Ahad, 2 Mac 2014

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


اَفْكَاْر طَنْطَاوِيّ: "KEMARAU" Jumlah Air Mencukupi <b>Di Negeri Kedah</b> <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2014 03:51 PM PST

بسم الله الرحمن الرحيم

Jangan risau, air di Kedah cukup untuk tampung 3 tahun lagi.

KUALA NERANG - Kedah tidak menghadapi krisis air yang kritikal kerana tiga empangan di negeri ini mempunyai kapasiti lebih 1,000 juta meter padu air dan cukup untuk menampung kegunaan domestik dan pertanian.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrul Hisham Hashim berkata tiga empangan di Padang Terap iaitu Empangan Pedu mempunyai air sebanyak 773 juta meter padu atau 72 peratus.

Beliau berkata Empangan Ahning pula mencatatkan jumlah takungan air sebanyak 163 juta meter padu atau 67.43 peratus, manakala Empangan Muda pula mencatatkan 74 juta meter padu air.

Katanya jumlah air di tiga empangan itu mencukupi untuk menampung kegunaan domestik dalam tempoh tiga tahun.

"Kapasiti air yang ada di tiga empangan itu juga dapat disalurkan ke sawah padi untuk satu musim penanaman padi yang akan bermula akhir Mac ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Empangan Pedu dekat sini hari ini.

Badrol Hisham berkata rakyat di negeri ini juga tidak perlu bimbang mengenai krisis air pada musim cuaca kering ini kerana sumber air yang ada dapat digunakan dalam tempoh tiga tahun walaupun keadaan ini berterusan.

Beliau berkata, setiap bulan sebanyak 1 juta meter padu air diagihkan untuk kegunaan rakyat negeri ini untuk tujuan pengairan pertanian dan kegunaan domestik. - Bernama

p/s : Alhamdulillah, bersyukur dengan nikmat yg Allah beri.

Beberapa Sungai <b>Di</b> Selangor, <b>Kedah</b> Dan <b>Negeri</b> Sembilan <b>...</b>

Posted: 28 Nov 2012 12:07 AM PST

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di beberapa kawasan di Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah agar berwaspada kemungkinan banjir berikutan bacaan paras air sungai melebihi aras amaran dan bahaya.

Kawasan terbabit ialah sekitar Kuala Langat, Kuala Selangor dan Hulu Selangor, Jempol, Gemas, Rembau di Negeri Sembilan dan Sik, di Kedah.

Setakat 11.50 pagi, bacaan Sungai Langat di Bukit Changgang di Kuala Langat mencatat 4.02 meter, Sungai Selangor di Rantau Panjang, Kuala Selangor, 7.45 meter iaitu melebihi aras amaran manakala Sungai Bernam di Jambatan SKC, Hulu Selangor mencatat 19.07 meter, iaitu melebihi aras bahaya.

Menurut portal JPS, aras Sungai Serting di Serting Ulu di Negeri Sembilan pula mencatatkan 73.62 meter, Sungai Rembau di Titian Bintangor, Rembau (6.40 meter) iaitu melebihi paras amaran manakala Sungai Muar di Pekan Rompin, Gemas, Negeri Sembilan melebihi aras bahaya iaitu 35.98 meter.

Sungai Chepir di Batu 5 di Sik, Kedah mencatatkan 32.86 meter iaitu melebihiaras amaran.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan bilangan mangsa banjir di Selangor dan Negeri Sembilan masing-masing 18 dan 20 orang.

Dua buah pusat pemindahan dibuka iaitu di Surau Sungai Nilam, Sungai Selisek, Hulu Bernam, Hulu Selangor dan Balai Raya Kampung Batu Kikir Timur, Jempol, Negeri Sembilan.

- BERNAMA

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


Projek perkampungan nelayan <b>di Tanjung Dawai</b> mula Februari <b>...</b>

Posted: 17 Nov 2012 11:57 PM PST

Gambar hiasan:-

Kerajaan Pusat akan membina sebuah perkampungan nelayan di Tanjung Dawai yang akan dilengkapi infrastrukur termasuk perumahan membabitkan kos RM45 juta bagi kemudahan golongan itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Hashim Abdullah berkata, projek itu akan dilaksanakan atas tapak seluas kira-kira 10 hektar dan majlis pecah tanah projek itu dijadualkan pada Februari tahun depan.

"Projek ini mengandungi 300 unit rumah banglo, pelbagai kemudahan antaranya surau, dewan orang ramai, tadika, gelanggang futsal dan unit-unit kedai serta bengkel bagi menempatkan 300 keluarga nelayan.

"Sekarang mereka tinggal di rumah yang dibina atas tanah milik orang lain yang menyukarkan kerajaan memberi bantuan membaik pulih rumah kerana perlu mendapat kebenaran tuan tanah," katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan ke tapak cadangan projek itu di Sungai Petani, hari ini.

Mohd Hashim berkata, kerajaan sentiasa menitikberatkan kebajikan rakyat terutama golongan yang memerlukan.

Katanya, perkampungan nelayan itu apabila siap kelak dapat meningkatkan aktiviti ekonomi sampingan nelayan dengan mengusahakan projek hiliran seperti keropok dan ikan kering selain membolehkan mereka menjual hasil tangkapan secara terus.

Beliau berkata, menyedari potensi Tanjung Dawai menjadi pusat agro-pelancongan moden, kerajaan bercadang membina jeti baharu di perkampungan itu yang akan memudahkan nelayan mendaratkan hasil tangkapan mereka.

- BERNAMA

02 di kuala ketil - Google Blog Search

02 di kuala ketil - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di kuala ketil</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Feb 2014 03:18 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Guru Agama Maut Motorsikal Digesel Lori <b>Di Kuala Ketil</b>, Kedah <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2014 08:04 AM PST

- Tuesday: 2014-02-18 00:04:45'.

maut-motorsikal-digesel-lori-kuala-ketil
Di Sungai Petani, Kedah, seorang guru agama maut apabila motosikal ditungganginya bergesel dengan sebuah lori yang datang dari arah sama.

Akibatnya mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Nahas berlaku jam 1.30 petang tadi.

Mangsa Rashid Awang, 75 ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya setelah selesai  mengajar kelas agama di Kuala Ketil.

Mangsa yang parah di bahagian kepala dan badan, di sahkan meninggal dunia di  tempat kejadian.

Pemandu lori terbabit pula melarikan diri  sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Muda.

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


Azhar Mahab Pengetua Pusat Tahfiz Amal <b>Yan Kedah</b> Penipu

Posted: 18 Feb 2014 06:53 PM PST

azhar wahab

Azhar Wahab, Pengasas Pengetua Pusat Tahfiz Amal Yan Kedah Penipu : Orang Malaysia terkenal dengan sikap pemurah. Cepat menghulur bantuan melihatkan kesusahah orang lain walaupun yang datang meminta bantuan, tidak tahu "asal-usulnya". Malangnya….

Malangnya keprihatinan rakyat Malaysia telah disalahguna oleh golongan yang sanggup mengambil kesempatan dengan memperhambakan anak yatim bagi memuaskan misi mengaut kemewahan dengan cara mudah dan juga keji. Inilah yang dilakukan Azhar Wahab, pengasas Pusat Tahfiz Amal Yan Kedah.

Azhar Wahab inilah yang mengumpul & mengaut keuntungan duit anda-anda semua yang prihatin semasa menghulur bantuan & derma.

Azhar Wahab, Pengasas Pengetua Pusat Tahfiz Amal Yan Kedah Senang Lenang VS Pelajar Sengsara

Anak Yatim di bawah kendalian Azhar Wahab, Pengasas Pengetua Pusat Tahfiz Amal Yan Kedah ada sahaja di mana.

  • Stesen Minyak
  • Kedai Makan
  • Dan di merata-rata tempat sehingga ke lewat malam tanpa pengawasan

Berusaha memenuhi tuntutan nafsu serakah pengasas Pusat Tahfiz Amal Yan Kedah, Azhar Wahab bagi mencapai sasaran kutipan yang dikehendaki setiap hari. Akhirnya kanak-kanak dan anak yatim ini digunakan sewenang-wenangnya.

Setiap hari buat kutipan? Jadi bila masa mereka ke sekolah, belajar? Bila masa mereka mengaji dan manghafaz? Pernah ada seorang hamba Allah soal mereka dengan memberi ayat lazim yang mudah pun pun tak hafal. Kata Pusat tahfiz Amal Yan Kedah. Erm…..

Nasihat Berita Semasa, jikalau berjumpa dengan mana-mana kanak-kanak yang kutip derma termasuklah daripada Pusat Tahfiz Amal Yan Kedah jangan diberikan duit tetapi hulurkan bantuan dalam bentuk makanan atau apa-apa selain daripada duit.

Individu seperti inilah yang merosakkan nama Pusat tahfiz di malaysia. memalukan dan membusukkan nama Islam. Apa respon balas anda pula?

KLIK Butang LIKE & SHARE (Kongsikan Berita Ini)