ads

Selasa, 21 Januari 2014

02 di pokok sena - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di pokok sena - Google Blog Search


Kumpulan pekerja Nepal cuba merusuh <b>di Pokok Sena</b>

Posted: 11 Jan 2014 07:34 PM PST

ALOR SETAR 12 Jan. - Sekumpulan pekerja kilang papan di Pokok Sena dekat sini cuba merusuh dan mencetuskan kekecohan malam tadi setelah berang dengan tindakan majikan yang tidak mengendahkan seorang rakan mereka yang dipercayai mengalami sesak nafas.

Kejadian kira-kira 9 malam itu dipercayai melibatkan kira-kira 100 hingga 200 orang pekerja kilang terbabit yang berhimpun di hadapan pintu pagar rumah majikan mereka bagi meminta majikan supaya mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan rakan mereka yang sesak nafas di asrama pekerja.

Majikan tersebut yang bimbang berlakunya sesuatu setelah melihat para pekerja asing itu berkumpul beramai-ramai, enggan keluar untuk bertemu dengan kumpulan pekerja itu.

Pekerja-pekerja warga Nepal itu kemudian naik berang setelah mendapati rakan mereka yang sesak nafas itu telah mati ekoran kelewatan majikan mengambil tindakan segera.

Bagaimanapun polis yang tiba kira-kira 20 minit kemudian berjaya meleraikan kumpulan pekerja kilang terbabit dan menghubungi hospital untuk mengesahkan kematian salah seorang rakan mereka itu.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kota Setar DSP Mat Akhir Jaafar yang ditemui di tempat kejadian berkata tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kerana majikan bertindak cepat menghubungi pihak polis setelah melihat keadaan makin tidak terkawal.

Katanya ekoran kejadian itu, pihak polis menahan tiga pekerja lelaki warga Nepal yang dipercayai mengetuai himpunan itu dan cuba mencetuskan huru hara.

"Hasil maklumat awal kumpulan pekerja terbabit bertindak demikian kerana sebelum ini sudah tiga orang rakan mereka mati secara mengejut di asrama terbabit namun majikan mereka tidak menyiasat puncanya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian lewat malam tadi.

Siasatan lanjut akan dijalankan dengan menyoal siasat ketiga-tiga mereka yang ditahan selain mengenal pasti punca kejadian.

"Punca kematian kita hanya bergantung kepada laporan doktor. Sebab apa yang kita siasat setakat ni, dia orang ni suka minum. Kadang-kadang minum minuman tak berjenama. Kita tak pasti minuman arak apa yang diminum menyebabkan mereka sakit," katanya.

Mayat pekerja yang mati dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat. - BERNAMA

02 di changlun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di changlun - Google Blog Search


KedahLanie.info: Polis perlu maklumat kemalangan <b>di Jitra</b>

Posted: 26 Dec 2013 04:00 PM PST

JITRA - Polis meminta orang ramai yang menyaksikan dua kemalangan maut di Km 22.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah ke Changlun semalam dan di Km 23.1 lebuh raya tersebut pada 4 Disember lepas agar tampil memberi maklumat.
Dalam kejadian yang berlaku semalam, mayat pembantu gerai makanan di Universiti Utara Malaysia, Mohd Malik Samsudin, 30, ditemui di tepi lebuh raya berhampiran kilang Gano Excel kira-kira 7.45 pagi.
Pegawai Penyiasat Trafik Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, Inspektor S Ragu berkata, mangsa menunggang motosikal Yamaha Ego bernombor pendaftaran RK6913 dan dia dipercayai menjadi mangsa langgar lari.
Kes satu lagi membabitkan pekerja kilang Mohd Iswandi Ishak, 22, yang turut menjadi mangsa langgar lari.
Ragu berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 8.50 malam dengan kesan kecederaan dipercayai akibat digilis kenderaan.
Mangsa menunggang motosikal Honda Wave nombor KCS 4263, katanya.
Beliau meminta orang ramai agar menghubunginya di talian 013-5201383 atau Trafik IPD Kubang Pasu di talian 04-9172222. - Bernama

02 di sungai petani - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di sungai petani - Google Blog Search


GAMBAR KONTENA HEMPAP MYVI <b>DI SUNGAI PETANI</b> KEDAH

Posted: 16 Jan 2014 02:42 PM PST

GAMBAR KONTENA HEMPAP DUA BUAH MYVI DI SG. PETANI KEDAH | Malang buat pemilik dua buah kereta Perodua Myvi apabila sebuah kontena terbalik dan menghempap bumbung kereta mereka.

Lebih malang apabila kedua-dua buah Myvi ini adalah model baru keluaran Perodua. Sayu hati melihatnya, sayu lagi perasaan tuan empunya. Alhamdulillah, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini. 

02 di langkawi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


panas ! harga honda jazz ckd hanya rm36,800 <b>di langkawi</b> - Kedahkini

Posted: 02 Jan 2014 08:45 PM PST

Berapakah harga terkini Honda Jazz CKD di Pulau Langkawi?

Sekitar bulan Julai 2013 yang lalu heboh di Pulau Langkawi apabila Honda Jazz CKDditawarkan pada harga serendah hanya RM36,800.00 (atas jalan termasuk insuran), sehinggakan ramai yang berpusu-pusu menempahnya.

Malangnya selepas itu pihak Honda Malaysia telah menarik balik harga yang ditetapkan itu dengan alasan berlakunya kesilapan dalam pengiraan. Laman sesawang Honda Malaysia juga sehingga kini tidak lagi menyiarkan harga Jazz CKD untuk pasaran di Pulau Langkawi.

Situasi di luar jangkaan tersebut sangat mengecewakan para pembeli yang telah membuat tempahan awal, sedangkan pada hakikatnya harga kenderaan di Pulau Langkawi sememangnya rendah disebabkan statusnya sebagai pulau bebas cukai.

Jadi, saya tertanya-tanya jika harga RM36,800.00 yang ditetapkan pada awalnya adalah suatu kesilapan, berapakah pula harga baru bagi model kompak popular tersebut? Adakah ianya hampir sama dengan harga di Semenanjung Malaysia?
p/s : Mengikut maklumat yang saya perolehi, harga terkini Honda Jazz CKD di Pulau Langkawi sekarang dikatakan sekitar RM55K. SUMBER

BERATUS PEMBELI KERETA DI LANGKAWI KECEWA...HARGA HONDA JAZZ BUKAN RM36K

02 di padang serai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di padang serai - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di padang serai</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jan 2014 02:20 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Saingan enam penjuru jawatan ketua <b>di Padang Serai</b> - Utusan Online

Posted: 21 Sep 2013 04:43 AM PDT

Oleh JAMLIAH ABDULLAH

KUBANG PASU 21 Sept. - Pertandingan Ketua UMNO Bahagian Padang Serai paling sengit di negeri ini apabila menyaksikan enam calon menyerahkan borang masing-masing di Dewan Wawasan Jitra di sini hari ini.

Timbalan Ketua UMNO bahagian, Halim Hassan yang memangku jawatan ketua ketika ini, dicabar oleh Ketua UMNO Cawangan Padang Serai, Ku Rashidi Ku Mat Esa; Mohd. Khozali Junus; Ketua Pemuda UMNO bahagian, Asmaidi Abu Talib; Dr. Randas Ahmad Zubir Saad dan usahawan, Abdul Halim Mohamad. - UTUSAN ONLINE

02 di jerai kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di jerai kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jan 2014 01:35 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

seram kot: Seram!! Misteri Penunggu Gunung <b>Jerai Di Kedah</b>

Posted: 21 Nov 2013 08:34 AM PST


Hampir jam 8.00 malam, dua orang gadis terus berkeliaran di sekitar puncak gunung jerai. Mereka tercari-cari seseorang. Di puncak gunung itu, kedua-dua gadis ini telah bertemu dengan seorang lelaki bernama Ramli bin Haji Khamis, 48. Dia bekerja dengan sebuah organisasi yang terletak di puncak gunung itu. Sudah hampir 20 tahun beliau bekerja di situ.

"Abang, kami nak bermalam di sini, di Padang Tok Sheikh, boleh tak ? " Tanya salah seorang daripada mereka. Namanya Rasidah. Kawasan padang yang ditanyakan oleh gadis itu adalah sebuah tempat lapang di puncak gunung itu. Ia dipanggil Padang Tok Sheikh.

En.Ramli bingung. Biasanya orang yang hendak berkhemah atau berkelah di situ memang akan bertanya dan meminta kebenaran daripada beliau terlebih dahulu. Boleh atau tidak, beliau yang akan putuskan.

Tapi kali ini beliau terpaksa menegah kerana sungguh tidak molek anak gadis bermalam di situ. Lalu beliau menyuruh kedua-dua gadis yang bertelekung ini pulang sahaja. Namun gadis-gadis itu enggan. " Tolonglah bang, malam ni aja. Lepas ni, kami takkan datang lagi," pinta Rasidah lagi.

En.Ramli tidak mahu berganjak daripada keputusannya. Berulang kali difikirkannya, apa gadis-gadis ini tidak takut dengan gunung ini ? Gunung ini 'bernyawa'. Ia banyak menyimpan cerita misterinya yang tersendiri.

Orang-orang di Gurun, Kedah, semuanya tahu puncak gunung itu adalah perkampungan bunian. Di puncak itu ada sebuah kerajaan besar. Ada istana dan pemerintahnya. Juga, ada kampung-kampung dan rakyat jelatanya.

Jadi, tidak perlu gadis-gadis tersebut bermalam di puncak gunung itu. Bahaya! Nanti disorok orang bunian. Tetapi berulang kali beliau menghalang, ada-ada saja alasan yang diterimanya.

"Kami dah janji dengan tok wan. Tok wan nak datang malam ni. Bolehlah, bang…" rayu Rasidah, tinggi suaranya.

Tok wan mana pula, fakir En.Ramli. Ada sesuatu yang tidak kena ! Segera beliau amati wajah kedua-dua gadis yang bertelekung ini. Air muka mereka berdua manis dan berseri. Berumur sekitar awal 20-an. Salah seorang daripada mereka senyap sahaja, hanya Rasidah yang bersuara. Pada pandangan Ramli, gadis-gadis ini bukan jelmaan makhluk halus. Bukan… mereka bukan orang bunian !

"Tolonglah, bang. Puteri dah mimpi semalam ! Tok wan nak datang malam ni. Puteri dah janji dengan tok wan," kata Rasidah lagi.

Puteri ? Siapa puteri ? Fikiran beliau semakin bercelaru. Siapakah gadis-gadis ini sebenarnya ? Mengapa lain benar percakapan mereka ?

Lalu beliau cuba menakut-nakutkan mereka. En.Ramli katakan yang hutan itu penuh dengan binatang buas. Di sekitar gunung itu sudah ramai orang yang hilang nyawa diserang gajah meroyan, harimau, atau dipatuk ular, kala jengking, bisa lipan bara dan binatang-binatang buas yang lain.

"Tak mengapa, bang. Tok wan ada, tok wan boleh halau binatang-binatang tu. Puteri pun ada !" jawab Rasidah. Ah! En.Ramli semakin terasa aneh dengan percakapan gadis ini. Siapa tok wan itu ? Siapa pula puteri itu ?

Tiba-tiba, ada suara aneh hinggap ke telinga En.Ramli. Seakan ada orang meniup-niup telinganya dan berulang kali suara itu menyebut Puteri Delima. "Puteri Delima. Puteri Delimaaaa !! " beliau terpaku. Siapa yang bercakap ? Darahnya mula berderau. Puteri Delima mana pula yang hendak datang, fikirnya berulang.

"Sayalah Puteri Delima !" kata gadis yang duduk di sebelah Rasidah. Gadis yang senyap sahaja dari tadi itu mulai bersuara. Matanya berkilat. Kemudian dia tersenyum lebar dan ketawa terkekek-kekek. "Ehh… ehheeee…! Ehh… ehheeee… ! Saya nak jumpa tok wan ! Saya nak jumpa tok waaaaaan!!!! " kata gadis itu yang tidak putus-putus tersenyum dan memandang Ramli.

En.Ramli tergamam. Terus dia benarkan gadis-gadis itu pergi ke Padang Tok Sheikh kerana gadis-gadis ini bukan manusia biasa lagi. Mereka sudah dirasuk bunian, beliau terpaksa tunaikan saja permintaan mereka.

Esoknya En.Ramli diberitahu rakan-rakannya, kedua-dua gadis tersebut ada berjumpa dengan orang-orang yang bekerja di sekitar gunung itu. Malam itu juga gadis-gadis tersebut telah dapat berjumpa dengan tok wan yang dimaksudkannya. Dakwa kawan-kawan beliau, tok wan itu seorang lelaki tua dan beserban hijau. Mereka berjumpa di Padang Tok Sheikh. Peristiwa ini baru berlaku dua tiga tahun lepas.

Pada pengalaman En.Ramli, apa yang mereka lihat itu adalah kelibat orang-orang bunian. Kawasan padang itu adalah salah satu daripada penempatan orang-orang bunian tersebut. Hutan rimba di sekeliling padang dan kawasan air terjun berdekatan juga adalah daerah kerajaan bunian.

Dahulu ada sekumpulan anak muda yang ternampak istana bunian di tepi air terjun di situ. Mujur mereka cepat-cepat beredar. Kalau mereka masuk ke kawasan istana itu, mungkin mereka semua akan hilang dibawa ke alam ghaib.

Orang-orang bunian ini memang sungguh menawan paras rupa mereka. Yang perempuan cantik, yang lelaki pula kacak. Ada para pemuda dan pemudi yang mudah benar jatuh cinta apabila melihat makhluk-makhluk halus ini.

Mereka mengekori pemuda dan pemudi bunian itu ke dalam hutan dan akhirnya, ramai yang telah tersesat. Malah ada yang terus hilang di hutan rimba gunung itu, sampailah sekarang tidak ditemui.

En.Ramli sendiri selalu terlihat orang bunian yang masuk ke dalam surau di puncak gunung itu. Di ketika yang lain, Ramli ternampak seorang lelaki tua bunian yang berserban mengambil air sembahyang di perigi yang ada di situ.

Sebenarnya En.Ramli sudah banyak melalui pengalaman dahsyat yang dikatakan angkara makhluk-makhluk halus. Pada awal tahun 2000, ada seorang lelaki berusia pertengahan umur 20-an telah hilang di gunung itu. Jadi, beliau diminta untuk membantu usaha polis mencari pemuda tersebut kerana dia cukup arif tentang kawasan pergunungan itu.

"Kita cari di sekitar air terjun dulu. Kalau tak jumpa juga, kita redah hutan ni,"kata En.Ramli pada polis-polis tersebut. Tetapi sudah hampir tiga hari, usaha mencarinya masih tidak membuahkan hasil. Tetap buntu. Sehinggalah pihak polis terpaksa menggunakan anjing pengesan untuk mencarinya.

Akhirnya, pemuda itu berjaya juga ditemui setelah hampir seminggu dicari. Pemuda itu dijumpai di sekitar kawasan hutan yang tidak jauh dari kawasan air terjun tadi.

Malang sekali, pemuda itu sudah tidak bernyawa lagi. Mayatnya ditemui dalam keadaan sungguh mengerunkan. Kepalanya putus. Dia seakan diserang oleh gergasi. Badannya berlumuran darah dan penuh luka. Cebisan pakaiannya yang koyak rabak bersepah-sepah diserata tempat. Apa sebenarnya yang telah terjadi ?

En.Ramli yakin ini bukan angkara binatang buas. Itu angkara bunian kerana sebelumnya mereka sudah pun mencari di serata puncak gunung itu, pemuda tersebut gagal ditemui. Tetapi mengapa beberapa hari kemudian tiba-tiba sahaja mayatnya dijumpai berhampiran dengan air terjun itu ? Mesti ada sebab yang lain.

En.Ramli percaya pemuda itu dibunuh dan disorok bunian. Lagipun, kawasan air terjun itu dan hutan- hutan di sekitarnya adalah tempat letaknya perkampungan bunian. Air terjun itu dipanggil tasik lima beradik kerana ia adalah tempat lima orang puteri bunian bermandi-manda. Puteri-puteri itu diceritakan terlalu cantik, tiada tandingan berbanding kecantikan manusia. Sambil mandi, mereka ketawa beramai-ramai.

Beliau juga selalu mengingatkan para pengunjung, andainya mereka melihat lima puteri yang jelita itu, janganlah sesekali tergoda. Apatah lagi cuba-cuba menyimpan hajat mendekati mereka. Sesiapa yang terpedaya, nescaya akan lenyap ke alam bunian, kemudian hilang dari alam nyata.

Di pinggir air terjun pula, kata En.Ramli, terletaknya istana bunian. Istana itu tersergam indah. Di sekelilingnya terdapat perkampungan bunian. En.Ramli memberi amaran kepada pengunjung, jangan dekati istana dan perkampungan itu. Silap langkah mereka akan di bawa masuk ke alam bunian dan terus lenyap.

Ramli percaya, pemuda yang mati itu telah termasuk ke alam bunian tersebut. Walaupun kematian pemuda itu disahkan akibat serangan binatang buas, tapi Ramli kurang setuju. "Ini kerja bunian," berkali-kali dikatakan begitu.

Oleh kerana itulah En.Ramli selalu mengingatkan para pengunjung supaya jangan cakap besar, takbur dan riak. Kalau tidak, nanti dapat kecelakaan. Tambah lagi buat perkara-perkara yang tidak elok, bala mungkin akan menimpa.

"kalau ada apa-apa perkara yang pelik berlaku, jangan tegur. Lebih baik, diam ! Kalau ternampak benda-benda yang ganjil, tinggalkan. Ini kampung bunian " pesan En.Ramli.

Gunung itu sering 'mengambil nyawa' manusia yang berniat tidak baik. Mungkin ada benarnya ia angkara binatang buas, tapi bagi En.Ramli, mungkin juga disebabkan orang bunian. Sama juga dengan kebanyakkan kejadian orang mati lemas di kawasan air terjun di kaki gunung itu. En.Ramli percaya semua itu angkara bunian.

Nama gunung itu, Gunung Jerai. Orang-orang di Gurun, Kedah sentiasa berhati-hati apabila ke sana. Kalau ada orang luar yang mahu ke gunung itu dan berjumpa En.Ramli, dia akan berpesan, "hati-hati. Jangan main-main dengan pengunggu Gunung Jerai ini. Tempat ini keras ! "

BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Oct 2013 01:35 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Sahabat-Gunung: UMNO <b>Jerai</b> Beri Jaminan Kerja Keras, Tidak <b>...</b>

Posted: 08 Oct 2013 03:30 AM PDT

Barisan Nasional Negeri Kedah dan BN Parlimen Jerai sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.
Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Jentera Pilihan Raya Peringkat Negeri akan diketuai sendiri oleh Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dan dibantu oleh kepimpinan UMNO dan BN Bahagian Jerai, di mana jentera sudah digerakkan sepenuhnya di 19 kawasan Peti Undi, walaupun kehangatan kempen pemilihan UMNO sedang rancak berlaku bukan sahaja di Jerai, malah di seluruh negara.
"Jentera dan kepimpinan UMNO Bahagian Jerai sudah memberikan jaminan, walaupun dalam suasana kempen pemilihan UMNO, namun jentera tidak hilang fokus dan akan bersatu dan memantapkan gerakan bersepadu dalam usaha BN untuk merampas kembali DUN Sungai Limau yang dikatakan kubu kuat PAS selama ini.
Jaminan mereka, apapun yang terjadi, kerana dalam proses pemilihan parti nanti akan ada yang menang dan yang kalah, mereka akan membantu untuk memastikan proses pilihanraya kecil ini akan berjalan lancar.
Kita maklum bahawa ini kubu kuat, namun BN akan tetap menghantar wakilnya kerana kita mahu menawarkan khidmat bakti dan perjuangan yang boleh kita berikan kepada penduduk dan masyarakat di Sungai Limau ini," ujarnya kepada media selepas berjumpa jentera BN peringkat negeri Kedah dan Jerai di Sungai Limau petang tadi.
Tambahnya, calon BN akan disenarai dan dikemuan akan diserahkan kepada Pengerusi BN dalam masa terdekat, ramai calon yang berkelayakan namun BN akan mengikut pandangan dari pihak negeri dan bahagian Jerai.
"Mereka ada juga beberapa nama dan tokoh-tokoh yang agak sesuai dan akan kita umumkan pada 21 Oktober ini.
Oleh itu, besar harapan saya agar pengundi di DUN Sungai Limau nanti akan memberikan sokongan padu kepada calon BN. Walaupun ini kubu kuat PAS namun dalam sejarah lampau, wakil BN dan UMNO pernah mewakili di kawasan ini. Jadi pendekatan berhemah dan besederhna jentera harus ditekankan dalam usaha menarik sokongan rakyat, dengan menerangkan dasar-dasar parti dan perjuangan UMNO serta kerajaan negeri untuk membantu rakyat khususnya di kawasan Sungai Limau ini," tambahnya lagi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November sebagai hari pengundian dan 23 Oktober sebagai tarikh penamaan calon PRK DUN Sungai Limau ekoran kematian penyandangnya bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak 26 September lepas.
Azizan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini pada 26 September lalu akibat jangkitan kuman dan kegagalan pelbagai organ dalaman, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Mei lepas, Azizan yang juga bekas Menteri Besar Kedah memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya, Mohd. Fazillah Mohd. Ali dengan majoriti 2,774 undi.
 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved