ads

Jumaat, 23 Ogos 2013

02 di kulim - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kulim - Google Blog Search


MMI : GEMPAR Lagi Insiden TEMBAK <b>Di Kulim</b>

Posted: 06 Aug 2013 12:43 PM PDT

Seorang lelaki cedera parah selepas ditembak oleh dua lelaki di Pondok Labu, Lunas dekat sini malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.45 malam ketika mangsa, 26, yang berasal dari sini dalam perjalanan melawat keluarganya di Pondok Labu.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Chin Su Song ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Katanya, mangsa yang memandu kereta ketika kejadian telah ditembak oleh dua lelaki yang menaiki motosikal, kini dirawat di Hospital Kulim. - UTUSAN
Aduhai dekat-dekat nak raya ni pun ada lagi kes tembak ni .. Malaysia dah nak macam pekan koboi dah kenapa senang sangat puak penjenayah ni dapat pistol aaa ??

02 di sungai petani - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di sungai petani - Google Blog Search


KedahLanie.info: <b>SUNGAI PETANI</b> - Yang Dipertua MPSPK akan <b>...</b>

Posted: 20 Aug 2013 05:30 PM PDT

MPSPK naik taraf kemudahan asas
Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my


ISMAIL Said (kiri) menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak pada 
majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan MPSPK, Sungai Petani, Kedah, semalam.

SUNGAI PETANI 19 Ogos - Usaha untuk menaik taraf persekitaran beberapa lokasi tumpuan pelancongan di daerah ini akan dilakukan bagi memastikan terus menjadi daya tarikan kepada pengunjung dalam tempoh terdekat.
Yang Dipertua Majis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), Datuk Ismail Said berkata, langkah berkenaan penting berikutan Sungai Petani dan daerah Kuala Muda umumnya mampu menjadi satu destinasi pelancongan popular di kawasan utara.
"Saya berhasrat menaik taraf persekitaran beberapa kawasan pelancongan sedia ada seperti Galeri Hutan Paya Bakau Jeti Semeling, Pantai Merdeka, Tanjung Dawai, Pusat Arkeologi Lembah Bujang dan Guning Jerai untuk memastikan sektor itu terus berdaya maju.
"Antara langkah yang akan diambil adalah membaik pulih landskap dan memastikan agar kebersihannya sentiasa terjaga," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita dalam majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri MPSPK di sini hari ini.
Lebih 3,000 pengunjung pelbagai kaum hadir memeriahkan majlis berkenaan.
Ismail yang baharu dilantik menjadi Yang Dipertua MPSPK berkata, selain sektor pelancongan, beliau turut memberikan tumpuan terhadap usaha menaik taraf tandas awam sedia ada dalam kawasan pentadbiran MPSPK.
"Berdasarkan tinjauan saya, keadaan tandas awam kita kini berada dalam keadaan kurang memuaskan. Justeru, kita akan mengambil langkah segera mengatasi beberapa masalah terutamanya dari segi kebersihan.
"Tandas awam yang bersih amat penting kerana mencerminkan imej penduduk kawasan bandar Sungai Petani ini," jelasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ismail memberitahu, beliau mengamalkan pendekatan pintu terbuka bagi membolehkan perkhidmatan MPSPK ditingkatkan.
"Rakyat yang mengalami sebarang masalah atau ingin mengemukakan cadangan untuk menambah baik perkhidmatan MPSPK boleh datang berjumpa saya di pejabat. Saya sedia menerima sebarang teguran dan cadangan," katanya.

02 di jitra - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di jitra - Google Blog Search


PANASS!! Awek Thai BerTOMOI <b>di Jitra</b> Kedah! #HariKoperasi13 <b>...</b>

Posted: 23 Aug 2013 05:48 AM PDT



Jangan terkejut.depa ni bertumbuk sebab pertandingan tomoi di Hari Koperasi Negara 2013 di Jitra..Rugi sapa tak mai.macam macam acara menarik untuk tatapan pengunjung..

Pukul 8.30pm ni ada pertandingan tomoi final. Pada peminat tomoi mai turun ramai-ramai.


Jangan terkejut.depa ni bertumbuk sebab pertandingan tomoi di Hari Koperasi Negara 2013 di Jitra..Rugi sapa tak mai.macam macam acara menarik untuk tatapan pengunjung..

02 di baling - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di baling - Google Blog Search


GEMPA BUMI <b>DI</b> KUPANG <b>BALING</b> KEDAH 20 OGOS 2013

Posted: 19 Aug 2013 11:55 PM PDT

Gempa bumi landa Kupang Baling Kedah 20 ogos 2013

Satu gempa bumi berkategori "lemah" yang berukuran 3.8 pada skala Ricther dikesan berlaku di Kupang berdekatan Baling Kedah pada jam 8.26 pagi Selasa

gempa bumi baling kedah ogos 2013 gempa bumi di kupang baling kedah 20 ogos 2013

Maklumat ini diperolehi dari laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia di pautan http://www.met.gov.my

Dalam pada itu, menurut  laporan yang disiarkan media, gempa bumi itu berpusat di 11km selatan Baling dan kesan gegaran boleh dirasai di sekitarnya dan tiada laporan menyebut berlakunya kerosakan dari impak gegaran tersebut

Meskipun ahli geologi mendapati Malaysia berada diluar kawasan "lingkaran api pasifik" namun menurut laman web wikipedia, sejak tahun 2007, Malaysia pernah mengalami 40 gempa bumi lemah

37 berlaku di Bentong, Pahang. 3 di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang)

Dari November 2007 – 2009 berlaku 29 gegaran gempa bumi di Bentong. Kadarnya antara 1.1 hingga 2.8 skala Richter

02 di kuala ketil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kuala ketil - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di kuala ketil</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Aug 2013 03:18 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kedahkini: Demonstrasi Aman " Kekal KUIN <b>Kuala Ketil</b> " 5,000 <b>...</b>

Posted: 29 Jul 2013 07:07 PM PDT

Demontrasi Aman "Kekal KUIN Kuala Ketil" petang semalam dihadiri anggaran 500 orang terdiri dari mahasiswa, waris dan rakyat Kedah yang prihatin.

Difahamkan perhimpunan adalah Anjuran  Orang Awam dan Masyarakat Kuala Ketil, berlansung di kawasan  Pintu Gerbang Utama Kampus KUIN Kuala Ketil.

Kehadiran yang biasa ditambah oleh akhbar Utusan dan TV3 dari 50 orang menjadi 1,000 orang?


Dipetik dari Laman FB  Mahasiswa Prihatin 3K


 Admin Mahasiswa Prihatin 3K sangat terharu dengan masyarakat sekeliling dan waris yang menghulurkan bantuan semangat kepada Mahasiswa Prihatin 3K. mereka inilah yang selalu mengadakan solat hajat buat Insaniah sejak awal Ramadhan yang lalu., Dengan Berkat Bulan Ramadhan, Moga doa mereka di terima Allah. Alhamdulillah syukur tentera yang d hantar illahi (Skuad Ansor Masjid Jamek Kuala Ketil).


KUALA KETIL: 500 pelajar, waris dan penduduk Kuala Ketil berkumpul di hadapan pintu gerbang utama Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kampus Kuala Ketil petang semalam bagi mendesak agar kampus itu dikekalkan.

berikutan arahan berpindah yang mereka terima dari pihak pentadbiran KUIN 16 Julai lalu yang mengarahkan semua pelajar berpindah semula ke kampus Stargate, Alor Setar.

UIN merupakan sebuah kolej yang telah mengislamisaikan program-program konvensional seperti Program Perniagaan, Perbankan, Perancangan Kewangan, Risiko dan Takaful, Hospitality dan Pemakanan Halal dan lain-lain lagi.

Kampus KUIN Kuala Ketil yang bernilai RM330 juta itu adalah lagenda tinggalan Menteri Besar Kedah sebelum ini, Datuk Seri Azizan Razak.

Bagi ustaz Azizan, pembinaan kampus KUIN di sini akan menjadikan Kuala Ketil satu bandar baru yang bakal membangun dengan pesat selepas ini.

Kampus ini mula digunakan kira-kira setahun lalu dan dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong, Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah pada bulan Mei lalu.

Ekoran itu, pelajarnya dan kakitangan dipindahkan dari kampus sementaranya yang terletak di Stargate dan Mergong sebelum itu.

Namun selepas Kedah diambil alih oleh Barisan Nasional (BN) dan Datuk Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar, kampus ini dikatakan mahu dijual.

Ia juga mungkin diswastakan apabila timbul desas desus bahawa kerajaan negeri membuka tawaran penjualan saham miliknya kepada beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Kerajaan negeri dikatakan sudah membuat tawaran itu termasuk kepada Universiti ITM (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Aimst dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AiU).

Difahamkan Universiti Selangor (Unisel) turut berminat untuk membeli Insaniah daripada kerajaan negeri.

Sejak beberapa bulan lalu, selain pelajar yang menjadi mangsa, kakitangan Insaniah juga tidak mendapat gaji mereka.

Dalam perhimpunan semalam, wakil pelajar yang turut berucap mengesa pentadbiran kolej mengeluarkan pekeliling pindah untuk rujukan pihak pelajar selepas pengumuman yang telah di umumkan pada 16 julai yang lalu dibuat tanpa disusuli dengan pekeliling perpindahan.

Beliau juga menyatakan agar pihak pentadbiran dapat mengekalkan KUIN Kuala Ketil.

Perpindahan yang akan melibatkan 1200 orang pelajar Fakulti Muamalat akan bermula 1 Ogos sehingga 17 Ogos akan datang.

Ia akan disusuli dengan 600 orang pelajar kulliyyah lain menyebabkan banyak menganggu proses pembelajaran dan pengajaran mereka malah melibatkan masalah kebajikan juga.

Memorandum yang telah dihantar ke peringkat pentadbiran kolej dan Pejabat Menteri Besar pada 25 Julai yang lalu belum mendapat jawapan sehingga kini.

Manakala pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pula akan mengambil tindakan terhadap memorandum yang telah dihantar oleh mahasiswa.

Wakil waris juga meminta pihak pentadbiran kolej dan pihak kerajaan negeri mengambil serius berkaitan masalah ini kerana melihat kepada kebajikan pelajar yang akan terganggu dengan perpindahan kali ke tiga ini.

Selepas perpindahan kali pertama dari Mergong ke Stargate dan perpindahan kali kedua dari Stargate ke Kuala Ketil, kini mereka akan berpindah lagi

02 di pendang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di pendang - Google Blog Search


Dua Sahabat Maut Kemalangan Jalan Raya <b>Di Pendang</b> <b>...</b>

Posted: 03 Aug 2013 09:00 PM PDT

Dua sahabat maut apabila motosikal mereka bergesel dengan sebuah motosikal lain mengakibatkan mereka terjatuh sebelum dilanggar sebuah kereta di Kilometer 72.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat Pendang, Sabtu.

Kemalangan pada jam 9.30 pagi itu menyebabkan Muhammad Mohd Rozi, 19, dan Muhammad Ekhromee Muhammad Fauzi, 19, mati di tempat kejadian.

Menurut ibu Muhammad, Kalsom Kassim, 55, anaknya menaiki motosikal bersama Muhammad Ekhromee dan motosikal mereka itu bergesel dengan motosikal ditunggang Muhammad Fairuzi Musa, 19.

"Pergeselan itu menyebabkan kedua-dua motosikal terbabas. Muhammad dan Muhammad Ekhromee terjatuh lalu dilanggar sebuah kereta yang mengikut dari belakang," katanya semasa ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Muhammad Fairuzi pula hanya cedera ringan dan dirawat di HSB.

Kalsom berkata, anaknya dan Muhammad Ekhromee dalam perjalanan ke HSB untuk melawat ibu rakan mereka yang sakit sejak tiga hari lalu.

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved