Ahad, 3 November 2013

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


Majlis tahlil anjuran RELA <b>Negeri Kedah di</b> Sg. Kering | Portal Berita <b>...</b>

Posted: 29 Oct 2013 09:42 PM PDT

RELA Negeri Kedah telah menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil bersama pengundi RELA dan masyarakat setempat yang diadakan di Masjid Sungai Kering. Seramai 300 orang telah hadir yang terdiri daripada anggota RELA Sungai Limau dan penduduk sekitarnya. Majlis tahlil ini telah diketuai oleh Ust Tn Sheikh Hj Mutalib bin Bashah, Iman masjid Sungai Kering yang turut diiringi oleh Y.Bhg Dato' Mustafa Bin Ibrahim ,Ketua Pengarah RELA Malaysia. Majlis di akhiri dengan jamuan makan selepas selesai solat isyak.Picture 169Picture 154

02 di kuala kedah - Google Blog Search

02 di kuala kedah - Google Blog Search


ZAKRI ALI: Nelayan mogok <b>di Kuala Kedah</b>....??

Posted: 03 Nov 2013 01:00 AM PST

Nelayan mogok di Kuala Kedah. 
176 buah bot Zon B (menangkap ikan 5 batu nautika dari pantai) di Kuala Kedah telah dilabuhkan sejak 1 November semalam. Ini merupakan 100% dari bot Zon B di Kuala Kedah. Nelayan-nelayan terlibat saya temui di kedai kopi di Pekan Kuala Kedah,seperti dalam gambar.Saya difahamkan di Tanjong Dawai juga 100% bot Zon B nya juga tidak keluar menangkap ikan (45 bot).Ini tentu akan menyebabkan bekalan ikan berkurangan dengan teruknya dan harga ikan melambung tinggi,membebankan semua rakyat.
Pokok masalahnya adalah 2 peraturan yang dikuatkuasakan oleh pihak berwajib mulai 1 November 2013:
1) masalah terbesar adalah saiz lubang pukat yang diperbesarkan;dari 25 mm ke 38 mm.Sementara pukat juga dipendekkan dan diperkecilkan dengan ukuran tertentu.
2)bot Zon B tidak dibenarkan samasekali menggunakan khidmat warga asing.Bot Zon C,12 batu nautika atau lebih saja dibenarkan menggunakan krew warga asing.
Pihak nelayan berhujah bahawa saiz lubang pukat yang lebih besar ini akan menyebabkan ikan-ikan kecil yang biasanya ditangkap untuk menjadi baja ikan seperti ketang akan terlepas.Ikan begini merupakan pendapatan penting bot-bot ini juga.Mereka mengatakan ada bot yang telah mencuba menangkap ikan dengan pukat spesifikasi baru ini dan akhirnya rugi.
Mengenai menggunakan warga asing pula,mereka berhujah bahawa adalah amat sukar mendapatkan orang tempatan bekerja di bot mereka kerana terlalu banyak lesen diberikan untuk bot-bot kecil menyebabkan nelayan tempatan habis bekerja di bot kecil masing-masing.
Soalan telah dibuat di Parlimen berkenaan masalah ini namun saya belum melihat jawpan dari Menteri yang berkenaan.Bagaimanapun kita boleh mengagak sebab penguatkuasaan spesifikasi baru pukat itu adalah untuk menjaga supaya benih ikan jangan pupus,supaya hanya ikan yang besar yang telah membenihkan anak-anak ikan saja ditangkap. 
Tentang warga asing bekerja di atas bot itu,memang harapan kita semua semoga pergantungan pada warga asing dikurangkan di semua sektor,atas berbagai sebab yang telah diketahui umum.
Soalnya ialah apa yang boleh kita lakukan,apa langkah-langkah yang boleh kita ambil supaya muncul situasi menang-menang dalam menangani masalah ini.Kita juga mahu stok ikan dan hasil laut kita sentiasa terpelihara.Dibuka untuk perbahasan. .... 176 buah bot Zon B (menangkap ikan 5 batu nautika dari pantai) di Kuala Kedah telah dilabuhkan sejak 1 November semalam.

Ini merupakan 100% dari bot Zon B di Kuala Kedah. Nelayan-nelayan terlibat saya temui di kedai kopi di Pekan Kuala Kedah,seperti dalam gambar.

Saya difahamkan di Tanjong Dawai juga 100% bot Zon B nya juga tidak keluar menangkap ikan (45 bot).Ini tentu akan menyebabkan bekalan ikan berkurangan dengan teruknya dan harga ikan melambung tinggi,membebankan semua rakyat.

Pokok masalahnya adalah 2 peraturan yang dikuatkuasakan oleh pihak berwajib mulai 1 November 2013:
1) masalah terbesar adalah saiz lubang pukat yang diperbesarkan;dari 25 mm ke 38 mm.Sementara pukat juga dipendekkan dan diperkecilkan dengan ukuran tertentu.


2)bot Zon B tidak dibenarkan samasekali menggunakan khidmat warga asing.Bot Zon C,12 batu nautika atau lebih saja dibenarkan menggunakan krew warga asing.


Pihak nelayan berhujah bahawa saiz lubang pukat yang lebih besar ini akan menyebabkan ikan-ikan kecil yang biasanya ditangkap untuk menjadi baja ikan seperti ketang akan terlepas.Ikan begini merupakan pendapatan penting bot-bot ini juga.

Mereka mengatakan ada bot yang telah mencuba menangkap ikan dengan pukat spesifikasi baru ini dan akhirnya rugi.

Mengenai menggunakan warga asing pula,mereka berhujah bahawa adalah amat sukar mendapatkan orang tempatan bekerja di bot mereka kerana terlalu banyak lesen diberikan untuk bot-bot kecil menyebabkan nelayan tempatan habis bekerja di bot kecil masing-masing.


Soalan telah dibuat di Parlimen berkenaan masalah ini namun saya belum melihat jawpan dari Menteri yang berkenaan.Bagaimanapun kita boleh mengagak sebab penguatkuasaan spesifikasi baru pukat itu adalah untuk menjaga supaya benih ikan jangan pupus,supaya hanya ikan yang besar yang telah membenihkan anak-anak ikan saja ditangkap. 


Tentang warga asing bekerja di atas bot itu,memang harapan kita semua semoga pergantungan pada warga asing dikurangkan di semua sektor,atas berbagai sebab yang telah diketahui umum.


Soalnya ialah apa yang boleh kita lakukan,apa langkah-langkah yang boleh kita ambil supaya muncul situasi menang-menang dalam menangani masalah ini.Kita juga mahu stok ikan dan hasil laut kita sentiasa terpelihara.Dibuka untuk perbahasan. ....

02 di padang terap - Google Blog Search

02 di padang terap - Google Blog Search


Calon-calon yang bakal mengemudi UMNO Bahagian <b>Padang Terap</b>

Posted: 21 Sep 2013 10:02 AM PDT


Calon-calon yang bakal mengemudi UMNO Bahagian Padang Terap

Ketua UMNO Bahagian Padang Terap 
1. Dato Seri Mahawangsa Dato' Seri Diraja Haji Mahadzir Khalid (menang tanpa bertanding)

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap 
1. Dato Paduka Haji Ghazali Ibrahim
2. Cikgu Zuhdi

Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap 
1. Haji Badrol Hisham bin Hashim
2. Dato Syed Sobri

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Padang Terap 
1. Ismail Ibrahim
2. Suhaimi Mmpt

Naib Ketua Pemuda UMNO Padang Terap 
1. Mohamad Nizam Wahab
2. Mohd Shuhaimi Abu

Ketua Puteri UMNO Padang Terap 
1. Suraya Md Isa
2. Zurina Zakaria

Naib Ketua Puteri UMNO Padang Terap 
1. Azlida Kirana (menang tanpa bertanding)

Ketua Wanita UMNO Padang Terap 
1. Arpah Ariffin Pdg Terap
2. Cikgu Zai

Naib Ketua Wanita UMNO Padang Terap 
1. Kama Noriah (menang tanpa bertanding)

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


LAYAN TENGGIRI PUAKA JORAN <b>DI YAN KEDAH</b>

Posted: 04 Oct 2013 08:51 AM PDT

SEKADAR RENUNGAN

"Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah jika berhujah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu"- Imam as Syafie.

Peringatan Kepada Yang Lupa

IBADAH SOLAT JANGAN DIABAIKAN

Rakan-rakan Puakajoran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh " tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib".

Sebagai contoh wajib untuk kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. Tidak perlu beria-ia dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau pelepah sawit dan daun pakis. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau dibimbangi menjadi mangsa buaya, gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.

Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya jelas terlihat najis atau kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak turun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur(selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.

Carilah tempat tinggi dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan solat di tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Boleh juga menggunakan kaedah melihat bintang untuk mencari arah kiblat jika menjoran pada waktu malam. Arus air sungai juga boleh dijadikan pedoman, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apapun asalkan kita yakin.

Jika berada di atas sampan,usahakan untuk naik ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat……..Tokan.

http://puakajoran.blogspot.com/2009/08/ibadah-solat.html

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


Atuk: GUNUNG <b>JERAI</b>, <b>KEDAH</b>

Posted: 26 Aug 2013 07:31 AM PDT

Gunung Jerai terletak dalam  Daerah Yan negeri Kedah Darul Aman.Gunung ini hampir keseluruhannya terletak di kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai yang seluas 8560 hektar. Puncaknya berada pada ketinggian 1217 meter dari aras laut.

 Papan tanda Gunung Jerai yang terletak di kaki gunung bersebelahan lebuhraya Sungai Petani ke Alor Setar

Di belakang batu bersurat ini adalah Terusan Wan Muhammad Saman yang dibina lurus pada waktu malam menggunakan jamung ( api obor) supaya kelihatan lurus sampai ke Alor Setar. Idea ini diperolehi dari hasil lawatan Wan Muhammad Saman ke Siam (Thailand ) ketika beliau menjadi Menteri Besar Kedah dari tahun 1870 hingga 1898.
Jalan menaiki Gunung Jerai

Dari kaki gunung hingga ke puncak jauhnya 13 km. Dengan menaiki kereta, van atau pacuan empat roda kita akan sampai ke puncaknya memakan masa 30 minit kerana jalannya yang curam dan bengkang bengkok.


 Bunga Tiga Bulan subur di sini

 Deretan bunga tiga bulan di puncak Gunung Jerai
 Vriesea juga tumbuh subur dan cantik
Vriesea yang pelbagai warna
Orkid gergasi sudah berbuah

 Orkid gergasi ini dikatakan sebagai orkid paling besar di dunia
 Bunga orkid gergasi



 Resort di puncak gunung
 Tempayan tadahan air dari bumbung resort

 Orkid pinang

 Muzium Perhutanan

 Antara kayu berharga ada di sini  Van pengangkutan boleh disewa untuk ke puncak gunung. Jika berani anda boleh membawa kenderaan sendiri tetapi awas kerana banyak jalan yang curam dan berliku.

 Papan Tanda di puncak gunung
 Kenderaan solar  Sepit ketam (heliconia)

Nyaman dan indah ketika berada di puncak gunung.Suhu di sini di siang hari sekitar 19 darjah Celsius.