Rabu, 28 Ogos 2013

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Tragis!!! (Video & Gambar2) Kemalangan Ngeri Yang Berlaku <b>...</b>

Posted: 28 Aug 2013 02:26 AM PDT



Kemalangan yang agak dahsyat pagi tadi di Kulim Hi-Tech Park, Kulim Kedah
Lokasi berdekatan dengan Kilang Saint Gobain dan First Solar, Mangsa adalah pekerja TNB Kulim.
Ini adalah videonya yang dirakamkan oleh rakan facebook





Kredit: http://mforum.cari.com.my & www.facebook.com/GNGS2013

ZAKRI ALI: Tragis!!! Kemalangan Ngeri Yang Berlaku Berdekatan <b>...</b>

Posted: 28 Aug 2013 02:52 AM PDT

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


Semakan: Tiada acara <b>di</b> P <b>Merbok</b> bukti DBKL tunduk tekanan BN <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2013 10:47 PM PDT

KUALA LUMPUR 11 JUN: Sekretariat Pakatan Rakyat mendapat makluman bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan menggunakan Padang Merbok pada 22 Jun 2013, melalui surat yang difakskan semalam.

Rafizi"Melalui sidang media dan laporan berita berikutnya, saya mendapat tahu alasan-alasan kenapa permohonan itu ditolak, termasuklah alasan bahawa Padang Merbok diperlukan pada 22 Jun 2013 sebagai persiapan kepada satu acara yang dianjurkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada keesokan harinya iaitu 23 Jun 2013," kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Beliau membuat semakan seperti berikut untuk menentukan apakah acara yang akan dianjurkan oleh MOM seperti yang disebut oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur:

1. Menyemak kalendar acara MOM di laman rasmi MOM www.olympic.org.my seperti paparan skrin yang disertakan. Mengikut kalendar acara MOM, pada 23 Jun 2013 MOM akan menganjurkan Larian Olimpik McDonald. (McDonald's Olympic Run)

MOM2. Menyemak laman Facebook MOM untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Larian Olimpik McDonald ini. Didapati bahawa larian ini bukanlah berlangsung di Padang Merbok tetapi bermula dan berakhir di Dataran Merdeka.

3. Untuk memastikan acara ini benar-benar diadakan di Dataran Merdeka dan bukannya Padang Merbok, saya menyemak pula laman Pacesetters Athletic Club Malaysia (PACM) yang turut sama akan terlibat di laman rasminya www.pacesetters.com.my (sila rujuk paparan skrin). Disahkan bahawa acara anjuran MOM ini akan diadakan di Dataran Merdeka, bukannya Padang Merbok.

4. Akhir sekali, saya menyemak sendiri laluan larian dari borang pendaftaran yang disertakan. Berdasarkan laluan larian seperti yang ditunjukan di paparan skrin, jelas bahawa larian tersebut tidak menggunakan Padang Merbok sebagai tapak dan ia bermula dan berakhir di Dataran Merdeka.

merbok1"Saya kesal dengan tindakan DBKL yang tidak memberikan jawapan yang jelas mengenai kepenggunaan Padang Merbok pada 23 Jun 2013 semata-mata kerana terpaksa tunduk kepada tekanan politik Umno/Barisan Nasional," kata Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam kenyataan.

Jelasnya, kata beliau acara pada 23 Jun 2013 tidak melibatkan Padang Merbok dan bermula/berakhir di Dataran Merdeka – maka tidak ada alasan untuk tidak membenarkan himpunan aman #black505 berlangsung di Padang Merbok pada 22 Jun 2013.

Rafizi turut menjawab alasan-alasan lain yang diberikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur terutamanya ekoran pendedahan bahawa acara pada 23 Jun 2013 anjuran MOM tidak menggunakan Padang Merbok:

1. Pendirian pimpinan Umno/Barisan Nasional bahawa perhimpunan aman hanya boleh diadakan di tempat tertutup seperti stadium adalah tidak masuk akal dan bertentangan dengan hak berhimpun secara aman di semua tempat-tempat awam mengikut peruntukan Akta Perhimpunan Aman. Jika pendirian pimpinan Umno/Barisan Nasional ini digunapakai, maka tidak ada apa-apa majlis atau acara yang boleh dibuat di tempat terbuka dan akta perlulah ditukar namanya menjadi "Akta Perhimpunan Aman Dalam Stadium Sahaja".

2. Alasan bahawa penggunaan stadium akan memudahkan penjaja juga tidak masuk akal kerana semua perhimpunan aman yang dibuat di tempat terbuka sebelum ini berjaya menempat penjaja dengan baik. Malah, penggunaan stadium menyempit ruang untuk penjaja berniaga.

3. Alasan bahawa perhimpunan di Padang Merbok akan menjejaskan perhiasan sekitar kawasan sudah tentu tidak masuk akal kerana acara Larian Olimpik McDonald mengambil ruang yang lebih besar dan melalui semua kawasan-kawasan berhampiran Parlimen.

4. Alasan bahawa perhimpunan akan menyebabkan kesesakan jalan raya tidak boleh dipakai kerana Larian Olimpik McDonald akan menyebabkan jalan-jalan ditutup di sekitar kawasan. Jika pihak berkuasa boleh menutup jalan untuk mempermudahkan larian itu, saya pasti pihak berkuasa juga boleh menutup jalan untuk perhimpunan aman #black505 pada 22 Jun 2013.

"Saya dan rakan-rakan Pakatan Rakyat akan hadir berbincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 14 Jun 2013 tetapi kami tidak akan berganjak dari keputusan mengadakannya di Padang Merbok pada 22 Jun 2013, apatah lagi apabila terbukti padang itu tidak digunakan pada hari Sabtu dan Ahad minggu itu," tegasnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53279

02 di gurun kedah - Google Blog Search

02 di gurun kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di gurun kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jul 2013 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di gurun kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jul 2013 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di gurun kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jul 2013 03:12 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di gurun kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2013 03:17 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di gurun kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 18 May 2013 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Venoth&#39;s Culinary Adventures: Restaurant Thian Hoe @ <b>Gurun</b>, <b>Kedah</b>

Posted: 18 May 2013 12:00 AM PDT

Restaurant Thian Hoe is one of the famous restaurants in Gurun, Kedah. It is located right alongside the main trunk road, beside a Shell station and not very far away from the foothill of Mount Jerai. 

It is mainly famous for it's Duck Soup Kuey Tiow which is served in the mornings right up to lunch. As we were in the vicinity today, we decided to drop by for lunch but once we arrived here, we got to know that that dish was sold out for the day. 

Once we were told that, we then asked the boss what else they serve and he mentioned that they do all the usual Chinese dishes as well. We decided to go for that then. We went through a few of the items we wished to order and off he was. He also informed us that usually the Duck Soup Kuey Tiow is sold out by about 12.30 pm and we had only arrived here at about 2 pm. That is why the restaurant seems a little empty at this time. Right after leaving us, he then went into the kitchen which is open air in concept and did the cooking himself. Of course, there were many there who were helping him with the preparations. Within a short while, the dishes started arriving.

For a small town, the fish is definitely not cheap but I still think that it is okay. The preparation was also slightly different compared to the type we get in Central Peninsular Malaysia. There were loads of pickled vegetables on the fish which I found to be unique as well. As for the taste, the fish did score well. It was well cleaned and did not have the usual smell. It could have been fried to a little more crisp level but still this was good enough. Definitely a different style of preparation. I would rate this dish at 8/10 .

The next dish that we ordered was the above Claypot Tofu. This is the small version and is surely sufficient for three pax. I would say that this dish was very well done. Everything was absolutely perfect and there is no room for me to comment at all. I would rate this dish at 10/10 .

The above Kangkung Belacan was absolutely heavenly. The Belacan paste was of a good quality and fresh and he had sparingly used it in the dish. It was also spiced well and there were loads of sliced chicken meat in the dish. This practice of putting chicken into this dish was also something unique that I had observed here only. I would again rate this dish at 10/10 .
As there were only two of us, the above dishes were more than enough and I too needed to keep myself awake as I was driving onwards to Kulim. If you happen to be in Gurun, do give this restaurant a try and it is worth while the effort of finding this restaurant. Do use the GPS coordinates as the address may be difficult to search. Two key landmarks here are the Shell Station and the Foothill of Mount Jerai and you should not miss this place. 
Address: Lot 6740, Jalan Besar, 08300 Gurun, Kedah, Malaysia.
GPS: N05° 48.980′ E100° 28.695′
Opening Hours: 0800 - 2230 Daily 

02 di kubang pasu - Google Blog Search

02 di kubang pasu - Google Blog Search


KAJIAN: BN BAKAL TERSUNGKUR <b>DI</b> JITRA, <b>KUBANG PASU</b>

Posted: 01 May 2013 11:00 PM PDT

DUN N06 Jitra dalam Parlimen Kubang Pasu merupakan antara kubu kuat UMNO untuk satu tempoh yang sangat lama. Pengaruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir dilihat sangat berakar umbi di kawasan majoriti Melayu tersebut. Namun itu bukanlah jaminan bahawa DUN Jitra akan kekal selama-lamanya di bawah UMNO dan Barisan Nasional.

Penulis yang mengikuti perkembangan politik di kawasan Jitra dapat membuat sedikit bacaan politik ke atas DUN berkenaan. Boleh jadi bacaan penulis ini silap, akan tetapi berdasarkan persepsi dan pergerakan angka-angka, DUN Jitra yang telah sekian lama ditunjangi Barisan Nasional mungkin akan terlepas ke tangan PAS dalam Pilihanraya Umum ke-13 kali ini, malah PAS turut berpeluang cerah menawan bekas kerusi Parlimen yang pernah diwakili oleh Perdana Menteri Malaysia itu. Berikut adalah analisis ringkas penulis terhadap DUN Jitra dan Kubang Pasu:

DEMOGRAFI PENGUNDI

Kawasan DUN Jitra merupakan sebuah kawasan yang secara perlahan-lahan muncul sebagai sebuah bandar utama di Kedah selepas Bandaraya Alor Setar, Sungai Petani dan Kulim. Kegiatan ekonominya terdiri daripada aktiviti perniagaan yang tertumpu di Pekan Jitra dan Bandar Darulaman, perindustrian di Bandar Darulaman dan Malau, dan pertanian di kampung-kampung tradisi. Malah, perkembangan urbanisasi di Jitra dibantu oleh perkembangan pusat pendidikan tinggi seperti Politeknik, Institut Perguruan, Institut Latihan Perindustrian dan beberapa buah kolej yang lain. Boleh dikatakan hampir 10 000 daripada penduduk di kawasan Jitra terdiri daripada golongan pelajar.

Secara geografinya, kawasan DUN Jitra terbahagi kepada dua jenis kawasan iaitu:

Kawasan Bandar/Separa Bandar:

1) Daerah Mengundi dalam kawasan Pekan Jitra seperti Taman Jitra Jaya, Taman Rasa Sayang dan Taman Jitra, Tok Kesop

2) Daerah Mengundi dalam kawasan Bandar Darulaman seperti Pantai Halban, Tanjung Pauh, Taman Mahsuri dan Tanah Merah

3) Daerah Mengundi dalam kawasan Paya Kemunting seperti Paya Kemunting dan Taman Pasu

 4) Daerah Mengundi Kepala Batas (Pekan Kepala Batas)

Kawasan Luar Bandar:

Daerah Mengundi Malau, Kampung Kuluang, Wang Tepus, Padang Panjang, Telok Nibong, Kampung Batu 13, Telok Malek, Naga, Alor Rambai, Lubok Batu (Banai) dan Bukit Tinggi

Seterusnya, jika dilihat daripada jumlah pengundi, berikut adalah merupakan jumlah pengundi berdaftar di DUN Jitra:

Berikut adalah secara sepintas lalu mengenai demografi pengundi di kawasan DUN Jitra, yang terdiri daripada lebih daripada 36 000 orang pengundi berdaftar dalam kawasan bandar majoriti Melayu di negeri Kedah. Jumlah pengundi Melayu yang membentuk 83% daripada jumlah pengundi selain pengundi Cina, India dan Siam akan mempengaruhi keputusan pengundian kali ini.

Dalam PRU kali ini, DUN Jitra akan menyaksikan pertembungan dua penjuru di antara calon PAS, Dr.Rohani Abdul Mutalib menentang calon muka baru BN, Aminuddin Omar.

Selain itu, jika dilihat daripada keputusan PRU 12 pada tahun 2008, DUN Jitra merupakan antara salah sebuah kerusi yang dimenangi oleh calon BN dengan majoriti selesa. Berikut adalah keputusan PRU12 di DUN Jitra:


Berdasarkan sedikit kajian penulis terhadap DUN Jitra, penulis beranggapan bahawa peluang PAS untuk memenangi DUN ini pada kali ini adalah cerah, malah dianggap seimbang di antara peluang PAS dan BN.

Mengapakah hal ini terjadi?

PERTAMBAHAN PENGUNDI YANG TINGGI

DUN Jitra mempunyai seramai 36 379 orang pengundi berdaftar. Dalam PRU 2008, jumlah pengundi adalah seramai 28 331 orang pengundi. Berdasarkan situasi tersebut, hal ini bermakna berlaku pertambahan pengundi sebanyak 8041 orang pengundi atau dalam bentuk peratusannya, pertambahan pengundi pada PRU13 berbanding PRU sebelumnya adalah sebanyak 28.41%, sesuatu kenaikan yang agak tinggi. Hal ini bermakna, penentu kepada keputusan PRU di DUN Jitra pada kali ini bukan lagi pengundi lama, akan tetapi pengundi-pengundi yang mengundi buat pertama kali.

Jika dilihat daripada pergerakan pengundi di DUN Jitra, kenaikan bilangan pengundi pada PRU 2008 hanyalah sekitar 2200 orang pengundi, akan tetapi dalam PRU kali ini, pertambahan pengundi adalah sebanyak 8041 orang pengundi.

Kehadiran seramai 8041 orang pengundi ini akan memberi kelebihan kepada PAS apabila hampir 60-75% pengundi muda adalah cenderung ke arah Pakatan Rakyat.

Dalam PRU 2008, calon BN iaitu Dato' Saad Man hanya memperoleh majoriti sebanyak 2258 undi. Sekiranya PAS mampu mengekalkan jumlah undi yang diperoleh mereka dalam PRU 2008 dan mendapat sokongan daripada pengundi baru yang tinggi dalam DUN ini, ternyata kedudukan UMNO agak tergugat.

Hal ini kerana, pengundi muda sukar diakses melalui gerak kerja politik cara lama, akan tetapi mereka perlu diakses melalui media baru seperti internet.

Pada pandangan penulis, berikut adalah faktor mengapa UMNO perlu untuk risau di DUN Jitra:

1. Komuniti Siber Jitra Jelas Menolak Calon UMNO

Walaupun ruang siber tidaklah mampu menilai sokongan sebenar pengundi, akan tetapi fungsinya dalam melihat mood dan sokongan para pengundi tempatan ada asasnya. Dalam komuniti siber, Group Facebook "Saya Orang Jitra" merupakan antara medium utama untuk menilai mood rakyat di Jitra di mana group tersebut dianggotai sekitar 12 000 orang ahli.

Di dalam group SOJ, satu poll telah dibuat bagi melihat sokongan dalam kalangan ahli-ahli group tersebut terhadap calon PAS dan UMNO. Keputusannya adalah seperti berikut:

Calon PAS - 72%

Calon BN  - 28%


Walaupun keputusan poll tersebut tidak memberi sebarang makna kepada mana-mana parti, akan tetapi melalui keputusan ini, kita dapat menilai sikap para pengundi muda yang majoritinya aktif di media baru seperti facebook ini. Oleh itu, penulis menjangkakan sokongan pengundi muda di DUN Jitra akan dimenangi oleh PAS dalam PRU kali ini. 2. Sokongan Kaum Cina

Umum mengetahui sokongan masyarakat Cina terhadap Pakatan Rakyat berlegar dalam lingkungan setinggi 70%. Tidak terkecuali di Bandar Jitra yang didiami oleh majoriti masyarakat Cina dilihat lebih cenderung kepada PAS. Mereka menyatakan sokongan mereka secara terbuka, malah ada di antara mereka yang berkempen untuk memenangkan calon PAS.

Di sebuah bengkel motorsikal milik seorang masyarakat Cina di Taman Aman misalnya, beliau tanpa ragu-ragu dan takut melekatkan stiker "Tolak UMNO-Penyamun 403 Juta" di dinding kedainya, sesuatu yang sukar dilihat sebelumnya.

Penulis sendiri menjangkakan bahawa calon PAS akan mendapat sokongan yang padu daripada kaum Cina yang membentuk hampir 3600 orang pengundi di kawasan DUN Jitra.

3. Undi Masyarakat India

Walaupun BN dilihat masih menguasai undi kaum India di DUN Jitra, namun PAS telah mula berjaya menembusi undi kaum tersebut melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS. Dalam PRU kali ini, DHPP dari kaum India telah membuka dua buah bilik gerakan di Taman Aman (UPU Taman Pasu) dan UPU Tanah Merah. Malah, mereka turut menyatakan sokongan terhadap calon PAS dengan mengiringi calon-calon PAS ketika hari penamaan calon.


Selain itu juga, sentimen kegagalan BN selama hampir 30 tahun dalam membina sebuah sekolah Tamil yang lebih tersusun dan selesa kepada penduduk di kawasan Taman Aman setelah mereka dipindahkan daripada Ladang Tanjung Pauh turut menjadi isu penting dalam menilai sokongan pengundi India terhadap PAS dalam PRU kali ini. Walaupun PAS mungkin tidak berjaya mendapat undi majoriti daripada kaum India, berkemungkinan PAS boleh mencuri banyak undi dalam PRU kali ini berdasarkan bantuan ahli DHPP dan isu yang membelenggu masyarakat India sekian lama.

4. Penolakan terhadap Calon UMNO

Calon UMNO, Aminuddin Omar bukanlah calon pilihan untuk mewakili BN di DUN Jitra pada PRU kali ini.  Calon pilihan akar umbi untuk diangkat dalam PRU kali ini adalah Dato' Saad Man, penyandang kerusi DUN Jitra berdasarkan gerak kerja yang dilakukan oleh beliau sekian lama.

Kekecewaan sebahagian penyokong UMNO apabila Dato' Saad disingkirkan jelas kelihatan apabila mereka mengadakan demonstrasi membantah Aminuddin Omar sebagai calon di Bandar Darulaman, beberapa hari sebelum proses penamaan calon.

Dari segi populariti, walaupun Aminuddin (yang lebih dikenali sebagai Pak Tam) merupakan anak jati Jitra dan telah lama berkecimpung dalam politik sebagai Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu, namun beliau kurang dikenali berbanding calon PAS, Dr.Rohani yang memang dikenali sebagai seorang doktor perubatan di kawasan Jitra. Hal ini dilihat memberi kelebihan kepada calon PAS, selain berkemungkinan wujudnya undi protes dalam PRU pada 5 Mei nanti.

Berdasarkan hujahan yang telah dilakukan penulis, PAS dilihat mempunyai peluang yang cerah di DUN Jitra. Akan tetapi, bacaan penulis ini boleh sahaja adalah silap dan UMNO akan kekal di DUN Jitra. Hanya pengundi yang akan menentukannya nanti.

Buat pengundi di DUN Jitra, INI KALILAH! UBAH!

02 di jitra - Google Blog Search

02 di jitra - Google Blog Search


HOT! XPDC menghangatkan lagi Hari Koperasi Negara <b>di Jitra</b> <b>...</b>

Posted: 24 Aug 2013 09:16 AM PDT

Hari Koperasi Negara di gegarkan lagi dengan nyanyian ala konsert dari kumpulan XPDC yang menghiburkan rakyat Kedah di Jitra ini.
Ternyata lebih 10 ribu pengunjung datang ke tapak pameran. Sambil berkunjung ke booth koperasi pengunjung di hiburkan dengan persembahan artis.
Antaranya Jamal Abdillah, XPDC, Nabil dan Angah raja lawak.
Hanya tinggal sehari saja lagi untuk berkunjung ke tapak Hari Koperasi Negara, jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Pembunuhan pegawai tertinggi Kastam berkait penyeludupan <b>...</b>

Posted: 24 Aug 2013 12:52 AM PDT

Pembunuhan pegawai tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di pulau bebas cukai Langkawi, kata ahli keluarganya kepada The Malaysian Insider.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) ditembak mati di Putrajaya pada 26 April, beberapa minggu sebelum keganasan berkaitan pistol tersebar ke seluruh negara.

"Pembunuhan bapa saya dirancang, ia ada kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi," kata Mohd Akhtar Shaharuddin kepada The Malaysian Insider minggu ini.

Malah beliau sendiri yakin dalang pembunuhan bapanya adalah dari jabatan Kastam sendiri.

"Saya pasti akan hal itu biarpun polis menafikannya," kata arkitek berumur 30 tahun itu.

"Bapa saya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap penyelewangan kuasa pegawai kastam yang terlibat dalam rasuah ini berkaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.

"Tidak lama selepas membuat aduan itu, beliau menerima surat pertukaran kerja. Surat itu, bagaimanapun ditarik balik apabila Kesatuan Kastam campurtangan dan berjuang mempertahankan hak bapa saya," katanya.

Sebulan selepas itu, Shaharuddin ditembak ketika sedang memandu ke pejabatnya di Putrajaya.

"Tidak ada siapa faham kehilangan orang tersayang dengan cara kejam begini kecuali bagi mereka yang pernah melalui sendiri kerana itu saya amat berharap kematian bapa dibela," katanya.

Yang lebih menyedihkan Akhtar, empat bulan selepas bapanya ditembak mati, tiada sesiapa didakwa kerana membunuh.

Pertama kali bercakap kepada media, Akhtar mengatakan bapanya menerima panggilan daripada pemberita bertanya tentang sindiket penyeludupan kereta di Langkawi, beberapa minggu sebelum ditembak mati.

Tanpa berfikir panjang, orang nombor tiga dalam Kastam itu ke Langkawi untuk menyiasat.

"Beliau merupakan seorang yang tegas dan tidak pernah menceritakan apa-apa masalah tentang kerja dengan keluarga. Namun saya diberitahu oleh ibu, seorang wartawan ada menelefon bapa saya bertanyakan mengenai isu sindiket penyeludupan kereta di Langkawi," kata Akhtar.

Akan tetapi beliau tidak pasti sama ada bapanya sempat bercakap dengan pemberita itu selepas pulang dari Langkawi.

Akhtar turut mendedahkan bapanya menerima banyak ugutan termasuk peluru dihantar ke rumah mereka.

Menurutnya, beliau membuat pendedahan kerana kecewa dengan layanan dingin diberikan polis ke atas siasatan kes bapanya.

"Bayangkan sudah hampir berapa bulan kes ini berlaku jangan kata suspek malah sebarang petunjuk tidak diberikan polis," katanya.

Katanya kali terakhir dia berjumpa dengan polis pada bulan Ramadan lalu setelah digesa beberapa kali untuk mendapatkan perkembangan siasatan.

"Dalam tempoh berapa bulan selepas kejadian saya hanya berjumpa dengan polis dalam dua atau tiga kali.

"Bagaimanapun selepas sebulan mereka langsung senyap dan saya terpaksa mengejar polis untuk mengetahui perkembangan kes," katanya.

Menurut Akhtar, layanan diberikan polis terhadap kes bapanya dianggap tidak adil walaupun bapanya merupakan pegawai tinggi kerajaan yang banyak menyumbang kepada negara.

"Kita bercakap tentang pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah, siapa beliau.. tidakkah jasa beliau tidak ternilai kepada negara jadi kenapa memperlakukan keluarga kami begini," katanya kecewa.

Baca lagi..