Rabu, 3 Julai 2013

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


Mukhriz Akan Naikkan Kadar Bantuan JKM <b>Negeri Kedah</b> Kepada <b>...</b>

Posted: 25 Jun 2013 09:00 PM PDT

Tahukah anda, dari tahun 2003 sehingga Disember 2010, kadar bantuan JKM Negeri Kedah adalah antara RM80 sehingga RM350 sebulan bagi satu keluarga miskin atau yang memerlukan bantuan agensi berkenaan?

Bagaimanapun, pada bulan September 2010, Kerajaan PAS Kedah telah meluluskan kadar baru Bantuan Am di antara RM150 sehingga RM350 sebulan bagi satu keluarga dan berkuatkuasa mulai Januari 2011.

Barangkali itulah merupakan satu-satunya kebaikan yang dilakukan oleh Kerajaan PAS Kedah. Namun ramai pula yang berpendapat, kenaikan tersebut adalah bagi memudahkan PAS Kedah mengutip derma daripada ahli-ahlinya yang ramai hidup dengan bantuan JKM!

Bukankah PAS dengan tabung derma mereka bagaikan babi dengan kubang, berpisah tiada?

Bagi yang kurang faham, Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan sebuah agensi yang tertakluk di bawah Perkara 133, Jadual Bersama Perlembagaan Persekutuan yang berperanan unutk merealisasikan agenda Kerajaan Negeri bagi membangunkan golongan yang kurang bernasib baik ke arah kesejahteraan sosial. Di samping itu, JKM juga berperanan memberi perlindungan dan pemulihan kepada penerima bantuan, mengubah sikap untuk berdikari dan mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang dan mengenal pasti golongan yang berkeperluan dan bermasalah.

JKM melaksanakan tanggungjawab itu menerusi pemberian pelbagai jenis bantuan yang dibiayai melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Bantuan Orang Tua, Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Anak Pelihara dan Elaun Pekerja Cacat dibiayai menerusi peruntukan Kerajaan Persekutuan.

Manakala Bantuan Am Bulanan, Bantuan Latihan Sambil Belajar, Bantuan Geran Pelancaran (Projek Jaya Diri), Bantuan Membina dan Membaiki Rumah, Bantuan Alat Tiruan (ortopedik), Bantuan Persekolahan Pelajar Miskin, Bantuan Geran Kepada Pertubuhan Sukarela dan Bantuan Bencana Alam pula dibiayai melalui peruntukan Kerajaan Negeri.

Bantuan Am Bulanan dan Bantuan Latihan Sambil Belajar dibayar secara bulanan manakala bantuan am yang lain diberi secara sekaligus.

Berdasarkan statistik JKM, peruntukan kewangan yang diluluskan berbanding perbelanjaan bagi tempoh tahun 2009 sehingga 2011 adalah berjumlah RM40.77 juta manakala perbelanjaan adalah berjumlah RM39.29 juta. Bagi tempoh tahun 2009 sehingga 2011, sebanyak 63,261 permohonan bantuan telah diterima oleh JKM. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 28,185 permohonan atau 44.6% telah diluluskan dan 32,143 permohonan atau 50.8% telah ditolak atas pelbagai sebab manakala baki 2,933 permohonan atau 4.6% masih disiasat.

Terdapat beberapa kelemahan serta kepincangan yang telah berjaya dicungkil menerusi siasatan AUDIT.

(a)    (a) Kelewatan membuat siasatan dan kelulusan permohonan baru.
(b)   Kajian semula terhadap penerima bantuan lewat dijalankan.   
(c) Keselamatan agihan wang bantuan secara tunai kurang diberi perhatian yang sewajarnya.
(d)   Bayaran masih diteruskan kepada penerima bantuan yang telah meninggal dunia dan wang yang tidak dituntut lewat dikembalikan kepada Bendahari Negeri.

Ada semacam satu temasya menarik 'simpan dan hilangkan' dalam kes melibatkan wang bantuan untuk golongan miskin ini yang telah dipermain-mainkan oleh golongan tertentu dalam JKM Negeri Kedah. Perlu diingat, ini bukan laporan kosong sebaliknya yang telah disediakan oleh Ketua Audit Negara bagi tahun 2011 untuk Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah Tahun 2011.

Daripada empat kelemahan dan kepincangan yang disebut di atas, kita terus ambil perkara keempat kerana ianya amat menarik untuk diperhatikan dan dinilai semula, terutama oleh kepimpinan negeri yang baru di bawah Mukhriz Mahathir.

Semakan Audit terhadap Cabutan Daftar Alamat di JPN dan Senarai Nama Penerima Bantuan PKMD yang dipilih mendapati 94 penerima telah meninggal dunia di antara tahun 2005 sehingga bulan Julai 2011 tetapi MENARIKNYA, NAMA MEREKA MASIH WUJUD DALAM SENARAI PENERIMA BAYARAN!!!

Pengiraan Audit mendapati sejumlah RM178,180 telah dibayar kepada 94 penerima yang telah meninggal dunia dikira bermula dari bulan pertama penerima meninggal dunia sehingga bulan Julai 2011. Pemeriksaan lanjut pula mendapati bayaran kepada penerima yang telah meninggal dunia berlaku disebabkan tiada koordinasi kepada antara Unit Pentadbiran dan Unit Kewangan mengakibatkan bayaran masih diteruskan walaupun fail penerima bantuan telah ditutup.

Semakan Audit juga mendapati terdapat laporan kajian semula yang tidak tepat kerana mengesyorkan bantuan diteruskan walaupun penerima sebenarnya telah meninggal dunia. Penemuan yang sama juga telah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2007 melibatkan Daerah Kuala Muda, Kota Setar, Langkawi dan Bandar Baharu.

Mengikut maklum balas JKM bertarikh 14 Jun 2012, sehingga Jun 2012, sejumlah RM108,560 telah dituip balik daripada 44 akaun penerima bantuan yang telah meninggal dunia dan amaun ini telah dimasukkan ke akaun Bendahari Negeri. Manakala sejumlah RM95,175 masih berada dalam 28 akaun penerima bantuan di bank berkaitan.

Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Mukhriz Mahathir perlu menangani masalah ini secara lebih cermat memandangkan ia membabitkan golongan miskin dan marhein. Perkara terpenting yang perlu diperhatikan ialah kadar bantuan yang dilihat terlalu ketinggalan zaman iaitu antara RM150 sehingga RM350.

Malah perkara terpenting yang perlu dilakukan terlebih dahulu ialah menyiasat dan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai-pegawai yang cuai dalam membuat pembayaran kepada penerima bantuan yang telah meninggal dunia memandangkan perkara yang sama telah dilaporkan pada tahun 2007 lagi. Perlu juga dipastikan wang yang tidak dapat diagihkan perlu dikembalikan kepada Bendahari Negeri dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak disimpan dalam akaun PKMD. Perkongsian data antara JKM dan JPN juga perlu bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai status penerima bantuan pada setiap masa. Perlu juga dibuat bayaran menerusi akaun bank penerima sepenuhnya kecuali bagi penerima yang tua dan uzur selain daripada menyediakan perancangan bagi memastikan kelewatan dalam siasatan, meluluskan permohonan dan kelewatan menjalankan kajian semula dapat diatasi.

Pada zaman barang semua naik harga, apa sangatlah nilai RM150 sehingga RM350 itu. Apatah lagi berlaku pula kepincangan di pihak JKM Negeri Kedah sendiri.

Masalah miskin dan marhein perlu diberikan perhatian yang amat khusus seandainya Mukhriz Mahathir mahu menjadikan UMNO benar-benar sebagai Pembela Rakyat sepertimana yang terdapat dalam Manifesto PRU-13!!!

02 di kodiang - Google Blog Search

02 di kodiang - Google Blog Search


Noh Is Me: Bukti Shiah Semakin Berkembang <b>Di</b> Malaysia

Posted: 17 Jun 2013 07:32 PM PDT

(slik klik gambar ntuk membaca)
Pada permulaannya, syiah di malaysia diamalkan secara diam2 dan sembunyi. Takut kantoi ngan orang lain. Tapi sekarang ni, pertubuhan mereka semakin membesar dan dianggotai dari golongan rendah hinggah ke golongan profesional.
Klau korang nyer video kena block sila tonton kat pesbuk. Klik sini nak tengok.

Cuba korang perhatikan, cara sembahyang mereka, serta cara iqamat mereka. Lain dari yang kita amalkan. Malahan mereka menambah nama Saidina Ali ra ke dalam selawat mereka. Persoalannya, knape x tambah Saidina Abu Bakar, Umar, dan Uthman ke dalam selawat mereka skali.

Lagi satu, mereka berkata sembahyang yang kita amalkan adalah satu evolusi cara sembahyang yang sebenarnya. Cara yang mereka amalkan tu ada ke tak dalam al-Quran?. Ikut rukun x?. Ikut x apa yang Rasulullah saw ajarkan?.

Banyak persoalan yang ingin diutarakan kepada mereka. Tapi noh sendiri tak banyak ilmu. Kalau debat pon kompom noh kalah. Cumanya persoalan ini timbul setelah merasakan mereka macam mengikuti apa yang nafsu serta akal fikiran mereka mahu. Sebagai contoh kahwin mut'ah dan juga solat jamak.

Sesiapa yang taktaw pasal shia ley rujuk video yang dinyatakan oleh Tuan Guru Hj. Abdul Hadi di bawah.

Sila klik link ini jika anda nak tengok video tersebut. Klik kat gambar pon bley.(diatas hanyalah gambar)

p/s : di akhir zaman akan ada 73 kaum yang menyokong islam. tapi hanya satu kaum sahaja yang akan masuk syurga. maka beruntunglah siapa yang tergolong dalam kaum yang sedikit tersebut.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


KASI PANAS!! Kubu Pas <b>di</b> Kupang <b>Baling</b>, <b>Di</b> Robohkan Oleh <b>...</b>

Posted: 27 Jun 2013 11:37 PM PDT


Sedang Mc dok belek video TMK yang lama-lama, Mc terjumpa video Pemuda Pas robohkan markas dan batu tanda dimarkasnya sendiri.

Lihatlah betapa geramnya pemuda Pas ini memecahkan batu tanda markas Pas Kupang di Baling Kedah. Dulu semasa kami TMK keluarkan video ni, orang Pas kata kami tipu, depa kata Pemuda UMNO yang pecahkan markas tu.

Tapi kemenangan BN di Kupang membuktikan bahawa, orang Kupang memang tak suka Pas pun. he he he..

McTheory:
Mesti ramai yang belum tengok, layan lohh..

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Pertama kali bercuti bersama BFF <b>di Langkawi</b> - Syazwani Mazlan <b>...</b>

Posted: 19 Jun 2013 09:53 PM PDT


Pemandangan dari Cable Car

Inilah hadiah yang aku menangi dalam peraduan yang dianjurkan oleh team JOMLAH CUTI ! Langkawi!! Alhamdullilah, rezeki tengah tahun. Dapat jugaklah bercuti untuk pertengahan tahun ini. Hujung tahun nak plan ke mana-mana tak? hehehehe. At least, setahun sekali bercuti panjang sudah memadai. Untuk luaskan lagi pemandangan kita kepada ciptaan Ilahi :)
Cantik sangat tempat ni tau. Last aku pergi Langkawi masa darjah 6. Masa tu ingat2 lupa je. heheheh. Takde naik cable car. So, dah besar ni cepat2 plan nak naik cable car dan pusing 3 Pulau kecil yang ada di sekitar Langkawi. Bestttttttttttttttttt!


Kitaorang gerak naik kereta ke Jeti Kuala Perlis pada malam Ahad . Dalam 8 jam untuk ke sana. Sampai kat sana pukul 8 pagi. Jangan tertipu dengan 'ulat-ulat' tiket atau kereta sewa , hotel & parking kereta. Kitaorang dh kena tipu dengan sewaan parking kereta. Masa tu, aku dah beritahu partner aku, jangan ikut cakap 'ulat-ulat' tersebut tapi 'ulat-ulat' tu pun macam degil, kejar kereta kitaorang balik, so terpaksa lah layan jugak. Kitaorang kat sana 3 hari 2 malam, dia kata 3 hari RM15 . Ok, set lah. My partner ikut belakang motor tu seorang diri dengan keretanya. Yang lain dah turunkan barang siap2 kat Jeti. Sekali dia balik, katanya sehari RM15 ! parking punyalah jauh sampai dia tumpang motor 'ulat' tersebut. Melayu sesama Melayu pun nak menipu kan. Sesiapa yang nak pergi sini & parking kereta untuk beberapa hari, sila lah parking kereta yang ada pondok berpalang (ambil tiket dari mesin) di sebelah kiri sebelum selekoh ke Jeti Kuala Perlis.  Dah kena tipu, redha jela. Takpe, itu hari dia. Lepas tu, kitaorang terus beli tiket feri one way je dulu dengan harga RM18.00 untuk seorang dewasa. Feri ambil masa 1jam untuk sampai ke Pulau Langkawi dan waktu operasi feri pagi sampai 7 malam. Sampai sana, kitaorang ambil kereta sewa yang disediakan oleh pihak penganjur. Isi minyak kereta , kita shopping dulu di Kompleks Haji Ismail Group yang terkenal di sini. Shopping dulu sebab takut takde masa untuk buat aktiviti di sini. Itu pun memang tak cukup cuti 3 hari kat sini. Banyak tempat tak jejak lagi.

Kompleks yang terkenal di Langkawi. Bebas Cukai

Rekabentuk bangunan yang Islamik
 Shopping sakan you allsss!

Dalam ni bukan setakat coklat je yang jual , pinggan mangkuk , baju, minyak gamat, kain batik & seangkatan dengan Pulau Langkawi semua ada jual tau!


Pusing malam di Pantai Chenang (tudung dah serabai ditiup angin pantai, bestnya!)


Sempat masuk kedai di sekitar Pantai Chenang ini. Belikan adik seliper untuk mandi dan pusing Pulau esok
Esoknya kitaorang pergi ke Pantai Chenang dan cari agent untuk Island Hopping ini ( Pusing 3 Pulau, singgah , mandi) Dapat harga RM25.00 seorang. Ada jugak yang bagi harga RM30. Paling murah RM25 lah. Tapi kalau pandai cari lagi murah, lagi bagus. Tips aku, sampai je jeti Langkawi, jangan beli dari agent sana. Sana mahal sikitlah. Berpusu-pusu agent situ yang datang kat korang masa sampai di Jeti Langkawi nanti. hehehehe. Ala2 retis pulak. ngeh3

From left : Her tummy , breast and head

First , kitaorang pergi Tasik Dayang Bunting. Menakjubkan sebab tasik ni airnya tawar tapi tasik ni berada di tengah2 lautan air masin.  Meh, nak ceritakan sikit sejarah Tasik Dayang Bunting ni .....

Tasik Dayang Bunting pada asalnya terdapat seoramg perempuan dari kayangan turun ke Bumi dan berkahwin dengan orang Bumi. Semasa di Bumi, dia tinggal di tasik dan mengandung. Kemudian dia mati ketika melahirkan anak dan bersemadi di tasik ini. Suaminya kemudian bersumpah bahawa setiap perempuan yang tidak dapat mendapat zuriat bolehlah mandi di dalam tasik ini.

Itulah sejarahnya dan aku tidak pasti samada ia dongeng atau sebaliknya. Pastinya, memang bagi aku jika korang tidak dapat zuriat boleh la mandi di sini atau minum air tasik ini. Bukan percaya, tapi kita berusaha. Yang pastinya zuriat dapat atau tak adalah rezeki daripada Allah swt. Kalau percaya kurafat pulak. Tapi ada juga yang dapat zuriat bila minum air tasik ini. Mungkin rezeki Allah. bagi aku semua ini mitos belaka. hehehe. Tapi aku terjun jugak mandi dalam tasik tu. Siap terminum lagi. Kahkahkahkah!!


P/S: Sebenarnya banyak lagi versi sejarah Tasik ini. Tapi aku tak tahu la yang mana satu betul.





Berlatar belakang kan bukit berbentuk seorang perempuan mengandung yang sedang terbaring ( dari kiri , head, breast , tummy )
Kat sini kitaorang pakai life jaket lah. Air tasik kan dalam plus aku yang tak reti berenang ni. hehehe. kat tempat orang , jangan mencarut bagai ye. Kawasan macamni, apa-apa pun boleh jadi.

Tips Island Hopping : Pakai baju mandi siap-siap sebelum pergi pusing pulau. Tak perlu bawa baju salinan. Naik bot nanti , angin laut kuat, cepat je kering. Balik dari Island Hopping baru ganti baju. hehehe
Selepas itu kitaorang pergi satu destinasi iaitu beri burung helang makan. Bukan kita yang bagi makan tau! Kang tersiat kulit tangan kang. hehehehe. Pemilik bot yang akan beri Burung helang makan (campak makanan ke laut) dengan tiba-tiba je, sekawan burung helang datang sambar. fuhhh. banyak betul burung.

Destinasi terakhir pula, kitaorang ke Pulau Beras Basah. Kat sini, air lautnya sangat biru. Tenang je tengok tau! Kat sini kitaorang pun mandi jugak. hahahahahha




Kalau bawa roti, boleh la bagi ikan comel makan kat laut ni :)



 Island Hopping hanya di buat pada waktu pagi sahaja. start pukul 9.00 pagi - 2 petang.
Hari terakhir di sini, kitaorang pergi ke Oriental Village. Ala-ala perkampungan tapi dalam ni ada kaunter tiket cable car!! hoyeahhhh!! hehehehe Macam-macam cenderahati yang dijual dalam ni :)
Hari biasa pun ramai jugak orang.. Awal-awal pagilah korang datang sini ye.




 Pemandangan Cable car di sini.

TIPS Cable Car : Tak perlu rasanya turun di middle point. (pertengahan perhentian) teruskan je ke atas Perhentian akhir . Kat atas sana, turun jela.. Sana ada jambatan gantung , kedai makan , kedai cenderahati. Bolehla rasa betapa gayatnya kat atas jambatan tu. hehehe. kitaorang tak turunlah sebab ramai sangat orang satu hal.. Lagi satu pulak, ada orang tu gayat... hehehehhe


Botol pasir yang unik. Boleh buat di sini . RM20.00 sahaja. Siap dalam 20minit



Bot bertayar yang akan bawa korang terjun ke dalam air. hahahahaha!
 

Sempat singgah selepas balik dari Oriental Village. Banyak bot-bot comel kat sini.
(ada di sebelah Petronas semasa pergi atau balik dari Oriental Village)


Last , di Kuala Perlis selepas balik dari Langkawi, sempat singgah, solat di Masjid terapung.


Tempat menginap kitaorang di Twin Peaks Island Resort , Pekan Kuah (tengah bandar Kuah)
Boleh buat tempahan bilik dengan menggunakan Agoda.com ( klik sini ) Semalaman hanya RM90 termasuk sarapan pagi untuk standard room :)

Akhir sekali, terima kasih kepada pihak penganjur yang memilih aku sebagai pemenang tempat pertama ke Langkawi ini. Alhamdullilah, dari semasa ke semasa aku akan pantau peraduan apa lagi yang team mereka buat. ekekekek (penggunaan bahasa diri 'aku' hanya di blog sahaja) Kalau korang nak bercuti, tapi susah nak plan , bolehlah tempah dari syarikat Zaufan Travel & Tours Sdn Bhd (JomlahCuti) . Dalam dan luar negara pun ada :)