Jumaat, 19 April 2013

02 di kubang pasu - Google Blog Search

02 di kubang pasu - Google Blog Search


pecah berita ! muhkriz disabotaj oleh umno <b>kubang pasu</b> - Kedahkini

Posted: 15 Apr 2013 06:41 PM PDT


Sudah menjadi mainan UMNO Kedah untuk menjatuhkan calon-calon yang tidak disukai, kekalahan mereka 2008 kepada Pakatan kerana masalah PUAK-PUAK dalam satu bahagian ini merupakan satu KELEMAHAN BESAR  yang tidak mungkin dapat diatasi oleh Tun, Najib dan Umno Kedah.

Alasan Ketua Pemuda Umno Kubang Pasu, Aminuddin Omar berkata, isu penggantungan kain rentang berkenaan merupakan satu provokasi murahan oleh segelintir masyarakat yang berkemungkinan berada di atas pagar tidak masuk akal...ini mesti dari kem dalam umno Kubang Pasu yang tidak senang dengan kemasukan Muhkriz sebagai calon Dun......

Untuk apa kami protes Mukhriz?

JITRA -
Pas menafikan bahawa isu penggantungan kain rentang berhubung penduduk daerah Kubang Pasu menolak penyandang Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir supaya tidak bertanding di mana-mana Dun bukanlah protes daripada mereka.

Timbalan Pengarah Majlis Tindakan Dun Jitra Pas, Basir Ismail, berkata, pihaknya tiada kepentingan sekiranya bertindak melakukan protes berkenaan.

Menurutnya, tindakan penggantungan kain rentang itu sudah memperlihatkan bahawa kemungkinan dalam parti Barisan Nasional (BN) itu sendiri tidak bersependapat mengenai pemimpin mereka.

"Untuk apa kami (Pas) memprotes Mukhriz supaya tidak bertanding di Dun dalam daerah ini? Kami tiada masalah untuk bertanding dengan mana-mana wakil calon dari BN.


"Tiada kepentingan kami menolak dia (Mukhriz) untuk bertanding malahan mengalu-alukan pihak lawan sekiranya dicalonkan untuk bertanding dan penentuannya adalah Pilih Raya Umum ke-13 (PRU13) ini," katanya kepada Sinar Harian.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kain rentang seperti diperkatakan itu ditemui di sekitar kawasan berkenaan.

Basir berkata, pencapaian dalam persepakatan penentuan calon BN dilihat bermasalah berikutan ada sesetengah masyarakat tidak mempersetujui Mukhriz yang dikatakan bakal Menteri Besar Kedah sekiranya BN menang.

"Mukhriz boleh bertanding di mana-mana dia suka dan kami tidak bermasalah serta tergugat sekiranya menghadapi calon sepertinya," katanya kepada Sinar Harian.

Ceramah medan sebar maklumat

Berhubung kenyataan segelintir masyarakat mengenai Pas yang menunjukkan tiada pembaharuan terhadap kempen yang hanya dilakukan menerusi ceramah.

Basir berkata, pihaknya tidak menafikan Pas hanya berkempen melalui ceramah semata-mata dan itu merupakan satu medium untuk menyampaikan maklumat terhadap rakyat.

Beliau berkata, tawaran kerajaan memberikan 10 minit untuk Pakatan Rakyat (PR) itu dilihat tidak adil sedangkan mereka (BN) boleh bercakap bila-bila masa yang diinginkan.

"Tambahan pula tawaran untuk PR menguar-uarkan manifesto dalam bentuk rakaman bukannya secara langsung.

"Jadi, Pas menggunakan satu pentas untuk kepimpinan menyampaikan maklumat penting supaya rakyat dapat memahami dengan jelas konsep perjuangan yang hanya untuk rakyat," katanya.

Menurutnya, pihaknya gembira walaupun ceramah sahaja dijadikan sebagai tempat penyebaran maklumat sambutan yang diterima sangat memberangsangkan.

"Di daerah ini beberapa kali kita menganjurkan ceramah untuk rakyat dan alhamdulillah semangat yang ditunjukkan rakyat terhadap Pas kini sungguh luar biasa.

"Itulah perkara yang tidak mampu dilakukan oleh BN sehingga terpaksa menjemput 'orang lama' dalam parti itu untuk menaikkan semangat perjuangan mereka," katanya.

Provokasi murahan



Aminuddin (tiga, kanan) turut memperkemaskan jentera BN untuk PRU13.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Kubang Pasu, Aminuddin Omar berkata, isu penggantungan kain rentang berkenaan merupakan satu provokasi murahan oleh segelintir masyarakat yang berkemungkinan berada di atas pagar.

Menurutnya, besar kemungkinan provokasi tersebut dilakukan berdasarkan sikap iri hati pihak terbabit yang melihat penyokong BN sentiasa bekerjasama untuk PRU13 kali ini.

"Saya tidak mahu menuduh mana-mana parti atas isu ini kerana di daerah ini banyak parti yang terlibat untuk pilihan raya kali ini dan hanya si pesalah yang tahu.
"Mukhriz sendiri belum memutuskan perkara itu sama ada dia dipertanggungjawabkan untuk menggalas tanggungjawab itu mahupun tidak bergantung kepada kepimpinan pusat untuk menilainya," katanya.

Beliau berkata, pandangannya terhadap kemampuan Mukhriz untuk menggalas tanggungjawab itu tidak dinafikan berikutan dia seorang yang berpotensi dan berkelayakan.

"Saya percaya sekiranya Mukhriz diberi tanggungjawab untuk bertanding di Parlimen dan Dun, dia akan melaksanakan tanggungjawabnya itu seperti mana yang dilakukan hari ini.

"Lagipun dia bukannya seorang calon yang baru bertanding di Kedah sebaliknya sudah lima tahun dia berkecimpung di dalam politik dan hasilnya adalah kesepaduan rakyat meningkat sehingga menimbulkan segelintir masyarakat bangun untuk sabotaj kedudukannya," katanya. ~SH

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Jiwa Merdeka: Rafizi Ramli bidas hujah macai guna harga kereta <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 03 Apr 2013 08:13 AM PDT








Kita menyambut baik usaha page UMNO http://bit.ly/silapfakta. Namun dalih yang cuba menidakkan Harapan Rakyat: Turunkan Harga Kereta http://bit.ly/kitamampu gagal untuk buktikan yang kita tidak mampu laksanakannya. Share & like page Rafizi Ramli untuk sebarkan penjelasan berikut:

1. Rujuk undang-undang. Mengikut Akta Kastam 1967 & 1976 dan enakmen2 pindaan, di Langkawi hanya Duti Import (Duti Import & Duti Eksais Import) dan Cukai Jualan dihapuskan. Manakala kenderaan tempatan yang dieksport dari Semenanjung masih lagi dikenakan Duti Eksais Tempatan, yang dikecualikan hanya Cukai Jualan. Pelik tapi itulah undang-undang sedia ada, kereta import tiada duti eksais di Langkawi, kereta tempatan ada duti eksais. Kerana itu perbezaan kereta Myvi Langkawi dan semenanjung sedikit sahaja sekitar 10% iaitu sama dengan nilai cukai jualan 10%

2. Rujuk harga jualan kereta di seluruh dunia. Contohnya harga jualan Honda Civic adalah USD 18,651 atau RM 57,631 dan harga jualan Toyota Camry USD 22,235 atau RM68,706. Apa buktinya? Lawati website Toyota & Honda dari negara-negara lain. Buka pandangan, lihat dunia luar.

3. Jadi mengapa masih ada perbezaan yang ketara antara nilai sebenar kereta dengan nilai harga jualan di Langkawi? Perbezaan harga docket kastam dengan harga jualan di Langkawi menunjukkan berapa banyak keuntungan yang diambil oleh pengedar/dealer. Siapakah yang memiliki AP-AP tersebut?

Rujuk link berikut untuk nilai sebenar kereta yang telah digazetkan oleh kastam http://bit.ly/nilaikereta.

Nak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih!

Bakal MP Pandan ! 

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


Mat Sabu Lawan Othman Abdul <b>di Pendang</b> Umpama, Pedang <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2013 12:11 AM PDT

Ketika puak-puak pecacai PAS Kedah dengan penuh confident menyatakan sekurang-kurangnya 6 kerusi DUN Kedah akan berpindah kepada PAS dengan mudah, keyakinan mereka di Pendang kelihatan amat pudar dan malap. Mat Sabu bakal berhadapan dengan seorang pemimpin tempatan yang tidak pernah melompat ke sana ke mari seperti katak dan belalang sepertinya. 

Apa kekuatan Mat Sabu untuk berhadapan dengan Othman Abdul di Pendang? 

Jawapannya ialah, keyakinan kosong, seperti kosongnya keyakinan bahawa Islam dan PAS itu menyatu!

Di kalangan penduduk dan pengundi tempatan, Dato' Othman Abdul bukannya asing. Dia pernah berkhidmat sebagai Setiausaha di Jabatan Perdana Menteri. Kaum keluarganya di Pendang sendiri sebahagian besarnya merupakan ahli-ahli PAS dan dia sendiri pernah kalah kepada Allahyarham Fadhil Nor semata-mata kerana ahli keluarganya TERPAKSA memberi undi kepada Presiden mereka itu.

Sekarang, Fadhil Nor sudah lama meninggal dunia. Legasinya tidak diteruskan oleh ahli keluarganya. Kalau ada pun, hanyalah sebilangan penyokong PAS yang cuba mengambil kesempatan dan mempergunakan namanya termasuklah Mat Sabu. 

Siapa yang tidak kenal dengan Mat Sabu?

Mat Sabu merupakan contoh ahli politik yang berpindah randah dan tidak mempunyai tempat yang tetap untuk memberikan khidmat kepada rakyat. Kehadirannya dalam arus politik adalah semata-mata sebagai badut sekalipun pernah menjadi Ahli Parlimen. Tugasnya tidak lain hanyalah untuk memperbanyakkan jumlah kerusi buat PAS, bukannya memberikan khidmat terbaik untuk rakyat.

DSC_2899

Berbeza keperibadian antara kedua-duanya, Mat Sabu lebih terkenal kerana skandal khalwat dengan isteri orang tetapi berjaya membebaskan diri daripada hukuman apabila saksi pendakwaraya tiba-tiba sahaja DISERANG PENYAKIT HILANG INGATAN walaupun selepas itu, saksi berkenaan tiba-tiba sahaja mempunyai duit sebanyak RM20,000 yang entah dari mana datangnya.

Barangkali kalau diperkirakan di atas kertas, Mat Sabu kelihatan boleh menang dengan mudah. Namun perlu diingat, PAS Pendang sedang berhadapan dengan masalah yang amat besar iaitu pengekangan budaya dan agama Syiah yang dianuti oleh Mat Sabu serta para penyokongnya. Apatah lagi, pengundi-pengundi berbangsa Siam merupakan pengundi penentu di kawasan berkenaan. 

Othman Abdul atau Tok Man Bedul (nama panggilan mesranya di kawasan Pendang) mempunyai hubungan yang lebih baik dan lebih mesra dengan masyarakat Siam serta masyarakat PAS Pendang berbanding Mat Sabu sendiri.

Justeru, kebimbangan Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS yang juga penyandang kerusi Parlimen Pokok  Sena tentang Tok Man Bedul, ada asasnya. Penamaan Tok Man Bedul semula di kerusi Parlimen Pendang menentang Mat Sabu, merupakan perkara yang paling menarik boleh diperhatikan dan diperhalusi di Kedah.

Buku bertemu ruas dengan kelebihan berpihak kepada Tok Man Bedul.

Itulah yang boleh dan sedang diperkatakan…

Perkembangan lanjut akan menyusul!