Khamis, 25 Julai 2013

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


KedahLanie.info: UMNO bergelora <b>di Pokok Sena</b> : Puak Said <b>...</b>

Posted: 29 Apr 2013 08:00 PM PDT

Oleh WTKO
Setelah merajuk banyak hari semalam Said Ali Syed Rastan turun di bilik gerakan Seri Derga. Sebelum ini ada beberapa kali perjumpaannya di rumahnya kerana tidak puas hati untuk calon Pokok Sena diberikan kepada muka baru Datuk Sahlan Ismail. Said Ali telah banyak habis duit untuk menjadikan dirinya calon.

Saya difahamkan daripada bilik gerakan bahawa, ramai berbisik "tu nak tunjuk muka.. datang pun macam orang baru bangun tidur". Ini kerana dia datang dengan selamba tanpa sebarang persiapan sekadar nak tunjuk muka kononnya dia dah membantu calon baharu!!

Said Ali dikatakan mungkin tidak terasa hati jika diberikan N10 Dun Bukit Pinang, kalau bukan Parlimen. Tapi malangnya pucuk pimpinan dan dipercayai dipengaruhi oleh Muhriz untuk menyingkir orang-orang lama yang banyak berjasa dengan UMNO. Tapi orang yang tidak dikenali seperti Mokhtar Md Noor pula diangkat jadi calon.

Mengikut sumber "Setelah kena Warning", Said Ali mengalah untuk turun membantu kerana dia adalah Pemantau UMNO Bahagian Pokok Sena. Walau bagaimanapun dia masih meminta penyokongnya membuat undi protes pada 5 Mei nanti untuk mengajar 'tangan ghaib' dalam UMNO Kedah.





Mengikut sumber yang kami dapat, undi protes di Kedah termasuk Parlimen Pokok Sena pasti membuatkan Kedah lebih selesa kepada Pakatan Rakyat kali ini.

Bukan sahaja di Parlimen Pokok Sena, malah Dun Derga, Dun Bukit Lada dan Dun Bukit Pinang pasti akan dapat kepada Pakatan Rakyat. Said Ali dan beberapa orang lama telah membuat penjajian 'hidup mati' untuk memastikan calon daripada 'tangan ghaib' akan lebur pada PRU kali ini.

MAMPOS UMNO KEDAH!!! KAH KAH KAH

THE DUKE&#39;S BLOG: BUDAK PAS <b>POKOK SENA</b> TERLOLONG <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 24 Jun 2013 11:37 PM PDT

Aku difahamkan seramai 31 orang ditahan polis semalam sebab buat kacau kat depan Parlimen. Dan aku yakin, salah seorang dari depa tu adalah anak buah "Mahfool Bean Omaq" yang diimport khas dari Pokok Sena...
Depa kena tiarap tepi jalan dan diangkut ke balai beramai-ramai. Lepas kena marah dengan polis, maka banyak la soal jawab. Maknanya, depa tidur lokap la kot semalam.
Tapi Mahfuz? Dia segak bergaya angkat sumpah. Lepas gebang dua tiga patah kata, dia makan-makan kat coffee house di Parlimen. Borak dan sembang sakan dengan pemimpin BN. Sekali sekala terburai riuh dia ketawa besar...buat lawak "Mr Bean" la tu kottt...
Lepas tu Mahfuz balik ke hotel la kottt... tidoq di atas katil empuk berhawa dingin. Ada dia jengok anak buah dia kat lokap di balai tu? Anak buah dia tidoq lokap, dia tidoq kat hotel sedap-sedap... 
Itu la Pesuruhjaya PAS Kedah merangkap Naib Presiden PAS. Apa yang dia dok kata sebelum ni semua wayang belaka... PRU13 tipu kononnnn... last-last dia jugak yang dok sengih-sengih angkat sumpah depan YDP Agong... 
Orang macam tu pun hangpa percaya? Orang yang tak lulus SRP lagu tu pun hangpa dengan mudah tertipu? Bukan apa... aku kesian kat anak-anak buah Mahfuz tuuu... Semuanya perjuangan palsu.. Kalau depa balik buat bendang kat Pokok Sena tu lagi banyak faedahnya...kan? kan? kan?

indah.com: Najib mai janji <b>di Pokok Sena</b> pulak

Posted: 30 Apr 2013 04:30 PM PDT

Perdana menteri berkata projek itu akan dilaksanakan berikutan permintaan masyarakat Cina di kawasan berkenaan.
"Kerajaan setuju untuk bina sekolah itu kerana permohonan yang banyak daripada masyarakat setempat dan Barisan Nasional sokong dengan apa yang kita kira terbaik untuk masyarakat Cina," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Kebangsaan Taman Awana, Pokok Sena dekat sini, hari ini.
Tanpa menyebut kos dan bila pembinaan sekolah itu akan dimulakan, Najib berkata segala perancangan projek tersebut akan diteliti sepenuhnya calon BN untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Derga, Dr Cheah Soon Hai yang juga penyandang kerusi itu.
"Dr Cheah yang akan cari tanah untuk bina sekolah itu. Segala perancangan atas dia. Tetapi, apapun kita (rakyat) kena pastikan Barisan Nasional menang pada pilihan raya umum ke-13 kali ini," kata Najib yang juga Pengerusi BN.
Sementara itu, Cheah berterima kasih kepada perdana menteri kerana keperluan bagi sekolah itu sudah lama dibangkitkan masyarakat Cina di kawasan Parlimen Pokok Sena.
"Saya akan memastikan segala perancangan akan dibuat seperti urusan mencari tanah dan sebagainya.
"Kita nak buat (bina) sekolah ini sebab SMJK Keat Hwa 1 dan 2 hanya terdapat di Kuala Kedah dan ini menyukarkan sebahagian keluarga Cina di sini menghantar anak mereka ke sana," jelasnya. — Bernama

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Plant Nursery in <b>Sungai Petani</b> zamzoro.com

Posted: 01 Jul 2013 07:05 PM PDT

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();
↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ Klik Sana ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑

"Plant nursery in Sungai Petani", tajuk je Bahasa Inggeris, tapi isinya dalam Bahasa Melayu… huhu…. Nak guna perkataan tapak semaian macam tak berapa nak glamour. So, aku rasa tajuk Plant nursery in Sungai Petani nampak lebih hot.

Masa hujung bulan Mei yang lepas, aku apply cuti rehat. Masa tu aku balik kampung kat Sungai Petani. Dah ambil cuti panjang, tak naklah aku terperap kat KL. Jemu lepak kat sini, asyik-asyik tengok hutan batu. Eh… hutan batu tu cuma perumpamaan aku je. Jangan pula korang berimaginasi membayangkan hutan batu yang real pula… hoohoo….

Plant nursery in Sungai Petani: Satu pengalaman, satu cerita.

Plant nursery in Sungai Petani - Lot Greens

Tempat yang aku pergi masa cuti, Lot Greens.

Mak aku memang minat dengan pokok-pokok bunga. Hobi mak aku adalah berkebun. Macam-macam pokok dia tanam kat rumah. Dia tanam pokok buluh, pokok bunga, pokok pisang, cili, rumput pun dia tanam juga tau. Aku tengah tunggu bilalah dia nak tanam pokok kacang ajaib pula. Boleh nanti aku panjat dan curi emas kat atas langit macam dalam cerita masa kanak-kanak dulu. Aiyooo! melalut pula… huhu….

Antara yang menarik: Plant Nursery in Sungai Petani

Pintu Gerbang - Plant Nursery in Sungai Petani

Pintu gerbang berbentuk hati, buat hati aku terpikat.

Mak aku ajak aku singgah Lot Greens sebab dia nak cuci mata kat situ. Mak aku kata, antara kebanyakkan tapak semaian di Sungai Petani, Nursery ni yang paling dia suka datang. Belum lagi aku menjejak kaki masuk dalam nursery tu, aku dah terpesona dengan pintu gerbang yang dibina. Rekaan dia memang cantik dan sangat kreatif daripada perspektif aku.

Many flowers at Plant Nursery in Sungai Petani

Mak aku tengah sibuk cuci -cuci mata, aku pula buat-buat sibuk nak ambil gambar bunga.

Aku suka suasana kat dalam tempat ni, dingin dan tenang ala-ala Cameroon Highlands. Dingin dengan wap air disembur di merata-rata hampir keseluruhan dalam kawasan. Pekerja-pekerja kat dalam tu bekerja dalam keadaan yang sangat santai. Alangkah seronoknya kalau dapat jadikan persekitaran kerja aku dengan suasana yang macam ni.

Beli Bunga - Plant Nursery in Sungai Petani

Lepas puas cuci mata dengan pelbagai varieri tanaman, mak aku beli bunga Ros untuk tambah koleksi bunga-bunga di laman rumah.

Lokasi Lot Greens Enterprise adalah di 137A, Jalan Masjid 1, Pekan Baru, 08000, Sungai Petani, Kedah, Malaysia. Korang boleh hubungi Lot Greens Enterprise di talian +604-421 0533. Itu sahaja yang aku ingin tulis tentang Plant Nursery in Sungai Petani.

Kepada sesiapa peminat bunga ros, korang boleh tengok artikel: Buying Rose Plants in Malaysia – Lot 57 Selangor Green Lane.

Carian HANGAT: