Khamis, 23 Januari 2014

02 di changlun - Google Blog Search

02 di changlun - Google Blog Search


Gambar lori terbakar <b>di</b> KM15 Highway Plus <b>Changlun</b> Menghala Ke <b>...</b>

Posted: 13 Jan 2014 02:33 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Lori tebakar di kilometer 15 highway plus. Changlun menghala ke Jitra. - Lapor SUMBER.

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Perbandaran <b>Kulim</b> (MPKK) Januari 2014 <b>...</b>

Posted: 09 Jan 2014 02:33 AM PST


logo-majlis-perbandaran-kulim

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) Januari 2014 Terkini :

  • Pelukis Plan (Kejuruteraan Awam) JA17
  • Pembantu Tadbir Kewangan W17
  • Pembantu Kemahiran H17
  • Pembantu Penguatkuasa N17
  • Pambantu Awam
  • Arkitek J41
  • Arkitek Landskap J41
  • Juruaudit W41
  • Pegawai Penilaian W41
  • Penolong Pegawai Perancang JA29
Tags : jawatab kosong jurutera 2014jawatan kosong jurutera di malaysia 2014jawatan kosong kejuruteraab awam 2014jawatan kosong penolong akauntan dan penolong juruaudit 2014 Sarawakkerja kosong jurutera awam 2014kerja untuk pembantu awam di majlis daerah
Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) Januari 2014

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di merbok</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jan 2014 09:04 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

teknik ringkas memikat <b>merbok di</b> pokok SAWIT TINGGI..

Posted: 04 Nov 2013 12:46 AM PST

 Assalamualaikum....terima kasih buat sahabat2 yang masih mengikuti blog dinzafiz...Rasanya dah lama saya tak update blog ni....Lama dah saya tidak memikat terkukur, sekarang ni banyak sikit kerja jadi macam tak berapa sempat jer.... hehehe....mungkin juga ada yang tahu saya memikat merbok....
 Seronok juga layan merbok nie, keseronokannya hanya pemikat merbok jer yang tahu....hehe..
Ada sahabat2 yang bertanya saya bagaimana memikat merbok di pokok sawit tinggi?
ok, saya cerita ringkas jer yer.... terdapat berbagai2 cara yang anda boleh buat....saya bagitahu 3 cara dan teknik yang ringkas dahulu yer..1anda boleh guna kantau/tiang merbok. jika anda ada kantau ni anda perlu naikkan kantau rapat dengan batang sawit.... pastikan jebak anda dicelah dan bawah dari pelepah sawit..... rapun dan pengidang jebak menghala keluar dgn kata lain rumah jebak rapat kebatang sawit, pengidang pula menghala hujung pelepah sawit...oiiittt.. panjang la pulak...hehe... perlu diingat juga jgn letak atas dari buah sawit... jebak mesti bawah sedikit dari buah...faham kan?

tetepi, teknik ini ada risiko.... nampak mudah tapi bahaya..kerana ditakuti pokok yang anda pilih untuk letak pikat ada musuh. seperti ular, kerengga, biawak dan lain2. jadi sebelum membuat pilihan pastikan keadaan semuanya selamat. jika sayangkan denak anda guna cara lain.... ok cara dan teknik seterusnya........saya cerita lain kali... kira bersambung dulu yer..... jumpa episod akan datang.hehee....

salam mesra dari saya dz.....bersambung.....


02 di padang terap - Google Blog Search

02 di padang terap - Google Blog Search


MMI : <b>Padang Terap</b> Sahut Suara Melayu PP , Yang Lain Tunggu <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2014 04:05 PM PST

Lebih 100 ahli Pergerakan Pemuda UMNO Padang Terap dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini berkumpul bagi menyatakan bantahan terhadap penghinaan secara terbuka Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Sambil membawa sepanduk tertulis kecaman terhadap tindakan Khai Loon dan pakatan pembangkang, mereka menuntut Khai Loon memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Padang Terap, Ismail Ibrahim berkata, tindakan wakil rakyat itu dianggap melampau dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin yang dipilih oleh masyarakat pelbagai kaum.
"Dia dipilih oleh pengundi di Machang Bubuk, tetapi adakah penduduk yang sayangkan Perdana Menteri boleh menerima tindakannya yang menghina pemimpin negara?. Sikapnya tidak mencerminkan mentaliti selaku pemimpin yang dipilih untuk berkhidmat kepada rakyat.
"Kami membantah tindakan biadab wakil rakyat ini dan selain berhimpun, satu laporan dibuat di Balai Polis Padang Terap supaya wakil rakyat ini diambil tindakan. Dia bertindak seperti perusuh jalanan," katanya dalam perhimpunan itu yang diadakan di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang di sini hari ini.
Antara NGO lain yang terlibat adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan barisan pengerusi jawatankuasa kampung di sekitar Padang Terap.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Pekida daerah, Abd. Aziz Arifin dalam ucapannya berkata, bantahan dilakukan itu bukan bertujuan untuk mengapi-apikan perkauman.
"Kami sentiasa menjunjung keamanan yang kita kecapi selama ini. Disebabkan itu, kami yang berhimpun hari ini tidak berniat untuk bercakap mengenai isu perkauman.
"Tetapi jangan lakukan tindakan biadab seperti ini. Diharapkan perkara seperti ini tidak berlaku lagi kerana boleh mendatangkan kekacauan dalam kalangan masyarakat," katanya.utusan
Terbaik bro-bro semua , kita harus bersuara jangan biarkan manusia seperti Lee Khai Loon bebas dengan sikap kurang ajar mereka.
Masih tunggu respon mereka yang mengaku MELAYU di tempat lain !!

02 di kuala ketil - Google Blog Search

02 di kuala ketil - Google Blog Search


Akhirnya Mukhriz mengalah & Kuin kembali ke <b>Kuala Ketil</b>

Posted: 12 Jan 2014 11:04 PM PST

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

PROGRAM pertama Kolej Universiti Insaniah (Kuin) selepas kerajaan negeri bertukar tangan ialah memindahkan semula pusat pentadbiran dari kampus induk di Kuala Ketil kembali ke tapak asal yang sempit di Mergong.

Sebaik kampus induk Kuin dirasmikan pada Disember 2012 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, pusat pentadbiran institusi pengajian yang menjadi kebanggaan kerajaan negeri itu berpindah dari Mergong ke Kuala Ketil.

Semua kuliah pengajian Kuin juga turut dipindahkan secara berperingkat. Walaupun pada peringkat awal terdapat pelbagai masalah kerana asrama pelajar belum sempat disiapkan namun akhirnya masalah tersebut diatasi dengan pelbagai usaha.

Ditakdirkan Pakatan Rakyak tumbang dalam PRU14, maka pentadbiran Kuin pun bertukar tangan selepas rektornya Prof Dr. Mohd Jamil Othman melepaskan jawatan.

Pemangku Rektor kemudian diserahkan kepada Dato' Che Barni Mohd Nor, seorang yang bukan dari latarbelakang pengurusan akademik.

Melalui keputusan terburu-buru yang dibuat oleh kerajaan baru dan pentadbiran baru, pusat pentadbiran kembali dipindahkan di Mergong. Mereka memberi pelbagai alasan terhadap perpindahan tersebut. Antaranya kerana kos pengurusan yang terlalu tinggi dan kerajaan negeri tidak sudi membuat pelaburan dalam projek yang ibarat 'mencurah air ke daun keladi'.

Namun terdapat sumber dalaman menyebut bahawa antara sebab kembali ke Mergong adalah kerana terdapat pegawai yang tinggal di Alor Setar tidak sanggup berulang alik ke Kuala Ketil yang agak jauh. Jika benar dakwaan ini maka teruk sungguh pegawai tadbir di bawah kerajaan BN.

Manakala sebab kerajaan negeri mahu pusat pentadbiran berpindah ke Mergong, tidak lain tidak bukan berpunca dari sikap ego. Iyalah, jika mereka kekal di Kuala Ketil, ia macam pengiktirafan terhadap kejayaan yang dibuat oleh kerajaan lalu. Mukhriz yang pernah menjadi peserta demonstrasi haram bersama segelintir kakitangan Kuin menghentam kerajaan negeri tentulah rasa tercabar untuk mengiktiraf buah tangan Tan Sri Ustaz Azizan Razak. Sekalipun kembali ke Mergong adalah perbuatan 'kurang cerdik' tapi bagi kerajaan Mukhriz biarlah 'kurang cerdik' asal jangan iktiraf kecerdikan kerajaan lalu.

Di Mergong pelajar terpaksa kembali bersesak menghadiri kuliah. Siapa yang datang lewat terpaksa berada di luar kelas, mengikuti pengajian melalui tingkap. Di zaman siber ini semua gelagat lucu itu terakam dan tersebar dengan pantas ke alam maya. Teruknya kerajaan BN mentadbir Kuin menjadi bahan gelak ketawa dunia luar.

Kampus induk yang besar dan lengkap segala kemudahan tidak digunakan sebaliknya mereka memilih suasana penuh kedhaifan. BN dapat Kuin diibaratkan seperti kera dapat bunga.


Rektor baru

Kerajaan negeri kemudiannya memilih rektor baru iaitu Prof Datuk Mohd Yusof Kasim. Beliau adalah orang akademik dan bukan orang politik. Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan campur, tolak, darab, bahagi – pengurusan akademik. Beliau memilih untuk kembali ke kampus induk di Kuala Ketil.

Nampaknya dalam menguruskan negeri, kerajaan Mukhriz jadi macam Lebai Malang sekejap ke hulu, sekejap ke hilir dan kembali ke hulu. Macam Pak Pandir, sentiasa salah dalam membuat keputusan. Macam Pak Kadok, jadi bahan gelak ketawa orang ramai dengan gelagat baju kertasnya.

Alhamdulillah, akhirnya kerajaan negeri memanfaatkan sepenuhnya kampus induk yang menjadi buah tangan Ustaz Azizan. Memang itu yang sepatutnya dilakukan dari awal.

Terbaru, Mukhriz berkata kerajaan negeri bersetuju menggunakan sepenuhnya kampus induk tahun ini, selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk melahirkan lebih ramai anak negeri yang dapat memimpin masyarakat serta mencorakkan kehidupan masa depan yang lebih berkualiti. Mukhriz terlewat tujuh bulan untuk mula berfikiran murni seperti itu. Tak apalah sekurang-kurangnya lebih baik dari tidak terfikir langsung mengenainya.

Tanggal 11 Januari baru-baru ini Istiadat Konvokesyen Ke 15 diadakan di kampus induk Kuin Kuala Ketil, disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong. Di hadapan Agong, Mukhriz menyebut perihal pelan transformasi Kuin menyasarkan pencapaian taraf universiti penuh menjelang tahun 2015. Sebenarnya itulah yang dihasratkan oleh Ustaz Azizan dahulu apabila membina kampus induk di atas tanah yang berkeluasan lebih 300 hektar itu dengan segala prasarana yang melayakkannya untuk diiktiraf sebuah universiti penuh.

Jika Kuin terus terperap bawah longkong tempurung macam di Mergong maka sampai bila-bila Kuin tidak jadi sebuah universiti penuh.

Ustaz Azizan juga pernah mensasarkan suatu masa Kuin akan mencapai kedudukan kewangan yang stabil serta tidak bergantung lagi pada kerajaan negeri, walaupun pada peringkat awal ia seolah menjadi bebanan kepada negeri.

"Kuin juga dijangka mencapai kelestarian kewangan dan mampu berdikari mulai 2017," itu ucapan Mukhriz selepas tujuh bulan mendapat Kuin yang ditinggalkan Ustaz Azizan.
Mukhriz membuktikan kebenaran wawasan Ustaz Azizan walaupun terpaksa menempelak muka sendiri dengan sikap dan tindakan lalu

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


Kursus Imej dan kisah CuteCarry <b>di Pendang</b>,Kedah | CuteCarry

Posted: 05 Nov 2013 07:03 AM PST

Pendang adalah salah satu daerah di Kedah. Sebenarnya, nama Pendang memang biasa CuteCarry dengar tetapi ini adalah pertama kali CuteCarry berkesempatan bermalam disini sempena Kelas IMEJ:- Protokol dan Ketrampilan untuk Pejabat Tanah dan Daerah Pendang. Orang Pendang pun nak vogue juga!

CuteCarry bersama-sama peserta Kursus selama sehari. Best lah orang Pendang!!!!

CuteCarry amat berbesar hati bila diberitahu yang ini adalah kali pertama perunding imej dijemput ke sini. Pelbagai maklumat yang CuteCarry kongsikan terutamanya apakah pemakaian yang sesuai untuk korporat dan keadaan semasa. CuteCarry menyesuaikan cara penyampaian dan maklumat yang diberikan agar selaras dengan budaya dan cara hidup di kawasan Pendang tetapi juga boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Bukanlah bermakna yang Pendang terlalu kampung sehingga terpaksa diubah tetapi itu adalah cara CuteCarry berkongsi ilmu, ia perlu disesuaikan mengikut keadaan.

Sebenarnya Pendang bukanlah sebuah tempat yang hulu atau kampung, ia hanya sekitar 20 minit dari Alor Setar. Penduduknya pelbagai bangsa, melayu, cina dan Siam. Ia adalah pekan yang comel dengan segala kemudahan yang ada. Contohnya ialah Pejabat Daerah Pendang yang serba cantik dan moden! CuteCarry tidak sempat melawat keseluruhan kawasan Pendang tetapi dapat tahu yang Pendang adalah pengeluar air mineral utama yang terletak di sini iaitu di Kampung Titi Akar,Sungai Tiang! Wow..Itulah yang menarik jika kita berada di tempat orang, macam-macam yang kita rasa kita tahu tetapi macam-macam yang kita belum tahu.

Antara yang CuteCarry tidak tahu ialah di Pendang mempunyai tasik yang cantik. Urusetia daripada Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah (INSPIN) menyediakan bilik Suite di Pendang Lake Resort. Tidak sangka di tengah pekan Pendang, terletaknya satu resort di tepi tasik. Bilik-bilik hotel ini mengadap tasik dengan pemandangan yang sangat cantik.

Di pagi hari udara sangat nyaman dan sejuk. Sayangnya, CuteCarry hanya dapat merasa ketenangan di sini sekejap sahaja. Cuma, diharap tempat ini diselenggara dengan lebih baik. Precious!

YouTube Preview Image

Thank you. I love you too!!!

Jika berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry untuk mengendalikan kursus di organisasi anda, boleh dapatkan maklumat lanjut dan cadangan modul disini

Senarai pelanggan boleh click disini.

Call me at 0193290397 or email cutecarry@yahoo.com for details.

Comments

comments

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di padang serai</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jan 2014 01:23 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di padang serai</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jan 2014 01:25 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di padang serai</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Dec 2013 01:13 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di padang serai</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Dec 2013 01:29 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kayuh Sorang Je: <b>Padang Serai</b> ... ropewalk

Posted: 15 Nov 2013 09:40 PM PST

Sesuatu yang membanggakan ialah ramai yang bergiat dengan aktiviti berbasikal di kawasan Sungai Petani / Kuala Muda. Ini terbukti berikutan dengan 'Sirkit ke empat Harian Metro Mountain Bike Grand Prix' yang berlan pada Sabtu 09 Nov 2013. Acara mendapat sambutan hangat dari kelab kelab basikal seluruh negara dan hampir kesemua kelab basikal dan orang perseorangan di kawasan Sungai Petani menyertai. Acara dimulakan di tapak Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbuk melalui kawasan bukit bukau, lembah, sungai, kebun, dusun, bendang dan hutan rimba.
Menurut seorang rakan yang mendapat kedudukan 50 peserta pertama menyudahkan kayuhan (lebih 1,500 peserta mengambil bahagian), trek atau laluan ini diantara trek yang paling seronok yang pernah disertai. Trek ini seimbang, tidak terlalu banyak laluan perkampungan, taman perumahan dan pekan dan trek off-road tidak begitu sukar ditempuhi. Sungai yang dilintasi di kawasan Rekreasi Tupah memecahkan monotoni dan menyeronokkan.
Dia mengharapkan agar trek atau laluan ini dijadikan salah satu venue atau lokasi untuk jamboree basikal dimasa hadapan. Selain dapat menunjulkan dan menengahkan kawasan ini untuk dijadikan salah satu destinasi pelancongan dan percutian, ia boleh dijadikan tarikan kepada peminat basikal seluruh negara untuk beriyadah. 
Aku tidak berapa terkilan kerana tidak turut serta kerana sudah lama 'menggantung' basikal gunung. Bahkan kini aku tidak lagi mempunyai mountain bikes kerana aku telah convert menjadi touring  bikes. Pada mula ingin juga aku turut serta menjadi penonton, melihat kawan kawan dan geng basikal sambil memberi peransang tetapi malang aku terpaksa balik ke Negeri Sembilan (Felda Raja Alias). Mungkin lain tahun sahaja.
Kalau dilihat bahagian sukan akhbar Harian Metro beberapa minggu sebelum acara diadakan, hampir setiap hari surat khabar tersebut memberikan liputan beserta lapuran untuk kelab kelab basikal dan orang perseorangan yang berdaftar untuk mengambil bahagian sirkit tersebut. Ini diteruskan satu minggu selepas program berlansung. Tumpang gembira melihat gambar kawan kawan disiarkan dalam akhbar. Bukan senang nak masuk surat khabar.
Biasalah ... hujung minggu terdapat ramai rider berada dijalan hari ini. Ada yang berkayuh seorangan seperti aku tetapi ramai yang berkayuh berkumpulan. Pagi ini ramai juga rider wanita diatas jalan. Seronok melihat semakin ramai kaum hawa menyertai aktiviti ini. Selalunya sering dilihat kaum hawa akan mengayuh mengekori suami ... (agaknya) tetapi sebentar tadi terlihat mereka berkayuh sesama sendiri. Nasib baik aku tidak buat U-turn mengikut mereka ...... ha ha..
Ingin singgah di pasar 'ropewalk' pekan Padang Serai untuk melihat apa yang dijual, tetapi membatalkan hasrat kerana pernah sekali singgah disana beberapa bulan lalu. Tiada apa yang menarik dan kebanyakkan menjual barangan yang tidak diperlukan.
Singgah di rumah Md Noor di Taman Serai Wangi tetapi dia tiada dirumah. Aku meneruskan kayuhan pulang dan singgah untuk sarapan roti canai di Pekan Pinang Tunggal.
Statistik : 
    Mula ............... 8.05 pagi
    Tamat ............  10.50 pagi
    Jarak ............... 58 km
    Cuaca .............. Redup
    Laluan ............. Bandar Puteri - Sidam Kiri - Padang Serai - Pinang Tunggal
   Odometer 2013 : 04604
       

BLOG KEDAH: 02 <b>di padang serai</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Dec 2013 01:33 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Misteri! Penampakan Bunian <b>Di Padang Serai</b>? (Video) | Informasi <b>...</b>

Posted: 16 Aug 2013 07:30 PM PDT

Misteri! Penampakan Bunian Di Padang Serai? (Video) | Benarkah bunian ini wujud? Seperti yang didakwa oleh orang dahulu kala, mereka juga seperti kita namun hidup di alam lain. Kita tidak boleh melihat mereka. Baru-baru ini satu rakaman video sewaktu ingin mendenak atau memikat ayam hutan telah  terakam penampakan orang berjubah putih melalui di belakang di dalam rimbunan pokok-pokok di kawasan tersebut. Persoalannya, benarkah itu bunian? Mungkin bunian, mungkin juga orang lelaki yang baru pulang dari surau ataupun masjid. Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Anda boleh tonton video di atas ini.

ayam2

ayam1

game

P.S. I – 10 Tempat Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – 5 Tempat Paling Ajaib di England
P.S. III – Menarik! Cara Untuk Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris

Sumber : Amekaw

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Eylizar Homestay Murah <b>Di</b> Kuah, <b>Langkawi</b>.: Pertandingan Muay <b>...</b>

Posted: 27 Dec 2013 10:26 AM PST


Pertandingan Muay Thai di Langkawi Tarik Pelancong tempatan dan juga luar negara. Pertandingan ini yang baru di Rasmikan Oleh YB.Mohamad Rawi Bin Hamid menjadikan Langkawi salah satu tempat pertandingan sukan lasak ini. Pertandingan ini bermula pada 27hb Disember dan berakhir pada 28hb Disember 2013 adalah satu acara penutup untuk tahun 2013 ini. Di sampng itu juga pihak LADA memainkan peranan penting dengan menyokong penuh demi memajukan industri pelancongan di Langkawi.

Pihak penganjur sukan Tomoi ini akan menganjurkan juga pertandingan tomoi peringkat antarabangsa pada tahun depan iaitu 2014 dan di ramalkan ramai lagi peserta daripada dalam negara dan juga negara luar akan bertanding. Sebanyak 6 pasangan yang bertanding malam tadi dan akan bersambung lagi pada malam esoknya.

Jika anda berada di Langkawi ketika ini datanglah beramai-ramai esok untuk menyaksikan pertandingan lagi 5 pasangan yang lebih rancak menampilkan peserta luar negara dan juga dalam negara kita.

Harga tiket hanya RM25 sahaja.
lokasinya: Komplek sukan Langkawi

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


Tergempar Misteri Penunggu Gunung <b>Jerai</b>, <b>Kedah</b> - Zul AeriazZ

Posted: 19 Jan 2014 06:57 AM PST

Tergempar Misteri Penunggu Gunung Jerai, Kedah | Hampir jam 8.00 malam, dua orang gadis terus berkeliaran di sekitar puncak gunung jerai. Mereka tercari-cari seseorang. Di puncak gunung itu, kedua-dua gadis ini telah bertemu dengan seorang lelaki bernama Ramli bin Haji Khamis, 48. Dia bekerja dengan sebuah organisasi yang terletak di puncak gunung itu. Sudah hampir 20 tahun beliau bekerja di situ.
"Abang, kami nak bermalam di sini, di Padang Tok Sheikh, boleh tak ? " Tanya salah seorang daripada mereka. Namanya Rasidah. Kawasan padang yang ditanyakan oleh gadis itu adalah sebuah tempat lapang di puncak gunung itu. Ia dipanggil Padang Tok Sheikh.
En.Ramli bingung. Biasanya orang yang hendak berkhemah atau berkelah di situ memang akan bertanya dan meminta kebenaran daripada beliau terlebih dahulu. Boleh atau tidak, beliau yang akan putuskan.
Tapi kali ini beliau terpaksa menegah kerana sungguh tidak molek anak gadis bermalam di situ. Lalu beliau menyuruh kedua-dua gadis yang bertelekung ini pulang sahaja. Namun gadis-gadis itu enggan. " Tolonglah bang, malam ni aja. Lepas ni, kami takkan datang lagi," pinta Rasidah lagi.
En.Ramli tidak mahu berganjak daripada keputusannya. Berulang kali difikirkannya, apa gadis-gadis ini tidak takut dengan gunung ini ? Gunung ini 'bernyawa'. Ia banyak menyimpan cerita misterinya yang tersendiri.
Orang-orang di Gurun, Kedah, semuanya tahu puncak gunung itu adalah perkampungan bunian. Di puncak itu ada sebuah kerajaan besar. Ada istana dan pemerintahnya. Juga, ada kampung-kampung dan rakyat jelatanya.
Jadi, tidak perlu gadis-gadis tersebut bermalam di puncak gunung itu. Bahaya! Nanti disorok orang bunian. Tetapi berulang kali beliau menghalang, ada-ada saja alasan yang diterimanya.
"Kami dah janji dengan tok wan. Tok wan nak datang malam ni. Bolehlah, bang…" rayu Rasidah, tinggi suaranya.
Tok wan mana pula, fakir En.Ramli. Ada sesuatu yang tidak kena ! Segera beliau amati wajah kedua-dua gadis yang bertelekung ini. Air muka mereka berdua manis dan berseri. Berumur sekitar awal 20-an. Salah seorang daripada mereka senyap sahaja, hanya Rasidah yang bersuara. Pada pandangan Ramli, gadis-gadis ini bukan jelmaan makhluk halus. Bukan… mereka bukan orang bunian !
"Tolonglah, bang. Puteri dah mimpi semalam ! Tok wan nak datang malam ni. Puteri dah janji dengan tok wan," kata Rasidah lagi.
Puteri ? Siapa puteri ? Fikiran beliau semakin bercelaru. Siapakah gadis-gadis ini sebenarnya ? Mengapa lain benar percakapan mereka ?
Lalu beliau cuba menakut-nakutkan mereka. En.Ramli katakan yang hutan itu penuh dengan binatang buas. Di sekitar gunung itu sudah ramai orang yang hilang nyawa diserang gajah meroyan, harimau, atau dipatuk ular, kala jengking, bisa lipan bara dan binatang-binatang buas yang lain.
"Tak mengapa, bang. Tok wan ada, tok wan boleh halau binatang-binatang tu. Puteri pun ada !" jawab Rasidah. Ah! En.Ramli semakin terasa aneh dengan percakapan gadis ini. Siapa tok wan itu ? Siapa pula puteri itu ?
Tiba-tiba, ada suara aneh hinggap ke telinga En.Ramli. Seakan ada orang meniup-niup telinganya dan berulang kali suara itu menyebut Puteri Delima. "Puteri Delima. Puteri Delimaaaa !! " beliau terpaku. Siapa yang bercakap ? Darahnya mula berderau. Puteri Delima mana pula yang hendak datang, fikirnya berulang.
"Sayalah Puteri Delima !" kata gadis yang duduk di sebelah Rasidah. Gadis yang senyap sahaja dari tadi itu mulai bersuara. Matanya berkilat. Kemudian dia tersenyum lebar dan ketawa terkekek-kekek. "Ehh… ehheeee…! Ehh… ehheeee… ! Saya nak jumpa tok wan ! Saya nak jumpa tok waaaaaan!!!! " kata gadis itu yang tidak putus-putus tersenyum dan memandang Ramli.
En.Ramli tergamam. Terus dia benarkan gadis-gadis itu pergi ke Padang Tok Sheikh kerana gadis-gadis ini bukan manusia biasa lagi. Mereka sudah dirasuk bunian, beliau terpaksa tunaikan saja permintaan mereka.
Esoknya En.Ramli diberitahu rakan-rakannya, kedua-dua gadis tersebut ada berjumpa dengan orang-orang yang bekerja di sekitar gunung itu. Malam itu juga gadis-gadis tersebut telah dapat berjumpa dengan tok wan yang dimaksudkannya. Dakwa kawan-kawan beliau, tok wan itu seorang lelaki tua dan beserban hijau. Mereka berjumpa di Padang Tok Sheikh. Peristiwa ini baru berlaku dua tiga tahun lepas.
Pada pengalaman En.Ramli, apa yang mereka lihat itu adalah kelibat orang-orang bunian. Kawasan padang itu adalah salah satu daripada penempatan orang-orang bunian tersebut. Hutan rimba di sekeliling padang dan kawasan air terjun berdekatan juga adalah daerah kerajaan bunian.
Dahulu ada sekumpulan anak muda yang ternampak istana bunian di tepi air terjun di situ. Mujur mereka cepat-cepat beredar. Kalau mereka masuk ke kawasan istana itu, mungkin mereka semua akan hilang dibawa ke alam ghaib.
Orang-orang bunian ini memang sungguh menawan paras rupa mereka. Yang perempuan cantik, yang lelaki pula kacak. Ada para pemuda dan pemudi yang mudah benar jatuh cinta apabila melihat makhluk-makhluk halus ini.
Mereka mengekori pemuda dan pemudi bunian itu ke dalam hutan dan akhirnya, ramai yang telah tersesat. Malah ada yang terus hilang di hutan rimba gunung itu, sampailah sekarang tidak ditemui.
En.Ramli sendiri selalu terlihat orang bunian yang masuk ke dalam surau di puncak gunung itu. Di ketika yang lain, Ramli ternampak seorang lelaki tua bunian yang berserban mengambil air sembahyang di perigi yang ada di situ.
Sebenarnya En.Ramli sudah banyak melalui pengalaman dahsyat yang dikatakan angkara makhluk-makhluk halus. Pada awal tahun 2000, ada seorang lelaki berusia pertengahan umur 20-an telah hilang di gunung itu. Jadi, beliau diminta untuk membantu usaha polis mencari pemuda tersebut kerana dia cukup arif tentang kawasan pergunungan itu.
"Kita cari di sekitar air terjun dulu. Kalau tak jumpa juga, kita redah hutan ni,"kata En.Ramli pada polis-polis tersebut. Tetapi sudah hampir tiga hari, usaha mencarinya masih tidak membuahkan hasil. Tetap buntu. Sehinggalah pihak polis terpaksa menggunakan anjing pengesan untuk mencarinya.
Akhirnya, pemuda itu berjaya juga ditemui setelah hampir seminggu dicari. Pemuda itu dijumpai di sekitar kawasan hutan yang tidak jauh dari kawasan air terjun tadi.
Malang sekali, pemuda itu sudah tidak bernyawa lagi. Mayatnya ditemui dalam keadaan sungguh mengerunkan. Kepalanya putus. Dia seakan diserang oleh gergasi. Badannya berlumuran darah dan penuh luka. Cebisan pakaiannya yang koyak rabak bersepah-sepah diserata tempat. Apa sebenarnya yang telah terjadi ?
En.Ramli yakin ini bukan angkara binatang buas. Itu angkara bunian kerana sebelumnya mereka sudah pun mencari di serata puncak gunung itu, pemuda tersebut gagal ditemui. Tetapi mengapa beberapa hari kemudian tiba-tiba sahaja mayatnya dijumpai berhampiran dengan air terjun itu ? Mesti ada sebab yang lain.
En.Ramli percaya pemuda itu dibunuh dan disorok bunian. Lagipun, kawasan air terjun itu dan hutan- hutan di sekitarnya adalah tempat letaknya perkampungan bunian. Air terjun itu dipanggil tasik lima beradik kerana ia adalah tempat lima orang puteri bunian bermandi-manda. Puteri-puteri itu diceritakan terlalu cantik, tiada tandingan berbanding kecantikan manusia. Sambil mandi, mereka ketawa beramai-ramai.
Beliau juga selalu mengingatkan para pengunjung, andainya mereka melihat lima puteri yang jelita itu, janganlah sesekali tergoda. Apatah lagi cuba-cuba menyimpan hajat mendekati mereka. Sesiapa yang terpedaya, nescaya akan lenyap ke alam bunian, kemudian hilang dari alam nyata.
Di pinggir air terjun pula, kata En.Ramli, terletaknya istana bunian. Istana itu tersergam indah. Di sekelilingnya terdapat perkampungan bunian. En.Ramli memberi amaran kepada pengunjung, jangan dekati istana dan perkampungan itu. Silap langkah mereka akan di bawa masuk ke alam bunian dan terus lenyap.
Ramli percaya, pemuda yang mati itu telah termasuk ke alam bunian tersebut. Walaupun kematian pemuda itu disahkan akibat serangan binatang buas, tapi Ramli kurang setuju. "Ini kerja bunian," berkali-kali dikatakan begitu.
Oleh kerana itulah En.Ramli selalu mengingatkan para pengunjung supaya jangan cakap besar, takbur dan riak. Kalau tidak, nanti dapat kecelakaan. Tambah lagi buat perkara-perkara yang tidak elok, bala mungkin akan menimpa.
"kalau ada apa-apa perkara yang pelik berlaku, jangan tegur. Lebih baik, diam ! Kalau ternampak benda-benda yang ganjil, tinggalkan. Ini kampung bunian " pesan En.Ramli.
Gunung itu sering 'mengambil nyawa' manusia yang berniat tidak baik. Mungkin ada benarnya ia angkara binatang buas, tapi bagi En.Ramli, mungkin juga disebabkan orang bunian. Sama juga dengan kebanyakkan kejadian orang mati lemas di kawasan air terjun di kaki gunung itu. En.Ramli percaya semua itu angkara bunian.
Nama gunung itu, Gunung Jerai. Orang-orang di Gurun, Kedah sentiasa berhati-hati apabila ke sana. Kalau ada orang luar yang mahu ke gunung itu dan berjumpa En.Ramli, dia akan berpesan, "hati-hati. Jangan main-main dengan pengunggu Gunung Jerai ini. Tempat ini keras ! "