Rabu, 30 Oktober 2013

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


Tumpu Transformasi Modal Insan, Pastikan <b>Kedah</b> Setanding <b>...</b>

Posted: 26 Oct 2013 12:36 AM PDT

Mukhriz-Mahathir

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata tumpuan kerajaan negeri pada masa ini adalah usaha ke arah transformasi modal insan meliputi pembangunan sosial rakyat negeri itu.

Ini bagi memastikan pembangunan di negeri Jelapang Padi setanding dengan negeri-negeri lain, kata Mukhriz dalam ucapan aluan pada majlis perjumpaan Timbalan Perdana Menteri bersama waris murid dan warga pendidikan daerah Kuala Muda dan Yan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau di Yan, Sabtu.

Beliau berkata usaha ini penting untuk memberi keselesaan kepada rakyat dalam menjalani kehidupan berdaya saing.

"Modal insan yang kita hendak hasilkan adalah yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mampu menyelesaikan masalah, boleh mencipta peluang baharu serta mempunyai daya tahan menghadapi persekitaran yang berubah-ubah," katanya.

Selaras dengan matlamat tersebut, kerajaan negeri turut memberi tumpuan khusus untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negeri itu, katanya.

Beliau berkata Kedah juga sedang berusaha mengembangkan teknologi komunikasi kepada ibu bapa agar mereka dapat bergerak seiring dengan perkembangan anak masing-masing.

Untuk itu, Mukhriz turut mengajak rakyat negeri Kedah bekerjasama dengan pentadbiran kerajaan negeri dalam usaha menggerak transformasi ke arah meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional negeri yakin perubahan itu boleh bermula di kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Limau. –

- BERNAMA

02 di kubang pasu - Google Blog Search

di kubang pasu - Google Blog Search

02 di kubang pasu - Google Blog Search


Johari Optimis BN Dapat Pertahan <b>Kubang Pasu</b> - myNewshub

Posted: 26 Apr 2013 10:41 PM PDT


JITRA – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Pokok Sena Datuk Mohd Johari Baharom merasa optimis BN mampu mempertahankan kerusi kawasan tersebut.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata berdasarkan sokongan yang ditunjukkan setiap kali beliau turun padang bertemu rakyat, beliau yakin usaha membangunkan kawasan itu selama ini tidak sia-sia.

"Sepanjang tempoh berkempen, saya telah turun melawat ke semua Pusat Daerah Mengundi dalam Parlimen Kubang Pasu dan gelombang yang dirasai meyakinkan saya BN akan terus bertahan di sini kerana ini adalah kubu kuat BN," katanya kepada Bernama.

Beliau yang akan bertanding buat kali ketiga di Kubang Pasu berkata sokongan masyarakat lain seperti Siam dan India juga sangat menggalakkan kerana kebanyakkan keperluan serta janji demi kesejahteraan mereka berjaya ditunaikan pemimpin BN.

"Contohnya tempat pembakaran mayat masyarakat Siam telah diadakan di sini dan kita juga melihat keperluan ain seperti membaik pulih dan naik taraf kuil Hindu," kata Mohd Johari.- Bernama

Johari Optimis BN Dapat Pertahan Kubang Pasuhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/Datuk-Mohd-Johari-Baharom.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/Datuk-Mohd-Johari-Baharom-150x150.jpgMyNewsHub Pilihan Raya Umum Ke 13Terkini

JITRA - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Pokok Sena Datuk Mohd Johari Baharom merasa optimis BN mampu mempertahankan kerusi kawasan tersebut. Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata berdasarkan sokongan yang ditunjukkan setiap kali beliau turun padang bertemu rakyat, beliau yakin usaha membangunkan kawasan...

JITRA - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Pokok Sena Datuk Mohd Johari Baharom merasa optimis BN mampu mempertahankan kerusi kawasan tersebut. Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata berdasarkan sokongan yang ditunjukkan setiap kali beliau turun padang bertemu rakyat, beliau yakin usaha membangunkan kawasan itu selama ini tidak sia-sia. "Sepanjang tempoh berkempen, saya telah turun melawat ke semua Pusat Daerah Mengundi dalam Parlimen Kubang Pasu dan gelombang yang dirasai meyakinkan saya BN akan terus bertahan di sini kerana ini adalah kubu kuat BN," katanya kepada Bernama. Beliau yang akan bertanding buat kali ketiga di Kubang Pasu berkata sokongan masyarakat lain seperti Siam dan India juga sangat menggalakkan kerana kebanyakkan keperluan serta janji demi kesejahteraan mereka berjaya ditunaikan pemimpin BN. "Contohnya tempat pembakaran mayat masyarakat Siam telah diadakan di sini dan kita juga melihat keperluan ain seperti membaik pulih dan naik taraf kuil Hindu," kata Mohd Johari.- Bernama