Rabu, 7 Ogos 2013

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Gambar Rusuhan <b>di Sungai Petani</b> kedah? - Berita Terkini

Posted: 19 Dec 2012 01:45 AM PST

Rusuhan di Sungai Petani

Rusuhan di Sungai Petani : Polis Kedah memberi amaran keras agar khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah Kuala Muda yang disebarkan menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS), dihentikan serta-merta.

Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata kira-kira pukul 9 hingga pukul 10 malam tadi, polis menerima banyak panggilan telefon berikutan tersebarnya khabar angin bahawa berlaku (rusuhan kaum) rusuhan di Sungai Petani di daerah Kuala Muda.

Rusuhan di Kuala Muda Kedah"Kita ingin maklumkan kepada semua rakyat Malaysia bahawa berita yang tersiar dalam Facebook, Twitter dan SMS itu tidak betul dan palsu, hakikatnya keadaan di Kuala Muda adalah aman dan tenteram. Tiada kematian atau kecederaan serius yang berlaku.

"Sehingga sekarang (sidang media) hanya ada beberapa insiden sahaja yang berlaku, bermula daripada insiden (pergaduan) pada awal pagi 16 Disember lalu (Ahad), yang mana hasil siasatan dan risikan yang kita kumpul mendapati insiden itu tiada kaitan dengan permusuhan atau kebencian," katanya dalam sidang media di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda lewat malam tadi.

Abdul Ghafar berkata kes yang berlaku pada awal pagi Ahad lalu itu adalah kes terpencil yang melibatkan kumpulan pemuda yang berlarutan kepada beberapa insiden lain yang dilakukan dengan tujuan membalas dendam terhadap insiden pertama.

  1. ia berpunca daripada kegiatan lumba motor tetapi telah berlaku pergaduhan yang mana kedua-duanya memanggil kawan masing-masing, dan berlaku empat lagi insiden lain.
  2. Insiden yang didakwa ramai kononnya berlakunya rusuhan di Sungai Petani ini bukan berpunca daripada kebencian, ia tindakan yang dibuat oleh mereka yang kurang bijak. Bagaimanapun polis berjaya mengawal keadaan sehinggalah tersebarnya berita palsu yang boleh mencetuskan kemarahan

Rusuhan Kaum Sungai Petani

Dalam pada itu, Abdul Ghafar turut meminta semua ketua kaum agar dapat memberi penerangan yang jelas berhubung perkara itu kepada masyarakat di kawasan masing-masing.

Kepada semua kaum maklumkan kepada anak buah masing-masing agar jangan bertindak di luar batasan undang-undang terasuk sebarkan fitnah mengatakan berlakunya rusuhan di Sungai Petani, Kedah

[Sumber : Berita Bernama Malaysia]

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


GMC: EXCO agama Kedah... Masjid <b>Padang serai di</b> cemari Najis <b>...</b>

Posted: 01 Aug 2013 11:32 AM PDT


Beginilah gambaran Pondok Panas Kutipan Zakat Fitrah yang didirikan oleh puak2 yang terlalu taksub pada Parti Politik tertentu bagi mengutib Zakat Fitrah pada Umat Islam sekitar Padang Serai Kedah

Bukan itu saja di depan pondok tersebut terpampang dengan sepanduk yang bertulis kutipan Zakat Fitrah untuk ahli-ahli PAS sahaja.




          [ Foto Sekadar Hiasan- Gambaran Pondok Panas Kutipan Zakat Fitrah di depan Masjid Padang Serai.Kedah]

Masjid Padang di Padang Kedah kini dicemari dengan najis-najis Politik jumud oleh puak2 tertentu! 

Apa tidaknya di bulan yang mulia ini puak2 yang taksub pada Parti Politik jumud sekutu kapiaq Harbi DAP begitu gairah mendiri Pondok Panas tujuan bagi mengutib Zakat Fitrah  pada umat Islam sekitar Parlimen Padang Serai dengan terpampang  sepanduk   yang bertulis kutipan Zakat Fitrah untuk ahli-ahli PAS sahaja.

Kah..kah..kahh
kah..kah..kah.kah
kah..kah..kahh...kahh

Apa benda ni wahai pihak berkuasa Agama di Kedah..??? 

Butakah mata kalian membiarkan perkara begini  belaku berluasa ?? masakan kutipan zakat Fitrah pun masih nak  bezakan fahaman politik?? 

Bukan itu saja  masih terdapat beberapa tempat  lagi sekitar Parlimen Padang Serai dan Kulim Bandar Bahru dimana lebai2 kera  politik sekutu kapiaq harbi membuka meja panas bagi tujuan tersebut?

Apakah tidak ada pemantauan dari pihak yang berkuasa???

Persoalannya kemanakah wang zakat fitrah  itu nanti akan disalurkan ??




Harap pihak berkuasa agama di Kedah dapat memantau gejala yang tidak sihat ini ..berpada-padalah berpolitik takkan kutipan zakat Fitrah pun nak dipolitikkan juga.??




Harap EXCO agama Kedah yang baru YB Rawi tidak  menumpukan pada sektor2 pelancungan saja..hal-hal yang berkaitan  kedaulatan Islam dan umat Islam juga harus mendapat perhatian yg sewajar  agar jangan ada pihak  sewenang2 membuat kutipan zakat Fitrah dari umat islam sesuka hati.

Persoalannya mengapa hal sebegini tidak belaku sebelum ini.Mengapa perlu ada pondok atau meja Panas bagi membayar zakat Fitrah yang dikhususkan untuk ahli-ahli parti politik tertentu?


Harap pihak Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa agama Negeri  dan EXCO yang bertanggung jawab memantau gejala  yang kurang sihat ini belaku di sekitar Negeri Kedah khususnya di Kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim Bandar Bahru khususnya di tapak Pasar ramadhan Taman Selasih.

Apakah mereka  semua terdiri dari amil zakat fitrah yang di lantik oleh pihak2 tertentu atau mereka  sekadar  mewakili  pihak  dari parti-parti tertentu.

Kah..kah..kahh
kah..kah..kah.kah
kah..kah..kahh...kahh

Pelik tapi benar nak bayar Zakat Fitrah pun  sudah ada kaunter untuk ahli-ahli PAS sahaja di Kedah khususnya di Masjid Parlimen Padang Serai Kedah.

Kah..kah..kahh
kah..kah..kah.kah
kah..kah..kahh...kahh

P/s

Perhatian: 90% Sekutu DAP masih menguasai pentadbiran Masjid di Negeri Kedah hari ini.
 

VIDEO Penampakan BUNIAN | SEWAKTU PIKAT AYAM <b>Di Padang</b> <b>...</b>

Posted: 01 Aug 2013 10:40 PM PDT

VIDEO Penampakan BUNIAN | SEWAKTU PIKAT AYAM Di Padang Serai  | Satu rakaman video sewaktu ingin mendenak/memikat ayam hutan terakam penampakan orang berjubah putih melalui di belakang di dalam rimbunan pokok-pokok di kawasan tersebut.
Mengikut pada tajuk video tersebut kejadian ini dirakamkan di padang serai.
untuk tonton video, Klik TAJUK ENTRI ni
Tonton VIDEO dibawah ini


 
MOHON PENCERAHAN OLEH MEREKA YANG BERPENGALAMAN.

Ustaz Hamidi: Sejarah tercatat <b>di Padang Serai</b> | ISMAWeb

Posted: 20 Apr 2013 04:39 AM PDT

PADANG SERAI, 20 April - Ustaz Hamidi Abu Hassan disahkan bertanding di P017 Parlimen Padang Serai pagi tadi setelah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau akan menentang calon Barisan Nasional Heng Siei Kie, calon Parti Keadilan Rakyat N. Surendran dan 2 calon bebas iaitu Othman Wawi  serta N.Gobalakrishnan.

Katanya, hari ini telah mencatatkan sejarah umat Islam di Malaysia dan kejayaan hari ini akan dimanfaatkan demi kemenangan Islam.

"Melalui saat ini bermulalah pertarungan yang kita tidak akan berundur lagi untuk meneruskan cita-cita menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

"Kita akan  merayu undi daripada mereka, kita tidak bermusuh dengan sesiapa tapi niat kita untuk hanya menegakkan Islam," katanya kepada wartawan selepas proses penamaan calon selesai.

Proses penamaan calon telah berjalan dengan lancar dan aman di Pejabat Daerah dan Tanah Kulim. Tiada sebarang provokasi liar dan dicatatkan dan jumlah kehadiran penyokong daripada pelbagai parti dianggarkan hampir 2 ribu orang.

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


Dua Sahabat Maut Kemalangan Jalan Raya <b>di Pendang</b> – Perak <b>...</b>

Posted: 03 Aug 2013 10:20 PM PDT

jenazah

PENDANG: Dua sahabat maut apabila motosikal mereka bergesel dengan sebuah motosikal lain mengakibatkan mereka terjatuh sebelum dilanggar sebuah kereta di Kilometer 72.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat sini, Sabtu.

Kemalangan pada jam 9.30 pagi itu menyebabkan Muhammad Mohd Rozi, 19, dan Muhammad Ekhromee Muhammad Fauzi, 19, mati di tempat kejadian.

Menurut ibu Muhammad, Kalsom Kassim, 55, anaknya menaiki motosikal bersama Muhammad Ekhromee dan motosikal mereka itu bergesel dengan motosikal ditunggang Muhammad Fairuzi Musa, 19.

"Pergeselan itu menyebabkan kedua-dua motosikal terbabas. Muhammad dan Muhammad Ekhromee terjatuh lalu dilanggar sebuah kereta yang mengikut dari belakang," katanya semasa ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Muhammad Fairuzi pula hanya cedera ringan dan dirawat di HSB.

Kalsom berkata, anaknya dan Muhammad Ekhromee dalam perjalanan ke HSB untuk melawat ibu rakan mereka yang sakit sejak tiga hari lalu.

- BERNAMA