula oleh Markas Staf Stesyen Sungai Petani.

Beberapa peningkatan mengikut keperluan Sistem Latihan Tembak Tempur telah dilaksanakan pada tahun 1992, Unit Lapangsasar Gurun telah ditubuhkan dengan rasminya. Ia diletakkan di bawah Perintah Markas 2 Divisyen dan di bawah Pentadbiran Tempatan 6 Briged. Pegawai Perhubungan Lapangsasar yang pertama ialah Mejar(TIG) Ang Chai Guan dari Rejimen Artileri Diraja.

Pada 8 Oktober 1999, Lapangsasar ini telah bertukar pemerintahannya kepada Markas Pemerintahan Latihan TD dan Pentadbiran Tempatan kekal di bawah Markas 6 Briged.

Pada tahun 2003, ia diletakkan semula di bawah pemerintahan Markas 2 Divisyen dan Kawalan Teknikal oleh Markas Pemerintahan Latihan TD, manakala Pentadbiran Tempatan kekal di bawah Markas 6 Briged sehingga sekarang. Pada tahun 2008, Kawalan Teknikal telah diambil alih oleh Markas Medan TD. (rujukan http://min-def.blogspot.com/2011/06/kem-hobart-digempur.html )

Menurut Pegawai Penyelaras PALAPES  UKM Mejer Dr Jasmy  bin Abdul Rahman, objektif latihan ini ialah memberi  pendedahan kepada pegawai kadet terutama pegawai senior tentang aspek penggunaan senjata, meningkatkan penguasaan kemahiran menembak dikalangan kadet asas dan pertengahan. Selain dari itu, latihan ini ingin meningkatkan hubungan kerjasama diantara pegawai kadet dengan pegawai dan jurulatih PALAPES.
Sepanjang latihan di Kem Hobart, pegawai kadet telah berikan tunjukajar menggunakan senjata GPMG dan M16. Diakhir hari latihan satu sesi pertandingan menembak piring menggunakan M16. Didalam pertandingan ini Pegawai  Sukarela  melawan Jurulatih.
Saya dan beberapa staff UKM (pemandu bas dan kereta) telah diberi peluang di hari akhir latihan tersebut. Pada hemat saya latihan ini mampu memberikan kemahiran kepada anggota kadet. Secara peribadi, saya dapat merasai bagaimana cara untuk mengendalikan senjata seperti MPMG dan M16. 
Lihat artikel yang berkaitan

di negeri kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri kedah - Google Blog Search


BN <b>Kedah</b> digesa Perkukuh Barisan Tawan <b>Negeri</b>.

Posted: 13 Mar 2013 03:40 AM PDT

 

ALOR SETAR 13 Mac - Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menggesa Barisan Nasional (BN) Kedah agar terus memperkukuhkan barisan untuk menawan semula negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

 

Katanya BN negeri harus memanfaatkan pelbagai isu tempatan di Kedah untuk merampas kembali negeri itu yang dimenangi pembangkang dengan majoriti kecil selain tidak mempunyai ramai pengundi atas pagar.

 

"Di antara empat negeri yang ditawan pembangkang, saya ingin nyatakan bahawa Kedah paling mudah ditawan, tiga lagi negeri saya tak mahu letak 'priority'," katanya ketika ditemui pemberita di pejabat Perhubungan Umno Negeri Kedah di sini hari ini.

 

Dipetik Bernama, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata pelbagai pergolakan di Kedah seperti isu Kolej Universiti Insaniah dan pembalakan tidak terkawal menunjukkan kerajaan negeri pimpinan PAS itu tidak mampu mentadbir negeri.

 

"BN Kedah jangan lepaskan peluang untuk tawan Kedah, rapatkan barisan, bantu antara satu sama lain dan terus serang dan serang," katanya.

 

Terdahulu beliau melancarkan Tabung Perajurit Umno Kedah sebagai usaha mengumpul bantuan untuk disalur kepada keluarga perwira negara yang terkorban ketika menentang pengganas Sulu di Sabah.

 

"Pelancaran tabung di Kedah ini diharap menjadi permulaan untuk Umno di negeri-negeri lain juga berbuat tindakan yang sama. Di peringkat pusat, kita sebagai kerajaan telah memberikan pelbagai sumbangan," katanya.

 

Beliau turut menyeru orang ramai terutamanya anggota Umno supaya menderma dan sumbangan boleh disalurkan melalui pejabat bahagian masing-masing atau terus ke pejabat Umno negeri.

02 di kubang pasu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kubang pasu - Google Blog Search


28,000 pelajar <b>di Kubang Pasu</b> terima bantuan persekolahan <b>...</b>

Posted: 28 Jan 2013 03:29 PM PST

Posted on January 29, 2013, Tuesday

JITRA: Lebih 28,000 pelajar sekolah menengah dan rendah daerah Kubang Pasu dijangka menerima bantuan awal persekolahan RM100 sumbangan kerajaan pusat selewat-lewatnya Khamis ini.

Naib ketua UMNO Kubang Pasu Zulfitri Yaacob berkata setakat ini 40 daripada 57 sekolah menengah dan rendah di daerah itu telah menyerahkan bantuan terbabit kepada ibu bapa dan waris pelajar.

"Kita mahu menyelesaikan pemberian wang bantuan persekolahan ini sebelum Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mula dibayar pada 2 Feb," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan bantuan itu kepada 390 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Malau di sini, semalam.

Ketika berucap sebelum itu, beliau berkata bantuan awal persekolahan adalah istimewa kerana kerajaan memberinya kepada semua pelajar sebagai galakan kepada mereka untuk belajar lebih tekun.

"Bantuan awal ini sesuai pada masanya kerana ekonomi negara dalam keadaan stabil manakala infrastruktur asas yang penting untuk memacu pembangunan negara telah disiapkan," katanya.

Sementara itu seorang ibu tunggal, Nafsiah Jaafar, 46, terharu kerana bantuan untuk dua anaknya yang belajar di tahun lima dan enam SK Malau dapat menyelesaikan masalahnya dalam menyediakan keperluan persekolahan.

"Kakak bekerja sebagai operator sebuah kilang di Bandar Darulaman bagi menyara dua anak yang bersekolah. Syukurlah dengan bantuan ini dapat juga membeli pakaian dan beg sekolah baru untuk kedua-dua anak saya," katanya.

Tukang kebun SK (C) Keat Hwa Kampung Perak, Alor Setar, Hashim Mohd Zain, 59, berkata beliau akan menyimpan wang untuk untuk dua anaknya bagi kegunaan pada masa depan.

Pekerja Am Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Arau, Salim Sharif, 48, pula berkata beliau juga akan menyimpan wang itu untuk pelajaran anaknya. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

02 di kuala kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kuala kedah - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

02 di baling - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di baling - Google Blog Search


Gempar!!!… Pejabat Gerakan <b>Di Baling</b> Batu… | Cafe74&#39;s Blog

Posted: 16 Mar 2013 04:23 AM PDT

Pejabat Gerakan di Jalan Macalister diserang individu yang tidak dikenali yang membaling bata sehingga menyebabkan lubang besar pada pintu kacanya.

penang gerakan hq brick thrown through glass door 2Insiden itu berlaku pada jam 12.15 tengah hari ketika pemimpin Gerakan dan beberapa kakitangan berada di situ untuk menyerahkan elaun BR1M bernilai RM500 kepada lima penerima.

"Kami terkejut bila dengan bunyi bising yang kuat. Dua ketul bata dibaling, satu kena pintu dan satu lagi kena pintu kaca," kata Ketua Komunikasi, Penerangan dan Publisiti Gerakan Thor Theong Ghee.

"Lelaki itu sangat berani, dia bahkan datang duduk kira-kira seminit di kawasan menyambut tetamu. Kakitangan kami berjaya mengambil gambar aksi dan nombor kenderaannya. Kami buat laporan polis," tambahnya.

Mengutuk sikap itu, Thor berkata, motif serangan itu tidak diketahui walaupun tanggapan umum boleh mengaitkannya dengan politik.mk

Tinggalkan Komen

Tiada komen.

RSS Komentar URI Pengenal Pasti Jejak Balik

02 di padang terap - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di padang terap - Google Blog Search


Kejohanan Balapan & <b>Padang</b> MSSD <b>Padang Terap</b> 2013 - sekolah <b>...</b>

Posted: 09 Mar 2013 07:18 AM PST

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Padang Terap Kali Ke-5 Tahun 2013 telah dilansungkan pada 7, 8 dan 9 Mac 2013 di SMK Tunku Anum, Jitra, Kedah. Pada tahun ini Kontijen SK Nami telah menghantar seramai 21 Atlit bagi menyertai kejohanan kali ini.

 Sebahagian dari Atlit SK Nami 2013

Sekolah Kebangsaan Nami berjaya merangkul 1 Pingat Emas, 1 Pingat Perak dan 1 Pingat Gangsa pada Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Padang Terap Tahun 2013. Sekolah Kebangsaan berjaya membaiki pungutan pingat tahun lepas dengan menduduki tempat ke-8 keseluruhan.

Sekolah Kebangsaan Naka berjaya mengekalkan kejuaraan tahun lepas apabila muncul Johan Keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Padang Terap 2013 dengan pungutan pingat 11 Emas dan 3 Perak. Manakala Sekolah Kebangsaan Perik berjaya muncul Naib Johan Keseluruhan dengan 7 pungutan pingat ( 2 Emas, 5 Perak dan 2 Gangsa). 

SENARAI KUTIPAN PINGAT 

(SEKOLAH RENDAH)

Manakala SMK Dato' Syed Ahmad muncul Johan Keseluruhan bagi kategori sekolah menengah dengan 54 pungutan pingat keseluruhan (22 Emas, 16 Perak dan 16 Gangsa). Manakala SMK Naka pula muncul sebagai Naib Johan Keseluruhan dengan 34 pungutan pingat (11 Emas, 11 Perak dan 12 Gangsa).

SENARAI KUTIPAN PINGAT 

(SEKOLAH MENENGAH)

02 di kuala ketil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kuala ketil - Google Blog Search


asrama pelajar <b>di kuala ketil</b> gagal - beritakuin . blogspot . com

Posted: 03 Mar 2013 07:13 PM PST


Mana ada Universiti yang buat kampus besar tapi tidak  ada penginapan pelajar.. dari 8 blok kemudian kata kurangkan kepada 4 blok.... kemudian kurangkan sampai tidak langsung ada blok penginapan pelajar dalam kampus Kuala Ketil.
Apabila JAZAN (Jamil dan Azizan) tergesa-gesa nak pindah hanya kerana isu politik, maka JAZAN mendakwa bahawa boleh siapkan asrama pasang siap dalam tempoh 4 minggu untuk menampung pelajar seramai lebih dari 1,000 orang. Skuad BERSIH kata ini kerja gila yang tak pernah dibuat dek orang. Tapi JAZAN kata boleh , oleh itu JAZAN tambah cuti pertengahan semester 4 minggu (jadi semua lima minggu cuti pertengahan sem)
Bila sampai masa yang sepatutnya siap , JAZAN dapati bahawa memang tak boleh siap sperti yang didakwa SKUAD BERSIH KUIN, oleh itu JAZAN lanjutkan lagi tempoh cuti pertengahan semester sehingg jumlah keseluruhan cuti semester berjumlah 7 minggu  (tak pernah dibuat orang cuti sem lama sebegini).
Terkini , memang JAZAN setelah melanjutkan cuti , juga terbukti gagal untuk siapkan asrama pasang siap walaupun sudah dua kali melanjutkan tempoh pengajian pertengahan semester.
JAZAN terpaksa juga untuk memaksa pelajar untuk belajar .... saya akan bongkarkan apa dah jadi kepada asarama dan pelajar yang terang-terang menganiaya pelajar terutama pelajar antarabangsa yang langsung tidak terjaga kebajikannya.
Persoalannya mana perginya Majlis Perwakilan Pelajar sehingga langsung tidak membela kebajikan pelajar. MPM baru ini hanya menjadi tukang sampaikan maklumat HEP sahaja. Kalau kata pak turut nanti marah pulak..... Kesian pelajar teraniaya disebabkan JAZAN.Menurut sumber hanya 19 % sahaja yang keluar mengundi MPM tahun ini, bermaksud perlantikan MPM tahun ini bukanlah mewakli majoritipelajar......

kamera kupang: #KUIN <b>di Kuala Ketil</b> dah macam &#39;PENJARA <b>...</b>

Posted: 19 Mar 2013 05:03 AM PDT

Pagi tadi aku mendapat berita mengenai satu Majlis yang akan di hadiri oleh MB ditaktor Azizan Razak di KUIN Kuala Ketil. Majlis yang akan berlansung pada pukul 3.00 petang.
Sesudah aku sampai di hadapan pintu masuk ke Kolej tersebut, "mak ai'..Aku terkejut hampir 15 penganut PAS yang mungkin juga unit anul PAS di tugaskan menjaga pintu masuk KUIN tersebut.

Apabila kawalan ketat dilakukan oleh Unit Keselamatan KUIN dan dibantu oleh Unit Amal PAS dan Agen PAS dikalangan MTD Kuala Ketil.

mereka masing-masing memakai baju berlogo PAS dan Unit Amal, dan sebahagiannya lagi memakai vest berlogo Majlis Tindakan DUN PAS Kuala Ketil.
Kalau dulunya mereka kata skuad BERSIH adalah agen UMNO, maka sahlah Jamil, Wan Su Camry, Latifah, Rohani, Kapten H dan semua kuncu-kuncunya adalah agen PAS
Bagaimana tidaknya, semua keputusan dan kuasa diberikan kepada agensi PAS seperti Unit Amal dan MTD KK.Mereka bertindak dengan serakah mengusir kereta kakitangan KUIN, mereka serakah dengan menahan kakitangan KUIN, mereka serakah dengan menghambat kakitangan KUIN. Adakah ini yang KUIN mahukan dalam melaksanakan kerja secara Islam.
Apa kuasa yang Jamil, Wan Su Camry dan kapten Halim berikan pada mereka sehingga berani menghalang kakitangan KUIN sebegini rupa? Kurang hajar sungguh mereka itu . 
Mereka bertopengkan Islam  hanya mahu mempertahankan Azizan. 

sumber


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


(Gambar) Suasana Malam <b>di</b> Pantai <b>Tanjung Dawai</b>, Sungai Petani <b>...</b>

Posted: 19 Jan 2013 06:38 PM PST

Semasa Percutian di Pulau Pinang dan Kedah tahun lepas, sempatla singgah di Pantai Tanjung Dawai, Sungai Petani pekena Ikar Bakar. Sempatla snap gambar pemandangan malam di pantai ini.

Pantai Tanjung Dawai Sungai Petani 1

Biru-Biru, Pulau di sebelah sana. Umm, lupa pula pulau apa

Pantai Tanjung Dawai Sungai Petani 2

Ramai juga yang lepak di pantai time ni
Pantai Tanjung Dawai Sungai Petani 4

Dah lama tak tengok pemandangan camni. Dulu kecil-kecil, tiap-tiap minggu katakan pergi pantai
Pantai Tanjung Dawai Sungai Petani 5

Indahnya Alam Ciptaan Tuhan
Pantai Tanjung Dawai Sungai Petani 6

Jom ke Pulau
Pantai Tanjung Dawai Sungai Petani 7

Next time, InsyaAllah singgahi lagi di sini. Ikan Bakar di sini memang sedap

02 di pendang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di pendang - Google Blog Search


KedahLanie.info: Malam nanti <b>di Pendang</b> akan muncul optimus <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2013 05:40 PM PST

02 di yan kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di yan kedah - Google Blog Search


~ LoVeLY aZaLYea &#39; s sToRy ~: PICNIC <b>DI</b> TITI HAYUN, <b>YAN</b>, <b>KEDAH</b>

Posted: 13 Feb 2013 06:41 PM PST

CNY holidays kali nie xde plan keluar dari negeri Kedah pun since mr. hubby cuma cuti 3 hari sajer! Aku jer cuti lama 9 hari so 3 hari tu dimanfaatkan dengan sebaik-baik mungkin dgn aktiviti kekeluargaan di dalam negeri Kedah sajer...selain daripada aktiviti menambahkan lemak dgn memenuhi undangan ke majlis-majlis perkahwinan..ada jugak laa bawak anak-anak pi picnic di Titi Hayun, Yan, Kedah...likasi favourite kami sebb inilah tempat mandi manda terdekat dgn rumah kami...dah set terus angkut anak-anak pi sana...apa benda persiapan bekal pun tak bawak, just goreng nugget tempura then bawak sos cili+sos tomato+ mayonis jer...giler sempoi punya bekal! Selalu gigih memasak bihun goreng laa nasi campur ulam sambal belacan bagai! Kali ni bawak jugak nasi tapi tapau nasi kandaq kat kedai depan rumah nie jer..jadik laa...
Jom layan gambar yer kawan-kawan...
Yang paling happy budak-budak berdua nie  laaa...bila-bila masa pun kalau ajak mandi sungai / air terjun memang depa laa yg paling happy ...
Tapi airnya cetek...musim kemarau agaknya...takat lutut aku pun x sampai...terus terbantut niat nk berendam sama...kasi chance kt anak2 sudah laa...
Anak dara aku yg makin debab...;p
Leka nk tangkap anak-anak ikan ..
Bekal...sejuk2 berendam mmg selera jer makan semuanya!
Mak dugong berendam...huhu




 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved