ads

Selasa, 17 September 2013

02 di kulim - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kulim - Google Blog Search


Kemalangan Kakitangan TNB <b>di Kulim</b> Kedah (18SG) - Berita Semasa

Posted: 28 Aug 2013 01:20 AM PDT

Gambar Kemalangan Kulim

Maklumat lengkap yang Berita Semasa terima. Yang mana telah berlaku kemalangan dahsyat di Kulim Hi-Tech Park, Kulim Kedah. Lokasi kemalangan terletak berdekatan dengan Kilang Saint Gobain dan First Solar. Yang mana mangsa terlibat dalam kemalangan ini adalah terdiri daripada kalangan kakitangan TNB (Tenaga Nasional Berhad) sendiri. 5 orang kakitangan TNB kesemuanya.

Kemalangan ini agak teruk sehingga menyebabkan tiang lampu jalan bersekali dengan bongkah batu foundation pun boleh tercabut sama dan dalam pada masa yang sama mangsa-mangsa telah tercampak keluar. Anda boleh bayangkan bagaimana keadaannya. Ramai yang mengatakan kereta telah dipandu laju.

Berita Semasa dimaklumkan mangsa telah dimasukkan ke ICU. Kemalangan yang berlaku pagi tadi berpunca kereta mangsa yang gagal dikawal telah berpusing dan melanggar tiang lampu.

Lagi Gambar Kakitangan TNB di Kulim Kedah

P/S : Berita Semasa mengharapkan dan mendoakan agar kesemua yang terlibat dalam kemalangan di Kulim Kedah ini selamat. Insyaallah. Semoga Allah permudahkan segala urusan melibatkan mangsa-mangsa yang terlibat

02 di merbok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di merbok - Google Blog Search


Addin: (Gambar) Sekitar Himpunan Munajat <b>Di</b> Padang <b>Merbok</b> <b>...</b>

Posted: 17 Aug 2013 06:44 AM PDT

Tindakan kerajaan Umno BN yang membisu terhadap tragedi pembunuhan rakyat Mesir membuktikan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dayus dan penakut, demikian lapor selangorku.com.
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie, berkata Malaysia sepatutnya berani membuat kenyataan tegas dan keras mengutuk tindakan kudeta tentera Mesir yang mengorbankan lebih 3, 000 orang awam.
"Tindakan berdiam diri ini seolah-olah mengiya suara-suara yang menyatakan kerajaan Malaysia tunduk kepada kuasa besar dan merestui perbuatan kejam tentera Mesir. 
"Di sebalik laungan Malaysia sebagai negara Islam, kesenyapan pemimpin negara dalam tragedi itu mencerminkan pemimpin negara ini, penakut dan pengecut. "Sedangkan kenyataan mengutuk dan mengecam pun tidak berani dibuat, apatah lagi menghantar bantuan kepada saudara seagama di sana," katanya kepada TV Selangor, hari ini. 
Sehingga kini, kerajaan Malaysia belum membuat kenyataan rasmi berhubung pendirian terhadap pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir. Tentera Mesir merampas kuasa dan menahan Presiden Mohamad Morsi serta menyerang lokasi perhimpunan penyokong pro-demokrasi di Dataran Rabaah Adawiyah pada 14 Ogos lalu. 
Sebelum ini, PAS, DAP dan PKR masing-masing membuat kenyataan lantang mengutuk dan mengecam tindakan ketenteraan Mesir terhadap orang awam di negara Timur Tengah itu. Kecewa dengan sikap kerajaan Persekutuan yang acuh tidak acuh, Shuhaimi menggesa kerajaan Negeri mengambil inisiatif bagi membantu rakyat Mesir. 
Sementara itu, Sinar Harian mepalorkan rakyat Malaysia hari ini terus melahirkan rasa simpati dan kebersamaan dengan rakyat Mesir yang terus bersabung nyawa demi sebuah demokrasi. Bermula jam 4 petang tadi telah berlangsungnya himpunan yang digelar Himpunan Munajat Perdana 100k yang diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur. 
Himpunan diadakan bagi membantah sekeras-kerasnya kekejaman tentera Mesir ke atas rakyatnya sendiri. Tindakan membunuh rakyat sendiri dengan menggelarkannya sebagai "operasi pembersihan" tidak mampu diterima dan dianggap sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan. 
Himpunan yang dianjurkan oleh Pemuda Pas ini turut menyeru negara menyatakan pendirian tegasnya di atas pembunuhan beramai-ramai di Mesir. Para peserta membantah kekejaman tentera Mesir semakin ramai membanjiri Padang Merbok sekitar jam 6 petang. 
Kelihatan beberapa pimpinan PR turut serta seperti Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Ketua Pemuda Pas Nasrudin Hassan, Exco Kelantan Hashim Daud dan Adun Tungku. 'Hidup rakyat, hancur Sisi' antara ungkapan yang dilaungkan berulang kali oleh para peserta himpunan. 

02 di sungai petani - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di sungai petani - Google Blog Search


TV9 - Lagi Kes Kejadian Tembak <b>Di Sungai Petani</b>

Posted: 26 Aug 2013 09:55 PM PDT

27 Aug 2013, 12:55pm by Syuhada Rais


Lagi kejadian kes tembak.

Kali ini berlaku di Sungai Petani, Kedah.

Seorang penternak lembu berusia 30-an cedera apabila ditembak ketika sedang memandu lori yang membawa muatan makanan lembu, lewat petang semalam.

Ketika kejadian mangsa sedang memandu lori berkenaan dari arah padang serai menghala ke Kampung Sentero, Bukit Selambau, Sungai Petani.

Suspek yang menunggang motosikal datang dari arah belakang;

Melepaskan beberapa das tembakan rambang ke arah mangsa.

Suspek kemudiannya terus melarikan diri dengan memecut motosikal sejurus kejadian.

Mangsa yang terkejut dengan insiden tembakan itu gagal mengawal lorinya dan terbabas ke dalam longkang.

Mangsa yang menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim,  Sungai Petani dilaporkan stabil.

Dan hanya mengalami kecederaan di dua jari sebelah kanan akibat terkena tembakan yang dilepaskan susupek.


02 di gurun kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di gurun kedah - Google Blog Search


ALFAYYADH RESOURCES: Terminal EzeeLink kini <b>di Gurun</b>, <b>Kedah</b>

Posted: 17 Jul 2013 10:56 PM PDT

Terminal EzeeLink kini berada di No. 95, Bangunan Kedai Taman Utama, Gurun, Kedah...
Nak tau kedai yang mana 1, tgk depan kedai ada bunting merah menyala nie..haaa tu la kedai dia..
Jom ramai2 p beli topup, bayaq bil, beli insurans kemalangan & macam-macam lagi...

di negeri kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri kedah - Google Blog Search


Ketua Syiah Rafidhah <b>Kedah</b> Buat Laporan Polis Terhadap Mufti <b>...</b>

Posted: 15 Sep 2013 02:59 AM PDT

syiah kedah 3

Satu laporan polis telah dibuat oleh enam orang pemimpin dan ahli Syiah Kedah di Balai Polis Alor Star sebentar tadi. 

Keenam-enam mereka diketuai oleh Abdullah bin Hasan yang merupakan Ketua Syiah Rafidhah Kedah dan Wan Asyraf bin Wan Salahuddin yang merupakan Naib Ketua Syiah Kedah.

Ketua dan Naib Ketua Syiah Rafidhah Kedah itu membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan Dato' Syeikh Mohamad Badaruddin bin Ahmad, Mufti Kedah dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 13 September 2013. Kepala-kepala Syiah Rafidhah tersebut menuduh, Mufti Kedah sengaja mengacum kepada KDYMM Sultan Kedah untuk menggambarkan puak Syiah Rafidhah boleh menyebabkan ketidaktenteraman dalam masyarakat. 

Menurut mereka, kenyataan tersebut berbaur fitnah memandangkan penganut agama Syiah tidak pernah membuat sebarang provokasi atau pun kekacauandi negeri Kedah. Kononnya juga, kerajaan dan pihak berkuasa terus-menerus menghentam Syiah seolah-olah Syiah amat merbahaya kepada masyarakat. 

Kepala-kepala Syiah Rafidhah tersebut berharap, mereka yang terlibat dikenakan tindakan dan kaum Rafidhah pula akan terus mengambil tindakan terhadap mereka yang dikatakan 'tidak bertanggungjawab'. 

Walaupun tidak mengakui yang ajaran Syiah merbahaya kepada masyarakat, keenam-enam kepala Syiah Rafidhah tersebut menyatakan bahawa amalan Syiah tidak akan dihentikan dan semua buku tulisan keparat-keparat Syiah akan diterbitkan dan diedarkan pada masa akan datang dengan sebebas-bebasnya. 

Kepala-kepala Syiah Rafidhah yang juga merupakan antara pengikut dan pemimpin PAS setempat itu juga memandang remeh serta memperlekehkan Akta Anti Syiah yang telah diwujudkan di Negeri Kedah setelah diluluskan oleh DUN Kedah baru-baru ini. 

02 di kuala kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kuala kedah - Google Blog Search


43 pengundi tak dikenali didaftar dalam enam rumah <b>di Kuala Kedah</b>

Posted: 27 May 2013 10:02 PM PDT

Kewujudan pengundi hantu menjadi isu paling utama yang mempersoalkan perjalanan PRU13. Menurut laporan-laporan yang telah dibuat sebelum, semasa dan selepas hari mengundi.

Pengundi hantu ini dipercayai didatangkan dalam dua bentuk; iaitu rakyat asing yang diberikan kad pengenalan dan mengundi; serta pengundi rakyat Malaysia yang mengundi lebih dari sekali kerana didaftarkan di beberapa tempat.

Beberapa hari sebelum hari pengundian, jentera Barisan Nasional di seluruh negara giat mengedarkan slip-slip mengundi yang menyatakan tempat dan saluran mengundi dari rumah ke rumah. Slip-slip ini diambil dari daftar undi induk yang dikeluarkan oleh SPR.

Di seluruh negara, banyak berlaku kejadian slip undi yang diedarkan oleh Barisan Nasional itu menunjukkan wujudnya pengundi-pengundi tidak dikenali yang didaftarkan di alamat-alamat dalam kawasan tertentu.

Banyak pemilik dan pengundi asal di alamat-alamat tersebut telah tampil membuat laporan polis mempersoalkan kenapa ada pengundi lain yang didaftar dengan ramai di alamat mereka.

Sedangkan mereka telah tinggal di alamat itu dari awal dan tidak pernah mengenali nama-nama yang didaftarkan. Saya sendiri membantu membuat 2 laporan polis di Pandan berhubung kejadian ini pada hari pengundian.

Saya tampilkan 5 laporan polis yang dibuat berasingan di Parlimen Kuala Kedah yang menunjukkan bahawa 43 orang yang tidak dikenali telah didaftarkan di 6 buah rumah di dalam satu taman, iaitu Taman Sri Putra.

kk1

kk2

kk3

kk4

kk5

kualakedah10a1

kualakedah10a2

Saya juga sertakan satu salinan Borang 10A yang dikeluarkan oleh SPR sendiri di Parlimen Kuala Kedah, yang mengesahkan bahawa seorang pengundi iaitu Lim Tiek Hong dinafikan hak mengundi kerana ada orang lain telah mengundi bagi dirinya.

Laporan-laporan polis dan Borang 10A yang dikeluarkan sendiri oleh SPR mengesahkan bahawa keraguan wujudnya pengundi hantu yang didaftarkan berkali-kali ada asasnya.

Kejadian seperti ini di seluruh negara memperkukuhkan persepsi rakyat bahawa PRU13 penuh dengan penipuan dan SPR tidak mempunyai kewibawaan untuk mempertahankan satu proses pilihanraya yang adil, bersih dan telus.

Oleh yand demikian, saya menyeru kepimpinan SPR untuk memberikan penjelasan yang masuk akal mengenai kejadian-kejadian ini kerana ada laporan polis khusus yang dibuat mengenainya.

Saya juga menyeru supaya pasukan polis mula membuat kenyataan mengenai pelbagai laporan polis mengenai penyelewengan pilihanraya yang telah dibuat selama ini.

Jika 43 pengundi yang diragui boleh wujud di satu taman di Parlimen Kuala Kedah hanya di 6 buah rumah, bayangkan berapa banyak pengundi hantu yang sebegini yang boleh didaftarkan di seluruh negara.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52713

02 di baling - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di baling - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

02 di sik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di sik - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

02 di jitra - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di jitra - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

02 di padang terap - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di padang terap - Google Blog Search


Polis rampas senjata api, bahan letupan <b>di Padang Terap</b>, Kedah <b>...</b>

Posted: 04 Sep 2013 08:21 PM PDT

KUALA LUMPUR: Polis merampas sejumlah senjata api termasuk mesingan AK47, Colt, M4, pistol dan bahan letupan dalam operasi di Padang Terap, Kedah awal pagi ini.
Source: RSS Berita Harian – Mutakhir  

Short URL: http://www.berita2u.tk/?p=74036

02 di langkawi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


Kantoi ! Tipu Cukai Kereta Mewah 3 Dicekup SPRM <b>Di Langkawi</b>

Posted: 07 Sep 2013 08:43 PM PDT

SPRM tahan 3 elak cukai kereta mewah


Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk pasangan suami isteri, yang dipercayai terlibat sindiket cuba mengelak cukai eksais kereta mewah dan memalsukan dokumen Kastam Diraja Malaysia.

Difahamkan penahanan mereka akan membuka kepada pembongkaran pembelian dan penjualan kereta mewah di Langkawi serta sindiket yang cuba mengelakkan cukai lain bernilai berjuta-juta ringgit.





Ketiga-tiga mereka yang berusia dalam lingkungan 30 dan 40 tahun ditahan di pulau peranginan itu petang kelmarin.

Isteri kepada pasangan berkenaan merupakan pengurus bank.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali mengesahkan penahanan tiga individu terbabit.

"Ya, kami ada menahan tiga orang semalam (kelmarin). Siasatan sedang dijalankan," katanya, namun enggan mengulas lanjut.

Difahamkan wanita berkenaan membeli sebuah kereta mewah manakala suaminya bersubahat dalam pembelian dan penjualan semula kereta bernilai RM500,000.

Kereta itu dibeli menggunakan nama wanita berkenaan telah dijelaskan duti eksais dan kononnya didaftarkan di Langkawi.

Ia dibeli pada harga RM300,000 dan dijual semula dalam tempoh tiga bulan pada harga RM500,000.

Selain tidak membayar duti eksais, dokumen K1 Kastam yang digunakan juga telah dipalsukan.

Ketiga-tiga mereka dijangka akan didakwa dalam waktu terdekat.

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved