ads

Selasa, 22 Oktober 2013

02 di sungai petani - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di sungai petani - Google Blog Search


Peminat <b>Di Sungai Petani</b> Serbu Zon Ceria Suria FM | SelebritiOnline

Posted: 30 Sep 2013 10:31 PM PDT

1 October 2013 | cipot redz | Hiburan.  

Bersama sebahagian pendengar yang hadir

Seawal jam 7 malam, perkarangan D'King Mee Udang & Ikan Bakar Power sudah dipenuhi dengan orang ramai. Kawasan letak kenderaan telah penuh dan kawasan tepi jalan juga sesak. Semuanya kerana Zon Ceria Suria FM yang telah berlangsung pada Sabtu, 28 September yang lalu di Sungai Petani. Terima kasih kepada hampir 1200 warga Kedah, Pulau Pinang dan Perlis kerana sudi hadir memeriahkan acara kami.

Pendengar dengan Mee Udang mereka

600 pinggan Mee Udang habis licin dah telah ditambah menjadi 1200 pinggan untuk semua pendengar kami! Dengan penampilan istimewa penyampai Suria FM iaitu Halim Othman, Linda Onn, Reza Mohamed, Seri Nordin, DJ Lin dan juga JJ, ia menambah kehangatan malam Zon Ceria Suria FM di Sungai Petani. Selari dengan kempen Suria Bayarkan di Suria FM yang bermula 2 September hingga 27 September lalu, kami telah menerima keseluruhan 7562 jumlah bil dari para pendengar dan RM50,000 telah dibelanjakan untuk menjelaskan bil-bil pendengar kami.Jutaan terima kasih juga buat pendengar di Lembah Klang yang telah hadir ke Zon Ceria Suria FM di Zam Zam Café & Satay Club pada 16 September dan lokasi kedua kami iaitu di Nasi Dagang Kak Pah, Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 21 September yang lalu. Zon Ceria Suria FM adalah salah satu cara untuk kami menghargai sokongan anda dan mendekatkan penyampai Suria FM kepada anda.

Penyampai Suria FM

Menurut Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin, "Kami amat terharu dengan kehadiran pendengar di Sungai Petani. Terima kasih kepada semua pendengar dan juga kepada En. Zidi, pegusaha D'king Mee Udang Banjir & Ikan Bakar Power atas sokongan yang berterusan terhadap Suria FM. Harapan kami agar acara ini akan diadakan lagi pada masa akan datang dan Suria FM terus menceriakan dunia semua pendengar".Kemeriahan Zon Ceria_1

Teruskan sokongan anda bersama Suria FM dan terus melayari www.suriafm.com.my untuk sebarang maklumat terkini. Jangan lupa untuk like kami di Facebook serta follow kami di Twitter, @suriafmradio. Suria FM, Menceriakan Duniamu!

02 di kubang pasu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kubang pasu - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di kubang pasu</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Oct 2013 01:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jawatan Kosong <b>di</b> Maktab Rendah Sains Mara <b>Kubang Pasu</b> <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2013 05:48 PM PDT

Logo-MRSM

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) is a group of boarding schools created by the People's Trust Council (Malay: Majlis Amanah Rakyat, commonly abbreviated as MARA), a Malaysian government agency. The institution provides learning facilities for bright students in local schools throughout Malaysia.

Job Vacancies at Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kubang Pasu :

1. Guru Senireka DC41
2. Guru Sejarah DC41

Closing Date : 15 October 2013

CLICK HERE FOR JOB APPLICATION AND HOW TO APPLY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... " ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

02 di kodiang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kodiang - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Oct 2013 01:08 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Sep 2013 01:30 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Taiko kongsi gelap bantu sekolah agama <b>di</b> Kedah,mohon balasan <b>...</b>

Posted: 20 Sep 2013 10:03 PM PDT

KUALA NERANG - Disebabkan keinginan mendalam mereka untuk mendapatkan ganjaran syurga, tiga individu yang dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap, memberi sumbangan RM2,000 masing-masing kepada beberapa maahad tahfiz di sekitar Kodiang dengan harapan menebus dosa yang mereka lakukan masa lampau.

Kisah menarik itu disampaikan oleh Husam Baderuddin, anak Mufti Kedah, di pekarangan Maahad Tahfiz Ar-Riadah, Kodiang, beberapa hari selepas umat Islam menyambut Aidilfitri.

Beliau berkata, kejadian itu bermula apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux menghampirinya dan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an memperkenalkan diri sebagai anggota kumpulan kongsi gelap.

Dua lagi hanya menanti di dalam kenderaan itu.

Beliau berkata, sebaik sahaja mendengar perkataan kongsi gelap, beliau berasa gerun dan ketika itu hanya berserah kepada ALLAH tentang perkara tidak diingini yang mungkin berlaku ke atas dirinya.

Sebaliknya, dia menjadi hairan apabila lelaki itu menyatakan hasrat mereka bertiga hendak menyumbang wang kepada maahad tahfiz itu untuk menebus dosa yang mereka telah lakukan dan dan bagi mendapatkan syurga sebagai ganti.

Katanya, lelaki itu membuat pengakuan mereka banyak kekurangan dalam amal ibadat, termasuk gagal menunaikan solat lima waktu dan mengambil jalan mudah untuk mendapat ganjaran syurga.

Tidak jahil agama

Husam berkata, daripada percakapannya, beliau percaya lelaki yang menemuinya itu tidak menggambarkan seorang yang jahil dari segi agama, dan mempunyai kesedaran berkaitan agama sehingga sanggup berbuat demikian untuk mendapatkan pahala.

"Saya diberitahu bahawa mereka (bertiga) berasal dari Changloon dan dibesarkan di situ selama 10 tahun, sebelum berpindah ke Thailand lebih 30 tahun. Selain aktiviti kongsi gelap, lelaki itu turut menjalankan perniagaan menjual tayar di negara jiran.

"Lelaki itu memberitahu bahawa wang itu adalah sebagai sumbangan atau infak kepada maahad tahfiz.

"Katanya, wang yang hendak disumbangkan itu adalah hasil keuntungan daripada penjualan tayar dan bukan wang daripada aktiviti kongsi gelap," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau, yang juga Yang Dipertua Yayasan Ar-Riadah berkata, tindakan lelaki itu menyumbang kepada maahad tahfiz di Kodiang itu bersama rakan-rakannya, bukan perkara baru.

Mereka sering memberi sumbangan kepada beberapa maahad tahfiz di tempat lain setiap bulan ketika keluar dari Thailand.

Bagaimanapun, beliau terkejut dan tergamam apabila lelaki itu mengeluarkan sepucuk pistol secara tiba-tiba dari jaketnya.

"Waktu itu saya sudah pun setuju untuk menerima sumbangan itu. Tetapi, saya jadi terkejut apabila dia keluarkan sepucuk pistol dan letakkan di atas meja.

"Saya bertanyakan kepada dia, untuk apa dia keluarkan pistol. Dia kata, dia sebenarnya, ingin keluarkan wang yang disimpan dalam poket yang sama," katanya.

"Dia tidak mengancam saya. Dia bercakap baik-baik sahaja. Cuma saya yang terkejut apabila dia keluarkan pistol secara tiba-tiba.

"Mana tidaknya. Selalunya saya hanya tengok pistol dalam televisyen, tetapi masa itu saya melihat pistol dengan mata kepala sendiri. Memang menggerunkan," katanya.


Tidak bunuh orang awam

Husam berkata, beliau mengambil peluang dalam pertemuan kira-kira 30 minit itu untuk bertanya beberapa perkara kepada lelaki itu, termasuk berkaitan aktiviti kumpulan kongsi gelap yang semakin hangat diperkatakan di akhir-akhir ini.

"Dia memberitahu bahawa kebanyakan kes pembunuhan yang berlaku adalah melibatkan sesama ahli kumpulan kongsi gelap dan bukan orang awam. Ia berlaku disebabkan oleh perasaan marah, dendam, dengki dan sebagainya.

"Meskipun menyertai kumpulan itu, dia mendakwa dia tidak pernah membunuh orang. Dia mungkin menyimpan senjata api itu untuk keselamatan diri sendiri sahaja," katanya.

Dalam perbualan itu, lelaki itu memberitahunya, bahawa pembunuh upahan yang berjaya membunuh seorang individu yang dikehendaki akan menerima upah antara RM500 dan RM1,500.

"Saya amat terkejut dengan kenyataan ini. Rupanya beginilah nilainya harga manusia sekarang, sedangkan kerajaan meletakkan begitu banyak papan tanda (di tepi jalan raya) supaya rakyat menghargai nyawa masing-masing," katanya.

Berdasarkan peristiwa tiga anggota kongsi gelap yang dilihatnya itu, Husam menasihatkan masyarakat supaya tidak menilai seseorang itu dari segi zahir semata-mata.

Beliau menyebut sabda Nabi SAW, yang bermaksud: "ALLAH tidak pandang gambaran luaran kamu, ALLAH pandang hati kamu".

"Jadi, jangan menilai dia dan anggota geng yang lain dengan gambaran buruk. Memang secara fahaman kita, mereka ini adalah samseng dan sebagainya. Mereka juga manusia yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Setiap anak Adam ada salahnya.

"Cuma kita mendoakan agar mereka ini kembali ke jalan sebenar. Kesedaran mereka mengenai agama itu ada. Mereka juga manusia seperti kita," katanya.

DUNIA ITU: 63 rumah <b>di Kodiang</b> rosak akibat ribut

Posted: 02 Apr 2013 02:44 AM PDT

Pelatih Giatmara membantu mengalihkan zink yang rosak di Kampung Paya Pida 1. - Foto Shahrizal Md Noor/bh]


 JITRA - Sebanyak 63 rumah di tiga kampung di Kodiang dekat sini rosak teruk terutama di bahagian bumbung selepas dilanda ribut petang semalam.

Kejadian kira-kira 6 petang itu melibatkan 45 rumah di Kampung Paya Pida Satu, 13 di Kampung Pida Empat dan lima di Kampung Kandis dengan jumlah kerugian keseluruhan hampir RM1 juta.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dalam kejadian itu.

Seorang mangsa kejadian itu, Habsah Ahmad, 69, dari Kampung Paya Pida Satu berkata ketika kejadian, dia bersama tiga anak dan menantu serta tiga cucunya berusia antara tiga bulan dan lima tahun berada di rumah.

Katanya dia yang terdengar bunyi deruman angin kencang sehingga bumbung rumahnya diterbangkan angin melarikan diri dengan menaiki kereta milik anaknya bersama keluarganya untuk mencari tempat selamat.

"Masa tu makcik lihat zink terbang. Makcik jadi takut dan bawa cucu berusia lima tahun selamatkan diri. Makcik syukur semua anggota keluarga makcik termasuk cucu berusia tiga bulan selamat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Abdullah Awang, 68, dari Kampung Paya Pida Satu berkata dia kerugian kira-kira RM100,000 setelah bumbung rumahnya serta barangan elektrik di dalam rumahnya rosak.

Dia yang menceritakan detik-detik cemas kepada pemberita bersama isterinya Hasma Hussin, 64, berkata kejadian berlaku dengan pantas sehingga tidak sempat untuk menyelamatkan barangan berharga.

Katanya dia bersama isteri cuba keluar rumah dan melihat bumbung rumah terbang seperti burung dan masuk semula ke dalam rumah sehingga keadaan kembali normal.

"Saya hanya mampu melaungkan azan sahaja. Kami cuba nak selamatkan diri dengan keluar rumah dan bila lihat zink berterbangan kami masuk semula ke dalam rumah. Bila angin dah habis saya lihat semua bumbung rumah saya dan jiran habis (diterbangkan)," katanya.

Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang turun padang melawat mangsa kejadian turut menyalurkan bantuan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi meringankan beban yang dialami mereka.

Mukhriz berkata buat sementara ini anggota keluarga yang terlibat ditempatkan di tiga pusat penempatan termasuk di Dewan Orang Ramai Batu 1 sebelum bantuan susulan daripada kerajaan pusat untuk memperbaiki rumah dibuat dalam tempoh terdekat.

"Ada antara anggota keluarga mereka tinggal di rumah bagi menjaga keselamatan barangan di dalam rumah. Kita juga minta anggota Rela menjaga kawasan rumah yang rosak," katanya. - Bernama

2 Apr 2013

kopiahkait [order kopiah bernama <b>di</b> sini]: bobo dan epy <b>kodiang</b> ;-)

Posted: 16 May 2013 08:22 AM PDT

 bobo & toke MIG david teo
amboi-amboi, sejak sain contract dengan MIG makin menjadi yer ko Bobo

DUNIA ITU: 63 rumah <b>di Kodiang</b> rosak akibat ribut

Posted: 02 Apr 2013 02:44 AM PDT

Pelatih Giatmara membantu mengalihkan zink yang rosak di Kampung Paya Pida 1. - Foto Shahrizal Md Noor/bh]


 JITRA - Sebanyak 63 rumah di tiga kampung di Kodiang dekat sini rosak teruk terutama di bahagian bumbung selepas dilanda ribut petang semalam.

Kejadian kira-kira 6 petang itu melibatkan 45 rumah di Kampung Paya Pida Satu, 13 di Kampung Pida Empat dan lima di Kampung Kandis dengan jumlah kerugian keseluruhan hampir RM1 juta.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dalam kejadian itu.

Seorang mangsa kejadian itu, Habsah Ahmad, 69, dari Kampung Paya Pida Satu berkata ketika kejadian, dia bersama tiga anak dan menantu serta tiga cucunya berusia antara tiga bulan dan lima tahun berada di rumah.

Katanya dia yang terdengar bunyi deruman angin kencang sehingga bumbung rumahnya diterbangkan angin melarikan diri dengan menaiki kereta milik anaknya bersama keluarganya untuk mencari tempat selamat.

"Masa tu makcik lihat zink terbang. Makcik jadi takut dan bawa cucu berusia lima tahun selamatkan diri. Makcik syukur semua anggota keluarga makcik termasuk cucu berusia tiga bulan selamat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Abdullah Awang, 68, dari Kampung Paya Pida Satu berkata dia kerugian kira-kira RM100,000 setelah bumbung rumahnya serta barangan elektrik di dalam rumahnya rosak.

Dia yang menceritakan detik-detik cemas kepada pemberita bersama isterinya Hasma Hussin, 64, berkata kejadian berlaku dengan pantas sehingga tidak sempat untuk menyelamatkan barangan berharga.

Katanya dia bersama isteri cuba keluar rumah dan melihat bumbung rumah terbang seperti burung dan masuk semula ke dalam rumah sehingga keadaan kembali normal.

"Saya hanya mampu melaungkan azan sahaja. Kami cuba nak selamatkan diri dengan keluar rumah dan bila lihat zink berterbangan kami masuk semula ke dalam rumah. Bila angin dah habis saya lihat semua bumbung rumah saya dan jiran habis (diterbangkan)," katanya.

Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang turun padang melawat mangsa kejadian turut menyalurkan bantuan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi meringankan beban yang dialami mereka.

Mukhriz berkata buat sementara ini anggota keluarga yang terlibat ditempatkan di tiga pusat penempatan termasuk di Dewan Orang Ramai Batu 1 sebelum bantuan susulan daripada kerajaan pusat untuk memperbaiki rumah dibuat dalam tempoh terdekat.

"Ada antara anggota keluarga mereka tinggal di rumah bagi menjaga keselamatan barangan di dalam rumah. Kita juga minta anggota Rela menjaga kawasan rumah yang rosak," katanya. - Bernama

2 Apr 2013

02 di kuala kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kuala kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di kuala kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Oct 2013 12:07 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :- di kuala kedah - Google Blog Search

Lebih 80 Rumah Rosak Akibat Ribut <b>Di Kuala Kedah</b> - MyNewsHub

Posted: 11 Apr 2013 08:46 PM PDT


ALOR SETAR – Sekurang- kurangnya 80 rumah di Kuala Kedah dekat sini rosak teruk terutama pada bahagian bumbung susulan kejadian ribut yang berlaku petang Khamis.

Dalam kejadian pukul 5 petang yang membabitkan kawasan berhampiran laut itu, banyak rumah kehilangan bumbung akibat diterbangkan angin kuat yang beserta hujan lebat.

Penyelaras Parlimen Kuala Kedah Syed Zainuzman Syed Yahaya berkata kawasan paling teruk terjejas ialah di Pengkalan Kundor kerana membabitkan rumah kampung.

"MKN (Majlis Keselamatan Negara) akan datang hari ini untuk membuat penilaian. Ketika ini kami masih tak dapat jumlah sebenar tetapi berdasarkan lawatan saya ke kawasan terbabit setakat ini dah lebih 80 rumah terjejas," katanya ketika ditemui pemberita di Taman Sayang, dekat sini Jumaat.

Sementara itu, Naib Ketua Umno Kuala Kedah Datuk Abdul Muthalib Harun berkata pihaknya akan memberi bantuan segera terutama di Taman Sayang yang melibatkan lima buah rumah dan sebuah surau.

"Saya nasihatkan mangsa-mangsa supaya membuat laporan polis supaya anggaran kerugian dapat dibuat segera," katanya. – BERNAMA

Lebih 80 Rumah Rosak Akibat Ribut Di Kuala Kedahhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/Rumah-Rosak-Akibat-Ribut-1024x680.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/Rumah-Rosak-Akibat-Ribut-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

ALOR SETAR - Sekurang- kurangnya 80 rumah di Kuala Kedah dekat sini rosak teruk terutama pada bahagian bumbung susulan kejadian ribut yang berlaku petang Khamis. Dalam kejadian pukul 5 petang yang membabitkan kawasan berhampiran laut itu, banyak rumah kehilangan bumbung akibat diterbangkan angin kuat yang beserta hujan lebat. Penyelaras Parlimen Kuala...

<p style="text-align: justify;">ALOR SETAR - Sekurang- kurangnya 80 rumah di Kuala Kedah dekat sini rosak teruk terutama pada bahagian bumbung susulan kejadian ribut yang berlaku petang Khamis.</p> <p style="text-align: justify;">Dalam kejadian pukul 5 petang yang membabitkan kawasan berhampiran laut itu, banyak rumah kehilangan bumbung akibat diterbangkan angin kuat yang beserta hujan lebat.</p> <p style="text-align: justify;">Penyelaras Parlimen Kuala Kedah Syed Zainuzman Syed Yahaya berkata kawasan paling teruk terjejas ialah di Pengkalan Kundor kerana membabitkan rumah kampung.</p> <p style="text-align: justify;">"MKN (Majlis Keselamatan Negara) akan datang hari ini untuk membuat penilaian. Ketika ini kami masih tak dapat jumlah sebenar tetapi berdasarkan lawatan saya ke kawasan terbabit setakat ini dah lebih 80 rumah terjejas," katanya ketika ditemui pemberita di Taman Sayang, dekat sini Jumaat.</p> <p style="text-align: justify;">Sementara itu, Naib Ketua Umno Kuala Kedah Datuk Abdul Muthalib Harun berkata pihaknya akan memberi bantuan segera terutama di Taman Sayang yang melibatkan lima buah rumah dan sebuah surau.</p> <p style="text-align: justify;">"Saya nasihatkan mangsa-mangsa supaya membuat laporan polis supaya anggaran kerugian dapat dibuat segera," katanya. - BERNAMA</p>

02 di baling - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di baling - Google Blog Search


banjir terburuk <b>di baling</b>..pasai balak atau bala? mukriz <b>...</b> - Kedahkini

Posted: 20 Oct 2013 03:26 AM PDT


Dulu banjir hangpa bising pasai balak tebang ikut suka.....sekarang banjir lagi besar pasai apa? kan haritu kata balak dah tak tebang dah semenjak UMNO menang.....Hangpa fikiaq sendiri puncanya....

BALING- "Arus terlalu deras saya tak boleh teruskan memandu, kalau tidak tak tahu la apa akan jadi pada penumpang dan diri saya," kata Jamaludin Jasin,52, pemandu bas yang terperangkap bersama 20 penumpang dalam kejadian banjir di Kampung Binjul Luar, tadi.

Menurutnya, paras air yang tinggi dan deras memaksanya untuk tidak mengambil sebarang tindakan tindakan melulu.

"Saya hanya mampu hubungi pasukan penyelamat untuk menyelamatkan kami. Ada penumpang yang menjerit, menangis. Saya hanya mampu suruh mereka sabar dan berdoa," katanya.

Katanya, dia tidak menyangka basnya itu akan terkandas kerana tidak pernah berhadapan situasi itu sebelum ini.

"Memang kawasan ini selalu banjir, tapi belum lagi la terkandas, disebabkan itu, saya tak buat keputusan melulu, takut jadi sebarang tidak dingini. Tambahan pulak, ada bahagian tayar yang terjerumus dalam lopak.

"Jadi, kedudukan bas sedikit menyenget, disebabkan itu, ramai yang cemas," katanya.

Salah seorang penumpang, Rubiah Mahmud,29, berkata, dua anaknya yang berusia setahun dan lima tahun asyik menangis berikutan takut dengan kejadian itu.

"Tambahan pula melihat keadaan sekeliling yang penuh dengan air, mereka semakin takut. Tapi, bila dapat tahu pasukan penyelamat dalam perjalanan, suasana semakin tenang," katanya yang berasal dari Kampung Bendang Pecah.

Kaanya, kejadian itu merupakan yang pertama kali dalam hidupnya dan sememangnya bimbang sekiranya bas itu dihanyutkan arus deras.

Seorang lagi penumpang, Norshahira Syamsudin,22 berkata, dia sama sekali tidak menyangka akan berhadapan kejadian itu.

"Selalu tengok orang terkandas dalam banjir, tapi saya tak pernah rasa sendiri. Memang takut, tambahan air yang deras, siapa pun tak berani turun, hanya boleh lambai tangan minta tolong.

"Tapi penduduk tak ada bot, mereka hanya boleh tengok sahaja, bila bomba datang, baru rasa selamat," katanya pelajar Universti Teknologi Mara(UiTM) Merbok ini.

Kawasan Kampung Binjul merupakan kawasan yang sering dilanda banjir, bagaimanapun banjir kali ini merupakan yang terburuk.

Setakat ini, dilaporkan lebih kurang 15 buah rumah terlibat dalam kejadian ini yang turut melibatkan kerosakan harta benda.


Polis Tahan &#39;Datuk&#39; Larikan 4 Pelajar Ke Hutan <b>Di Baling</b>

Posted: 17 Oct 2013 01:03 AM PDT

  
Thursday, 17 October 2013 16:03

BALING: Polis berjaya menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes empat pelajar yang dilaporkan hilang selepas dibawa memasuki kawasan hutan di Bukit Wang Kerbau berhampiran kaki Gunung Inas di sini pada petang Selasa lalu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling, ASP Nazir Osman berkata, mengesahkan lelaki berusia 38 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari di rumahnya hari ini.

Akhbar ini hari ini melaporkan empat pelajar hilang selepas dibawa oleh seorang lelaki bergelar 'Datuk' memasuki kawasan hutan di Bukit Wang Kerbau berhampiran kaki Gunung Inas di sini kelmarin, ditemui dalam keadaan selamat malam tadi.

Mangsa iaitu Mohd. Hafiz Ridzuan, 14, Ainaa Nadia Mat Dahari, 14, Ahmad Mohamad Mat Dahari, 11, dan Rohaizat Jamaluddin, 10, ditemui dalam keadaan selamat di Lata Lubuk Buluh pada pukul 7.30 malam iaitu kira-kira enam kilometer dari kaki gunung tersebut.

-Utusan Online

02 di pendang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di pendang - Google Blog Search


VIDEO Khutbah syiah <b>di Pendang</b> Kedah tersebar? | Terengganu <b>...</b>

Posted: 13 Aug 2013 05:16 PM PDT

Kejadian ini berlaku di salah sebuah Masjid di Pendang..

Kandungan video menunjukkan seorang Khatib sedang membaca Khutbah Jumaat dan diakhir khutbah tersebut, beberapa orang bangun menerpa khatib dan beberapa orang jemaah lagi sedang menunggu Khatib dibelakang mimbar datang mencium khatib tersebut setelah selesai membaca khutbah..

Pendang merupakan pusat Syiah terbesar di Kedah dimana daerah Pendang menjadi tempat untuk merekrut ahli ahli baru untuk menganut ajaran sesat Syiah..

Dengan tersebarnya video ini, saya mohon pihak bertanggungjawab jalankan siasatan kerana perbuatan ini mencemarkan Islam -AfiqKLtown-

Credit to Team Media Kedah

syiah di kedah

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved