Ahad, 24 Mac 2013

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

02 di changlun - Google Blog Search

02 di changlun - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

02 di kodiang - Google Blog Search

02 di kodiang - Google Blog Search


kajian mengenai dialek kedah dengan bahasa melayu baku

Posted: 07 Mar 2013 11:44 AM PST

FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

SKBL 2113

APLIKASI KOMPUTER DALAM  LINGUISTIK

TAJUK : KAJIAN MENGENAI DIALEK KEDAH DENGAN BAHASA MELAYU BAKU DI DAERAH KODIANG

NAMA PENSYARAH :

DR. ZULKIFLI BIN AHMAD

NAMA & NO. MATRIK PELAJAR :

NURSYAKIRAH BINTI NORDIN

A 137318

 

 

BAB I

PENDAHULUAN

1.1              PENGENALAN

Dialek merupakan satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial yang berbeza daripada bahasa standard. Menurut Edward Sapir, dialek dikenali sebagai bentuk percakapan tempatan yang berbeza dengan bentuk bahasa kesusasteraan. Maka, bolehlah dirumuskan bahawa dialek merupakan satu bentuk percakapan yang berupa tempatan yang terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja.

Bahasa Melayu Kedah merupakan salah satu dialek yang dituturkan oleh masyarakat Malaysia di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Perlis. Bahasa Melayu Kedah juga dipertuturkan di Wilayah Selatan Thailand iaitu Satun.

Penduduk di Trang, Thailand juga menuturkan bahasa Melayu Kedah dengan pengaruh bahasa Thailand. Penutur dialek Melayu ini keseluruhannya dianggarkan lebih 4 juta (sekitar 3,1 juta penutur bahasa ibunda dan selebihnya digunakan sebagai bahasa kedua). Selain negeri-negeri tersebut, dialek ini juga dituturkan di selatan Myanmar dan sebuah tempat di utara Sumatera. Masyarakat setempat merujuk kepada Bahasa Melayu Kedah ini sebagai loghat utara (dialek Utara-oleh Malaysia) dan pelat Kedah (dialek Kedah di Negeri Kedah).

Bahasa Melayu Dialek Kedah juga boleh dibahagikan kepada beberapa subdialek yang diterdiri daripada Kedah Persisiran (standard), Baling ataupun Kedah Hulu, Kedah Utara, Perlis-Langkawi, Pulau Pinang dan lain – lain (Luar Malaysia).

 

1.2              PERNYATAAN MASALAH

Kajian yang dilakukan secara komprehensif dan betul akan dapat menghasilkan sebuah dapatan kajian yang baik. Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengetahui perbezaan yang terdapat dalam dialek Kedah Kodiang dengan bahasa Melayu baku berdasarkan aspek-aspek linguistik seperti aspek dari segi sebutan, pembentukan kata, penggunaan ayat, semantik dan juga pragmatik.

1.3              SOALAN KAJIAN

Persoalan yang timbul dalam kajian ini ialah seperti berikut:

1.3.1    Apakah sama sebutan yang terhasil bagi sesuatu perkataan di antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?

1.3.2    Apakah proses pembentukan kata yang berlaku dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?

1.3.3    Adakah sama sistem tatabahasa dan susunan ayat yang digunakan dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?

1.3.4    Bagaimanakah sesuatu perkataan yang sama boleh mempunyai makna yang berbeza dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?

1.3.5    Apakah ada penggunaan bahasa mengikut situasi yang berbeza di antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?

 

 

1.4              OBJEKTIF KAJIAN

1.4.1    Mengenal pasti perbezaan sebutan di antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku.

1.4.2    Melihat aspek pembentukan kata yang hadir dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku.

1.4.3    Meninjau aspek penggunaan ayat/tatabahasa dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku.

1.4.4    Menyelidik perbezaan makna kata yang berlaku antara dialek  Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku.

1.4.5    Mengenal pasti perbezaan yang terdapat dalam penggunaan bahasa mengikut situasi yang berbeza di antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku. Sebagai contohnya penggunaan bahasa dalam situasi formal di pejabat antara majikan dan pekerja.

 

 

1.4    SKOP KAJIAN

Skop kajian ini adalah di Kodiang yang merupakan salah satu tempat yang terletak di negeri Kedah Darul Aman. Skop kajian ini dipilih kerana berdasarkan latar belakang responden yang lahir di negeri Kedah, anak jati dan menetap di Kodiang, Kedah. Responden merupakan salah seorang mahasiswa yang belajar di UKM, Bangi, Selangor.

 

1.5    KESIMPULAN

1.5.1    Sebagai kesimpulannya, kajian yang ingin dijalankan oleh pengkaji diharapkan dapat memenuhi objektif yang sebenar. Hasil yang baik akan diperoleh sekiranya kajian ini mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

 

BAB 2

KOSA ILMU (kiv)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1       PENGENALAN

Metodologi kajian atau kaedah kajian merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu rumusan.

Metodologi menerangkan cara sesuatu sesuatu masalah disiasat dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan.

Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian.

 

 

3.2       SAMPEL KAJIAN

Sampel kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah terdiri daripada seorang responden yang berasal daripada negeri Kedah iaitu di Gurun berumur 22 tahun. Responden merupakan seorang anak jati dan penutur natif dialek Kedah.

 

3.3       ALAT KAJIAN

Kaedah atau metodologi kajian yang akan digunakan untuk mengumpul maklumat adalah seperti berikut:

3.3.1    Soal selidik.

Soal selidik dibuat dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan perisian "Survey Monkey". Soalan-soalan didraf terlebih dahulu dan dimasukkan ke dalam perisian "Survey Monkey". Soalan yang telah siap didalam perisian "Survey Monkey"akan dihantar kepada responden untuk dijawab oleh responden tersebut.

3.3.2    Rakaman.

Rakaman video akan dilakukan dengan menggunakan perakam video di telefon dan rakaman suara dengan menggunakan MP3.

 

 

3.3.3    Blog

Blog digunakan untuk memaparkan setiap hasil kajian yang telah saya lakukan dan perolehi dengan menggunakan wordpress.

3.3.4    Antconc

3.3.5    Video converter

3.3.6    Soundcloud

 

3.5       KESIMPULAN

Metodologi kajian yang dipilih diharapkan dapat membantu pengkaji menjayakan kajian yang dijalankan seterusnya memperoleh hasil kajian yang terbaik.

02 di kubang pasu - Google Blog Search

02 di kubang pasu - Google Blog Search


KedahLanie.info: MAT SABU sesuai calon parlimen <b>KUBANG PASU</b> <b>...</b>

Posted: 09 Feb 2013 06:30 PM PST

Kubang Pasu merupakan parlimen yang amat menarik diperhatikan. Selaku parlimen mantan Perdana Menteri iaitu Tun Mahathir yang rasanya amat diketahui 1Malaysia. Sebelum kita soroti lebih jauh lebih baik kita melihat elemen yang terdapat di parlimen ini. Parlimen Kubang Pasu yang keluasannya sebesar negeri Perlis bersempadan dengan Thailand( Danok ), Penang, Perak dan Kelantan. Kedudukannya yang stategik menyebabkan banyak pembangunan yang berjaya dilakukan samada oleh pemerintah ataupun pihak swasta. Kalau hendak dibandingkan Kubang Pasu 20 tahun yang lepas memang terdapat perbezaan yang amat ketara.
Kubang Pasu dikelilingi dengan institusi pengajian tinggi seperti UUM, Institut Aminudin Baki, Institut Perguruan Malaysia Kampus Darulaman, Institut Latihan Perindustrian, kolej Komuniti dan banyak lagi institusi yang berada disini. Selain itu juga terdapat 51 buah sekolah kebangsaan, 30 buah sekolah menengah kebangsaan, MRSM, SBPI dan Sekolah Mengenah Sains Kubang Pasu. Ibarat kata Kubang Pasu seperti Bandar Baru Bangi di Selangor yang penduduknya juga dikalangan orang yang berpendidikan tinggi.

Ironinya dari segi politik terdapat perubahan politik yang ketara walaupun masih dimenangi oleh UMNO. UMNO pernah memenangi Parlimen Kubang Pasu dengan majority melebihi 25 ribu tetapi angka tersebut semakin berkurangan setiap kali pilihanraya antara 5 – 7 ribu. Pada PRU12 UMNO hanya menang dengan majority 7 ribu melalui calonnya Datuk Johari Baharum. Pada tsunami politik 2008 Kubang Pasu satu-satunya parlimen yang PAS kecundang di Parlimen dan DUN ( Bukit Kayu Hitam dan Jitra ) memandangkan di 14 Parlimen lain PAS memenangi samada kerusi DUN atau PARLIMEN ataupun menyapu bersih semua sekali.
Selepas PRU12 kebangkitan anak muda semakin ketara tidak ketinggalan di Kubang Pasu. Ekoran daripada itu terdapat pihak yang merupakan penyokong PAS yang dikenali sebagai PEMBELA yang perangainya sebijik macam UMNO diketuai oleh BASIR ISMAIL, IR JAMAL NASIR dan konco-konconya. Mereka ini menyerang PAS KAWASAN tanpa adab dan penuh KURANG AJAR. Mereka pernah menggelarkan kepimpinan PAS KAWASAN sebagai manusia paling bodoh di dunia dan kemudiannya di sambut dengan gelak ketawa dan tepuk tangan dari pengikut-pengikutnya. MEMANG KURANG AJAR PUN. Pada ketika itu juga mereka ini dikatakan mendalangi pengedaran buku KENAPA USTAZ AZIZAN TIDAK BOLEH MENJADI MB ketika muktamar PAS di batu 9 serta menyerang peranan yang dimainkan oleh AHLI MAJLIS pada ketika itu. Mereka ini telah menghasut untuk mengajak penduduk membuat demontrasi menyerang AHLI MAJLIS dan PAS KAWASAN demi kepentingan diri sendiri. Mereka mewujudkan USRAH KUBRA ( DAH PUPUS PUN ) sebagai wasilah untuk mencari pengaruh dan menghantam kerajaan negeri dan PAS KAWASAN.
Pada pemilihan PAS pada tahun 2011, konco-konco mereka ini berjaya memenangi beberapa jawatan samada pada peringkat dewan pemuda atau pun kawasan. HASILNYA, Dewan Pemuda Pas Kubang Pasu seperti tidak wujud. Katanya Timbalan Ketua Pemuda Kaman Jaafar yang merupakan penerangan PEMUDA NEGERI yang sering dilihat di kedai kopi gagal menghidupkan PEMUDA KUBANG PASU walaupun bercakap di peringkat negeri macam garuda tetapi di kawasan macam beruk kementoi, lesu macam bangkai bernyawa. Sebagai contoh, pada HKR112 parlimen lain boleh merancang belasan buah BAS tetapi KUBANG PASU memang hampeh pun, sehinggakan penduduk KUBANG PASU merasakan DEWAN PEMUDA KUBANG PASU SUDAH BUBAR DAN TIDAK WUJUD LAGI….
Setelah puak-puak ini berjaya mempengaruhi pemilihan PAS KAWASAN dan akhirnya agenda mereka ini semakin mencapai kejayaan. Puak-puak ini berjaya menjadi AHLI MAJLIS dengan sedikit tipu daya yang memang tidak lagi menjadi rahsia lagi di KUBANG PASU. Semenjak itu mereka ini ibarat duri dalam daging dalam pentadbiran PBT dan kerajaan negeri sehinggakan terdapat EXCO yang memang amat mempercayai puak-puak ini. Banyak masalah yang ditimbukan oleh mereka ini yang menjadi liability dan beban pada PAS. Antara isu-isunya:
1. Tapak bazaar Ramadhan di Yawata yang dikatakan mereka ini berjaya memperolehi puluhan ribu ringgit kerana membuka khemah diluar kebenaran YDP MDKP dan menyalahgunakan kuasa mereka sebagai ahli majlis. Katanya ada pihak yang tidak berpuas hati telah melempar mercun di rumah ahli majlis di Taman Bunga Raya.
2. Isu perlantikan YDP MDKP yang mana mereka telah berdemontrasi di wisma negeri dan di Jitra serta menuntut perletakan jawatan SUK Datuk Rasli. Membuat gempak gempita mamcam beruk mendapat buah pisang, akhirnya senyap begitu jua, kembali sepertimana arahan asal, yang susahnya MB yang terpaksa mengadap YDPA.
3. Nat Tok Jalai : diluluskan dalam mesyuarat Ahli Majlis setelah berunding dengan persatuan penjaja dan mendapat persetujuan secara majority dengan para penjaja tetapi akhirnya berlagak HERO membela nasib penjaja ( perangai macam puak munafik ) dan kesudahannya sehingga hari ini gagal diselesaikan.
4. Projek-projek kecil yang diberikan kepada kroni dan konco-konco mereka yang semakin kaya raya sekarang. Sebab tu depa nie perangai sebijik macam UMNO cuma ahli je PAS.
5. Banyak lagi isu2 yang nak diterangkan rasanya sampai esok tak habis kalau tulis perangai buruk puak2 nie. Itu x kira lagi isu pasaipa ada puak2 nie yg pernah dipecat jawatan dalam PAS…..
Menjadi satu yang mengecewakan apabila terdapat suara2 yang mengatakan puak2 yang berjiwa UMNO nie akan diangkat sebagai calon PRU13. Kalau tiada angin masakan pohon bergoyang. Katanya ir Jamal Nasir yang katanya bini pun sorang pun tak boleh nak jaga akan diangkat sebagai calon. Sejak tahun lepas rata tempat turun berceramah berkempen untuk diri sendiri dan akhir-akhir ini katanya akan mewakili PARLIMEN bukan lagi DUN. Adakah PAS dah ketandusan calon di KUBANG PASU sehinggakan hendak mencalonkan calon yang bermasalah??? CALON INI akan menjadi liability pada PAS dan PAS terpaksa menjawab banyak isu yang dibuat oleh puak2 nie. RASANYA UMNO TENGAH BERSEDIA DENGAN PELURU BERPANDU UNTUK MENYERANG PAS
DENGAQ-DENGAQ CAKAP, ada UPU yang bersedia untuk menutup bilik jentera pilihanraya sekiranya calon yang bermasalah ini diangkat sebagai calon. KUBANG PASU kawasan yang dipenuhi golongan INTELEKTUAL DAN BERPENDIDIKAN tak kan la nak meletak calon GRED C setakat memperolehi 
( ir ) tetapi tidak mempunyai kewibawaan. Rasanya KUBANG PASU sebagai kerusi mantan PERDANA MENTERI di letakkan ABANG MAT SABU yang pasti mendapat sokongan ramai pihak memandangkan PARLIMEN KUBANG PASU populasi penduduknya yang pelbagai kaum meliputi MELAYU 50%, 30% CINA, 10% INDIA DAN 10% SIAM DAN LAIN2. ABANG MAT SABU INSYA ALLAH memperolehi kejayaan dengan sokongan semua pihak dan kaum dan pasti menggerunkan JENTERA UMNO……

02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


Rumah terbakar <b>di Sik</b>, empat beranak tinggal sehelai sepinggang <b>...</b>

Posted: 04 Mar 2013 02:40 AM PST

Sik, 4 Mac: Empat beranak di Kampung Belukar di sini tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran hari ini.

Mujur dalam kejadian 8.30 pagi itu, kesemua penghuninya tiada di rumah. Norizan Zainal Abidin, 34, berkata ketika kejadian, dia berada di rumah ibu saudaranya yang terletak tidak jauh dari rumahnya itu manakala suaminya keluar menoreh getah dan dua anak lelaki yang berumur 14 dan tujuh tahun ke sekolah.

"Saya terhidu bau asap ketika berada di rumah ibu saudara yang jaraknya tidak jauh dari rumah saya ketika itu dan bergegas balik. Saya melihat rumah kami sudah terbakar," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya dia tidak sempat menyelamatkan apa-apa berikutan api marak dengan cepat dan jiran melarangnya masuk ke dalam rumah.

Suami Norizan, Shaffie Ismail, 44, yang bergegas pulang setelah dihubungi jirannya, bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian itu.

Api dipadamkan tujuh anggota Bomba Dan Penyelamat dari Balai Bomba Sik. Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan. -BERNAMA

 

 

var addthis_config={"data_track_clickback":false,"data_track_addressbar":false,"data_track_textcopy":false};var addthis_product='wpp-265';

[SERAM] Diganggu Lembaga Putih <b>di</b> Jalan Jeniang-<b>Sik</b> | Apa Hell?

Posted: 12 Mar 2013 07:43 AM PDT

Tuesday March 12, 2013
Aku masih ingat lagi. Masa tu tahun akhir degree. Aku dan member sekolej di Kelantan terpaksa transfer kredit ke another kolej di Kedah untuk meneruskan perjuangan dalam pengajian agama. Kolej baru tu di Alor Setar. Korang tahu kan kolej apa. Terpaksa kerana pada tahun tu, kerajaan M'sia menutup pintu sambung belajar ke al-Azhar, Mesir dan menetapkan syarat2 baru yg lebih ketat. Beribu-ribu pelajar menerima khabar malang itu dengan sakit hati dan redha. Ok skip to da story.
Aku baru kali pertama jejak kaki ke Kedah. Bertolak dengan kereta kancil pagi-pagi lagi ke Kedah. Selesai sahaja urusan pendaftaran di kolej baru kira sebelah petang, malamnya ada kawan-kawan ajak balik rumah sebab ada seminggu lagi nak mulakan pengajian. Aku pun apa lagi, tengah malam tu jugak aku setuju untuk balik ke Kelantan semula. Tak tahu lah kenapa malam tu terus nak balik. Walhal badan tengah penat baru sampai dari Kelantan-Kedah.
Jam hampir pukul 12 malam. Dengan kancil cikai, ada aku dan 3 lagi rakan lain. Tapi awal-awal bertolak, aku tak drive. Aku bagi kat member lain drive. Aku rest kat belakang dengan sorang member lagi. Biarkan dua lagi kat depan tu sembang-sembang. Aku akhirnya terlelap dengan member sorang lagi kat belakang. Kroh kroh.
Sedar-sedar driver berhenti dekat sebuah kedai makan. Kalau tak silap, jalan tu namanya jalan Jeniang-Sik. Member nak buang air rupa-rupanya. Tapi oleh kerana ramai customer kat kedai makan tu guna tandas, si member ni ambik jalan mudah buang air kat tepi semak dekat kawasan gelap dekat situ. Dua-dua member kat depan buang air. Wallahua'alam dorang ni cuci dengan air ke tak. Okay, perjalanan diteruskan. Actually aku pun tak tahu sangat tentang jalan tu. Aku ingat kawan aku tu lagi tahu la kot dari aku. So aku biar je dia drive. Sekali lagi terlelap kat belakang dengan member. Sedar-sedar dah jauh sampai ke tempat yang gelap. Lalu jalan yang gelap tade orang. Rumah pun tade tepi2. Tak tahu kat mana. Aku tanyalah member, "kat mana?" Dia jawab dia sendiri pun tak tahu kat mana. Sepatutnya masuk satu simpang ni utk tembus ke Baling-Gerik. Tapi tak jumpa simpang/cabang tu. Aku pun suruh dia u-turn.
Ok. Time dia u-turn kete tu, tibe-tibe aku dan member kat belakang rasa seriau gile. Naik semua bulu2 roma kami berdua kat belakang. Aku tanya member kat belakang tu, dia rasa tak apa aku rasa. Dia kata dia pun sama. So kitorang sama2 baca ayat-ayat al-Quran senyap2. Perjalanan diteruskan..50KM rupa2nya kitorang tersesat ke jalan gelap tu. Jumpalah akhirnya satu simpang ni. Apalagi driver terus masuk. Tapi tambah cemas bila salah simpang la plak. Masuk jalan yang gelap gak. Aku pun tak sedap hati dah. Aku mintak tukar driver lak. Skang aku sendiri yang pandu kete tu.
Alhamdulillah, bila aku drive, jumpa lak simpang tu. Elok2 plak jumpa. Aku pun teruskan perjalanan melalui jalan simpang tu. Jalan shortcut sebenarnya simpang ni. Jalan kecik je. Ada la dalam 50km lebih gak kalau tak silap. Or 100Km ke jalan besar Baling – Gerik.
Tapi dengan izin Allah, jalan shortcut tu hanya ambil masa 5 minit sahaja ke jalan besar malam tu. Berpuluh2 KM boleh dapat 5minit perjalanan tak? Logik tak? Jika 10KM mungkinlah logik.
Dengan izin Allah juga, sampai je ke jalan besar, ketiga2 kawan terlelap padahal tadi duk borak elok2. Betul2 tdo. Kecuali aku.
Time tu hujan renyai2. Lampu tinggi kete kancil ni memang dah rosak awal2 lagi. Lampu standard je yang pasang. Memang kena bawa slow2 lah dalam keadaan hujan macam tu. Ingat lagi meter kete hanya takat 60 km/j atau kurang. Tak laju pun. Kete time tu lak sedang menaiki kawasan bukit. Memanglah takleh pecut.
Aku ternampak kelibat putih dengan banyak sekali di depan kete betul tak sampai 50 meter di hadapan kete tibe2 muncul! Apa lagi aku cuba brek kuat2 sambil pulas stereng ke kanan. Tapi gedegang!!!! Hancur remuk bonet kete aku. Terempuh jugak benda tu..Kawan2 semua tersedar terkejut. Bawak 60km/j tapi brek macam 140km/j. Logik tak? Tapi itulah kenyataannya.
Pintu kiri sebelah depan takleh buka lgsg. Lampu pecah. Tapi mentol dia elok2 terpasang. Lampu tinggi yang rosak tibe2 elok kembali. Nasib baik kete tak mati, boleh terus berjalan. Aku dah cuak dah. Takut2 terlanggar orang ke. Tapi aku tengok ke belakang. Memang tade apa2! Lembu ke binatang2 lain ke..takde pape!! Serius tade! Tapi kete aku rabak.
Perjalanan diteruskan dalam keadaan aku bingung. Tertanya2 pada kawan aku. Kawan2 aku tak nampak apa yang aku nampak. Dorang pun blur. Sampai di satu tempat, kami berhenti check kereta. Memang teruk gak lah kete. Kalau nak repair kena beribu gak la. Kami lgsg tak perasan kat mana kami berenti tu. Rupa2nya di belakang tu kubur Cina yang luas. Anda mesti perasan kalau lalu lebuhraya ni. Tapi kami tak perasan benda ni.
Perjalanan diteruskan gak. Sampai ke Tasik Banding, ingat nak rehatlah. Penat dan bingung. Tapi baru je nak rehat. Tak sedap hati. Tengok di side mirror macam ada something je kat belakang tgh renung kitorang. Tapi macam tadi gak, hanya aku yang perasan. Aku kata, teruskan je lah perjalanan. Tak payah rehat.
So aku teruskan perjalanan.
Jalan lagi dalam kepenatan. Tapi tak lama. Tak sampai setengah jam, kami berempat penat teramat sangat2. Nampaklah satu kontena trailer lama kat tepi jalan. Aku pun decide nak rehat tepi trailer tu je lah. Tu je kenderaan yang ada kat tepi jalan gelap tu. Tade kenderaan lain. Sekurang2nya ada peneman dalam hati ni kata. So, aku park kete dekat trailer tu. Padamkan lampu kete, tak matikan enjin, free gear dan tarik handbrake. Tak sampai 1 minit, keempat-empat tertdo..
Kawan (1st driver) melaung2 nama aku. "Dee! kereta2!" Aku cepat2 bukak mata. Terkejut! Kereta jalan sendiri menaiki bukit!
Lampu tak pasang, gear masih free, handbrake masih tak turun. Tapi kereta jalan! Aku tengok kaki kanan aku bergerak sendiri hentak2 pedal minyak. Apa hal kaki aku ni?! Kete lak bergerak ke arah gaung. Aku kekalutan dan bersusah payah cuba stopkan kaki aku, nyalakan lampu dan akhirnya dapat kawal balik kete.
Skip cerita. Sampai kat rumah, after hantar semua kawan2 balik. Aku tertdo. Petangnya tibe2 ummi kejutkan aku. Ayah aku kena sampuk hantu meracau2. Suara dia dah bertukar jadi suara perempuan! Suara perempuan yang menengking2.
Skip cerita lagi. Akhirnya after ayah dah berubat. Aku dan kawan2 juga berkumpul kembali. 3 je berkumpul. Sorang lagi tak dapat datang sebab dia duk jauh. So berubatlah kitorang sebab bulu roma meremang tak turun2 dari pagi sampai petang. Semua muka pucat je. Tanyalah ustaz tempat berubat tu. "Ia" ada skang bersama2 kitorang. Ustaz tu pun berinteraksi lah dengan benda tu. Lalu dia cite la asal usul benda tu.
Ustaz tu kata pompuan tu asalnya wanita cantik, digilis trailer time nak lintas jalan kat simpang yg kitorang sesat tu. Jadi dia dendam pada manusia. Wallahua'alam. Skang rupanya mengerikan..pale sebelah hancur dan berdarah2 baju..
Then, after berubat dan ustaz tu hantar balik benda tu ke tempat asal dia datang. Kitorang ok balik. Alhamdulillah. Kalau tak, terasa berat badan dan tak sedap badan je.
Kami semua seram. Taknak lalu dah jalan Jeniang-Sik malam2.
Percayalah. Ni kisah saya alami sendiri.
P/s: Sumber dari Facebook. tak tahu benar atau tidak.. Sesiapa yang pernah melalui jalan Jeniang-Sik bolehlah kongsikan bersama kami.

Pengalaman Irdina Sekeluarga...: CARI MAKAN <b>DI SIK</b>

Posted: 10 Nov 2012 03:50 PM PST

23 Zulhijjah 1433
8 November 2012
Sekali lagi... aku bermusafir untuk menunaikan tanggungjawab... mencari rezeki sesuap nasi untuk diri sendiri dan keluarga.
Tugasan kali ni.... membuat penyelenggaraan berkala ke atas General X-ray di Hospital Sik.

Seawal jam 7.30 pagi... aku keluar dari rumah... dan menuju ke Sik... dengan Siput Sedut... motor cari makan...
Alhamdulillah.. cuaca agak cerah dan baik sekali. Jalan pun agak lengang.
Tunggangan aku agak santai. Lebih kurang sejam... aku berhenti sekejap di Tol Gurun.
Tak lama berhenti... aku terus ke Hospital Sik.
Sebaik sampai... minum sekejap... aku mulakan tugasan.
Hampir 4 jam melaksanakan tugasan... selepas makan tengahari... aku mulakan perjalanan balik ke Perlis.
Cuaca agak mendung. Sekarang ni selalu hujan di waktu petang.
Di pertengahan jalan... hujan mula turun.
Hujan mula lebat semasa sampai Gurun.
Akhirnya... aku selamat sampai Alor Star... dan berhenti sekejap untuk menikmati kopi 'o' kat kedai selepas Tol Alor Star Utara.
Hujan pun dah berhenti...
Selesai minum... aku sambung perjalanan balik...
Alhamdulillah... selamat sampai rumah...
"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."
Published with Blogger-droid v2.0.9

02 di jitra - Google Blog Search

02 di jitra - Google Blog Search


Gambar: Resepsi Farid & Diana <b>Di Jitra</b>, Kedah | MyNewsHub

Posted: 12 Dec 2012 02:34 AM PST


Selepas satu-persatu kontroversi melanda dalam isu mendirikan rumah tangga mereka, pasangan pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle masih lagi mampu untuk tersenyum gembira.

Selepas selesai dengan majlis resepsi untuk sebelah keluarga Diana yang dilakukan minggu lalu, timbul cerita mengenai Farid mempersendakan pakaian rasmi tentera negara.

Buktinya, Farid dan Diana masih lagi gembira dalam majlis resepsi perkahwinan mereka untuk sebelah keluarga Farid di Jitra, Kedah pada hari ini.

Farid dan Diana dilihat memakai persalinan baju tradisional songket berwarna keemasan.

Ternyata, kecantikan Diana semakin teserlah sejak dia disahkan hamil.

Alhamdulillah! Akhirnya majlis mereka berjalan dengan lancar.

Yang pasti, Farid selepas ini akan memberikan tumpuan untuk menjawab segala kontroversi mengenai pakaian tentera yang dipakainya selepas majlis resepsi di Kedah selesai.

Oleh: SORAYA IMAN
Sumber Foto: Rotikaya.com

BACA: Awek Wan Zack Pandai Nyanyi, Bakal Meletup!

BACA: Farid Kamil Akan Jelaskan Isu Salah Guna Uniform

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Gulai Itik dan Pak Loong <b>di Jitra</b> | Laman Artikel DBP

Posted: 24 Dec 2012 12:12 AM PST

Jitra, sebuah bandar dalam kawasan Parlimen Kubang Pasu terletak 20 kilometer ke utara Alor Setar. Kedudukan bandar Jitra lebih kurang 30 kilometer dari sempadan Malaysia – Thailand di Bukit Kayu Hitam. Oleh sebab kedudukannya yang hampir dengan sempadan Thailand, banyak penduduk Jitra berketurunan Siam dan dapat bertutur bahasa Siam. Nama Jitra juga berasal daripada bahasa Siam yang bermaksud "berhenti rehat". Selain Jitra, banyak nama tempat di Kedah berasal daripada bahasa Siam, umpamanya Kodiang (pulau merah), Changloon (gajah duduk), Bedong (riuh-rendah), Tokai (saudagar) dan Sik (empat).

Sewaktu Peperangan Dunia Kedua, Jitra ialah kubu pertahanan hadapan yang utama bagi Tanah Melayu. Pertempuran sengit antara tentera Jepun dengan tentera British yang dikenali sebagai "Pertempuran Jitra" berlaku pada 11 dan 12 Disember 1941. Jepun berjaya menduduki Bukit Jantan dan Bukit Alor, kubu yang strategik dan penting bagi pertahanan Jitra. Pasukan British berundur ke Sungai Bata dan Kelubi di selatan Jitra untuk memperkuatkan kedudukannya. Akhirnya, Jitra dapat ditawan oleh tentera Jepun pada 12 Disember 1941.

Di beberapa buah tempat di daerah Jitra, masih kedapatan kesan atau bekas kubu pertahanan tentera British. Bapa penulis menceritakan bahawa pada zaman kanak-kanak, dia dan kawan-kawannya selau juga terjumpa senapang dan peluru yang timbul ke permukaan tanah akibat hakisan hujan. Bahan atau belerang yang terdapat dalam peluru tersebut masih elok, walaupun telah tertimbus selama 50 tahun. Mereka mengeluarkan bahan tersebut dan apabila dibakar, ia masih berfungsi, terbakar seperti bunga api.

Sewaktu kunjungan ke Jitra baru-baru ini, penulis menyaksikan betapa pesatnya perkembangan dan pembangunan bandar ini. Jika dahulu Jitra hanyalah sebuah pekan kecil, kini daerahnya semakin luas. Pertambahan penduduk serta peningkatan taraf hidup menyebabkan sebuah lagi pekan dibangunkan, iaitu Pekan Jitra 2 atau lebih dikenali sebagai PJ2. Terdapat beberapa buah sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan serta dua buah sekolah berasrama penuh (SBP) di sini. Selain itu, beberapa buah institusi pendidikan terdapat di Jitra, iaitu Universiti Utara Malaysia, Institut Perguruan Darulaman, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, MRSM Kubang Pasu, Institut Latihan Perindustrian, Institut Aminudin Baki dan Institut Kemahiran Belia Negara.

Deretan bangunan perniagaan mencerminkan pembangunan Jitra. Pelbagai kemudahan ditawarkan dan banyak syarikat muncul menjalankan perniagaan. Walau bagaimanapun, terdapat pemilik syarikat perniagaan yang hanya mementingkan keuntungan, lalu mengambil mudah tentang aspek kebahasaan.

"Shah's Butik" sepatutnya dinamakan "Butik Shah". "By'U Collection" sepatutnya "Koleksi By'U". "SNZ Indah Collection" sepatutnya dinamai "Koleksi SNZ Indah". Oleh sebab frasa penerangan di bawah nama kedai pada ketiga-tiga buah premis ini berbahasa Melayu, perkataan "blouse" pun perlulah ditulis dalam bahasa Melayu, iaitu "blaus".

Sekiranya "Noorle Collection" ditukarkan menjadi "Koleksi Noorle", tidak ada cacat celanya, malah lebih sedap dan pastinya difahami oleh semua orang.

"Pasaraya Ekonomi Indah Ceria" – memang sedap nama kedai ini. Sayangnya, terdapat kesalahan ejaan yang sepatutnya ditulis dalam dua perkataan, iaitu "pasar raya". Beberapa premis lain pun melakukan kesalahan yang sama pada perkataan pasar raya. Antaranya termasuklah "Pasaraya K Ceria", "Pasaraya SR Ceria" dan "Pasaraya Ekonomi Era Jaya".

Pujian harus diberikan kepada pemilik "Pusat Ekonomi BB". Bahasa Melayu ditulis dengan jelas dan besar, manakala bahasa Cina ditulis kecil sedikit pada bahagian bawah. Begitu juga dengan "Mahligai Cemara Enterprise". Sedap namanya apabila menggunakan bahasa Melayu yang indah. Terdapat juga perkataan bahasa Inggeris, tetapi ditulis kecil sedikit di bahagian bawah.

"Perniagaan Kain Lim" –  besar dan jelas sekali tulisan bahasa Melayu dan kecil sahaja tulisan dalam bahasa Cina. Lihat pula premis ini – "Pasar Raya Din Borong DM" dan "Pasar Raya Ekonomi Srijaya". Pemilik dua buah premis perniagaan ini menulis betul perkataan "pasar raya". Contohi juga "Kedai Kopi Teong Huat" yang mengutamakan bahasa Melayu daripada bahasa Cina. Tahniah kepada semua pemilik premis yang mengutamakan bahasa Melayu ini.

"Ryhan Raflesia – Butik & Cenderahati". Tiada masalah bagi nama premis ini. Indah namanya dan mudah pula untuk diingati.

"Suraya Beauty Shope – Kami Menjual Jenama Kosmetik …". Terdapat dua kesilapan di sini. Pertama, tidak menggunakan bahasa Melayu bagi nama kedai. Sepatutnya kedai ini dinamakan "Pusat Kecantikan Suraya". Kesilapan kedua adalah pada frasa "Kami Menjual Jenama Kosmetik …". Frasa ini bermaksud bahawa pemilik kedai ini menjual jenama kosmetik, bukan barangan kosmetik. Sudah tentulah jenama barangan tidak boleh dijual sesuka hati, sebaliknya barangan yang berjenamalah yang dijual di sini.

"Pusat Tuisyen Pintar Cerdas". Premis ini pastinya mengadakan kelas tambahan bagi para pelajar. Nama pusat ini pun sangat sesuai dan tidak ada kesalahan pada frasa namanya. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kecacatan apabila terdapat frasa bahasa Inggeris ditulis di bawah nama premis ini – "Smart Reader Programme is available here". Apa salahnya jika frasa tersebut dituliskan begini:  "Program Pembaca Pintar Terdapat di Sini".

Urusan pengambilan pelajar bagi kemasukan ke Kolej Legenda dilangsungkan di "pejabat urusetia". Kesalahan di sini adalah pada perkataan "urusetia" yang sepatutnya dieja dua perkataan, iaitu "urus setia".

"Desa Utara Electrical". Pemilihan nama "Desa Utara" memang sesuai, tetapi perkataan "Electrical" di hujungnya mencacatkan nama premis ini. Jadi, tukarlah kepada "Pusat Elektrik Desa Utara" – lebih sesuai dan sedap sebutannya.

Wah, ada masakan gulai itik dan ayam kampung di "Alesya's Corner"! Tentu berselera kalau dapat makan di sini.  Persoalannya, mengapa tidak menggunakan nama "Sudut Alesya", "Penjuru Alesya" atau "Bucu Alesya"?

"Restaurant D'Jitra Seafood" lebih sesuai jika ditukarkan menjadi "Restoran Makanan Laut D'Jitra". Sebuah restoran lagi dinamakan "Phoenix Gold Restaurant", diikuti tulisan Cina. Tidak menjadi masalah kalau dinamakan dalam bahasa Melayu, "Restoran Emas Phoenix".

"NCS Best Motors Sdn. Bhd."  Premis ini menjalankan perniagaan motosikal. Sama juga dengan premis yang menjalankan perniagaan ubat-ubatan ini – "Hucare Pharmacy Sdn. Bhd."  Begitu juga dengan kedai lampu hiasan ini – "Crystal Light Decor". Amat mengecewakan kerana tidak ada sepatah perkataan pun yang ditulis dalam bahasa Melayu pada tiga buah kedai ini.

Sebuah pasar raya mengadakan jualan ulang tahun. Di hadapan pasar raya itu terpampang iklan – "Anniversary Sale". Yang pasti, semua pembeli atau pelanggan pasar raya ini ialah masyarakat tempatan. Penduduk taman-taman perumahan yang baru muncul di persekitaran pasar raya ini juga adalah generasi muda yang hidup dalam era persekolahan yang bahasa pengantarnya adalah bahasa Melayu. Semuanya akan faham jika ditulis "Jualan Ulang Tahun".

"Kedai Carpet Batai Enterprise" – memang sakit mata melihat tulisan ini. Susah sangatkah hendak menggantikan perkataan "carpet" dengan perkataan "permaidani"? Kalau mahukan perkataan itu juga, betulkanlah ejaan menjadi "karpet". Di bawahnya pula ada perkataan "perabut" yang sepatutnya dieja "perabot".

"Pak Loong Enterprise" menarik perhatian saya. Tentu sahaja pemiliknya berbangsa Cina. Ia mudah diingat kerana hampir menyamai panggilan "pak long", iaitu bapa saudara bagi masyarakat Melayu. Nama "Kedai Emas Berseri Jaya" pun menarik juga. Pengunjung kedai ini pasti akan berseri-seri. Seri disinari kilauan emas dan berseri juga senyuman di bibir kerana badan disalut emas permata!

"Jitra Optical Centre – Pusat Optik". Tidak ada kesalahan di sini. Cuma, sebaik-baiknya "Pusat Optik Jitra" yang sepatutnya dibesarkan, bukan bahasa Inggeris yang lebih ditonjolkan.

Asyik dan menyeronokkan meninjau sebentar premis perniagaan sekitar Jitra. Alangkah baiknya jika para pengusaha premis perniagaan di sini, malah di mana-mana jua, merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sebelum menamakan premis masing-masing.  Sebagai makluman, DBP menerbitkan Siri Lembar Bahasa dan kini dapat dicapai melalui Laman sesawang DBP (http://www.dbp.gov.my) sebagai panduan bagi menamakan bangunan, syarikat, jalan, taman perumahan, perkhidmatan, pusat rekreasi, fesyen dan program media. Jadi, manfaatkanlah dan jangan sia-siakan teknologi di tangan anda!

Adnan Jamil

fyna here!: MUA : makeup tunang shakirah 10.11.12 <b>di jitra</b>

Posted: 22 Dec 2012 10:51 PM PST

kalini makeupkan tunang bfren fyna,fahmi
tak sangka dia yang bertunang dulu..cis! haha
1st time jumpa shakirah..comel,kecik molek..patotlah fahmi tergoda haha
dia req simple makeup for her engagement







nak jugak selit haha
berapa bulan lagi nak jadi laki orang oi..hehe
adik fyna jadi official photographer diorang ;)




all the photography done by my sis..
if korang nak jugak gambar macam ni..boleh hire my sis ye =) harga paling murah 
email : kiddykiddo.kid@gmail.com
untuk tengok my makeup job yang lain-lain boleh tengok di
email : fynahere85@yahoo.com



follow me for daily update
MAKEUP CLASS /TIPS ONLY RM1 PER WEEK AT MY TWITTALK
SO ALL CELCOM USERS, FOLLOW ME ON TWITTALK CELEBRITY..
JUST DIAL *22001 AND FOLLOW FYNA..THANKS!


02 di padang terap - Google Blog Search

02 di padang terap - Google Blog Search


sector 66: Tanah <b>Di</b> Durian Burung Daerah <b>Padang Terap</b>

Posted: 08 Jan 2013 11:57 PM PST

nak jual tanah di Durian Burung, PT 1244 Daerah Padang Terap (tanah sendiri). luas tanah
1.3439 Hektar. tanah pertanian. tanah sesuai untuk tanaman getah. lokasi
terletak di belakang balai polis durian burung. 200 meter dari jalan utama,
ada jalan masuk dan 3km dari pintu masuk sempadan malaysia durian burung.
rezab melayu.

nak jual murah2 ja rm 100,000 (boleh runding) beminat atau ada sebarang
pertanyaan boleh call. nak tengok tanah pun boleh diuruskan.

POTENSI MASA AKAN DATANG DITUKAR KEPADA REZAB ANTARABANGSA SEPERTI TANAH DI BUKIT KAYU HITAM.

 HARGA RM 100,000 (BOLEH RUNDING)


02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]