Sabtu, 25 Mei 2013

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


ceramah dato sri anwar ibrahim <b>di pokok sena</b> - teratak impian bukit <b>...</b>

Posted: 03 May 2013 07:05 AM PDT


Majlis ceramah Dato' Sri Anwar Ibrahim bersama Dato Mahfuz Omar serta calon-calon di Dun Parlimen Pokok Sena. Majlis tersebut diadakan di Tanjung Musang berhadapan Caltex. Bermula jam 3.00 petang. Kehadiran orang ramai melempah hingga ke tepi jalan raya. Semua masyarakat berbilang bangsa datang untuk mendengar ceramah serta untuk memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Majlis berakhir pada jam 7.00 malam sebelum waktu magrib tiba, Jalan sesak sepanjang 2km dengan pergerakan kenderaan yang amat perlahan.

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Bandar <b>Sungai Petani Di</b> <b>...</b>

Posted: 18 May 2013 06:59 AM PDT



Sungai Petani (singkatan: Sg. Petani atau SP) merupakan sebuah bandar yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman. Ia terletak di bahagian selatan negeri tersebut di utara Semenanjung Malaysia. Jarak bandar ini dengan Alor Setar, ibu negeri Kedah adalah kira-kira 70 km dan ia berdekatan dengan Butterworth di Pulau Pinang. Sungai Petani juga merupakan bandar perindustrian utama terbesar bagi negeri tersebut.

Politik

Dewan Rakyat
Parlimen Nama Kerusi Ahli Parlimen Parti
P12 Jerai Jamil Khir Baharom Barisan Nasional
P14 Merbok Ismail Daut Barisan Nasional
P15 Sungai Petani Johari Abdul Pakatan Rakyat

Dewan Undangan Negeri
Dun Kedudukan Nama Ahli Negeri Parti
N22 Gurun Leong Yong Kong Barisan Nasional
N25 Bukit Selambau Krishnamoorthy a/l Rajannaidu Pakatan Rakyat
N26 Tanjung Dawai Tajul Urus Mat Zain Barisan Nasional
N27 Pantai Merdeka Ali Yahaya Barisan Nasional
N28 Bakar Arang Ooi Tze Min Pakatan Rakyat
N29 Sidam Robert Ling Kui Ee Pakatan Rakyat

Perbandaran dan Perumahan


Majlis Perbandaran

Bandar Sungai Petani ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) Bandar Sungai Petani akan dinaik taraf sebagai bandaraya menjelang tahun 2015 menjadi Kedah antara negeri yang mempunyai dua bandaraya di Malaysia selain Selangor dan Sarawak. Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah akan ditukar kepada Majlis Bandaraya Sungai Petani.

Sektor perumahan berkembang pesat di Sungai Petani. Semenjak tahun 1990-an, bandar Sungai Petani menerima pelaburan besar oleh syarikat-syarikat pemaju perumahan. Taman Ria, Taman Ria Jaya, Taman Peruda, Taman Mutiara Indah, Taman Berlian merupakan perumahan terancang yang terawal di Sungai Petani.

Menjelang tahun 1999 sehingga 2007, beberapa bandar baru dimajukan antaranya ialah Bandar Aman Jaya, Bandar Mutiara, Bandar Puteri Jaya, Bandar Sri Astana, Bandar Sri Cendana, Legenda Heights, Bandar Laguna Merbok, Bandar Puteri Hill Park dan Cinta Sayang Resort Homes. Sebuah kondominium mewah telah dibina pada tahun 2008 oleh EUPE Corporation di dalam kawasan perumahan elit Kelab Cinta Sayang. Kondominium itu diberi nama Sky Residences.

Kini Bandar Sungai Petani adalah kawasan perumahan terbesar di Kedah mengalahi Bandaraya Alor Setar selaku ibu negeri. Bandar ini juga adalah kawasan perindustrian terbesar disebabkan faktor bandar ini dekat dengan Bandaraya Pulau Pinang iaitu bandaraya kedua utama di Malaysia.

 

Populasi Penduduk

Penduduk Sungai Petani adalah terdiri daripada majoriti Melayu Cina dan India. Sungai Petani menjadi sebuah bandar dengan keluasan bandar ini menjadi semakin besar dengan pertambahan penduduk yang begitu drastik sejak tahun 1990 dimana bandar ini terletak berhampiran dengan bandar lain seperti Kulim dan Pulau Pinang. Dengan itu ramai penduduk tinggal di sini dan bekerja di sana. Sungai Petani adalah salah satu bandar terbesar di Kedah kerana bandar ini mempunyai ramai penduduk disebabkan berdekatan bandar perindustrian terbesar di utara iaitu Seberang Perai yang tidak dapat memenuhi penduduk di sana, dan penjualan rumah yang lebih murah berbaanding Bandaraya Alor Setar kerana iai adalah sebuah bandaraya yang tanah dan lain-lainnya mahal berbanding di Sungai Petani dan faktor sawah padi yang menyebabkan ramai pemaju hartanah tidak berani melabur di Alor Setar. Bandar ini telah menyaingi populasi Bandaraya Alor Setar sebagai bandar berpopulasi tertinggi di Kedah. Statistik populasi adalah seperti berikut

Populasi = 405,789 (2009)

Bandar / Daerah Populasi 1980 Populasi 1990 Populasi 2000 Populasi 2010
Sungai Petani / Kuala Muda 192,308 254,372 339,898 456,605

Bandar-bandar Baharu

Banyak bandar baru dibina untuk pembangunan penduduk yang kian bertambah dan bandar yang pesat membangun.
  • Bandar Aman Jaya
  • Bandar Mutiara
  • Bandar Puteri Jaya
  • Bandar Sri Astana
  • Bandar Sri Cendana
  • Bandar Laguna Merbok
  • Bandar Puteri Hill Park
  • Legenda Heights

Pengangkutan Dan Perjalanan

Bandar Sungai Petani sangat mudah dihubungi dengan jaringan jalan raya,jalan kereta api dan laluan udara.

 

Jalan raya

Dari ibu negara, Kuala Lumpur, perjalanan ke utara menuju Sungai Petani melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS-E1). Jalan Persekutuan turut menghubungkan Sungai Petani dengan beberapa bandar utama seperti Alor Setar, Butterworth dan Ipoh. Bagaimanapun, perjalanan melalui Lebuhraya Utara Selatan lebih cepat dan selesa.

 

Kereta api

Sekiranya menaiki kereta api, anda boleh turun di stesen keretapi Sungai Petani yang terletak di pusat bandar. Jajaran laluan kereta api bermula dari Padang Besar, Perlis melalui bandar seperti Alor Setar, Gurun, Sungai Petani, Bukit Mertajam, Butterworth, Taiping, Kuala Kangsar, Ipoh, Slim River, Tanjung Malim, Sungai Buloh dan Kuala Lumpur. Terdapat perjalanan terus dari Kuala Lumpur, Bangkok dan Hatyai melalui Sungai Petani.

 

Lapangan terbang

Lapangan terbang terdekat dengan Sungai Petani ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang iaitu lebih kurang 45 km dari pusat bandar. Selain itu, terdapat satu lapangan terbang bagi laluan domestik di Alor Setar iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.

 

Senarai Bangunan Tertinggi di Sungai Petani

Dibawah adalah senarai bangunan tertinggi di Sungai Petani.

Siap

Tertinggi

  • Sky residences: 18 tingkat
  • HSAH termasuk kolej perubatan HSAH: 15 & 13 tingkat
  • Park Avenue: 12 tingkat

Sederhana Tinggi

  • SP Plaza: 10 tingkat
  • Emerald Puteri hotel: 7 tingkat
  • Kompleks MPSPK: 7 tingkat
  • Wisma Keladi: 6 tingkat

Dalam Perancangan

Tertinggi

  • 3-star hotel: 18
  • Sky Residences: 18
  • 4-star hotel: 11.5

Sederhana

Belum diketahui

  • Kedah Convention Centre
  • Kondominium di Bandar Puteri Jaya:
  • Hospital di Bandar Laguna Merbok

Pendidikan

Banyak sekolah rendah dan menengah di bandar Sungai Petani. Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta turut bertapak di bandar ini. Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka kampus cawangannya di Merbok, Sungai Petani. Universiti swasta AIMST turut beroperasi di pekan Bedong, dekat Sungai Petani.

Rekreasi dan Pelancongan

Pantai Merdeka
Pusat peranginan ini terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari pusat bandar. Perjalanan menaiki kenderaan sendiri ke pantai ini mesti melalui Jalan Persekutuan Laluan Butterworth. Pelancong perlu melalui pekan Tikam Batu dan seterusnya pekan Kota Kuala Muda sebelum tiba di Pantai Merdeka. Pantai ini juga mudah dilawati dengan menaiki bas dari Stesen Bas Sungai Petani. Sila naik bas City Liner bernombor 26 untuk perjalanan yang mudah dan selesa. Terdapat kemudahan perhentian bas, chalet, tandas awam, medan selera dan gerai-gerai jualan. Pantai Merdeka menawarkan kemudahan percutian untuk seisi keluarga. Pelancong boleh bermandi-manda dan berkayak di pantai ini. Terdapat perkhidmatan bot untuk pelancong pergi ke Tanjung Dawai.

The Carnivall
The Carnivall merupakan sebuah taman tema air di Sungai Petani. Taman tema ini dibuka pada 25 Disember 2006 dan terletak kira-kira 5 km dari pusat bandar. Sekiranya anda datang dari Lebuhraya Utara Selatan, sila keluar ikut Exit 170-Sungai Petani Utara. Sila ambil jalan ke pusat bandar dan terdapat kemudahan papan tanda jalan untuk ke taman tema ini.
Sila layari laman web : www.thecarnivall.com

Sungai Merbok
Sungai Merbok ialah sungai yang mengalir ke Selat Melaka dan mempunyai hutan paya bakau. Terdapat kemudahan pelancongan di sini. Pelancong boleh melawat Galeri Hutan Paya Bakau dan bersiar-siar di pesisir sungai. Ada juga disediakan kemudan bot pelancong untuk mereka yang ingin menyusuri sungai ini. Anda juga boleh berehat dan menjamu selera di restoran makanan laut.

Tanjung Dawai
Sebuah pekan kecil di barat Sungai Petani. Pekan ini merupakan sebuah perkampungan nelayan. Hasil laut diproses di sini untuk dijadikan makanan. Pelancong boleh mendapatkan ikan kering, ikan bilis, ikan masin, pekasam dan pelbagai lagi hasil makanan laut dengan harga yang berpatutan. Perkhidmatan bas Mara Liner disediakan ke pekan ini dari bandar Sungai Petani.
Tanjung Dawai menempatkan Kompleks Lembaga Ikan Malaysia (LKIM), arked dan jeti Tanjung Dawai serta Medan Selera Ikan Bakar yang mampu menggamit kedatangan pelancong dari dalam danluar negeri Kedah.
Kompleks Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) merupakan pusat pendaratan ikan bagi nelayan-nelayan di Tanjung Dawai. Anda dapat melihat senario sebenar aktiviti nelayan setempat disamping dapat membeli hidupan laut yang masih segar. Arked Tanjung Dawai memberi kemudahan kepada pengunjung untuk membeli pelbagai produk hidupan laut samada kering atau basah dengan tawaran harga yang berpatutan.

Jeti Tanjung Dawai yang sentiasa dikunjungi terutamanya pada musim cuti memberi kemudahan pengangkutan ke Pantai Merdeka yang merupakan destinasi mandi-manda yang popular di Negeri Kedah. Bayaran yang dikenakan adalah berpatutan iaitu sebanyak RM2.00 pergi dan balik.
Bagi mereka yang datang bersama keluarga atau rakan taulan dapat menjamu selera di Medan Selera Ikan Bakar yang menyajikan pelbagai juadah hidupan laut. Hati yang resah pasti tenang di kala menjamu selera sambil menikmati pemandangan lautan yang luas terbentang dengan disapa angin petang yang nyaman.

Lembah Bujang
Merupakan tempat bersejarah kerana telah mencatatkan sejarah awal negeri Kedah Darul Aman. Lembah Bujang kira-kira 1000 tahun lalu merupakan pusat perdagangan dan pemerintahan Hindu-Buddha di negeri rantau Nusantara. Kawasan ini juga menerima pengaruh Islam. Terdapat sebuah Muzium Arkeologi di sini.

Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak di atas Bukit Batu Pahat yang berada 23 km dari bandar Sungai Petani. Terletak di dalam Mukim Merbok, Daerah Kecil Merbok. Ia adalah salah satu muzium yang mempamerkan bukti kewujudan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan ugama Hindu Buddha di Asia Tenggara pada kurun ke 3 Masehi hingga 12 Masehi.

Dibuka secara rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman pada 23 Januari 1980 bersamaan 5 Rabiulawal 1400 Hijrah. Bahan-bahan arkeologi yang dipamerkan di Muzium ini merupakan artifak-artifak arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi di tapak-tapak arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang. Artifak arkeologi yang dipamerkan dalam Muzium ini merupakan bahan-bahan yang membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdagangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang menguasai jalan perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang dari China, India dan Arab di samping pedagang-pedagang Melayu dari Kepulauan Melayu yang menguasai perdagangan rempah ratus dan hasil hutan exotika untuk pasaran timur jauh sejak kurun ke 5.

Di kawasan persekitaran Muzium Lembah Bujang ini dapat dilihat tinggalan senibina candi-candi yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan pemujaan yang dapat membuktikan kewujudan dan kepercayaan agama Hindu/ Buddha yang menjadi amalan sebahagian dari masyarakat yang berdagang di Lembah Bujang

Sebuah air terjun mengalir di tepi muzium. Jika menaiki bas, terdapat bas Mara Liner dan City Liner berhenti di pekan Merbok. Anda boleh berjalan kaki atau
menaiki teksi ke Lembah Bujang.

Menara Jam Besar
Di pusat bandar terdapat sebuah bangunan bersejarah iaitu Jam Besar yang dibina pada tahun 1936 untuk memperingati Jubli Perak King George V dan Queen Mary.

Taman Jubli Perak
Taman ini dibina untuk memperingati sambutan Jubli Perak Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Kemudahan medan selera, trek joging, taman permainan, alatan sukan dan tandas awam disediakan di taman ini. Penduduk Sungai Petani menggunakan taman ini untuk aktiviti riadah pada sebelah pagi, petang atau hujung minggu.

Rekreasi Tupah
Terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai. Pusat perkelahan ini begitu popular di kalangan penduduk di daerah ini. Ia sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat terutamanya pada musim cuti sekolah.
Kemudahan yang terdapat di pusat perkelahan ini adalah seperti surau, tandas dan gerai makan. Terdapat juga pelbagai juadah dijual di tepi jalan. Para pengunjung dapat bersuka ria di samping dapat melihat kehijauan flora dan fauna di kawasan hutan simpan.

Makam Sultan Muzaffar Shah
Makam Sultan Muzaffar Shah terletak di Kampung Langgar, Mukim Bujang. Mengikut catatan sejarah baginda adalah Sultan Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Sebelum memeluk agama Islam, baginda dikenali sebagai Maharaja Derbar Raja II dan telah memerintah negeri Kedah dari tahun 1136 hingga 1179. Baginda memeluk agama Islam melalui seorang alim dari Yaman iaitu Sheik Abdullah bin Sheik Ahmad bin Quamiri. Pada tahun 1179, Sultan Muzaffar Shah telah mangkat setelah baginda memerintah Kedah selama lebih kurang 43 tahun.

Pusat Beli-belah-Pasaraya

  • Central Square (The Store)
  • SP Plaza (The Store)
  • Tesco Sungai Petani Selatan
  • Tesco Sungai Petani, Legenda Heights.
  • Giant Hypermarket Sungai Petani, Jalan Lencongan Barat.
  • Village Mall, Legenda Heights.
  • Econsave Hypermarket, Bandar Puteri Jaya.
  • Econsave, Taman Patani Jaya.
  • Parkson, Petani Parade
  • Giant Supermarket, Petani Parade.
  • SP Centrepoint (Billion)
  • G-Mart
  • Amanjaya Mall (C-Mart)(baru dibuka)
  • River Front City (in construction - expected to be completed by the end of 2013) (Tidak diluluskan lagi)
  • AEON Jusco Perdana Heights (proposed) (Tidak diluluskan lagi)
  • Mydin Mall & Hypermarket (proposed) (Tidak diluluskan lagi)

Kemudahan Awam

  • Pejabat Pos Sungai Petani, Jalan Pengkalan.
  • Pasar Awam Sungai Petani, Jalan Pasar.
  • Stesen Bas Sungai Petani, Jalan Petri.
  • Stesen Bas Ekspres Sungai Petani, Jalan Kuala Ketil.
  • Telekom Malaysia, Jalan Petani.
  • Tenaga Nasional Berhad, Jalan Petri.
  • Hospital Sultan Abdul Halim, Jalan Lencongan Timur.
  • Kompleks Mahkamah Sungai Petani, Bandar Aman jaya.
  • Kastam Diraja Malaysia cawangan Sungai Petani, Bandar Aman Jaya.
  • Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Kuala Muda, Jalan Petani.
  • Klinik Kesihatan Bandar Sungai Petani, Jalan Badlishah.
  • Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda, Jalan Badlishah.
  • Penjara Sungai Petani, Jalan Badlishah.
  • Masjid sebanyak 15 buah di sekitar bandar Sungai Petani
sumber : http://ms.wikipedia.org

Rating For This Post :

02 di gurun kedah - Google Blog Search

02 di gurun kedah - Google Blog Search


TZ - dareToBeDifferent: Pengalaman Main Salji <b>di Gurun Kedah</b>

Posted: 31 Jan 2013 10:42 PM PST

Korang pernah main salji tak?
mesti tak kan.. koman! salji pon tak pernah main..

haaa..anak-anak kami dah main salji..pepagi dah main salji..

jom kita ikut pengalaman dua beradik ni..

Pagi tadi aku sampai office awal 5 minit. Berlari kuda ke tempat punch kad. budak 2 orang tu tak hantar nursery lagi..aku tinggalkan sekejap dalam kereta .naseb baik nursery dalam kawasan office aje.. sempat jugak aku pergi hantar selepas punch card.
lepas punch card aku pergi beli karipap dengan kakak ni.. ni untuk habuan budak 2 orang tu..entah macam mana, tersembang plak dah..ishhh..perempuan memang macam tu..sikit-sikit sembang. habis buat ketupat. aku berlari ke kereta.dari karipap jadi ketupat. haktui!
sampai kat kereta, rasa macam jantung nak luruh ke tanah..owh! anak aku!!.anak aku!!.nak menangis pon tak guna..nak menyesal lagi la tak guna.. tumbuk kereta pelan-pelan okeh
Suspen je kan. takde apa la. korang bayangkan la..anak korang main susu tepung buat macam salji dalam kereta.. dorang ambik bekas susu dorang tu which is aku nak bagi kat taska.. ambik segenggam susu..campak ke udara.. ambik..campak!!ambik campak!. comot tak yah kira la.. cepat-cepat aku ambik bekas susu tu.. nah ambik..siap ade toys lagi dalam susu tu..
rasa macam nak marah ada..nak tergelak ada.. naseb mood mak korang ni bagus.. budget bagus depan staff ..hahahha. pirahhhh... 
maka hantar anak-anak aku ni dengan muka comot susu..

sekian pengalaman main salji di Gurun Kedah. 

02 di kubang pasu - Google Blog Search

02 di kubang pasu - Google Blog Search


Newsflash: Anwar Ibrahim <b>di</b> Kg Jeram <b>Kubang Pasu</b> 07/04/2013 <b>...</b>

Posted: 07 Apr 2013 01:40 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Newsflash: Anwar Ibrahim di Kg Jeram Kubang Pasu 07/04/2013. Like? Share. Added by admin on April 7, 2013. Category: Videos. You may also like. Anwar Ibrahim: We Will Never Surrender. Added by admin 3 days ago. 2.44K Views0 ...

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


Provokasi Paling Melampau #PRU13 <b>Di Baling</b>, Kedah <b>...</b> - mykmu.net

Posted: 04 May 2013 02:27 AM PDT

May 4, 2013   ·   4 Comments

48

Menyirap darah saya bila dapat tahu mengenai insiden biadap dan kurang ajar pihak-pihak tertentu yang melakukan provokasi melampau terhadap sebuah masjid di daerah Baling, Kedah. Sedang kita diambang PRU ke-13 esok, umat Islam dicabar lagi.

Dilaporkan bahawa seorang anak qariah masjid, Mohd Ali Abdul Wahab telah terjumpa bangkai seekor anak babi hutan di depan tempat letak kenderaan di perkarangan Masjid Ar-Rahmaniah, Bt 48, Mukim Bongor di Baling, Kedah.

Sebelum kejadian itu, saya difahamkan bahawa dua orang saksi telah terlihat sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux berwarna putih dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira jam 6.30 petang di lokasi yang sama.

Mereka dalam keadaan tergesa-gesa meninggalkan masjid itu dan saksi-saksi tersebut juga ternampak bendera PAS yang diletakkan di bahagian depan bonet kenderaan tersebut ketika meninggalkan masjid.

Bersangka baik, mereka tidak peduli dengan puak PAS tersebut. Mungkin mereka berhenti solat Asar di masjid berkenaan, menunaikan solat secepat mungkin dan meneruskan kempen parti mereka selepas itu.

Kira-kira jam 7 malam, Pakcik Ali terkejut besar apabila terjumpa bangkai anak babi hutan berkenaan dan dia cepat-cepat memaklumkan perkara tersebut kepada sahabatnya, Rambli Che Awang.

 Kemudian dengan pertolongan seorang sahabat berbangsa Siam, Nin A/L Sam Din, bangkai najis munghallazah itu berjaya dialihkan dari situ. Alhamdulillah, selesai satu perkara…

Marah dengan provokasi melampau yang dilihat sengaja dilakukan pihak tertentu, ahli jawatankuasa masjid tersebut sepakat untuk membuat laporan polis berhubung insiden yang mencabar kesucian rumah Allah itu.

Persoalannya, siapakah yang terdesak sangat sehingga sanggup melemparkan provokasi melampau itu di rumah Allah?

Tidak cukupkah berpolitik di luar masjid sehingga tergamak mencemarkan masjid yang menjadi tempat ibadah umat Islam? Mengapa perlu cemar masjid pula?

Pelik betul! Bukanlah nak menuduh puak PAS yang menggunakan kenderaan pacuan empat roda itu, tapi mereka layak dijadikan suspek utama dalam insiden kurang ajar ini. Lagipun, puak-puak itu dikatakan sanggup melakukan apa saja bagi mempertahankan kuasa mereka di Kedah.

Esok merupakan hari terakhir penjajahan PAS di Kedah. Dikhabarkan seluruh penyokong BN di Kedah sedang bersedia untuk berhimpun di depan Wisma Darulaman, mengepung bangunan kerajaan negeri itu bermula selepas solat Maghrib, esok.

Kalau betul pun nak kalah, tak payahlah cemarkan rumah Allah itu. Apa kena mengena masjid dengan peralihan kuasa? Puak PAS marah pada Allah sebab kembalikan kuasa pada BN Kedah, kah? Kalau betul begitu, nantikan saja kemurkaan Allah nanti..!

By


02 di jitra - Google Blog Search

02 di jitra - Google Blog Search


BN BAKAL TERSUNGKUR <b>DI JITRA</b>, KUBANG PASU | mae

Posted: 02 May 2013 04:02 AM PDT


DUN N06 Jitra dalam Parlimen Kubang Pasu merupakan antara kubu kuat UMNO untuk satu tempoh yang sangat lama. Pengaruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir dilihat sangat berakar umbi di kawasan majoriti Melayu tersebut. Namun itu bukanlah jaminan bahawa DUN Jitra akan kekal selama-lamanya di bawah UMNO dan Barisan Nasional.

Penulis yang mengikuti perkembangan politik di kawasan Jitra dapat membuat sedikit bacaan politik ke atas DUN berkenaan. Boleh jadi bacaan penulis ini silap, akan tetapi berdasarkan persepsi dan pergerakan angka-angka, DUN Jitra yang telah sekian lama ditunjangi Barisan Nasional mungkin akan terlepas ke tangan PAS dalam Pilihanraya Umum ke-13 kali ini, malah PAS turut berpeluang cerah menawan bekas kerusi Parlimen yang pernah diwakili oleh Perdana Menteri Malaysia itu. Berikut adalah analisis ringkas penulis terhadap DUN Jitra dan Kubang Pasu:

DEMOGRAFI PENGUNDI

Kawasan DUN Jitra merupakan sebuah kawasan yang secara perlahan-lahan muncul sebagai sebuah bandar utama di Kedah selepas Bandaraya Alor Setar, Sungai Petani dan Kulim. Kegiatan ekonominya terdiri daripada aktiviti perniagaan yang tertumpu di Pekan Jitra dan Bandar Darulaman, perindustrian di Bandar Darulaman dan Malau, dan pertanian di kampung-kampung tradisi. Malah, perkembangan urbanisasi di Jitra dibantu oleh perkembangan pusat pendidikan tinggi seperti Politeknik, Institut Perguruan, Institut Latihan Perindustrian dan beberapa buah kolej yang lain. Boleh dikatakan hampir 10 000 daripada penduduk di kawasan Jitra terdiri daripada golongan pelajar.

Secara geografinya, kawasan DUN Jitra terbahagi kepada dua jenis kawasan iaitu:

Kawasan Bandar/Separa Bandar:

1) Daerah Mengundi dalam kawasan Pekan Jitra seperti Taman Jitra Jaya, Taman Rasa Sayang dan Taman Jitra, Tok Kesop

2) Daerah Mengundi dalam kawasan Bandar Darulaman seperti Pantai Halban, Tanjung Pauh, Taman Mahsuri dan Tanah Merah

3) Daerah Mengundi dalam kawasan Paya Kemunting seperti Paya Kemunting dan Taman Pasu

 4) Daerah Mengundi Kepala Batas (Pekan Kepala Batas)

Kawasan Luar Bandar:

Daerah Mengundi Malau, Kampung Kuluang, Wang Tepus, Padang Panjang, Telok Nibong, Kampung Batu 13, Telok Malek, Naga, Alor Rambai, Lubok Batu (Banai) dan Bukit Tinggi

Seterusnya, jika dilihat daripada jumlah pengundi, berikut adalah merupakan jumlah pengundi berdaftar di DUN Jitra:

Berikut adalah secara sepintas lalu mengenai demografi pengundi di kawasan DUN Jitra, yang terdiri daripada lebih daripada 36 000 orang pengundi berdaftar dalam kawasan bandar majoriti Melayu di negeri Kedah. Jumlah pengundi Melayu yang membentuk 83% daripada jumlah pengundi selain pengundi Cina, India dan Siam akan mempengaruhi keputusan pengundian kali ini.

Dalam PRU kali ini, DUN Jitra akan menyaksikan pertembungan dua penjuru di antara calon PAS, Dr.Rohani Abdul Mutalib menentang calon muka baru BN, Aminuddin Omar.

Selain itu, jika dilihat daripada keputusan PRU 12 pada tahun 2008, DUN Jitra merupakan antara salah sebuah kerusi yang dimenangi oleh calon BN dengan majoriti selesa. Berikut adalah keputusan PRU12 di DUN Jitra:


Berdasarkan sedikit kajian penulis terhadap DUN Jitra, penulis beranggapan bahawa peluang PAS untuk memenangi DUN ini pada kali ini adalah cerah, malah dianggap seimbang di antara peluang PAS dan BN.

Mengapakah hal ini terjadi?

PERTAMBAHAN PENGUNDI YANG TINGGI

DUN Jitra mempunyai seramai 36 379 orang pengundi berdaftar. Dalam PRU 2008, jumlah pengundi adalah seramai 28 331 orang pengundi. Berdasarkan situasi tersebut, hal ini bermakna berlaku pertambahan pengundi sebanyak 8041 orang pengundi atau dalam bentuk peratusannya, pertambahan pengundi pada PRU13 berbanding PRU sebelumnya adalah sebanyak 28.41%, sesuatu kenaikan yang agak tinggi. Hal ini bermakna, penentu kepada keputusan PRU di DUN Jitra pada kali ini bukan lagi pengundi lama, akan tetapi pengundi-pengundi yang mengundi buat pertama kali.

Jika dilihat daripada pergerakan pengundi di DUN Jitra, kenaikan bilangan pengundi pada PRU 2008 hanyalah sekitar 2200 orang pengundi, akan tetapi dalam PRU kali ini, pertambahan pengundi adalah sebanyak 8041 orang pengundi.

Kehadiran seramai 8041 orang pengundi ini akan memberi kelebihan kepada PAS apabila hampir 60-75% pengundi muda adalah cenderung ke arah Pakatan Rakyat.

Dalam PRU 2008, calon BN iaitu Dato' Saad Man hanya memperoleh majoriti sebanyak 2258 undi. Sekiranya PAS mampu mengekalkan jumlah undi yang diperoleh mereka dalam PRU 2008 dan mendapat sokongan daripada pengundi baru yang tinggi dalam DUN ini, ternyata kedudukan UMNO agak tergugat.

Hal ini kerana, pengundi muda sukar diakses melalui gerak kerja politik cara lama, akan tetapi mereka perlu diakses melalui media baru seperti internet.

Pada pandangan penulis, berikut adalah faktor mengapa UMNO perlu untuk risau di DUN Jitra:

1. Komuniti Siber Jitra Jelas Menolak Calon UMNO

Walaupun ruang siber tidaklah mampu menilai sokongan sebenar pengundi, akan tetapi fungsinya dalam melihat mood dan sokongan para pengundi tempatan ada asasnya. Dalam komuniti siber, Group Facebook "Saya Orang Jitra" merupakan antara medium utama untuk menilai mood rakyat di Jitra di mana group tersebut dianggotai sekitar 12 000 orang ahli.

Di dalam group SOJ, satu poll telah dibuat bagi melihat sokongan dalam kalangan ahli-ahli group tersebut terhadap calon PAS dan UMNO. Keputusannya adalah seperti berikut:


Walaupun keputusan poll tersebut tidak memberi sebarang makna kepada mana-mana parti, akan tetapi melalui keputusan ini, kita dapat menilai sikap para pengundi muda yang majoritinya aktif di media baru seperti facebook ini. Oleh itu, penulis menjangkakan sokongan pengundi muda di DUN Jitra akan dimenangi oleh PAS dalam PRU kali ini.
2. Sokongan Kaum Cina

Umum mengetahui sokongan masyarakat Cina terhadap Pakatan Rakyat berlegar dalam lingkungan setinggi 70%. Tidak terkecuali di Bandar Jitra yang didiami oleh majoriti masyarakat Cina dilihat lebih cenderung kepada PAS. Mereka menyatakan sokongan mereka secara terbuka, malah ada di antara mereka yang berkempen untuk memenangkan calon PAS.

Di sebuah bengkel motorsikal milik seorang masyarakat Cina di Taman Aman misalnya, beliau tanpa ragu-ragu dan takut melekatkan stiker "Tolak UMNO-Penyamun 403 Juta" di dinding kedainya, sesuatu yang sukar dilihat sebelumnya.

Penulis sendiri menjangkakan bahawa calon PAS akan mendapat sokongan yang padu daripada kaum Cina yang membentuk hampir 3600 orang pengundi di kawasan DUN Jitra.

3. Undi Masyarakat India

Walaupun BN dilihat masih menguasai undi kaum India di DUN Jitra, namun PAS telah mula berjaya menembusi undi kaum tersebut melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS. Dalam PRU kali ini, DHPP dari kaum India telah membuka dua buah bilik gerakan di Taman Aman (UPU Taman Pasu) dan UPU Tanah Merah. Malah, mereka turut menyatakan sokongan terhadap calon PAS dengan mengiringi calon-calon PAS ketika hari penamaan calon.


Selain itu juga, sentimen kegagalan BN selama hampir 30 tahun dalam membina sebuah sekolah Tamil yang lebih tersusun dan selesa kepada penduduk di kawasan Taman Aman setelah mereka dipindahkan daripada Ladang Tanjung Pauh turut menjadi isu penting dalam menilai sokongan pengundi India terhadap PAS dalam PRU kali ini. Walaupun PAS mungkin tidak berjaya mendapat undi majoriti daripada kaum India, berkemungkinan PAS boleh mencuri banyak undi dalam PRU kali ini berdasarkan bantuan ahli DHPP dan isu yang membelenggu masyarakat India sekian lama.

4. Penolakan terhadap Calon UMNO

Calon UMNO, Aminuddin Omar bukanlah calon pilihan untuk mewakili BN di DUN Jitra pada PRU kali ini.  Calon pilihan akar umbi untuk diangkat dalam PRU kali ini adalah Dato' Saad Man, penyandang kerusi DUN Jitra berdasarkan gerak kerja yang dilakukan oleh beliau sekian lama.

Kekecewaan sebahagian penyokong UMNO apabila Dato' Saad disingkirkan jelas kelihatan apabila mereka mengadakan demonstrasi membantah Aminuddin Omar sebagai calon di Bandar Darulaman, beberapa hari sebelum proses penamaan calon.

Dari segi populariti, walaupun Aminuddin (yang lebih dikenali sebagai Pak Tam) merupakan anak jati Jitra dan telah lama berkecimpung dalam politik sebagai Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu, namun beliau kurang dikenali berbanding calon PAS, Dr.Rohani yang memang dikenali sebagai seorang doktor perubatan di kawasan Jitra. Hal ini dilihat memberi kelebihan kepada calon PAS, selain berkemungkinan wujudnya undi protes dalam PRU pada 5 Mei nanti.

Berdasarkan hujahan yang telah dilakukan penulis, PAS dilihat mempunyai peluang yang cerah di DUN Jitra. Akan tetapi, bacaan penulis ini boleh sahaja adalah silap dan UMNO akan kekal di DUN Jitra. Hanya pengundi yang akan menentukannya nanti.

Buat pengundi di DUN Jitra, INI KALILAH! UBAH!

http://abnnasution.blogspot.com
Photobucket