Rabu, 24 April 2013

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


PANASS!! Sahlan Nasution Yakin Rampas <b>Pokok Sena</b> Dari <b>...</b>

Posted: 22 Apr 2013 05:37 AM PDT


Siapa Dato Sahlan yang menjadi lawan kepada Mahfuz Omar di Pokok Sena? Apa kelebihan beliau? Apa beliau akan lakukan jika dapat merampas parlimen Pokok Sena dari tangan badut Pas si Mahfuz Omar?

Rasanya beliau dah jawab dalam video dibawah,

Berdasarkan petunjuk sokongan yang di perolehi dari penduduk Parlimen Pokok Sena ketika hari penamaan calon pada 20hb yang lalu, Dato' Sahlan Ismail Nasution begitu yakin dapat merampas kerusi Parlimen Pokok Sena (P008) dari Mahfuz Omar, mampu merampas DUN Bukit Lada serta DUN Bukit Pinang dari PAS dan akan mempertahankan DUN Derga yang di menangi BN pada PRU12 yang lalu.

Bagi Dato' Sahlan, siapa pun yang di calonkan PAS, ianya tidak menjadi masalah atau halangan baginya kerana Dato' Sahlan yakin bahawa sokongan dari pengundi BN, pengundi atas pagar dan segelintir pengundi PAS sudah berjaya di perolehinya di Pokok Sena berdasarkan gelombang kebangkitan rakyat menyokong BN di Kedah.

Selain dari itu " Aku Janji BN Kedah PRU13 " juga memain peranan menarik sokongan penduduk di Parlimen Pokok Sena di PRU13 ini setelah penduduk di Parlimen Pokok Sena begitu yakin bahawa BN mampu menunaikan janji-janji yang telah di lakukan berbanding janji Manifesto PRU13 dari Pakatan Rakyat Kedah.

Sokong dari penduduk di Parlimen Pokok Sena pastinya akan di terjemahkan melalui bentuk undi semasa hari pembuangan undi yang akan berlangsung pada 05 Mei ini.


Makk aii.. diantara profile Dato Sahlan dengan Mahfuz Omar, umpama langit dan bumi. Umpama malaikat dan syaitan. Sudah tentu anda tahu yang mana malaikat, dan yang mana syaitannya! he he..

McTheory:
Masih nak pilih Mahfuz Omar? Pilih dengan bijak untuk masa depan kita!

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Zul Nordin dicabar tandingi Saifuddin <b>di</b> Bandar Baharu <b>Kulim</b> <b>...</b>

Posted: 28 Mar 2013 08:50 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 29 MAC: Calon KEADILAN bagi kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu (P18), Datuk Saifuddin Nasution Ismail yakin potensinya untuk menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 cerah di kawasan itu.

Saifuddin yakin KEADILAN menang <b>di Kulim</b>-Bandar Baharu <b>...</b>

Posted: 06 Jan 2013 10:07 PM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 7 Jan: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yakin KEADILAN akan mempertahan kemenangan Pakatan Rakyat di Parlimen Kulim-Bandar Baharu (P18) dalam Pilihan Raya Umum ...

02 di kubang pasu - Google Blog Search

02 di kubang pasu - Google Blog Search


pecah berita ! muhkriz disabotaj oleh umno <b>kubang pasu</b> - Kedahkini

Posted: 15 Apr 2013 06:41 PM PDT


Sudah menjadi mainan UMNO Kedah untuk menjatuhkan calon-calon yang tidak disukai, kekalahan mereka 2008 kepada Pakatan kerana masalah PUAK-PUAK dalam satu bahagian ini merupakan satu KELEMAHAN BESAR  yang tidak mungkin dapat diatasi oleh Tun, Najib dan Umno Kedah.

Alasan Ketua Pemuda Umno Kubang Pasu, Aminuddin Omar berkata, isu penggantungan kain rentang berkenaan merupakan satu provokasi murahan oleh segelintir masyarakat yang berkemungkinan berada di atas pagar tidak masuk akal...ini mesti dari kem dalam umno Kubang Pasu yang tidak senang dengan kemasukan Muhkriz sebagai calon Dun......

Untuk apa kami protes Mukhriz?

JITRA -
Pas menafikan bahawa isu penggantungan kain rentang berhubung penduduk daerah Kubang Pasu menolak penyandang Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir supaya tidak bertanding di mana-mana Dun bukanlah protes daripada mereka.

Timbalan Pengarah Majlis Tindakan Dun Jitra Pas, Basir Ismail, berkata, pihaknya tiada kepentingan sekiranya bertindak melakukan protes berkenaan.

Menurutnya, tindakan penggantungan kain rentang itu sudah memperlihatkan bahawa kemungkinan dalam parti Barisan Nasional (BN) itu sendiri tidak bersependapat mengenai pemimpin mereka.

"Untuk apa kami (Pas) memprotes Mukhriz supaya tidak bertanding di Dun dalam daerah ini? Kami tiada masalah untuk bertanding dengan mana-mana wakil calon dari BN.


"Tiada kepentingan kami menolak dia (Mukhriz) untuk bertanding malahan mengalu-alukan pihak lawan sekiranya dicalonkan untuk bertanding dan penentuannya adalah Pilih Raya Umum ke-13 (PRU13) ini," katanya kepada Sinar Harian.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kain rentang seperti diperkatakan itu ditemui di sekitar kawasan berkenaan.

Basir berkata, pencapaian dalam persepakatan penentuan calon BN dilihat bermasalah berikutan ada sesetengah masyarakat tidak mempersetujui Mukhriz yang dikatakan bakal Menteri Besar Kedah sekiranya BN menang.

"Mukhriz boleh bertanding di mana-mana dia suka dan kami tidak bermasalah serta tergugat sekiranya menghadapi calon sepertinya," katanya kepada Sinar Harian.

Ceramah medan sebar maklumat

Berhubung kenyataan segelintir masyarakat mengenai Pas yang menunjukkan tiada pembaharuan terhadap kempen yang hanya dilakukan menerusi ceramah.

Basir berkata, pihaknya tidak menafikan Pas hanya berkempen melalui ceramah semata-mata dan itu merupakan satu medium untuk menyampaikan maklumat terhadap rakyat.

Beliau berkata, tawaran kerajaan memberikan 10 minit untuk Pakatan Rakyat (PR) itu dilihat tidak adil sedangkan mereka (BN) boleh bercakap bila-bila masa yang diinginkan.

"Tambahan pula tawaran untuk PR menguar-uarkan manifesto dalam bentuk rakaman bukannya secara langsung.

"Jadi, Pas menggunakan satu pentas untuk kepimpinan menyampaikan maklumat penting supaya rakyat dapat memahami dengan jelas konsep perjuangan yang hanya untuk rakyat," katanya.

Menurutnya, pihaknya gembira walaupun ceramah sahaja dijadikan sebagai tempat penyebaran maklumat sambutan yang diterima sangat memberangsangkan.

"Di daerah ini beberapa kali kita menganjurkan ceramah untuk rakyat dan alhamdulillah semangat yang ditunjukkan rakyat terhadap Pas kini sungguh luar biasa.

"Itulah perkara yang tidak mampu dilakukan oleh BN sehingga terpaksa menjemput 'orang lama' dalam parti itu untuk menaikkan semangat perjuangan mereka," katanya.

Provokasi murahan



Aminuddin (tiga, kanan) turut memperkemaskan jentera BN untuk PRU13.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Kubang Pasu, Aminuddin Omar berkata, isu penggantungan kain rentang berkenaan merupakan satu provokasi murahan oleh segelintir masyarakat yang berkemungkinan berada di atas pagar.

Menurutnya, besar kemungkinan provokasi tersebut dilakukan berdasarkan sikap iri hati pihak terbabit yang melihat penyokong BN sentiasa bekerjasama untuk PRU13 kali ini.

"Saya tidak mahu menuduh mana-mana parti atas isu ini kerana di daerah ini banyak parti yang terlibat untuk pilihan raya kali ini dan hanya si pesalah yang tahu.
"Mukhriz sendiri belum memutuskan perkara itu sama ada dia dipertanggungjawabkan untuk menggalas tanggungjawab itu mahupun tidak bergantung kepada kepimpinan pusat untuk menilainya," katanya.

Beliau berkata, pandangannya terhadap kemampuan Mukhriz untuk menggalas tanggungjawab itu tidak dinafikan berikutan dia seorang yang berpotensi dan berkelayakan.

"Saya percaya sekiranya Mukhriz diberi tanggungjawab untuk bertanding di Parlimen dan Dun, dia akan melaksanakan tanggungjawabnya itu seperti mana yang dilakukan hari ini.

"Lagipun dia bukannya seorang calon yang baru bertanding di Kedah sebaliknya sudah lima tahun dia berkecimpung di dalam politik dan hasilnya adalah kesepaduan rakyat meningkat sehingga menimbulkan segelintir masyarakat bangun untuk sabotaj kedudukannya," katanya. ~SH

02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


PANASS!! Rumah Puaka Terletak <b>di Sik</b> Telah Di Kesan <b>...</b>

Posted: 24 Apr 2013 05:37 AM PDT

Mc mendapat laporan dari sahabat di Sik, mengenai rumah puaka yang menganggu orang kampung. Namun betul ke berita ni? Sebelum tu Mc nak minta maaf, gambar diatas tidak ada kena mengena dengan cerita ini. Hanya untuk hiasan semata-mata.

Gambar dibawah pula, menceritakan sebuah rumah yang telah lama ditinggalkan, dan diyakini telah berhantu! Betul ke? Sama-sama kita pastikan!



PKR Sik dah lama terkubur! yang tinggal hanyalah rumah kosong tidak berpenghuni dan menyeramkan. Mau tak seram, ada satu mata yang sentiasa memerhati kita dari jauh. he he..

Sebenarnya tidak ada hantu pun dalam posting ni. Cuma Mc nak beritahu PKR kat SIK dah tinggal nesan, dan gambar kat atas tu la batu nesannya. he he..

Sebab tu kalau ada orang kata PKR kuat! Mc boleh gelak terguling-guling. Kuat apa kejadahnya, kalau jentera selama ni pun dok pinjam Pas!

Sebenarnya Pakatan dah salah percaturan dengan membiarkan PKR bertanding kerusi parlimen lebih dari Pas. Sebab PKR tak kuat pun. Boleh kira dengan jari orang PKR ni. Kalau Pas Mc tak nafikan memang jentera Pas kuat dan ramai.

Cuma Pas masih tak boleh bersaing dengan UMNO, sebab Pas buat kerja tak ikhlas dan jual nama Islam. Cuba bawa betul-betul perjuangan Islam tu. Jangan mulut saja dok sebut Islam, tapi tindakan, macam haram!

McTheory:
Kalimah Allah pun nak di jual, Islam pa kejadahnya puak ni..

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


KedahLanie.info: AmanTV - Temuramah bersama MB <b>Kedah di</b> <b>...</b>

Posted: 20 Apr 2013 03:00 AM PDT

KedahLanie.info: AmanTV - Temuramah bersama MB Kedah di penamaan calon Parlimen Jerai

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


HPC: Ustaz Hamidi sah bertanding atas tiket BERJASA <b>di Padang</b> <b>...</b>

Posted: 20 Apr 2013 02:38 AM PDT

PADANG SERAI – Ustaz Hamidi Bin Abu Hassan sah akan bertanding di P017 Parlimen Padang Serai atas tiket parti BERJASA. Penamaan calon yang diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Kulim menyaksikan pertandingan 5  penjuru antara calon BERJASA, Barisan Nasional (BN) , Pakatan Rakyat (PR) dan calon Bebas. Berikut adalah senarai calon yang akan bertanding di P017 Parlimen Padang Serai ;

Ustaz Hamidi Bin Abu Hassan (BERJASA)
Heng Siei Kie (BN)
N. Surendran (PKR)
Othman B. Wawi (Bebas)
N.Gobalakrishnan (Bebas)

901388_470479829687968_28623663_o

Proses penamaan calon telah berjalan dengan lancar dan aman. Tiada sebarang provokasi liar dicatatkan. Jumlah kehadiran penyokong dari pelbagai parti mencecah hampir 2 ribu orang.

Usai proses penamaan calon, Ustaz Hamidi sempat memberikan ceramahnya kepada para penyokong beliau;

" Melalui saat ini bermulalah pertarungan yang kita tidak akan berundur lagi untuk meneruskan cita-cita menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

Kejayaan penamaan pada hari ini sangat-sangat bergantung kepada doa ikhwah/akhawat, tuan/puan.

Harapan saya agar semua jentera beri tumpuan kepada kerja-kerja kita untuk mengambil hati pengundi di Padang Serai tanpa mengira siapa juga mereka.

Kita akan  merayu undi dari mereka, kita tidak bermusuh dengan sesiapa tapi niat kita untuk hanya menegakkan Islam.

Faktor kejayaan kita bergantung kepada hubungan kita kepada Allah selain usaha yang dilakukan.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak dalam menjayakan penamaan calon hari ini dan agenda Melayu Sepakat Islam Berdaulat "

Untuk dapatkan sebarang informasi dan perkembangan mengenai calon Berjasa di Parlimen Padang Serai anda boleh ke laman Facebook rasmi beliau Ustaz Hamidi Bin Abu Hassan

Undilah Calon Muslim Berwibawa!

UstHamidi2

 

Ustaz Hamidi: Sejarah tercatat <b>di Padang Serai</b> | ISMAWeb

Posted: 20 Apr 2013 04:39 AM PDT

PADANG SERAI, 20 April - Ustaz Hamidi Abu Hassan disahkan bertanding di P017 Parlimen Padang Serai pagi tadi setelah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau akan menentang calon Barisan Nasional Heng Siei Kie, calon Parti Keadilan Rakyat N. Surendran dan 2 calon bebas iaitu Othman Wawi  serta N.Gobalakrishnan.

Katanya, hari ini telah mencatatkan sejarah umat Islam di Malaysia dan kejayaan hari ini akan dimanfaatkan demi kemenangan Islam.

"Melalui saat ini bermulalah pertarungan yang kita tidak akan berundur lagi untuk meneruskan cita-cita menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

"Kita akan  merayu undi daripada mereka, kita tidak bermusuh dengan sesiapa tapi niat kita untuk hanya menegakkan Islam," katanya kepada wartawan selepas proses penamaan calon selesai.

Proses penamaan calon telah berjalan dengan lancar dan aman di Pejabat Daerah dan Tanah Kulim. Tiada sebarang provokasi liar dan dicatatkan dan jumlah kehadiran penyokong daripada pelbagai parti dianggarkan hampir 2 ribu orang.