Sabtu, 16 November 2013

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


#PRKSGLIMAU Mahfuz Dan Azmi Hina <b>Petani Di Sungai</b> Limau <b>...</b>

Posted: 01 Nov 2013 11:16 PM PDT

November 2, 2013   ·   18 Comments

13917772e87e927fd3b0dafa1419e9bc copy

Tindakan Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar yang cuba menjawab kembali isu kritikan petani berhubung cara dan kaedah yang digunakan oleh parti itu ketika program 'Tok Guru Turun Bentang' tempoh hari akhirnya memakan diri. Dia yang cuba mempertahankan 'aksi' Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menabur benih padi yang disifatkan sebagai 'cara memberi makan ikan' itu, akhirnya ditempelak oleh salah seorang petani semalam.

Bertempat di pusat media Pas, Mahfuz telah mengadakan satu sidang akhbar khas bagi mempertahankan kaedah yang digunakan itu. Dia dengan penuh yakin mengatakan kaedah tersebut turut digunakan oleh golongan petani di Sungai Limau yang disifatkan sebagai teknik orang kampung.

"Satu tabur kering, satu tabur basah dan satu lagi tabur air. Dua hari sebelum itu, dia (tuan punya bendang) sembur racun untuk (bunuh) siput gondang. Lepas dua hari baru kami pi tabuq dan siput gondang akan mati. Ini teknik orang kampung" katanya.

Paling menarik, Mahfuz turut mengatakan laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian sebagai laporan pekak, sedangkan ia secara khusus merujuk kepada kenyataan seorang Pas yang mempertikaikan kaedah tersebut. Atau dalam bahasa mudah, Mahfuz sebenarnya menghina ahli Pas tersebut yang disifatkan sebagai pembohong yang pekak.

Sedangkan rata-rata yang hadir semalam, mengetahui kenyataan Mahfuz itu hanya bertujuan untuk mempertahankan tindakan Hadi yang jelas tidak mengetahui cara dan kaedah sebenar proses penanaman padi. Tidak tahan dengan penipuan Mahfuz itu, petani yang turut hadir itu lantas bangun yang mempertikaikan kenyataan Mahfuz itu.

"Saya ni orang Kedah, besar dalam bendang. Tapi seingat saya, kami tak pernah tabur padi dalam ayaq (air)" katanya.

Terkejut dengan persoalan tersebut, Mahfuz yang merah muka lantas mengatakan kaedah tersebut adalah merupakan cara lama yang tidak mempunyai inovasi.

"Tak pa la, yang tu yang tak ada inovasi. Yang ini generasi baru yang ada inovasi tinggi" balas Mahfuz tersipu-sipu.

Terdahulu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ketika berceramah di Dulang Besar dilihat turut menghina masyarakat Sungai Limau yang dikatakan daif dan miskin. Malah kenyataan itu sengaja diulang beberapa kali sehingga menimbulkan rasa kurang senang penduduk Sungai Limau yang hadir.

Ini kerana umum mengetahui Dun Sungai Limau adalah merupakan kubu kuat pas sejak 5 penggal yang lalu. Malah sepanjang tempoh hampir 20 tahun, BN/Umno tidak pernah berjaya memenangi kawasan tersebut yang sebelum ini di kenali sebagai DUN Sala.

Kesian orang Sungai Limau, bagi mencari simpati pengundi pelbagai gelaran telah diberikan oleh pimpinan pembangkang kepada mereka. Apa pun di doakan semoga Allah membuka pintu hati mereka untuk mengundi BN/umno dalam pilihan raya kecil ini sekali gus menyahut cabaran untuk #BeraniHijrah.

By


02 di gurun kedah - Google Blog Search

02 di gurun kedah - Google Blog Search


izarah homestay d&#39;<b>gurun</b> - <b>gurun kedah</b> - homestayniaga.com

Posted: 06 Nov 2013 05:48 AM PST

 
  HOMESTAY NIAGA .COM
 
 
   
NAMA HOMESTAY IZARAH HOMESTAY D'GURUN
ALAMAT NO 188,TAMAN jERAI 2, JALAN MERANTI 1, GURUN, KEDAH
NEGERI KEDAH
DAERAH / NAMA KAWASAN GURUN
INFO HOMESTAY Menyediakan pakej penginapan yang selesa dan murah.
Lokasi yang strategik. Terletak di Pekan Gurun. Berdekatan Plaza Tol Gurun, Pusat Peranginan Gunung Jerai, dan kawasan perindustrian (PETRONAS, PERWAJA, MODENAS, NAZA, KTM, NAFAS dll)

Dilengkapi perabot, peralatan memasak, bilik berhawa dingin dan parking berbumbung yang luas.

Rumah teres lot tepi sesuai untuk seisi keluarga, pekerja dan untuk urusan majlis perkahwinan, persinggahan, melancong dll.

Menawarkan kadar sewaan secara: HARIAN, MINGGUAN, BULANAN dan TAHUNAN.(Harga boleh dirunding)

Kadar sewaan 150 sehari semalam.

Jika berminat sila hubungi: 0195135873

HARGA SEWA SEHARI 150
HARGA SEWA SEJAM 50
PENYEWA MESTI ISLAM -WARGANEGARA MALAYSIA
NAMA UTK DIHUBUNGI AZIZAH BT JUSOH
NO TEL 0195135873
FACEBOOK azizahjusoh
WEB / BLOG
GAMBAR DSC01582.JPG
 
     
 

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


sejarah : mengapa cuti hujung minggu <b>di</b> kelantan - parlimen81

Posted: 12 Nov 2013 12:21 AM PST

Bila Johor kembali menguna pakai cuti minggu pada hari Jumaat maka ianya hanya mengembalikan semula perlaksanaan cuti mingguan sejak sebelum merdeka di Johor kepada Hari Jumaat . Sejak sebelum merdeka negeri Johor , Perlis , Kedah , Kelantan , Terengganu telah melaksanakan cuti rehat pada hari Jumaat. Tetapi pada 1994 mengikut kehendak Perlis dan Johor telah bertindak menukar hari kelepas am mingguan kepada hari Ahad. 

Jika benar berita yang mengatakan bahawa Johor akan kembali kepada hari kelepasan am minguan kepada hari  Jumaat maka ia adalah berita gembira untuk umat Islam di Johor dan Malaysia amnya . Harap lepas ini Perlis akan kembali juga kepada hari Jumaat.

Minggu Pahang boleh mulakan sebagai negeri tidak bersekutu yang pertama mengambil pendekatan memuliakan hari Jumaat dalam pentadbiran kerajaan dengan menistiharkan cuti mingguan pada hari Jumaat .

SEJARAH : MENGAPA CUTI HUJUNG MINGGU DI KELANTAN, TERENGGANU, KEDAH PADA JUMAAT DAN NEGERI LAIN PULA PADA HARI AHAD?

"Walaupun saya berjaya menyeragamkan waktu, saya tidak dapat mewujudkan cuti hujung minggu yang seragam sepanjang tempoh saya menjadi Perdana Menteri. Sejak zaman British, cuti hujung minggu bagi Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah Jumaat. Pada pendapat saya, ini adalah reaksi kepada penguatkuasaan Ahad sebagai hari rehat di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura serta di empat Negeri Melayu Bersekutu. Orang British sebagai penganut agama Kristian, akan ke gereja setiap Ahad. Dengan sendirinya, Raja-Raja Melayu menganggap cuti hujung minggu sebagai hari cuti, hari untuk beribadat. Disebabkan umat Islam berhimpun bagi menunaikan Solat Jumaat maka Raja-Raja Melayu memilih hari itu sebagai hujung minggu di negeri-negeri mereka dan Khamis menggantikan Sabtu sebagai hari bekerja separuh hari.

Di kalangan penganut Kristian, Ahad dianggap hari Sabbath bila mana mereka tidak dibenarkan bekerja atau bermain, tetapi kebanyakan orang Kristian mengabaikan perintah agama itu. Orang Yahudi pula menganggap hari Sabtu sebagai hari Sabbath dan mereka dilarang bekerja pada hari itu. Bagaimanapun hari ini, Ahad hanyalah hari cuti, hari yang bebas daripada kerja. Ia tidak lagi ada kepentingan atau pengertian keagamaan, jadi banyak negara bukan Kristian menjadikan hari Ahad sebagai hujung minggu tanpa sebarang masalah. Rakyat Malaysia pun umumnya menganggap Ahad sebagai hari rehat tanpa kaitan agama. Apabila Malaya yang merdeka mengambil keputusan untuk mengekalkan hujung minggu pada hari Ahad, 5 bekas Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu kekalkan Jumaat sebagai hari cuti mereka. Di negeri yang menjadikan Ahad sebagai hujung minggu, umat Islam diberi pelepasan untuk menunaikan sembahyang Jumaat.

Dalam Al Quran, amat jelas Jumaat bukanlah hari rehat kerana dinyatakan bahawa sesudah selesai solat Jumaat, umat Islam hendaklah meneruskan kerja masing-masing. Tidak seperti orang Yahudi dan Kristian, orang Islam tidak dilarang bekerja selepas solat Jumaat. Jadi kalau mereka tidak diberi cuti rehat pada hari Jumaat pun, ia bukannya satu dosa. Memilih Jumaat sebagai hari untuk berehat adalah keputusan yang dibuat oleh mereka yang mahu membezakan antara Islam dengan Kristian. Saya lebih suka cuti hari Ahad sebab bekerja pada hari orang bercuti di tempat-tempat lain di dunia yang semakin global ini adalah menyusahkan, tidak produktif dan pastinya, merugikan. Adalah jauh lebih baik bagi kita mengikut amalan biasa dunia.

Akhirnya, menjelang penghujung tempoh perkhidmatan saya sebagai Perdana Menteri, Johor dan kemudian Perlis memutuskan Ahad sebagai cuti hujung minggu mereka. Cuma Kedah, Kelantan dan Terengganu masih tidak mahu ikut serta".

[Buku DOKTOR UMUM : MEMOIR TUN DR MAHATHIR MOHAMAD. m/s : 423-424]

Kelab Usahawan <b>Di</b> Seluruh <b>Kedah</b> - blog rasmi kerajaan <b>negeri</b> <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2013 07:26 PM PDT

kelabusahawankdh
Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH

Mohd. Ali Mohd. Rustam memberi sumbangan zakat kepada Roslan Md. Daud yang cacat penglihatan dalam program Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad bersama penduduk Simpang Tiga Sungai Limau di Pusat Daerah Mengundi Simpang Tiga, Jerai, Kedah, semalam.

JERAI 30 Oktober - Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB), akan menubuhkan Kelab Usahawan PUNB di seluruh negeri bagi menyediakan ruang kepada para usahawannya untuk berhubung dan menyokong antara satu sama lain.
Pengerusi PUNB, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, penubuhan kelab berkenaan juga bertujuan memberi inspirasi kepada usahawan dan seterusnya menyemarakkan semangat keusahawanan dalam kalangan ahli.
"Menerusi kelab ini, para usahawan bukan sahaja dapat memantapkan hubungan silaturahim malah dapat menggunakan platform ini untuk bertukar dan berkongsi sebarang permasalahan serta pengalaman perniagaan melalui sesi perkongsian ilmu, bengkel dan jaringan sosial," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan bersama, usahawan PUNB Kedah dan penyampaian zakat perbadanan itu di Sungai Limau di sini hari ini.
Pada majlis itu PUNB turut menyampaikan zakat kepada 30 penerima dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.
Menurut Mohd. Ali, penubuhan Kelab Usahawan PUNB turut memberi manfaat kepada usahawan untuk mendapatkan idea-idea perniagaan baharu yang kreatif dan inovatif menerusi perbincangan untuk dikongsi bersama.
"Semua perancangan ini memerlukan sokongan semua pihak terhadap usaha yang dijalankan kerajaan untuk membela nasib rakyat.
"Kedah merupakan negeri pertama menubuhkan kelab ini. Selain menubuhkan di negeri-negeri, kita juga merancang untuk menubuhkannya mengikut beberapa industri seperti perniagaan emas," katanya.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, setakat 25 Oktober lalu, PUNB telah membeli sebanyak 102 unit premis perniagaan yang bernilai secara keseluruhan kira-kira RM113 juta.
Di Kedah, katanya, sebanyak lima unit telah dibeli oleh perbadanan itu dengan nilai pelaburan sebanyak RM2.62 juta.

02 di padang terap - Google Blog Search

02 di padang terap - Google Blog Search


Calon-calon yang bakal mengemudi UMNO Bahagian <b>Padang Terap</b>

Posted: 21 Sep 2013 10:02 AM PDT


Calon-calon yang bakal mengemudi UMNO Bahagian Padang Terap

Ketua UMNO Bahagian Padang Terap 
1. Dato Seri Mahawangsa Dato' Seri Diraja Haji Mahadzir Khalid (menang tanpa bertanding)

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap 
1. Dato Paduka Haji Ghazali Ibrahim
2. Cikgu Zuhdi

Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap 
1. Haji Badrol Hisham bin Hashim
2. Dato Syed Sobri

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Padang Terap 
1. Ismail Ibrahim
2. Suhaimi Mmpt

Naib Ketua Pemuda UMNO Padang Terap 
1. Mohamad Nizam Wahab
2. Mohd Shuhaimi Abu

Ketua Puteri UMNO Padang Terap 
1. Suraya Md Isa
2. Zurina Zakaria

Naib Ketua Puteri UMNO Padang Terap 
1. Azlida Kirana (menang tanpa bertanding)

Ketua Wanita UMNO Padang Terap 
1. Arpah Ariffin Pdg Terap
2. Cikgu Zai

Naib Ketua Wanita UMNO Padang Terap 
1. Kama Noriah (menang tanpa bertanding)

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


KedahLanie.info: 2 mercu tanda bakal dibina <b>di Langkawi</b>

Posted: 10 Nov 2013 03:30 PM PST

LANGKAWI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan majlis pecah tanah untuk dua mercu tanda baharu di Langkawi -- Hotel St Regis Langkawi dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC).
Dalam ucapannya, Najib berkata, Malaysia akan mengambil alih sebagai pengerusi ASEAN pada 2015 dan beliau mahu Sidang Kemuncak Asean, dijangka pada April 2015, diadakan di LICC. Projek itu, dilaksanakan oleh Rajawali Group, dijangka siap dalam tempoh 15 bulan.
Pengerusi Rajawali Group Tan Sri Peter Sondakh, berkata syarikat itu memulakan pelaburannya di Langkawi pada 2005 dengan pengambilalihan Westin Hotel Resort and Spa Langkawi.
Dalam ucapannya pada majlis pecah tanah itu, Sondakh berkata kedua-dua projek itu akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan membantu mendorong ekonomi pulau itu.
"Kami memerlukan bantuan daripada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Pembangunan Langkawi dan Kementerian Kewangan. Pelancongan adalah elemen utama untuk membangunkan pulau ini," kata beliau.
Sementara itu, Pengarah Rajawali Integrated Nautical Resort (Subsdiaries), Ferry Ma'aruf, berkata syarikat itu akan membelanjakan lebih RM400 juta untuk membina hotel dan pusat konvensyen itu, yang terletak bersebelahan dengan Westin Hotel Resort and Spa Langkawi.
Katanya pelaburan untuk hotel itu melibatkan kos hampir RM300 juta manakala LICC pula lebih RM100 juta. - Bernama