Selasa, 16 April 2013

02 di changlun - Google Blog Search

02 di changlun - Google Blog Search


Informasi Kedah Untuk Semua: 12.4 | Kg Belukar <b>Changlun</b> - <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2013 06:22 PM PDT

Informasi Kedah Untuk Semua: 12.4 | Kg Belukar Changlun - Di Ambang PRU13

12.4 | Kg Belukar Changlun - Di Ambang PRU13

YB Pakatan Rakyat Kedah

YB Barisan Nasional dan Bebas

  • TANGAN-TANGAN JAHANAM!

    -

    A picture speak a thousand words Gambar menterjemah seribu bahasa Mike nampak kekembaran dema? Sepusat sepusing, Apakah ada dalang asing? Kata Nujum Pak...

    3 days ago

  • -

    Pada 14 November, jam 9.30 pagi saya mempengerusikan majlis Perundingan Koperasi negeri Kedah di Hotel Darulaman, Bandar Darulaman diikuti dengan lawatan...

    1 year ago

  • ALMA RANGERS Juara Piala K.S.M Padang Serai.

    -

    Oleh Abd Wahab bin Osman. PADANG SERAI - Sebanyak 48 buah pasukan dari daerah Ipoh, Grik, Seberang Perai Utara dan Sungai Petani menyertai Pertandingan Bola...

    3 years ago

BLOG KEDAH: 02 <b>di changlun</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Apr 2013 11:11 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di changlun</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Mar 2013 11:46 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Hutan Kedah Terus Musnah <b>JITRA</b>: Walaupun isu aktiviti

Posted: 24 Feb 2013 06:55 PM PST


Posted by Kamaluddin @ 阿列克斯 on 25 Feb 2013 / 0 Comment

Kesan pembalakan yang dilakukan di Hutan Simpan Kekal Bukit Perangin, Changlun di Kedah.

Kesan pembalakan yang dilakukan di Hutan Simpan Kekal Bukit Perangin, Changlun di Kedah.

JITRA: Walaupun isu aktiviti pembalakan secara meluas di Pedu dan Gunung Inas di Kedah banyak dilaporkan, namun didapati masih ada lagi bukit-bukit di negeri ini digondol bagi tujuan berkenaan.

Terbaru, didapati kawasan seluas kira-kira 180 padang bola sepak di Hutan Simpan Bukit Perangin dibersihkan untuk aktiviti pembalakan.

Kerajaan negeri pimpinan PASBantah Sekolah Agama Rakyat: PAS & PKR Memenuhi Ciri Bangkang Dari Longkang. Read more … » itu dilaporkan meluluskan aktiviti penggondolan hutan di kawasan berkenaan lebih sebulan yang lalu.

Konsesi itu dipercayai dianugerahkan kepada pegawai berpangkat tinggi dalam Perkhidmatan Awam Kedah (KCS) dan tanah di kawasan itu akan ditanam semula dengan tanaman getah.

Difahamkan juga bahawa kerajaan negeri turut meluluskan kawasan seluas kira-kira 963 saiz padang bola di kawasan yang sama untuk tujuan serupa.

Datuk Johari Baharum bersama penduduk setempat ketika meninjau dengan lebih dekat kesan pembalakan yang di lakukankan di Hutan Simpan Kekal Bukit Perangin, Changlun di Kedah.

Datuk Johari Baharum bersama penduduk setempat ketika meninjau dengan lebih dekat kesan pembalakan yang di lakukankan di Hutan Simpan Kekal Bukit Perangin, Changlun di Kedah.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharom, yang melawat tapak berkenaan selepas dua hari dimaklumkan oleh penduduk tempatan terkejut melihat keadaan bukit yang digondolkan.

Mohd Johari yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu berkata, aktiviti pembalakan yang secara berlebihan dan berleluasa menyebabkan berlakunya pencemaran air di Sungai Kechik, Sungai Badak dan Sungai Wang Perah, yang digunakan oleh penduduk setempat.

Tiga sungai berkenaan mengalir ke Sungai Temin yang menyediakan bekalan air mentah kepada loji rawatan air Mukim Temin dan Jeragan.

"Hasil daripada aktiviti pembalakan ini juga menjejaskan aktiviti pertanian di Kubang Pasu, Temin, Hosba, Bukit Mertajam dan Malau, yang berada di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada)," katanya di sini, pada Sabtu.

Tambah beliau, walaupun aktiviti pembalakan tidak salah dari segi undang-undang, ia tidak seharusnya dilakukan sehingga menyebabkan kesan buruk kepada alam sekitar.

Selain itu Mohd Johari juga mempersoalkan sama ada kerajaan negeri melakukan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi tujuan pembersihan tanah di kawasan itu.

"Saya tidak fikir Jabatan Alam Sekitar akan memberi lampu hijau untuk pembalakan di kawasan itu.

"Walaupun ini bukan kawasan tadahan air, kerajaan mesti bertanggungjawab dan menjaga ekosistem," katanya.

Tambah Mohd Johari, beliau akan menulis surat kepada kerajaan negeri dengan segera bagi menghentikan aktiviti pembalakan di kawasan itu.

Malah beliau juga akan membangkitkan perkara itu kepada Kementerian Sumber Asli dan Jabatan Alam Sekitar.

Maybank baru dibuka <b>di Changlun</b> | Di Luar Lingkungan...

Posted: 09 Nov 2012 02:29 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Petang tadi saya meminjam kereta Afiq Khalid untuk ke Changlun (sesetengah mengeja 'Changloon') untuk urusan peribadi. Jalan-jalan lah saya pada hari ini kerana pada pagi tadi, saya menghantar abang Borhan dan ...

Perkampungan Sukan <b>di Changlun</b> | Telusuri Suri

Posted: 05 Dec 2012 06:02 PM PST

Salam Telusuri,

Mood temasya sukan yg berakhir hmpir 2 minggu lepas.. 

Kolej Matrikulasi Kedah di Changlun

Perjalanan almost 15 jam jugak lah.. 

hadoi penat badan akk.. 

hihik, da sindrom tut mungkin..

Perasaan berbaur antara penat ke hulu hilir,

boring dgn dikit kerenah,

kekadang di saat beginilah kita mampu kenal 

mana kawan mana tak berapa kawan.. 

dan macam2 lagi rasa la..

Besh.. antaranya
maybe saat shopping kt Padang Besar 

dlm perjalanan pulang kami..
hehe, beli baju couple utk kami jewk pun.. and kelambu moden tuh..
ala yang ala2 khemah tuh.. rm 25 King size.. superb la kan hrga..
Sementelah itu juga mood nak taip entry baru.. flyyy.. uols..
Ok,
Kini kembali..
ada 2-3 projek krusye yang da beres..
Dengarnya ada satu baby hat da terjual kat Pasar Panas tuh..
Hmm, memang ala2 suam kan..
hihik..
Biasalah area kampung kan..

BLOG KEDAH: 02 <b>di changlun</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Apr 2013 11:16 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

<b>Changlun</b> Berpotensi Jadi Hab Aeroangkasa Utara | MyNewsHub

Posted: 27 Mar 2013 01:37 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]LANGKAWI – Changlun di Kedah, yang telahpun menjadi pusat operasi bagi anak syarikat Boeing, Asian Composites Manufacturing Sdn Bhd (ACM), berpotensi menjadi hab utara bagi pembuatan aeroangkasa, kata ...

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


Setpol Najib Diarah Bertanding <b>di</b> Parlimen <b>Pokok Sena</b> <b>...</b> - Kerengga

Posted: 12 Apr 2013 10:30 PM PDT

Di ketika kebanyakan pemimpin UMNO lainnya belum mengetahui untung nasib mereka sama ada menjadi calon atau tidak dalam pilihanraya ini, seorang Setiausaha Politik Najib telah pun mendapat arahan awal daripada Najib sendiri untuk bertanding dalam pilihanraya 5 Mei ini dengan "misi mesti menang" di kawasan yang ditandinginya itu.
Setpol yang dimaksudkan ialah Sahlan Ismail yang sudah pun memulakan gerak kerjanya sejak beberapa minggu lalu di Parlimen Pokok Sena, Kedah. Misinya diletakkan bertanding di situ ialah mesti menumpaskan Ahli Parlimen sedia, Mahfuz Omar yang merupakan Naib Presiden Pas.
Dua hari lalu Anwar mendedahkan bahawa beliau mendapat maklumat yang menyebut Najib mahukan tiga pemimpin muda Pakatan Rakyat yang bertanding di sekitar Lembah Kelang dalam pilihanraya kali ini mesti dikalahkan oleh BN. Mereka ialah Nurul Izzah di Lembah Pantai, Rafizi Ramli di Pandan dan Tony Pua di Petaling Jaya Utara.
Arahan Najib supaya mereka ini dikalahkan adalah dipercayai kerana keagresifan mereka mendedahkan pelbagai perkara mengenai salah saku dan kecurangan pemimpin UMNO dan kerajaan dalam pelbagai skandal peribadi dan kewangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Rupa-rupanya arahan tersebut tidak sekadar terhadap tiga pemimpin itu saja, malah juga melibatkan Mahfuz Omar yang turut agresif mendedahkan pelbagai maklumat susulan beberapa skandal yang berlaku sama ada melibatkan Najib atau pemimpin UMNO lainnya.
Melihat kekerapan serta keagresifan Mahfuz menyerang Najib dan BN, tidaklah mustahil beliau menjadi antara pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak disenangi Najib dan kerana itu beliau mesti dikalahkan supaya suaranya lagi kedengaran di Parlimen. Bersesuaian pula dengan ketiadaan calon yang sesuai daripada UMNO Pokok Sena yang diketuai oleh Ahmad Lebai Sudin yang dirasakan layak menentang Mahfuz, maka Sahlan telah dijadikan sandaran ke arah matlamat itu.
Beberapa pemimpin UMNO Pokok Sena mengesahkan perkara itu dan Sahlan diletakkan bertanding adalah dengan misi yang besar bagi kepentingan politik Najib. Nampaknya dalam pilihanraya akan datang ini, Najib bukan saja mahu memastikan kemenangan kepada BN supaya terus berkuasa tetapi juga sedang memburu beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang selama ini didapati begitu lantang mengkritiknya dengan misi mereka itu mesti ditumbangkan.
Bagi ahli UMNO Pokok Sena, mereka sudah lama mengetahui tentang kemungkinan Sahlan akan bertanding di kawasan Parlimen itu tetapi kekerapan beliau turun sejak kebelakangan ini bersama jentera-jenteranya dari Kuala Lumpur seperti mengesahkan lagi perkara itu.
Sejak beberapa minggu ini, seorang ahli perniagaan yang rapat dengan Sahlan iaitu Datuk Ghazali Saiboo telah pun mula berkampung di Pokok Sena untuk tujuan menemui beberapa pihak yang dirasakan boleh membantu Sahlan dalam pilihanraya nanti. Selain itu, Ghazali juga dikatakan sedang agresif membeli maklumat daripada pelbagai sumber di Pokok Sena tentang kekuatan dan kelemahan UMNO dan BN di setiap cawangan dan kampung bagi memudahkan gerak kerja seterusnya.
Ghazali juga turut sedang mencari kelemahan dan kekurangan Mahfuz serta kemungkinan ada janji-janji beliau yang tidak ditunaikan bagi memudahkan UMNO dan BN menyerang kredibiliti Naib Presiden Pas itu.
Najib dipercayai amat menaruh keyakinan tinggi bahawa Sahlan mampu memberi cabaran kepada Mahfuz berikutan kedudukannya sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri yang memungkinkan beliau lebih diterima rakyat, selain adanya bantuan kewangan yang banyak daripada beberapa ahli perniagaan daripada Kuala Lumpur.
Walaupun sehingga ini hanya Ghazali Saiboo dan beberapa orang saja dari Kuala Lumpur yang dilihat sudah berkampung dan berlegar-legar di sekitar Pokok Sena sejak beberapa minggu lalu tetapi ahli UMNO di situ percaya menjelang hari penamaan calon dan pengundian nanti, pastinya lebih ramai lagi ahli perniagaan dan jentera dari Kuala Lunpur yang akan datang membantu Sahlan untuk mencapai "misi mesti menang" yang diarahkan oleh Najib itu.

Tun_Telanai: DSAI <b>DI POKOK SENA</b>, KEDAH : TUN MAHATHIR <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2013 01:04 AM PST

DOA SEMOGA ALLAH GAGALKAN PENIPUAN UMNO DALAM PRU-13

Ya Allah, Tuhan Semesta Alam. Yang menjadikan langit dan bumi serta menggerakkan awan. Kami hamba Mu yang lemah dan daeef sujud memohon kepada Mu. Sesungguhnya UMNO dan Barisan Nasional akan menipu dan berbohong dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Ya Allah Ya tuhan kami, pohon kami semoga Kau menurunkan Bala Tentera Malaikat Mu dan mengagalkan segenap penipuan mereka ini, Ya Allah. Pastikan setiap penipuan mereka itu memakan diri mereka sendiri.

Ya Allah, ko turunkan Bala Mu pada setiap yang bertanggungjawab di atas penipuan2 ini samada mereka duduk di dalam Jabatan Pendaftaran Negara, Kementrian Pertahanan, Kementrian Dalam Negeri, Imigresen, SPR dan mana-mana lagi. Turunkan bala ke atas mereka sekiranya mereka terus menerus mahu menipu, Ya Allah.

UMNO Online - Orang Muda <b>Di Pokok Sena</b> Beri Sambutan Luar <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2013 11:43 PM PST

Kategori Dari Bahagian

Orang Muda Di Pokok Sena Beri Sambutan Luar Dugaan Mohon BL1M

POKOK SENA, 7 Feb – Pelancaran program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) peringkat Parlimen Pokok Sena hari ini mendapat sambutan di luar dugaan apabila lebih 1,000 belia hadir untuk menyertai program itu.

Mereka tiba di Dataran Bunga Sena di sini sejak awal pagi untuk mendaftar di 10 kaunter yang disediakan Pemuda UMNO Pokok Sena bagi mendapat lesen motosikal Kelas B2 pada harga rendah RM199.

Ketua Pemuda UMNO Pokok Sena Harris Che Mat berkata berdasarkan sambutan hari ini pihaknya menjangka program itu akan disertai lebih 3,000 orang dari daerah berkenaan.

"Bagi memberi peluang lebih ramai mendapat kemudahan ini, saya akan membuka kaunter pendaftaran dari 9 pagi hingga 5 petang di rumah saya di Nombor 47, Taman Bunga Sena di sini, bermula esok sehingga 14 Feb ini," katanya.

Harris yang juga Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bukit Lada turut meminta pemohon membeli Wang Pos bernilai RM199 atas nama MyEasy Service Sdn Bhd bagi memudahkan pemprosesan permohonan mereka.

Katanya pemohon akan dihubungi syarikat itu dalam tempoh dua minggu bagi menduduki ujian statik dan komputer.

Perdana Menteri  Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melancarkan BL1M pada Himpunan Orang Muda Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di Alor Setar pada 31 Jan lepas.

Di bawah program itu pemohon hanya perlu membayar RM199 bagi mendapatkan lesen B2, iaitu pengurangan separuh harga yang biasa dikenakan oleh pengusaha sekolah memandu.

Berita Bertarikh Pada 7 February 2013 3:43 PM

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


Terkini!!! Inilah Senarai Calon2 Barisan Nasional Yang Akan <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2013 07:39 PM PDT





ALOR SETAR 16 April - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan seorang doktor muda berusia 35 tahun, Dr. Zaki Zamani Abd. Rashid dikhabarkan antara muka baharu yang akan membawa cabaran Barisan Nasional (BN) Kedah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.


Jamil Khir yang juga Ketua Penerangan UMNO Kedah dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen Jerai manakala Dr. Zaki yang merupakan Naib Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah berkemungkinan dicalonkan untuk kerusi Kuala Kedah.



Selain itu, muka-muka baharu yang dijangka diketengahkan BN Kedah pada pilihan raya umum kali ini ialah Ketua Pemuda BN Kedah, Badrol Hisham Hashim di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Nerang; Ketua Pemuda UMNO Langkawi, Saidi Nanyan (Kuah); Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu, Aminuddin Omar (DUN Jitra) dan Fadzilah Mohd. Ali di DUN Sungai Limau.

Beberapa nama dalam kalangan profesional dikatakan turut tersenarai termasuk Dr. Mansor Abd. Rahman di Parlimen Sik dan Prof. Ismail Daut di Merbok. Mereka masing-masing merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sik dan Merbok.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail di kerusi Parlimen Pokok Sena; Ketua Pemuda UMNO Baling, Mohd. Khairul Azhar Abdulah (DUN Kuala Ketil); Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Pokok Sena, Mohktar Mohd. Noor (DUN Bukit Pinang) dan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Sungai Petani, Dr. Syamsul Anuar Ismail (Parlimen Sungai Petani).

Beberapa muka baharu di kalangan wanita juga dijangka membawa cabaran BN Kedah iaitu Ketua Puteri UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu, Nor Sabrina Mohd. Noor di DUN Bandar Baharu; Kama Noriah (DUN Pedu); Ketua Wanita UMNO Bahagian Alor Setar, Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah (DUN Alor Mengkudu) dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah, Hasnita Md. Isa di DUN Pengkalan Kundur selain Datuk Suraya Yaacob kekal bertanding di Sungai Tiang.

Di samping itu, dua penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dikatakan dipindahkan bertanding di kawasan Parlimen iaitu penyandang kerusi Pedu, Datuk Seri Mahdzhir Khalid ke Parlimen Padang Terap dan Datuk Ir. Nawawi Ahmad dari DUN Kuah ke Parlimen Langkawi.

Datuk Mukhriz Mahathir pula dari Parlimen Jerlun ke DUN Ayer Hitam.
Beberapa penyandang dijangka mempertahankan kerusi masing-masing termasuk Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah di DUN Bakar Bata; Mohd. Rawi Abd. Hamid (DUN Ayer Hangat); Datuk Abu Hassan Sariff (DUN Kota Siputeh), Datuk Mohd. Johari Baharom (Parlimen Kubang Pasu); Datuk Ahmad Zaini Japar (DUN Bukit Kayu Hitam) dan Datuk Dr. Ku Rahman Ku Ismail di DUN Guar Chempedak.

Kebanyakan Ketua UMNO Bahagian dikatakan tersenarai sebagai calon iaitu Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin di DUN Bukit Lada dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah (DUN Kubang Rotan).

Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajol Urus Md. Zain di DUN Tanjung Dawai; Ketua UMNO Bahagain Sik, Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah (DUN Belantek), dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Ali Yahaya (DUN Pantai Merdeka).

Hanya dua ketua UMNO bahagian dikatakan tidak tersenarai sebagai calon. Senarai calon UMNO bagi kerusi Parlimen dan DUN dijangka diumumkan hari ini.

02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di sik</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Apr 2013 09:10 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

tukarkedah !!! gelombang biru parlimen <b>sik</b> bermula <b>di</b> kubu pas..!!!

Posted: 04 Apr 2013 07:17 AM PDT

Aku ke Baling semalam. Ada la kerja aku kat sana. Asyik dok buat kerja, aku tak sedar hari dah malam. Maklum la...semalam kan kecoh Parlimen dibubarkan...semua asyik dok kecoh cerita pasal bubar je la kan...
Tiba-tiba seorang member aku call. Dia suruh aku pergi ke Kampung Sungai Pau di daerah Sik malam tu jugak, urgent dan ada cerita "menarik" katanya. Bila aku tanya cerita apa, dia takmau bagitau dan suruh aku segera ke sana...
Lebih kurang pukul 11 malam, aku tiba di Kampung Sg. Pau. Perghhhh!!! Biru..!!! Aku tengok ribuan bendera biru BN di sepanjang jalan... Kampung Sg. Pau tu setahu aku merupakan kawasan "hitam" bagi BN...
Aku tengok hampir 60 orang berkumpul di satu simpang Sg. Pau tu. Rupanya malam tu depa buat gerakan besar-besaran "gelombang biru" di Sg. Pau. Aku turun dari kereta untuk dapatkan cerita...
Rupanya semua yang ada kat situ adalah penduduk Kg. Sg. Pau. Depa semuanya nekad untuk mulakan "gelombang biru" Sik dari "kubu kuat PAS" yang dah tak jadi kubu lagi dah. Kampung Sg. Pau dah "putih"..!!!
Tak caya? Tengok gambar-gambar kat bawah ni... PAS dah hilang undi dari penduduk Sg Pau..!!! "Gelombang Biru Sik" bermula dari Sg Pau, bekas "kubu" PAS..!!!

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


150 Ahli PKR <b>Di Padang Serai</b>, Kedah Keluar Parti - Angin Perubahan

Posted: 13 Apr 2013 04:00 PM PDT

Penulis terlibat dalam gerakan pelajar pada awal 1996. Ketika zaman "taliban" menguasai kampus di utara, penulis bersama aktivis mahasiswa yang lain telah menggelarkan gerakan itu sebagai gerakan "Perubahan" atau Islah, yang telah dijadikan agenda utama perjuangan pelajar.

1999, ketika kampus bergegar dengan reformasi pelajar, Perubahan telah berjaya menakluk kampus di utara tersebut. Aspirasi orang muda kepada Tun Mahathir selaku PM pada waktu itu. Satu persatu IPT berjaya ditransformasi hinggalah gerakan nasional itu kemudiannya digelar sebagai "Aspirasi".

2007, berblog di alam siber sebagai galang ganti platform baru setelah sebuah laman 1.0 yang aktif sejak 2001, dikuburkan. Selepas 2008, aura perjuangan membela agama, bangsa dan negara semakin mencabar. Inilah medannya, ruang seorang aktivis menyumbang sesuatu pada alif, ba ta.

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Hani Othman: Wedding Kunas <b>di Langkawi</b>

Posted: 14 Apr 2013 03:30 AM PDT

Aiyakkkk... Lamanya tak conteng-conteng dekat sini... Last week Hani ada attend kenduri kahwin member dekat Langkawi. Dah alang-alang pergi Langkawi tu berjalan sekali la weolssss... Hari first Hani gerak dari KL dengan Lily and Ila dulu sebab yang lain tak dapat cuti hari Jumaat. Pukul 10 macam tu weols gerak dari tol Jalan Duta.. Singgah kejap di Seberang Jaya, Penang dalam pukul 1.15 ptg jumpa sepupu sebab nak hantar stok tudung untuk dijual. Sesambil tu weols pekena la nasi kandaq dulu di Penang. Dah alang-alang sampai Penang khennnnnn.... Sejam di Penang, weols pun teruskan perjalanan ke Kuala Kedah. Alhamdulillah... around 3.30 camtu weols sampai Kuala Kedah. Dapat tiket feri pukul 4.30 ptg...Nasib baik ada Encik Ogawa dekat jeti... boleh la parking badan atas En.Ogawa untuk diurut dulu... (pssttt: En.Ogawa tu mesin urut yang kerusi tu yerrr... Jangan fikir bukan-bukan)
Perjalanan dari Jeti Kuala Kedah nak ke Jeti Langkawi ambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit. Sangat bosan sebab kedudukan weols dekat tepi... Nak tengok TV tak boleh... Nak tengok laut tingkap tinggi sangat. Bosan tahap gaban sampai weols menggila bertiga dalam feri. Bergambar la... Buat video la... Tapi tak nak la upload video-video tu untuk tatapan umum... cek malu! Biarlah hanya weols bertiga sahaja yang jadi penonton untuk video gila tu... 
Around 6.15 weols sampai Langkawi... Nasib baik Kunas dah settle kan semua pasal hotel dan sewa kereta. Kerja Hani cuma contact travel agency tu je la... Order kereta viva manual tapi dapat Picanto Auto...  Pening la gamaknya tu sebab ramai sangat customer... Tapi tak mengapa... Dapat Picanto lagi bagus... Auto lagi... Mudah la kerja Hani selaku driver yang bertauliah ni... RM90 untuk dua hari. Kunas dah bayar RM70.. RM20 weols bayarkan... 
After check in hotel weols bersiap siap untuk majlis akad nikah Kunas. Jauh rupanya hotel tu dengan rumah Kunas... Sejam juga la perjalanan dari Kuah ke Beras Terbakar. Once weols sampai, mereka baru sahaja selesai akad nikah. Tak sempat nak tengok moment moment bahagia tu. Rugi betul! Ok, untuk pengetahuan uols... Kalau uols pernah pergi Beras Terbakar, rumah orang yang ada beras terbakar itulah rumah Kunas. 
Malam masih muda walaupun tak berapa muda sangat. Nak balik hotel tidur macam rugi jer... Sia-sia datang dari jauh kalau tak jalan-jalan dulu. Dengan berbaju kurung ni kami bertiga berjalan-jalan kejap dekat area Pantai Cenang. Selamberrrrr!!! Terdengar suara-suara tak merdu bercakap,
"Amboi manisnya cik adik... baru balik dari pertandingan ratu kebaya ka?"
Walaupun ada orang yang memandang dan gelakkan weols sebab pakai macam ni... Tapi ada mak kisah??? 
Dah puas memalukan diri di Pantai Cenang, weols gerak pergi Dataran Lang pula... Sasaran kedua untuk memalukan diri sendiri... Not bad juga la pemandangan di Dataran Lang pada waktu malam. Selama ni Hani selalu pergi Dataran Lang pada waktu siang... Tak pernah pula lepak waktu malam dekat sini..  
The Next day is reception day. Yang lain baru sampai dan terus ke majlis Kunas dekat Beras terbakar. Kunas sangat cantik dengan wedding dress warna putih. 
Untuk pengetahuan uols... Langkawi ni agak panas... so, dalam pukul 2 weols dah tak tahan dah dan terus gerak dari rumah Kunas and check in hotel di Pantai Cenang. Tak sabar gila nak mandi laut... Lepas check in, salin baju terus weols terkam air laut yang ombaknya agak kuat. Tapi mak tak kisahhhh!! Nak mandi juga... Iekoi la manusia yang paling excited sekali mandi laut... Sori, tiada gambar weols tengah mandi laut... Gambar hari nak balik adalah... 
Last but not least, sebelum balik... benda wajib yang orang akan buat dekat Langkawi adalah borong chocolate larrr....

We had a very great time in Langkawi walaupun tak lama...
Miss you Langkawi!!!! Muah muah muah

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


Mat Sabu Bertanding <b>Di Pendang</b> Takutkan Sumpah Anwar Di <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2013 07:25 PM PDT

Mohamad Sabu kini merupakan Timbalan Presiden PAS. Sebelumnya, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Naib Presiden PAS,Naib Pemuda PAS Pusat dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Mat Sabu adalah orang kepercayaan Lim Guan Eng. Mat Sabu telah diberi imbuhan bermacam-macam oleh DAP gajinya melebihi 20ribu sebulan. Itu baru gaji tak termasuk Elaun dan bermacam-macam lagi.

PAS telah mengumumkan Timbalan Presiden parti itu Mohamad Sabu akan bertanding di Parlimen Pendang, manakala Naib Presiden Datuk Husam Musa di Putrajaya. Pengumuman calon-calon tersebut dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu sidang media di Pusat Media PAS di Pejabat Agung parti itu.

Persoalannya mengapa Mat Sabu tidak bertanding di Pulau Pinang negeri kelahirannya? Adakah beliau takut termakan sumpah Anwar sewaktu kalah bertanding dengan beliau?

Mat Sabu ini terlalu banyak sejarah hitam. Semasa beliau menjadi Ketua Pemuda PAS, beliau telah ditangkap 'khalwat' dengan isteri orang bernama 'Normah Abdul Halim' di bilik 121, Hotel Perdana, Kelantan. Kes ini dibicarakan di Mahkamah Syariah Kelantan.  Serbuan oleh pegawai Jabatan Agama Hal Ehwal Islam kelantan [JAHEIK] disertai krew TV3. Namun Mat Sabu bebas dari tuduhan itu kerana kekurangan bukti kononnya padahal semua rakyat tahu bahawa Mat Sabu terlepas kerana ditolong oleh Nik Aziz yang sentiasa mendokong penzinaan para pemimpin PAS.

Tambahan pula pada 21 Ogos 2011 semasa satu ceramah di Gelugor Pulau Pinang, Mat Sabu telah mengeluarkan satu kenyataan kontroversi dengan mengatakan kononnya Muhammad Indera, ketua Parti Komunis Malaya(PKM) semasa Peristiwa Bukit Kepong 1950 yang selayaknya digelar "hero negara" dan bukannyaLeftenan Adnan yang berjuang sehingga ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan balai polis Bukit Kepong, dengan mendakwa kesemua anggota polis semasa serangan tersebut sebagai "pegawai British" manakala askar PKM pula dianggap "hero negara sebenar" memandangkan mereka "menentang British".

Kenyataan tersebut merupakan satu penghinaan terhadap ahli keluarga 25 orang termasuk kanak -kanak, dan wanita yang terkorban dalam serangan tersebut. Pada 10 Sep 2011, Mat Sabu mempertikaikan pula jasa Sarjan Hassan mempertahankan tanah air. 

Pada 21 September 2011, Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Butterworth kerana memburukkan imej polis dan keluarga mereka dalam ceramah di Padang Menora pada 21 Ogos 2011. Namun Mat Sabu dibebaskan dengan jaminan RM15,000 sehingga hari perbicaraan.Jika sabit kesalahan, Mohamad boleh dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Dengan segala rekod kejahatan dan kezaliman Mat Sabu ini, kami rakyat Malaysia tidak sanggup beliau menjadi salah seorang pemimpin kami. Oleh itu merupakan jihad untuk kami menolak pakatan haram dari tanahair tercinta kami.