Rabu, 15 Januari 2014

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


Pekerja Nepal Cuba Merusuh <b>Di Pokok Sena</b> - Terbakor

Posted: 11 Jan 2014 08:42 PM PST

Pekerja Nepal Cuba Merusuh Di Pokok Sena

 

Sekumpulan pekerja kilang papan di Pokok Sena dekat sini cuba merusuh dan mencetuskan kekecohan malam tadi setelah berang dengan tindakan majikan yang tidak mengendahkan seorang rakan mereka yang dipercayai mengalami sesak nafas.

Kejadian kira-kira 9 malam itu dipercayai melibatkan kira-kira 100 hingga 200 orang pekerja kilang terbabit yang berhimpun di hadapan pintu pagar rumah majikan mereka bagi meminta majikan supaya mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan rakan mereka yang sesak nafas di asrama pekerja.

Pekerja Nepal Cuba Merusuh Di Pokok Sena

Majikan tersebut yang bimbang berlakunya sesuatu setelah melihat para pekerja asing itu berkumpul beramai-ramai, enggan keluar untuk bertemu dengan kumpulan pekerja itu.

Pekerja-pekerja warga Nepal itu kemudian naik berang setelah mendapati rakan mereka yang sesak nafas itu telah mati ekoran kelewatan majikan mengambil tindakan segera.

Bagaimanapun polis yang tiba kira-kira 20 minit kemudian berjaya meleraikan kumpulan pekerja kilang terbabit dan menghubungi hospital untuk mengesahkan kematian salah seorang rakan mereka itu.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kota Setar, DSP Mat Akhir Jaafar yang ditemui di tempat kejadian berkata tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kerana majikan bertindak cepat menghubungi pihak polis setelah melihat keadaan makin tidak terkawal.

Katanya ekoran kejadian itu, pihak polis menahan tiga pekerja lelaki warga Nepal yang dipercayai mengetuai himpunan itu dan cuba mencetuskan huru hara.

"Hasil maklumat awal kumpulan pekerja terbabit bertindak demikian kerana sebelum ini sudah tiga orang rakan mereka mati secara mengejut di asrama terbabit namun majikan mereka tidak menyiasat puncanya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian lewat malam tadi.

Siasatan lanjut akan dijalankan dengan menyoal siasat ketiga-tiga mereka yang ditahan selain mengenal pasti punca kejadian.

"Punca kematian kita hanya bergantung kepada laporan doktor. Sebab apa yang kita siasat setakat ni, dia orang ni suka minum. Kadang-kadang minum minuman tak berjenama. Kita tak pasti minuman arak apa yang diminum menyebabkan mereka sakit," katanya.

Mayat pekerja yang mati dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat.BERNAMA

Sumber : Mstar

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Perbadanan Kemajuan <b>Negeri Kedah</b> (PKNK <b>...</b>

Posted: 17 Dec 2013 01:31 AM PST

LOGO-PKNK

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) seperti berikut :

  • Pegawai Pertanian
  • Pegawai Undang-undang

Incoming search terms:

  • jawatan kosong di negeri kedah 2014

02 di kodiang - Google Blog Search

02 di kodiang - Google Blog Search


Tanah beserta Rumah <b>di Kodiang</b>, Kedah : Spesel.com

Posted: 08 Jan 2014 10:30 AM PST

Area:Kodiang Property Type:Residential Price:RM110 000 Size:0.3Acres Title type:Freehold Other info:Bumi Lot

Tanah lot di Kg Hutan Palas, Kodiang Kedah

Tanah yang ingin dijual adalah 3 lot besertarumah. Sekarang rumah tersebut disewa, duapintu..Harga 1 lot RM30ribu,so 3 lot jadiRM90ribu, rumah hanya RM20ribu. Zaman sekarang adake rumah RM20ribu??
So harga tidak boleh dirunding sebab paling murahdah dalam Malaysia ni.

Kelebihan:
1-Tanah berhampiran jalan raya
2-Bersebelahan Sek Men dan Sek Ren Tunku Bendahara
3-Di sekeliling taman perumahan

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Pertandingan Muay Thai <b>di Langkawi</b> Tarik Pelancong | Eylizar <b>...</b>

Posted: 27 Dec 2013 10:26 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Pertandingan Muay Thai di Langkawi Tarik Pelancong tempatan dan juga luar negara. Pertandingan ini yang baru di Rasmikan Oleh YB.Mohamad Rawi Bin Hamid menjadikan Langkawi salah satu tempat pertandingan ...

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


Trip 1 : Casting Tenggiri <b>di Yan, Kedah</b> – Persediaan | platspender <b>...</b>

Posted: 11 Jan 2014 09:17 AM PST

Baru saja dok plan trip 2014, Chip dah up trip ke Yan Kedah. Chip nak kaunter balik trip Kemaman yg dirancing Zahid, dia tak boleh ikut sebeb ada saudara kawin. Kali ni, Chip pulak yg organized. Booking tekong, umpan dan transport semuanya diuruskan oleh Chip. Kami masik menggunakan khidmat tekong yg sama seperti trip yang lepas, iaitu Tekong Abg Cha.

Tarikh kali ni ialah 15-Feb. Hari sabtu, trip bermula malam sabtu, dan berakhir petang sabtu. Mulanya zahid nak extend sehari lg, tp bila pikiag balik, tak pa la, sehari sudah tak payah nak extend sampai dua hari. Setakat hari ni hanya 4 org dah confirm nak join. Chip, Zahid, Aku dan sorang peserta baru, Mdrizal. Mdrizal ni satu opis dengan aku. Dah lama memancing, cuma tak berani nak naik bot, sebab phobia takut lemas. Cuma tahun ni, dia nak try ke laut. Yang lain yg dok sembang deraih tu bila lg.

Setting kali ni, mcm biasa saja. Set ajiking aku dah replaced dengan set Okuma Nemesis. (Aku nak juai rod ajiking aku tu, sapa mau boleh pm aku). Set yang sama aku up posting yang lepas, Trip Pulau 9. Aku harap dengan set ni, aku boleh kayuh reel dengan lebih laju.Kelajuan adalah kompenen penting casting di Yan. So, kalau boleh, gunakan reel yg laju dan rod yang ringan ke medium. Tenggiri tak besag pun.

Dlm posting ni, aku up dulu dua kompenne penting casting tenggiri di Yan. Perambut dawai dan spoon. Perambut dawai yg aku up dlm nih, aku beli di Jeti Yan dengan harga Rm4.50. Aku beli perambut ni masa trip aku muntah hari tu. Kemudian, aku tambah spoon 45g dari Bakau, Day Night Lure, Model BH41-4, saiz 45g, kaler silver. Spoon ni aku beli di Jalan Pudu. Aku rasa kat mana mana pun boleh dapat spoon ni.Murah saja, RM6.7o. Aku ingat minggu depan nak p tambah lg satu spoon yg sama. Buat standby.

Aku akan up lg persedian trip aku kali ni.

Perambut Dawai 3 mata

Perambut Dawai 3 mata

Spoon Bakar 45g

Spoon Bakar 45g

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jan 2014 01:15 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

seram kot: Seram!! Misteri Penunggu Gunung <b>Jerai Di Kedah</b>

Posted: 21 Nov 2013 08:34 AM PST


Hampir jam 8.00 malam, dua orang gadis terus berkeliaran di sekitar puncak gunung jerai. Mereka tercari-cari seseorang. Di puncak gunung itu, kedua-dua gadis ini telah bertemu dengan seorang lelaki bernama Ramli bin Haji Khamis, 48. Dia bekerja dengan sebuah organisasi yang terletak di puncak gunung itu. Sudah hampir 20 tahun beliau bekerja di situ.

"Abang, kami nak bermalam di sini, di Padang Tok Sheikh, boleh tak ? " Tanya salah seorang daripada mereka. Namanya Rasidah. Kawasan padang yang ditanyakan oleh gadis itu adalah sebuah tempat lapang di puncak gunung itu. Ia dipanggil Padang Tok Sheikh.

En.Ramli bingung. Biasanya orang yang hendak berkhemah atau berkelah di situ memang akan bertanya dan meminta kebenaran daripada beliau terlebih dahulu. Boleh atau tidak, beliau yang akan putuskan.

Tapi kali ini beliau terpaksa menegah kerana sungguh tidak molek anak gadis bermalam di situ. Lalu beliau menyuruh kedua-dua gadis yang bertelekung ini pulang sahaja. Namun gadis-gadis itu enggan. " Tolonglah bang, malam ni aja. Lepas ni, kami takkan datang lagi," pinta Rasidah lagi.

En.Ramli tidak mahu berganjak daripada keputusannya. Berulang kali difikirkannya, apa gadis-gadis ini tidak takut dengan gunung ini ? Gunung ini 'bernyawa'. Ia banyak menyimpan cerita misterinya yang tersendiri.

Orang-orang di Gurun, Kedah, semuanya tahu puncak gunung itu adalah perkampungan bunian. Di puncak itu ada sebuah kerajaan besar. Ada istana dan pemerintahnya. Juga, ada kampung-kampung dan rakyat jelatanya.

Jadi, tidak perlu gadis-gadis tersebut bermalam di puncak gunung itu. Bahaya! Nanti disorok orang bunian. Tetapi berulang kali beliau menghalang, ada-ada saja alasan yang diterimanya.

"Kami dah janji dengan tok wan. Tok wan nak datang malam ni. Bolehlah, bang…" rayu Rasidah, tinggi suaranya.

Tok wan mana pula, fakir En.Ramli. Ada sesuatu yang tidak kena ! Segera beliau amati wajah kedua-dua gadis yang bertelekung ini. Air muka mereka berdua manis dan berseri. Berumur sekitar awal 20-an. Salah seorang daripada mereka senyap sahaja, hanya Rasidah yang bersuara. Pada pandangan Ramli, gadis-gadis ini bukan jelmaan makhluk halus. Bukan… mereka bukan orang bunian !

"Tolonglah, bang. Puteri dah mimpi semalam ! Tok wan nak datang malam ni. Puteri dah janji dengan tok wan," kata Rasidah lagi.

Puteri ? Siapa puteri ? Fikiran beliau semakin bercelaru. Siapakah gadis-gadis ini sebenarnya ? Mengapa lain benar percakapan mereka ?

Lalu beliau cuba menakut-nakutkan mereka. En.Ramli katakan yang hutan itu penuh dengan binatang buas. Di sekitar gunung itu sudah ramai orang yang hilang nyawa diserang gajah meroyan, harimau, atau dipatuk ular, kala jengking, bisa lipan bara dan binatang-binatang buas yang lain.

"Tak mengapa, bang. Tok wan ada, tok wan boleh halau binatang-binatang tu. Puteri pun ada !" jawab Rasidah. Ah! En.Ramli semakin terasa aneh dengan percakapan gadis ini. Siapa tok wan itu ? Siapa pula puteri itu ?

Tiba-tiba, ada suara aneh hinggap ke telinga En.Ramli. Seakan ada orang meniup-niup telinganya dan berulang kali suara itu menyebut Puteri Delima. "Puteri Delima. Puteri Delimaaaa !! " beliau terpaku. Siapa yang bercakap ? Darahnya mula berderau. Puteri Delima mana pula yang hendak datang, fikirnya berulang.

"Sayalah Puteri Delima !" kata gadis yang duduk di sebelah Rasidah. Gadis yang senyap sahaja dari tadi itu mulai bersuara. Matanya berkilat. Kemudian dia tersenyum lebar dan ketawa terkekek-kekek. "Ehh… ehheeee…! Ehh… ehheeee… ! Saya nak jumpa tok wan ! Saya nak jumpa tok waaaaaan!!!! " kata gadis itu yang tidak putus-putus tersenyum dan memandang Ramli.

En.Ramli tergamam. Terus dia benarkan gadis-gadis itu pergi ke Padang Tok Sheikh kerana gadis-gadis ini bukan manusia biasa lagi. Mereka sudah dirasuk bunian, beliau terpaksa tunaikan saja permintaan mereka.

Esoknya En.Ramli diberitahu rakan-rakannya, kedua-dua gadis tersebut ada berjumpa dengan orang-orang yang bekerja di sekitar gunung itu. Malam itu juga gadis-gadis tersebut telah dapat berjumpa dengan tok wan yang dimaksudkannya. Dakwa kawan-kawan beliau, tok wan itu seorang lelaki tua dan beserban hijau. Mereka berjumpa di Padang Tok Sheikh. Peristiwa ini baru berlaku dua tiga tahun lepas.

Pada pengalaman En.Ramli, apa yang mereka lihat itu adalah kelibat orang-orang bunian. Kawasan padang itu adalah salah satu daripada penempatan orang-orang bunian tersebut. Hutan rimba di sekeliling padang dan kawasan air terjun berdekatan juga adalah daerah kerajaan bunian.

Dahulu ada sekumpulan anak muda yang ternampak istana bunian di tepi air terjun di situ. Mujur mereka cepat-cepat beredar. Kalau mereka masuk ke kawasan istana itu, mungkin mereka semua akan hilang dibawa ke alam ghaib.

Orang-orang bunian ini memang sungguh menawan paras rupa mereka. Yang perempuan cantik, yang lelaki pula kacak. Ada para pemuda dan pemudi yang mudah benar jatuh cinta apabila melihat makhluk-makhluk halus ini.

Mereka mengekori pemuda dan pemudi bunian itu ke dalam hutan dan akhirnya, ramai yang telah tersesat. Malah ada yang terus hilang di hutan rimba gunung itu, sampailah sekarang tidak ditemui.

En.Ramli sendiri selalu terlihat orang bunian yang masuk ke dalam surau di puncak gunung itu. Di ketika yang lain, Ramli ternampak seorang lelaki tua bunian yang berserban mengambil air sembahyang di perigi yang ada di situ.

Sebenarnya En.Ramli sudah banyak melalui pengalaman dahsyat yang dikatakan angkara makhluk-makhluk halus. Pada awal tahun 2000, ada seorang lelaki berusia pertengahan umur 20-an telah hilang di gunung itu. Jadi, beliau diminta untuk membantu usaha polis mencari pemuda tersebut kerana dia cukup arif tentang kawasan pergunungan itu.

"Kita cari di sekitar air terjun dulu. Kalau tak jumpa juga, kita redah hutan ni,"kata En.Ramli pada polis-polis tersebut. Tetapi sudah hampir tiga hari, usaha mencarinya masih tidak membuahkan hasil. Tetap buntu. Sehinggalah pihak polis terpaksa menggunakan anjing pengesan untuk mencarinya.

Akhirnya, pemuda itu berjaya juga ditemui setelah hampir seminggu dicari. Pemuda itu dijumpai di sekitar kawasan hutan yang tidak jauh dari kawasan air terjun tadi.

Malang sekali, pemuda itu sudah tidak bernyawa lagi. Mayatnya ditemui dalam keadaan sungguh mengerunkan. Kepalanya putus. Dia seakan diserang oleh gergasi. Badannya berlumuran darah dan penuh luka. Cebisan pakaiannya yang koyak rabak bersepah-sepah diserata tempat. Apa sebenarnya yang telah terjadi ?

En.Ramli yakin ini bukan angkara binatang buas. Itu angkara bunian kerana sebelumnya mereka sudah pun mencari di serata puncak gunung itu, pemuda tersebut gagal ditemui. Tetapi mengapa beberapa hari kemudian tiba-tiba sahaja mayatnya dijumpai berhampiran dengan air terjun itu ? Mesti ada sebab yang lain.

En.Ramli percaya pemuda itu dibunuh dan disorok bunian. Lagipun, kawasan air terjun itu dan hutan- hutan di sekitarnya adalah tempat letaknya perkampungan bunian. Air terjun itu dipanggil tasik lima beradik kerana ia adalah tempat lima orang puteri bunian bermandi-manda. Puteri-puteri itu diceritakan terlalu cantik, tiada tandingan berbanding kecantikan manusia. Sambil mandi, mereka ketawa beramai-ramai.

Beliau juga selalu mengingatkan para pengunjung, andainya mereka melihat lima puteri yang jelita itu, janganlah sesekali tergoda. Apatah lagi cuba-cuba menyimpan hajat mendekati mereka. Sesiapa yang terpedaya, nescaya akan lenyap ke alam bunian, kemudian hilang dari alam nyata.

Di pinggir air terjun pula, kata En.Ramli, terletaknya istana bunian. Istana itu tersergam indah. Di sekelilingnya terdapat perkampungan bunian. En.Ramli memberi amaran kepada pengunjung, jangan dekati istana dan perkampungan itu. Silap langkah mereka akan di bawa masuk ke alam bunian dan terus lenyap.

Ramli percaya, pemuda yang mati itu telah termasuk ke alam bunian tersebut. Walaupun kematian pemuda itu disahkan akibat serangan binatang buas, tapi Ramli kurang setuju. "Ini kerja bunian," berkali-kali dikatakan begitu.

Oleh kerana itulah En.Ramli selalu mengingatkan para pengunjung supaya jangan cakap besar, takbur dan riak. Kalau tidak, nanti dapat kecelakaan. Tambah lagi buat perkara-perkara yang tidak elok, bala mungkin akan menimpa.

"kalau ada apa-apa perkara yang pelik berlaku, jangan tegur. Lebih baik, diam ! Kalau ternampak benda-benda yang ganjil, tinggalkan. Ini kampung bunian " pesan En.Ramli.

Gunung itu sering 'mengambil nyawa' manusia yang berniat tidak baik. Mungkin ada benarnya ia angkara binatang buas, tapi bagi En.Ramli, mungkin juga disebabkan orang bunian. Sama juga dengan kebanyakkan kejadian orang mati lemas di kawasan air terjun di kaki gunung itu. En.Ramli percaya semua itu angkara bunian.

Nama gunung itu, Gunung Jerai. Orang-orang di Gurun, Kedah sentiasa berhati-hati apabila ke sana. Kalau ada orang luar yang mahu ke gunung itu dan berjumpa En.Ramli, dia akan berpesan, "hati-hati. Jangan main-main dengan pengunggu Gunung Jerai ini. Tempat ini keras ! "