Jumaat, 19 Julai 2013

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Seorang Maut, Dua Cedera Maahad Tahfiz Terbakar <b>Di Sungai Petani</b>

Posted: 15 Jun 2013 09:42 AM PDT

Rumah dua tingkat yang diubah suai dan dijadikan asrama pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab) di Kampung Masjid, Tikam Batu dekat sini, hangus terbakar dalam kebakaran yang berlaku kira-kira 2 pagi Sabtu. -fotoBERNAMA

SUNGAI PETANI: Seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu, dekat sini, maut manakala dua rakannya cedera dalam satu kebakaran di asrama Maahad berkenaan, awal hari Sabtu.

Mangsa yang maut ialah Aiman Nurhakim Yahya, 13, yang merupakan penuntut tahun satu yang memulakan pengajian awal tahun ini. Mangsa yang cedera ringan ialah Meor Amirul Meor Mohd Ghazali, 16, dan Mohamad Muaz Halim, 14.

Seorang pelajar yang terselamat, Mohammad Iszuddin Mohd Iszam, 14, berkata sewaktu kejadian pukul 2 pagi itu, dia sedang tidur bersama rakan-rakannya sebelum dikejutkan seorang rakannya yang menyedari api mulai marak.

"Bila terjaga, saya terus kejutkan empat lagi rakan yang tidur di tingkat atas termasuk Aiman yang tidur di bahagian hujung bilik. Semua rakan yang lain sudah bangun dan keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.

"Kami sangka Aiman juga sudah keluar rupa-rupanya dia masih berada di dalam. Api marak dengan dengan cepat kerana bahagian atas rumah adalah papan, kami tidak sempat nak lakukan apa-apa untuk membantu Aiman," katanya ketika ditemui Bernama di tempat kejadian, Sabtu.

Sementara itu, Pengetua (Mudir) Mantab Zamri Arshad berkata Mantab beroperasi kira-kira tiga tahun lalu, dan jumlah pelajar yang masih menuntut ialah seramai 20 pelajar berusia 13 hingga 17 tahun.

"Sebelum ini mereka tinggal di bangunan yang sama dengan bangunan pejabat dan kelas, namun dipindahkan ke sebuah rumah yang dibeli di kawasan berhampiran pada awal tahun ini kerana bilangan pelajar hampir 40 orang.

"Memandangkan pelajar kini 20 orang, kami bercadang untuk memindahkan mereka kembali ke bangunan asal dalam minggu ini. Dengan kejadian yang meragut nyawa salah seorang pelajar di sini, pelajar diberi cuti dan waris mereka akan dimaklumkan untuk membawa anak-anak pulang sementara urusan penginapan baharu diselesaikan," katanya yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Penaung Mantab, Anuar Md Isa, yang juga imam masjid Kampung Masjid berkata rumahnya terletak tidak jauh daripada asrama itu dan dia yang terjaga dari tidur setelah terdengar bunyi bising, tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak dengan cepat.

"Sebelum pelajar-pelajar ditempatkan di asrama berkenaan, beberapa pengubahsuaian sudah dilakukan termasuklah memasang sistem pendawaian elektrik yang baharu. Namun, saya difahamkan punca kebakaran dipercayai disebabkan berlakunya litar pintas.

"Kita berasa sedih dengan peristiwa yang berlaku dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Zamri di talian 012-5661613 atau menyalurkan sumbangan terus ke akaun Bank Islam Maahad Tahfiz Al-Barakah 07043011030975.

Dalam pada itu, jenazah Aiman Nurhakim yang dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat, dijangka dibawa pulang oleh keluarganya ke rumah mereka di Penaga, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang untuk dikebumikan.

- BERNAMA

02 di gurun kedah - Google Blog Search

02 di gurun kedah - Google Blog Search


ALFAYYADH RESOURCES: Terminal EzeeLink kini <b>di Gurun</b>, <b>Kedah</b>

Posted: 17 Jul 2013 10:56 PM PDT

Terminal EzeeLink kini berada di No. 95, Bangunan Kedai Taman Utama, Gurun, Kedah...
Nak tau kedai yang mana 1, tgk depan kedai ada bunting merah menyala nie..haaa tu la kedai dia..
Jom ramai2 p beli topup, bayaq bil, beli insurans kemalangan & macam-macam lagi...

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Harga Honda Jazz CKD <b>Di Langkawi</b> Hanya RM36,800 | Arena Kereta

Posted: 15 Jul 2013 08:01 AM PDT

jazz9 640x480 Harga Honda Jazz CKD Di Langkawi Hanya RM36,800

Untungnya mereka yang tinggal di Pulau Langkawi. Mana tidaknya, harga Honda Jazz CKD Petrol yang dilancarkan baru-baru ini di situ hanya RM36,800. Memang berbaloi sangat-sangat. Untuk makluman, harga asal model terbaru Honda ini ialah RM74,600. Ini bermakna diskaun sebanyak separuh telah diberikan.

langkawi 640x340 Harga Honda Jazz CKD Di Langkawi Hanya RM36,800

Harga RM36,800 ini adalah termasuk insuran. Namun begitu, agak pelik apabila paparan laman web Honda Malaysia terkini tidak lagi memaparkan harga untuk model ini. Mungkinkah terlalu banyak tempahan yang telah diterima di situ sehingga menyebabkan tempahan baru terpaksa ditutup?

langkawi2 640x287 Harga Honda Jazz CKD Di Langkawi Hanya RM36,800Kepada pembaca Arena Kereta yang berada di Langkawi, mungkin boleh kongsikan maklumat terkini mengenai situasi tempahan Honda Jazz CKD Petrol di sana. Apa-apa pun, sama-samalah kita nantikan informasi terkini daripada pihak Honda sendiri.