Isnin, 29 Julai 2013

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Guru Mati Ditembak Di Simpang Lampu Isyarat <b>di Kulim</b> <b>...</b>

Posted: 18 Jul 2013 06:47 AM PDT

TERKINI : Guru Mati Ditembak Di Simpang Lampu Isyarat di Kulim

KULIM:Seorang guru maut dipercayai ditembak dua lelaki yang bermotosikal di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi di sini tengah hari Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata K.Shanmugam, 45, didapati dalam keadaan berlumuran darah di dalam kereta Toyota Wish miliknya.http://pejuangkeadilankini.blogspot.com/2013/07/terkini-guru-mati-ditembak-di-simpang.html

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Gambar Rusuhan <b>di Sungai Petani</b> kedah? - Berita Terkini

Posted: 19 Dec 2012 01:45 AM PST

Rusuhan di Sungai Petani

Rusuhan di Sungai Petani : Polis Kedah memberi amaran keras agar khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah Kuala Muda yang disebarkan menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS), dihentikan serta-merta.

Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata kira-kira pukul 9 hingga pukul 10 malam tadi, polis menerima banyak panggilan telefon berikutan tersebarnya khabar angin bahawa berlaku (rusuhan kaum) rusuhan di Sungai Petani di daerah Kuala Muda.

Rusuhan di Kuala Muda Kedah"Kita ingin maklumkan kepada semua rakyat Malaysia bahawa berita yang tersiar dalam Facebook, Twitter dan SMS itu tidak betul dan palsu, hakikatnya keadaan di Kuala Muda adalah aman dan tenteram. Tiada kematian atau kecederaan serius yang berlaku.

"Sehingga sekarang (sidang media) hanya ada beberapa insiden sahaja yang berlaku, bermula daripada insiden (pergaduan) pada awal pagi 16 Disember lalu (Ahad), yang mana hasil siasatan dan risikan yang kita kumpul mendapati insiden itu tiada kaitan dengan permusuhan atau kebencian," katanya dalam sidang media di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda lewat malam tadi.

Abdul Ghafar berkata kes yang berlaku pada awal pagi Ahad lalu itu adalah kes terpencil yang melibatkan kumpulan pemuda yang berlarutan kepada beberapa insiden lain yang dilakukan dengan tujuan membalas dendam terhadap insiden pertama.

Dakwaan Berlakunya Rusuhan di Sungai Petani Kedah : Jawapan Polis Kedah

  1. ia berpunca daripada kegiatan lumba motor tetapi telah berlaku pergaduhan yang mana kedua-duanya memanggil kawan masing-masing, dan berlaku empat lagi insiden lain.
  2. Insiden yang didakwa ramai kononnya berlakunya rusuhan di Sungai Petani ini bukan berpunca daripada kebencian, ia tindakan yang dibuat oleh mereka yang kurang bijak. Bagaimanapun polis berjaya mengawal keadaan sehinggalah tersebarnya berita palsu yang boleh mencetuskan kemarahan

Rusuhan Kaum Sungai Petani

Dalam pada itu, Abdul Ghafar turut meminta semua ketua kaum agar dapat memberi penerangan yang jelas berhubung perkara itu kepada masyarakat di kawasan masing-masing.

Kepada semua kaum maklumkan kepada anak buah masing-masing agar jangan bertindak di luar batasan undang-undang terasuk sebarkan fitnah mengatakan berlakunya rusuhan di Sungai Petani, Kedah

[Sumber : Berita Bernama Malaysia]

02 di gurun kedah - Google Blog Search

02 di gurun kedah - Google Blog Search


Pengedar Shaklee <b>di Gurun</b> dan sekitarnya - My Name is Munirah

Posted: 08 Jun 2013 12:33 PM PDT

orang gurun...orang gurun...
ni ada pengedar yang di hati anda.
Bagi mereka yang berada di sekitar  Gurun dan kawasan sekitar yang berhampiran boleh dapatkan Shaklee dengan harga istimewa daripada Pengedar Sah kami :
Siti NorZilah Omar
Pengedar Shaklee Utara

Kedah ( Gurun dan Sekitarnya)
019-4057113
FB : Que Rimzan

#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Munirah Hazam
Pengedar Shaklee Utara dan Malaysia - Kedah (Sungai Petani, Gurun, Jeniang, Bukit Selambau, Kuala Ketil)
Email : munirah.hazam at gmail.com
Sms/Whatsapp : 019-5768 456
Page : Munirah Hazam
FB : Munirah Hazam

02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


Pengagihan <b>di</b> Masjid Al-Halimi, Pekan Batu 5, <b>Sik</b>, Kedah | Islamic <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2013 08:48 PM PDT

Program Kembara Zakat Maybank Islamic 2013 telah berjalan lancar di lokasi Masjid Al-Halimi Pekan Batu 5, Sik, Kedah. Syukur Alhamdulillah penerima tak henti henti mengucapkan nya dengan perasaan sungguh gembira, karena ini adalah program pertama kali yang telah diadakan ditempat mereka. Seramai 13 orang wakil dari MIB diketuai oleh En Che Ahmad Ibrahim mengambil peranan mengagihkan kotak makanan dan beras kepada 184 penerima yang hadir. Dato Roslan Abdul Rahman dan 3 orang sukarelawan dari Club Grand Lavina ia itu En Suhaimi Ramli, En Mohd Shamsuddin Mamat dan En Mohd Zameri bersama sama membantu menjayakan program dengan jayanya bagi pihak IRM. Terima kasih di ucapkan kepada Tuan Hj Shahnon dan En Ku Ahmad Radhi atas kerjasama yang diberi.

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


Anak Babi Dilempar Ke Dalam Masjid <b>Di Baling</b> | kedah69ers

Posted: 02 May 2013 05:01 PM PDT

IMG-20130502-WA056

Ini sudah sampai ke tahap yang amat terdesak sebenarnya. Bahkan ia sebenarnya menunjukkan ada pihak-pihak tertentu yang sedang berusaha untuk menimbulkan pertelagahan antara kaum dan agama di negara ini, khususnya di Baling. 

Semalam, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki bernama Haji Adnan bin Awang Abdul Rahman di Balai Polis Baling berhubung kejadian membaling bangkai seekor anak babi ke dalam kawasan masjid. 

Kejadian berlaku jam 7:00 malam apabila Haji Mohd Ali bin Abdul Wahab telah menemui bangkai seekor anak babi hutan yang diletakkan di hadapan garaj serta tanda lelaki Masjid Ar-Rahmaniah, Bt 48, Bongor, Baling, Kedah. Penemuan bangkai babi tersebut segera dimaklumkan kepada Haji Rambli bin Che Awang bagi tindakan pihak masjid. 

Menurut polis, daripada siasatan yang dijalankan, bangkai anak babi tersebut telah dletakkan setelah jemaah masjid selesai menunaikan Solat Asar. Manakala daripada kenyataan dua orang saksi pula, mereka mendakwa melihat sebuah kenderaan pacuan empat roda Hilux berwarna putih dengan nombor pendaftaran WNH XXX yang mempunyai bendera PAS pada bahagian bonet hadapan, berada di dalam kawasn masjid lebih kurang jam 6:45 petang. 

Bagaimanapun, apabila dihampiri, kenderaan tersebut telah dipandu secara melulu dan bergegas keluar dari kawasan masjid sebelum memecut dan menghilang. 

Tindakan meletakkan bangkai anak babi tersebut di kawasan masjid dipercayai untuk menimbulkan perasaan marah dan kurang senang penudduk kampung.

Justeru, Haji Adnan bin Awang Abdul Rahman mewakili kariah masjid, membuat laporan polis.

Bangkai anak babi berkenaan kemudiannya dialihkan oleh seorang penduduk berketurunan Siam bernama NIN a/l SAM DIN. 

Penduduk kampung kemudiannya telah dinasihatkan agar tidak membuat atau mengambil tindakan sendiri serta membenarkan pihak polis menjalankan siasatan dan tindakan selanjutnya.