Kejadian sebuah kontena bermuatan kertas A4 tumbang dan mengenai kenderaan yang sedang parking berlaku di Sungai Petani Kedah.
Lebih malang lagi kedua-dua Kereta Myvii yang dihempap itu Myvi keluaran baru Perodua, mujurlah Tiada kecederaan yang dilaporkan. - sumber gambar dan berita:- DAily-TRaffic-REport
Bayi Dibuang Depan Rumah di Kuala Kedah 20 Januari 2014
BAYI DIBUANG DEPAN RUMAH DI KUALA KEDAH 20 JANUARI 2014
Seorang bayi lelaki seberat 2.5kg yang baru dilahirkan masih lengkap bertali pusat ditemui di hadapan sebuah rumah hanya berlapikkan beg plastik di Kampung Sungai Sebatang, Jalan Kuala Kedah, Kedah kira-kira pukul 2.30 pagi Isnin
Mengulas lanjut tentang kejadian itu, bayi berkenaan ditemui dalam keadaan pucat, lemah akibat kesejukan oleh seorang remaja, Normawani Ahmad berusia 17 tahun
Normawani bertindak menyelamatkan bayi terbabit sebelum di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan susulan
Bagaimana pun keadaan bayi tersebut dilaporkan stabil
PENDANG – Sebanyak 14 unit kedai di Bangunan Seroja di sini hangus dalam kebakaran awal pagi ini.
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira 2.25 pagi itu kerana penghuni sudah pulang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Alor Setar, Mohd Izham Abd Rahim berkata anggota bomba yang tiba di tempat kejadian kira-kira 23 minit selepas menerima panggilan pada 2.25 pagi, mendapati kira-kira 80 peratus bangunan sudah terbakar.
Beliau berkata 13 anggota dengan kekuatan dua jentera dan dibantu 10 jentera dan 80 anggota bomba sukarela berjaya mengawal kebakaran pada 3.07 pagi.
"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat," katanya kepada pemberita.
Peniaga barangan emas, Khairudin Majid, 39, berkata dia kerugian kira-kira RM300,000 membabitkan barangan emas dan mesin pertukangan yang musnah dalam kebakaran itu.
"Kedai ini sudah berusia lebih 20 tahun. Saya pun dah lapan tahun menyewa daripada Majlis Daerah Pendang," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.
Nor Asmah Ismail, 48, peniaga barangan sejuk beku yang telah berniaga di situ sejak 17 tahun lalu, berkata dia kerugian lebih RM50,000.
"Barang-barang banyak yang terbakar dan peti sejuk sudah tidak boleh digunakan," katanya.
Zainal Abidin Saad, 51, yang menjual buah-buahan dan kuih tradisional berkata dia kerugian kira-kira RM30,000. – BERNAMA
14 Kedai Di Pekan Pendang Hangushttp://mynewshub.my/2013/10/06/14-kedai-di-pekan-pendang-hangus/http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/14-Kedai-Di-Pekan-Pendang-Hangus.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/14-Kedai-Di-Pekan-Pendang-Hangus-150x150.jpgMyNewsHubTerkiniKebakaran
PENDANG - Sebanyak 14 unit kedai di Bangunan Seroja di sini hangus dalam kebakaran awal pagi ini.
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira 2.25 pagi itu kerana penghuni sudah pulang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Alor Setar, Mohd Izham Abd Rahim berkata anggota bomba yang tiba di tempat...
PENDANG - Sebanyak 14 unit kedai di Bangunan Seroja di sini hangus dalam kebakaran awal pagi ini.
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira 2.25 pagi itu kerana penghuni sudah pulang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Alor Setar, Mohd Izham Abd Rahim berkata anggota bomba yang tiba di tempat kejadian kira-kira 23 minit selepas menerima panggilan pada 2.25 pagi, mendapati kira-kira 80 peratus bangunan sudah terbakar.
Beliau berkata 13 anggota dengan kekuatan dua jentera dan dibantu 10 jentera dan 80 anggota bomba sukarela berjaya mengawal kebakaran pada 3.07 pagi.
"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat," katanya kepada pemberita.
Peniaga barangan emas, Khairudin Majid, 39, berkata dia kerugian kira-kira RM300,000 membabitkan barangan emas dan mesin pertukangan yang musnah dalam kebakaran itu.
"Kedai ini sudah berusia lebih 20 tahun. Saya pun dah lapan tahun menyewa daripada Majlis Daerah Pendang," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.
Nor Asmah Ismail, 48, peniaga barangan sejuk beku yang telah berniaga di situ sejak 17 tahun lalu, berkata dia kerugian lebih RM50,000.
"Barang-barang banyak yang terbakar dan peti sejuk sudah tidak boleh digunakan," katanya.
Zainal Abidin Saad, 51, yang menjual buah-buahan dan kuih tradisional berkata dia kerugian kira-kira RM30,000. - BERNAMA
Sesuatu yang membanggakan ialah ramai yang bergiat dengan aktiviti berbasikal di kawasan Sungai Petani / Kuala Muda. Ini terbukti berikutan dengan 'Sirkit ke empat Harian Metro Mountain Bike Grand Prix' yang berlan pada Sabtu 09 Nov 2013. Acara mendapat sambutan hangat dari kelab kelab basikal seluruh negara dan hampir kesemua kelab basikal dan orang perseorangan di kawasan Sungai Petani menyertai. Acara dimulakan di tapak Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbuk melalui kawasan bukit bukau, lembah, sungai, kebun, dusun, bendang dan hutan rimba. Menurut seorang rakan yang mendapat kedudukan 50 peserta pertama menyudahkan kayuhan (lebih 1,500 peserta mengambil bahagian), trek atau laluan ini diantara trek yang paling seronok yang pernah disertai. Trek ini seimbang, tidak terlalu banyak laluan perkampungan, taman perumahan dan pekan dan trek off-road tidak begitu sukar ditempuhi. Sungai yang dilintasi di kawasan Rekreasi Tupah memecahkan monotoni dan menyeronokkan. Dia mengharapkan agar trek atau laluan ini dijadikan salah satu venue atau lokasi untuk jamboree basikal dimasa hadapan. Selain dapat menunjulkan dan menengahkan kawasan ini untuk dijadikan salah satu destinasi pelancongan dan percutian, ia boleh dijadikan tarikan kepada peminat basikal seluruh negara untuk beriyadah.
Aku tidak berapa terkilan kerana tidak turut serta kerana sudah lama 'menggantung' basikal gunung. Bahkan kini aku tidak lagi mempunyai mountain bikes kerana aku telah convert menjadi touring bikes. Pada mula ingin juga aku turut serta menjadi penonton, melihat kawan kawan dan geng basikal sambil memberi peransang tetapi malang aku terpaksa balik ke Negeri Sembilan (Felda Raja Alias). Mungkin lain tahun sahaja.
Kalau dilihat bahagian sukan akhbar Harian Metro beberapa minggu sebelum acara diadakan, hampir setiap hari surat khabar tersebut memberikan liputan beserta lapuran untuk kelab kelab basikal dan orang perseorangan yang berdaftar untuk mengambil bahagian sirkit tersebut. Ini diteruskan satu minggu selepas program berlansung. Tumpang gembira melihat gambar kawan kawan disiarkan dalam akhbar. Bukan senang nak masuk surat khabar.
Biasalah ... hujung minggu terdapat ramai rider berada dijalan hari ini. Ada yang berkayuh seorangan seperti aku tetapi ramai yang berkayuh berkumpulan. Pagi ini ramai juga rider wanita diatas jalan. Seronok melihat semakin ramai kaum hawa menyertai aktiviti ini. Selalunya sering dilihat kaum hawa akan mengayuh mengekori suami ... (agaknya) tetapi sebentar tadi terlihat mereka berkayuh sesama sendiri. Nasib baik aku tidak buat U-turn mengikut mereka ...... ha ha.. Ingin singgah di pasar 'ropewalk' pekan Padang Serai untuk melihat apa yang dijual, tetapi membatalkan hasrat kerana pernah sekali singgah disana beberapa bulan lalu. Tiada apa yang menarik dan kebanyakkan menjual barangan yang tidak diperlukan. Singgah di rumah Md Noor di Taman Serai Wangi tetapi dia tiada dirumah. Aku meneruskan kayuhan pulang dan singgah untuk sarapan roti canai di Pekan Pinang Tunggal.
Statistik :
Mula ............... 8.05 pagi
Tamat ............ 10.50 pagi
Jarak ............... 58 km
Cuaca .............. Redup
Laluan ............. Bandar Puteri - Sidam Kiri - Padang Serai - Pinang Tunggal
Misteri! Penampakan Bunian Di Padang Serai? (Video) | Benarkah bunian ini wujud? Seperti yang didakwa oleh orang dahulu kala, mereka juga seperti kita namun hidup di alam lain. Kita tidak boleh melihat mereka. Baru-baru ini satu rakaman video sewaktu ingin mendenak atau memikat ayam hutan telah terakam penampakan orang berjubah putih melalui di belakang di dalam rimbunan pokok-pokok di kawasan tersebut. Persoalannya, benarkah itu bunian? Mungkin bunian, mungkin juga orang lelaki yang baru pulang dari surau ataupun masjid. Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Anda boleh tonton video di atas ini.
Sabda Nabi s.a.w: " Tujuh golongan manusia dilindungi Allah di hari yang tidak ada perlindungan selain daripada perlindunganNya, mereka ialah: 1. Pemimpin (Imam) yang adil. 2. Pemuda yang hidup dalam mentaati Allah. 3. Lelaki yang sentiasa mengingati masjid untuk beribadat. 4. Lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 5. Lelaki yang menolak pujukan seorang perempuan cantik dan mempunyai kedudukan yang tinggi (berpangkat). Disamping itu, dia berkata "sesungguhnya aku takutkan Allah". 6. Lelaki yang bersedekah dengan ikhlas dan tidak menghebohkan sedekahnya itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya. 7. Lelaki yang sentiasa menyebut (berzikir) nama Allah secara bersembunyi, maka ketika itu mengalirlah air matanya. Marilah kita sama - sama memposisikan diri kita dalam kelompok ini. Semoga beroleh rahmat dari Ilahi.. Insyallah..