Khamis, 27 Mac 2014

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


SEJENAK BERSAMA PAK KASSIM AHMAD <b>DI KULIM</b> | Daulah <b>...</b>

Posted: 24 Mar 2014 01:31 AM PDT

Bapak Kassim Ahmad telah menjengah usia 80 tahun (1934- 2O14). Beliau kelihatan uzur selepas dikunjungi para pelawat yang ramai, tersentak dengan kontoversi yang dicetuskannya :

1. Tawhid hanya tunggal lailahaillallah

2. Tawhid kedua Muhammadur Rasulullah batal

3. Al Quran tidak memerlukan Al Hadis yang menurut Imam Shafie sebagai al hikmah untuk menerangkanya.Al Quran telah lengkap untuk menerangkan kebenaran Ilahi dan tidak memerlukan tokok tambah lagi.

4. Rambut wanita bukanlah aurat.

5. Punca kelemahan umat Islam kerans terlalu percaya kepada alim ulama yang diangkat sebagai kelas paderi untuk membuat dan menafsir hukum di sepanjang sejarah.

Kunjungan ke rumah Pak Kassim yang penulis kenali sejak di P.Pinang 20 tahun yang lalu mengesahkan pendiriannya tetap utuh.

Beliau bermula sebagai seorang sasterawan, anak zaman yang membentrontak terhadap kebejatan FEUDALISME yang diperlindungi dan dibajai PENJAJAH sepanjang era penjajahan dan selepas merdeka.

Menurut pengalaman seorang rakan pelajar yang senior Prof Syed Naquib Al Attas, Kassim Ahmad yang masuk ke Universiti Malaya di Singapura pada pertengahan tahun 1950an adalah seorang pemuda kampung yang warak. Seorang yang kuat dan patuh bersolat dengan  membawa sejadah ke sana kemari.

Selang tidak berapa lama selepas masuk  universiti seawal usia 20 tahun ia berubah dengan ketara selepas bertembung dengan ideologi sosialisme yang progresif.

Ideologi ini mendominasi pemikiran anak muda seluruh dunia pada ketika itu.Bermulalah Kassim baru yang anti FEUDAL dan menentang segala politik, ekonomi dan sosial yang menyokong feudalisme, kapitalisme dan imperialisme .

Beliau bergelumang dengan segala kazanah  kesusasteraan barat kontemporari dan falsafah yang menunjanginya.Maka beliau menyanjung Hang Jebat sebagai WIRA MELAYU- RAJA ADIL RAJA DISEMBAH RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH.Dalam salah sebuah sajak  berjudul DAILOG beliau menulis :

Aku akan pergi dengan 1000 Jebat si anak ani,

Kian lama kita mati dalam setia,

Kali ini kita hidup dalam DURHAKA !

Kassim pernah ditahan dibawah akta zalim, warisan penjajah tahan tanpa bicara di bawah ISA oleh golongan yang ditentangnya selama 5  tahun. Ia dibebaskan semasa Dr Mahathir menjadi PM pada tahun 1981.

Selepas itu dalam kembara falsafah, selepas mengkaji kepincangan Marxisme secara mendalam dan kapitalisme serta liberalisme secara kritis ia keluar dengan satu jalan unik  JALAN PULANG KE PANGKUAN ISLAM. Asas pemikiran Kassim ialah Falsafah-pertimbangan rasio- akal – intelek.

Kembali kepada Islam ? Masalahnya ia tidak setuju dengan segala Islam warisan yang terhasil daripada tragedi  sejarah, budaya dan zaman. Islam ini beliau sebut sebagai Islam Baka yang sarat dengan tafsiran yang tidak tepat dengan  hakikat ISLAM yang sebenarnya.

SEBAB ITU HASILNYA TIDAK SEBAGAIMANA YANG TERJADI DI ZAMAN NABI MUHAMMAD. Ia menolak kediktatoran adikuasa sang pemimpin dan penguasaan parti secara totok dan rakus  sebagaimana dalam Komunisme.

Ia menolak kesewenangan individu dan kuasa perniagaan free enterprises dalam kapitalisme dan liberalisme. Kassim menyatakan ISLAM adalah jalan tengah di antara keduanya.

Jalan yang lurus ,sistem yang disediakan demi penyelesaian segala masalah dan kemelut umat manusia. Kekalutan yang dunia hadapi masa kini.

Berhujah dengan Kassim ialah dengan Quran juga.Salah seorang  pengkagum dan pembela Pak Kassim Tun Dr Mahathir menyatakan mereka menuduh Kassim sesat kerana mereka tidak dapat melawan hujahnya secara tepat. Adakah Pak Kassim bersedia untuk berdebat mempertahankan hujahnya.Adakah kesihatan mengizinkannya atau kita harus membiarkannya begitu saja ! Akan bersambung ……?…

Siapa kata umat Islam mendewa-dewa Nabi Muhammad   secara berlebihan.Tidakkah dalam rukun Iman di sebut beriman kepada Allah, beriman kepada para malaikat, beriman kepada PARA RASUL, Kitab, hari akhirat dan qada dan qadar. Siapa kata umat Islam hanya mengagungkan nabi Muhammad .

Dalam dakwah sepanjang sejarah tidak ada orang yang masuk  Islam tanpa menerima kerasulan Muhammad.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Hotel The Pure by Ri-Yaz dibina <b>di Sungai Petani</b> - Utusan Online

Posted: 18 Feb 2014 11:52 AM PST

Oleh OPAT RATTANACHOT
ekonomi@utusan.com.my

SUNGAI PETANI 18 Feb. - Syarikat pemaju hartanah tempatan, Dynamic Capital Sdn. Bhd. (Dynamic Capital) dan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) akan melabur sebanyak RM50 juta bagi membangunkan projek hotel empat bintang di Taman Sejati Indah di bandar ini.

Projek yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi akan dikendalikan oleh Kumpulan Ri-Yaz Hotels dan Resorts Sdn. Bhd. (Ri-Yaz) dengan jenama Hotel The Pure by Ri-Yaz Sungai Petani.

Pengerusi Eksekutif Dynamic Capital, Datuk Mahadi Abdul Shukor berkata, projek tersebut akan dibina di kawasan seluas 0.607 hektar berdekatan Plaza Tol Sungai Petani Selatan, di Taman Sejati Indah, di sini.

Katanya, apabila siap kelak, hotel itu bakal dilengkapi dengan 119 bilik penginapan, sebuah dewan utama, bilik seminar, restoran, kolam renang dan sky cafe.

"Kami memilih Sungai Petani untuk membina hotel kerana bandar itu yang paling pesat membangun di kawasan utara buat masa ini.

"Selain itu, lokasi Sungai Petani juga strategik bagi tumpuan pembangunan hotel kerana terletak di tengah-tengah antara Pulau Pinang dan Alor Setar serta didokong oleh pertumbuhan sektor industri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pecah tanah pembinaan hotel itu yang disempurnakan oleh Setiausaha MPSPK, Rohaizad Rashid.

Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Ri-Yaz, Datuk Shaheen Shah Mohd. Sidek dan Pengarah Tourism Malaysia Kedah, Roslan Othman.

Mahadi berkata, projek tersebut dibiayai oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad dan dijalankan di bawah Tabung Pelancongan, Kementerian Pelancongan.

"Pembinaan hotel ini juga merupakan satu persediaan bagi menyambut pelancong dari dalam dan luar negara ke kawasan Sungai Petani yang makin rancak membangun sekarang. Malah bakal menjadi mercu tanda baharu bandar Sungai Petani yang dalam perancangan untuk dinaik taraf sebagai bandar raya pada tahun 2015," katanya.

Selain Sungai Petani kata beliau, pihaknya turut mempunyai perancangan untuk membina dua hotel di Langkawi dan Pulau Pinang dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, Shaheen Shah berkata, Ri-Yaz merupakan syarikat pengurusan hotel profesional yang beroperasi di dalam dan luar negara.

"Pemilihan Ri-Yaz sebagai syarikat pengurusan hotel ini diharap dapat memenuhi kepuasan pelanggan dan menarik lebih ramai pelancong ke Sungai Petani. Pada masa sama, penduduk tempatan turut meraih manfaat dari segi pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan kelak," jelasnya.

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


Pisau <b>Kedah</b>: Tahniah !!! Adun Gurun <b>Di</b> Lantik EXCO Ke 9 Kerajaan <b>...</b>

Posted: 21 Mar 2014 02:15 AM PDT

ALOR SETAR - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Gurun Datuk Dr Leong Yong Kong hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Kedah.

Dr Leong, 54, yang juga Timbalan Pengerusi MCA Kedah mengangkat sumpah di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah dan tiga anggota jemaah yang lain di Istana Anak Bukit di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan kesemua anggota exco kerajaan negeri.

Dr Leong merupakan exco yang kesembilan dilantik.

Sebelum ini Mukhriz hanya melantik lapan orang exco berbanding amalan biasa 10 orang, dengan satu daripada dua kekosongan itu dikhaskan untuk wakil daripada MCA.

Dr Leong berkata selepas ini beliau akan berjumpa dengan Mukhriz bagi membincangkan portfolio yang bakal dipegangnya.

"Selepas diberi tugas, saya akan jalankan dengan sedaya upaya demi kepentingan kerajaan negeri dan rakyat serta membantu melancarkan perjalanan jentera kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah itu.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang memperkenan melantiknya sebagai exco kerajaan negeri.

"Terima kasih kepada rakyat negeri ini yang turut menyokong saya," katanya.

Mukhriz sebelum ini dilapor sebagai berkata portfolio yang disedikan untuk wakil MCA ialah Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan. - Bernama

02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di sik</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Mar 2014 09:24 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di sik</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Mar 2014 09:54 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di sik</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Feb 2014 09:13 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di sik</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Jan 2014 09:16 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di sik</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jan 2014 09:57 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Video Shopping Raya 2013 <b>di</b> Rumah Gemilang Adik, <b>Sik</b>, Kedah <b>...</b>

Posted: 05 Sep 2013 10:11 PM PDT

Rakaman Shopping Raya 2013 di Rumah Gemilang Adik di Sik Kedah pada 20 Julai 2013 sudah dimuatnaik ke YouTube Projek Iqra'. Jemput tonton dan kongsikannya ke Facebook, Twitter anda :)

Jika video di YouTube tidak dapat ditonton, boleh tonton di http://vimeo.com/user20624133

Video-video Shopping Raya 2013 yang lain akan menyusul tak lama lagi :)

Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Sik</b> (MDS) - Jawatan Kosong 2014

Posted: 11 Jan 2013 06:08 AM PST

January 11, 2013 by jawatankosong24 | Filed under 1Malaysia, Kedah.
Jawatan Kosong di Majlis Daerah Sik (MDS) Januari 2013

0 votes, 0.00 avg. rating (0% score)

Application Deadline: January 17, 2013 – Jawatan Kosong di Majlis Daerah Sik (MDS) Januari 2013 Terkini

majlis daerah sik

Applications are invited from the State of the People / Citizens of Malaysia to fulfill the position below :

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Sik (MDS) Januari Terkini 2013  :

1.HOUSE KEEPING

DOWNLOAD TERMS OF APPOINTMENT

http://jawatankosong24.com/wp-content/uploads/2013/05/tag.png Tags : kfc sikjawatan kosong hospital sikjawatan kosong hospital kerajaan batu pahatjawatan kosong risda sikkerja kosong di kfc sik kedahmds sikjawatan kosong mdsjawatankosong di suk kedahkfc di sikkekosongan 2013 MDSkeje kosong di sik kedahjawtan kosong jun 2013 sik kedahjawatan kosong di hospital sikjawatan kosong pejabat tanah sik kedahJAWATAN KOSONG PEJABAT DAERAH SIK 2013jawatan kosong majlis daerah sik 2013jawatan kosong kfc kedah sikjawatan kosong di pejabat tanah daerah lipis 2013jawatan kosong di hospital sik kedahrisda sik jawatan kosong

Bengkel Fotografi <b>di Sik</b> Kedah 26 hingga 28hb Disember 2013

Posted: 21 Dec 2013 09:44 AM PST

Insyaallah jika tiada aral melintang dan diizinkan oleh Allah, saya akan balik ke daerah Sik pada 25 Disember 2013 ini untuk mengendalikan satu kursus fotografi. Kursus yang akan diadakan dengan bantuan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik ini mendapat kerjasama Persatuan Rekreasi Sik akan diadalan di Belannatara Tasik Beris Sik berhadapan Ladang Anggur.

Kursus ini saya berikan secara percuma tanpa mengenakan apa-apa yuran ceramah selama dua hari setengah. Saya mengadakan kursus ini sempena usia saya 55 tahun dan selama 34 tahun bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Inilah hasrat saya selama ini yang terpendam sekian lama untuk mencurahkan ilmu, pengalaman kepada belia dan sesiapa sahaja di daerah saya dibesarkan. 

Mengendalikan satu program yang agak besar dan jauh dari tempat tinggal dan kerja sememangnya memerlukan pengorbanan yang besar. Saya harus menjaga kesihatan sebelum tempuh tersebut. Kerana tanpa kesihatan yang baik agak sukar untuk mengendalikan program selama dua setengah di mana menggunakan masa  lebih kurang 19 jam.
Saya amat berbesar hati apabila Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik sanggup membantu. Lebih-lebih lagi bantuan sukarelawan dari Persatuan Rekreasi Sik. Saya lebih bersyukur kerana ada seorang dermawan yang telah memberikan sedekah sejumlah wang untuk jamuan pada program ini.
Apa yang ingin saya hebahkan ialah ini adalah sumbangan khidmat masyarakat yang saya mulakan di Sik, kedah dan saya akan bergerak ke banyak lagi lagi tempat selagi terdaya dan mendapat bantuan pejabat belia atau persatuan.
Kepada anda yang berminat bolehlah menghubungi saya di emel: raaios@yahoo.com bagi tujuan tersebut.

Pelajar Tingkatan 4 Maut Dalam Kebakaran <b>Di Sik</b> - Siakap Keli

Posted: 26 Jan 2014 08:33 PM PST


SIK – Seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Changhai, Jeneri di sini awal pagi ini.
Siti Aishah Che Ani, 16, pelajar Sekolah Menengah Tunku Sulong, Jeniang di sini mati di tempat kejadian dalam kebakaran yang berlaku kira-kira 4.45 pagi
Turut tercedera dalam kebakaran rumah yang didiami empat beranak itu ialah abang mangsa, Mohd Firdaus Izwan Che Ani, 18, yang melecur di beberapa bahagian tubuh.
Bapa dan ibu pelajar itu, Che Ani Md Isa, 59, dan Normah Zainon, 51, dilaporkan selamat.
Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Sik, Mohd Faisol Izwan Hang Tuah memberitahu pihaknya berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah berdekatan.
Beliau berkata mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Daerah Sik untuk bedah siasat. – BERNAMA

Program yayasan Amal Kedah bersama masyarakat <b>di</b> Belantik, <b>Sik</b> <b>...</b>

Posted: 23 Mar 2014 07:31 AM PDT

image

image

image

22 Mac 2014, Sik – Program yayasan Amal Kedah bersama masyarakat di Belantik, Sik, Kedah.

Prog. Berkhatan, rawatan perubatan percuma dan sumbangan sekampit beras sekilo gula. Alhamdulillah berjaya.

image

image

image

image

image

From WordPress for Android – Azri

Share with others

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shortlink:

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di tanjung dawai</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Mar 2014 03:37 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Cuti-Cuti Famili: PERCUTIAN KELUARGA <b>DI TANJUNG DAWAI</b> <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2014 04:02 PM PST

Keluarga mertua saya suka ke Tanjung Dawai untuk membeli ikan kering, ikan masin, ikan bilis dan produk-produk perikanan yang dikeringkan. Produk-produk ini lebih segar dan lebih murah di sini. Kebanyakannya adalah hasil keluaran tempatan; iaitu dari penduduk Tanjung Dawai sendiri tau.
Antara ikan masin kering yang dijual di sini
Saya sudah beberapa kali ke sini, namun tak pernah terfikir untuk masukkan dalam blog ni. Tapi untuk trip kali ini, saya rasa agak berbaloi juga untuk dikongsi sebab tempat ini ada tarikannya tersendiri jika diteliti.
Lokasi Tanjung Dawai seperti yang diterangkan oleh Google Map & WIkipedia.
Keluarga mertua saya suka membeli di kompleks ini sebab banyak pilihan yang ada.
Sambil tunggu makcik Bad pilih-pilih ikan kering, budak-budak comel ni main belon buih yang juga dibeli di sini..
Makcik Bad sedang memilih-milih..
Selepas membeli, kami pon ke Jetty yang berada betul-betul di sebelah kompleks tu. Jalan kaki je dah sampai. Kami lepak-lepas je kat situ sambil layan blues (dan layan anak-anak main belon air).

Inilah jeti Tanjung Dawai Pemandangan di jeti yang sejuk mata memandang Ammar main belon air.. tapi belon tak menjadi sangat.. Tapi bila abah take over tiup belon, barulah meriah belonnya keluar. Seronok anak-anak berlari ke sana ke mari mengejar belon yang berterbangan.. Mak Long Nab, Nenek dan makcik Bad duk sembang-sembang kat bawah wakaf sambil layan baby Muiz dan Adik Wan. Rasa sekejap je lepak kat situ, hari pon dah senja..
Kemudian kami pon pergi ke salah sebuah restoran ikan bakar yang terdapat di tepian pantai Tanjung Dawai. Masa tu kami di sertai oleh Pak Lang Badri, Mak Yang Sarah dan Tokcik berdua. Barulah syok nak makan ramai-ramai.
 Makanan dah nak abis baru teringat nak amik gambo  Adik Amir makan nak suap sendri sekarang..
Saya tak ingat apa nama restoran ni, tapi secara peribadi saya berpuashati dengan restoran ini. Ikan yang kami pilih dimasak dengan baik dan sedap. Harganya juga agak berpatutan. Restorannya besar, ada ruangan untuk duduk seperti biasa dan ada wakaf-wakaf yang dibina untuk mereka yang lebih suka bersila. Juga disediakan surau untuk pelanggan menunaikan tanggungjawab kepadaNya, siap asing-asing untuk lelaki dan perempuan. Juga ada tandas, namun pengguna yang tidak bertanggungjawab menjadikan keadaan tandas agak kotor dengan pampers bersepah di lantai. Mungkin pihak pengurusan restoran boleh menambahbaik lagi dengan meletakkan tong sampah di kawasan strategik di dalam tandas dan improve jadual pembersihan tandas dengan meningkatkan kekerapan. 
Apa-apapon, we've had a great time with families!

Azie Kitchen: Gulai Ikan Naim Ikan Sembilang <b>Tanjung Dawai</b>

Posted: 24 Feb 2014 03:20 AM PST


Semasa kuliah Zohor Ustaz Najhan dibuat pengumuman yang ustaz ada membawa rempah segera Naim Gulai Sembilang yang juga dikatakan masakan sajian istana kerana Sultan Kedah selalu dihidangkan dengan lauk ini. Malahan Gulai Ikan Sembilang Naim ini sangat femes di Tanjung Dawai. Ianya disediakan panas panas di dalam bekas claypot apabila dipesan oleh pelanggan. Rahsia untuk menjadikan ikan sembilang tidak hanyir adalah dengan memicit hidung bagi mengeluarkan lendir. Tapi untuk gulai hari ini, saya menggunakan ikan duri kerana tiada ikan sembilang.
Oleh kerana di bekas rempah segera tidak ada detail, saya menelefon di nombor yang diberi untuk mendapatkan lebih maklumat. Saya diberitahu yang cara menggunakan rempah segera ini sangat mudah. Cuma perlu diambil rempah dan masukkan air yang bergantung kepada kepekatan yang disukai. Jika lebih suka cair, masukkan lebih air. Kemudian kacau sebati sebelum dijerang di atas api. Bila kuah mulai mendidih, masukkan ikan dan diikuti sayuran seperti bendi atau terung. Bolehlah diangkat bila ikan telah masak dan kuah telah terbit minyak. Tak perlu dimasukkan minyak, tak perlukan masukkan garam atau asam. Semuanya telah disediakan dengan secukup rasa. 1 bekas tupperware yang beratnya 500 gram adalah untuk 1 kilogram ikan. Selain ikan sembilang, boleh juga digunakan lain lain jenis ikan. 
Mengikut ustaz, sebahagian dari hasil penjualan pada hari ini akan disumbangkan kepada rumah anak yatim. Tapi saya lupa pulak nama rumah anak yatim tersebut. 





Memang sedap sangat gulai ikan ini. Semerbak baunya semasa sedang dimasak. Jadi kalau ada sesiapa ingin mencuba, bolehlah dapatkan rempah segera Gulai Ikan Sembilang Naim Tanjung Dawai. 

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di pendang</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Mar 2014 01:41 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di pendang</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Mar 2014 01:04 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di pendang</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Feb 2014 01:12 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Aktivis <b>Pendang</b> Jr : TUDIAA !! PINTU NERAKA <b>DI</b> BILIK TIDUR <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2014 05:49 PM PST

Sekali geli bulu ketiak aku bila tengok si Teressa Cock ni pi buat report polis kononnya beliau di ugut dan diganggu setelah video bangapnya tu mendapat bantahan keras dari rakyat Malaysia tak kira Melayu, cina dan india waktu ni.

Dalam video bangap Teressa tu kononnya kejadian di Sabah adalah lakonan antara Polis, tentera , lanun dan rakyat filipina.


Ternyata sikap menanggap Polis ni anjing kerajaan memakan dirinya kembali apabila dia dan puak-puak pakatan dua tiga kerat tu pegi buat laporan Polis berhubung dia diganggu.

Kalau aku jadi Polis tu , nak ja cakap ' tak boleh buat laporan kerana Polis sedang sibuk berlakon di Sabah ' baru berakai sikit cina Dap ni.

Lepas maki Polis-polis Malaysia ni mahu dan tak tahu malu pulak ah so cina Dap ni pergi cari dan buat report pada anjing Kerajaan.

Kemarahan rakyat berbilang kaum di Malaysia tak dapat disangkal lagi dengan pelbagai bantahan dan tunjuk perasaan terhadap biadapnya cina Dap ni menghasilkan video sampah untuk memburukkan kerajaan.


Jenis hasutan yang aku lihat bakal membawa padah ni jika terus membuak-buak akan memberi kesan besar terhadap hubungan sesama kaum.

Justeru aku mohon pihak Polis akan mengambil tindakkan yang boleh mengajar cina Dap ini agar tidak lagi mengulanggi perbuatan terkutuk lagi menjijikkan ini .

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


nadia: TEMPAT MAKAN BEST <b>DI LANGKAWI</b>

Posted: 04 Mar 2014 05:00 AM PST

TEMPAT MAKAN BEST DI LANGKAWI
Baru teringat nak update kami punya jalan-jalan cari makan kami di Langkawi. Nak share dengan korang tempat makan best di Langkawi yang kitaorang sempat pergi.
1. Bamboo Restaurant a.k.a. Jai Island Cafe Langkawi
Nama restaurant ni dulu Jai Island Cafe Langkawi tapi time kitaorang pergi baru tukar nama kot jadi Bamboo Restaurant. Terletak di hadapan Baron Hotel. 
Uniknya restaurant ni dia punya menu besar! Nampakkan betapa besarnya menu dengan aku..
Ni menu yang kita orang order ikan stim thai + kerabu mangga..sebab makan berdua so tak boleh nak order banyak2 nanti sape nak habiskan..hihi..Ikan stim thai dia korang patut cuba memang lain dari yang lain..fuhhh..mengidam nak makan ni lagi..
Kedai makan Jom Ikan Bakar terletak di Padang Mat Sirat. Abaikan muka yang selekeh sebab baru balik dari island hoping terus cari makanan tengahari.
Ini je yang mampu di ambil sebab time tu dah lepas pukul 2 tak banyak lauk tinggal. Tapi ikan bakar dia memang terbaik. Makan berdua baru RM10..hee..murahkan..
Laksa Penarak terletak berdekatan dengan jeti Kuah. 
Laksa dia memang power cukup rasa dan pedas..Kalau boleh nak tambah semangkuk lagi..tapi save perut untuk makan malam pulak..hee..
Dia punya serve ala hotel..batu datang je dah di hidangkan dengan air yang berasa pandan..
Muka gembira sebab jumpa pulut mangga..last makan time kat bangkok hari tu
Ni yang kita orang order sebab nak order green curry dah habis jadi tomyam jelah yang boleh try..kalau datang Langkawi lagi sekali rastaurant ni memang wajib pergi. 
Laksa Power terletak di tepi airport. Ramai kata best sampai 2 kali kitaorang round baru jumpa kedai ni bukak. Tapi rasanya kurang lagi sedap Laksa Penarak bagi aku. Sampai lupa amik gambar makanan..haha..
Tapi kalau korang nak minum air kelapa atau cendol sambil menikmati pemandangan yang cantik bolehlah datang ke sini. Sambil hirup udara segar ;)
Kitaorang cari semua kedai makan ni melalui waze je. Tak payah susah-susah tengok signboard. hehe..Misi jalan-jalan cari makan di Langkawi kali ni berjaya tak naik kan berat aku..lepas makan-makan detox balik dengan teamix herbalife..
P/s: Berminat dengan herbalife boleh hubungi aku yea seperti nama dan nombor telefon di bawah..

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


Trip 1 : Casting Tenggiri <b>di Yan, Kedah</b> – Persediaan | platspender <b>...</b>

Posted: 11 Jan 2014 09:17 AM PST

Baru saja dok plan trip 2014, Chip dah up trip ke Yan Kedah. Chip nak kaunter balik trip Kemaman yg dirancing Zahid, dia tak boleh ikut sebeb ada saudara kawin. Kali ni, Chip pulak yg organized. Booking tekong, umpan dan transport semuanya diuruskan oleh Chip. Kami masik menggunakan khidmat tekong yg sama seperti trip yang lepas, iaitu Tekong Abg Cha.

Tarikh kali ni ialah 15-Feb. Hari sabtu, trip bermula malam sabtu, dan berakhir petang sabtu. Mulanya zahid nak extend sehari lg, tp bila pikiag balik, tak pa la, sehari sudah tak payah nak extend sampai dua hari. Setakat hari ni hanya 4 org dah confirm nak join. Chip, Zahid, Aku dan sorang peserta baru, Mdrizal. Mdrizal ni satu opis dengan aku. Dah lama memancing, cuma tak berani nak naik bot, sebab phobia takut lemas. Cuma tahun ni, dia nak try ke laut. Yang lain yg dok sembang deraih tu bila lg.

Setting kali ni, mcm biasa saja. Set ajiking aku dah replaced dengan set Okuma Nemesis. (Aku nak juai rod ajiking aku tu, sapa mau boleh pm aku). Set yang sama aku up posting yang lepas, Trip Pulau 9. Aku harap dengan set ni, aku boleh kayuh reel dengan lebih laju.Kelajuan adalah kompenen penting casting di Yan. So, kalau boleh, gunakan reel yg laju dan rod yang ringan ke medium. Tenggiri tak besag pun.

Dlm posting ni, aku up dulu dua alat penting dlm xtvt casting tenggiri di Yan. Perambut dawai dan spoon. Perambut dawai yg aku up dlm nih, aku beli di Jeti Yan dengan harga Rm4.50. Kemudian aku tambah spoon 45g dari Bakau, Day Night Lure, Model BH41-4, saiz 45g, kaler silver. Spoon ni aku beli di Jalan Pudu dengan harga RM6.7o.

Aku akan up lg persedian trip aku kali ni.

Perambut Dawai 3 mata

Perambut Dawai 3 mata

Spoon Bakar 45g

Spoon Bakau 45g

2 minggu lepas, aku order beberapa biji jig dengan Zahid brand Magnum Duplex Microjig 18g berharga RM6.00 setiap satu. Mircojig sesuai digunakan untuk casting ternggiri. Tp selama aku cast di Yan menggunakan microjig, belum penah bg hasil. Casting menggunakan kembung lebih apdal. Tp sebenarnya microjig pun ada kelebihan tersendiri. Cuma utk aku, mungkin masih belum rezeki.

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Feb 2014 01:08 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Feb 2014 01:27 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Jan 2014 01:44 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jan 2014 01:35 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jan 2014 01:33 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Oct 2013 01:35 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Sahabat-Gunung: UMNO <b>Jerai</b> Beri Jaminan Kerja Keras, Tidak <b>...</b>

Posted: 08 Oct 2013 03:30 AM PDT

Barisan Nasional Negeri Kedah dan BN Parlimen Jerai sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.
Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Jentera Pilihan Raya Peringkat Negeri akan diketuai sendiri oleh Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dan dibantu oleh kepimpinan UMNO dan BN Bahagian Jerai, di mana jentera sudah digerakkan sepenuhnya di 19 kawasan Peti Undi, walaupun kehangatan kempen pemilihan UMNO sedang rancak berlaku bukan sahaja di Jerai, malah di seluruh negara.
"Jentera dan kepimpinan UMNO Bahagian Jerai sudah memberikan jaminan, walaupun dalam suasana kempen pemilihan UMNO, namun jentera tidak hilang fokus dan akan bersatu dan memantapkan gerakan bersepadu dalam usaha BN untuk merampas kembali DUN Sungai Limau yang dikatakan kubu kuat PAS selama ini.
Jaminan mereka, apapun yang terjadi, kerana dalam proses pemilihan parti nanti akan ada yang menang dan yang kalah, mereka akan membantu untuk memastikan proses pilihanraya kecil ini akan berjalan lancar.
Kita maklum bahawa ini kubu kuat, namun BN akan tetap menghantar wakilnya kerana kita mahu menawarkan khidmat bakti dan perjuangan yang boleh kita berikan kepada penduduk dan masyarakat di Sungai Limau ini," ujarnya kepada media selepas berjumpa jentera BN peringkat negeri Kedah dan Jerai di Sungai Limau petang tadi.
Tambahnya, calon BN akan disenarai dan dikemuan akan diserahkan kepada Pengerusi BN dalam masa terdekat, ramai calon yang berkelayakan namun BN akan mengikut pandangan dari pihak negeri dan bahagian Jerai.
"Mereka ada juga beberapa nama dan tokoh-tokoh yang agak sesuai dan akan kita umumkan pada 21 Oktober ini.
Oleh itu, besar harapan saya agar pengundi di DUN Sungai Limau nanti akan memberikan sokongan padu kepada calon BN. Walaupun ini kubu kuat PAS namun dalam sejarah lampau, wakil BN dan UMNO pernah mewakili di kawasan ini. Jadi pendekatan berhemah dan besederhna jentera harus ditekankan dalam usaha menarik sokongan rakyat, dengan menerangkan dasar-dasar parti dan perjuangan UMNO serta kerajaan negeri untuk membantu rakyat khususnya di kawasan Sungai Limau ini," tambahnya lagi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November sebagai hari pengundian dan 23 Oktober sebagai tarikh penamaan calon PRK DUN Sungai Limau ekoran kematian penyandangnya bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak 26 September lepas.
Azizan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini pada 26 September lalu akibat jangkitan kuman dan kegagalan pelbagai organ dalaman, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Mei lepas, Azizan yang juga bekas Menteri Besar Kedah memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya, Mohd. Fazillah Mohd. Ali dengan majoriti 2,774 undi.