Rabu, 17 April 2013

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


Baiknya Tun Mahathir, Didoakannya Mahfuz Supaya Jadi Orang <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2013 07:42 PM PDT

'Jelajah' Tun Dr. Mahathir di Kedah terutama di Pendang dan Pokok Sena, ternyata membuahkan hasil yang amat lumayan. Ternyata orang tua itu masih mempunyai aura yang tersendiri. Rakyat masih melihatnya sebagai tokoh yang berwibawa dan disukai ramai, biarpun para pecacai Pakatan Rakyat cuba menggambarkan Tun Mahathir sebagai diktator tua yang sedang bermain tahi sendiri. 

Tiada yang lebih menarik selain lawatan dan ceramahnya di Pokok Sena, kawasan yang diharapkan oleh Mahfuz akan memberikannya mandat pada PRU kali ini. Walaupun ada ura-ura yang Mahfuz akan menyerahkan Parlimen Pokok Sena kepada orang lain dan dia mencari DUN yang lebih selamat di Kedah untuk ditandingi, hakikatnya, Mahfuz Omar tidak ubah seperti beruk yang sedang dipanggang dek api pada lubang punggungnya. 

Tiadalah yang lebih menarik selain daripada Tun Mahathir membacakan doa ringkas dan diaminkan oleh sekalian hadirin agar Mahfuz kembali menjadi  manusia yang berfikiran waras dan tidak lagi suka mengkafirkan orang!

Kesian Mahfuz Omar. Bertahun-tahun dia cuba menyemai kebencian rakyat terhadap Tun Dr. Mahathir. Alih-alih apabila Tun Dr. Mahathir menggunakan sedikit sahaja pengalamannya, Mahfuz boleh terduduk dan menyondol tanah. 

Sesuatu yang menarik ialah, ketika Tun Dr. Mahathir 'menegur' Nik Aziz terutama tentang perangainya, tentang 'makan ubat sebelah malam' dan tentang dakwa-dakwinya yang serba menyesatkan, alih-alih sahaja, Nik Aziz yang berada di Batu Pahat jatuh terduduk dan dikatakan mengalami kecederaan. 

Mungkin ianya suatu kebetulan, tetapi kebetulan itu jugalah yang paling menarik untuk diperkatakan!

Sebabnya, sudah terlalu banyak kekarutan yang seringkali dikaitkan dengan kemaksuman dan kewalian Nik Aziz. Sehingga timbul cerita, dah beberapa orang yang ditimpa musibah kerana menghina Nik Aziz. 

Sekarang, Nik Aziz pula yang sedang ditimpa bala bencana. Tentu sekali Mahathir tidak mendoakan kecelakaan buat Nik Aziz. Jauh sekali mendoakan kematian untuk Mursyidul Am PAS itu. Sebaliknya sama seperti dia mendoakan Mahfuz, Nik Aziz juga didoakan dengan doa yang baik-baik, bukannya K.O Nik Aziz, Pecah Perut dan segala macam doa pelik-pelik yang telah menjadi ritual Nik Aziz sehari-hari.

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


KedahLanie.info: Suasana Kuliah UAI <b>di</b> Laguna <b>Merbok</b> yang <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2013 10:00 PM PDT

Gambar kredit kepada Ahmad Razak PokJak > Geng ustaz azhar idrus

Gambar semasa Kuliah Maghrib ustaz azhar di Masjib Bandar Laguna Merbok, Sg Petani Kedah pada 12.4.13

Subhanallah... Ini lah gambaran sebenar lebih 45,000 kehadiran malam itu. dan kutipan malam itu melebihi RM60,000.

Memang berbaloi walau pun parking sejauh 4KM, berpanas, duduk diatas tanah dsb. Manisnya ujian Mu ya Allah.

Tolonglah pakat2 share gambar kebangkitan islam yang tidak boleh masuk mana2 tv atau pun akhbar ini ya.

orang muda sayang Ulama orang muda geng kita

nota: ada sesiapa yang dari wall ini yang hadir sama pada masa itu silalah kongsi2 pengalaman Antum ya...

02 di gurun kedah - Google Blog Search

02 di gurun kedah - Google Blog Search


Resort <b>Di Gurun</b> Padang Pasir Bukannya <b>Gurun Di Kedah</b>...

Posted: 16 Jan 2013 10:58 PM PST

Amangiri ialah sebuah resort yang dibina di Canyon Point, Utah dan diinpirasikan dari penempatan Red Indian. Amangiri mula beroperasi sejak 2009 dan terdiri daripada 34 chalet yang menawarkan pemandangan Gurun Navajo yang cantik.Harga untuk semalam di Amangiri resort bermula dari USD950.

02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


panass !!! chegu non aka cn afghani buat kecoh <b>di sik</b> - medan tempur

Posted: 25 Mar 2013 06:11 PM PDT


Apa yang berlaku sebenarnya ... Mengapa Cg. Non sanggup "menderhaka" kepada PAS kedah.. Jom kita saksikan antara sebab Cg. membelasah dan mededahkan keburukan pemimpin PAS.

Dalam PRU 12 tahun 2008 PAS Kedah telah mengeluarkan satu Manifesto Pilihanraya yang cukup hebat lagi menarik bertajuk " KEDAH SEJAHTERA NIKMAT SEMUA".

Terdapat tiga Teras dalam manifesto tersebut dan ianya ialah:Petadbiran,Hal Ehwal Islam, Hak dan Kepentingan Non Muslim. Isi kandungan manifesto diperjelaskan seperti berikut :

1. PENTADBIRAN.

A. Mentadbir dengan baik dengan mengutamakan KEADILAN, PERTANGGUNGJAWABAN dan INTEGRITI.
B. Mempastikan pentadbiran yang SIFAR RASUAH.
C. Mengkaji semua elaun dan keistimewaan yang dinikmati oleh MENTERI BESAR dan Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kerajaan.
D. Melaksanakan pemberian kontrek secara telus dan adil.
E. Melaksanakan perancangan strategik dengan tujuan menambah hasil dan mengurangkan perbelanjaan.
F Menyediakan kemudahan pinjaman tanpa FAEDAH untuk kakaitangan kerajaan.

2. HAL EHWAL ISLAM

A. Menubuhkan Institusi Imam (Maahad Imamah)untuk melahirkan pegawai mesjid yang terlatih.
B. Elaun untuk imam yang setimpal dengan peranan mereka sebagai ketua kariah.
C. Memberi elaun kepada guru guru Al-Quran persendirian.
D. Mempercepat proses penyelesaian masaalah kekeluargaan Islam dalam Mahkamah Syariah.

3. HAK DAN KEPENTINGAN NON-MUSLIM

A. Menjamin peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan beragama dihormati mengikut kepercayaan masing-masing.
B. Mengiktiraf dan menjamin budaya, adat resam semua kaum.
C. Melantik EXCO daripada bukan Islam.

Selepas 2 Tahun 2 Bulan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS memerintah negeri Kedah sudahkah mereka menunaikan semua janji janji yang mereka tabur semasa berkempen dan ianya terkandung didalam Manifesto mereka.Secara rambangnya kita dapati PAS dan PR tidak dapat mentadbir Kedah dengan baik serta efisien.Masaalah air, sampah, pelaburan luar dan domestik,pengangguran,kemiskinan dan berbagai bagai masaalah lagi makin bertimbun dan PAS GAGAL untuk menyelesaikanya.

Tetapi yang paling malang sekali untuk Rakyat dan pengundi Kedah ialah janji meraka untuk melaksanakn hukum HUDUD jika menang dalam pilihanraya telah hilang sama sekali.

Rakyat dan pengundi Kedah cuba renung,bertenang, berfikir secara rasional dan ikhlas apakah kita masih mahu Kerajaan sebegini terus memerintah negeri yang kita sayangi ini ?

KEDAH TIMES

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Jiwa Merdeka: Rafizi Ramli bidas hujah macai guna harga kereta <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 03 Apr 2013 08:13 AM PDT








Kita menyambut baik usaha page UMNO http://bit.ly/silapfakta. Namun dalih yang cuba menidakkan Harapan Rakyat: Turunkan Harga Kereta http://bit.ly/kitamampu gagal untuk buktikan yang kita tidak mampu laksanakannya. Share & like page Rafizi Ramli untuk sebarkan penjelasan berikut:

1. Rujuk undang-undang. Mengikut Akta Kastam 1967 & 1976 dan enakmen2 pindaan, di Langkawi hanya Duti Import (Duti Import & Duti Eksais Import) dan Cukai Jualan dihapuskan. Manakala kenderaan tempatan yang dieksport dari Semenanjung masih lagi dikenakan Duti Eksais Tempatan, yang dikecualikan hanya Cukai Jualan. Pelik tapi itulah undang-undang sedia ada, kereta import tiada duti eksais di Langkawi, kereta tempatan ada duti eksais. Kerana itu perbezaan kereta Myvi Langkawi dan semenanjung sedikit sahaja sekitar 10% iaitu sama dengan nilai cukai jualan 10%

2. Rujuk harga jualan kereta di seluruh dunia. Contohnya harga jualan Honda Civic adalah USD 18,651 atau RM 57,631 dan harga jualan Toyota Camry USD 22,235 atau RM68,706. Apa buktinya? Lawati website Toyota & Honda dari negara-negara lain. Buka pandangan, lihat dunia luar.

3. Jadi mengapa masih ada perbezaan yang ketara antara nilai sebenar kereta dengan nilai harga jualan di Langkawi? Perbezaan harga docket kastam dengan harga jualan di Langkawi menunjukkan berapa banyak keuntungan yang diambil oleh pengedar/dealer. Siapakah yang memiliki AP-AP tersebut?

Rujuk link berikut untuk nilai sebenar kereta yang telah digazetkan oleh kastam http://bit.ly/nilaikereta.

Nak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih!

Bakal MP Pandan ! 

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


HOT INFO! UMNO <b>Jerai</b> Pecah Belah Hancur Lebur <b>...</b> - <b>Kedah</b> Ke KL

Posted: 16 Apr 2013 02:17 AM PDT


Jangan Terkejut!! Artikel ni sebenarnya nak Tabik Hormat Pada Tok Suhaimi dan Tahniah pada Jamil Khir!

Dalam banyak-banyak peristiwa yang berlaku dalam dewan serbaguna di Anak Bukit, Mc teruja melihat Datuk Suhaimi, Ketua UMNO Bahagian Jerai, walaupun beliau tidak dicalonkan di Jerai dan Dun, namun beliau tetap memberi sokongan yang kuat pada calon parlimen Jerai Dato Jamil Khir.

Malah ketika Pengerusi perhubungan UMNO Negeri Kedah mengumumkan calon Parlimen Jerai, beliau dengan penuh hormat bangkit mengangkat tangan Jamil Khir untuk menunjukan tanda sokongannya. Mc tak sempat untuk berjumpa beliau tadi, namun Mc harap Tok Mie terus membantu Jamil Khir memenangi Parlimen Jerai, disamping Tok Jamil jugak perlu bekerjasama dengan Tok Mie untuk memastikan UMNO Jerai tetap utuh dan membantu merampas Kedah dari tangan rejim Pas Kedah.

Mc minta jentera-jentera pemimpin yang dipilih bertenang dan bersabar, kalau tak terpilih jangan merajuk, jangan pernah fikir untuk sabotaj parti. Undi BN pangkah BN, calon adalah perantara diantara kepimpinan Presiden parti Najib Razak dengan rakyat. Jika kita menang dan mengekalkan kuasa di Malaysia, insyallah kehidupan kita pada kemudian hari akan senang.

Kenanglah pengorbanan Presiden parti Najib Razak yang bertungkus lumus bekerja membantu rakyat. Sanggupkan kita menderhaka kepada beliau? Selama 4 tahun Najib membantu rakyat dan meringankan beban kita, dan macam-macam beliau buat untuk kuatkan UMNO/BN, kini bukannya masa untuk bergaduh dan bertengkar, kini masa untuk memikir perancangan masa depan. Sama ada kita sengsara dan merana di bawah pemerintahan Pengkhianat negara, atau kita bangun bersama Najib Razak membina Malaysia yang berjaya.

Bersatu Bersedia Berkhidmat!

P/s: Najib pilih calon tak betul? Kiranya saudara semua lebih bijak dari Najib Razak? Ada betui ka?

McTheory:
Kebenaran amat pahit untuk kita telan..