Ahad, 12 Mei 2013

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Setiausaha Agung PKR Gagal <b>Di Kulim</b>-Bandar Baharu

Posted: 05 May 2013 10:19 AM PDT

ALOR SETAR: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail gagal mengekalkan kemenangan parti itu di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu apabila tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dengan majoriti 1,871 undi. Saifuddin mendapat 24,911 undi sementara Abdul Aziz memperoleh 26,782 undi. Pada pilihan raya umum 2008, kerusi berkenaan dimenangi PKR menerusi wakilnya, Datuk Zulkifli Noordin dengan majoriti 5,583 undi. Saifuddin sebelum ini merupakan Ahli Parlimen Machang di Kelantan namun berpindah kerusi ke Kedah.

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Restoran makanan segera <b>di Sungai Petani</b> dirompak - Gempak.Org

Posted: 05 Nov 2012 01:42 AM PST

SUNGAI PETANI: Sebuah restoran makanan segera di Kompleks Seri Temin, Jalan Ibrahim di sini mengalami kerugian kira-kira RM35,000 selepas dirompak empat lelaki padi tadi.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, kumpulan penjenayah yang bersenjatakan pistol dan parang itu melarikan wang hasil jualan restoran berkenaan sejak tiga hari lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad berkata, tiada pelanggan dalam premis berkenaan sewaktu kejadian dan lima pekerja termasuk seorang penyelia yang bertugas ketika itu terselamat.

"Siasatan awal mendapati rompakan dilakukan empat lelaki, dua daripadanya bersenjatakan pistol manakala dua lagi bersenjatakan parang.

"Penjenayah masuk ke dalam kedai itu dan mengacukan pistol ke arah salah seorang pekerja dan menyuruh mangsa membuka peti besi," katanya kepada Bernama.

Mohd Zakaria berkata, setakat ini belum ada tangkapan dibuat dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Kita terus menjalankan siasatan bagi mengesan suspek dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.
Difahamkan penjenayah turut mengambil pita rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum meninggalkan premis terbabit. - BERNAMA

sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/ar...ompak/Article/

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


Munajat Kemuncak PRU 13 Peringkat <b>Negeri Kedah di</b> Pondok <b>...</b>

Posted: 03 May 2013 09:13 PM PDT


























LAPORAN SINAR HARIAN 5.5.2013

Umat Islam usah berpuak-puak
ROSLINDA HASHIM
5 Mei 2013
ALOR SETAR - Umat Islam dinasihat agar tidak berpuak-puak dan bersatu menentang musuh Islam, selain memastikan memilih pemimpin yang adil pada PRU13 ini.

Tokoh Ulama Kedah, Syeikh Tuan Guru Salleh Musa berkata, wajib menyokong parti yang memperjuangkan Islam manakala haram menyokong parti yang menentang Islam.

"Golongan ulama mahu selamatkan negara, bukan khianat. Ketika mengundi, tanamkan niat untuk kembangkan agama Islam," katanya.

Menurutnya, rakyat wajar memilih parti yang akan menjadikan Islam sebagai panduan hidup selain memilih parti yang akan memegang amanah rakyat dan negara.

"Wajib juga kita memilih parti yang akan beri pendidikan berkualiti sepanjang hayat, termasuk menyediakan kemudahan kesihatan berkualiti dan agih kekayaan secara saksama dan menghapuskan kroni," katanya.

Salleh yang juga Penaung Madrasah Ar Rahmaniah berkata, setiap umat Islam wajar menjaga hati agar menjauhi sikap riak, takbur atau sombong, selain berjuang dengan hati yang bersih.

"Jika hati tidak elok, sukar untuk mana-mana pihak menuju ke Putrajaya. Buat kerja mestilah ikhlas dan betulkan hati untuk jalankan syariat Islam," katanya.

Beliau turut menasihatkan agar dihargai nikmat yang ada, agar ALLAH SWT akan menambah nikmat itu.

"Jangan melihat siapa calon bertanding, yang penting adalah calon yang ikhlas, itu adalah pintu kejayaan.

"Ketika mahu mengundi, bacalah 'Bismillah' dan niat untuk kembangkan Islam. Mintalah bantuan kepada ALLAH agar dapat laksanakan hukum ALLAH," katanya.

02 di kodiang - Google Blog Search

02 di kodiang - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 01 May 2013 01:36 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Apr 2013 01:13 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

kajian mengenai dialek kedah dengan bahasa melayu baku <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 07 Mar 2013 11:44 AM PST

FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

SKBL 2113

APLIKASI KOMPUTER DALAM  LINGUISTIK

TAJUK : KAJIAN MENGENAI DIALEK KEDAH DENGAN BAHASA MELAYU BAKU DI DAERAH KODIANG

NAMA PENSYARAH :

DR. ZULKIFLI BIN AHMAD

NAMA & NO. MATRIK PELAJAR :

NURSYAKIRAH BINTI NORDIN

A 137318

 

 

BAB I

PENDAHULUAN

1.1              PENGENALAN

Dialek merupakan satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial yang berbeza daripada bahasa standard. Menurut Edward Sapir, dialek dikenali sebagai bentuk percakapan tempatan yang berbeza dengan bentuk bahasa kesusasteraan. Maka, bolehlah dirumuskan bahawa dialek merupakan satu bentuk percakapan yang berupa tempatan yang terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja.

Bahasa Melayu Kedah merupakan salah satu dialek yang dituturkan oleh masyarakat Malaysia di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Perlis. Bahasa Melayu Kedah juga dipertuturkan di Wilayah Selatan Thailand iaitu Satun.

Penduduk di Trang, Thailand juga menuturkan bahasa Melayu Kedah dengan pengaruh bahasa Thailand. Penutur dialek Melayu ini keseluruhannya dianggarkan lebih 4 juta (sekitar 3,1 juta penutur bahasa ibunda dan selebihnya digunakan sebagai bahasa kedua). Selain negeri-negeri tersebut, dialek ini juga dituturkan di selatan Myanmar dan sebuah tempat di utara Sumatera. Masyarakat setempat merujuk kepada Bahasa Melayu Kedah ini sebagai loghat utara (dialek Utara-oleh Malaysia) dan pelat Kedah (dialek Kedah di Negeri Kedah).

Bahasa Melayu Dialek Kedah juga boleh dibahagikan kepada beberapa subdialek yang diterdiri daripada Kedah Persisiran (standard), Baling ataupun Kedah Hulu, Kedah Utara, Perlis-Langkawi, Pulau Pinang dan lain – lain (Luar Malaysia).

 

1.2              PERNYATAAN MASALAH

Kajian yang dilakukan secara komprehensif dan betul akan dapat menghasilkan sebuah dapatan kajian yang baik. Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengetahui perbezaan yang terdapat dalam dialek Kedah Kodiang dengan bahasa Melayu baku berdasarkan aspek-aspek linguistik seperti aspek dari segi sebutan, pembentukan kata, penggunaan ayat, semantik dan juga pragmatik.

1.3              SOALAN KAJIAN

Persoalan yang timbul dalam kajian ini ialah seperti berikut:

1.3.1    Apakah sama sebutan yang terhasil bagi sesuatu perkataan di antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?

1.3.2    Apakah proses pembentukan kata yang berlaku dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?

1.3.3    Adakah sama sistem tatabahasa dan susunan ayat yang digunakan dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?

1.3.4    Bagaimanakah sesuatu perkataan yang sama boleh mempunyai makna yang berbeza dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?

1.3.5    Apakah ada penggunaan bahasa mengikut situasi yang berbeza di antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?

 

 

1.4              OBJEKTIF KAJIAN

1.4.1    Mengenal pasti perbezaan sebutan di antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku.

1.4.2    Melihat aspek pembentukan kata yang hadir dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku.

1.4.3    Meninjau aspek penggunaan ayat/tatabahasa dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku.

1.4.4    Menyelidik perbezaan makna kata yang berlaku antara dialek  Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku.

1.4.5    Mengenal pasti perbezaan yang terdapat dalam penggunaan bahasa mengikut situasi yang berbeza di antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku. Sebagai contohnya penggunaan bahasa dalam situasi formal di pejabat antara majikan dan pekerja.

 

 

1.4    SKOP KAJIAN

Skop kajian ini adalah di Kodiang yang merupakan salah satu tempat yang terletak di negeri Kedah Darul Aman. Skop kajian ini dipilih kerana berdasarkan latar belakang responden yang lahir di negeri Kedah, anak jati dan menetap di Kodiang, Kedah. Responden merupakan salah seorang mahasiswa yang belajar di UKM, Bangi, Selangor.

 

1.5    KESIMPULAN

1.5.1    Sebagai kesimpulannya, kajian yang ingin dijalankan oleh pengkaji diharapkan dapat memenuhi objektif yang sebenar. Hasil yang baik akan diperoleh sekiranya kajian ini mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

 

BAB 2

KOSA ILMU (kiv)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1       PENGENALAN

Metodologi kajian atau kaedah kajian merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu rumusan.

Metodologi menerangkan cara sesuatu sesuatu masalah disiasat dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan.

Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian.

 

 

3.2       SAMPEL KAJIAN

Sampel kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah terdiri daripada seorang responden yang berasal daripada negeri Kedah iaitu di Gurun berumur 22 tahun. Responden merupakan seorang anak jati dan penutur natif dialek Kedah.

 

3.3       ALAT KAJIAN

Kaedah atau metodologi kajian yang akan digunakan untuk mengumpul maklumat adalah seperti berikut:

3.3.1    Soal selidik.

Soal selidik dibuat dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan perisian "Survey Monkey". Soalan-soalan didraf terlebih dahulu dan dimasukkan ke dalam perisian "Survey Monkey". Soalan yang telah siap didalam perisian "Survey Monkey"akan dihantar kepada responden untuk dijawab oleh responden tersebut.

3.3.2    Rakaman.

Rakaman video akan dilakukan dengan menggunakan perakam video di telefon dan rakaman suara dengan menggunakan MP3.

 

 

3.3.3    Blog

Blog digunakan untuk memaparkan setiap hasil kajian yang telah saya lakukan dan perolehi dengan menggunakan wordpress.

3.3.4    Antconc

3.3.5    Video converter

3.3.6    Soundcloud

 

3.5       KESIMPULAN

Metodologi kajian yang dipilih diharapkan dapat membantu pengkaji menjayakan kajian yang dijalankan seterusnya memperoleh hasil kajian yang terbaik.

Dia buat dah: 63 rumah <b>di Kodiang</b> rosak akibat ribut

Posted: 02 Apr 2013 02:58 AM PDT


JITRA - Sebanyak 63 rumah di tiga kampung di Kodiang dekat sini rosak teruk terutama di bahagian bumbung selepas dilanda ribut petang semalam.
Kejadian kira-kira 6 petang itu melibatkan 45 rumah di Kampung Paya Pida Satu, 13 di Kampung Pida Empat dan lima di Kampung Kandis dengan jumlah kerugian keseluruhan hampir RM1 juta.
Tiada sebarang kemalangan jiwa dalam kejadian itu.
Seorang mangsa kejadian itu, Habsah Ahmad, 69, dari Kampung Paya Pida Satu berkata ketika kejadian, dia bersama tiga anak dan menantu serta tiga cucunya berusia antara tiga bulan dan lima tahun berada di rumah.
Katanya dia yang terdengar bunyi deruman angin kencang sehingga bumbung rumahnya diterbangkan angin melarikan diri dengan menaiki kereta milik anaknya bersama keluarganya untuk mencari tempat selamat.
"Masa tu makcik lihat zink terbang. Makcik jadi takut dan bawa cucu berusia lima tahun selamatkan diri. Makcik syukur semua anggota keluarga makcik termasuk cucu berusia tiga bulan selamat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.
Abdullah Awang, 68, dari Kampung Paya Pida Satu berkata dia kerugian kira-kira RM100,000 setelah bumbung rumahnya serta barangan elektrik di dalam rumahnya rosak.
Dia yang menceritakan detik-detik cemas kepada pemberita bersama isterinya Hasma Hussin, 64, berkata kejadian berlaku dengan pantas sehingga tidak sempat untuk menyelamatkan barangan berharga.
Katanya dia bersama isteri cuba keluar rumah dan melihat bumbung rumah terbang seperti burung dan masuk semula ke dalam rumah sehingga keadaan kembali normal.
"Saya hanya mampu melaungkan azan sahaja. Kami cuba nak selamatkan diri dengan keluar rumah dan bila lihat zink berterbangan kami masuk semula ke dalam rumah. Bila angin dah habis saya lihat semua bumbung rumah saya dan jiran habis (diterbangkan)," katanya.
Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang turun padang melawat mangsa kejadian turut menyalurkan bantuan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi meringankan beban yang dialami mereka.
Mukhriz berkata buat sementara ini anggota keluarga yang terlibat ditempatkan di tiga pusat penempatan termasuk di Dewan Orang Ramai Batu 1 sebelum bantuan susulan daripada kerajaan pusat untuk memperbaiki rumah dibuat dalam tempoh terdekat.
"Ada antara anggota keluarga mereka tinggal di rumah bagi menjaga keselamatan barangan di dalam rumah. Kita juga minta anggota Rela menjaga kawasan rumah yang rosak," katanya. - Bernama

02 di kuala kedah - Google Blog Search

02 di kuala kedah - Google Blog Search


sabahkini.net: MAT SABU TUMPAS <b>DI KUALA KEDAH</b>

Posted: 05 May 2013 05:47 PM PDT



KALAH.....Mat Sabu kalah dalam dua PRU bagi kerusi Parlimen Kuala Kedah pada 2004 dan Parlimen Kuala Terengganu pada 2008.
PENDANG : Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Othman Abdul menghadiahkan 'hattrick' kalah pada pilihan raya umum (PRU) kepada Mohamad Sabu apabila mengalahkan Timbalan Presiden PAS itu bagi kerusi Parlimen Pendang pada PRU ke-13.
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu kalah dalam dua PRU bagi kerusi Parlimen Kuala Kedah pada 2004 dan Parlimen Kuala Terengganu pada 2008.
Othman, 62, memperoleh 32,165 undi, menang dengan majoriti 2,638 undi.
Pendang adalah antara kubu kuat PAS di Kedah yang dikuasai parti itu sejak memenanginya pada PRU 2004 dan 2008.
Othman pernah menang di kerusi Parlimen Pendang pada PRU 1986, 1990 dan 1995.
Beliau tewas kepada Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Noor pada PRU 1999 tetapi menang semula pada pilihan raya kecil 2002 berikutan kematian Fadzil. Beliau tidak bertanding pada PRU 2004 dan 2008.
Othman dan Mat Sabu tidak hadir semasa Pegawai Pengurus Parlimen Pendang, Md Nordin Yahya mengumumkan keputusan di Dewan Al-Marbawi Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang kira-kira pukul 11.25 malam.
Hanya penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob daripada BN yang mengekalkan kerusinya sahaja yang hadir.
Datuk Mohamad Taulan Rasul daripada PAS yang turut mengekalkan kerusi DUN Tokai sejak 2004 juga tidak hadir.
Di luar dewan, sekumpulan golongan muda penyokong PAS cuba menimbulkan kekacauan tetapi bagaimanapun dapat ditenangkan oleh pemimpin parti setelah diberi amaran oleh polis sebelum mengambil tindakan.
Suraya yang sempat ditemui berkata beliau mungkin bertuah kerana merupakan penyandang selain banyak dibantu oleh populariti Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Katanya bilangan pengundi wanita yang melebihi lelaki, dijadikan kumpulan sasar untuk meraih undi namun agak hampa kerana undi yang diperoleh calon PAS juga meningkat.
"Ini yang perlu dilihat dan diperincikan mengapa ia terjadi. Walaupun majoriti saya peroleh meningkat," katanya.
Mengenai kemenangan Othman, Suraya yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Pendang berkata bekas anggota Parlimen Pendang itu masih mempunyai pengaruh kuat dan dipandang tinggi oleh masyarakat di Pendang.
Pada pertandingan empat penjuru di kerusi DUN Sungai Tiang, Suraya menang dengan majoriti 6,994 undi menewaskan calon PAS Fadzil Baharum, calon Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Charean Isen dan calon Bebas Rosli Omar (Bebas). (Bernama)

02 di kuala ketil - Google Blog Search

02 di kuala ketil - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di kuala ketil</b> - Google Blog Search

Posted: 09 May 2013 03:46 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

KedahLanie.info: KUIN <b>Kuala Ketil</b> berjalan lancar sesi <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2013 10:20 PM PDT

Sesi pembelajaran di KUIN Kuala Ketil berjalan lancar
KUALA KETIL – Tohmahan yang menyatakan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN), di sini akan ditutup adalah tidak benar apabila proses pembelajaran dan pentadbiran berjalan dengan lancar.
Pendaftar KUIN, Dato' Latifah Hasan menjelaskan bahawa masalah penginapan pelajar yang berlaku sebelum ini telah selesai kerana pelajar yang ada sekarang dipindahkan ke asrama yang disediakan oleh KUIN di kawasan berhampiran dan ada yang menyewa rumah sendiri.
"Tetapi penginapan untuk pelajar-pelajar yang belum berpindah ke sini masih belum ada kerana Taman Insaniah belum siap sepenuhnya, kemungkinan besar mereka akan berpindah ke sini pada bulan Disember ini.
"Selain itu, kita sedang membina asrama 'fast track' untuk pelajar-pelajar baru yang akan memuatkan seramai 1000 orang dan dijangka siap pada bulan Jun ini," katanya ketika ditemui.

Beliau turut menjelaskan bahawa kelengkapan yang ada di KUIN semasa mula-mula masuk adalah cukup lengkap dan selesa berbanding universiti lain kerana semasa permulaan pembukaan UUM, masih terdapat jentera yang keluar masuk dalam universiti itu.
"KUIN akan terus berkembang dan sekarang kita mempunyai 47 program, kita akan memantapkannya terlebih dahulu, jangan bimbang kerana sesiapa pun yang memerintah Kedah pasti akan meneruskan impian negeri Kedah untuk memiliki sebuah universitinya sendiri, yang dasarnya adalah Islamik.
"Apa yang saya suka dengan KUIN adalah kerana ianya menggabungkan pengajian Islam dan konvensional, tambahan pula trend masyarakat sekarang ni yang sudah kembali kepada Islam," katanya.
Tambahnya, KUIN telah memulakan sistem pendidikan seperti ini lebih awal. Setiap kuliah yang ditawarkan di KUIN menggabungkan Islam. Sebenarnya sistem ekonomi yang dipelajari dahulu adalah sistem ekonomi bukan Islam.
Maka, kini pihaknya mahu semua sistem menjadi Islamik contohnya perbankan Islamik dan perubatan Islamik. Sistem KUIN adalah sama seperti UIA dan KUIN adalah seperti anak kepada UIA. KUIN akan berkembang ke arah itu dan beliau berharap IPTA di Malaysia juga akan berubah ke arah Islamik.

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


Sister&#39;s Little Diary: <b>Tanjung Dawai</b> Revisited

Posted: 09 May 2013 01:48 AM PDT

Exhausted. Sangat-sangat. Bertabahlah Murni! Tiada yang lain hanyalah sedikit ujian dariNya. Sakit kepala tak mau hilang. Badan pun cepat ja layu. Getting older. Semoga Allah terus memberikan kekuatan. Chek nak berjuang ni...untuk study, untuk kerja, untuk keluarga. Permudahkanlah ya Allah.

Cerita pi Tanjung Dawai hari tu tak habis lagi kan...? Hehe...takdak apa cerita sangat pun. Gambaq pun tak banyak. Orang ramai di Tanjung Dawai masa hari cuti tu. Pekan yang kecik cinonet tu sesak dengan deretan kenderaan parking di bahu jalan. 

Mood nak capture gambaq banyak2 pun ke laut lah! So, tiada gambaq hasil laut yang diborong, hatta gambaq semasa memborong. Lepas teman mak bonda shopping kat kompleks jeti Tanjung Dawai, kami pi isi perut. Brunch. Masa tu jam lebih kurang 11 pagi. So..belum lunch time lah.


Menu..macam biasa...bihun sup. Simple. Tak heavy. Kopi o panas tak dilupakan. Mak bonda dengan laksa dan cendol pulut. Cendol pulut tak best kata beliau, too sweet. Terlebih gula merah..santannya kurang. Bihun sup okey. Just nice.
 


Laksa pun kureng pedas. Tak taste mak bonda. Dia suka kuah pedas. Apa pun..depan rezeki tak boleh merungut. Ni sekadar review. Citarasa masing-masing. Tepuk dada tanya selera.



Ni la gerai yang kami singgah 'brunch' hari tu. Jalan dengan mak ni, dia kira mudah ja. Malas nak pikir penat-penat..'nak makan tang mana'...dan sebagainya. Janji boleh alas perut, kedai bersih. Cukup dah. Hajat hati nak singgah makan kat Naim Gulai Semilang masa on the way balik, tapi apakan daya. Terbantut hajat tengok parking bersesak kat kedai tu. Ramai orang kata sedap makan nasi gulai panas kat situ...gulai semilang la of course.

 

Ni la kompleks Jeti Tanjung Dawai..tempat membeli-belah barangan hasil laut. Mak bonda beli belacan, stok ikan kering, udang kering dan keropok lekor. Chek tumpang sekaki, beli keropok belinjau. Kebetulan ada kat situ. Susah nak jumpa keropok belinjau. Bila nampak, terus beli!
 
 

Kali terakhir mai last year...jeti ni belum berbumbung. Alhamdulillah...dah ada penambahbaikan. Tak kena panas, tak kena hujan. Untuk kemudahan rakyat. 
 


Ini saja buah tangan dari Tanjung Dawai untuk uols semua...

Minggu ni chek busy sangat. Nak siapkan assignment, deadline minggu depan. Oleh itu, chek blogwalking slowly macam see-phoot...boleh noo...? Okeh.."lagu mana pun untuk hangpa...!" Jangan lupa dengaq pi mai fm..channel favorite buat masa ni..haha... *tiba-tibaaaa!




Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!
 

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


KedahLanie.info: Kempen BN jejas perniagaan <b>di</b> Pasar <b>Jerai</b>?

Posted: 02 May 2013 06:00 PM PDT

Calon PAS di Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar berkata, sebilangan besar peniaga merungut kehadiran bekas Presiden Umno, Tun Mahathir Mohamad, Calon BN, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan jenteranya menyebabkan perniagaan mereka terjejas.
"Ramai peniaga merungut kepada saya kedatangan jentera BN berkempen menjejaskan perniagaan mereka," katanya
Beliau melahirkan kebimbangan golongan peniaga yang rata-ratanya merasakan kempen BN kali ini banyak memberi masalah kepada rakyat khasnya dalam penggunaan jentera kerajaan.
Selain itu, BN juga dikatakan telah menggunakan premis kerajaan khasnya sekolah, jabatan kerajaan untuk berkempen, sedangkan dalam peraturan ianya suatu yang dilarang. 

"Sekiranya kami menerajui Putrajaya sekalipun nanti, kami tidak akan menggunakan kuasa kami seperti mana yang BN buat masuk berkempen ke sekolah, jabatan kerajaan dan agensi tertentu untuk meraik sokongan," katanya lagi.
Sementara itu, Firdaus juga memaklumkan terdapatnya usaha Umno BN menghasut pengundi di sebahagian kawasan kampung di Jerai untuk tidak terpengaruh dengan perkembangan politik semasa.
"Mereka kata kepada pengundi di kampung, jangan peduli hal politik kerana itu urusan pemimpin, hingga ada penduduk yang percaya dan mula merasakan berpolitik itu hak mereka.
"Mereka juga menghasut agar pengundi hanya mendengar saluran maklumat Kerajaan Pusat sahaja. Mereka sekat penyebaran maklumat alternatif yang lebih sahih," katanya lagi.
Beliau yang mendapat 26,510 undi menewaskan calon BN, Datuk Badruddin Amiruldin dengan majoriti 2,299 undi pada PRU12 lalu. Pada PRU13 ini, beliau ditentang oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Pengundi di Parlimen Jerai pada PRU13 ini seramai 74,583 orang dengan pecahan Melayu sebanyak 79.11 peratus, Cina (13.99%), India (6.31%) dan lain-lain (0.59%).