ads

Selasa, 11 Februari 2014

di negeri kedah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri kedah - Google Blog Search


Jawatan Kosong Perbadanan Stadium-Stadium <b>Negeri Kedah</b> Darul <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2014 11:35 PM PST

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM928.00 ] dan
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).

UMUR

Pemohon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.

TARAF JAWATAN : Kontrak

PEMAKAIAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya samada dibatalkan, diganti atau dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON :

1. Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Untuk Mengisi Jawatan di Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah dengan harga RM 5.00/ borang. Borang permohonan boleh didapati dengan hadir sendiri pada hari bekerja biasa di Pejabat Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah.

2. Pemohon yang berkelayakan sebagaimana yang ditetapkan di atas sahaja layak memohon. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantarkan ke perbadanan ini disertakan dengan sekeping gambar terbaru (berukuran passport), Salinan Kad Pengenalan, Salinan Perakuan Beranak/Sijil Kelahiran, Salinan Semua Sijil-Sijil Persekolahan (SRP/PMR, SPM/SPVM DAN STPM), Salinan Sijil Berhenti Sekolah, Salinan Ijazah/Diploma/Sijil/Transkrip keputusan semua semester dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh kerajaan yang mengandungi CGPA, salinan surat pengiktirafan kelayakan yang dikeluarkan oleh Unit Pengiktirafan Kelayakan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (http://pengiktirafan.jpa.gov.my) Bagi pemegang Ijazah/Diploma/Sijil dari IPT dan salinan dokumen –dokumen lain yang disahkan. Tandatangan pengesahan salinan sijil/dokumen hendaklah dilengkapi dengan cop nama dan jawatannya. semua salinan sijil/dokumen hendaklah bersaiz a4.

3. Pegawai yang sedang berkhidmat (Tetap, Sementara, Kontrak, Sambilan) dalam Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut (PU(A) 176/2005) 17 dengan menyertakan Kenyataan Perkhidmatan dan Cuti yang dikemaskini (ditaip mengikut format borang Am 274B dan C). Salinan fotostat tidak diterima dan salinan Laporan Prestasi Tahun 2013 yang disahkan. Surat pengesahan Ketua Jabatan hendaklah dibawa semasa temuduga.

4. Permohonan yang lewat atau tidak menurut peraturan di atas akan ditolak.

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP

1. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar bersama-sama salinan sijil-sijil /dokumen yang telah disahkan dalam sampul surat berukuran 23 cm x 31 cm dan disudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon. Permohonan hendaklah disampaikan kepada :

Pengurus Besar
Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah
Aras 3, Astaka Utama, Stadium Darul Aman
Lebuhraya Darul Aman
05100 Alor Setar, Kedah

Tel : 07-7337313 / 04-7337314

2. Tarikh tutup permohonan jawatan : 13 Februari 2014

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved